Professional Documents
Culture Documents
1.0 PERSONALITI 1.3 Perkembangan. Personaliti berkembang dan membentuk kerana ia dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu: - Pewaris - Pengalaman - Budaya
2.0 PEMBELAJARAN
Umumnya pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku kebolehan seseorang yang dapat dikekelkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan ( Robert M. Gagne 1970 dalam the condition of learning ) Pembelajaran dilihat sebagai perubahan yang berlaku kepada seseorang yang membeentuk perkaitan yang baru atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Psikologi pembelajaran boleh diartikan sebagai kajian saintifik terhadap pertumbuhan manusia dalam aspek-aspek seperti fizikal, mental, emosi, personaliti, perbezaan individu dan tingkah laku sepanjang hayatnya. Dalam arti kata lain : 1. Satu prroses yang berterusan 2. secara formal melalui sekolah ,( membaca, menulis, dan mengira ) 3. Secara tak formal melalui rakan ssebaya, keluarga, media masa, persekitaran. 4. Mempunyai teori-teori mazhab pembelajaran, empat mazhab pembelajaran utama: behaviorisme, kognitif, sosial dan humanistik.
3.0 Konsep dan Prinsip - Keseluruhan atau kesemua sistem persepsi dan makna menjadikan latar fenomena dikenali sebagai
kendiri. Konsep kendiri yang berkaitan ialah kendiri idaman (ideal-self). Kendiri idaman atau unggul merupakan konsep yang diingini oleh seseorang. -Konsep kendiri yang dihuraikan Rogers: Pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman atau psikologi terhadap persepsi . Kendiri mengandungi sifat gabungan (configurational) mewakili satu yang terus dan konsisten secara keseluruhan walaupun kendiri dikatakan berubah-ubah ,dia mempunyai pola sepadu dan tersusun . Kendiri tidak Homunculus. Gabungan pengalaman dan persepsi dikenali sebagai kendiri punca timbul dalam kesedaran . Dalam ribuan sesi kaunseling oleh Rogers , begitu banyak kenyataan yang merujuk kepada kendiri seperti kendiri sebenar dan kendiri idaman .Pengalaman ini membuatkan Rogers begitu pasti dengan konsep kendiri pengalaman yang dialami manusia dan matlamat manusia adalah untuk menjadi kendiri sebenar (real-self).
3.5 Kecendrungan kesempurnaan. Rogers percaya, manusia didorong oleh kecendrungan untuk mempertahankan dan meningkatkan kendiri merangkumi keperluan psikologi dan fisiologi. Kecendrungan ini membantu perkembangan diri manusia kerana ia bertanggung jawab keatas proses kematangan dan perkembangan genetik.
3.6 Kecelaruan psikologi. Rogers menyatakan, seseorang dalam keadaan tidak kongruen apabila dia mengalami percanggahan diantara kendiri yang dipersepsikan dengan pengalamannya yang sebenar. Misalnya; jika seseorang beranggapan dirinya seorang yang tidak suka membenci, tetapi sekarang mengalami kebencian, dia berada dalam keadaan tidak kongruen