You are on page 1of 9

IBADAT SOLAT DALAM MEMBENTUK PERIBADI MUSLIM

DISEDIAKAN OLEH; MAHANI BINTI SANUDIN KUMPULAN: PISMP BA0500 PENSYARAH: USTAZAH SAANAH BINTI DELI TARIKH HANTAR: 24 APRIL 2006

PENDAHULUAN
Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam. Solat adalah pokok atau asas dalam Islam,ia juga adalah landasan

perhubungan manusia dan pernyataan kepada keimanan yang berlubuk di kalbu serta merupakan pengwujudan secara nyata keimanan kepada perkara ghaib. Disamping itu ,ia adalah syarat tertegaknya keislaman seseorang kerana ia hasil kewujudan daripada rukun yang pertama,iaitu syahadah yang membawa pertalian antara lafaz dan amalan. Soal-soal peribadatan yang telah disyariatkan di dalam Islam dan yang dipandang sebagai tiang keimanan bukanlah upacara atau perbuatan tanpa erti atau tujuan atau yang dipaksakan kepada manusia supaya melakukan perbuatan yang tidak jelas maksud dan tujuannya. Sebaliknya ,semua kewajipan yang telah ditetapkan oleh Islam kepada umatnya adalah merupakan latihan yang berulangulang untuk membiasakan umatnya agar dapat hidup dengan budi pekerti yang lurus dan benar serta berpegang teguh pada budi pekerti yang sedemikian biarpun berbagai-bagai perubahan yang berlaku.

Al-Quran dan Sunnah Rasullullah

dengan jelas mengungkapkan

kenyataan-kenyataan tersebut. Misalnya,solat fardhu yang diperintahkan Allah supaya didirikan mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Sebagaimana Firman Allah:


: Terjemahan Dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatanperbuatan) keji dan mungkar. (surah al-Ankabut:ayat 45)

Ibadat dalam islam adalah berlainan sekali dengan konsep ibadat dan amalan-amalan agama atau kepercayaan lain. Konsep ibadat dalam islam tidak sama dengan apa yang dimaksudkan pada pandangan orang-orang sekular dalam dunia ini. Kerana ianya bukannya perbuatan mengasingkan diri atau perbuatan yang dilakukan mengikut perantaraan tertentu.

IBADAT SOLAT DALAM PEMBENTUKAN PERIBADI MUSLIM.


Islam telah menyebut kepentingan solat dalam berbagai-bagai segi. Antaranya, ia menjadi sesetengah sifat orang yang bertakwa yang menurut arahan kitab suci Al-Quran. Mereka yang melengkapkan dirinya dengan sifatsifat yang terpuji mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T dan seterusnya beroleh kejayaan. Al-Quran daripada segi yang lain menerangkan solat memberikan kesan pembersihan diri dan mengawalnya daripada terjerumus ke lembah penghinaan serta membersihkan manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat. Firman Allah S.W.T:


Maksudnya: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut) : Apabila dia ditimpa kesusahan dia sangat resah gelisah dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut , kecuali orang yang mengerjakan solat. ( Surah Maarij : 19-22) Sebaliknya orang yang meninggalkan solat digelarkan orang yang tenggelam dalam hawa nafsu yang bakal menjadi ahli neraka. Firman Allah S.W.T :


Maksudnya: Kemudian mereka gantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu ( dengan melakukan maksiat ), maka mereka akan menghadapi azab ( dalam neraka) ( Surah Al- Maryam : 59) Solat sangat memberikan kesan dalam membentuk peribadi muslim kerana ia dapat mencegah daripada Fasyak dan mungkar. Firman Allah S.W.T


Maksudnya: Dan dirikanlah solat ( dengan tetap) sesunggahnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. ( Surah Al-Ankabut : 45)

Fasyak sebagaimana yang ditakrifkan oleh AL-Raghib Al-Asfahani adalah sesuatu yang tersangat keji sama ada dari segi perkataan atau perbuatan. Zina, mencuri dan minum arak termasuk dalam fasyak. Manakala, mungkar pula ialah sesuatu yang diingkari oleh syarak. Hakikat solat bukan setakat menunaikan syarat dan rukun yang zahir, tetapi hendaklah dilaksanakan solat itu dengan ikhlas bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah S.W.T. Syarat dan rukun

yang batin seperti riak dan mencuri nama dan lain-lain hendaklah ditinggalkan, jika tidak solat seseorang itu tidak diterima oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya orang muslim sahaja yang cintakan solat. Firman Allah S.W.T menerangkan orang munafik :


Maksudnya: Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak ( dengan solat ) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka mengingati Allah kecuali sedikit sekali. ( Surah An-Nisa': 142 ) Solat adalah dilakukan oleh orang yang berakal. Orang yang tidak berakal sama ada disebabkan gila atau mabuk adalah dilarang daripada melakukan solat. Firman Allah S.W.T


Maksudnya: Wahai orang yang beriman, janganlah kamu hampiri solat ( mengerjakannya ) sedang kamu dalam keadaan mabuk. ( Surah An-Nisa': 43)

Ayat ini sekalipun turun sebelum diharamkan arak tetapi ia menunjukkan bahawa orang yang mabuk ditegah daripada solat sekalipun disebabkan oleh yang lain daripada arak. Solat adalah meninggalkan semua ingatan selain daripada Allah S.W.T, untuk kita berhubung dengan Allah S.W.T. Ia dimulakan dengan perkataan Allahu Akbar, supaya datang kepada kita sejak awal lagi bahawa semua yang ada dalam alam ini adalah dibawah kekuasaan Allah S.W.T, walaupun semua manusia yang menjadi penghuni alam ini mempunyai harapan dan cita-cita, tetapi Allah S.W.T Maha Besar dan Maha Mulia, patutnya kita memohon pertolongan dan menanggantung segala cita-cita kepadaNya. Kemudian diikuti oleh seluruh gerak geri dalam solat daripada rukuk, sujud dan sebagainya supaya zahir setiap pergerakkan itu untuk mengasingkan diri daripada yang lain hanya semata-mata menuju kepada Allah S.W.T. Hakikat ini memberi erti bahawa solat dapat membentuk peribadi seorang muslim yang sebenar.

KESIMPULAN Justeru itu,sebagai kesimpulannya dapatlah disimpulkan bahawa ibadah solat memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi muslim yang sejati. Demikian kerana melalui solat dapat menjauhkan manusia daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar serta terikut dengan hawa nafsu. Yang mana sudut perkataan dan perbuatan mereka terdorong dan terseret dengan budaya yang tidak baik,antaranya seperti terpengaruh dengan bicara kosong,pemikiran yang tidak berfaedah,kehidupan yang penuh mainan,berpoyapoya semasa majlis maksiat dan dosa,rasuah,pecah amanah dan khianat. Sebaliknya melalui solat dapat membentuk seorang mukmin yang berjaya dan beriman. Demikian kerana seorang yang beriman akan meninggalkan perbuatan yang dilarang dan perkara yang diharamkan serta menjauhi perkara sia-sia. Mereka akan menunaikan segala perintah Allah dengan ikhlas,sekaligus menjauhi segala maksiat seperti perkataan keji,mengumpat mencarut,mamfitnah dan sebagainya. Selain itu,Allah turut menyebutkan tentang solat pada permulaan surah alMukminun,iaitu ayat pertama dan ayat ke lapan. Semua itu dapat menunjuk dan membuktikan bahawa sembahyang itu tiang agama,banyak kelebihannya berbanding perbuatan dan amalan lain. Selaras dengan sabda Baginda yang diriwayatkan daripada Thawban, yang bermaksud : Hendaklah kamu tetap teguh dan tidak dapat kamu kira atau hitung(ganjaran pahala istiqamah itu) dan ketahuilah sesungguhnya sebaik amalan kamu ialah sembahyang. Hadis tersebut membawa maksud ,hendaklah kita sentiasa beristiqamah dan kita sememangnya tidak akan mampu untuk menghitung betapa besar dan banyaknya ganjaran pahala amalan istiqamah itu. Antara lain,istiqamahlah kita

dengan menjaga hak,tuntutan,batasan syarak dan menunaikan solat tepat pada waktunya atau dalam waktunya dengan memenuhi syarat serta rukunnya yang sempurna.

You might also like