Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
1C-Kompetensi Keusahawanan

1C-Kompetensi Keusahawanan

Ratings: (0)|Views: 315 |Likes:
Published by Ahli Sarjana

More info:

Published by: Ahli Sarjana on Jul 17, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/16/2014

pdf

text

original

 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008
1
 Kompetensi Keusahawanan Di Antara Pelajar Yang Mendapat Pendedahan FormalDi Dalam Bidang Keusahawanan Dengan Pelajar Yang Tidak MendapatPendedahan
Hanim bt Sulaiman
a
, Mohd. Hassan Mohd. Osman PhD
b
, Muhd. Lutfi Muhd Raffi
c
a,b,c
Universiti Teknologi MalaysiaHanim_sul@yahoo.com, m-hassan@utm.my
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kompetensi keusahawanan di antara pelajar tahun akhir yangtelah diberi pendedahan secara formal di dalam bidang keusahawanan dengan pelajar tahun akhir yangtidak diberi pendedahan secara formal di Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kompetensikeusahawanan Mc Clelland dan Mc Ber & Co. (1986) digunakan untuk kajian ini. Tiga belas kompetensikeusahawanan yang diuji ialah inisiatif, melihat dan merebut peluang, kecekalan, mencari maklumat,menitikberatkan mutu kerja yang tinggi, komitmen terhadap perjanjian kerja, berorientasikan kecekapan,kecekalan, membuat perancangan yang sistematik, menyelesaikan masalah secara kreatif, keyakinan diri,ketegasan, meyakinkan orang lain dan ciri kompetensi keusahawanan mampu menggunakan strategi-strategi pengaruh. Hasil daripada analisis data, didapati tahap kompetensi keusahawanan bagi pelajar yangtelah diberi pendedahan secara formal adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang tidak diberipendedahan secara formal. Ini menunjukkan kompetensi keusahawanan di dalam diri seseorang itu dapatditingkatkan melalui pendedahan formal.
 Kata kunci:
Keusahawanan, kompetensi keusahawanan, pembangunan keusahawanan
 
1. Pengenalan
Bilangan siswazah yang keluar daripadainstitusi pengajian tinggi awam atau swastabertambah setiap tahun. Ramai ini akan mencaripekerjaan dan bukan semuanya mudah mendapatpekerjaan kerana kerja yang ada dengan bilanganyang mencari tidak seimbang. Graduan yangbertegas hendak ”makan gaji”, mungkin terpaksamenganggur hinggakan memakan masabertahun-tahun.Keinginan kuat untuk ”makan gaji”mungkin berpunca dari latar belakang yang manakebiasaannya dari kecil sudah disuruh belajarsehingga ke peringkat tertinggi dan lulus denganpangkat terbaik, kemudian mencari kerja dengangaji yang lumayan. Menurut Muhamad SallehMajid (2003), mentaliti mendidik anak menjadi”majikan” amat kurang kerana takut untuk mengambil risiko. Keadaan semasa tidak lagimengizinkan pemikiran begini berterusan.Graduan yang telah menamatkan pengajiandaripada institut pengajian tinggi hendaklahdigalakkan untuk bekerja sendiri ataumemulakan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.Menyedari hakikat ini, KementerianPembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)telah mengorak langkah dengan bekerjasamadengan universiti-universiti tempatan untuk melahirkan lebih ramai usahawan berkualitimenerusi beberapa program, diantaranyatermasuklah Program Inkubator UsahawanSiswazah yang diwujudkan oleh Bank SME danKursus Asas Keusahawanan yang dijalankan diuniversiti. Menerusi program-program ini,siswazah yang meminati bidang perniagaanbukan sahaja menerima pelbagai bimbingan,tetapi akan mengenali jenis perniagaan yangberpotensi maju untuk mereka ceburi (UtusanMalaysia, 26 April 2005).Kementerian Pengajian Tinggi jugamenyedari akan hal ini dan telah mengambilinisiatif untuk mengurangkan kadarpengangguran di kalangan siswazah. Diantaranya ialah memberi pendedahan tentang
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008
2
bidang keusahawanan di kalangan siswazah yangmenuntut di institusi pengajian tinggi denganmewajibkan pelajar mengambil mata pelajarankeusahawanan Pelajar IPTA wajib ambil subjek keusahawanan. (Utusan Malaysia, 2 Julai 2007).Pendedahan ini bertujuan untuk membuka mindapelajar supaya berdikari dengan meneroka setiappeluang yang ada. Melalui pendedahan ini, parapelajar tidak lagi terlalu bergantung kepadamajikan untuk mencari pekerjaan.Keusahawanan merupakan faktor pentingdalam proses membangunkan dan memajukanmasyarakat dan negara (Khaairuddin Khalil,2003). Pengalaman yang dilalui oleh negaraJepun dan Korea sepatutnya dicontohi. Selepastamat Perang Dunia Kedua, Jepun dan Koreamerupakan antara negara-negara yangkedudukan ekonomi dan taraf hidup rakyatnyapaling mundur, khususnya di Asia. Tetapi 40tahun kemudian, Jepun telah tergolong dikalangan negara maju di dunia bahkanmenerajuinya. Manakala Korea pula mendudukitangga teratas dalam senarai negara-negaraindustri maju. Kemajuan yang dikecapi olehkedua-dua buah negara ini memang sudah diakuidunia. Kemajuan negara-negara tersebut adalahdiasaskan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut adalah peranan usahawan danbudaya usahawan yang wujud dalam masyarakatnegara tersebut. Menurut Ab. Aziz Yusof (2001),masyarakat yang mempunyai paling ramaiusahawan adalah merupakan masyarakat yangterbaik. Ini adalah kerana usahawan merupakanindividu yang paling dinamik, kreatif daninovatif. Mereka sedia untuk mencapai kejayaan.Semangat ini telah menyebabkan mereka melihathari esok dengan penuh peluang danberkeyakinan untuk merebut peluang berkenaan.Menurut Yep Putih (1985), usahawan ialahseseorang yang memikirkan cara-cara untuk menyatukan tenaga manusia dengan modal dantanah bagi menghasilkan kerja yang bermutu.Kepentingan seorang usahawan ini juga telah disokong oleh Nor Aishah Buang (2002) yangmengatakan bahawa usahawan juga melihat danmengenalpasti peluang-peluang dan kegiatanyang sesuai dengan keadaan tenaga kerja,kemudahan yang disediakan dan persekitarannyabagi menghasilkan pendapatan atau keuntunganyang lumayan. Beliau juga menambah bahawabagi seorang usahawan, setiap masalah yangdihadapi dianggap sebagai peluang ekonomi.Oleh itu, usahawan memainkan peranan yangsangat penting terhadap pembangunan ekonomisesebuah negara.
2. Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:1.
 
Mengenalpasti kompetensi keusahawanan diantara pelajar yang telah mendapatpendedahan secara formal di dalam bidangkeusahawanan dengan pelajar yang tidak mendapat pendedahan secara formal didalam bidang keusahawanan.2.
 
Menentukan perbezaan kompetensikeusahawanan di antara pelajar yang telahmendapat pendedahan secara formal didalam bidang keusahawanan dengan pelajaryang tidak mendapat pendedahan secaraformal di dalam bidang keusahawanan.3.
 
Mencadangkan cara-cara untuk meningkatkan kompetensi keusahawanan dikalangan pelajar.
3. Kajian Literatur
Setiap tahun minat untuk mengembangkandan membangunkan bidang keusahawanansemakin meningkat dan ia menunjukkan suatuperkembangan yang positif. Kirby (2003),menyatakan bahawa “Demam Keusahawanan”bermula pada pertengahan 1980an,perkembangan bidang keusahawanan telahbergerak dengan begitu pantas di mana ia bukansahaja tertumpu kepada sesebuah negara tetapitelah berkembang ke seluruh pelusuk dunia sertatelah mengubah pemikiran dan orientasikehidupan masyarakat terhadap aktivitiperniagaan seterusnya telah meningkatkan tahappembangunan sesebuah negara.Keusahawanan bukanlah suatu bidang ataukerjaya yang baru di Malaysia. Bidang ini telahlama bertapak di negara ini. Sejarah telahmembuktikan bahawa suatu masa dahulu negaraini dan penduduknya khususnya pada zamankeagungan kerajaan melayu melaka, penglibatanorang Melayu dalam bidang perniagaan dankeusahawanan amat aktif sehingga pada suatuperingkat telah berjaya menjadikan Selat Melakadan Pelabuhan Melaka perlabuhan tersibuk didunia. Kemajuan Pelabuhan Melaka pada masaitu dikatakan telah menggugat kemasyuran KotaVenice yang sebelumnya merupakan antarapelabuhan utama dunia.Keusahawanan dan pembentukan urus niagabaru penting bagi mencipta dan mengekalkanekonomi yang sihat kerana ia mencipta peluang-
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008
3
peluang pekerjaan baru, menambah keupayaaneksport negara dan pertumbuhan ekonomi.Seseorang usahawan berfungsi sebagaipembangun ekonomi negara dan dunia. Hal inidiakui oleh Gilder (1992) seperti kenyataannya,“Para usahawan faham akan hukum-hukum alamdan hukum-hukum Tuhan. Merekamemakmurkan dunia. Dalam kerjaya mereka,mereka tidak tamak akan keuntungan, danlangsung tidak pedulikan keseimbangan pasaran.Mereka menghapuskan kemapanan, bukankeseimbangan. Merekalah wira sebenarekonomi”.Untuk menjadi seorang usahawan yangberjaya, seseorang itu perlu mempunyaikompetensi keusahwanan. Menurut McClelland(1987), kompetensi ialah ciri-ciri yangmempunyai kaitan dengan keberkesanan dankeupayaan yang tinggi seseorang dalam sesuatupekerjaan.
 
Dalam bab ini, pengkaji akanmenyentuh tentang ciri-ciri kompetensikeusahawanan. Antara kompetensikeusahawanan ialah individu yang mempunyaiinisiatif, melihat dan merebut peluang,kecekalan, mencari maklumat, menitikberatkanmutu kerja yang tinggi, komitmen terhadapperjanjian kerja, berorientasikan kecekapan,kecekalan, membuat perancangan yangsistematik, menyelesaikan masalah secarakreatif, keyakinan diri, ketegasan, meyakinkanorang lain, dan mampu menggunakan strategi-strategi pengaruh.
3.2 Kompetensi Keusahawanan
Untuk mencapai keinginan atau kehendak hasil dari desakan dalaman atau galakan luaranitu, individu tersebut memerlukan sesuatukemampuan atau kemahiran diri yangdiistilahkan sebagai kompetensi keusahawanan.Kompetensi-kompetensi ini adalah kemahirandiri yang menyebabkan seseorang itu lebihmampu dan cekap dari orang lain yangmempunyai pengetahuan dan kelulusan yangsama dengannya. Menurut Nawawi (1992),perkataaan Kompetensi Keusahawananbermaksud kemampuan diri seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanandengan berkesan bersesuaian dengan tugasnyasebagai seorang usahawan.McClelland dan McBer & Co. (1986) telahmenyenaraikan tiga belas ciri-ciri kompetensikeusahawanan diri hasil daripada suatupenyelidikan antara kebudayaan di Malawi, Indiadan Ecuador terhadap usahawan-usahawan yangberjaya. Senarai kompetensi tersebut adalahindividu yang mempunyai inisiatif, melihat danmerebut peluang, kecekalan, mencari maklumat,menitikberatkan mutu kerja yang tinggi,komitmen terhadap perjanjian kerja,berorientasikan kecekapan, kecekalan, membuatperancangan yang sistematik, menyelesaikanmasalah secara kreatif, keyakinan diri,ketegasan, meyakinkan orang lain, dan mampumenggunakan strategi-strategi pengaruh.
3.2.1
 
Inisiatif 
Daya inisiatif adalah satu daripadakompetensi keusahawanan yang paling penting.Menurut Ab. Aziz et al. (2005) usahawan-usahawan berjaya lazimnya mempunyai dayainisiatif yang tinggi kerana dengan daya inisiatif,usahawan tersebut mempunyai kecenderunganuntuk melihat dan menganalisis sesuatu situasiatau keadaan dengan cekap. Hasil daripada sikaptanpa menunggu diarahkan atau dipaksamelakukan sesuatu untuk kejayaan sendiri,individu yang berinisiatif itu dapat melihatperkara-perkara yang perlu dilakukan melaluiintuisi dan imaginasinya. Sikap ini membawadiri usahawan tersebut selangkah lebih majudaripada orang lain.Sikap inisiatif ini juga amat penting kepadaseseorang yang ingin memulakan perniagaan. Diperingkat memulakan perniagaan, bakalusahawan itu perlu banyak melakukan usaha-usaha sendiri tanpa diminta melakukannya. Iniadalah kerana, ramai usahawan mempunyai ideaperniagaannya yang tersendiri, tetapi merekagagal untuk melaksanakannya (Lambing danKuehl, 1997). Dengan daya inisiatifnya beliauakan mencari peluang tanpa mengharapkanpeluang tersebut datang bergolek. Oleh itu, untuk mempertingkatkan daya inisiatif kita mestilahmenjadi penggerak dan menanamkan sikap atautabiat memulakan usaha-usaha dan tindakan-tindakan walaupun dalam bidang yang belumpernah diterokai atau belum ada jejak-jejak yangboleh ditiru atau diikuti.
3.2.2
 
Melihat dan Merebut Peluang
Kejayaan seseorang usahawan banyak bergantung kepada kemampuannya melihat danmerebut peluang-peluang yang wujud disekitarnya. Menurut Lambing dan Kuehl (1997),usahawan akan mencari perubahan,bertindakbalas terhadapnya danmengeksploitasinya sebagai peluang. Inidisokong oleh Kirzer (1979) yang mengatakanbahawa usahawan ialah seseorang yang sentiasa

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Cik Naa liked this
Reborn Ling liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->