SULIT 1103/2Soalan 1 : Rumusan
[30
markah
]
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
kesan negatif penggunaan telefon bimbit di sekolah
dan usaha-usaha pihak sekolah untuk memastikanlarangan penggunaannya dipatuhi. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patahperkataan
.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menarik balik penggunaan telefon bimbit dalamkalangan pelajar. Pelbagai komen dan pendapat diluahkan terhadap langkah terbaharu itu. Adayang menyokong dan tidak kurang juga yang membantah. Terdapat ibu bapa membantah kerana pada mulanya anak mereka dibenarkan membawa telefon bimbit. Mereka juga bimbang akankeselamatan anak mereka. Namun begitu, menurut Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, sudah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan anak-anak didik mereka selamat. Seandainya pihak sekolah gagal melaksanakan dan memastikankeselamatan pelajarnya, maka pihak sekolah perlu dipertanggungjawabkan. Ibu bapa tidak perlurisau akan keselamatan anak mereka apabila sudah berada di kawasan sekolah. Jika mereka sudahhilang kepercayaan, apalah gunanya mereka menghantar anak mereka ke sekolah. Alasanmahukan anak mereka menggunakan telefon bimbit supaya mereka mudah dipantau
tidak masuk akal sama sekali
. Yang pastinya, walaupun larangan dikenakan, para pelajar yang degil akantetap membawanya ke sekolah.Sesungguhnya, guru-guru tiada masa untuk bertindak terhadap pelajar yang degil itu. Tugasguru disiplin akan bertambah untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon ke sekolah.Guru mempunyai pelbagai tugasan akademik lain yang lebih penting untuk diuruskan. Sedarilah bahawa telefon bimbit ini menyebabkan tugas hakiki guru terganggu. Keburukan penggunaantelefon bimbit dalam kalangan pelajar memang ketara. Banyak masa pelajar dihabiskan denganmelayan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada rakan di luar sekolah. Tidak mustahil, jika berlakunya pergaduhan dengan rakan sekelas, mereka ini akan menghubungi rakan mereka diluar sekolah untuk membalas dendam terhadap pelajar lain. Telefon bimbit juga menjadi puncakepada pelbagai masalah disiplin lain seperti menyebarkan gambar lucah, dan menipu semasa peperiksaan. Bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana, sudah pasti tidak mampuuntuk membeli telefon bimbit. Melihat rakan-rakan membawa telefon bimbit akan wujud perasaan rendah diri dalam diri kerana menyedari diri tidak mampu. Sesetengahnya sanggupmenggunakan perbelajaaan seharian dan keperluan membeli buku untuk membeli telefon bimbitatau kad prabayar. Bagi yang tangan panjang, mereka akan mencuri telefon bimbit rakanwalaupun mengetahui jika ditangkap boleh dibuang sekolah.Tujuan sistem pendidikan negara yang mewajibkan pelajar memakai uniform, dan melarang pelajar memperagakan barangan berharga adalah untuk mewujudkan keseragaman. Oleh itu,tiada pelajar yang berasakan diri terlalu kaya dan tiada pula yang berasa terlalu miskin. Denganitu, fokus pelajar hanyalah kepada pelajaran, bukan perkara-perkara lain. Seandainya dibenarkan pula penggunaan telefon bimbit ini, maka akan wujudlah keadaan yang berkasta-kasta, iaitu yangkaya akan berkawan dengan yang kaya sahaja. Ada juga kemungkinan telefon bimbitdisalahgunakan untuk merakam aksi pelajar perempuan di dalam tandas. Lebihmembimbangkan, ketika guru sedang mengajar, keharmonian di dalam kelas akan terjejas keranadiganggu oleh deringan telefon yang pelbagai. Oleh hal yang demikian, larangan penggunaantelefon bimbit di sekolah dalam kalangan pelajar memang wajar dan mempunyai rasionaltertentu.(Diubahsuaikan daripada rencana
‘Telefon Bimbit di Sekolah Memudaratkan,’
oleh Cucu Mat Kilau,
Berita Harian
, 16 Januari 2006)
©
2008 Hak Cipta ganosSMJK Chung Hwa, Kota Bharu
SULIT
2
Add a Comment
Yu Yufatihah Damhaleft a comment
Nasrul Hasbullah Adamleft a comment
DatoLoges Valantinoleft a comment
Arpah Hamzahleft a comment
Muhammad Fahmi Sofianleft a comment