You are on page 1of 20

AL-UDHIYYAH ( )

TAKRIF
Ia adalah ism musytaq dari Ad-Dhuha, iaitu (waktu) matahari terbit. Ini kerana binatang korban itu
disembelih pada waktu ini. Ini adalah takrif dari segi bahasa.
Adapun takrif secara istilah, ia adalah apa-apa yang disembelih dari binatang ternakan (Al-Anam) untuk
mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah swt, pada waktu yang khusus
(1)
.
Jadi, binatang yang disembelih bukan kerana mendekatkan diri kepada Allah tidak dinamakan sebagai
udhiyyah, contohnya disembelih untuk dijual atau kerana memuliakan tetamu.
Begitu juga dengan binatang yang disembelih selain dari waktu yang ditetapkan walaupun bertujuan
mendekatkan diri kepada Allah swt, maka ia juga tidak dinamakan sebagai udhiyyah. Contohnya dia
menyembelih binatang untuk aqeqah anaknya, ataupun membayar dam.

DALIL PENSYARIATANNYA
Adapun udhiyyah ini telah sabit pensyariatannya dengan Al-Quran, As-Sunnah dan Al-Ijmak. Firman
Allah swt :
_. i.,l ,>. '
Maksudnya :
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban
(sebagai bersyukur)
(3)
.
Disebutkan di dalam tafsir mengenai ayat ini :
Maka dirikanlah solat Al-Aid (iaitu solat Aid Al-Adha), dan sembelihlah Al-Budun .
_______________________
(1)
Al-Feqh Asy-Syafie Al-Muyassar (2/411)
(2)
Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (5/74)
(3)
Surah Al-Kausar : 2
www.scribd.com/mohd_naqib88
Maksud Al-Budun di sini adalah unta. Ia dinamakan sebegitu kerana besarnya badan unta ini. Hakikatnya
dibolehkan untuk menyembelih lembu selain dari unta, tetapi yang paling afdol adalah unta
(4)
.
Adapun Ibnu Jarir At-Tobari berkata di dalam tafsirnya :
Dan yang sebetulnya mengenai makna ayat ini adalah, maka jadikanlah solat engkau semuanya
untuk Allah swt, semata-mata kerana-Nya, tanpa ada yang selainnya, bersih dari sekutu dan
tuhan yang lain.
Dan begitu juga dengan sembelihan engkau, jadikanlah ia untuk Allah swt, bukan kepada
berhala-berhala, sebagai tanda syukur kepada Allah swt di atas segala apa yang diberikan-Nya
seperti karamah dan kebaikan yang tiada tandingannya, diberikan hanya untuk engkau
(5)
.
Adapun di dalam hadis baginda saw, terdapat banyak hadis yang menyebutkan perbuatan Nabi saw
menyembelih dan juga kata-kata baginda di dalam menjelaskan tentang udhiyyah ini serta galakan
melakukannya. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. katanya :
( (
) )
Maksudnya :
Nabi saw telah berudhiyyah dengan dua kibasy yang putih (dikatakan : ada sedikit berwarna
hitam) yang mempunyai dua tanduk, dia telah menyembelihnya denga tangannya sendiri,
menyebutkan nama (basmalah) dan bertakbir, dia meletakkan kakinya di atas tengkuk binatang
tersebut
(6)
.
Dan para ulamak telah bersepakat di atas pensyariatannya.

HIKMAH
Setiap perkara yang telah diperintahkan oleh Allah swt pasti mempunyai hikmahnya yang tersendiri,
sama ada hikmah itu mampu untuk kita singkapi atau tidak.
Adapun hikmah udhiyyah ini sebagaimana yang telah disebutkan oleh ulamak adalah :
i- Ia adalah tanda syukur kepada Allah swt di atas nikmat kehidupan yang telah diberikan-Nya.
_______________________
(4)
Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (5/75)
(5)
Dinaqolkan dari At-Tafsir Al-Munir (15/833)
(6)
Hadis diriwayatkan oleh Muslim
www.scribd.com/mohd_naqib88
ii- Menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim a.s. ketika Allah swt menyuruhnya menyembelih binatang
yang telah Allah swt gantikan dengan Nabi Ismail a.s.
iii- Supaya orang mukmin mengingati kesabaran Nabi Ibrahim dan Ismail, mereka telah
mendahulukan ketaatan kepada Allah swt berbanding rasa cinta kepada diri sendiri dan
anaknya. Inilah sebab mengapa Allah swt menukar Nabi Ismail dengan binatang korban dan
mengangkat bebanan ini.
Jadi apabila orang mukmin teringat perkara ini, mereka akan melakukannya (udhiyyah) sebagaimana
yang dilakukan oleh mereka berdua, yang bersabar di dalam mentaati perintah Allah swt, dan telah
mendahulukan cinta kepada-Nya berbanding hawa nafsu dan syahwatnya
(7)
.

HUKUM
Jumhur fuqoha bersepakat mengatakan bahawa hukum udhiyyah ini adalah sunnah muakkadah
(8)
dan
bukanlah wajib
(9)
. Diantaranya adalah pendapat Asy-Syafieyyah, Al-Hanabilah, qoul yang rojih dari
Malik, dan salah satu riwayat dari Abi Yusuf (bermazhab hanafi).
Dalilnya adalah Athar bahawa Saidina Abu Bakr dan Umar tidak melakukan udhiyyah selama satu dan
dua tahun, dikhuatiri akan dilihat ia sebagai wajib
(10)
. Perbuatan mereka berdua ini menunjukkan
bahawa mereka mengetahui udhiyyah itu bukanlah wajib, malah tidak ada riwayat dari mana-mana
sahabat yang berbeza dari pendapat ini.
Namun begitu, ia boleh menjadi wajib jika dia bernazar untuk melakukan udhiyyah, tidak kira sama ada
orang yang bernazar itu kaya atau miskin.
Adapun Abu Hanifah berpendapat ia adalah wajib. Juga diriwayatkan dari Muhammad, Zafr, dan salah
satu riwayat dari Abi Yusuf. Ini juga adalah qoul Rabiah, Al-Laith bin Saad, Al-Auzaie, Ath-Thauri dan
Malik pada riwayat yang keduanya.
Mereka berpegang dengan dalil dari firman Allah swt di dalam surah Al-Kauthar ayat dua (rujuk ayat
sebelumnya) : ( ( ) ) . (Feel Amar) Suruhan di dalam ayat tersebut membawa
maksud wajib. Maka jika ia wajib pada Nabi saw, ia juga menjadi wajib kepada ummatnya kerana
mengikut Nabi saw.

_______________________
(7)
Mahasin Al-Islam oleh Muhammad bin Abdul Rahman Al-Bukhari, m/s 104, terbitan Darul Kitab Al-Arabi
(8)
Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (5/76)
(9)
Al-Feqh Asy-Syafie Al-Muyassar (2/411)
(10)
Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan dihasankan oleh An-Nawawi di dalam Al-Majmu (8/383 terbitan Darul Munirah)
WAKTU
Waktu yang dibenarkan untuk melakukan sembelihan korban adalah selepas terbitnya matahari pada
hari raya Aidil Adha, dan berlalu waktu yang menyamai solat sunat dua rakaat dan dua khutbah. Waktu
ini berterusan sehinggalah hari Tasyrik. Maka jika ada sesiapa yang solat sebelum tiba waktu ini, ia tidak
dikira sebagai udhiyyah. Ini berdasarkan sabda baginda saw :
( ( ) )
Maksudnya :
Setiap hari dari Hari Tasyrik itu adalah sembelihan (boleh melakukan sembelihan udhiyyah)
(11)
.
Dan yang lebih afdol adalah melewatkan sembelihan sehingga matahari naik dan menyamai kadar
sebatang tombak
(12)
. Ini berdasarkan hadis yang dikeluarkan oleh Al-Hasan bin Ahmad dari Al-Aswad bin
Qois dari Jundub, katanya :
( ( ( )
) )
Maksudnya :
Dan Nabi saw telah solat bersama kami pada hari Aidil Fitri dan matahari pada waktu itu
(menyamai kadar) dua batang tombak, dan (pada) hari raya Aidil Adha (menyamai kadar)
sebatang tombak
(13)
.
Bagaimana pula dengan sembelihan yang dilakukan pada waktu malam? Apakah pendapat ulama pada
perkara ini?
Para fuqoha bersepakat mengatakan bahawa malam hari raya Aidil Adha itu bukanlah waktu untuk
melakukan sembelihan. Namun begitu mereka berbeza pendapat jika ia dilakukan pada dua malam
selepas aidil adha tersebut (iaitu malam selepas aidil adha sehingga tiba hari Tasyrik).
Pendapat dari pihak Al-Malikiyyah, tidak dikira sembelihan pada dua malam tersebut iaitu dua malam
hari Tasyrik, dari terbenam matahari sehingga terbit fajar
(14)
. Ini juga adalah salah satu dari qoul dari
pihak Al-Hanabilah
(15)
.
_______________________
(11)
Dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dan Ahmad, berkata Al-Haithami : rijalnya adalah thiqah kesemuanya.
(12)
Al-Majmu oleh An-Nawawi (8/387-391)
(13)
Nailul Author (3/293) terbitan Al-Matbaah Al-Uthmaniyah Al-Misriyyah
(14)
Hasyiyah Ad-Dusuqi ala Asy-Syarh Al-Kabir (2/121)
(15)
Al-Mughni (11/113-115)
Adapun pihak Asy-Syafieyyah
(16)
dan Al-Hanabilah
(17)
katanya, sembelihan pada dua malam tersebut
dibenarkan tetapi makruh. Ini kerana orang yang melakukan sembelihan tersebut berkemungkinan
melakukan kesilapan ketika proses sembelihan. Ini juga adalah pendapat jumhur fuqoha.
Namun sebahagian Syafieyyah mengatakan tidak makruh pada perkara-perkara tertentu jika ia memang
satu keperluan seperti kesibukan pada waktu siang yang menghalangnya dari melakukan sembelihan,
atau demi maslahat faqir yang lebih mudah berurusan pada waktu malam.

SYARAT WAJIB ATAU SUNNAT UDHIYYAH
Ia wajib bagi Al-Hanafiah dan sunnat bagi jumhur sebagaimana yang diperkatakan sebelum ini. Jadi ia
wajib bagi sesiapa yang cukup syarat ini (bagi sesiapa yang mengatakan ia wajib), dan sunnat bagi
sesiapa yang cukup syarat (bagi sesiapa yang mengatakan ia sunnat). Syarat-syaratnya adalah :
1. Islam; ia tidak wajib bagi orang kafir, tidak juga sunnat kerana ia adalah taqarrub kepada Allah
swt, dan orang kafir bukanlah dari golongan yang perlu mendekatkan diri kepada Allah swt.
Syarat ini disepakati oleh mereka yang mengatakan ia wajib atau sunat.
2. Iqamah; ia tidak wajib bagi orang yang bermusafir. Ini adalah syarat yang diletakkan oleh orang
yang mengatakan ia wajib. Adapun mereka yang mengatakan ia sunnat, mereka tidak
meletakkan syarat ini.
3. Kaya, seperti dia mudah di dalam segala urusan kehidupannya sebagaimana hadis baginda saw :
( ( ) )
Maksudnya :
Sesiapa yang ada kekayaan dan tidak melakukan udhiyyah, maka janganlah mendekati
tempat solat kami
(18)
.
Had kaya bagi Al-Hanafiah adalah seseorang itu mempunyai dua ratus dirham atau dua puluh
dinar (nilai wajib membayar zakat simpanan), atau sesuatu benda (selain dari duit) yang
menyamai nilai itu. Ini tidak termasuk rumahnya, keperluan hariannya dan hutang-hutangnya
(19)
.
Berkata Asy-Syafieyyah pula, sesungguhnya ia disunatkan bagi sesiapa yang mampu, dan
memiliki apa-apa (cth : duit) yang membolehkannya membeli binatang udhiyyah, juga
_______________________
(16)
Al-Majmu oleh An-Nawawi (8/387-391)
(17)
Al-BadaI (5/73)
(18)
Dikeluarkan oleh Ibnu Majah (2/1044 Makatabah Al-Halabi), Al-Hakim (2/389-390 Dairatul Maarif Al-Uthmaniyyah), dan
hadis disohihkan oleh Al-Hakim dan diakui oleh Az-Zahabi.
(19)
Ibnu Abidin (5/198)
mempunyai lebihan (simpanan) yang mencukupi pada hari raya Aidil Adha dan malamnya, juga
tiga hari Tasyrik dan malamnya.
4. Baligh dan berakal. Syarat ini diletakkan oleh Muhammad dan Zafr (dari kalangan Al-Hanafiah),
bukan Abi Hanifah dan Abu Yusuf. Bagi mereka berdua (Abi Hanifah dan Abu Yusuf), ia wajib
bagi kanak-kanak dan orang gila jika berkemampuan. Ini adalah pendapat Al-Hanafiah.
Al-Malikiyyah pula berkata, tidak menjadi syarat sunat bagi melakukan udhiyyah untuk
seseorang itu mencapai mencapai umur baligh dan berakal. Disunatkan bagi wali (yang menjaga
mereka) kepada kanak-kanak dan orang gila untuk membuat udhiyyah menggunakan harta
mereka berdua, walaupun kedua-duanya anak yatim
(20)
.
Adapun Asy-Syafieyyah, tidak dibenarkan bagi wali untuk melakukan udhiyyah bagi orangn yang
dibawah jagaanya dari harta mereka. Tetapi dibenarkan jika dia menggunakan hartanya (wali
itu) sendiri jika dia adalah ayah atau datuknya
(21)
.
Bagi Al-Hanabilah pula, jika anak yatim itu berkemampuan, wali (yang menjaganya) boleh
berudhiyyah untuknya (anak yatim tadi)
(22)
.

SYARAT-SYARAT SAH UDHIYYAH
i- Syarat binatang korban
ii- Syarat orang yang memberikan korban (Al-Mudhohhi)

SYARAT BINATANG KORBAN
1. Haiwan tersebut mestilah dari jenis Al-Anam seperti unta, lembu dan kambing. Jadi sesiapa
yang mengorbankan selain dari Al-Anam ini, maka tidak sah udhiyyahnya, sebagaimana firman
Allah swt :
_l. . !.l-> l>... .`,..l .`. < _ls !. . . ... ..-.N
Maksudnya :
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan Ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya)
supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada
_______________________
(20)
Hasyiyah Ad-Dusuqi ala Asy-Syarh Al-Kabir 2/119).
(21)
Al-Bujairmi ala Al-Minhaj (4/300)
(22)
Al-Mughni (11/95,108)
mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu . . .
(23)

Ini kerana tidak ada riwayat dari Nabi saw yang menunjukkan baginda pernah menggunakan
selain Al-Anam ini sebagai binatang udhiyyah, walaupun jika menyembelih ayam atau itik dan
berniat udhiyyah, ia tetap tidak dikira.
Sebagaimana yang diketahui, kambing mempunyai satu bahagian, iaitu hanya seorang sahaja
yang dibenarkan melakukan udhiyyah. Adapun unta dan lembu, bagi setiap keduanya terbahagi
kepada tujuh bahagian
(24)
berdasarkan hadis dari Jabir r.a. katanya :
( ( ( ) ) )
Maksudnya :
Kami berkorban bersama-sama Rasulullah saw pada tahun Hudaibiyyah unta (sebanyak)
tujuh bahagian dan lembu (sebanyak) tujuh bahagian
(25)
.
2. Binatang tersebut mestilah mencapai umur matang, iaitu umur yang dibenarkan untuk
dikorbankan, unta umurnya lima tahun, lembu dua tahun dan kambing satu tahun
(26)
.
3. Dan yang terakhir mestilah bebas dari sebarang kecacatan seperti pekak, buta, gila, sakit yang
memberi kesan kepada dagingnya, tidak boleh terpotong sebahagian dari anggota badannya
seperti terpotong telinga, lidah, kaki, ekor, gigi dan sebagainya. Sabda baginda saw sebagaimana
yang diriwayatkan Al-Barra bin Azib :
( ( ( ) : :
) )
Maksudnya :
Rasulullah saw berdiri diantara kami dan bersabda : Empat (jenis binatang) yang tidak
dibenarkan untuk dikorbankan : (binatang) buta yang jelas butanya, (binatang) sakit yang
jelas sakitnya, (binatang) yang tidak mampu berjalan (ke tempat sembelihan
(27)
) yang jelas
tempangnya, (binatang) tua yang tidak ada otak
(28)
(nyanyuk atau gila)
(29)
.
_______________________
(23)
Al-Hajj : 34
(24)
Al-Badai (5/69), Al-Majmu oleh Al-Nawawi (8/398), Al-Mughni (11/96, 118)
(25)
Hadis Riwayat Muslim
(26)
Al-Feqh Asy-Syafie Al-Muyassar (2/413)
(27)
Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (5/83)
(28)
Al-Feqh Asy-Syafie Al-Muyassar (2/413)
(29)
Diriwayatkan oleh Khamsah (Ahmad dan empat yang lain) dan disohihkan oleh At-Tarmizi, Ibnu Hibban dan Al-Hakim.
4. Binatang yang ingin disembelih mestilah menjadi milik (secara sempurna) bagi orang yang ingin
berudhiyyah (atau mengorbankan binatang itu). Jika dia menyembelih atau mengorbankan
bintang yang bukan miliknya, maka tidak dikira sebagai udhiyyah.

SYARAT ORANG YANG MEMBERIKAN KORBAN (Al-Mudhohhi)
1. Hendaklah berniat untuk melakukan korban atau udhiyyah. Ini kerana diantara tujuan
sembelihan adalah antara untuk mendapatkan dagingnya atau taqarrub (mendekatkan diri)
kepada Allah swt. Dan sesuatu perbuatan itu tidak dapat menjadi taqarrub melainkan dengan
niat, sebagaimana sabda baginda saw :
( ( ) )
Maksudnya :
Setiap perbuatan itu (dikira berdasarkan) dengan niat, dan setiap manusia itu (dibalas)
berdasarkan apa yang diniatkannya
(30)
.
Memadailah niat itu di dalam hati tanpa perlu mengucapkan dengan lisan sebagaimana di dalam
solat kerana niat adalah amalan hati
(31)
. Adapun jika al-mudhohhi itu mewakilkan orang lain
untuk sembelih bagi pihaknya, cukuplah niatnya (al-mudhohhi) seorang sahaja dan tidak perlu
niat wakil itu
(32)
.
2. Niat itu mestilah selari dengan waktu sembelihan.
3. Al-Mudhohhi tidak boleh berkongsi dengan orang yang menyembelih bukan dengan tujuan
taqarrub kepada Allah swt. Jika dia berkongsi juga, maka tidak dikira ia sebagai udhiyyah.
Sebagaimana yang kita tahu, unta dan lembu ada tujuh bahagian. Jadi jika setiap bahagian
dikorbankan untuk tujuan taqarrub, maka tidak ada masalah walaupun berbeza jenisnya.
Contohnya jika orang yang pertama berniat membayar dam haji Tamattu, yang kedua haji
Qiran, yang ketiga membayar kafarah sumpah, yang keempat membayar dam kerana
meninggalkan miqat, yang kelima untuk aqeqah anak yang baru dilahirkannya, yang keenam
untuk bayar nazar, dan yang terakhir untuk dibuat udhiyyah, maka tidak ada masalah.

_______________________
(30)
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
(31)
Al-Badai (5/71), Al-Minhaj (4/296), Al-Mughni (11/117), Ad-Dusuqi (2/123)
(32)
Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (5/89)
Namun begitu, jika salah seorang dari tujuh bahagian ini berniat selain taqarrub seperti untuk
dimakan oleh ahli keluarga, untuk dijual atau sebagainya, maka tidak diboleh berkongsi dengan
mereka untuk udhiyyah.
Ini adalah pendapat Abi Hanifah, Abi Yusuf dan Muhammad. Diriwayatkan juga dari Abi Hanifah
bahawa makruh berkongsi dengan orang yang berbeza tujuannya. Katanya :
Jika kesemua tujuh bahagian dikorbankan berdasarkan niat yang sama, maka ia lebih
disukai oleh aku.
Ini juga adalah pendapat Abi Yusuf
(33)
.
Adapun pendapat bagi Asy-Syafieyyah danAl- Hanabilah, maka tidak ada masalah untuk
berkongsi antara orang yang berniat taqarrub dan berniat untuk hanya mendapatkan daging. Ini
kerana setiap bahagian disembelih berdasarkan niat, dan ia tidak terjejas oleh niat rakan kongsi
yang lain
(34)
.

PERKARA YANG SUNAT DAN MAKRUH
(35)
i. Sebelum sembelihan
ii. Ketika sembelihan
iii. Selepas sembelihan

SEBELUM SEMBELIHAN
Disunatkan :
1. Bagi Al-Mudhohhi untuk mengikat bintang korban selama beberapa hari sebelum tiba hari
sembelihan. Ini sebagai persediaan untuk taqarrub dan memperlihatkan keinginannya, semoga
ia mendapat pahala dari perbuatannya ini.
2. Membuat taqlid , iaitu meletakkan sesuatu pada tengkuknya supaya diketahui bahawa ia adalah
untuk udhiyyah dan juga tajlil, iaitu memberikan haiwan tersebut pakaian kerana perbuatan ini
menunjukkan kepada tazdim (hebatnya) binatang ini sebagaimana firman Allah swt :
il: .. .L-`. ..-: < !. . ..1. ..l1l '
_______________________
(33)
Hasyiyah Ibnu Abidin (5/207-208)
(34)
Al-Majmu oleh An-Nawawi (8/397), Al-Mughni oleh Ibnu Qudamah ( 11/97)
(35)
Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (5/94)
Maksudnya :
Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka
(dia-lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-
sifat taqwa hati orang mukmin
(36)
.
3. Membawa binatang ke tempat korban dengan lemah lembut dan tidak kasar
(37)
, sebagaimana
sabda baginda saw :
( (
) )
Maksudnya :
Sesungguhnya Allah Taala menulis Al-Ihsan (kebaikan) bagi setiap perkara, jika kamu
membunuh maka perelokkanlah pembunuhan kamu, jika kamu menyembelih maka
perelokkanlah sembelihan kamu. Hendaklah seseorang dari kamu (penyembelih)
menajamkan mata pisaunya, dan rehatkanlah (tenangkan) binatang sembelihan kamu
(38)
.
4. Berkata Malikiyyah
(39)
dan Syafieyyah
(40)
: disunatkan bagi orang yang berkorban atau sesiapa
yang mengetahui ada orang membelanjanya berkorban, supaya tidak mencabut, memotong
atau mencukur sesuatu dari rambut atau bulu-bulu pada badannya atau cara-cara yang lain yang
dapat memisahkan bulu dari badannya. Begitu juga dengan kukunya dan kulitnya. Perbuatan ini
bermula dari malam satu Zulhijjah sehingga selesai proses sembelihan.
Berkata Al-Hanabilah pula : perkara ini wajib, bukanlah sunat. Ia juga pendapat dari Said bin Al-
Musayyab, Rabiah dan Ishak.
Dan Ibnu Qudamah pula dari Al-Hanafiah bahawa ia tidak makruh
(41)
.
Larangan ini berdasarkan dari hadis Ummu Salamah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda :
( (
) )
_______________________
(36)
Surah Al-Hajj : 32
(37)
Al-Badai (5/78), Al-Fatawa Al-Hindiyyah (5/300)
(38)
Dikeluarkan oleh Muslim
(39)
Asy-Syarh As-Soghir dan Hasyiyah Sowi (2/141-terbitan Dar Al-Maarif)
(40)
Al-Majmu oleh An-Nawawi (8/392)
(41)
Al-Mughni (11/96)
Maksudnya :
Jika masuk sepuluh (hari awal Zulhijjah) dan seseorang (dikalangan) kamu ingin
berudhiyyah, maka janganlah dia menyentuh rambutnya, dan juga kulitnya dengan sesuatu
(42)
(dikhuatiri akan tercabut bulu-bulunya).

Dimakruhkan disisi Al-Hanafiah :
1. Memerah susu kambing yang telah dibeli untuk disembelih (dibuat udhiyyah).
2. Menjual kambing yang telah diniatkan untuk dikorbankan sama ada dengan jual beli atau nazar.
Adapun bagi Malikiyyah , haram menjual atau menukar binatang yang dinazarkan untuk
dikorban. Jika ia tidak ditetapkan untuk nazar, maka hukumnya makruh menukarnya dengan
yang sebandingnya atau yang kurang dari itu.
Berkata Asy-Syafieyyah pula, tidak dibenarkan menukar binatang korban yang wajib (spt :
bernazar untuk mengorbankan binatang tertentu) dengan yang lain walaupun lebih elok dari itu.
Manakala pendapat yang rojih dari Al-Hanabilah dibolehkan menggantikannya dengan yang
lebih baik
(43)
.
3. Menjual anak yang lahir dari binatang yang wajib tadi. Ini kerana ibunya telah ditetapkan untuk
dikorbankan, maka anaknya juga perlu mengikut ibunya. Pendapat ini juga disokong oleh Al-
Hanabilah.
Al-Malikiyyah pula mengatakan haram menjualnya dan disunatkan menyembelihnya secara
mutlak.
Bagi Asy-Syafieyyah pula, anak yang lahir itu wajib disembelih tetapi tidak wajib diagihkan
kepada para fuqara. Tetapi jika ibunya mati, anak yang telah disembelih itu wajib diagihkan
kepada para fuqara.
4. Menunggang binatang korban, menggunakannya dan membebankannya dengan barang-barang.
Bagi Al-Malikiyyah, mereka ada dua pendapat
(44)
:
i- Melarangnya.
ii- Membenarkannya dan inilah yang muktamad (di sisi mereka).

_______________________
(42)
Hadis diriwayatkan oleh Muslim
(43)
Al-Mughni (11/112)
(44)
Ad-Dusuqi (2/122)
Manakala Asy-Syafieyyah pula, dibenarkan bagi binatang yang wajib untuk dinaiki atau memberi
orang menaikinya tanpa mengambil sewa. Tetapi jika ia binasa atau berkurang nilainya (spt :
sakit atau cedera), dia perlu menjaminnya.
Ini adalah perkara yang makruh yang disebut di dalam kitab-kitab Al-Hanafiah. Adapun bagi Al-
Malikiyyah terdapat sedikit penambahan, iaitu makruh mebeli binatang dengan harga yang tinggi
melebihi dari harga yang biasa dibeli oleh orang di sekelilingnya kerana ia berniat untuk berbangga.
Begitu juga keadaannya jika membeli dengan bilangan yang banyak.
Namun jika dia berniat untuk mendapatkan pahala dan ganjaran, ia tidak jatuh makruh malah
disunatkan
(45)
.

KETIKA SEMBELIHAN
Disunatkan :
1. Memilih haiwan yang paling berisi dan besar badannya dari yang lainnya sebagaimana firman
Allah swt :
il: .. .L-`. ..-: < !. . ..1. ..l1l '
Maksudnya :
Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka
(dia-lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-
sifat taqwa hati orang mukmin
(46)
.
Dan diantara cara mentakzim syiar Allah swt adalah dengan memilih yang paling berisi dan besar
badannya.
Berkata Al-Hanafiah, seekor kambing itu lebih baik dari tujuh ekor lembu, walaupun jika kedua-
duanya sama dari segi nilai dan isipadu daging.
Berkata Asy-Syafieyyah pula, sebaik-baik binatang korban adalah tujuh ekor kambing, kemudian
seekor unta, seekor lembu, seekor kambing, tujuh ekor unta dan tujuh ekor lembu. Binatang
berwarna putih lebih afdol dari yang lain, seterusnya afro (putih seperti putihnya tanah),
kekuningan, kemerahan, bertompok hitam putih dan yang terakhir berwarna hitam. Malah
disunatkan juga menggemukkan binatang korban.
_______________________
(45)
Ad-Dusuqi (2/122)
(46)
Surah Al-Hajj : 32

2. Digalakkan untuk al-mudhohhi itu menyembelih sendiri binatang korbannya jika dia mampu. Ini
kerana korban ini adalah taqarrub, dan ia lebih afdol dilakukan sendiri berbanding mengupah
orang melakukannya.
Jika dia tidak mampu melakukannya sendiri, adalah lebih baik jika dia mewakilkannya kepada
orang lain yang lebih berkelayakan. Pada keadaan ini, dia disunatkan melihat proses
penyembelihan dilakukan berdasarkan sabda nabi saw kepada Fatimah r.a. :
( ( ) )
Maksudnya :
Wahai Fatimah, pergilah kepada binatang korban engkau dan lihatlah (proses
penyembelihan) ia
(47)
.
Perkara ini disepakati oleh kebanyakan mazhab. Namun Asy-Syafieyyah berkata : lebih afdol
bagi perempuan, khunsa dan orang yang buta mewakilkan (kepada lelaki) walaupun mereka
mampu melakukannya (sembelihan) itu
(48)
.
3. Hendaklah dia berdoa :
( (
) )
Maksudnya :
Allahumma, daripada Engkau dan kepada Engkau, sesungguhnya solatku, ibadahku,
hidupku dan matiku adalah untuk Allah tuhan sekelian alam, tiada sekutu baginya,
sebagaimana aku diperintahkan (oleh-Nya) dan aku dikalangan orang islam.
Ini selari dengan suruhan baginda saw kepada Fatimah r.a. supaya dia berdoa
(49)
:
( ( . . . ) )
Ini adalah mazhab Hanafi
(50)
. Adapun Al-Malikiyyah, makruh bagi al-mudhohhi untuk
_______________________
(47)
Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim (4/222 terbitan Darul Maarif) dari Said Al-Khudri. Juga diriwayatkan oleh Umron bin Al-
Hushoin dan berkata Ibnu Hajar di dalam At-Talkhis (4/143 terbitan Nasyr Al-Yamani) : Dan berkata Ibnu Abi Hatim di dalam
Al-Ilal dari ayahnya : Hadis Munkar, di dalam hadis riwayat Umron terdapat Abu Hamzah Ath-Thamali dan dia dhoif jiddan.
(48)
Al-BadaI (5/78), Ad-Dusuqi (2/121) dan Al-Mughni (11/116)
(49)
Takhrij sebagaimana hadis sebelumnya.
(50)
Al-BadaI (5/78)
mengatakan ketika basmalah ( ( ) ) , kerana ia bukanlah amalan Ahli
Madinah
(51)
.
Bagi Asy-Syafieyyah pula, disunatkan bertakbit tiga kali, berselawat ke atas nabi saw dan berdoa
supaya ia diterima (oleh Allah swt) selepas membaca basmalah. Doanya adalah :
( ( ) )
Berkata Al-Hanabilah, hendakalah al-mudhohhi berkata ketika proses sembelihan :
( ( ) )
Bagi mereka, membaca basmalah itu wajib jika teringat (akannya) dan mampu (menyebutnya),
manakala bertakbir pula adalah sunat. Telah sabit dari nabi saw apabila baginda ingin
menyembelih dia berkata : ( ( ) ) , dan di dalam hadis Anas r.a. :
( ( ) )
(52)
.
4. Disunatkan untuk bersegera melakukan sembelihan. Sembelihan pada hari pertama lebih afdol
dari hari-hari selepasnya kerana dia bersegera melakukan kebaikan sebagaimana firman Allah
swt :
.`s!.. _|| :,-. . .. .>. !.`s .....l `N. ..s _.1`..ll
Maksudnya :
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat)
keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit
dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa
(53)
.


_______________________
(51)
Bulghatus Salik (1/310), bagi Al-Malikiyyah amal Ahli Madinah adalah pada darjat mutawatir dan lebih tinggi dari hadis
Ahad.
(52)
Hadis riwayat Muslim
(53)
Surah Ali Imran : 133

SELEPAS SEMBELIHAN
Disunatkan :
1. Menunggu sehingga semua anggota badan binatang tersebut tenang dan tidak bergerak, juga
tidak dilapah sehingga hilangnya pergerakan semua anggotanya.
2. Memakan, memberi makan kepada orang lain serta menyimpan sebahagian darinya
berdasarkan firman Allah :
..:,l ... .l .`,... .`. < _ .!`. ...l-. _ls !. . . ...
..-.N .l> !... ..-L. ,!.l .1l '
Maksudnya :
Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka
serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana
pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan
korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu
dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin
(54)
.
Juga berdasarkan sabda baginda saw :
( ( ) )
Maksudnya :
Apabila salah seorang dari kamu melakukan udhiyyah, maka makanlah sebahagian darinya
(binatang korban itu)
(55)
.
3. Dan yang afdolnya ialah dia memberikan satu pertiga darinya kepada yang memerlukan,
mengambil satu pertiga lagi untuk para tetamu dan kaum kerabatnya, dan satu pertiga terakhir
untuk disimpan, dan dia boleh memberikan kepada faqir atau miskin. Dariwayatkan dari Ibnu
Abbas r.a. bahawa nabi saw bersabda :
( (
_______________________
(54)
Surah Al-Hajj : 28
(55)
Diriwayatkan oleh Ahmad (2/391 terbitan Al-Maimuniyyah), dan Al-Haithami menyebutkan di dalam Al-Majma : rijalnya
semua sohih.
) )
Maksudnya :
Dan diberi makan kepada ahli keluarganya satu pertiga (darinya), dan diberi makan kepada
jirannya yang miskin satu pertiga (darinya), dan bersedeqah kepada orang yang meminta
satu pertiga (darinya)
(56)
.
Berkata Al-Hanafiah
(57)
, jika dia bersadaqah semuanya, dibenarkan. Jika dia menyimpan
semuanya untuk dirinya, juga dibenarkan kerana taqarrub itu pada menumpahkan darah sahaja.
Tetapi, memberi makan dan bersadaqah kepada orang itu lebih baik berbanding menyimpannya
melainkan jika kaum kerabanya dikalangan orang yang susah. Jika begini keadaanya, adalah
lebih baik dia menyimpannya untuk kerabatnya dan menolong mereka kerana hajat kerabat itu
perlu didahulukan berbanding hajat orang lain, sebagaimana sabda baginda saw :
( (
) )
Maksudnya :
Mulakanlah dengan diri kamu dan bersadaqahlah untuknya. Jika ada baki dari sesuatu,
maka untuk ahli keluarga engkau. Jika ada baki dari ahli keluarga engkau, maka (ia) untuk
kaum kerabat engkau. Jika masih lagi berbaki dari kaum kerabat engkau, maka seperti ini
dan ini
(58)
.
Berkata Al-Malikiyyah pula, disunatkan bagi al-mudhohhi untuk menggabungkan antara
memakan binatang korbannya, bersadaqah, atau memberi hadiah tanpa terhad kepada
pecahan satu pertiga atau pecahan yang lain
(59)
. Semua sama antara sembelihan nazar atau
tidak.
Adapun Asy-Syafieyyah, wajib bagi binatang sembelihan yang wajib (dinazarkan untuk
dikorbankan) disadaqahkan kesemuanya. Manakala sembelihan biasa yang tidak wajib, wajib
bersadaqah sebahagian dari dagingnya yang mentah,yang masih belum dikeringkan (atau
dijeruk) dan bukan yang terlalu buruk.

_______________________
(56)
Diriwayatkan oleh Abi Musa Al-Asfahani di dalam Al-Wazoif lalu dia menghasankannya sebagaimana di dalam Al-Mughni
(57)
BadaI As-SonaI (5/81)
(58)
Dikeluarkan oleh Muslim
(59)
Hasyiyah Ad-Dusuqi ala Asy-Syarh Al-Kabir (2/122)
Dan wajib bagi dia untuk bersadaqah (dari daging korbannya) walaupun sedikit, bersadaqah
kulitnya atau diambil oleh baitulmal untuk dimanfaatkan, tidak dibenarkan menjualnya (kulit)
dan juga dilarang menjual dagingnya
(60)
.
Al-Hanabilah menambah, jika dia (menangguhkan dengan) tidak bersedaqah sehingga rosak
daging itu, dia perlu menjaminnya (menggantinya) untuk para fuqora nilai daging yang masih
belum rosak

Dimakruhkan :
1. Memulakan proses melapah sebelum nyawanya tercabut secara sempurna. Larangan ini
merangkumi semua sembelihan (walaupun bukan untuk dibuat udhiyyah) , dan hukumnya
makruh tanzih.
2. Dilarang menjual sesuatu dari dagingnya, lemaknya, bulunya, rambutnya, susunya yang diperah
selepas disembelih dan anggota-anggota yang lain. Larangan ini adalah makruh tahrim. Juga
tidak halal menjual sesuatu yang boleh digunakan (cth : kulit), sabda Rasulullah saw :
( ( ) )
Maksudnya :
Sesiapa yang menjual kulit binatang korbannya, maka tidak dikira udhiyyah yang
dilakukannya
(61)
.
Berkata Al-Malikiyyah, tidak dibenarkan menjual sesuatu darinya (binatang korban tadi) atau
menukarnya selepas disembelih.
Di sisi Asy-Syafieyyah pula, tidak dibenarkan bagi al-mudhohhi menjual sesuatu darinya, juga
dilarang menjadikannya hadiah kepada orang kaya. Tetapi bagi faqir, maka tidak ada khilaf
padanya (boleh diberikan), mereka (faqir) dibenarkan menjualnya. Juga dibenarkan bagi al-
mudhohhi untuk bersadaqah akan kulitnya, memberi pinjam (kepada orang lain) atau
mengambil manfaat darinya, bukan menjualnya atau menyewakannya.
Pendapat Al-Hanabilah sama seperti Asy-Syafieyyah, namun mereka menambah dilarang
menjual pakaian binatang tadi (yang dipakaikan kepadanya sebagai tanda tazhim akan syiar
Allah swt).

_______________________
(60)
Al-Feqh Asy-Syafie Al-Muyassar (2/414)
(61)
Dikeluarkan oleh Al-Hakim (2/389, 390 terbitan Dairatul Maarif Al-Uthmaniyyah), dan Al-Baihaqi (9/294 terbitan Dairatul
Maarif Al-Uthmaniyyah). Berkata Az-Zahabi : Ibnu Ayyasy didhoifkan oleh Abi Daud.
3. Dilarang memberi upah kepada tukang sembelih, ia adalah makruh tahrim sebagaimana hadis
dari Ali r.a. katanya :
( ( ( ) ) )
Maksudnya :
Nabi saw menyuruh aku mengangkat unta (supaya tidak jatuh), dan (supaya) aku tidak
memberikan kepada penyembelih sesuatupun (sebagai upah)
(62)
.
Ini adalah pendapat mazhab Al-Hanafiah
(63)
. Al-Malikiyyah pula melarang memberi kepada
penyembelih sebagai ganti (upah) kepada kerja penyembelihan (yang dilakukannya), tetapi
dibenarkan menyewakan kulitnya pada pendapat yang rojih dari mereka
(64)
.
Berkata Asy-Syafieyyah dan Al-Hanabilah pula, haram memberi upah kepada tukang sembelih
walau sesuatupun sebagaimana hadis Ali di atas. Tetapi jika diberikan juga kerana
kemiskinannya atau sebagai hadiah, tidak mengapa.

SEMBELIHAN BAGI PIHAK SI MATI
(65)
Jika si mati berwasiat supaya dibuatkan udhiyyah untuknya, maka ia dibenarkan kerana ia telah
disepakati oleh fuqoha. Jika ia adalah wajib seperti nazar (dan mati sebelum sempat melaksanakan
korban nazarnya), maka para waris wajib menunaikannya.
Namun jika dia tidak mewasiatkan apa-apa, dan waris berhajat untuk membuat udhiyyah untuknya dari
wangnya sendiri, maka Al-Hanafiah, Al-Malikiyyah dan Al-Hanabilah membolehkannya. Al-Malikiyyah
membolehkannya tetapi ia makruh.
Telah diriwayatkan bahawa baginda saw telah berkorban dengan dua kibasy, satu untuk dirinya dan satu
lagi untuk umatnya yang tidak melakukan korban
(66)
. Oleh itu, jika ada tujuh orang berkongsi untuk
mengorbankan seekor unta lalu mati salah seorang darinya sebelum sempat melakukan sembelihan,
dan warisnya (yang baligh) mengatakan : Sembelihlah ia, maka ia dibolehkan.
Adapun Asy-Syafieyyah mengatakan tidak dibenarkan menyembelih bagi pihak si mati tanpa ada wasiat.
_______________________
(62)
Dikeluarkan oleh Al-Bukhari (rujuk Fathul Bari 3/712 terbitan Al-Maktabah At-Taufiqiyyah)
(63)
Al-BadaI (5/81), Hasyiyah Ibnu Abidin ala Ad-Durr Al-Mukhtar (5/201)

(64)
Ad-Dusuqi ala Asy-Syarh Al-Kabir (2/124)

(65)
Al-BadaI (5/72), Tanwir Al-Abshor maa Ad-Durr Al-Mukhtar wa Hasyiyah Ibnu Abidin (5/214), Hasyiyah Ad-Dusuqi (2/122),
Nihayatul Muhtaj (8/136), Al-Mughni ala Asy-Syarh Al-Kabir (11/107)

(66)
Hadis ( ( ( ) . . . ) ) diriwayatkan oleh Abi Yala dan Al-Baihaqi (9/268), dan berkata Al-Haithami : sanadnya
hasan (4/22 terbitan Al-Qudsi)

KELEBIHAN UDHIYYAH BERBANDING SADAQAH
Udhiyyah lebih afdol berbanding sadaqah kerana ia wajib atau sunnat muakkad, ia adalah satu syiar dan
syiar-syiar Allah swt. Ini dijelaskan oleh Al-Hanafiah , Asy-Syafieyyah dan lain-lainnya
(67)
.
Al-Malikiyyah pula mengatakan Udhiyyah lebih afdol berbanding membebaskan hamba, walaupun harga
untuk membebaskan hamba lebih mahal dari udhiyyah
(68)
.
Berkata Al-Hanafiah, udhiyyah lebih afdol berbanding sadaqah kerana (tinggi) nilainya. Ini adalah
pendapat Ar-Rabiah, Az-Zanad, Asy-Syabi dan Abu Thur.

. . . . . .
. . . . . .
. . . . . .
. . . . . .

:
/
( )



_______________________
(67)
Al-BadaI (5/66-67), Nihayatul Muhtaj (8/124)

(68)
Hasyiyah Ad-Dusuqi ala Asy-Syarh Al-Kabir (2/121)
www.scribd.com/mohd_naqib88
SUMBER RUJUKAN
1. Al-Quran Al-Karim
2. At-Tafsir Al-Munir fi Al-Aqidah wa Asy-Syariah wa Al-Manhaj oleh Dr. Wahbah Az-Zuhaili,
terbitan Dar Al-Fikr, cetakan kesepuluh, 1430H 2009M
3. Fath Al-Bari oleh Ibnu Hajar Al-Asqolani, terbitan Maktabah At-Taufiqiyyah
4. Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, terbitan Wizaroh Al-Auqof wa Asy-Syuun Al-
Ismaiyyah, cetakan kedua, 1404H 1983M
5. Al-Fiqh Asy-Syafie Al-Muyassar oleh Dr. Wahbah Az-Zuhaili, terbitan Dar Al-Fikr, cetakan
pertama, 1429H 2009M
6. Kamus Miftah, cetakan keempat (edisi Mesir), Oktober 2008M
7. Al-Mujam Al-Arabi Al-Asasi

You might also like