Professional Documents
Culture Documents
Ebook Puasa
Ebook Puasa
PUASA
Makna Puasa
Dari Segi Bahasa Bererti menahan diri daripada sesuatu Dari Segi Syarak Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan keredaan Allah SWT.
Maksudnya: Pada bulan Ramadan, diturunkan alQuran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadan hendaklah ia berpuasa. (Surah al-Baqarah: 185)
Berpuasa pada bulan Ramadan hukumnya wajib (fardhu ain) berdasarkan al-Quran, al-hadis dan ijmak ulama. Puasa wajib lain : 1) Jenis-jenis puasa lain yang wajib ialah puasa nazar (puasa yang diniatkan untuk dilakukan kerana terkabulnya sesuatu hajat seperti menang dalam perbicaraan atau berjaya dalam peperiksaan 2) Puasa kifarat (puasa dalam erti kata membayar denda kerana melanggar syarat-syarat berpuasa seperti bersetubuh dengan isteri pada waktu siang di bulan Ramadan. Puasa kifarat di sini ialah berpuasa selama 60 hari berturut-turut). Sebenarnya dalam bahasa Arab disebut kaffarah.
Dalil al-Hadis
Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Diasaskan Islam atas lima dasar, iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad SAW utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadan. Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Ijmak
Umat Islam telah Ijmak (bersepakat) atau sekata atas wajibnya puasa Ramadan lantaran ia merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan telah termaklum kewajipannya dalam agama. Mengingkari kefarduannya adalah kafir dan terkeluar daripada Islam.
Dalil al-Quran...
Maksudnya : Wahai orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagai mana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah: 183) 1|Page
Puasa Ramadan mula diwajibkan pada hari Isnin dua haribulan Syaaban tahun kedua Hijrah.
7 Kedatangan Ramadan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat Tarawih, di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan Muslim yang lain, khususnya mereka yang daif. 8 Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW yang Maksudnya : Sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. 9 Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.
melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekali gus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.
10 Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman.
5 Puasa disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran. 6 Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.
2|Page
11 Terdapatkan Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.
1 2
3 4
Islam Puasa tidak diwajibkan kepada yang bukan Islam Baligh Tidak diwajibkan berpuasa kepada mereka yang belum baligh atau belum cukup umur. Namun digalakkan latihan berpuasa kepada kanak-kanak. Berakal Orang gila tidak diwajibkan berpuasa. Sihat Orang yang sakit / uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya berpuasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan fidyah. Bermukim Musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada (menggantikan) puasa selepas bulan Ramadan. Suci Suci daripada haid dan nifas bagi wanita
Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala.
RUKUN-RUKUN PUASA
Orang yang berpuasa. Berniat. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
1 2
Islam. Berakal dan mumayyiz (tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak). Suci daripada haid dan nifas. Apabila nyata masuknya bulan Ramadan
3 4
Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka. Muntah dengan sengaja. Keluar haid dan nifas.
Mereka yang ingin berpuasa diwajibkan berniat di dalam hati pada setia malam. Tempohnya bermula sesudah tenggelam matahari sehinggalah terbit fajar.
Gila. Murtad. Mengeluarkan mani dengan sengaja. Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari bulan Ramadan).
3|Page
Tingkatan Puasa
Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tingkat:
3 TINGKAT PUASA
PUASA UMUM
Puasa yang kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan, minum dan menahan keinginan berjimak.
PUASA ISTIMEWA Ya Allah, bagi Engkaulah amalan puasaku ini, kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka. Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat. Memperbanyakkan membaca alQuran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan. Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat. Mandi junub lebih awal, sebelum masuknya waktu Subuh.
(Puasa Khusus) Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara di atas.
Mereka yang dibenar meninggalkan puasa 1 Orang yang hilang daya upaya
untuk berpuasa seperti sakit perut dan sakit kepala yang serius serta jenis-jenis penyakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran.
Orang yang sengaja melakukan perkaraperkara yang membatalkan puasa. Orang yang pitam / mabuk sewaktu masuk bulan Ramadan. Orang yang sangat lapar dan dahaga yang tidak membolehkannya berpuasa Ramadan.
Fidyah puasa ialah amalan memberikan sedekah kepada fakir miskin dengan secupak beras bagi sehari berbuka puasa mengikut syarat-syaratnya.
5|Page
2 3 4
1) Memerdekakan seorang hamba Mukmin lelaki atau perempuan, (sekiranya tidak mampu). 2) Berpuasa dua bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya). 3) Memberi makan kepada 60 orang fakir / miskin.
Sengaja aku solat Tarawih dua rakaat (imam / mengikut imam) kerana Allah Taala Rukun-rukun solat Terawih sama seperti solat fardhu atau sunat yang lain. Lazimnya bacaan surah-surah selepas al-Fatihah pada setiap rakaat pertama bermula dari surah al-Takasur hingga surah al-Lahab (dari malam 1 Ramadan hingga 15
6|Page
PUASA HARAM
1 2 3 4
Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal. Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah.
Tiga hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Hari Syak iaitu hari yang diragui antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadan.
PUASA SUNAT
1
Puasa sunat enam hari (puasa enam) pada bulan Syawal khususnya selepas Aidilfitri (berturut-turut enam hari adalah afdal). Hari Isnin dan Khamis setiap minggu. Puasa hari Asyura (10 Muharam). Puasa 9 Zulhijjah (sempena wuquf di Arafah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji pada tahun itu. Puasa hari 13, 14 dan 15 setiap bulan. Puasa hari 28, 29 dan 30 setiap bulan. Puasa Nisfu Syaaban (15 Syaaban).
2 3 4
5 6
Sengaja aku solat sunat Witir dua rakaat / satu rakaat kerana Allah Taala. Bacaan surah dalam rakaat pertama selepas alFatihah ialah surah al-Ala pada rakaat kedua surah al-Kafirun dan rakaat ketiga surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas. 7|Page
PUASA MAKRUH
1
Puasa hari Jumaat secara berasingan. Contohnya tidak didahului oleh puasa hari Khamis sebelumnya atau Sabtu sesudahnya. Puasa 15 sehingga 30 Syaaban bagi bukan qada atau puasa sunat yang tidak pernah dilakukan sebelum 15 Syaaban tiba-tiba sampai 15, 16, 17 dan seterusnya ia ingin berpuasa sunat Berpuasa terus-menerus sepanjang tahun.
PERMASALAHAN PUASA
1
Perempuan yang ingin berpuasa sunat perlulah meminta izin suaminya terlebih dahulu. Jika isteri yang sedang berpuasa sunat diminta memenuhi syahwat suaminya perlulah ia menghentikan puasa tersebut kerana mematuhi kehendak dan perintah suami adalah wajib.
Persetubuhan pada waktu mengerjakan puasa sunat tidak perlu kepada penggantian puasa dan kifarat sebagaimana puasa pada bulan Ramadan. Permasalahan Puasa Adab-Adab Berpuasa 1) Menjauhkan diri daripada perkaraperkara maksiat seperti mengumpat, memfitnah, mengeji, mencela serta mengeluarkan kata-kata kesat. 2) Mengelakkan dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. 8|Page
Diambil daripada Buku Indahnya HIDUP Bersyariat terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.