Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
8Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Faktor Penyumbang KepadaTahap Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Faktor Penyumbang KepadaTahap Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Ratings: (0)|Views: 466 |Likes:
Published by Ahli Sarjana
http://holisticeducentre.weebly.com/
http://holisticeducentre.weebly.com/

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Ahli Sarjana on Jul 17, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/13/2013

pdf

text

original

 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008
 1
 Faktor Penyumbang KepadaTahap Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar KolejKomuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Kamarudin Md Tahir PM Dr. Ruhizan Md YassinPM Dr Ramlee MustaphaFakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Dalam era globalisasi dan perkembangan dunia sekarang, majikan tidak hanya mementingkan kemahiranteknikal atau
hard skills
tetapi juga kepada kemahiran generik atau
soft skills
. Justeru kajian ini adalah bertujuanuntuk menilai pembangunan kemahiran generik pelajar tahun akhir Kolej Komuniti Kementerian PengajianTinggi Malaysia. Seramai 476 responden pelajar tahun akhir telah terlibat dalam kajian ini yang merangkumi diempat buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Kajian ini lakukan dengan menggunakanrekabentuk kajian tinjauan dan dilakukan secara pendekatan kuantitatif Hasil daripada analisis data telahmendapati bahawa penilaian tahap kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran etika dan moral profesional dan kemahirankepimpinan berada pada tahap memuaskan manakala tahap kemahiran keusahawanan berada pada tahap yangsederhana. Hasil daripada kajian ini juga mendapati interaksi rakan dan pengajaran kontekstual merupakan peramal utama dalam menyumbang kemahiran generik pelajar disamping pengurusan kokurikulum oleh para pensyarah, kemudahan infarasturuktur dan interaksi pensyarah turut mempunyai peranan dalam menyumbangkemahiran generik di kalangan pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
1.0 Pengenalan
Mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan(Malaysia 2006), sejumlah 1.6 juta pekerjaan akandiwujudkan. Bagi menampung permintaan tersebut,sektor pendidikan tinggi memainkan peranan yangamat penting agar graduan yang dihasilkan itu nantiakan dilengkapi dengan pengetahuan dankemahiran yang diperlukan oleh majikan padamasa kini dan akan datang. Menyedari akanhakikat tersebut, dalam Rancangan Malaysia keSembilan (PMK-9), kerajaan telah menambah pusat-pusat pendidikan tertiari awam di bawahKementerian Pengajian Tinggi yang merangkumiuniversiti awam, politeknik dan kolej komunitiseperti dalam Jadual 1.1.Jadual 1.1 Institusi pendidikan tertiari 2000 dan2007Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan(Malaysia 2006) ini juga, pertambahan pengajian
Institusi 2000 2007
Universiti 11 17Politeknik 11 20Kolej Komuniti 0 34
Jumlah 22 71
Sumber : Malasia 2006
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008
 2
diperingkat sijil menyumbang pertumbuhantahunan kedua tertinggi selepas diploma iaitumasing-masing 25.9% dari 12.8 % pada tempohtahun 2001 hingga 2005 kepada 38.7% padatempoh 2006 hingga 2010 dan 27.2% dari 3.9% pada tempoh tahun 2001 hingga 2005 kepada31.1% pada tempoh 2006 hingga 2020. Keadaanini memberikan satu manifestasi bahawa keluaransijil dari kolej komuniti dan politeknik mempunyai peranan yang penting dalam menyumbangkanmodal insan bagi merealisasikan pembangunannegara di masa akan datang.
2.0 Penubuhan Kolej Komuniti
Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia(2000), pada 5 Julai 2000 Jemaah Menteri telahmempertimbangkan memorandum No.398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh MenteriPendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan kolej komuniti di setiap kawasan parlimen di Malaysia. Pada Jun 2001 sepuluh (10) buah kolej komuniti rintis telah mula beroperasidan sehingga Jun 2008 sebanyak tiga puluh tujuh(37) buah kolej komuniti telah beroperasi diseluruh Malaysia.Bagi mencapai visi dan misi penubuhan kolej komuniti, beberapa objektif telahdibentuk iaitu menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikutilatihan dan kemahiran dalam bidang-bidangteknikal dan vokasional seperti perdagangan, pertanian, kesihatan, teknologi maklumat dankejuruteraan. Objektif yang kedua adalah sebagailandasan untuk menyediakan pendidikan sepanjanghayat kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.Kolej komuniti juga ditubuhkan dengan bertujuanagar syarikat-syarikat swasta menggunakankhidmat kolej komuniti untuk memberi latihankepada pekerja mereka. Objektif penubuhan kolejkomuniti keempat adalah untuk mewujudkankerjasama yang erat di antara ahli masyarakat,kerajaan tempatan dan sektor swasta bagimemajukan kawasan setempat.
2.1 Ciri-ciri Kurikulum Kolej Komuniti
Ciri-ciri yang digunakan dalam pembinaankurikulum adalah ia dibina berasaskan profilketerampilan, kurikulum berbentuk modular dankandungan komponennya adalah 25% teori dan75% latihan pratikal (Bahagian Pengurusan KolejKomuniti 2002)Dari segi kandungan kurikulumkursus yang ditawarkan, ia mengandungi duakomponen iaitu kemahiran teknikal yangmengandungi kemahiran teras sesuatu kursus yangterdiri daripada teori dan amali. Manakalakomponen kemahiran yang kedua pula adalahkemahiran insaniah iaitu kemahiran – kemahiran
soft skills
yang diperlukan pada semua jenis pekerjaan.
2.2
 
Pembangunan Kemahiran Generik DiKolej Komuniti
Di kolej komuniti, kemahiran generik dibangunkandi kalangan pelajar melalui model matapelajaranmandiri dan model terapan (BahagianPembangunan Kurikulum 2003; JabatanPengurusan Institut Pengajian Tinggi Malaysia2006).
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008
 3
2.2.1
 
Model Matapelajaran Mandiri
Model ini menggunakan modul yang tersendiridalam membangunkan kemahiran insaniah dikalangan pelajar. Modul- modul mandiri yangdilaksanakan di kolej komuniti adalah ModulBahasa Inggeris Komunikasi.
2.2.2
 
Model Terapan
Model terapan ini menggunakan pendekatan yangmenerapkan kemahiran generik secara intergrasidalam kurikulum melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara aktiviti yang dilakukan oleh pensyarah dalam menjana kemahiran insaniah pelajar adalah penyoalan, perbincangan di dalamkelas, sumbang saran, kerja berpasukan, tugasandan pembentangan.
2.3 Persekitaran Kolej Komuniti
Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia(2000), pada 3 November 1999 Jemaah Menteritelah memutuskan untuk menubuhkan KolejKomuniti di setiap parlimen di seluruh negara.Menurut Kemnterian Pendidikan lagi tujuanmenubuhkan kolej komuniti disetiap parlimendiseluruh negara adalah untuk memberi peluangkepada masyarakat setempat menjadikan kolejkomuniti sebagai hub pembelajaran sepanjanghayat disamping dapat meningkatkan sosioekonomi seperti mana yang dinukilkan dalamobjektif penubuhan kolej komuniti. Justeru adalahmenjadi dasar pengambilan pelajar kolej komunitidengan memberikan merit yang tinggi kepada pelajar setempat berbanding dengan pelajar luar.Dasar yang mengutamakan pelajar tempatan inimenyebabkan kolej komuniti tidak menyediakanasrama untuk pelajar dan jika keadaanmemerlukan, pelajar akan bersuaha sendiri untuk mendapatkan rumah sewa. Konsep bangunan kolejkomuniti terbahagi kepada dua (2) kluster iaitu bangunan rumah kedai dan bangunan kampus.Bangunan rumah kedai adalah perimis deratanrumah kedai yang dibeli dan diubahsuai olehkerajaan untuk dijadikan perimis tetap kolejkomuniti. Rumah kedai ini terletak di kawasan bandar dan bandaraya dan disekelilingi oleh permis perniagaan yang lain.
3.0 Definisi Kemahiran Generik
Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi(2006), telah mendefinisikan kemahiran generik sebagai kemahiran insaniah yang diperlukan didalam dunia pekerjaan yang bersifat global.Kemahiran insaniah tersebut merangkumikemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah,kemahiran kerja berpasukan, kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusanmaklumat, kemahiran keusahawanan, kemahiranetika dan moral profesional dan kemahirankepemimpinan.Sharifah Nor Putih (2001), membuatdefinisi kemahiran generik sebagai kemahiran yangtidak khusus iaitu tidak mempunyai kurikulumyang khusus tetapi ianya boleh dipelajari melaluisemua matapelajaran dengan kaedah intergrasi atau bersepadu. Ia merangkumi kemahiran komunikasi,kemahiran menggunakan teknologi, kemahiranmerancang dan mengelola aktiviti, kemahiran bekerja dengan orang lain dalam kumpulan,kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiranmengurus, memilih dan menganalisa maklumat,kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik dan kemahiran memahami budaya.

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Fairuz Ibrahim liked this
aziraadnan liked this
Zura Yasin liked this
Nurul Athira liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->