You are on page 1of 1

Karangan Jenis Fakta Panduan Menulis 1.

. Karangan ini memerlukan pemahaman yang luas tentang sesuatu tajuk yang ingin disoal. 2. Karangan ini meminta calon memberikan pendapat , saranan dan penghujahan terhadap sesuatu tajuk. 3. Sebelum menulis, calon perlu pasti akan kehendak soalan. 4. Calon perlu mengemukakan idea yang berlainan dalam setiap perenggan . Calon perlu menghuraikan idea terlebih dahulu, barulah diikuti dengan huraian yang berbentuk contoh atau kesan. 5. Gunakan bahasa yang tepat dan elakkan menggunakan bahasa berbunga-bunga seperti karangan yang berbentuk cerita. 6. Digalakkan meletakkan kata-kata hikmat dan peribahasa. 7. murid digalakkan melukis peta minda / membuat rangka sebelum menulis karangan. Contoh Peta Minda:

Contoh Karangan Jenis Fakta Tajuk: Faedah Membaca Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu dalam sepanjang hidupnya. Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah dapat menambah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam pelbagai bidang. Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk mengisikan masa lapang. Seseorang itu boleh membeli majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana sahaja. Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan diri seperti novel, cerpen dan puisi .Membaca juga boleh membantu pelajar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaannya. Selain itu, kita juga dapat mengetahui berita dalam dan luar negara yang terkini melalui surat khabar. Kesimpulannya, amalkanlah tabiat membaca , kerana membaca adalah jambatan ilmu .

Latihan Penulisan
Tajuk: Kebaikan Bergotong-royong

Rangka Karangan Pendahuluan :- maksud melakukan kerja dengan bersama-sama - banyak kebaikan melalui bergotong-royong Isi-isi:(1) antara kebaikan meringankan kerja dilakukan - tidak memerlukan tenaga yang lebih (2) Melalui gotong-royong - dapat menjimatkan masa kerja yang dilakukan beramai-ramai dapat disiapkan -lebih cepat tempoh masa - singkat (3) - tidak - mengeluarkan wang membayar upah - bergotong-royong -biasanya dilakukan secara sukarela ikhlas. (4) - dapat mengeratkan perhubungan hidup - aman - damai

2. dapat menambah 1.amalan ilmu membaca banyak faedah Faedah Membaca

3. mengisi masa lapang 4. lulus dalam peperiksaan

Penutup: membaca jambatan ilmu

6. mengetahui berita dalam dan luar negeri

5. cara untuk menghibur

Penutup:-Amalan ini perlulah dipraktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari - boleh membawa banyak kebaikan.

You might also like