Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
948Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bola Tampar

Bola Tampar

Ratings:

4.9

(97)
|Views: 43,020 |Likes:
Published by mei
Sejarah dan kemahiran Bola Tampar
Sejarah dan kemahiran Bola Tampar

More info:

Published by: mei on Sep 13, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
BOLA TAMPAR
Sejarah dan Perkembangan Bola Tampar 
Pengenalan
Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupunasal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir samadengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengahdan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports andGames telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripadaFraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu juga denganpermainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir samadengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawabeliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di GimnasiumY.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan(1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarahfizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuksekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bolakeranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaringdiletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepadatujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemainmenjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah memintapertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan denganmenggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima olehMesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan namaMintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896.Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negarapertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yangsama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905),China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianyadiperkenalkan ke Eropah.
 
Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkanpermainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland(1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telahberkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yangdipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuanantarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskansemasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua.Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan.Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti olehCzechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946.Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badanrasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebutialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.
 
Peraturan
Kawasan Permainan
Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas.
Dimenesi 
Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran18x9m ,dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dandengan suatu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-kurangnya 7m dari permukaan permainan.
Untuk pertandingan dunia FIVB ,zone bebas hendaklah berukuran sekurang-kurangnya 5m dari garisan tepi dan 8m dari garisan belakang.Ruang bebasnyahendaklah sekurang-kurangnya 12.5m tinggi dari permukaan permainan.
Permukaan Permainan
Permukaan mestilah rata ,mengufuk dan sekata.
Untuk pertandingan dunia FIVB ,hanya permukaan kayu atau bahan sintetiksahaja dibenarkan .Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan olehFIVB.
Permukaan permainan mestilah bebas dari sebarang punca-punca yang bolehmenyebabkan kecederaan kepada pemain .Adalah tidak dibenarkan bermain diatas permukaan yang kasar atau licin.
Bagi gelanggang dalam dewan,permukaan permainan mestilah berwarna cerah.Untuk pertandingan dunia FIVB ,warna putih bagi garisan dan warna yangberlainan bagi gelanggang permainan dan zon bebas adalah diperlukan .
Bagi gelanggang terbuka di luar ,kecuraman 5mm semeter dibenarkan untukpengaliran air.Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal tidakdibenarkan.
Peralatan
Peralatan permain terdiri daripada jersi,seluar pendek dan kasut sukan.

Activity (948)

You've already reviewed this. Edit your review.
gunesvari liked this
GY Low liked this
rasyidahh added this note
SAYA AMBIL MAKLUMAT NI..TERIMA KASIH..
Miezz Azereen liked this
Mui Hiong Wong liked this
manupsipjj liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->