You are on page 1of 11

PENDAHULUAN

Pengajaran pembelajaran berbantukan komputer dan penggunaan internet mampu memberi


kesan yang besar dalam bidang pendidikan kerana ianya boleh mengintegrasikan teks, grafik, animasi, audio dan video. Penggunaan teknologi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah

dengan matlamat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Perubahan dalam bidang ICT ini semakin hari semakin berkembang. Selaras dengan itu, para pendidik yang merupakan pencorak masa depan para pelajar harus memastikan kaedah pengajaran mereka seiring dengan teknologi ini. Penyesuaian kepada perubahan kaedah pengajaran yang lebih terkini adalah titik tolak kejayaan untuk mendidik pelajar dengan lebih berkesan. Ia sebenarnya adalah hasil dari guru yang 'transform" diri mereka bukan dari segi zahir tetapi mental untuk merubah sesuatu keadaan yang sebelumnya amat berbeza dengan situasi tersebut namun akhirnya dapat diatasi apabila guru berjaya merubah gaya penyampaian yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar sekolah kepada para pelajar. Penggunaan komputer dan juga internet bukan sahaja memberi pengetahuan yang lebih tetapi juga untuk menggerakkan minda pelajar supaya tercetusnya idea-idea baru yang akan memberi pengetahuan baru kepada mereka. Sesungguhnya kewujudan sistem yang canggih ini memberi manfaat kepada pendidik yang mengambil peluang dan manfaat daripadanya dengan menggunakan kaedah yang betul untuk disampaikan kepada para pelajar. Industri berasaskan maklumat ini akan menambahkan lagi kecekapan serta kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya mencorakkan kehidupan pelajar pada masa hadapan.

PENGGUNAAN INTERNET DALAM BIDANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Internet merupakan sumber maklumat yang bersifat dinamik dan sentiasa berkembang dengan pesatnya. Ianya merupakan teknologi yang sedang melalui era perkembangan. Memang tidak dapat dinafikan internet mempunyai potensi yang besar dalam sistem pendidikan ketika ini. Menerima kehadiran teknologi ini dapat mempengaruhi gaya pengajaran guru. Antaranya pengajaran guru dibantu bahan yang menarik terkini dan mudah diperolehi seterusnya menjimatkan masa guru. Internet juga membantu guru berkongsi bahan dan maklumat seperti rancangan mengajar dan kaedah pembelajaran yang pelbagai. Pengajaran guru juga lebih meluas dan tidak terbatas dalam bilik darjah. Guru dapat membantu murid diluar waktu pembelajaran menerusi saluran komunikasi yang pelbagai dalam internet. Ini juga dapat memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Bahan maklumat yang menarik, terkini dan mudah diperoleh Antara punca kelemahan P&P ialah guru menghadapi masalah kekurangan ABM dan guru kurang mahir membuat bahan pengajaran. Penggunaan internet akan banyak membantu guru-guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar dan meringankan tugas mereka dalam proses pengajaran. Melalui internet dengan talian yang baik sudah tentu guru-guru dan pengguna dapat mengakses bahan pengajaran dan pembelajaran dan digunapakai terus di bilik darjah. Penjimatan masa sangat berkesan untuk menyampaikan sesuatu konsep atau isi kandungan pengajaran yang dibantu oleh grafik dan animasi multimedia. Penggunaan sember internet dapat menarik perhatian murid dan mesra pengguna, lalu tidaklah membuang masa malah menjimatkan.

Internet menyediakan kemudahan carian maklumat yang berkesan dan ini membolehkan mana-mana maklumat yang diperlukan boleh dicapai dalam kadar yang pantas. Dengan hanya menggunakan komputer guru mampu mencari, mencapai dan seterusnya menggunakan sumber maklumat yang disediakan menerusi teknologi internet ini. Internet menyimpan informasi yang tanpa batas, sehingga dapat dimanfaatkan untuk mendapatkan informasi dan data bahan belajar. Diantaranya: Perpustakaan Digital Sumber belajar Online E-Book (Electronic Book) Bahan interaktif ini dapat diperoleh dengan cepat dan mudah. Sebagai contoh, Perpustakaan Maya (Digital Library) merupakan salah satu jenis perpustakaan yang besar koleksinya. Kita akan mendapati berbagai jenis buku dan informasi yang terkandung di dalamnya. Dengan hanya menggunakan komputer dan akses internet guru dapat memperolehi bahan atau maklumat yang dikehendaki dengan mudah dan seterusnya dikongsi bersama para pelajar. Selain itu, melalui E-Pembelajaran Interaktif yang terdapat di internet, banyak konsep dan latihan dapat disampaikan untuk dikuasai oleh pelajar. Guru tidak lagi mencatat latihan dan melukis gambararajah di papan hitam. Dengan penggunaan bahan daripada internet ini juga, guru dapat mengurangkan masa untuk memberi kefahaman kepada pelajar melalui gerakan animasi yang menarik dan jelas. Selain itu, E-pembelajaran juga membolehkan kelas diulang dengan mudah berbanding cara tradisional.

Perkongsian bahan dan maklumat Untuk meningkatkan lagi keberkesanan proses P&P, guru guru perlulah saling bertukar-tukar pendapat dan berkongsi kaedah yang pelbagai untuk diaplikasikan di dalam kelas. Semua guru boleh bekerjasama membaiki jika terdapat kelemahan atau menambah baik jika ada kaedah lain
3

yang lebih baik untuk disampaikan. Perkongsian pintar untuk pendidikan adalah sangat berkesan dalam menempuh dunia digital masa kini. Guru sendiri boleh berhubung dengan guru lain untuk berkongsi sumber, idea ataupun masalah khususnya melalui kumpulan diskusi elektronik. Terdapat berpuluh-puluh kumpulan diskusi elektronik di dalam internet yang boleh disertai secara percuma oleh guru di seluruh dunia. Para pendidik boleh membaca atau menyertai perbincangan tentang pelbagai subjek mengikut minat dan cita rasa masing-masing. Kumpulan berita dan diskusi secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan e-mail secara berkesan. Komuniti-komuniti yang terbentuk secara elektronik yang mempunyai minat yang sama membolehkan ahli-ahli yang menyertai kumpulan diskusi berkongsi pendapat dan membantu di antara satu sama lain tanpa batasan sempadan geografi. Terdapat beribu-ribu kumpulan diskusi yang boleh disertai oleh pendidik mengikut minat mereka. Senarai kumpulan diskusi eletronik dalam pendidikan boleh didapati dari laman http://k12.cnidr.org:90/list.html. Guru juga dapat membaca artikel yang berguna untuk mempertingkatkan diri mereka sebagai pendidik atau untuk mendapatkan idea bagi mengintegrasikan teknologi di dalam bilik darjah. Antara jurnal berkenaan yang ada di dalam Internet ialah: From Now On : ( http://fromnowon.org ) Technological Horizons in Education Journal : ( http://www.thejournal.com/ ) Electronic Learning : (http://place.scholastic.com/EL/index.htm )
Leaning Schools : http://www.nap.edu/readingroom/books/techgap

Selain itu, terdapat beratus-ratus rancangan pengajaran yang telah disediakan oleh para guru dari seluruh pelusuk dunia yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Rancangan pelajaran tersebut meliputi pelbagai mata pelajaran. Bahan-bahan ini sememangnya dapat membantu guru dalam proses P&P dan menjadikannya lebih berkesan dan bermakna. Guru guru bukan hanya boleh memuat turun bahan-bahan tersebut tetapi berpeluang memuat naik rancangan pelajaran sendiri untuk dikongsi bersama guru-guru lain.
4

Saluran komunikasi Internet juga menyediakan kemudahan yang memungkinkan untuk seseorang berkomunikasi, bahkan berkolaborasi. Kemudahan-kemudahan tersebut adalah seperti E-mail dan Chatting. Email berasal dari kata electronic mail. Ianya merupakan satu cara untuk mengirim pesan atau bahan dalam format data elektronik. Mailing List pula adalah sebuah aplikasi pada internet dimana kita dapat membuat sebuah kumpulan atau komuniti untuk saling berdiskusi dan bertukar informasi mengenai tajuk tertentu. Para guru dan pelajar berpeluang berkomunikasi antara satu sama lain melalui internet, sama ada secara lisan atau tulisan. Perkara-perkara yang tidak dapat disoal atau dikongsi di dalam kelas samaada kerana masa P&P yang tidak mencukupi atau terdapat persoalan yang baru timbul semasa murid membuat kerja sekolah dirumah boleh dilakukan menerusi saluran komunikasi di internet. Kadang kala terdapat juga pelajar yang menghadapi kesukaran bertanya atau berkongsi pendapat di dalam kelas. Dengan adanya saluran komunikasi yang pelbagai ini mereka berpeluang berbuat demikian. Selain itu, guru-guru boleh berkongsi bahan-bahan seperti video, bunyi, teks dan grafik yang disimpan di dalam storan komputer mereka atau terus daripada laman web tertentu dengan pelajar. Bahan-bahan tersebut akan dihantar melalui saluran komunikasi ke komputer pelajar. Kemudahan ini juga membantu guru sekiranya terdapat permintaan daripada pelajar untuk mendapatkan latihan atau nota yang tidak sempat disalin di dalam kelas. Dengan ini, guru dapat menumpukan masa P&P untuk membantu murid memahami pelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna dan bukan hanya menyalin nota atau soalan latihan.

IMPLIMENTASI PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER Komputer berfungsi sebagai pembantu guru dan penyelesai masalah dalam P&P. Terdapat banyak isi pelajaran yang memerlukan guru menunjukkan contoh atau cara yang dapat dilihat oleh murid. Sebagai contoh, guru menunjukkan video atau animasi haiwan dengan suaranya dalam matapelajaran sains. Dengan penggunaan video dan audio, pelajar dapat memahami bagaimana rupa bentuk gajah dan suaranya. Komputer juga seumpama tutor yang berkesan kepada pelajar. Ini kerana melalui komputer sesuatu pengajaran itu ditunjukkan dengan lebih mudah dan menarik. Pengajaran yang berasaskan komputer ini dikenali sebagai Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer. PBK mula diperkenalkan 40 thn lalu. Pakar sains di Massachusetts Institute Of Technology AS menggunakannya sebagai simulasi penerbangan pesawat untuk melatih juruterbang. Pada tahun 1959, Syarikat IBM menggunakan PBK untuk pelajar sekolah. Selain itu, Projek PLATO di University of Illinois juga menggunakannya untuk penuntut pendidikan tinggi. Di Malaysia, PPBK turut digunakan disekolah-sekolah dan pusat pengajian. PPBK ialah pengajaran atau kursus yang disampaikan menggunakan pekej perisian pendidikan yang dibina oleh pembangun perisian dengan menggunakan komputer. Menurut Criswell (1989), ia adalah penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dengan melibatkan pelajar secara aktif. Video, audio, animasi dan grafik dapat menghasilkan aplikasi komputer. Aplikasi ini perlu digunakan secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini maklumat yang disampaikan akan lebih bermutu dan berkesan. Terdapat empat fasa penting dalam mempastikan keberkesanan PPBK. Fasa-fasa ini ialah dapat menyampaikan maklumat, mesra pengguna, menyediakan latihan untuk pelajar dan seterusnya dapat mengukur pencapaian pelajar. PPBK mestilah mengandungi komponen asas iaitu set induksi, perkembangan iaitu isi pelajaran tersusun langkah demi langkah dan seterusnya penilaian bagi menguji tahap pemahaman pelajar. Komponen-komponen tambahan yang boleh dimuatkan dalam PPBK ialah
6

ulangkaji, penggayaan bagi murid yang menguasai, pemulihan bagi murid yang masih belum atau kurang menguasai dan pengukuhan untuk memantapkan lagi penguasaan murid berkaitan sesuatu matapelajaran. Komponen lain yang terdapat dalam PPBK ialah maklumat. Maklumat mestilah mencukupi dan menepati sukatan pelajaran serta berkaitan dengan tajuk. Selain itu, maklumat yang disampaikan mestilah menggunakan bahasa penyampaian yang sesuai dan mudah difahami. Ianya juga mestilah tidak mengandungi banyak kesilapan ejaan, tatabahasa dan nahu. Terdapat banyak kebaikan PPBK. Antaranya ialah berkeupayaan meningkatkan kefahaman & pengguasaan pelajar terhadap pelajaran. Penggunaannya juga dapat meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran. Ini kerana kebanyakan pelajar lebih berminat untuk belajar kerana pelajaran yang diajar dengan menarik, dan mudah difahami. PPBK juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan & mencabar. Tambahan pula, pembelajaran koperatif dapat dibentuk serta memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum serta masa berinteraksi antara murid dan guru dapat dijimatkan. Terdapat pelbagai jenis-jenis PPBK yang boleh dihasilkan atau telah disediakan. Antaranya ialah tutorial iaitu terdapat isi pelajaran yang tersusun, pelajar boleh menjawab soalan dan mendapat maklumbalas daripada komputer. Selain itu, terdapat latih tubi yang menyediakan masalah, soalan dan pengulangan. Permainan pula berorientasikan pembelajaran. Pelajar akan cuba menyelesaikan masalah dengan menjawab berdasarkan syarat, lojik dan hukum tertentu. Situasi yang diberi dapat mencabar motivasi pelajar. Terdapat juga simulasi yang lebih berbentuk permainan. PPBK jenis ini sesuai dalam pengajaran matematik. Pelajar memberi pilihan pembolehubah yang dapat memaparkan output yang berbeza. Jenis-jenis PPBK yang lain ialah tunjuk cara dan ujian. Sepertimana P&P yang lain PPBK juga memerlukan penilaian. Penilaian ialah satu prinsip untuk mengukur pencapaian secara sistematik Penilaian terhadap perisian perlulah sentiasa dilakukan kerana keberkesanan sesuatu perisian dapat diketahui setelah penilaian dibuat. Terdapat dua jenis bentuk penilaian. Yang pertama ialah penilaian pembangunan perisian. Kegagalan guru bestari menggunakan perisian PPBK sebagai BBM disebabkan kelemahan teknik menggunakan perisian dan kegagalan penilaian perisian. Guru mestilah dilatih teknik
7

mengguna & memilih perisian penilaian.Pemilihan alat bantu mengajar dan belajar perlu dilakukan secara terperinci dan terancang supaya dapat digunakan dan mencapai objektif. Kedua, pemilihan perisian. Proses membuat pertimbangan bagi memastikan perisian yang hendak digunakanbersesuaian dgn kurikulum dan mencapai objektif P&P. Perisian yang ingin digunakan oleh guru mestilah betul. Kesilapan guru dalam memilih perisian akan menyebabkan pembaziran masa dan tenaga. Ianya juga menghalang pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi dengan lebih produktif . Kesilapan ini juga akan menjurus kearah penyalahgunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi serta boleh mengelirukan pelajar. Penggunaan perisian boleh digunakan dengan kaedah persembahan iaitu guru menggunakan perisian sebagai media untuk menyampaikan maklumat. Selain persembahan, tunjuk cara juga boleh digunakan iaitu guru menggunakan alat untuk membuat demonstrasi. Kaedah ini digunakan bagi menerangkan cara, tingkah laku, tugas, tindak balas atau eksperimen yang hendak dijalankan. Proses pembelajaran yang menggunakan perisian mengandungi teknik tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Pemilihan perisian adalah bergantung kepada beberapa criteria iaitu sumber dan literasinya, penentuan strategi P&P menggunakan perisian tersebut, mesra pengguna, kandungan di dalamnya, media yang digunakan, proses dan P&P perisian itu sendiri dan kesesuaian prasarana yang terdapat di sekolah. Proses penilaian pembangunan perisian terbahagi kepada dua iaitu penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif ialah penilaian dilaksanakan di sepanjang proses pembangunan perisian multimedia. Manakala penilaian sumatif pula ialah penilaian yang dilakukan diakhir proses pembangunan perisian.

PENUTUP
Jelaslah bahawa komputer dan internet mempunyai potensi untuk membuat pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Teknologi ini sememangnya bertindak sebagai pelengkap, tambahan atau alat bantu kepada guru. Ia adalah sebagai saluran pilihan dalam menyampaikan pengajaran dengan cara yang lebih berkesan. Guru harus sedar keperluan berinteraksi dengan teknologi terkini bagi menambahbaik proses pengajaran dan memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan dan seterusnya mungkin tidak lagi releven dengan keperluan semasa. Semoga penggunaan komputer dan internet di kalangan guru akan dapat membantu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran bestari dan seterusnya dapat melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlaq mulia.

RUJUKAN

http://ipislam.edu.my/edu3105/hasil-pelajar/PPBK.htm http://josie653.tripod.com/kdp.htm http://josie653.tripod.com/teknologi.htm http://michael001.tripod.com/mm1.htm http://www.angelfire.com/bug/rangkaian0/kelebihan_internet.htm http://www.ctl.utm.mypublicationsmanualsmmelemenMM.pdf http://www.mypendidik.net/portal


http://www.usm.my/km/24-06/KM ART 11.pdf

10

LAMPIRAN

11

You might also like