You are on page 1of 9

Pengenalan Kepada Komponen Elektronik

Perintang Tetap

Simbol

Mengawal arus elektrik dalam sesuatu litar. Nilainya diukur dalam unit Ohm (;). Semakin tinggi nilai rintangan semakin rendah arus yang mengalir melaluinya. Nilai perintang ditandakan dengan kod warna.

Perintang Boleh Laras

Simbol

Nilainya boleh dilaraskan antara 0 hingga nilai maksimumnya dengan memutarkan spindelnya.

Diod Pemancar Cahaya (L.E.D)


A K

Simbol

Diod pemancar cahaya adalah diod yang boleh menyala apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Ia selalu disebut L.E.D, iaitu singkatan untuk Light Emitting Diode.

Transistor

Adalah komponen yang digunakan untuk membesarkan arus atau sebagai suis. Ia diperbuat daripada bahan positif dan bahan negatif. Ia mempunyai 3 kaki
Kaki pemungut (Collector) C Kaki tapak (Base) B Kaki pemancar (Emitter) - E

Simbol Transistor

Kapasitor
Komponen yang berfungsi sebagai penyimpan dan pembuang cas. Unit sukatannya ialah farad (F). Ia biasanya bernilai kecil dan disukat dalam mikrofarad (QF). Kapasitor yang bernilai tinggi akan menyimpan lebih banyak tenaga elektrik. Ia juga mengambil lebih masa untuk mengecas dan membuang cas. Terdapat dua jenis kapasitor, iaitu jenis berkutub dan jenis tidak berkutub.

Simbol Kapasitor

You might also like