You are on page 1of 7

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

Kajian Keberkesanan Program Khidmat Komuniti Dalam Meningkatkan Kemahiran Kepimpinan & Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar Universiti Malaysia Perlis

Raja Shah Erman B. Raja Arifin & Hirwan Jasbir B. Jaafar Email : rajashah@unimap.edu.my / hirwan@unimap.edu.my Tel:+60124213412 / +60124267697

Abstrak

Mahasiswa merupakan aset negara dan bakal memimpin negara ke arah kegemilangan di masa hadapan. Justeru itu Mahasiswa perlu dipersiapkan bagi menghadapi segala tekanan dan cabaran yang bakal mereka hadapi selepas mereka bergraduan dari sesebuah universiti. Oleh itu, pembangunan pelajar perlulah beriringan dengan perkembangan dunia masa kini khususnya ke arah melahirkan modal insan terbilang. Selari dengan hasrat ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengambil pendekatan dengan melaksanakan program mempertingkatkan sahsiah diri melalui 7 program wajib yang dikenali sebagai Program 7 Pillars. Khidmat Komuniti merupakan salah satu program dalam 7 program wajib yang perlu diikuti oleh setiap mahasiswanya sepanjang pengajian mereka di UniMAP. Justeru Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan Program Khidmat Komuniti yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis dalam meningkatkan kemahiran kepimpinan dan semangat patriotisme di kalangan pelajar. Sampel kajian ini dipilih secara rawak mudah di kalangan pelajar Universiti Malaysia Perlis seramai 350 orang. Instrumen yang digunakan ialah soalselidik. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For The Social Sciences dan dibentangkan dalam bentuk kekerapan dan peratus. Hasil kajian mendapati kebanyakan responden berpendapat program Khidmat Komuniti berjaya melatih diri mereka untuk menjadi seorang pemimpin dan telah menaikkan semangat cintakan Negara. Mereka juga berpendapat program ini hendaklah menjadi program wajib yang perlu dihadiri oleh semua pelajar universiti. Beberapa cadangan telah dikemukakan dalam kajian ini kepada pihak Pengurusan Universiti dalam memantapkan lagi program Khidmat Komuniti yang dianjurkan. Adalah diharapkan agar hasil kajian ini dapat membantu pihak pengurusan UniMAP dan IPTA amnya dalam merangka program-program sampingan selain akademik bagi meningkatkan kemahiran insaniah dikalangan mahasiswa dan seterusnya melahirkan modal insan yang terbilang. Katakunci : peranan universiti; pembangunan modal insan; kepimpinan; semangat patriotisme.

1.0 Pengenalan Ledakan pembangunan Industri di Malaysia bergerak pantas seiring dengan pembangunan Negara. Perindustrian menjadi nadi utama dalam menggerakkan ekonomi sesebuah Negara. Ekonomi memainkan peranan penting sebagai senjata utama bagi mana-mana negara dalam dunia ini untuk lebih berani dalam menentukan hala tuju peradaban bangsa mereka. Malahan dalam arus Globalisasi hari ini, memaksa negara dan rakyat untuk bersedia menghadapi gelombang persaingan yang maha hebat. Hari ini, mahu tidak mahu kekuatan modal insan amat penting dalam berhadapan dengan cabaran dunia tanpa sempadan. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Justeru itu dalam usaha

membentuk modal insan bersifat glokal di Malaysia dan melahirkan graduan-graduan yang mempunyai daya saing yang tinggi, universiti-universiti yang ditubuhkan di dalam negara perlu menjana programprogram yang mampu melahirkan graduan-graduan yang mempunyai kemahiran-kemahiran tambahan iaitu value added selain dari kemahiran teori yang dipelajari. Atas dasar itu Universiti Malaysia Perlis telah merangka dan melaksanakan beberapa program bagi merealisasikan hasrat untuk melahirkan mahasiswa yang berkemahiran tinggi dan mempunyai daya saing yang tinggi serta jati diri yang kukuh. Antara program-program yang dilaksanakan ialah program Khidmat Komuniti. Program ini disusun atur bertujuan untuk menyeimbangkan antara IQ dan EQ pelajar UniMAP dengan melatih seseorang pelajar untuk memiliki nilai tambah dalam diri sebelum mereka menghadapi dunia kerjaya yang sebenar. UniMAP mewajibkan para pelajarnya sekurang-

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 kurang sekali terlibat dalam program khidmat komuniti, malah program ini menjadi program wajib universiti dan dimasukkan dalam salah satu 7 kursus wajib universiti atau dikenali sebagai 7 pillars. Kursus ini melibatkan semua pelajar bermula dari tahun satu sehinggalah ke tahun empat. Seiring dengan itulah kajian ini dilakukan bagi menilai sejauhmanakah program Khidmat Komuniti ini memberikan impak yang besar dalam meningkatkan kemahiran kepimpinan dan semangat patriotisme di kalangan pelajar UniMAP. berubah dan membangun. Jika tidak ada sebarang pembangunan ianya sudah pasti akan menimbulkan keresahan dan ketidakpuasan hati rakyat terutama kepada pemimpin diatas kegagalan mereka membawa sebarang perubahan kepada masyarakat. Untuk menjadi seorang pemimpin yang terbilang, kemahiran kepimpinan yang berkualiti tinggi perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin itu agar dia mampu untuk menghadapi sebarang tekanan dan cabaran dunia hari ini. Kejayaan tamadun-tamadun dahulu seperti Tamadun Rom dipimpin oleh Julius Caesar, Empayar Monggol dipimpin oleh Ghenghis Khan dan Tamadun Islam dibawah kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. Kesemua Tamadun ini berjaya hasil dari kepimpinan yang unggul dan hebat.. Kepimpinan bukanlah suatu aktiviti yang bersifat khayalan atau cakap-cakap kosong. Sebaliknya ia merupakan satu perhubungan yang wujud antara pemimpin dengan pimpinannya. Kemahiran memimpin adalah satu proses pembelajaran yang berterusan dan akan berubah dari masa ke semasa. Ada beberapa pandangan yang menyatakan pemimpin tidak di lahirkan tetapi dibentuk oleh keadaan. Untuk melahirkan seseorang pemimpin yang hebat bukannya mudah. Ianya memerlukan kaedah dan metadologi latihan yang bersesuaian dengan individu tersebut. Terdapat lima kemahiran Kepimpinan yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin Chek Mat(2003). 1) Kemahiran Menggunakan Peluang Seseorang pemimpin perlu bijak dalam menguasai peluang yang ada didepan mata untuk menaikkan tahap kepimpinannya. Apabila diberikan peluang untuk memimpin, dia harus cekap bertindak melakukan perubahan dan menarik minat pimpinannya untuk mengikutnya. 2) Kemahiran Berkomunikasi Secara Berkesan Seseorang pemimpin perlu memiliki kemahiran untuk berkomunikasi dengan orang-orang yang dipimpinnya. Tanpa komunikasi yang berkesan seseorang pemimpin itu tidak akan berjaya membawa sebarang perubahan kerana orang-orang yang dipimpinnya tidak memahami hasrat dan halatujunya sebagai seorang pemimpin. 3) Kemahiran Berorganisasi Seseorang pemimpin haruslah cekap dalam memimpin sesebuah organisasi. Semangat kerja berkumpulan amat penting untuk merealisasikan kejayaan sesebuah organisasi. Pertelingkahan dan perasaan ketidakpuasan hati pasti akan wujud. Namun dengan kecekapan seseorang pemimpin akan

Tinjauan Literatur Kemahiran Kepimpinan yang berkualiti dan semangat patriotisme yang tinggi menjadi tunjang utama kepada kejayaan sesebuah negara. Malah kejayaan sesebuah negara seringkali dipengaruhi kebijaksanaan pemimpin dalam memimpin masyarakat dalam negara tersebut. Mengikut Kamus Dewan(1994) kemahiran bermaksud kecekapan dan kepandaian manakala kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Justeru itu kemahiran kepimpinan membawa maksud kepandaian atau kecekapan seseorang untuk memimpin. Manakala Semangat membawa maksud perasaan hati atau jiwa dan Patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanahair. Oleh yang demikian Semangat Patriotisme bermaksud suatu perasaan cinta yang kuat lahir dari hati terhadap tanahair. Kedua-dua elemen ini amat penting dalam memastikan sesebuah kerajaan atau tamadun menjadi hebat. Seseorang Pemimpin perlu memiliki semangat Patriotisme yang tinggi dalam memastikan kepimpinannya berjaya mempengaruhi masyarakat dan seterusnya membina masyarakat tersebut menjadi sebuah tamadun yang hebat. Jika kita lihat bagaimana Kesultanan Melayu Melaka suatu ketika dahulu menjadi masyhur dan terkenal di seluruh dunia adalah disebabkan ianya dibawah kepimpinan Bendahara Tun Perak yang memiliki kemahiran kepimpinan yang berkualiti dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Ini bermaksud kedua-dua elemen ini iaitu kemahiran kepimpinan dan semangat patriotisme penting dalam melahirkan seorang pemimpin yang hebat dan seterusnya menjadikan kepimpinannya berjaya dan dihormati.

2.0 Kemahiran Kepimpinan Seseorang pemimpin wujud dalam semua masyarakat. Seseorang pemimpin yang baik mampu menyatukan sumber-sumber manusia, kebendaan dan simbolik masyarakat ke arah satu tujuan tertentu Chek Mat(2003). Sesebuah negara yang dibina perlu

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 dapat mengurus dan menyelesaikan semua masalah yang timbul. 4) Kemahiran Menggunakan Masa Kuasa adalah satu peluang yang dimiliki oleh seseorang untuk mengawal orang lain. Mengikut Ab.Aziz Yusof (2000) kuasa amat penting kepada seseorang pemimpin kerana dengan kuasa seseorang pemimpin dapat menggerakkan sesebuah organisasi mengikut acuan dan kehendaknya. 5) Kemahiran Membuat Keputusan Seringkali kita dalam kehidupan harian akan mengalami keadaan di mana satu keputusan atau pilihan harus dibuat. Jika betul keputusan atau pilihan yang dibuat kita akan mendapat keuntungan tetapi jika sebaliknya kita akan menanggung kerugian. Begitulah juga sebagai seorang pemimpin, kemahiran untuk membuat keputusan yang tepat demi kebaikan pengikut-pengikutnya amat diperlukan terutama dalam keadaan-keadaan genting seperti apa yang dilakukan oleh bekas perdana Menteri Tun Mahathir ketika membuat keputusan untuk mengikat matawang Malaysia dan menolak tawaran pinjaman dari Tabung IMF demi menyelamatkan ekonomi Negara kita. Justeru kemahiran-kemahiran ini amat penting dalam melatih dan membentuk diri seseorang menjadi pemimpin yang berjaya. Justeru itu seseorang pemimpin yang berjaya memiliki kekuatan minda yang mampu mengawal dan mengubah keadaan sesebuah masyarakat dan negara. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Kirkpatrick dan Locke(1991) seseorang pemimpin yang berjaya perlu memiliki motivasi dan keyakinan diri yang tinggi disamping memiliki pengetahuan kreatif. Elemen ini penting dalam membentuk kejayaan seseorang pemimpin yang berani dan mampu membawa perubahan kepada kepimpinannya. Kejayaan seseorang pemimpin berasaskan keupayaan pencapaian tanggungjawab mengubah masyarakat dan negaranya. YAB Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya semasa merasmikan Konvensyen MPP IPTA pada 2004 menyatakan Sudah tentulah, kepimpinan pelajar yang berkualiti dan positif adalah aset penting mengurus kejayaan negara. Kenyataan ini adalah selaras dengan aspirasi negara untuk mempunyai tenaga-tenaga kepimpinan yang mampu memahami cabaran-cabaran senario semasa dan mendatang dalam mempertahankan kejayaan yang dicapai menerusi kecekapan dan keberkesanan kepimpinan organisasi. Tidak dapat dinafikan mahasiswa khususnya pemimpin mahasiswa merupakan tenaga pengganti kepimpinan masa kini bagi merealisasikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020. Kepimpinan mahasiswa perlu sentiasa berpandangan jauh, berupaya meletakkan kecemerlangan matlamat yang besar dan perlu berusaha keras mempersiapkan diri bagi mengganti kepimpinan semasa untuk mencapai wawasan negara. Justeru itu, lapisan generasi kepimpinan masyarakat atau negara hari ini bergantung kepada kepimpinan mahasiswa yang berada di InstitusiInstitusi Pengajian Tinggi.

3.0 Semangat Patriotisme Semangat patriotisme memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan sesebuah negara. Rakyat yang tidak memiliki semangat patriotisme akan mendatangkan kemusnahan kepada negara. Seseorang yang memiliki semangat patriotisme akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan maruah dan kestabilan negaranya. Patriotisme bukanlah semangat yang dipaksa, sebaliknya ia adalah kesedaran dalam menghayati proses menyintai tanahair yang tercinta. Semangat patriotisme dan sayangkan negara merupakan tunjang kekuatan para pemimpin dan pejuang dahulu sehingga berjaya memerdekakan negara daripada belenggu penindasan penjajah. Meskipun pada peringkat awal orang Melayu yang mula-mula bangkit hingga menyebabkan rancangan Malayan Union digagalkan, Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berjaya menyatupadukan semua kaum utama Melayu, Cina dan India, untuk turut sama menuntut kemerdekaan. Kata Abdullah, dengan semangat patriotisme rakyat berbilang kaum itu, negara mencapai kemerdekaan hingga membolehkan mereka menentukan corak pemerintahan tersendiri. Ini yang saya ingin tekankan bahawa patriot yang sejati ialah mereka yang menyayangi Malaysia dan semua rakyat Malaysia. Jika dilihat dari petikan di atas, patriotisme bukanlah semangat yang perlu dimiliki oleh orang Melayu sahaja, malah semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada puluhan kaum dan etnik juga wajib memilikinya. Nah, mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai kaum pastinya tidak ketinggalan dalam mempraktikkan medium seperti Program Khidmat Komuniti untuk mentafsir dan membina semangat patriotisme dalam program-program universiti yang dilaksanakan. Di UniMAP sendiri, semua pelajar yang baru sahaja mendaftar, diwajibkan mengikuti Kursus Bina Negara Mahasiswa (Program Patriotisme) sebagai langkah awal mengisi minda dan inpirasi pelajar dalam memahami konsep patriotisme itu sendiri diikuti dengan Program Baktisiswa Perdana (Khidmat Komuniti) yang tidak

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 mengecualikan pelajar-pelajar bukan melayu menjadi anak angkat kepada keluarga Melayu. Kepimpinan dan Semangat Patriotisme di kalangan pelajar yang telah mengikuti program khidmat komuniti. Responden yang dipilih adalah secara rawak bebas yang meliputi pelbagai peringkat tahun pengajian dan jumlah responden adalah seramai 350 orang. Berdasarkan maklumat demografi yang diperolehi, responden lelaki 236 orang iaitu 67.4% lebih ramai berbanding responden wanita seramai 114 orang dengan 32.6%. Berdasarkan pecahan kaum pula pelajar Melayu mengatasi pelajar-pelajar dari kaum lain seramai 257 orang 73.4% manakala Kaum Cina 39 orang iaitu 11.1%, Kaum India 49 orang iaitu 14% dan Lain-Lain 5 orang iaitu 1.5%. Responden yang dipilih juga mempunyai tahun pengajian yang berbeza. Seramai 95 (27%) responden terdiri daripada pelajar Tahun Satu, seramai 70 (20%) responden terdiri daripada pelajar tahun 2, seramai 81(23%) responden terdiri daripada pelajar tahun 3 dan seramai 105(30%) responden yang berada di tahun empat iaitu tahun akhir. Berdasarkan kekerapan responden dalam mengikuti program Khidmat Komuniti yang dianjurkan oleh UniMAP, seramai 301(86%) responden telah mengikuti program khidmat komuniti dan seramai 49(14) responden tidak pernah mengikuti sebarang program khidmat komuniti. 1. Keberkesanan Program Khidmat Komuniti dalam meningkatkan kemahiran Kepimpinan di Kalangan Pelajar UniMAP. Bagi menentukan sejauhmana keberkesanan khidmat komuniti dalam memainkan peranan meningkatkan kemahiran kepimpinan dikalangan pelajar UniMAP, Soalan-soalan kajian telah dibina menjurus kepada menilai adakah berlaku peningkatan kefahaman pelajaar-pelajar UniMAP terhadap 5 kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin mengikut Chek Mat(2003). 1.1. Kemahiran Menggunakan Peluang Berdasarkan hasil kajian 13 peratus pelajar sangat bersetuju bahawa program khidmat komuniti ini melatih seseorang pelajar untuk menggunakan segala peluang yang terhidang di hadapan mereka dalam usaha untuk mecapai kecemerlangan. Sebanyak 42 peratus bersetuju dan 30 peratus merasakan ianya sekadar memuaskan. Hanya 3 peratus sahaja yang tidak bersetuju manakala tiada responden yang memilih sangat tidak bersetuju

4.0 Persoalan, Objektif Dan Kepentingan Kajian Timbul persoalan kini mengenai keberkesanan sesebuah program khidmat komuniti yang diwajibkan kepada semua pelajar UniMAP dalam mencapai tujuan ianya dilaksanakan. Berdasarkan impak yang besar program ini kepada nilai tambah dalam diri seseorang pelajar, pengkaji merasakan satu kajian perlu dijalankan mengenai persepsi pelajar terhadap program yang wajib di ikuti dalam meningkatkan kemahiran kepimpinan dan semangat patriotisme dalam diri mereka. Mudah-mudahan dengan hasil kajian ini dapat digunakan bersama untuk membaiki kelemahan dan meningkatkan komitmen semua pihak dalam memurnikan modul Khidmat Komuniti agar ianya selari dengan hasrat sesebuah universiti untuk melahirkan graduan yang memiliki nilai tambah atau value added dalam diri dan seterusnya mampu untuk bersaing diperingkat dalam dan luar Negara.

5.0 Metodologi dan Sampel Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Data-data diperolehi dari soal selidik yang dijalankan di kalangan pelajar-pelajar UniMAP. Sebanyak 400 soal selidik diedarkan dan hanya 350 dikembalikan. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak bebas dimana ianya melibatkan semua pelajar dari tahun satu sehinggalah tahun empat. Instrumen yang digunakan ialah soalselidik. Responden terdiri dari 67.4% pelajar lelaki dan 32.6% pelajar wanita. Pecahan kaum adalah seperti berikut, Melayu 73.5%, Cina 11%, India 14% dan Lain-Lain 1.5%. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For The Social Sciences dan dibentangkan dalam bentuk kekerapan dan peratus menggunakan Likert 4-skkala dan 5-skala mengikut kesesuaian soalan. Limitasi kajian ini merupakan satu tinjauan eksplotari, segala dapatan dirujuk kepada responden dan lokaliti kajian sahaja.

6.0 Dapatan Kajian Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan Program Khidmat Komuniti yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis dalam meningkatkan kemahiran kepimpinan dan semangat patriotime dikalangan pelajar. Tumpuan kajian ialah terhadap dua elemen utama yang hendak dikaji iaitu Peningkatan Kemahiran

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 dengan frasa yang menyatakan program khidmat komuniti mampu meningkatkan kemahiran Kepimpinan. Baki 25 peratus tidak pernah mengikuti sebarang program khidmat komuniti. 1.2. Kemahiran Berkomunikasi secara Berkesan Berdasarkan hasil kajian 23 peratus pelajar sangat bersetuju bahawa program khidmat komuniti ini melatih seseorang pelajar untuk berkomunikasi secara berkesan dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan. Sebanyak 44 peratus bersetuju dan 15 peratus merasakan ianya sekadar memuaskan. Manakala 1.5 peratus tidak bersetuju dan tiada pelajar yang sangat tidak bersetuju dengan frasa yang menyatakan program khidmat komuniti mampu meningkatkan kemahiran Kepimpinan. Baki 18 peratus adalah golongan yang tidak pernah mengikuti sebarang program khidmat komuniti. Kemahiran Berorganisasi Berdasarkan hasil kajian 22 peratus pelajar sangat bersetuju bahawa program khidmat komuniti ini melatih seseorang pelajar untuk bekerja secara berkumpulan dalam sesebuah organisasi dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan. Sebanyak 41 peratus bersetuju dan 20 peratus merasakan ianya sekadar memuaskan. Manakala 1.5 peratus pelajar sangat tidak bersetuju. Tiada responden yang tidak bersetuju dengan frasa yang menyatakan program khidmat komuniti mampu meningkatkan kemahiran Kepimpinan. 23 peratus adalah golongan yang tidak pernah mengikuti sebarang program khidmat komuniti. Kemahiran Menggunakan Kuasa Berdasarkan hasil kajian 17 peratus pelajar sangat bersetuju bahawa program khidmat komuniti ini melatih seseorang pelajar untuk menggunakan segala kuasa yang dimiliki dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan. Sebanyak 45 peratus bersetuju dan 20 peratus merasakan ianya sekadar memuaskan. Manakala 2.3 peratus pelajar sangat tidak bersetuju.dan 1.5 peratus tidak bersetuju dengan frasa yang menyatakan program khidmat komuniti mampu meningkatkan kemahiran Kepimpinan.Baki 14.2 peratus adalah golongan yang tidak pernah mengikuti sebarang program khidmat komuniti. 1.5. Kemahiran Membuat Keputusan Berdasarkan hasil kajian 30 peratus pelajar sangat bersetuju bahawa program khidmat komuniti ini melatih seseorang pelajar untuk membuat keputusan dalam usaha untuk mecapai kecemerlangan. Sebanyak 39 peratus bersetuju dan 17 peratus merasakan ianya sekadar memuaskan. Manakala 3.8 peratus pelajar sangat tidak bersetuju dan 1.5 peratus tidak bersetuju dengan frasa yang menyatakan program khidmat komuniti mampu meningkatkan kemahiran Kepimpinan. Baki 8.7 peratus adalah golongan yang tidak pernah mengikuti sebarang program khidmat komuniti.

1.3.

Secara keseluruhan apabila dilihat 63.2% responden yang mengatakan sangat bersetuju dan bersetuju bahawa program khidmat komuniti ini memainkan peranan yang berkesan dalam meningkatkan kemahiran kepimpinan para pelajar UniMAP. Ini menunjukkan bahawa Program Khidmat Komuniti merupakan satu kaedah yang boleh diterima oleh pelajar-pelajar UniMAP dalam membentuk dan menjadikan mereka sebagai seorang pemimpin. Justeru Khidmat Komuniti adalah salah satu kaedah terbaik melatih seseorang pelajar untuk menjadi seorang pemimpin. 2. Keberkesanan Program Khidmat Komuniti dalam meningkatkan semangat Patriotisme di Kalangan Pelajar UniMAP.

1.4.

Bagi menilai tahap keberkesanan program khidmat komuniti dalam meningkatkan Semangat Patriotisme, soalan-soalan turut diubahsuai menjurus kepada melihat samada; 2.1. Berlaku perubahan sikap Berdasarkan hasil kajian 15 peratus pelajar sangat bersetuju bahawa program khidmat komuniti ini Berjaya mengubah sikap pelajar terhadap kepentingan sesebuah masyarakat dan Negara. Sebanyak

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 32 peratus bersetuju dan 32 peratus merasakan ianya sekadar memuaskan. Manakala 2.3 peratus pelajar sangat tidak bersetuju.dan 2.3 peratus tidak bersetuju dengan frasa yang menyatakan program khidmat komuniti mampu meningkatkan semangat patriotisme dikalangan pelajar. Baki 16.4 peratus adalah golongan yang tidak pernah mengikuti sebarang program khidmat komuniti. 2.2. Timbul rasa tanggungjawab Berdasarkan hasil kajian 23 peratus pelajar sangat bersetuju bahawa program khidmat komuniti ini berjaya menimbulkan rasa tanggungjawab untuk mempertahankan negara. Sebanyak 38 peratus bersetuju dan 22 peratus merasakan ianya sekadar memuaskan. Manakala 0.75 peratus pelajar sangat tidak bersetuju.dan 0.75 peratus tidak bersetuju dengan frasa yang menyatakan program khidmat komuniti mampu meningkatkan semangat patriotisme dikalangan pelajar. Baki 15.5 peratus adalah golongan yang tidak pernah mengikuti sebarang program khidmat komuniti. . Sayang dan cintakan Negara Berdasarkan hasil kajian 23 peratus pelajar sangat bersetuju bahawa program khidmat komuniti ini berjaya menerbitkan rasa kasih sayang dan cintakan negara. Sebanyak 38 peratus bersetuju dan 20 peratus merasakan ianya sekadar memuaskan. Manakala 2.2 peratus pelajar sangat tidak bersetuju.dan 3 peratus tidak bersetuju dengan frasa yang menyatakan program khidmat komuniti mampu meningkatkan semangat patriotisme dikalangan pelajar. Baki 13.8 peratus adalah golongan yang tidak pernah mengikuti sebarang program khidmat komuniti. Faham peranan yang perlu dilaksanakan dalam mempertahankan maruah dan kestabilan serta keamanan yang dikecapi hari ini.

Berdasarkan hasil kajian 20 peratus pelajar sangat bersetuju bahawa program khidmat komuniti ini berjaya memberikan kefahaman tentang peranan yang perlu dilaksanakan dalam mempertahankan maruah dan kestabilan serta keamanan yang dikecapi hari ini. Sebanyak 38 peratus bersetuju dan 23 peratus merasakan ianya sekadar memuaskan. Manakala 1.5 peratus pelajar sangat tidak bersetuju.dan 3.8 peratus tidak bersetuju dengan frasa yang menyatakan program khidmat komuniti mampu meningkatkan semangat patriotisme dikalangan pelajar. 23 peratus adalah golongan yang tidak pernah mengikuti sebarang program khidmat komuniti. Baki 13.7 peratus adalah golongan yang tidak pernah mengikuti sebarang program khidmat komuniti. Secara keseluruhan apabila dilihat 56.8% responden sangat bersetuju dan bersetuju bahawa program khidmat komuniti ini memainkan peranan yang berkesan dalam meningkatkan semangat patriotisme di kalangan para pelajar UniMAP. Ini menunjukkan bahawa Program Khidmat Komuniti satu kaedah yang boleh diterima oleh pelajar-pelajar UniMAP dalam mengajar dan menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam diri mereka. Walaubagaimanapun ianya bukanlah satu program terbaik berdasarkan pandangan para pelajar dengan jumlah yang bersetuju tidaklah mencapai tahap yang membanggakan.

2.3.

7.0 Kesimpulan Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 2008 yang lalu telah genap umur 51 tahun. Namun negara hari ini mengalami berbagai cabaran dan rintangan yang memerlukan kemahiran kepimpinan dan semangat patriotisme yang tinggi. Jika kita lihat perpaduan kaum yang lahir sejak 51 tahun lalu kini kian rapuh dan seringkali diganggugugat. Kerapuhan ini memerlukan satu tindakan yang proaktif dan bijaksana bagi menyelamatkan keaadan daripada menjadi semakin parah. Peristiwa 13 Mei 1969 sepatutnya menjadi pengajaran dan pengalaman yang tidak ternilai kepada semua kaum di Malaysia. Justeru peranan Institusi Pengajian Tinggi ditagih dalam melahirkan graduan-graduan yang bukan sahaja mahir dalam bidang pembelajaran mereka malah memiliki

2.4.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 nilai tambah yang mantap bagi menanggani keadaan sedemikian rupa. Program Khidmat Komuniti menjadi satu wadah yang perlu diteruskan malah perlu diangkat oleh pengurusan sesebuah universiti untuk menjadi program wajib. Ini bersandarkan kepada hasil kajian ini telah membuktikan ianya mampu meningkatkan kemahiran kepimpinan pelajar dan menaikkan semangat patriotisme dikalangan peserta yang mengikuti program tersebut. Adalah dengan ini diharapkan agar program ini boleh diiktiraf sebagai salah satu wadah atau agen pendidikan luar dewan kuliah kepada mahasiswa-mahasiswi kita di semua Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

Rujukan 1. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. Komunikasi Untuk Pemimpin. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 1999. Ab. Aziz Yusof, Perubahan Dan Kepimpinan. Sintok; Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2000. Ainon Mohd. & Abdullah Hassan, Bakat Dan Kemahiran Memimpin,PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd., 2001. Baron, J.B., Thinking And Deciding, Cambridge University Press, England. 1988. Bass, B.M. & Avalio, B.J., Developing Tranformational Leadership Journal Of European Industrial Training,1990. Chek Mat, Kemahiran Memimpin, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 2003. Honey. P. & Mumford, The Manual Of Learning Style, Maidenhead: Adingley House, 1982 Jaafar Muhamad, Kelakuan Organisasi. Edisi Kelima,Leeds Publications. 2003. Kamus Dewan. Edisi Ketiga, Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1997. Kirkpatrick, S.A. & Locke, E.A., Leadership Do Traits Matte. Academy Of Management Executive,5(2), 1991. Stephen P. Robbins & Mary Coulter. Management. Prentice Hall International, Inc. 1999. Teks Ucapan YAB Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia Majlis Perasmian Konvensyen MPP IPTA 2004 Di Genting International Convention Centre Genting Highland 4 Februari 2004, Jam 8.00 Malam Utusan Malaysia. Perkukuh patriotisme PM mahu rakyat mantapkan semangat cintakan negara. Utusan Malaysia 18 Ogos 2008

2.

3.

4. 5.

6. 7.

8. 9. 10.

11.

12.

13.

You might also like