JULAI 2008
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
faedah membacadan cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat
. Panjangnyarumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.Percambahan idea baharu dalam bentuk yang lebih tersusun dan jelas diperoleh melaluiamalan membaca. Oleh sebab itulah dikatakan bahawa amalan membaca sebagai jambatan ilmu.Amalan yang baik ini dapat mengasah fikiran supaya lebih bercapah, di samping menyuburkan perkembangan jiwa seseorang. Sehubungan dengan itu, orang yang kurang membaca akanketinggalan dalam segala bidang. Orang yang banyak membaca akan mempunyai imaginasi yangtinggi berdasarkan buku yang dibacanya. Namun begitu, berapa ramaikah rakyat negara kita iniyang mengamalkannya? Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa amalan membaca hanya dapatdilihat di institusi pengajian tinggi, di perpustakaan dan di sekolah sahaja.Berdasarkan Laporan Kajian Tabiat Membaca Rakyat Malaysia, kadar literasi atau celik huruf di negara ini ialah
93
peratus. Walau bagaimanapun, kajian itu mendapati bahawa rakyatMalaysia kini hanya membaca dua bush buku setahun. Keadaan ini masih tidak memaaskanwalaupun tabiat membaca rakyat Malaysia telah bertambah baik. Satu dekad yang lalu, rakyatMalaysia hanya membaca satu halaman buku setahun.Terdapat beberapa faktor yang menjejaskan proses pembudayaan amalan membaca dinegara ini. Antaranya, harga buku yang mahal, khususnya buku ilmiah yang diimport. Hal inimenyebabkan pembeli berfikir berkali-kali sebelum membeli buku. Keadaan ini banyak berlakudalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Selain itu, sikap rakyat yang tidak menitikberatkan aktiviti keilmuan juga menjadi penyumbang kepada kadar pembacaan yangrendah.
Persepsi orang ramai
bahawa membaca hanya berlaku semasa proses menuntut ilmuharus dikikis. Untuk menangani persepsi yang salah itu, beberapa tindakan waj ar diambil secara berperingkat-peringkat dan berterusan. Oleh hal yang demikian, usaha ini akan menimbulkankesedaran bahawa orang yang membaca akan memperoleh ilmu yang berguna sepanjanghayatnya dan akan sentiasa dihormati oleh orang lain.Amalan membaca ialah usaha yang dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuandalam diri individu berkenaan. Menerusi amalan membaca, seseorang individu dapatmeningkatkan penguasaan bahasanya dan membolehkan seseorang itu maju dalam kehidupannya.Amalan membaca harus dipupuk supaya usaha memartabatkan ilmu itu tidak didukung olehsesetengah pihak sahaja. Setiap lapisan masyarakat perlu menggembleng tenaga untuk memastikan bahawa amalan membaca dapat dibudayakan. Tambahan pula, kini segala ilmu danmaklumat lebih mudah diperoleh melalui Internet. Oleh itu, hasrat kita untuk menjadi bangsayang maju dan bermaklumat akan dapat dicapai sekiranya kita tahu menghargai danmemartabatkan ilmu melalui pembacaan.(Dipetik dan diubahsuaikan daripada `Membaca Santapan Rohani dan Minda' oleh HuzaimiBaharudin,
Dewan Masyarakat,
Januari 2006)