You are on page 1of 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

KERTAS KERJA PROGRAM KOMINITI MASYARAKAT BANJAR DAN PENYUBURAN ILMU

TARIKH: 29 APRIL 2011(JUMAAT) HINGGA 2 MEI 2011(ISNIN)

ANJURAN: PISMP PENDIDIKAN KHAS 1 AMBILAN JANUARI 2010

1.0 PENGENALAN Lawatan Program Komuniti Masyarakat dan Penyuburan Ilmu ini merupakan program lawatan yang dianjurkan sendiri oleh PISMP UNIT PENDIDIKAN KHAS 1 AMBILAN JANUARI 2010 bagi mendekatkan diri dengan suasana pendidikan di luar bilik darjah. Sehubungan dengan itu, pelajar PISMP PENDIDIKAN KHAS 1 bercadang mengadakan lawatan ke negeri Perak bagi mencapai beberapa objektif yang berkaitan dengan Hubungan Etnik. Para guru pelatih juga akan melawat beberapa buah tempat yang terdapat di sekitar negeri Perak. Negeri Perak dipilih adalah kerana lokasinya yang diangggap lebih sesuai untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih bagaimana suasana apabila berada di kawasan ini. Kebanyakannya kami hanya mendengar cerita daripada rakan sekelas kami yang kampung halamannya terletak di Perak. Oleh itu kami ingin merasai pengalaman ini agar dapat menimba ilmu dan pengalaman. Kampung Banjar Ayer Tawar Perak merupakan salah sebuah kampung yang majoriti penduduknya terdiri daripada masyarakat Banjar. Kami telah merancang menjalankan program anak angkat kerana pada kami itu adalah cara yang sangat berkesan untuk kami mengetahui dengan lebih dekat tentang kehidupan masyarakat mereka. Pendedahan dan pengalaman ini juga diharap dapat memberikan satu pandangan baru kepada guru pelatih dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seperti mana yang kita ketahui Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik. Maka dengan itu program ini adalah sesuatu yang sangat wajar dilaksanakan sekaligus dapat mendukung hasrat Gagasan Satu Malaysia yang ingin kita mengenali sesama kaum dengan lebih baik. Berhubung dengan mata pelajaran Hubungan Etnik, Pasir Salak merupakan salah satu destinasi yang amat bersesuaian untuk kami mengetahui mengenai sejarah Pasir Salak dengan lebih mendalam. Hasil daripada rujukan, kami mendapati Kompleks Sejarah Pasir Salak merupakan sebuah pusat yang menyediakan sumber-sumber rujukan mengenai sejarah dan kebudayaan negeri Perak Darul Ridzuan. Boleh dikatakan Kompleks Pasir Salak ini merupakan pelengkap kepada lawatan kami ke negeri ini.

Disamping itu kami mengambil kesempatan untuk menyelitkan sedikit elemen dalam pendidikan khas iaitu terapi air dan terapi pasir yang mana ia merupakan sesuatu bidang ilmu yang diperlukan oleh guru pendidikan khas. Kami telah memilih pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia di Lumut sebagai tempat untuk kami menjalankan terapi memandangkan ia merupakan salah satu kawasan strategik yang sesuai untuk program tersebut. Pepatah ada mengatakan pengalaman merupakan guru yang terbaik, jadi adalah sangat rasional aktiviti seperti ini dijalankan sebagai suntikan ilmu yang baru. Seterusnya , Pulau Pangkor merupakan sebuah destinasi sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Bagi menyokong aspirasi negara iaitu cuti-cuti Malaysia persingahan kami ke sana juga akan membuatkan kami menghargai keindahan di Negara sendiri. bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lawatan kami ke sana akan diisi dengan aktiviti yang belum pernah kami laksanakan contohnya snorkeling, berkayak dan sebagainya. Aktiviti pantai juga boleh merehatkan minda setelah penat menimba ilmu. Dengan kerjasama padu yang diberikan oleh semua pihak, kami yakin bahawa program yang diatur oleh guru pelatih PISMP PENDIDIKAN KHAS 1 ini mampu direalisasikan dan akan dapat mencapai matlamat seperti yang telah dirancang. Diharapakan agar program seperti ini mendapat kerjasama yang memuaskan daripada semua pihak dan yang paling penting dapat membantu guru pelatih mencapai objektif yang telah dirancang dengan cemerlang.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengaut seberapa banyak pengalaman yang mungkin tentang suasana kehidupan komuniti masyarakat banjar, di Perak khususnya kawasan pedalaman. Ini kerana perkara ini penting untuk diaplikasikan kelak sebagai seorang guru keluaran Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian. Oleh itu sebagai seorang bakal guru kami perlu diberi pendedahan awal berkaitan dengan kawasan pedalaman. Ini adalah kerana keperluan guru pada era ini dan akan datang adalah di kawasan luar bandar atau kawasan pedalaman. Oleh itu,program ini sekaligus dapat memantapkan diri guru pelatih dari segi mental mahupun fizikal. Selaras dengan hasrat kerajaan memajukan pendidikan di kawasan luar bandar, kami sebagai bakal guru telah nekad untuk menganjurkan program ini demi melahirkan guru yang berkaliber dalam menjalankan tugas sekaligus melahirkan output atau hasil iaitu murid-murid yang cemerlang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani (IREJ). Oleh itu matlamat kami yang pertama diharap dapat dilaksanakan sebaik mungkin kerana ia berturutan dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang. Selain Itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru pelatih mengenai peristiwa pensejarahan Pasir Salak. Negeri perak yang terkenal dengan peristiwa berdarah di pasir salak telah menjadi pilhan kami untuk berkunjung kesana. Peristiwa yang pernah berlaku di tepi sungai perak itu telah menjadi tarikan kepada kami untuk menyingkap sejarah yang penah terjadi di sana. Pendedahan-pendedahan sejarah seperti ini adalah amat berguna kepada para guru pelatih untuk dijadikan sebagai contoh dan iktibar daripada mererka untuk memperkasakan diri bagi mendidik anak bangsa yang bakal menerajui negara pada suatu ketika nanti. Hal ini kerana pejuang-pejuang seperti Mat Kilau, Tok Janggunt dan yang lain merupakan antara nadi kepada negara kita pada suatu masa dahulu dan keadaan itu adalah sinonim dengan kerjaya sebagai guru. Pendidik juga boleh dikatakan juga seorang pejuang walaupun corak pejuang seorang guru berbeza sedikit daripada pejuang Mat Salleh dimana perjuang mereka adalah mendidik minda dan akhlak murid-murid agar berguna untuk keluarga, agama, bangsa dan negara.

Seperti yang kita sedia maklum terapi air adalah bertujuan untuk mendidik dan membantu kanak-kanak pendidikan khas melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor bagi mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan ini, matlamat kami melaksanakan program terapi air pendidikan khas adalah bertujuan untuk melatih para guru pelatih cara atau kaedah yang sepatutnya digunakan semasa terapi air dijalankan di sekolah kelak. Pendedahan ilmu terapi air sedikit sebanyak dapat mengembangkan lagi idea para guru pelatih merancang rancangan pembelajaran harian untuk pelajar pendidikan agar tidak lebih terikat dengan persekitaran bilik darjah. Sehubungan dengan itu juga kami amat berharap program ini mampu mendekatkan diri kami dengan kaum dusun di sana melalui program anak angkat atau beberapa program bersama orang kampung. Matlamat kami adalah ingin menyelami dengan lebih mendalam budaya yang kebiasaannya menjadi penghalang dalam penyatupaduan kaum antara kita.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melihat dengan lebih dekat dan pendedahan awal tentang terapi air dan terapi pasir. 3.2 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk melaksanakan terapai air dengan sendirinya dibawah bimbingan pensyarah yang berpengalaman. 3.3 Memahami denga lebih baik bagaimana terapi air boleh membantu kanakkanak pendidikan khas. 3.4 Memberi pelunag kepada para guru pelatih merasa pengalaman hidup di kawasan masyarakat tersebut. 3.5 Memahami budaya serta etika masyarakat tersebut di samping merasai pengalaman tinggal bersama keluarga angkat. 3.6 Mendidik jiwa guru pelatih agar sayang dan cinta kepada Negara. 3.7 Mewujudkan semangat patriotik dan menghargai pejuang bangsa dalam sanubari guru pelatih.

3.8 TARIKH DAN HARI

BIL 1 2 3 4

TARIKH 14 APRIL 2011 15 APRIL 2011 16 APRIL 2011 17 APRIL 2011

HARI KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD

3.9 TEMPAT / DESTINASI 3.9.1 Kampung Banjar Ayer Tawar, Perak 3.9.2 Pekan Lumut, Perak 3.9.3 Pulau Pangkor, Perak 3.9.4 Markas Armada, Pangkalan TLDM Lumut, 32100 Lumut, Perak Darul Ridzuan. No tel : 05-6818491/84981/8494 No fax : 05-6833449 3.9.5 Pantai Coral Bay Teluk Nipah, 32300 Pangkor. Perak. No tel : 056855523 3.9.6 Kurator, Kompleks Sejarah Pasir Salak, 36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan. No tel : 05-6311462 No fax : 05-6313246

`4.0

PESERTA

4.1 Guru pengiring : seramai 3 orang i) ii) iii) TN. HAJI ABDUL RAZAK BIN HAJI SUDERLAN EN. JOHAN BIN NORDIN EN JAMILUDIN BIN MD NOR

4.2 Guru Pelatih : seramai 20 orang

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

AMIRAH ASYRAN BINTI AMINUDDIN AMIRAH ISRA BINTI BALIUS FADHILAH BINTI OTHMAN HAFIZAH BINTI ZAKARIA IFFA NAJWA BINTI AB RAHIM MONIZAHIDAH BT MOHAMED NOR IZMA BINTI HASSAN NOR SYAMIMI BINTI MOKERI NOEHIDAYAH BINTI RAFIE NUR FATIN BINTI MAHADI NURHIDAYAH BINTI MOHD SHARIF NURSAADAH BINTI ABDULLAH ROSELLAH BINTI JANANI SHARULNIZA BINTI ZAINOL SITI HIDAYU BINTI ABDUL KARIM SITI NOR HANISAH BINTI MOHAMED HURI SITI NURZATIAH BINTI MD JAN SITI QATRUNNADA HANIS BINTI SHARIFF SYAHIDAH BINTI JASMAN WAN FATIMAH BINTI WAN HASSAN

Jumlah peserta program seramai 23 orang (termasuk guru pengiring).

5.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM Penaung : PUAN NOOR HAYATEE BINTI MOHD NOOR (PENGARAH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU) : TUAN HAJI ABDUL RAZAK BIN HAJI SUDERLAN (PENSYARAH UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ) : ENCIK JOHAN BIN NORDIN ENCIK JAMILUDIN BIN MD NOR : SITI NORHANISAH BINTOI MOHAMED HURI : SYAHIDAH BINTI JASMAN : IFFA NAJWA BINTI ABDUL RAHIM : NOR SYAMIMI BINTI MOKERI : NORHIDAYAH BINTI RAFIE : SITI QATRUNNADA HANIS BINTI SHARIF : MONIZAHIDAH BINTI MOHAMED : AMIRAH ASYRAN BINTI AMINUDDIN AJK Pengangkutan : NUR HIDAYAH BINTI SHARIFF : SITI HIDAYU BINTI ABDUL KARIM AJK Perhubungan : NOR IZMA BINTI HASSAN : SITI NURZATIAH BINTI MD JAN AJK Penginapan : NURSAADAH BINTI ABDULLAH : SHARULNIZA BINTI ZAINOL AJK Kebajikan/Kerohanian : WAN FATIMAH BINTI WAN HASSAN : NUR FATIN BINTI MAHADI AJK Keselamatan : ROSELLAH BINTI JANANI : HAFIZAH BINTI ZAKARIA AJK Dokumentasi : FADHILAH BINTI OTHMAN : AMIRAH ISRA BINTI BALIUS

Penasihat

Pensyarah Pengiring

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib setiausaha Bendahari AJK Aktiviti

6.0 ANGGARAN KEWANGAN (IMPLIKASI KEWANGAN)

BIL.

PERKARA

PERBELANJAAN SEORANG

KUANTITI (X 23 ORG)

JUMLAH (RM)

CATATAN Bas IPG Kampus Perempuan Melayu

1.

Pengangkutan (Bas untuk 25 orang)

2.

Pakej Pangkor ( 2 hari 1 malam ) JUMLAH KESELURUHAN

RM 200.00

RM4600.00

RM 4600.00

3.

RM 4600.00

7.0 TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA 7.30 Pagi

: 29 APRIL 2011 (JUMAAT) : Berkumpul di perkarangan bas IPG KPM : Bertolak ke Perak

1.00 Petang

: Tiba di pekarangan perkampungan Kampung Banjar,Perak : Solat zuhur berjemaah

3.00 Petang 8.30 Malam 11.00 Malam

: Perasmian Program Komuniti Masyarakat Banjar : Aktivit memasak makanan Banjar bersama keluarga angkat :Tidur

HARI KEDUA 7.30 Pagi 8.00 Pagi

: 30 APRIL 2011 (SABTU) : Sarapan pagi : Bertolak ke Markas Armada Tentera Laut Di Raja Malaysia : Aktiviti Terapi Air, Pendidikan Khas

1.30 T/hari 2.00 Petang 8.00 Malam 9.00 Malam

: Makan tengahari : Melawat ke Komples Sejarah Pasir Salak : Makan malam : Majlis Penutupan Program Komuniti Masyarakat Banjar : Diskusi bersama pensyarah

11.00 Malam

: Tidur

HARI KETIGA 7.30 Pagi 8.30 Pagi

: 1 MEI 2011 (AHAD) : Sarapan Pagi : Bertolak ke Pulau Pangkor : Sukaneka : Aktiviti snorkeling

8.30 Malam

: Makan malam : Sesi diskusi bersama pensyarah pembimbing

11.00 Malam

: Tidur

HARI KEEMPAT : 2 Mei 2011 (ISNIN) 7.30 Pagi 10.00 Pagi 6.00 Petang : Sarapan pagi : Bergerak pulang ke IPG KPM : Tiba di IPG KPM

8.0 PENUTUP Program lawatan ini adalah merupakan satu cara bagi mendekatkan diri para guru pelatih dengan masyarakat luar. peluang yang diberikan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu para guru pelatih memperbaiki kelemahan komunikasi mereka di samping dapat mempelajari adab dan tutur kata yang betul apabila berhadapan dengan masyarakat luar. Penglibatan guru pelatih dengan masyarakat juga dapat merapatkan ukhwah guru dan masyarakat sekaligus membantu membentuk kredibiliti seorang guru untuk mewujudkan suasana yang harmoni agar sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Di samping itu, program ini diharap dapat memberikan pengalaman baru kepada guru pelatih dalam mengenali budaya masyarakat Banjar dengan lebih dekat. Kampung Banjar, Perak adalah satu destinasi yang terbaik bagi mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman budaya dan etika hidup masyarakat Banjar dengan lebih mendalam.

Bukan itu sahaja, kunjungan ke tempat-tempat bersejarah yang terdapat di sekitar daerah dalam Negeri Perak juga boleh dilawati untuk mengenang kembali peristiwaperistiwa yang pernah berlaku di negara kita. Ia akan membuka minda para guru pelatih agar bersikap lebih matang dan menjadikan pejuang negara sebagai penguat nadi mereka untuk berjuang mendidik anak-anak murid mereka kelak. Selain itu, kunjungan kami ke TLDM akan dapat memberikan pendedahan awal tentang teknik-teknik terapi air kepada para guru pelatih yang bakal mengajar murid-murid kelainan upaya kelak.

Di harapkan program lawatan ini dapat menyuntik semangat dalam diri guru pelatih dalam menyumbangkan ilmu dan menjadi agen penyuntik semangat kepada murid-murid untuk menjadi seorang yang lebih cemerlang dari segi akademik mahupun bidang yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

.. ( IFFA NAJWA BINTI ABD RAHIM )

Disediakan oleh ,

( SITI NORHANISAH BINTI HURI )

Pengerusi, Program Komuniti Masyarakat Banjar dan Penyuburan Ilmu, Daerah Lumut dan Pulau Pangkor, Perak.

Disemak oleh ,

.. (TUAN HAJI ABDUL RAZAK BIN HAJI SUDERLAN) Penasihat, Program Komuniti Masyarakat Banjar dan Penyuburan Ilmu, Unit Latihan Dalam Perkhidmatan.

You might also like