Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
Tarian Singa
舞獅
;pinyin: w
ǔ
shī) adalah sebahagian daripada tarian tradisionaldalamadatwarisan masyarakatCina, yang mana penari akan meniru pergerakan singadengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penariiaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum,manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singatersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yangdisediakan. Tarian singa ini akan diiringi olehgong,dram, dan dentumanmercunyang dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orangAsia,terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adatdi negaraChina,Taiwan,Jepun,Korea,Thailand, danVietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebihterkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan"Tarian Singa Selatan".Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakantarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warnamerah, jinggadankuning(hijaubagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selaludipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacarameminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum
 
mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cerminserta sebatangtandukdi hadapan kepalanya.
Tarian naga
舞龍
,pinyin: w
ǔ
lóng) ialah sebentuktariandanpersembahan tradisional dalambudaya Cina. Sepertilahtarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.Orang Cinaselalu menyebut"Keturunan Naga" (Cina Tradisional:
龍的傳人
龙的传
,pinyin:
lóng de chuán rén 
) sebagai lambang identiti etnik.Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" — iaitu imejnagaCina— dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, danmenyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorangpenari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik.Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai inisecara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranannagayang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acarautama sambutanTahun Baru Cina.Naga dipercayai membawa tuah kepada orang, seperti yang dicerminkan dalamsifat-sifat naga termasuk kuasa besar, maruah, kesuburan, kebijaksanaan dan tuah.Kemunculan naga sungguhpun menakutkan namun membawa kecenderungan hatimurni, maka menjadi jata yang melambangkan kekuasaan maharaja.
Tarian Kipas
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more