You are on page 1of 13

KELEMAHAN B.

MELAYU KERTAS 2
BAHAGIAN B
I. Tidak memahami kehendak soalan /tugasan
yang diberikan
II. Isi-isi yang diberikan tidak mencukupi
III. Hanya mengemukakan pernyataan isi sahaja
IV. Huraian yang kurang jelas dan sukar difahami
V. Lemah dalam penguasaan bahasa
VI. Banyak melakukan kesilapan dalam aspek
tatabahasa
VII. Tulisan yang kurang menarik dan sukar untuk
dibaca
VIII. Mengemukakan format karangan yang salah
IX. Hanya menyalin soalan sahaja bagi calon yang
terlalu lemah
KELEMAHAN-KELEMAHAN PEMERIKSAAN GURU

1. Menggunakan satu jenis penandaan sahaja untuk


kesalahan-kesalahan bahasa yang berlainan.
2. Menggunakan satu tanda ( ) panjang lalu diberikan
markah
3. Tidak meletakkan penandaan bagi kesalahan yang
dilakukan oleh calon
4. Penandaan bagi isi-isi yang diberikan oleh calon tidak
ditandakan dengan tepat
5. Masih menggunakan kaedah analitik dalam penandaan
6. Markah yang diberikan kepada calon tidak digenapkan
7. Kurang tepat dalam menentukan kesalahan dalam aspek
tatabahasa
Contohnya, antara kesalahan struktur ayat dengan
penggunaan perkataan.
8. Markah yang diberikan kurang tepat, sama ada terlalu tinggi
/ terlalu rendahuntuk bahagian A, B atau C
APAKAH YANG CIKGU
FAHAM DENGAN MAKSUD
PENGAJARAN BERKESAN ?
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
BERKESAN B. MELAYU BHG B
• Dedahkan pelbagai soalan karangan
karangan mengikut jenis karangan
• Dedahkan semua jenis contoh karangan
• Kuasai semua jenis format karangan
• Kaitkan tema karangan dengan pelbagai
jenis karangan yang berkaitan
• Banyakkan aktiviti mencari isi karangan
• Tampalkan hasil karangan murid yang
cemerlang di tempat-tempat tertentu.
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
BERKESAN B. MELAYU BHG B

• Baca satu karangan satu hari.


• Hafal kata-kata aluan / pendahuluan
dan penutup beberapa jenis
karangan.
• Banyakkan latihan membina ayat
berdasarkan isi-isi yang dibincangkan.
• Latihan merangka karangan.
CONTOH-CONTOH SOALAN
YANG MENGUJI MINDA MURID
TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B
1. Baca dan fahamkan dahulu semua tajuk karangan
yang diberi.

2. Pilih tajuk karangan yang benar-benar anda faham.

3. Sediakan isi karangan yang lengkap, tepat dan sesuai.

4. Sediakan rangka karangan supaya karangan lebih


sistematik. Rangka karangan perlu mempunyai:
a) Pendahuluan - satu perenggan
b) Isi-isi - empat perenggan
c) Penutup - satu perenggan
TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B
5. Pendahuluan karangan mestilah berkaitan dengan
tajuk.

6 Isi karangan mempunyai 4 perenggan. Perlu ada isi


utama, huraian bagi isi dan contoh sebagai bukti
huraian anda.

7 Perenggan pendahuluan dan penutup memadai


dengan 2 ayat. Manakala perenggan isi seelok-
eloknya 3 atau lebih.

8 Setiap karangan perlu ada kesinambungan.


Penggunaan penanda wacana seperti, oleh itu, namun
begitu, oleh hal yang demikian dan sebagainya
digunakan untuk menyambung isi.
TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B

9 Penutup karangan mengandungi kesimpulan


atau rumusan tentang tajuk untuk menegaskan
pendirian anda tentang tajuk karangan.

10 Pastikan anda menyemak karangan, jika ada


tanda baca yang tertinggal, ejaan yang salah,
struktur ayat yang tidak betul dan sebagainya.

11 Tulisan mesti kemas dan cantik.


TANDA-TANDA DALAM PEMERIKSAAN

 Isi

( ) Kesalahan isi

Kesalahan struktur ayat

Kesalahan penggunaan perkataan

Kesalahan penggunaan imbuhan


Kesalahan penggunaan imbuhan yang
berulang

Kesalahan tanda baca

X Kesalahan tanda baca yang berulang

/ Kesalahan ejaan

// Kesalahan ejaan yang berulang


SEKIAN TERIMA KASIH
Anak ular oh anak ular,
Guru mengajar jangan dok tidur.

Anak tupai oh anak tupai,


Rajinlah mengajar supaya anak didik menjadi pandai.

Anak didik oh anak didik,


Dengarlah nasihat cikgu ni baik-baik.

You might also like