Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Penghayatan Agama Dan Kepimpinan Pelajar

Penghayatan Agama Dan Kepimpinan Pelajar

Ratings: (0)|Views: 282 |Likes:
Published by Ahli Sarjana
http://holisticeducentre.weebly.com/
http://holisticeducentre.weebly.com/

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Ahli Sarjana on Jul 17, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/18/2014

pdf

text

original

 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
1
Penghayatan Agama Dan Kepimpinan Pelajar
Prof. Madya Dr. Khairul Anwar MastorHasnan KasanPusat Pengajian UmumUniversiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Tulisan ini membincangkan tentang hubungan kepimpinan pelajar dengan penghayatan agama. Denganmengambilkira bahawa majoriti pemimpin pelajar di IPTA berbangsa Melayu dan beragama Islam, soalpenghayatan agama seharusnya tidak dikesampingkan dalam agenda kepimpinan pelajar dan jugakepimpinan negara. Mahasiswa-lah yang diberi kepercayaan untuk meletakkan imej Islam di kedudukanyang dihormati dan disanjungi dan ini bermula dari kesedaran pemimpin pelajarnya. Justru itu, pemimpinpelajar seharusnya menjadi ‘role model’ yang ditauladani oleh pelajar-pelajar lain dalam pelbagai aspek kecemerlangan termasuk dari sudut pemahaman dan penghayatan agama. Penghayatan agama seharusnyadilihat sebagai antecedent positif kepada kepimpinan yang cemerlang. Soal kesederhanaan, kebijaksanaan,dan kematangan dalam menangani isu-isu berkait dengan Islam adalah antara ciri terpenting. Sorotanhubungkait di antara penghayatan agama dengan beberapa korelat kecemerlangan dalam kajian-kajianpsikologi agama akan turut dibincangkan. Adalah diharapkan melalui perbicangan yang dikemukakan akandapat memberi gambaran bahawa kepimpinan pelajar dan penghayatan agama adalah saling berkaitandalam suasana yang harmoni dan tidak boleh dipinggirkan.
1. Pendahuluan
Kepimpinan adalah satu tanggungjawab yangakan dipertanggungjawabkan. Bagi kepimpinanpelajar, walaupun skopnya terbatas kepadamemimpin pelajar di institusi pengajian tinggi,namun impaknya menjangkaui pemikiran dantindakan mereka di luar kampus. Salah satufaktor yang penting dalam mempengaruhipemikiran, halatuju dan tingkahlaku kepimpinanialah penghayatan agama individu pemimpin.Kertas kerja ini membincangkan tentangkepentingan penghayatan agama dan kepimpinanpelajar. Premis yang digunakan dalam kertaskerja ini ialah kepimpinan yang dimaksudkanialah kepimpinan pelajar Islam kerana majoritikepimpinan pelajar di IPTA di negara ini terdiridari pelajar Melayu beragama Islam. Justeru itu,kepimpinan pelajar dalam konteks negara kitaboleh dilihat dari sudut peranan pemimpinpelajar sebagai jurucakap dan pewariskepimpinan Islam.
2. Tujuan
Kertas ini bertujuan memberi bukti sokongankepada proposisi bahawa agama sebagaiantesedent positif kepada kecemerlangankepimpinan pelajar. Perbincangan akanmensoroti makna serta skop penghayatan agama,rasional dan kerelevanannya dalam kontekskepimpinan pelajar. Kajian-kajian psikologiagama yang pernah dijalankan dan rumusankepada kepentingan agama dalam aspek kepimpinan pelajar akan juga dibincangkan agarbeberapa hasil penyelidikan yang berkaitan dapatmembantu kita memahami peranan positif agamadalam kecemerlangan kepimpinan.
3. Makna dan skop penghayatan agama
Menurut Kamus Dewan (1989), hayatbermaksud hidup. Menghayati bermaksudmengalami serta merasai (dalam jiwa) ataumeresap ke dalam jiwa. Penghayatan adalahperihal kepada kata kerja menghayati. Jikaditeliti istilah ini menunjukkan terdapatnyaperlakuan tertentu yang dilaksanakan dan darjahperlaksanaannya yang dapat meninggalkan kesankepada jiwa. Ini menunjukkan bahawa sekiranyasesuatu perlakuan dilaksanakan tetapi tidak meninggalkan kesan kepada jiwa, makaperlakuan itu belum dihayati.Konsep penghayatan agama Islam khususnya,adalah menjadikan Islam sebagai tatacara hidupyang sempurna dan diredai oleh Allahberdasarkan ketaatan kepada Allah danbertunjangkan tauhid. Dengan menghayati Islam,
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
2seseorang itu membuktikan keyakinan sertakepatuhannya kepada Allah SWT denganmengerjakan segala suruhan Allah dan menjauhisegala laranganNya. Keyakinan yang meresap kedalam hati itu seterusnya menggerakkannyauntuk membentuk tingkahlaku dalaman(pemikiran, keyakinan, sikap, perasaan,kehendak dan lain-lain) dan luaran (percakapan,penglihatan, pendengaran dan lain-laintingkahlaku) yang sejajar dengan tuntutan Islam.Melalui penghayatan ini juga akan lahirlahkeperibadian hamba yang boleh memikulamanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.Dalam konteks kertas kerja ini, penghayatanagama di kalangan pemimpin pelajar membawamaksud bahawa mereka memahami danmenyedari kepentingan ketaatan dalam agamamelalui penunaian amalan-amalan asas dalamagama. Ini termasuk pemimpin pelajar yangmenjaga solat fardu terutamanya mendirikannyasecara berjemaah, membaca Quran, mendalamiilmu agama, memelihara batas-batas syariatdalam pergaulan serta mengambil kirapertimbangan agama dalam sebarang keputusanyang dibuat. Jika kita mengambil makna danskop penghayatan agama yang sedemikian, makaperlu kita mengelakkan tafsiran penghayatanagama dari kacamata politik. Dengan mengambilpendekatan ‘
non-political’
ini, kita akan dapatmemahami kepentingan penghayatan agamadalam kepimpinan pelajar sebagai satu ‘
genuine precursor’
kepada membina kepimpinan pelajaryang cemerlang.
3.1 Rasional kepentingan penghayatan agama
Dalam konteks kepimpinan pelajar, khususnyakepimpinan yang didominasi oleh pelajar-pelajarMelayu dan Islam, kepentingan penghayatanagama boleh dilihat dari dua sudut yang berbeza.Pertama, dengan situasi semasa yang semakinmencabar, khususnya dalam keadaan imej Islamyang dikelirukan oleh media antarabangsa,kefahaman dan penghayatan agama yang sebenardiperlukan di kalangan pemimpin pelajar bagimenjelaskan serta memperbetulkan kekeliruan dikalangan pelajar-pelajar khususnya pelajar-pelajar bukan Islam. Kajian-kajian sebelum initelah menunjukkan bahawa salahfaham tentangIslam masih wujud di kalangan pelajar-pelajarIPTA (Khairul Anwar, 1995; Khairul Anwar,2000). Pemimpin pelajar-lah yang memainkanperanan bagi menjadi agen perubah pemikiranpelajar supaya Islam difahami sebagai agamayang membawa kesejahteraan dan sesuai disemua peringkat zaman. Dalam syarahan NaibCanselor UKM, harapan ini dinyatakan sebagai“...mahasiswa mempunyai peranan yang besardalam memperkasa martabat umat Islam supayatidak diremehkan. Mahasiswa yang kelak menjadi golongan cendiakawan, bakalmenyumbang dalam menangani kekusutan danisu-isu berkait dunia Islam di peringkat global”(Mohd Salleh, 2003, hal. 24). Justeru itu,kefahaman serta penghayatan agama di kalanganpemimpin pelajar adalah satu keperluan utama.Keduanya, dari sudut kepimpinan pelajar sebagaisatu kedudukan yang dipertandingkan diperingkat IPTA, identiti serta kredibilitipemimpin pelajar seringkali diteropongi olehpelajar-pelajar lain dari sudut kefahaman sertapenghayatan agama. Faktor ini tidak bolehdiketepikan begitu sahaja kerana pelajar-pelajarIslam pada majoritinya, meletakkan salah satukriteria pemilihan pemimpin mereka adalah darisudut demikian. Sekiranya calon pemimpin itutidak dapat dipercayai dari segi penghayatanagamanya, dan ditambah lagi dengan fitnah-fitnah yang memburukkan diri peribadi individutersebut, maka peluang bagi calon mendapatkepercayaan dari pelajar-pelajar akan semakintipis. Keadaan ini akhirnya menyebabkanpopulariti dan kredibilitinya sebagai calonpemimpin pelajar akan jatuh dan kesannya,beliau tidak akan dipilih.Dengan dua sebab utama di atas, penulis inginmenekankan bahawa kedua-dua faktor yangdinyatakan tadi adalah saling berkaitan. Menjadiseorang pemimpin yang mengutamakan panduanagama dalam tindakan secara tidak langsungakan menjadi pemimpin pelajar yang dicontohidan dihormati sekaligus meletakkan dirinyasebagai calon yang ‘
 favorite
’ dalam prosespemilihan pemimpin pelajar. Normanya, pelajar-pelajar universiti arif menilai dan mahukanpemimpin yang boleh dipercayai, amanah, jujurdan bertanggungjawab. Ciri-ciri ini padalazimnya ada di kalangan individu yangmenghayati agama, dalam konteks ini, agamaIslam. Cuma yang paling asas ialah seseorang itusemestinya ikhlas dalam penghayatan agamanya– bukan sesuatu untuk dipertontonkan dandibanggakan dan menjadi modal menarik perhatian pelajar. Adalah agak keterlaluan jikaindividu itu menghayati agama semata-matauntuk dipilih oleh pelajar-pelajar lain – satupetanda yang sudah barangtentu menampakkanketidakikhlasan penghayatan tersebut.
 
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008
3 
3.2 Relevankah penghayatan agama dikalangan pemimpin pelajar?
Penulis ingin memulakan perbincangan denganbeberapa persoalan asas berkaitan kepimpinandan penghayatan agama. Adakah pelajar calonpemimpin harus mengambilkira peranan agamadalam kehidupannya sebagai pelajar dalamkampus – sebagai individu dan juga sebagaipemimpin pelajar? Situasi semasa sebenarnyamelahirkan juga sedikit kebimbangan dikalangan pemimpin-pemimpin pelajar yangikhlas bahawa mereka yang cenderungmenghayati agama mungkin disalahertikansebagai menampilkan imej pemimpin pelajaryang menyokong parti pembangkang. Mungkinbenar dan mungkin juga sekadar satu ilusi.Persoalan menarik yang boleh diajukan kepadamereka yang jujur menghayati agama adalahadakah dengan menghayati agama, keluhurandan kesetiaan kepada dasar-dasar kerajaan sertasokongannya kepada kerajaan bolehdipertikaikan? Jawapan yang mantap ialah tentusekali tidak demikian. Penghayatan agama tidak semestinya menandakan individu itu menyokongpendirian parti pembangkang, apatah lagi untuk menentang kerajaan. Sebaliknya, jika jawapannya benar, bukankah ironinya anggapantersebut kerana kerajaan sendirimemperjuangkan mertabat Islam danmemelihara kedudukan Islam sebagai agamaresmi negara. Sudah barang tentunya, pemimpin-pemimpin kerajaan termasuk pemimpin-pemimpin pelajar yang pro-kerajaan jugaseharusnya mendokong kemuliaan agama itusendiri.Justeru itu, kertas kerja ini mengkedepankan isupenting iaitu penghayatan keagamaan dikalangan pemimpin pelajar adalah penting dantidak boleh diabaikan dan seharusnya dinilaisecara objektif. Tesis yang ingin sayakemukakan ialah penghayatan agama dikalangan pemimpin pelajar tidak bolehdisalahtafsir sebagai petanda sokongan kepadaparti-parti politik pembangkang di luar kampus.Sebaliknya penghayatan agama merekamenunjukkan betapa pemimpin pelajar yangmemahami serta mendokongi dasar-dasarkerajaan adalah pemimpin yang memahamikepentingan agama dengan jalan menghayatinyasebagai satu cara hidup yang sempurna.Penghayatan agama itu sebenarnya menanamkanbibit-bibit kepimpinan yang lebih matang danberwibawa sejajar dengan nilai-nilai Islam itusendiri. Agama berfungsi sebagai kawalanterhadap ketidakjujuran dan bentuk-bentuk penyelewengan yang lain.Telah banyak penulisan mengenai perananagama Islam dalam membentuk kepimpinanyang bersih dan berwibawa. Namun, belum adakajian empirik dalam Islam bagi menunjukkanbahawa ada perhubungan yang positif di antarapenghayatan keagamaan dan kepimpinan. Walaubagaimanapun, penulis akan cuba untuk merujuk kepada kajian-kajian psikologi agama daripelbagai kajian sarjana Muslim dan bukanMuslim sebagai contoh yang berkaitan bagimenunjukkan impak penghayatan agama dalammelahirkan korelat-korelat kecemerlanganpemimpin. Ini bukan bermakna hasil-hasil kajiantersebut boleh diterimapakai dalam konteksagama Islam , tetapi ianya akan menjadi sumberinspirasi kepada memahami hubungan psikologiamalan keagamaan dengan tingkahlaku korelatkecemerlangan kepimpinan. Andaian yangdipegang di sini ialah agama Islam adalah bersihdan suci dan peranannya adalah amat perludalam membentuk manusia yang bertamadunserta mendokong nilai-nilai murni.
3.3 Kajian-kajian penghayatan agama dikalangan pelajar-pelajar universiti.
Kajian-kajian empirik ada dijalankan bagimeninjau penghyatan agama pelajar-pelajarinstitut pengajian tinggi melalui aktiviti-aktivitikeagamaan yang dijalankan. Pada umumnya,penyelidik-penyelidik di luar negara telahmendapati bahawa aktiviti-aktiviti keagamaan diinstitut pengajian tinggi semakin berkurangan(Astin, 1993; Bowen, 1997). Misalnya Astin(1993) mendapati pelajar-pelajar Kristian diuniversiti-universiti di Amerika Syarikatsemakin kurang hadir ke gereja, menunaikankewajipan sembahyang dan membaca doasebelum makan. Bowen (1997) pula mendapatipelajar ‘..
less favorable toward church, lessconvinced of their reality of God, less favorabletoward Sabbath observance, and less fundamental/conservative in their belief 
. Malahpenyelidik-penyelidik seperti Hadaway & Roof (1988) mengatakan bahawa kehidupan dikampus sebenarnya merupakan faktorpenyumbang kepada semakin berkurangnyakecenderungan pelajar-pelajar menghayatiagama. Pandangan ini disokong oleh Pascarella& Terenzini (1991) yang juga mendapatisemakin menurunnya kepercayaan beragama di

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
amuiezz liked this
NUr Hatiey liked this
pro-m liked this
Shahir Saidi liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->