Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Solat Jamak

Solat Jamak

Ratings: (0)|Views: 116 |Likes:

More info:

Published by: Mohammad Naqib bin Hamdan on Jul 16, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/24/2012

pdf

text

original

 
Solat Jamak
1.
 
Takrif 
Takrif dari segi bahasa : ia adalah antonim bagi perpecahan.Berdasarkan istilah para fuqoha adalah :
menunaikan solat zohor bersama-sama dengan asar, atau
maghrib dan isya sama ada secara taqdim atau ta’khir
.
2.
 
Hukum Solat Jamak
Para fuqoha
bersepakat
di atas pensyariatan solat jamak antara Zohor dan Asar di Arafat denganditunaikan secara jamak taqdim pada waktu zohor, dan diantara Maghrib dan Isya dengan ditunaikan
secara jamak ta’khir di Muzdalifah pada waktu Isya.Kedua
-duanya ketika menunaikan haji.
Ini kerana, baginda saw melakukan yang sedemikian ketika Haji Wada’. Dari Jabir r.a. katanya ketika
menceritakan cara baginda saw menunaikan haji :
“(Baginda saw) telah pergi ke tengah
-tengah wadi, dia memberikan khutbah kepada manusia,kemudian melaungkan azan.Lalu dia berdiri dan menunaikan solat Zohor, kemudian dia berdiri lagi dan menunaikan solat Asar pula.Dan dia tidak solat diantara kedua-duanya (antara solat  Zohor dan Asar tadi)
” 
.
[Hadis riwayat Muslim]
Namun begitu, para fuqoha
berbeza pendapat
di dalam menentukan sebab kepada rukhsah ini (solat jamak), adakah disebabkan musafir atau menunaikan haji..??
Pendapat pertama
: Pendapat oleh Hasan Basri, Ibnu Sirin, Makhul, An-
Nakh’I, Abu Hanifah, dan satu
qoul dari Syafieyyah bahawa ia adalah disebabkan oleh menunaikan haji. Oleh itu, bagi mereka tidak adabezanya jika dia bermusafir atau tidak, sama ada dia berada dia Arafah, Mekah, Muzdalifah atau merekayang tinggal di situ.
Pendapat kedua
: Pendapat oleh jumhur fuqoha' (Malikiyyah, qoul yang rojih dalam mazhab Syafie, danHanabilah) jamak di Arafah dan Muzdalifah adalah rukhsah disebabkan musafir. Mereka berhujjahberdasarkan banyak hadis-hadis yang sohih dan masyhur yang mana menunjukkan Nabi saw jamakketika bermusafir.
 
3.
 
Jamak ketika musafir
Syafieyyah dan Hanabilah
berpendapat : Boleh jamak antara Zohor dan Asar, dan antara Maghrib dan
Isya, ditunaikan secara taqdim atau ta’khir dengan sebab musafir, iaitu musafir yang jaraknya
membolehkan solat qosar selagi mana ia bukan musafir kerana melakukan maksiat. Hujjahnya :i.
 
Dari Anas r.a. katanya :
“Sesungguhnya Rasulullah saw apabila keluar bermusafir, sebelum
matahari tergelincir diaakan melewatkkan waktu Zohor ke waktu Asar, kemudian dia akanturun dan menjamakkan antara kedua-
duanya (antara Zohor dan Asar)” 
.
[Hadis riwayat Bukhari]
ii.
 
Dan di dalam riwayat yang lain,
bahawasanya baginda ketika di dalam permusafiran, danmatahari tergelincir, dia akan solat Zohor dan Asar bersama-sama (dijamakkan kedua-duanya) lalu menyambung semula permusafirannya
.
[Hadis riwayat Baihaqi dari Anas r.a. ]
iii.
 
Dari Muaz r.a. katanya :
Kami keluar bersama-sama Nabi saw ke peperangan Tabuk, danbaginda solat Zohor dan Asar secara jamak, dan Maghrib dan Isya secara jamak juga
.
[Hadis riwayat Muslim]
Adapun
Malikiyyah
, mereka tidak meletakkan musafir sebagai syarat untuk solat jamak, tidak kira samaada musafir itu jauh atau dekat. Namun, jika dia berniat iqomah ketika menunaikan salah satu dari duasolat jamak (iaitu jamak taqdim) tersebut, batallah solat jamaknya.Mereka juga tidak meletakkantempoh iqomah selama 4 hari sebagai penghalang kepada solat jamak.Bagi
Al-Auzaie
pula, dia berpendapat hanya dibenarkan solat jamak sec
ara ta’khir sahaja bagi orang
yang bermusafir. Ini berdasarkan hadis Anas r.a. sabda baginda saw :
“Apabila matahari tergelincir sebelum dia bermusafir, hendaklah dia solat Zohor danmeneruskan musafirnya” 
.
[Hadis riwayat Bukhari]
Hasan Basri, Ibnu Sirin, Makhul, An-
Nakh’I, Abu Hanifah
berpendapat tidak boleh solat jamak
disebabkan musafir, sama ada jamak taqdim atau ta’khir. Namun begitu, terdapat jamak yang seakan
-akan jamak, ia dinamakan jamak shuri. Ia adalah dengan melewatkan solat Zohor hingga hujungwaktunya, dan menunaikan solat Asar pada awal waktu. Begitu juga dengan solat Maghrib dan Isya.Hujjah mereka adalah :i.
 
Dari Ibnu Mas’ud katanya :
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw solat luar dari 
wa
ktunya, kecuali dua solat iaitu jamak antara Maghrib dan Isya” 
.
[Hadis riwayat Bukhari]
ii.
 
Juga sabda baginda saw :
“Tidak ada pada tidur itu sesuatu yang cuai. Tetapi kecuaian itu
 pada sesiapa yang tidak solat sehingga masuk waktu yang lain. Sesiapa melakukan yang
 
sedemikian, hendaklah dia solat ketika tersedar (akan perbuatannya). Jika esok (baru dia
tersedar), maka solatlah pada waktunya” 
.
[Hadis riwayat Muslim dari Abi Qatadah]
iii.
 
Kata mereka lagi, sesungguhnya waktu solat itu telah sabit secara mutawatir dengan hadis.Maka tidak boleh meninggalkan hadis Mutawatir dengan hadis Ahad.Adapun pihak yang mengatakan boleh jamak disebabkan oleh musafir, mereka bersepakat mengatakanbahawa boleh jamak antara dua solat
 –
Zohor dan Asar atau Maghrib dan Isya
 –
sama ada pada waktusolat yang pertama atau kedua.Jika dia sedang berhenti (sedang berehat atau sudah tiba ke tempat yang dituju) pada waktu yangpertama, maka adalah lebih afdhol untuk dia solat jamak taqdim.Namun jika dia masih bergerak, lebihafdhol baginya m
elewatkan dengan menunaikan solat jamak ta’khir. Ini berdasarkan apa yang
diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. :
“Tidakkah kamu mahu aku memberitahu kepada kamu tentang solat Rasulullah saw, apabila
matahari telah tergelincir (masuk waktu Zohor) dan dia berhenti, baginda akan mentaqdimkansolat asar kepada waktu Zohor, dan menunaikan solat jamak (taqdim) pada waktu Zohor. Danapabila dia bermusafir sebelum waktu Zohor,
baginda akan menta’khirkan solat Zohor kepadawaktu Asar dan menunaikan solat jamak (ta’khir) pada waktu Asar” 
.
[Hadis riwayat Al-Baihaqi. Berkata Imam Nawawi : Hadis Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi bersanad jayyid]
Malah ia juga lebih bersesuaian dengan keadaan orang yang bermusafir.Jika dia sedang bergerak atau berhenti pada kedua-dua waktu dan dia berniat untuk menjamakkan
solatnya, adalah lebih baik bagi dia menta’khirkan solat yang pe
rtama ke waktu yang kedua (iaitu
menunaikan jamak ta’khir).Ini kerana pada hakikatnya waktu solat yang pertama itu ada di dalam waktu
yang kedua, tetapi tidak sebaliknya.
4.
 
Syarat Sah Jamak Taqdim
Jumhur Fuqoha bersepakat mengatakan dibolehkan solat jamak. Namun mereka meletakkan empatsyarat sebelum dibenarkan solat jamak taqdim :i.
 
Mestilah menunaikan
solat yang pertama dahulu
 
 –
Zohor dan Maghrib
 –
kerana ia adalahwaktunya, dan solat yang kedua pula hanya mengikut sahaja. Dan yang mengikut tidakboleh mendahului apa yang diikutnya. Jika dia solat Asar dahulu sebelum Zohor, tidak sahsolat Zohornya. Begitu juga jika dia dia solat Isya sebelum Maghrib, tidak sah Isyanya. Dandia perlu mengulanginya kembali selepas menunaikan solat yang pertama.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->