Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
15Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
1D-Penerapan Kemahiran Insaniah

1D-Penerapan Kemahiran Insaniah

Ratings: (0)|Views: 2,315|Likes:
Published by Ahli Sarjana

More info:

Published by: Ahli Sarjana on Jul 17, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/30/2013

pdf

text

original

 
1
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008
Penerapan Kemahiran Insaniah: Sikap Pelajar mengenai Penguasaan Bahasa danKemahiran Berkomunikasi
Wan Robiah Meor Osman
a
, Wan Sofiah Meor Osman
b
, Wan Adnawani Meor Osman
ca
Pusat Pengajian BahasaUniversiti Malaysia Sarawak 94300 Kota Samarahan,Sarawak 
b
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ManusiaUniversiti Malaysia Sarawak 94300 Kota Samarahan,Sarawak 
cc 
Fakulti Sains dan TeknologiUniversiti Malaysia Terengganu21030 Kuala TerengganuTerengganumowrobiah@cls.unimas.my
Abstrak
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memainkan peranan penting dalam melahirkan graduan yang memenuhikehendak pasaran kerja dan berupaya bersaing di peringkat global. Penerapan kemahiran insaniah merupakansalah satu peranan penting yang dimainkan oleh IPT dalam usaha ini. Kajian ini mengkaji penerapan kemahiraninsaniah dalam kalangan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan menfokus kepadapenguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi. Tiga aspek utama kajian iaitu: (a) pemahaman dan penilaianpelajar terhadap penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi sebagai salah satu kemahiran insaniah (b)penerapan penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi melalui pengajaran dan pembelajaran di universiti(c) sikap pelajar dalam menguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi di universiti. Data diperolehi melaluisoal selidik dan hasil kajian dibincangkan bersama implikasi dan saranan dalam konteks polisi terkini pendidikantinggi.Kata kunci: Kemahiran Insaniah; Kemahiran Berkomunikasi; Pendidikan Tinggi; Sikap Pelajar
1. Pengenalan
Perkembangan pesat ekonomi global, teknologimaklumat dan kemunculan rangkaian kerjasamaorganisasi yang membolehkan persainganmemperlihatkan keperluan kepada kemahiraninsaniah (
soft skills
) dalam kalangan tenaga kerjamasa kini (lihat Curtis, 2004; Kruss, 2004; Van Loo& Toolsema, 2005). Kepentingan kemahiraninsaniah adalah seiring dengan pengetahuan dankemahiran subjek spesifik atau kemahiran teknikal(
hard skills
). Majikan hari ini juga melihat kepadabakal pekerja yang bukan sahaja fleksibel tetapi juga berkebolehan menyesuaikan diri dengankeperluan kerja semasa dan mempunyai keinginanbelajar yang berterusan (Andrew, 1997; Callan,2004).Sejajar dengan keperluan ini, Institusi PengajianTinggi (IPT) yang secara tradisionalnya lebihmenfokus kepada peranan melengkapkan graduandengan pengetahuan dan kemahiran subjek spesifik telah turut memberi penekanan kepada penerapankemahiran insaniah. Dengan yang demikian, IPTdapat melahirkan graduan yang memenuhikehendak pasaran kerja dan berupaya bersaing diperingkat global. Langkah ini dimantapkan lagiapabila Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia(KPTM) mengambil langkah memperkenalkanmodul kemahiran insaniah dalam pendidikan tinggipada tahun 2006. Ia merupakan panduan kepadaIPT dalam merangka pendekatan yang bersesuaianbagi membangunkan kemahiran ini.Memang tidak dinafikan sebelum modul inidiperkenalkan, IPT terutamanya Institusi PengajianTinggi Awam (IPTA) telahpun mempunyai
 
2
pendekatan masing-masing dalam usaha menerapkemahiran insaniah dalam kalangan pelajar tetapiperlaksanaannya tidak begitu nyata (
implicit 
), baik berasaskan aktiviti formal pengajaran danpembelajaran mahupun program sokongan sertakehidupan di kampus. Modul kemahiran insaniahyang dibentuk oleh KPTM dirangka denganpendekatan yang lebih jelas dan bersepadu dalammembangunkan kemahiran insaniah pelajar.Terdapat tujuh kemahiran insaniah yang digariskaniaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritisdan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahirankerja berpasukan, pembelajaran berterusan danpengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan,etika dan moral professional dan kemahirankepimpinan (Kementerian Pengajian TinggiMalaysia [KPTM], 2006).
2. Bahasa dan kemahiran berkomunikasi
Kemahiran insaniah dilihat sebagai elemen yangamat penting kepada pekerja untuk mendapatpekerjaan dan kekal dalam sektor pekerjaan(Callan, 2004; Smits, 2007). Kemahiranberkomunikasi merupakan salah satu kemahiraninsaniah yang amat diperlukan masa kini.Komunikasi merujuk kepada penyampaian maksudmelalui komunikasi lisan (
verbal
) dan bukan lisan(
nonverbal
) (Champoux, 2006). Komunikasi bukanlisan lebih melibatkan perasaan dan emosi. Kedua-dua komunikasi lisan dan bukan lisan boleh berlakudalam proses komunikasi untuk mewujudkanmakna. Hanya melalui penyampaian maksud danperkongsian makna daripada individu kepadaindividu lain, maklumat dan idea dapat disalurkan(Nelson & Quick, 2006; Robbins, Millett &Waters-Marsh, 2004). Oleh kerana hampir 70peratus masa sedar individu digunakan untuk berkomunikasi maka komunikasi merupakanelemen penting dalam interaksi antara individu(Robbins, Millett & Waters-Marsh, 2004). Ekonomiglobal pula membawa kepada interaksi yangmelibatkan komunikasi antara budaya yangmendatangkan kesan meluas (Hellriegel & Slocum,2007).Penguasaan bahasa membolehkan individuberkomunikasi dan menyampaikan maksud secara jelas dan difahami dengan baik. Penguasaanindividu lebih daripada satu bahasa memberi nilaitambah dalam usaha mendapatkan pekerjaan.Definisi secara umum berkenaan penguasaanbermaksud perihal menguasai iaitu mengetahuidengan mendalam atau menjadikan diri mahir danberpengetahuan tentang sesuatu (Noresah Baharom,Md Nor Ab. Ghani, Ibrahim Ahmad, AzizahSupardi, Saidah Kamin, Aziah Tajudin, SalmahJabbar, Hairani Mohd Khalid, & Rodziah Abdullah,2007). Manakala penguasaan bahasa pulabermaksud menguasai semua aspek kebahasaan,termasuklah aspek sebutan, ejaan, istilah,tatabahasa dan kosa kata (Abdul Hamid Mahmood,1993). Seseorang itu dianggap pengguna bahasayang baik dan berjaya apabila mereka dapatmenguasai dan mematuhi peraturan-peraturan tatabahasa dan bukan tatabahasa (Zulkifley Hamid,1996). Ahmad Muhaimin Mohamad, Wan IbrisamFikry Wan Ismail, Mohd Nurul Anam MohdNordin, Mohad Anizu Mohd Nor, Asnul DaharMinghat, Baharin Mesir dan Zamri Daud (2005)menyatakan kemahiran berkomunikasi perludimantapkan melalui penguasaan bahasa.Penguasaan bahasa dan kebolehanberkomunikasi merupakan antara kriteria pentingyang dilihat oleh pihak majikan di sampingkemahiran insaniah lain dengan disertai kemahiranteknikal dalam pengambilan dan pemilihan pekerja.Hal ini bermakna kemahiran insaniah dan teknikalperlu diintegrasikan (Dawe, 2004). Kebiasaannyamajikan akan melihat kepada bakal pekerja yangmemiliki kemahiran insaniah melalui prosespengambilan dan menjangkakan kemahiran ini akanditingkatkan melalui aktiviti latihan danpembangunan pekerja.Kemahiran insaniah yang paling penting dankritikal sebagaimana dikenal pasti dalam kajianMcLeish (2002) ialah nilai personal yangmerangkumi komunikasi, kerja berpasukan,penyelesaian masalah, perancangan danpenyelarasan, inisiatif dan usaha, teknologi,pembelajaran dan kesedaran diri (
self-awareness
).Hesketh (2000) pula mendapati komunikasi (lisan),pembelajaran, komunikasi (bertulis), penyelesaianmasalah, kerja berpasukan, pengurusan diri dankebolehan mengira merupakan kemahiran yangamat tinggi nilainya kepada majikan. MenurutSmith & Comyn (2004) secara sepakatnya adalahamat jelas bahawa kerja berpasukan dankomunikasi merupakan kemahiran insaniah yangsememangnya amat bernilai. Kajian dalamkalangan pekerja yang diberhentikan akibatpenstrukturan semula mendapati kemahiranberkomunikasi merupakan kemahiran yang palingpenting (Virgona & Waterhouse, 2004). Dapatanyang sama juga diperolehi dalam kajian Lee (2003).Beliau turut menyatakan projek-projek firmakejuruteraan gagal kerana kurangnya kemahiranberkomunikasi jurutera dalam melakukan kerjaberpasukan bukannya kemahiran teknikal.Berdasarkan kajian-kajian tersebut, dapatdisimpulkan bahawa kemahiran berkomunikasimerupakan antara kemahiran insaniah yang diberipenekanan utama oleh pihak majikan.Andrew (1997) menegaskan kegagalan yangkritikal dalam pendidikan dan latihan graduanadalah berkaitan dengan personal, sosial dankemahiran berkomunikasi. Kajian beliaumendapati standard akademik pelajar-pelajarberada pada tahap yang memuaskan. Walaubagaimanapun, graduan dilihat sangat lemah dalamkemahiran berkomunikasi, memahami urusanperniagaan dan keupayaan untuk mengaplikasi
 
3
pengetahuan. IPT juga dikritik kerana tidak menawarkan kemahiran insaniah yang secukupnyakepada pelajar-pelajar seperti penyelesaianmasalah, komunikasi, keusahawanan,kewarganegaraan yang baik, kemahiran pengurusandan kepimpinan (Kruss, 2004). Oleh itu, IPT perlumemberi penekanan terhadap usaha untuk membangunkan kemahiran ini dalam kalanganpelajar sebagai persediaan lengkap (mempunyaikemahiran subjek-spesifik dan kemahiran insaniah)bagi mereka menghadapi pasaran kerja yangsemakin mencabar.Kajian ini akan menjawab persoalan kajianseperti berikut:a. Sejauh mana penguasaan bahasa dan kemahiranberkomunikasi difahami sebagai salah satukemahiran insaniah dan dinilai oleh pelajar?b. Bagaimana penguasaan bahasa dan kemahiranberkomunikasi diterap melalui pengajaran danpembelajaran di universiti?c. Bagaimanakah sikap pelajar dalam menguasaibahasa dan kemahiran berkomunikasi di universiti?
3. Kaedah kajian
3.1.
 
 Reka bentuk kajian
Kajian rintis dan deskriptif ini dijalankanmelalui pengedaran borang soal selidik kepadapelajar-pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
3.2. Populasi dan sampel
Populasi kajian meliputi semua pelajar-pelajarprasiswazah UNIMAS. Kajian ini menggunakankaedah ‘
 judgement sampling
’ dengan memilihsampel yang terdiri daripada pelajar-pelajar yangsedang mengikuti mana-mana kursus bahasa yangditawarkan oleh Pusat Pengajian Bahasa.Responden terdiri daripada 65.6% pelajarperempuan dan 34.4% pelajar lelaki. Seramai18.8% pelajar sedang mengikuti pengajian diFakulti Ekonomi dan Perniagaan, 18.8% FakultiKejuruteraan, 1.4% Fakulti Sains Komputer danTeknologi Maklumat, 23.9% Fakulti Seni Gunaandan Kreatif, 6% Fakulti Kognitif Sains danPembangunan Manusia, 26.6% Fakulti Sains Sosialdan 4.6% Fakulti Sains dan Teknologi Sumber.Kajian ini tidak melibatkan pelajar dari FakultiPerubatan dan Sains Kesihatan. Pecahan respondenmengikut tahun pengajian pula menunjukkanseramai 63.3% pelajar tahun 1, 23.9% pelajar tahun2, 6.4% pelajar tahun 3 dan 6.4% pelajar tahun 4.
3.3. Pemboleh ubah dan Pengukuran
Kesemua pemboleh ubah demografi seperti jantina, tahun pengajian dan fakulti diperolehidaripada setiap soalan-soalan yang distruktursecara terus.Fokus soal selidik terdiri daripada tiga aspek utama iaitu pemahaman dan penilaian pelajarterhadap penguasaan bahasa dan kemahiranberkomunikasi sebagai salah satu kemahiraninsaniah, penerapan penguasaan bahasa dankemahiran berkomunikasi melalui pengajaran danpembelajaran di universiti dan sikap pelajar dalammenguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi diuniversiti. Soal selidik dibentuk berdasarkan kajianlepas beberapa penyelidik (lihat Callan, 2004;
 
Virgona & Waterhouse, 2004; Sanguinetti, 2004).Soalan - soalan menggunakan skala Likert 1 hingga5 dengan tahap terendah 1 dan tahap tertinggi 5.
3.4
 
Pengumpulan data
Data dikumpulkan melalui borang soal selidik yang diedarkan melalui pensyarah atau gurubahasa. Seramai 218 orang responden telah terlibatdalam kajian ini.
3.5 Analisis data
Data demografi dan setiap aspek kajian telahdianalisis melalui distribusi frekuensi dan deskriptif statistik.
4. Hasil kajian dan perbincangan
Hasil kajian menunjukkan pelajar mempunyaipemahaman dan penilaian yang tinggi terhadappenguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasisebagai salah satu kemahiran insaniah yangdiperlukan oleh sektor pekerjaan dan membolehkanpersaingan dalam pasaran kerja dengan puratamasing-masing 4.29 dan 4.38 (Jadual 1). Namunapabila dibandingkan penguasaan bahasa dengankemahiran insaniah lain dari segi keutamaannyapersepsi pelajar menunjukkan purata sebanyak 3.20dengan mod 3 (tidak pasti). Pelajar jugamempunyai kesedaran yang sederhana rendah bagipenguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasisebagai tanggungjawab individu sepenuhnyadengan purata 3.75.Kesedaran yang tinggi dalam kalangan pelajarapabila penguasaan bahasa dan kemahiranberkomunikasi dikaitkan dengan keperluanpekerjaan memudahkan usaha universitimenerapkan kemahiran ini. Persepsi positif pelajardengan disusuli pendekatan berterusan universitidapat melahirkan graduan seperti yang diinginkanoleh pihak majikan. Oleh itu usaha perlu dilakukanbagi meningkatkan kesedaran pelajar tentangkeutamaan kemahiran ini agar mereka dapatmenerima dan mengikuti pendekatan yangditawarkan oleh universiti. Universiti juga perlumengambil inisiatif meningkatkan kesedaranpelajar akan kepentingan memahami penguasaan

Activity (15)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
zaatulemma liked this
Syazana Azmi liked this
aziraadnan liked this
Fiz Hassan liked this
Wan Norehan liked this
Norshafika Daod liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->