Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
44Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Laporan Lawatan Ke Pusat Serenti Jeli

Laporan Lawatan Ke Pusat Serenti Jeli

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 12,684|Likes:
Published by Muhammad Na'im

More info:

Published by: Muhammad Na'im on Sep 14, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

12/13/2012

pdf

text

original

 
Laporan Lawatan ke Pusat Serenti Jeli, Kelantan
Pada 25 Ogos 2008 seramai 99 orang pelajar Diploma Kejururawatan Tahun 1telah mengikuti lawatan ke Pusat Serenti di Jeli, Kelantan. Lawatan ini diiringioleh beberapa orang pengajar Diploma Kejururawatan iaitu Pn. Fadhilah Husin,Pn. Hasni Embong, Pn. Mas Nor Masaloni Ibrahim, Pn. Low Kim Lian dan Pn.Zuraida Yusoff. Para pelajar diminta berkumpul di hadapan perkarangan PusatPengajian Sains Kesihatan (PPSK) pada pkul 7.45 pagi. Sebanyak 3 buah bastelah disediakan untuk lawatan ini. Tepat pukul 8.00 para pelajar telah berangkatke destinasi yang mengambil masa lebih kurang 2 ke 3 jam. Setelah sampai dilokasi yang dituju kami di jemput ke Bilik Mesyuarat Pusat Serenti untukmendengar taklimat oleh Timbalan Komandan, Wan Jalani bin Wan Ismail.Di sana beliau telah menerang dan memberikan maklumat yang amat bergunatentang Pusat Serenti Jeli ini.Pusat serenti ini terletak di Kg. Kuala Long, Batu Melintang, Jeli, Kelantan iaituberada di antara Lebuh raya Timur Barat dan Sungai Pergau di atas tanah rezabnegeri Kelantan. Pusat serenti ini berkeluasan 20.23 hektar (50 ekar) yangmeliputi bangunan pentadbiran, asrama pelatih, kawasan rekreasi, detox,padang kawat, kawasan pertanian dan penternakan. Kawasan ini telahdiwartakan pada 9 April 1987 dalam akta (P.U.(B) 190). Ia mula dibina pada 7Oktober 1987 dengan menggunakan tenaga penghuni Pusat Serenti Perlop,Sg. Siput, Perak. Pembinaan melibatkan 2 orang pegawai, 2 orang PengawalKeselamatan dan 30 orang penghuni. Penghuni pusat di sini adalah berasaldaripada golongan penagih tegar. Jumlah penghuni di sini sejak Jan 2007 – 24Ogos 2008 adalah seramai 361 orang. Walau bagaimanapun, sehari sebelumkami mengadakan lawatan ini seramai 9 orang pelatih baru telah dimasukkan. Inimenjadikan jumlah keseluruhan penghuni di sini seramai 370 orang.Melalui lawatan ini, para pelajar perlu menyelesaikan beberapa objektif yangtelah diberikan oleh Pn. Fadhilah sewaktu berada sepanjang di pusat serenti ini.Antara objektif terbabit ialaha)mengenal pasti jenis-jenis penagihan dadah dan golongan yang terlibatdengan penagihan dadah.b)menerangkan punca-punca yang dikenal pasti mendorong penglibatanremaja di dalam penagihan dadah.
c)
menerangkan aktiviti pemulihan yang dilakukan oleh Agensi AntidadahKebangsaan(AADK)
d)
mengadakan temu bual ringkas dengan penghuni pusat yang dipilih untukmemahami permasalahan sebenar yang dialami oleh remaja hari ini.
 
Jenis Penagihan Dadah & Golongan yang Terlibat
Melalui taklimat yang telah diberikan, kami telah dapat mengenal pasti jenis-jenispenagihan dadah dan golongan yang terlibat dengan penagihan dadah. Dadah jenis Morphine adalah dadah yang mencatatkan bilangan paling ramai di siniiaitu seramai 316. Bilangan penagihan dadah ke dua tertinggi ialah dadah jenisHeroin iaitu seramai 36 orang. Penagih dadah jenis Syabu pula seramai 5 orangmanakala penagih dadah jenis pil kuda hanya seramai 3 orang. Jenis penagihandadah yang paling sedikit ialah dadah jenis Ganja iaitu seorang.Golongan yang dikenal pasti terlibat dengan penagihan dadah adalah bermuladari golongan remaja sehingga golongan warga emas. Para pelatih yangmenjalani pemulihan di sini berusia di antara lingkungan 15 tahun sehingga 59tahun. Kaum Melayu merupakan penghuni majoriti di sini. Bilangan merekaadalah seramai 265 orang. Kaum Cina pula merupakan bilangan ke dua teramaidi sini iaitu seramai 50 orang diikuti kaum India seramai 44 orang.

Activity (44)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Cik Yayus liked this
Nazmie Tok Bah liked this
mistermuid908 liked this
Azman Bin Salleh liked this
Rozi Aza liked this
cikgu shafa liked this
Zalin Azulia liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->