You are on page 1of 8

Kandungan

Kandungan.....................................................................................................................1 Penghargaan...................................................................................................................2 Kesesuaian Tempat Latihan...........................................................................................4 Komen Tentang Jadual Latihan......................................................................................5 Masalah Yang Dihadapi Semasa Latihan.......................................................................6 Cadangan Untuk Memperbaiki Latihan.........................................................................7 Kesimpulan.....................................................................................................................8

Penghargaan
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih. Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana keizinan, rahmat dan hidayatNya membolehkan saya menamatkan program Latihan Industri, menyiapkan penulisan laporan ini dan seterusnya melayakkan saya untuk menerima diploma. Sepanjang penglibatan saya didalam program Latihan Industri dan penghasilan laporan ini, saya telah mendapat kerjasama, sumbangan dan bantuan dan segi nasihat, sokongan moral dan spiritual, dan bantuan teknikal daripada pelbagai pihak. Setinggitinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohaizi Bin Mohamad, Pengurusi Geomatika yang telah sudi mengambil saya di syarikatnya bagi membolehkan saya menimba sedikit sebanyak pengalaman bekerja di sana. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Cik Aisha Rozaida yang dengan sabar menyelia dan menguruskan hal-ehwal latihan industri di syarikat tersebut. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pekerja yang telah berkerjasama dengan saya sepanjang tempoh latihan. Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Cik Saidah Binti Mohamed, Penyelaras Program Kerjasama UTM-EDI yang telah bertungkus-lumus membantu menjayakan program Latihan Industri ini, dan tidak lupa juga kepada Cik Rosmaini Bt Sulaiman, Penyelia Latihan Industri yang juga telah banyak membantu menguruskan hal-ehwal latihan industri.

Dengan ini saya juga ingin mengambil kesempatan merakam jutaan terima kasih dan seribu penghargaan kepada penyarah-penyarah, staf-staf EDI serta individu-individu yang terlibat sepanjang sepanjang saya mengikuti pengajian saya selama 3 tahun dalam kursus Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) di EDI. Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli keluarga saya terutamanya kepada ayah dan ibu saya, Azhar Bin Shariff dan Hamidah Bt Ismail yang telah banyak memberi galakan dan dorongan. Demikian juga kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya Zuwairiie Bin Serajudin yang telah sama-sama mengharungi pelbagai cabaran semasa mengikuti latihan industri ini. Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh latihan industri, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Mohamad Azri Azhar April 2003

Kesesuaian Tempat Latihan


Kolej Teknologi Geomatika merupakan sebuah kolej yang baru ditubuhkan. Geomatika Technology Sdn. Bhd. adalah pemilik kepada kolej ini (Kod Pusat L00632). Ia merupakan kolej yang bersaiz sederhana dan kini sedang meningkat maju mengikut peredaran masa. Dengan itu, kolej dan syarikat ini masih kurang menggunakan teknologi maklumat sepenuhnya. Kolej ini juga kurang mempunyai kakitangan yang mahir dalam bidang teknologi maklumat. Oleh itu syarikat ini sesuai untuk membuat latihan industri bagi penuntut untuk menimba pengalaman. Dengan adanya penuntut menjalani latihan industri, maka dapatlah mereka mempraktikkan segala pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat. Mereka dapat membantu dari segi teknikal dan menyelesaikan masalah berkaitan komputer. Memandangkan kolej ini tidak mempunyai sebarang sistem dalam menguruskan inventori dan perpustakaan, maka penuntut dapat menyediakan sistem tersebut bagi membantu pengurusan. Kolej Teknologi Geomatika juga sesuai dijadikan tempat latihan industri kerana lokasinya yang terletak di kawasan bandar kecil iaitu Setiawangsa, Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai jenis syarikat lain di kawasan tersebut yang memberi daya saing yang sihat kepada kolej dan anak syarikatnya. Selain itu, segala kemudahan seperti pasaraya, klinik, taman rekreasi dan sebagainya terdapat berhampiran dengan kolej tersebut. Kemudahan awam seperti bas, LRT dan teksi juga mudah untuk didapati. Kerjasama dan hubungan baik yang diberikan oleh kakitangan kolej telah banyak membantu saya untuk menyesuaikan diri dan seterusnya membolehkan saya menjalankan tugas dengan baik. Saya juga dapat menyiapkan projek yang diberikan dalam masa yang ditetapkan malah kadangkala jauh lebih awal.

Komen Tentang Jadual Latihan


Semasa menjalani latihan industri di Kolej Teknologi Geomatika, saya diberi tempoh selama 15 minggu untuk menghabiskan latihan industri. Jadual waktu bekerja adalah seperti berikut: Waktu Pejabat: 8.30 AM - 5.45 PM Waktu Rehat: 1.00 PM- 2.00 PM Cuti: Sabtu dan Ahad Kerja-kerja yang dilakukan sepanjang tempoh latihan industri ditetapkan oleh penyelia kolej tersebut. Beliau akan memberikan tugas-tugas tertentu yang perlu disiapkan. Kadangkala kerja-kerja yang tidak berkaitan langsung dengan kursus yang diambil juga terpaksa dilakukan.

Masalah Yang Dihadapi Semasa Latihan


Sepanjang menjalani latihan industri di Kolej Teknologi Geomatika, saya tidak mengalami sebarang masalah yang merumitkan. Pada permulaan bekerja, saya tertanya-tanya apakah tugas yang akan diberikan oleh penyelia. Namun begitu perkara ini selesai setelah penyelia di kolej tersebut memberikan taklimat. Tugas pertama saya adalah membaiki komputer-komputer yang rosak. Tugas seterusnya adalah merekabentuk risalah-risalah kolej. Selain itu saya juga disuruh untuk membina sistem perpustakaan, sistem inventori, rangkaian komputer, membina laman web dan sebagainya. Kerja-kerja ini telah dilakukan dengan baik dan memenuhi kehendak kolej serta syarikat. Sila lihat laporan penuh dan buku catatan harian untuk keterangan lanjut.

Cadangan Untuk Memperbaiki Latihan


Cadangan saya dalam memperbaiki latihan industri ini adalah syarikat perlu memberi jadual dan penerangan terperinci kepada penuntut mengenai tugas-tugas yang bakal dilakukan terlebih awal supaya penuntut dapat menilai sama ada syarikat tersebut sesuai untuk dijadikan tempat latihan industri atau tidak. Jika tugas yang akan diberikan tidak berkaitan langsung dengan kursus yang diambil, penuntut dapat mencari syarikat lain yang lebih sesuai. Disamping mempraktikan ilmu yang telah dipelajari di bilik kuliah, adalah penting bagi syarikat untuk memberikan tunjuk ajar kepada penuntut-penuntut dan bukannya menyuruh mereka menyiapkan sesuatu projek bulat-bulat. Ini bagi membolehkan penuntut menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan baru yang mungkin berguna pada masa hadapan. Selain itu, adalah diharapkan supaya syarikat tidak mengambil kesempatan terhadap pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri dengan menyuruh mereka melakukan kerja-kerja yang tidak berkenaan langsung dengan kursus yang mereka ikuti. Contohnya, kerja-kerja menghantar surat, menaip surat, memasukkan wang ke dalam bank, mengangkat barang, menyusan kertas dan sebagainya. Jangkamasa latihan juga seharusnya dilanjutkan, ini akan memberi pengalaman yang luas dan penuntut dapat memahami serta menyesuaikan diri dalam suasana kerja yang sebenar setelah tamat pengajian.

Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat saya buat di sini ialah latihan industri ini adalah satu perkara yang penting kerana ia dapat melatih kemahiran yang telah dipelajari oleh pelajar sepanjang pembelajaran di dewan kuliah di mana ia dapat diaplikasikan dengan berkesan. Latihan industri ini juga adalah merupakan satu cabang untuk membina keyakinan din dan kendiri para pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar yang bakal ditempuhi pada masa akan datang. Ini kerana latihan industri ini telah memberi pendedahan yang sewajarnya tentang selok-belok pekerjaan demi menyiapkan diri pelajar dalam alam pekerjaan kelak. Di samping itu ia juga telah dapat membolehkan saya mengetahui segala kegunaan bagi pelajaran-pelajaran dalam bidang sains komputer yang telah saya pelajari. Latihan industri ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri saya bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar tetapi turut juga membantu saya memperbaiki cara saya dalam berkomunikasi dengan orang ramai. Kerjasama daripada kakitangan di tempat latihan juga amat baik dan ini telah mengajar saya betapa besarnya erti kerjasama. Saya berasa amat berbangga dan beruntung kerana mendapat peluang menjalani latihan industri ini. Ini kerana, pada masa sekarang untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana syarikat, kita hendaklah mempunyai kemahiran mengenai jawatan yang kita mohon.

You might also like