You are on page 1of 12

EMAS DAN PERAK DALAM KITARAN EKONOMI: TEORI DAN APLIKASI

SEMINAR KEWANGAN ISLAM, AUDITORIUM BDA, BINTULU, SARAWAK

02 JULAI 2011 M / 30 REJAB 1432 H

AHMAD ARIF MOHD ARSHAD, PEGAWAI JABATAN SYARIAH AL-RAJHI BANKING AND CORPORATION (MALAYSIA) BERHAD ahmad.arif-mohd.arshad@alrajhibank.com.my

SEMINAR KEWANGAN ISLAM 02 JULAI 2011 M / 30 REJAB 1432 H, AUDITORUIM BDA, BINTULU

SINOPSIS
Logam emas dan perak telah membuktikan fungsinya yang teguh dalam mendasari kestabilan sistem ekonomi manusia sepanjang berada di bawah naungan pemerintahan Islam semenjak terdirinya negara Islam terawal di Madinah pada kurun ke-6 Masihi sehinggalah tamatnya sistem Khilafah pada Era Uthmaniyah awal kurun ke-20 Masihi. Semenjak kejatuhan itu, pakatan Yahudi-Nasara mula menguasai sistem ekonomi dunia dengan memperkenalkan pelbagai bentuk aplikasi ekonomi yang sarat dengan manipulasi, riba dan ketirisan. Negara-negara Umat Islam yang dimerdekakan selepas era kolonial pula terpaksa menerima ketetapan para penjajah dalam pelbagai perkara dasar termasuklah matawang dan hutang. Tanpa disedari, kemerdekaan itu telah terbina di dalamnya elemenelemen rompakan nilai yang tersembunyi, umpamanya dengan pengenalan matawang fiat (fiat currency)1. Dengan kehendak Allah, krisis ekonomi yang melanda banyak negara di Timur Asia termasuk Malaysia pada 1997 telah membuka mata ramai pihak termasuklah kalangan pemimpin dan cendikiawan tentang kepentingan untuk kembali kepada sistem ekonomi dan matawang yang lebih adil, bebas dan stabil. Semenjak itu aplikasi emas dan perak kembali diberikan perhatian, termasuklah aplikasi emas dan perak dalam bentuk Dinar dan Dirham sebagai alternatif matawang fiat yang mula diperbahaskan secara serius. Seterusnya, apabila berlaku krisis ekonomi akibat kerapuhan kredit cagaran sub-prima yang melanda Amerika Syarikat dan Eropah pada 2009, didapati sehingga kini segala teori dan aplikasi pengurusan ekonomi berteraskan emas dan perak itu bukan lagi suatu yang asing di kalangan masyarakat awam. Lantaran itu, kertas ringkas ini akan cuba menyorot beberapa sudut teori serta aplikasi emas dan perak dalam ruang lingkup persekitaran ekonomi semasa dengan memberikan fokus kepada aplikasi yang membabitkan penyertaan individu dan khalayak ramai. Mudah-mudahan percambahan minda dan idea yang terjana akan meningkatkan lagi momentum roda pengislahan yang pantas berputar, InshaAllah.
1

Wang yang tiada nilai pada zatnya dan tidak boleh ditebus untuk untuk mendapatkan wang yang mempunyai nilai pada zat atau untuk apa-apa komoditi, tetapi ia dijadikan tender yang sah diperlakukan dari sudut undang-undang melalui dikri pemerintah. (Money which has no intrinsic value and cannot be redeemed forspecie or any commodity, but is made legal tender through government decree.) Read more: http://www.investorwords.com/1928/fiat_money.html#ixzz1QiAVp4ta

Ahmad Arif Mohd Arshad_arifarshad78@gmail.com

Page 2

SEMINAR KEWANGAN ISLAM 02 JULAI 2011 M / 30 REJAB 1432 H, AUDITORUIM BDA, BINTULU

MUQADDIMAH
Emas dan perak telah digunakan semenjak zaman para nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w untuk pelbagai tujuan seperti perhiasan, barang kemas, harta simpanan dan juga matawang. Dalam konteks ekonomi, terdapat dua penggunaan asas yang utama iaitu sebagai harta simpanan dan medium pertukaran (matawang). Emas dan perak diterima sebagai matawang apabila ia memenuhi beberapa kriteria khusus iaitu berat tertentu, kualiti tertentu dan nilai yang tertentu. Kedua-dua syiling matawang emas dan perak ini dikenali di Tanah Arab sebagai Dinar dan Dirham. Perkataan Dinar dipercayai berasal daripada nama matawang emas Rom purba, Denarius manakala Dirham pula dipercayai berasal daripada nama matawang perak Parsi purba iaitu Drachm. Disamping berfungsi sebagai matawang, dinar dan dirham juga dapat berfungsi sebagai harta simpanan yang teguh kerana ia memiliki nilai zat tersendiri (intrinsik value) berbanding matawang fiat yang hanya memiliki nilai luaran/sandaran (extrinsik value). Lantaran itu, Islam mewajibkan zakat harta simpanan sama ada dalam bentuk Dinar-Dirham, mahupun dalam bentuk ketulanketulan yang tidak diacu mahupun ditempa, selagi ia memenuhi nisab dan haul. Semenjak sebelum kehadiran Islam lagi, matawang yang digunakan di Semenanjung Tanah Arab adalah mata wang Dirham dan Dinar. Ketika itu, kedua-dua matawang ini tidak ditempa di Semenanjung Arab, sebaliknya dibawa dan diperkenalkan oleh para pedagang luar yang datang ke Semenanjung Arab dari Rom dan Parsi. Aktiviti perdagangan yang rancak berlangsung di sekitar Semenanjung Arab pada kurun ke-6M menunjukkan bahawa masyarakat Arab yang berdagang sehingga ke utara dan selatan Semenanjung Arab telah menggunakan wang Rom dan Parsi.2 Setelah kewafatan Rasulullah SAW, usaha menempa dan mencetak matawang Islam yang pertama telah dilakukan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab iaitu setelah Empayar Islam menguasai Parsi pada tahun 18 Hijriyah. Malah, berat piawaian bagi setiap wang Dinar dan Dirham Islam telah ditetapkan oleh beliau dan ia kemudiannya diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam selepasnya. Pembaharuan yang dicetuskan oleh beliau

Wan Kamal Mujani, Sejarah Dinar Menyusuri Zaman.

Ahmad Arif Mohd Arshad_arifarshad78@gmail.com

Page 3

SEMINAR KEWANGAN ISLAM 02 JULAI 2011 M / 30 REJAB 1432 H, AUDITORUIM BDA, BINTULU

dalam isu penetapan piawaian wang Dirham ini menjadi penanda aras bagi setiap kepingan wang Dirham yang ditempa selepas itu. Sepuluh (10) keping Dirham telah ditetapkan beratnya hendaklah bersamaan dengan berat tujuh (7) keping Dinar. Menerusi ketetapan tersebut, berat bagi wang Dinar yang ditetapkan ialah 4.25 gram (1 mithqal), manakala berat yang diselaraskan bagi wang Dirham pula ialah 2.97 gram.

Al-Quran dan al-Hadith telah menggunakan perkataan Dinar dan Dirham bagi merujuk kepada kedua-dua jenis matawang ini. Sebagai contoh, firman Allah SWT di dalam Surah Ali Imran Ayat 76;

Maksudnya: Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sau dinar pun, dia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang buta huruf dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

Terdapat banyak riwayat Hadith yang menjelaskan tentang dinar, antaranya seperti yang diriwayatkan di dalam Sahih al-Bukhari; 3

.
3

Al-Bukhari, al-Jamie as-Sahih.

Ahmad Arif Mohd Arshad_arifarshad78@gmail.com

Page 4

SEMINAR KEWANGAN ISLAM 02 JULAI 2011 M / 30 REJAB 1432 H, AUDITORUIM BDA, BINTULU

Terjemahannya: Telah berkata kepada kami Ahmad Bin Yunus; Berkata kepada kami Asim Bin Muhammad dengan berkata; Telah berkata kepadaku Waqid Bin Muhammad; Telah berkata kepadaku Said Bin Marjanah yang merupakan sahabat kepada Ali Bin Husin dengan menyebut; Telah berkata Abu Hurairah kepadaku bahawa Rasulullah SAW bersabda: Mana-mana lelaki yang membebaskan seorang Muslim, Allah akan menyelamatkan bahagian anggota badannya daripada Neraka dengan setiap anggota badan hambanya yang dibebaskannya itu. Lalu Said Bin Marjanah berkata: Daku pun bergegas membawa berita ini kepada Ali Bin Husin lalu Ali Bin Husin pun menemui seorang hambanya yang telah dibeli daripada Abdullah Bin Jafar dengan harga sepuluh ribu Dirham atau seribu Dinar, lalu membebaskannya.

Selain itu, wang perak turut dirujuk dengan perkataan Wariq. Ini jelas di dalam kisah Pemuda-pemuda Ashabul Kahfi yang tercatat dalam Firman Allah SWT di dalam Surah alKahfi ayat ke-19;

Maksudnya: Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidur), supaya mereka tertanya-tanya sesama sendiri. Salah seorang di antara mereka bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang tempoh sebenar kamu tidur; Sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

Perhatikanlah bagaimana setelah 309 tahun berlalu, wang perak tersebut masih dapat digunakan mereka untuk membeli makanan yang baik. Sekiranya wang tersebut tidak memiliki nilai pada zatnya yang tersendiri (intrinsic value), nescaya wang tersebut tidak lagi sah diperlakukan. Insan yang berakal tentulah akan mempelajari sesuatu daripada ayat di atas tentang kepentingan aplikasi Dinar dan Dirham di sepanjang zaman.

Ahmad Arif Mohd Arshad_arifarshad78@gmail.com

Page 5

SEMINAR KEWANGAN ISLAM 02 JULAI 2011 M / 30 REJAB 1432 H, AUDITORUIM BDA, BINTULU

APLIKASI UMUM EMAS DAN PERAK DALAM BENTUK DINAR DAN DIRHAM
Secara umumnya, Dinar dan Dirham dapat berfungsi untuk tujuan-tujuan berikut: 1. Menghidupkan sebahagian Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama ditinggalkan. Sunnah bererti segala apa yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan, perakuan, peribadi, akhlak dan perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.4 Dalam hal ini, Dinar dan Dirham yang diperakui oleh Baginda di dalam banyak riwayat hadith memiliki nilai Sunnah bagi para mukminin yang menurutinya. Kedua-dua matawang ini memungkinkan insan beriman pada masa kini kembali bermuamalah menggunakan medium pertukaran sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika hayat Baginda. Selain memperolehi pahala, langkah ini amat penting sebagai batu asas mengembalikan semula kewujudan sistem ekonomi Islam yang adil dan sejahtera sebagai rahmat bagi seluruh alam. 2. Menyempurnakan perlaksanaan hukum Syarak. Syariat Islam yang berkaitan dengan harta seperti zakat, fidyah, kafarah, diyat, hudud dan tazir hanya dapat dilaksanakan dengan sempurna apabila wujud piawaian yang tepat atau paling hampir dengan standard yang berkuatkuasa pada zaman Rasulullah SAW. Sebagai contoh, sekiranya harga satu Dinar adalah RM 600.00, maka nisab zakat simpanan sepatutnya adalah sebanyak RM12,000.00 (RM600.00 X 20 mithqal). Namun, tanpa piawaian yang tepat, akan berlaku kecelaruan dari sudut perlaksanaan apabila nisab diukur dengan nilai dirham semasa iaitu sebanyak RM5000.00 (RM 25.00 X 200 Dirham). Oleh itu pihak-pihak berwajib perlulah bertindak proaktif dalam megembalikan nisbah Dinar : Dirham sebagaimana yang sewajarnya demi kesempurnaan perlaksanaan hukum-hukum Syarak.

3. Menjaga maslahat harta Sistem Dinar dan Dirham dipercayai dapat memelihara nilai harta manusia yang sedia ada daripada terhakis secara inflasi akibat berleluasanya sistem riba yang

Mustafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami.

Ahmad Arif Mohd Arshad_arifarshad78@gmail.com

Page 6

SEMINAR KEWANGAN ISLAM 02 JULAI 2011 M / 30 REJAB 1432 H, AUDITORUIM BDA, BINTULU

memanipulasikan penerimaan manusia terhadap aplikasi wang fiat (fiat-money)5. Fenomena ini bermula semenjak termeterainya Perjanjian Bretton Woods pada 1944 yang secara senyap memunggah nilai kekayaan majoriti insan ke tangan beberapa kerat golongan pemodal dan negara kuasa besar yang dikuasai para kapitalis. Barangkali, secara mikro penggunaan wang fiat adalah halal menurut Syarak. Akan tetapi jika dipandang dari dimensi makro, kefasadan nyata yang timbul untuk jangka panjang adalah mamadai untuk mengubah statusnya kepada haram andai tiada wasilah lain yang dapat menyekat kafasadan itu daripada berterusan.

4. Menjana pasaran komoditi dan perkhidmatan secara Islam Tuntutan perlaksanaan Syariat dalam muamalat seharian memerlukan kewujudan struktur pasaran Islam yang mapan dan stabil. Bermula dari peranan golongan pengusaha, petani, penternak dan nelayan, diikuti para peraih pukal, seterusnya pemproses, pemborong, pengendali pasaraya, pengedar runcit sehinggalah kepada para pengguna biasa, kesemua peringkat ini perlu diselaraskan oleh pihak berautoriti yang memahami aspirasi Syarak dalam membina pasaran Islam yang bebas daripada anasir riba, gharar, maysir, ihtikar, zulm, fusuq dan fasad. Di sinilah fungsi Dinar dan Dirham dapat diterapkan sebagai medium pertukaran yang adil agar struktur pasaran Islam tersebut berkembang dalam keadaan memiliki tahap keyakinan dan daya-tahan yang tinggi. Institusi-institusi kewangan seperti koperasi, perbankan Islam dan takaful turut memiliki peranan utama masing-masing dalam menjana pertumbuhan pasaran ini.

5. Menyempit dan menutup pintu-pintu Riba, Gharar dan Jahalah. Ciri-ciri fizikal yang terdapat pada Dinar dan Dirham dipercayai dapat mengawal kecairan matawang melampau yang menyebabkan pemberian hutang berlaku secara berleluasa lantaran permintaan tinggi terhadap pelbagai kemudahan kredit. Fenomena kerapuhan kredit yang menunggu bakal melonjakkan kadar kemuflisan
5

http://en.wikipedia.org/wiki/Fiat_money, Fiat money is money that has value only because of government regulation or law. The term derives from the Latin fiat, meaning "let it be

done", as such money is established by government decree. Where fiat money is used as currency, the term fiat currency is used. Today, all national currencies are fiat currencies, including the US dollar, the euro, and all other reserve currencies. This trend began with the Nixon Shock of 1971, which ended the backing by precious metal of the U.S. dollar

Ahmad Arif Mohd Arshad_arifarshad78@gmail.com

Page 7

SEMINAR KEWANGAN ISLAM 02 JULAI 2011 M / 30 REJAB 1432 H, AUDITORUIM BDA, BINTULU

khususnya di kalangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Selain mengembalikan aplikasi Dinar dan Dirham, faktor pendidikan, kesedaran awam dan penguatkuasaan fatwa amatlah perlu dipertingkatkan. Institusi-institusi kewangan Islam juga perlu menghasilkan produk-produk serta perkhidmatan yang mampu melengkapi aspirasi ini. Mereka sekaligus berperanan mencabut sepenuhnya amalan cara hidup berteraskan riba yang telah lama berakar-umbi dalam masyarakat dan menjadi punca kebejatan aqidah, ubudiyah dan akhlak dalam segenap aspek.

6. Menjana produktiviti berteraskan ekonomi sebenar. Dinar dan Dirham mendorong pembinaan masyarakat yang berdaya usaha dalam mengembangkan sektor ekonomi sebenar yang berasaskan produktiviti dalam bidang-bidang perusahaan seperti pembuatan, penternakan, pertanian, pemasaran, perkhidmatan, pengangkutan, hartanah dan runcit. Apabila masyarakat memahami bahawa emas dan perak adalah wang yang utama, mudahlah mereka difahamkan tentang fungsi matawang yang lain seperti fulus dan komoditi-komoditi utama seperti beras, gandum, garam dan barli dalam sebuah kitaran ekonomi. Sebagai contoh, para penanam padi akan memahami bahawa beras yang mereka hasilkan adalah sama sahaja peranannya dengan emas dan perak kerana ia adalah komoditi utama yang dapat berperanan sebagai wang. Lalu golongan anak-anak mereka dari kalangan muda-mudi yang berpelajaran tinggi tidak akan segan silu menyingsing lengan membanting tulang membajak dan menuai kerana apa yang mereka tuai itu bukan sekadar beras, tetapi juga adalah wang.

7. Menggalakkan perkongsian pemodal dan pangusaha (Musyarakah, Mudharabah dsb) Golongan yang memiliki modal besar akan sentiasa berusaha mengembangkan modal yang mereka miliki tanpa mahu terdedah kepada sebarang risiko. Oleh yang demikian mereka akan bergantung harap kepada institusi kewangan untuk menjana keuntungan tetap secara berkala melalui deposit simpanan dan pelaburan jangka panjang. Jika berterusan, hal sebegini akan mematikan semangat bekerjasama dan saling berkongsi untung-rugi dalam meraih sumber rezeki. Di sebelah pihak pula,
Ahmad Arif Mohd Arshad_arifarshad78@gmail.com Page 8

SEMINAR KEWANGAN ISLAM 02 JULAI 2011 M / 30 REJAB 1432 H, AUDITORUIM BDA, BINTULU

golongan pengusaha dan peniaga yang terdedah kepada untung dan rugi sebahagian mereka akan tewas dalam persaingan dan akhirnya menanggung kerugian bersendirian setelah sekian lama membayar bunga kepada para pemodal. Oleh yang demikian, aplikasi Dinar dan Dirham diharap dapat memperbetulkan kefahaman dan sikap para individu serta institusi kewangan agar lebih menceburkan diri dalam bidang-bidang yang dapat meningkatkan kerjasama dan bantu-membantu sesama manusia seperti persyarikatan modal, keusahawanan, koperasi, pajakan tanah dsb. bagi tujuan-tujuan pelaburan dengan persandaran terhadap sistem watawang yang lebih adil dan stabil.

APLIKASI KHUSUS EMAS DAN PERAK DALAM BENTUK DINAR DAN DIRHAM
Secara khusus pula, dapatlah disenaraikan beberapa penggunaannya dalam kehidupan manusia seharian seperti berikut: 1. Mengeluarkan belanja (Infaq) di Jalan Allah menurut salah satu cara yang pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para Sahabat Baginda, yakni dalam bentuk Dinar dan Dirham. Ini akan mendorong aliran tunai matawang ini bergerak di dalam masyarakat secara yang konsisten lantas membuka lebih banyak saluran utama matawang tunai asal yang telah tersumbat. 2. Membayar Zakat, Fidyah, Kafarat dan Diyat dengan memenuhi nisab atau kadarnya yang tetap dan pasti dalam bentuk Dinar atau Dirham. JAKIM, Jabatan-jabatan Mufti, Pusat-pusat Zakat dan Baitulmal perlulah mengkaji dan menyelaras perkara ini agar masyarakat dapat melaksanakan kewajipan mereka sebaik-baiknya. 3. Melakukan bayaran transaksi bagi jual-beli atau perkhidmatan yang dilakukan secara fizikal di premis-premis jualan runcit atau pasar-pasaraya yang menerima matawang ini sebagai medium transaksi. Suatu sistem penetapan harga perlulah diwujudkan oleh pihak berkuasa agar nilai Dinar dan Dirham tidak terapung di atas arus matawang fiat, sebaliknya disokong oleh komoditi asas seperti beras, garam, minyak sawit dan seumpamanya. Hal ini penting bagi mengelakkan kecelaruan di kalangan

Ahmad Arif Mohd Arshad_arifarshad78@gmail.com

Page 9

SEMINAR KEWANGAN ISLAM 02 JULAI 2011 M / 30 REJAB 1432 H, AUDITORUIM BDA, BINTULU

peniaga dan para pengguna dalam menentukan harga barangan runcit bagi urusniaga harian. 4. Melakukan bayaran transaksi secara digital melalui kemudahan atas talian seperti yang ditawarkan oleh Syarikat E-Dinar Ltd yang berpusat di Labuan dan Dubai. Selain itu, pengenalan kad Dinar Debit juga dijangka akan menambahkan kaedah pembayaran menggunakan matawang ini bagi keselesaan pengguna. 5. Menggunakan Dinar dan Dirham sebagai modal perniagaan, bermula secara kecilkecilan sehinggalah besar-besaran. Amalan pengambilan untung semata-mata atas kenaikan harga Dinar dan Dirham ini berbanding Ringgit/USD melalui peredaran masa bukanlah suatu yang sihat kerana ia bercanggah dengan maksud asal penggunaannya. Sebaliknya keuntungan perlu dijana melalui urusniaga jual-beli atau upah perkhidmatan yang Syarie. 6. Bagi yang ingin menyimpan sebagai asset pelaburan jangka panjang, Dinar dan Dirham bolehlah disimpan dengan syarat bahagian zakatnya dibayar pada setiap tahun. Selain zakat, infaq ke Jalan Allah juga perlulah dilakukan bersesuaian dengan Firman Allah dalam Surah at-Taubah ayat 34:

Maksudnya: dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

7. Bagi yang berhasrat menyimpan untuk suatu kegunaan pada masa hadapan seperti menunaikan Haji, Umrah atau deposit pembelian rumah, Dinar dan Dirham adalah

Ahmad Arif Mohd Arshad_arifarshad78@gmail.com

Page 10

SEMINAR KEWANGAN ISLAM 02 JULAI 2011 M / 30 REJAB 1432 H, AUDITORUIM BDA, BINTULU

pilihan simpanan terbaik yang kalis kejatuhan nilai sama ada akibat inflasi, krisis kredit, peperangan, bencana alam dsb. 8. Membayar mahar perkahwinan dengan Dinar dan Dirham adalah pilihan yang sangat bijak kerena matawang ini memiliki nilai yang teguh, selain meraih pahala Sunnah sebagaimana yang dibayar oleh Sidina Ali Bin Abi Talib RA sebagai mahar perkahwinannya dengan Fatimah RA, iaitu sebanyak sebanyak 480 Dirham. 9. Memanfaatkan Dinar sebagai cagaran atau Marhun bagi pelbagai bentuk hutang sama ada yang bepunca daripada kontrak pinjaman mahupun kontrak jual-beli. 10. Bagi pihak berkuasa pula, Dinar dan Dirham atau Emas dan Perak boleh dijadikan asas bagi Penanda Aras pelbagai bentuk indeks sama ada Indeks Harga Pengguna, Indeks Perkapita dan Indeks Taksiran Cukai. Ia adalah sebahagian langkah awal ke arah penghasilan Belanjawan Negara dan Unjuran KDNK berasaskan Dinar dan Dirham. 11. Selain itu, Dinar dan Dirham boleh dijadikan hadiah, cenderamata, perhiasan atau koleksi peribadi yang berharga dan boleh digadai ketika saat-saat memerlukan.

KESIMPULAN
Perjalanan sesebuah sistem ekonomi akan sentiasa berubah menurut tahap ilmu dan ketaqwaan insan-insan yang berada di dalamnya. Golongan beriman akan memilih pendekatan yang sihat dalam berekonomi. Apabila sihat aliran tunai yang menjalar di dalamnya, maka sihatlah sistem tersebut seperti darah yang mengalir di dalam setiap tubuh badan. Sekiranya tunai terkumpul di sesuatu bahagian dalam komponen ekonomi, maka akan terjadilah penyakit strok yang melumpuhkan seluruh badan sistem ekonomi, sama seperti tubuh badan manusia. Oleh yang demikian, setelah memahami kepentingan dan cara-cara untuk kembali kepada sistem ekonomi Islam yang bercirikan medium pertukaran nilai yang adil, maka orang ramai hendaklah menanamkan keazaman untuk memperbaiki kelemahan masa lalu serta memulihkan keadaan yang ada di sekeliling mereka. Langkah pertama hendaklah bermula dengan diri sendiri, umpamanya dengan berusaha memiliki wang Dinar dan Dirham untuk simpanan sehingga mencukupi untuk pembayaran zakat.
Ahmad Arif Mohd Arshad_arifarshad78@gmail.com Page 11

SEMINAR KEWANGAN ISLAM 02 JULAI 2011 M / 30 REJAB 1432 H, AUDITORUIM BDA, BINTULU

Zakat itu nantinya akan dibayar kepada asnaf dan asnaf akan memanfaatkannya melalui peniaga-peniaga yang berurusniaga dengan Dinar dan Dirham. Para peniaga ini pula akan memerlukan fasiliti kewangan yang sesuai dan akhirnya akan mendorong bank-bank menawarkan khidmat-khidmat berkaitan Dinar dan Dirham. Hal ini akan mendorong pula pihak-pihak lain yang berautoriti untuk menggubal akta-akta perundangan serta polisi-polisi pentadbiran bagi mengurus-tadbir arah tuju ekonomi berteraskan aplikasi emas dan perak atau lebih khususnya Dinar dan Dirham berdasarkan kehendak rakyat yang bertaqwa kepada Allah. Walaupun pada awalnya impak penawaran kredit akan menjadi terhad, namun keberkatan dari Allah yang hadir dalam pelbagai bentuk seperti penurunan kadar inflasi, pastinya dapat menyerap cabaran tempoh peralihan yang sementara itu. Lama kelamaan, aliran tunai yang patuh Syarak ini akan mengembalikan fungsi tubuh ekonomi yang lebih sihat lantas mambantunya untuk mampu bangun bagi memikul amanah perubahan yang lebih luas di peringkat global, InshaAllah.

27 Rejab 1432(H)/ 29 Jun 2011(G) Bintulu, Sarawak.

Ahmad Arif Mohd Arshad_arifarshad78@gmail.com

Page 12

You might also like