You are on page 1of 6

punca -Sebenarnya kemiskinan boleh disebabkan oleh faktor kebudayaan, personaliti, demografi dan kekurangan teknologi moden.

Budaya tidak mahu bekerja kuat dan mencari peluang yang ada di sekeliling kita boleh mempengaruhi peluang mencari rezeki dan mengurangkan masalah kemiskinan. Begitu juga kesan demografi, sebagai contoh jika sekumpulan penduduk tinggal di kawasan terpinggir dari arus pembangunan dan tidak mempunyai tanah yang subur untuk bertani tentulah sukar untuk mendapatkan pekerjaan untuk memperolehi pendapatan berbanding dengan penduduk yang tinggal di kawasan yang maju dengan arus pembangunan dan mempunyai kawasan tanah yang subur. Ada juga sebahagian ahli ekonomi yang mengatakan hukum warisan di dalam pemilikan tanah juga boleh menyebabkan tanah masyarakat petani menjadi tidak ekonomik, kerana saiznya menjadi semakin kecil dari satu generasi ke generasi yang lain 1)Had pekerjaan Kebanyakan pekerjaan di luar bandar adalah tertakluk kepada sektor pertanian. Sementara itu, pelaksanaan pemodenan dalam sektor pertanian adalah kurang menyeluruh. Daya pengeluaran yang kurang lumayan menyebabkan keadaan kemiskinan luar bandar tidak dapat diubah. Eksploitasi dan monopoli orang tengah, kelaparan tanah, tanah yang tidak ekonomik juga dikatakan antara penyebab kepada kemiskinan di luar bandar. 2)Taraf pendidikan yang rendah Menurut kajian kerajaan, kadar buta huruf di kawasan luar bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan bandar. Keadaan ini menyebabkan penduduk luar bandar yang berpendidikan rendah tidaak berupaya untuk mendapatkan pekerjaan yang mampu meningkatkan taraf hidup. Kadar kemiskinan luar bandar sukar untuk dibanteras dengan kekurangan golongan professional di antara penduduk luar bandar. 3)Kekurangan peluang pekerjaan. Perebutan pekerjaan di bandar merupakan fenomena yang kian berlaku di bandar-bandar Malaysia. Majikan zaman kini bergemar untuk mengupah pekerja asing untuk menjimatkan kos. Pasaran buruh kini telah dibanjiri oleh pekerja-pekerja asing yang dikatakan murah. Terutamanya dalam sektor peridustrian dan pembinaan. Pekerja tempatan yang meminta gaji tinggi adalah kurang berdaya saing berbanding dengan pekerja asing. -Biasanya kemiskinan dikaitkan dengan sektor tradisional luar bandar. Sejak dulu lagi sektor luar bandar dikaitkan dengan persoalan kemiskinan. Ini adalah kerana ekonomi luar bandar dikaitkan dengan sektor tradisional pertanian yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah. Ini dibuktikan secara ilmiah oleh kajian-kajian yang dilakukan oleh Prof. Di Raja Ungku Aziz, bekas Naib Canselor UM yang juga seorang pakar di peringkat antarabangsa mengenai kemiskinan luar bandar.

Walau bagaimanapun, cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Prof. Di Raja Ungku Aziz bagi mengatasi kemiskinan luar bandar, yang dihuni sebahagian besarnya oleh orang Melayu, masih tidak diikuti sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Disebabkan sistem hak milik tanah (land tenure system) yang kompleks dan diburukkan lagi dengan masalah birokrasi (biro yang keras lagi basi!!) di pejabat-pejabat tanah, maka cadangan ke arah penyatuan tanah (land consolidation) menuju jalan buntu. Ini membantut usaha-usaha ke arah mengkomersialkan pertanian (commercialization of agriculture) yang memerlukan saiz tanah yang relatif besar bagi mengambil manfaat dari skala ekonomi (economies of scale) sekaligus nilai tambah. Tidak adanya keazaman politik (political will) dalam menyelesaikan isu ini menyebabkan kerajaan mengambil jalan pintas dan bersifat jangka pendek dalam dasar yang berkaitan dengan makanan negara terutamanya yang berkaitan dengan pengeluaran beras. Maka wujudlah satu 'dasar' secara tidak bertulis berpegang pada pendekatan : Lebih murah mengimport beras daripada mengeluarkannya. Dalam kes krisis makanan (beras) yang melanda dunia sekarang, strategi ini telah makan tuan. Sepatutnya dengan anugerah Allah yang melimpah ruah dengan tanah-tanah yang begitu subur untuk penanaman padi, yang disebut sebagai jelapang-jelapang padi, kita telah lama mencapai tahap self-sufficient dalam pengeluaran beras. Dasar sambil lewa kerajaan dalam hal ini dapat juga dilihat apabila kerajaan tidak prihatin dengan kebajikan petani. Petani didera dengan cara menawarkan harga padi yang rendah berbanding dengan harga beras yang relatif tinggi. Walhal petani yang mengeluarkan padi perlu membeli beras sebagai keperluan harian mereka Keadaan ini diburukkan lagi apabila JKKK, yang dikontrolkan oleh Umno/BN, mempolitikkan pemberian input pertanian seperti baja. Terdapat kes-kes di mana penyokong-penyokong pembangkang dinafikan kemudahan ini. Kalau di Kelantan baja subsidi tajaan kerajaan Umno/BN dicopkan dengan 'Cap Dacing' bagi memancing sokongan politik! Alhamdulillah, masyarakat tani Kelantan amat arif dengan ketidakikhlasan Umno/BN ini dan mereka menolak Umno/BN secara borong pada pilihan raya umum ke-12 yang lepas!! Sekiranya kerajaan perihatin, langkah segera dan secara jangka pendek untuk membantu petani ialah kurangkan politiking, kawal pengaliran air secara sempurna dan perkenal subsidi untuk racun. Apa yang juga menarik dalam beberapa kajian yang dibuat oleh Professor Ungku Aziz ialah beliau mengaitkan kemiskinan masyarakat Melayu desa dengan faktor orang tengah dan peranan orang tengah biasanya dimainkan oleh orang bukan Melayu. Ini bermakna petani Melayu dieksploitasi oleh institusi orang tengah yang telah menawar harga yang lebih rendah dari harga pasaran sebenar kepada hasil (padi) yang diusahakan oleh petani Melayu. Bagi mengatasi masalah ini kerajaan telah menubuhkan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dan di bawah gagasan pengswastaan ditubuh pula BERNAS. Penubuhan LPN dan BERNAS tidak menyelesai masalah yang terhasil dari institusi orang tengah malah LPN dan BERNAS sendiri merupakan isntitusi-institusi orang tengah moden yang lebih gagah dan hebat.

langkah -membangunkan infrastruktur tetapi juga -menyediakan pinjaman, latihan dan peluang perniagaan kepada mereka. -Pembangunan Ekonomi Pembangunan ekonomi bermaksud penambahan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran di sesebuah negara. Pembangunan ekonomi merupakan cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah kemiskinan. Tetapi ia harus disertai dengan pengagihan pendapatan yang adil dalam masyarakat. Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa cadangkan pembangunan ekonomi sebagai faktor yang paling penting dalam mengatasi kemiskinan. -Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan -Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar bandar akan membolehkan mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi. Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini. -Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.

punca Bidang pertanian adalah amat luas yang meliputi usaha penternakan, penanaman, perikanan dan industri hiliran. Bidang pertanian komersial merujuk kepada kegiatan pertanian yang diusahakan dalam bentuk perladangan dengan hasil produktiviti dalam skala besar, jumlah keluasan tanah yang diusahakan luas, berdaya maju dan dimajukan dengan tanaman yang berpotensi untuk jualan bagi meningkatkan pendapatan dan menambah nilai guna tanah untuk pulangan yang bersifat komersial. Kemajuan terkini dan penemuan baru dalam teknologi membawa satu dimensi dan revolusi baru dalam pembangunan sektor pertanian dengan mengenalpasti bidang usaha baru yang berkaitan seperti bioteknologi dan nanoteknologi. Perkembangan ini mewujudkan hala tuju baru sektor pertanian berasaskan kemajuan sains dan penerapan teknologi maklumat dan multimedia (ICT). Banyak pembaharuan dan perubahan yang akan berlaku dalam sektor pertanian melalui pendekatan sains dan teknologi moden. Khazanah biodiversiti di Malaysia perlu dimanfaatkan melalui aplikasi teknologi agar dapat diteroka secara meluas (FAMA, 2007). Menurut pandangan Optimis iaitu Mcluhan, Alvin Toffler dan David Lyan, golongan ini mempunyai pandangan dominan terhadap teknologi. Teknologi membawa kepada pelbagai faedah dan menjanjikan dunia lebih maju dan sempurna. Teknologi dalam industri pertanian akan mengalami perubahan dalam penggunaan mesin-mesin yang membantu meningkatkan taraf hidup belia pada masa kini. Segala kerja-kerja dalam industri pertanian dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan lebih efisyen lagi. Selain itu, membantu belia mahir dalam penggunaan teknologi. Dengan adanya teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalam penghasilan baka-baka yang baik dan hidrofonik dalam mengintesifkan proses pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan wawasan pertanian Negara. Menurut pandangan pesimis adalah sebaliknya, dengan perkembangan teknologi dalam bidang pertanian telah menyebabkan belia dan pekerja kini telah diambil alih oleh teknologi, jentera dan tenaga mesin. Dengan ini menyebabkan pengangguran di kalangan belia. Belia yang mempunyai kemahiran terhad sukar mencari pekerjaan. Ini kerana penglibatan belia dalam bidang pertanian adalah kurang berbanding bidang-bidang lain. Teknologi juga akan membawa kepada kesan buruk dimana belia akan menyalahgunakan teknologi untuk tujuan yang tidak berfaedah serta memberi kesan yang negatif kepada Negara dan masyarakat. Belia tani yang berkeupayaan adalah memenuhi harapan negara masa hadapan adalah beliatani yang cemerlang dan berterusan mengorak langkah untuk menjadi seorang petani nukleus. Mereka bertanggungjawab menerajui pengurusan pertanian dan menjadi penyumbang kepada keaktifan pertanian kawasan tempat tinggal mereka. Beliatani seperti inilah yang diharapkan menjadi pelapis pertanian bagi menggantikan generasi petani yang semakin tua dimamah usia. Mereka semestinya mengikut perubahan dan kemajuan dunia hari ini yang menimbulkan berbagai isu dan perkara yang member kesan

kepada pembangunan beliatani Malaysia. Antaranya adalah seperti perubahan sektor pertanian Malaysia, perubahan taraf dan nilai kehidupan dan perubahan persekitaran yang sangat ketara akhir-akhir ini yang diperbincangkan dalam perenggan-perenggan seterusnya. Golongan belia dikategorikan sebagai aset bernilai negara kerana mereka adalah pewaris yang akan meneruskan kesinambungan pembangunan Negara dan merupakan sumber tenaga kerja yang terpenting. Sumber tenaga yang menjadi tunggak negara ini, mestilah dibangunkan dan digemblengkan menjadi rakan pembangunan sumber tenaga yang berkualiti dan produktif. Walaupun liberalisasi ekonomi dan dasar penswastaan telah dikatakan sebagai pengerak kepada pertumbuhan ekonomi yang dicapai sekarang, namun seandainya belia kita tidak mampu untuk menerus dan mengekalkan kejayaan yang sedang dicapai dan seterusnya mencipta kemajuan pada masa akan datang, pertumbuhan ekonomi sudah tentu akan terencat. (Jurnal Pembangunan Belia Malay -2 Pengaruh Ganjaran
Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang individu kebiasaannya akan diberikan balasan atau ganjaran tidak kira samada ianya dalam bentuk material atau kebajikan. Terdapat pelbagai bentuk ganjaran yang diberikan diatas jasa atau perkhidmatan seseorang, diantaranya ialah gaji, cuti, kenaikan pangkat dan bonus. Menurut Holland (1973) seseorang individu itu tertarik kepada sesuatu pekerjaan kerana terdapat beberapa ciri-ciri yang menarik seperti latar belakang pekerjaan, pangkat, bentuk kerja dan gaji. Oleh sebab itu, berdasarkan kepada min persoalan kajian kedua ini yang mencatatkan 3.78, menunjukkan bahawa pengaruh ganjaran dalam pemilihan kerjaya di sektor pertanian dikalangan belia Melayu FELDA mencatatkan pengaruh yang tinggi. Mereka berpendapat menjadi tanggungjawab pihak majikan untukmemberikan ganjaran yang setimpal agar ia menjadi dorongan untuk meningkatkan prestasi kerja. Ini bertepatan dengan Porter dan Lawler (dalam Zaidatol,1989) menyatakan bahawa seseorang individu hendaklah diberi ganjaran yang setimpal dengan tahap prestasi kerja yang ditonjolkan. Sekiranya ganjaran yang diterima sesuai dan setimpal dengan kerja yang mereka lakukan maka mereka akan berpuashati tetapi jika ia berlaku sebaliknya maka sudah tentulah rasa tidak puas hati akan berlaku -3. Pengaruh Latar Belakang Keluarga Menurut Asmadi (2008), menyatakan kerapkali pengaruh latar belakang keluarga mempengaruhi kerjaya seseorang. Misalnya orang yang lahir dalam keluarga berniaga dan perniagaan sudah menjadi darah dagingnya maka berkemungkinan dia akan turut jadi usahawan juga. Walaupun berdasarkan kepada min persoalan kajian ini berada pada pengaruh sederhana iaitu 3.53, namun peranan keluarga dalam mencorakkan kehidupan anak-anak tidak dapat dinafikan sejak dulu lagi. Oleh sebab itulah penyelidik berpendapat ibu bapa adalah merupakan tempat rujukan utama anak anak apabila mereka berhadapan kemusykilan dalam pemilihan sesuatu kerjaya yang diceburi dan ini di kukuhkan dalam dapatan item 3 yang mencatatkan min yang tinggi menunjukkan responden mendapat bimbingan dan galakan yang baik daripada ibubapa. Ini menunjukkan keluarga masih menjadi tempat rujukan utama untuk mereka dalam memberikan pendapat atau pengetahuan berkenaan bidang kerjaya yang diceburi dan pendapat ini disokong oleh Ginzberg (1951) yang menyatakan pengaruh ibu bapa terhadap pemilihan kerjaya anak-anak adalah tinggi. 4 Pengaruh Latar Belakang Pendidikan Pendidikan adalah merupakan asas yang penting yang akan dilihat apabila seseorang memohon pekerjaan.

Oleh sebab itu, belia perlu mempersiapkan diri dengan kelulusan akademik yang baik agar bidang pekerjaan yang dipohon sesuai dan pendapatan yang diperolehi memuaskan. Menurut Noor Asman (1998), pemilihan kerjaya berdasarkan latar belakang pendidikan seseorang individu adalah dipengaruhi oleh pengetahuan tentang wujudnya pekerjaan yang ada di sekitarnya. Mereka juga sedar keperluan mempunyai kelayakan yang baik dalam pasaran pekerjaan tersebut. Berdasarkan dapatan kajian ini dapatlah dirumuskan seramai 67.3% responden bersetuju bahawa latar belakang pendidikan mempengaruhi mereka untuk memilih bidang pertanian sebagai kerjaya dan ianya berada pada tahap tinggi. Ini disebabkan penyelidik berpendapat walaupun kebiasaannya kerjaya di sector pertanian tidak memerlukan latar belakang akademik yang tinggi namun pengetahuan asas yang ada ditambah dengan kesungguhan untuk menambahkan ilmu telah membantu belia untuk berjaya dalam kerjaya mereka. Oleh kerana itu kepentingan melahirkan generasi yang berpendidikan perlu diberi keutamaan agar dapat menampung keperluan pekerjaan yang semakin berkembang dalam sektor pertanian (Nik Hashim, 1996).

You might also like