Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Jurnal Skill Lab

Jurnal Skill Lab

Ratings: (0)|Views: 164 |Likes:
Published by Cik Sue

More info:

Published by: Cik Sue on Jul 14, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/12/2012

pdf

text

original

 
1Pengkaji :
Mohd NorHazril Bin Mohd Kamarulzaman
Alamat :
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.
Lokasi Kajian :Tajuk :
Pengurusan Makmal Kemahiran Hidup Melalui PendekatanKolaboratif Abstrak
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti setakat manakahkeberkesanan amalan pengurusan makmal Kemahiran Hidup mengikut pendekatankolaboratif di sesebuah sekolah menengah. Pelbagai aspek yang ditekankan dalam kajianini. Antara aspek-aspek yang ditekankan di dalam kajian ini ialah mengenai konsepkerjasama antara guru-guru, guru kanan dan pihak pentadbiran, kekerapan mengadakanmesyuarat, pemantauan dari pihak-pihak tertentu dan rekod-rekod penyelenggaraanmakmal.
 
 Abstract
This research has been carried out in order to find the effectiveness of system practiced inthe management of the living skill laboratory which used the collaborative method. Theimportant aspects emphasized are the cooperation among teachers, senior assistant and administrative staff, how often meeting are held, supervision by related official and whether record of maintenance are well kept. The instrument process used a qualitativemethod which is used by a session of interview which is with 3 respondent to get someinformation from them.
1.0 Pendahuluan
Makmal Kemahiran Hidup merupakan sebuah pusat operasi pengajaran dan pembelajaransubjek berkenaan. Walau apapun bentuk struktur organisasi dan fizikal, programpengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup tetap berjalan seperti sediakala. Impak serta produk yang dihasilkan daripada perlaksanaan aktiviti-aktiviti di tempat-tempat yangtertentu itu merupakan refleksi suasana makmal yang dibina. Penyusunan, penggunaandan penyelenggaraan alat atau bahan, serta langkah-langkah bagi mengelak kemalanganyang dijalankan dengan teratur dapat melahirkan produk yang positif dan bersistematik.Pendekatan Kolaboratif bermaksud pemaufakatan, kekitaan dan kerjasama yang ikhlasdan terbuka oleh setiap individu yang terlibat. Pengurusan Makmal Kemahiran HidupBersepadu secara kolaboratif ini bermakna semua guru-guru Kemahiran Hidup hendaklahberkejasama dalam menguruskan makmal-makmal Kemahiran Hidup dan setiap gurusentiasa memahami dan mengetahaui tentang konsep pengurusan dan pengendalian setiap
 
2makmal (KPM 1996). Sebagai contohnya, guru yang sering mengajar di makmal kerjakayu hendaklah memahami dan mengetahui bagaimana cara atau prosedur untuk menguruskan bahan dan alatan yang hendak digunakan sebelum memulakan prosespengajaran dan selepas mengakhiri proses pengajaran. Begitu juga apabila berada dimakmal masakan, jahitan ,kerja elektrik dan elektronik, enjin dan kerja paip, guru mestilahmemahami cara untuk mengendalikan langkah-langkah dalam memulakan dan mengakhiriproses pegajaran.Setiap pelajar yang mempelajari subjek Kemahiran Hidup dikehendaki mempratikkanKemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan serta Reka Cipta yang manamata pelajaran tesebut menjadi komponen teras dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.Untuk berinteraksi dan berekreasi di dalam subjek-subjek tersebut, para pelajarmemerlukan bilik yang konduksif disamping memerlukan kelengkapan alatan dan bahan-bahan yang bersesuaian. Secara fizikalnya, bilik-bilik dan makmal KemahiranManipulatif, Ekonomi Rumahtangga dan Pertanian telah yang wujud di sekolah pada masaini adalah sangat berjauhan dan berasingan antara satu sama lain. Keadaan inimenyebabkan pelajar-pelajar sentiasa bergerak mengikut kesesuaian, bahkan kerapberlaku peralatan dan juga bahan-bahan terpaksa beralih daripada satu makmal ke satumakmal yang lain.(Laporan PPK 2005).Dengan ini pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Teknik dan Vokasional telahmenyarankan agar guru-guru Kemahiran Hidup dapat mengamalkan pengurusan makmalKemahiran Hidup Bersepadu ini melalui pendekatan kolaboratif. Hal ini adalah bertujuanbagi mempastikan agar pengurusan makmal Kemahiran Hidup dapat dilakukan dandilaksanakan dengan lebih bersistematik agar proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini menghasilkan impak yang optimum. (PPK 2005).
2.0 Objektif Kajian
Objektif kajian meliputi perkara-perkara yang hendak dicapai atau dilaksanakan iaitu:
 
Mengenalpasti samada guru-guru, Ketua Panitia dan Pihak pentadbir sekolahmemberikan kerjasama semasa melaksanakan pengurusan makmal KemahiranHidup Bersepadu pendekatan kolaboratif.
 
Mengenalpasti samada guru mengadakan mesyuarat yang ditetapkan semasamelaksanakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatankolaboratif.
 
Mengenalpasti sekerap mana guru-guru, ketua Panitia dan pihak pentadbirmengadakan pemantauan semasa melaksanakan pengurusan makmalKemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif.
 
Mengenalpasti setakat mana guru menyediakan dan mengemaskani rekod-rekod penyelenggaraan makmal Kemahiran Hidup.
 
3
3.0 Skop
Skop kajian adalah merujuk kepada populasi kajian yang hendak dijalankan olehpenyelidik. Skop kajian adalah bertujuan untuk menentukan apa yang ingin dikaji olehpenyelidik atau pengkaji. Hal ini adalah bertujuan untuk mengklasifikasikan sesuatubidang kajian agar kajian ini mudah untuk mengkod hasil kajian. ( Sabitha, 2005 ). Selainitu, menurut Mohammad Najib (1999) dalam Mohd Tarmizi (2007), penyelidik tidak akandapat mengakaji semua perkara yang berkaitan dengan masalah yang akan dikaji olehpengakaji itu sendiri. Oleh itu, skop dan kajian yang dijalankan oleh pengkaji mengenaipengurusan makmal melalui pendekatan kolaboratif ini hanya menumpukan kepadaresponden yang terdiri dalam kalangan guru-guru sekolah di sekitar Tanjung Malim.Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan rujukan dari buku-buku, internet dankajian lepas dalam mendapatkan data supaya objektif kajian dapat dicapai. Temubual inidijalankan ke atas guru-guru sekolah di sekitar Tanjung Malim. Manakala bahan-bahanrujukan pula diperoleh daripada sumber-sumber di perpustakaan, surat khabar, internetdan jurnal. Selain itu, kajian ini melibatkan pemerhatian malalui kajian-kajian lepas.
4.0 Kerangka Teori4.1 Teori Kognitif 
Teori ini berpegang bahawa pembelajaran merupakan satu proses pemikiran. Perubahan-perubahan tingkah laku atau yang disebut sebagai pembelajaran itu hanyalah satu refleksiperubahan dalaman. Menurut pandangan Jean Piaget, manusia tidak sahaja menerimamaklumat tetapi memproses maklumat yang diterima yang menjadikan setiap individu itumerupakan ahli pemikiran yang dapat membentuk dan mencipta sesuatu berdasarkankebolehan masing-masing.Manusia merupakan makhluk yang sentiasa ingin tahu akan pelbagai hal dan sentiasameneroka persekitaran berdasarkan apa yang diketahui dan dipelajari hasil daripadainteraksi sosial dan psikologi yang berlaku. Menurut Kamarudin & Siti Hajar (2004),Jerowm Bruner yang berwibawa dalam teori kognitif ini menegaskan bahawapembelajaran melalui penemuan berlaku apabila pelajar dapat menghubungkan isi danstruktur yang dipelajari. Jalinan ini memberikan makna kepada pembelajaran dan tidak secara ingatan membuta tuli sahaja. Pengetahuan kemahiran dan juga nilai yang dipelajarilebih diingati, ia juga memudahkan ia belajar pelajaran yang seterusnya yang lebih sukaratau berkait.Teori ini dapat membantu penyelidik mengkaji keberkesanan pengajaran amali di makmalkemahiran hidup dan ianya dapat untuk membuktikan bahawa pembelajaran melaluipenemuan berlaku apabila pelajar dapat menghubungkaitkan isi dan struktur yangdipelajari semasa melakukan amali di makmal.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->