Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword or section
Like this
3Activity
P. 1
Siri Bercakap Dengan Jin - Jilid 2

Siri Bercakap Dengan Jin - Jilid 2

Ratings: (0)|Views: 256 |Likes:
Published by Frankly F. Chia

More info:

Published by: Frankly F. Chia on Jul 17, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/14/2012

pdf

text

original

 
TAMAR JALIS
Bercakap Dengan Jin
Jilid 2
Isi kandungan dalam jilid ini adalah hasil sumbangan para ahli dari Komuniti SBDJ(http://komunitisbdj..multiply.com dan http://siriceritabercakapdenganjin.blogspot.com)
PERHATIAN
Anda boleh membaca & menyalin cerita ini dari naskah ini untuk dijadikan koleksiatau bacaan peribadi. Tapi DITEGAH SAMA SEKALI untuk tujuan komersil danmengaut keuntungan darinya, menjual atau mencetak semula kandungannyatidak kira melalui apa cara sekalipun!
ISI KADUGA
|Kembali Ke Senarai Jilid[22 siri](Jilid 02) Siri 25: Sumpah Nasi Tangas Nov 5, '08 7:37 AM(Jilid 02) Siri 26: Isterinya Jadi Kelip-Kelip Nov 13, '08 11:06 AM(Jilid 02) Siri 27: Manusia Tanpa Kepala Nov 13, '08 11:08 AM(Jilid 02) Siri 28: Kubur Berasap Nov 20, '08 11:54 AM(Jilid 02) Siri 29: Dikacau Penunggu Kolam Nov 27, '08 4:33 AM(Jilid 02) Siri 30: Ilmu Raja Kelawar Dec 4, '08 4:57 AM(Jilid 02) Siri 31: Rumah Misteri Dec 11, '08 4:05 AM(Jilid 02) Siri 32: Bomoh Hujan Kena Uji Dec 18, '08 2:39 AM(Jilid 02) Siri 33: Muntahkan Ulat dan Paku Karat Dec 26, '08 3:01 AM(Jilid 02) Siri 34: Berjanji Dengan Syaitan Dec 31, '08 3:32 PM(Jilid 02) Siri 35: Mengusung Iblis Tengah Malam Jan 8, '09 6:54 PM(Jilid 02) Siri 36: Pukau Ular Tedung Jan 17, '09 2:49 AM(Jilid 02) Siri 37: Terkena Badi Belibis Jan 22, '09 11:09 AM(Jilid 02) Siri 38: Suara Azan Dalam Kolam Jan 29, '09 4:47 AM(Jilid 02) Siri 39: Dendam Orang Sabar Feb 6, '09 7:01 AM(Jilid 02) Siri 40: Pemuda Menjerit Malam Feb 12, '09 1:03 PM(Jilid 02) Siri 41: Berkasih Dengan Langsuir Feb 19, '09 5:21 AM(Jilid 02) Siri 42: Sepasang Tangan Berbulu Feb 28, '09 2:58 AM(Jilid 02) Siri 43: Buaya Jadi Jadian Mar 5, '09 3:08 AM(Jilid 02) Siri 44: Skandal Pawang Buaya Mar 11, '09 3:19 PM
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=21 of 10130/12/2010 11:21 AM
 
(Jilid 02) Siri 45: Badan Pawang Berasap Mar 11, '09 3:20 PM(Jilid 02) Siri 46: Berjalan Atas AnginCHAPTER LIST
(Jilid 02) Siri 25: Sumpah Nasi Tangas Nov 5, '08 7:37 AM
by Joe for group komunitisbdjSuasana di pekan kecil Terung di pagi selasa dalam musim tengkujuh cukup lembab. Lopak-lopak yang terdapat berhampiran bangunan-bangunan kedai di situ ditakungi air akibat hujan yang memanjang pada sebelah malamnya.Saya dan datuk masih lagi duduk di warung kopi sebelah kanan jalan menghala ke Kuala Terung. Di perhentian bas terdapat kira-kira 10hingga 15 anak-anak muda menanti bas. Mereka mahu ke bandar Taiping menonton filem melayu.Datuk mula resah, Air kopi sudah habis di cawan. Uda Lodin (kawan datuk) belum juga tiba, Jam di dinding warung sudah menunjukkanpukul 10 pagi. Saya mengambil akhbar Utusan Melayu milik tuan punya warung yang terletak di meja sebelah."Agaknya, ada aral di jalan," keluh datuk. Saya renung wajah datuk dengan senyuman. Orang silih berganti keluar dan masuk ke warung.Tiba-tiba datuk menekan pangkal ketiak kanan dengan tangan kiri."Alamat kurang baik," ujar datuk tenang."Maksud tuk, apa dia?""Kalau dia datang, kita tak boleh pergi ke Kuala Terung sebelum matahari berkalih tempat. Kalau pergi juga, susah diri kita.""Jadi apa yang patut kita buat tuk?""Tunggu sampai Uda Lodin tiba."Saya kembali membaca akhbar Utusan Melayu. Tepat jam sebelas, Uda Lodin pun sampai dengan teksi sapu Blue Bird warna bijikundang. Uda Lodin meminta maaf. Menurutnya, dia singgah di pejabat pos Pantai Remis menemui menantunya yang bertugas di situ.Dari Pantai Remis, dia naik teksi sapu dan berhenti di pekan Panchur membeli buah kelapa dan nangka sebagai buah tangan kepadakeluarga rumah yang akan ditemuinya."Begini saja, aku tak dapat pergi sekarang. Kira-kira pukul lima petang ni kau tunggu aku di situ dan kita pergi bersama," kata datukkepada Uda Lodin."Sebabnya?,""Kau jangan tanya, itu hal aku.""Di mana kau nak duduk sementara menanti pukul lima?,"Datuk terus membayar harga minuman. Dia merenung muka saya sambil tersenyum. Kemudian, kami bertiga keluar dari erut warungmenuju ke jalan besar."Begini Lodin, aku nak pergi ke Kampung Air Kuning. Pukul empat setengah aku datang. Kau nanti aku di sini.""Baiklah.""Kau sediakan batang tepus, bunga durian tiga kuntum dan mayang pinang berbunga sulung serta tujuh helai daun sirih yang bertemuurat.""Lagi?""Tak ada apa-apa. Kalau kau tak tunggu, aku terus balik.""Mesti, saya tunggu." Uda Lodin ketawa kecil.Datuk dan saya terus naik bas menuju ke Kampung Air Kuning. Rumah yang kami tuju adalah sebuah rumah berbumbung limas yangletaknya tidak berapa jauh dari rumah Pendekar Meor Abdul Rahman, seorang guru seni silat gayung yang terkenal.Kata datuk, penghuni rumah itu adalah kenalan lamanya. Kami jadi hampa, bila mendapati pintu dan tingkap rumah itu tertutup rapat.Seorang jiran memberitahu bahawa tuan rumah dan keluarganya sudah pergi ke Pontian, Johor kerana urusan nikah kahwin anaknya.Datuk membuat keputusan untuk pergi ke Kampung Lalang di Padang Rengas. Tetapi keputusan itu segera ditukar oleh datuk denganalasan terlalu jauh. Lantas dia membuat keputusan baru untuk pergi ke Batu 10 Terung.Sebagai cucu yang amat sayang dan mencintai datuk sendiri, saya tidak membantah. Elok pada datuk, eloklah pada diri saya, Datukterus mencari teksi sapu di Pekan Cangkat Jering. Akhirnya, kami naik teksi sapu Morris Minor berwarna hitam yang dipandu oleh seoranglelaki India.Tidak sampai setengah jam, kami sudahpun berada di rumah Shamsuddin., orang Batu Bara. Dari percakapan antara Shamsuddin dandatuk, tahulah saya bahawa datuk memang kenalan rapat pada ayah Shamsuddin dengan menyebut "˜Ayah Tandang"™.Sebelum saya bertanya maksud perkataan itu, datuk telah menerangkan "˜Ayah Tandang"™ merupakan suatu perkataan yangberunsurkan penghormatan tinggi pada orang ua di kalangan keturunan orang Batu Bara.Lama juga datuk bercakap dengan Shamsuddin, termasuklah kisah-kisah pengalaman datuk bersama arwah ayah Shamsuddin. Belayar
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=22 of 10130/12/2010 11:21 AM
 
dari Sumatera membelah Selat Melaka menuju ke Pengkalan Baharu waktu mula-mula dulu.""Walaupun datuk kau dan saya datang dari Daerah berlainan di Sumatera, tetapi mereka berkawan baik berdasarkan semangat BahasaMelayu yang tidak mengenal batas keturunan dan suku"™" ujar Tandang Shamsuddin sambil mengerling tajam kepada saya.Datuk tersenyum sambil berkata, " Saya tahu sangat perangai ayah awak, cepat panas baran, keras kepala dan berani. Saya puji dengansifat tegasnya.""Agaknya, memang begitu sifat orang Batu Bara yang suka merantau." Celah Shamsuddin sambil menyatakan keturunan orang Batu Baratidak banyak terdapat di Malaysia kecuali di beberapa kampung di sekitar daerah Dinding (sekarang Manjung) iaitu di Kampung EmpatPuluh Pantai dan Kampung Bharu, Lumut.Salah seorang daripada orang Batu Bara itu telah meneroka bandar Lumut serta Teluk Rubiah dan pernah berperang dengan angkatantentera Siam serta Belanda di Pulau Pangkor.Ayah Tandang atau Shamsuddin (sudah meninggal dunia) adalah bapa kepada salah seorang pengarah dan pelakon filem terkenal ditanah air dewasa ini. Masa itu, bintang filem tersebut belum menjadi pelakon filem.Menurut bapanya, anaknya pada masa itu sudah pergi ke Ipoh mengikut abangnya yang menjadi salah seorang Pegawai RIDA (sekarangMARA).Hingga kini, saya tidak pernah berhadapan dengan bintang terkenal itu kecuali melihat lakonannya di dalam filem.Lebih kurang pukul tiga petang, saya dan datuk meninggalkan rumah Ayah Tandang Shamsuddin dan terus naik bas menuju ke PekanTerung. Uda Lodin tidak mungkir janji. Dia menanti kami di tempat yang dijanjikan.Pukul lima setengah petang dengan menaiki kereta salah seorang penduduk Kuala Terung, saya dan datuk pun sampai ke tempata yangdituju. Kami menginap di sebuah rumah yang terletak berhampiran dengan Pengkalan Nelayan.Perkara pertama yang dilakukan oleh datuk ialah pergi melawat ke tanah perkuburan. Ada beberapa perkara yang perlu datuk lakukan disitu.Datuk hampir mahu membatalkan kerja-kerjanya bila diberitahu bahawa kubur orang yang disyaki dengankejadian itu dikebumikan diKampung Terung dan bukan di Kuala Terung."Bagaimana?" tanya Uda Lodin."Mana dia rumah yang selalu didatanginya?" tanya datuk. Uda Lodin menunjukkan sebuah rumah yang letaknya tidak jauh daripadatempat saya dan datuk menginap.Bentuk rumah itu agak sederhana dengan atap rumbia dan berdindingkan papan lidah. Kedudukannya agak terpencil denganrumah-rumah yang lain di dalam kampung tersebut. Saya, Uda Lodin dan datuk terus menuju ke rumah tersebut.Uda Lodin memperkenalkan datuk kepada tuan rumah yang berkulit hitam manis, berdahi luas dan rambutnya kerinting. Setelahbercakap beberapa patah perkataan, lelaki itu mempersilakan kami naik ke rumah.Perkara pertama yang diajukan oleh datuk pada lelaki tua yang menjangkau usia lima puluhan ialah ; "Seminggu berapa kali dia datang?""Boleh dikatakan pada setiap malam.""Apa yang dibuatnya?""Makan sisa makanan yang lebih di dapur.""Sejak awak berikhtiar menghalaunya, apa pulak yang awak dapat?"Lelaki itu terdiam, Biji matanya tertumpu ke wajah saya. Dia berkisar duduk sambil memicit dagu tirusnya berkali-kali. Datuk kerutkandahi dan Uda Lodin meraba misai tebalnya."Tak ada mendatangkan kesan. Dia tetap macam dulu," ujar lelaki itu dengan tenang sambil memberitahu, empat orang anak yangtinggal bersamanya sudah berpindah ke rumah lain."Awak kenapa tak pindah?" soal datuk lagi."Buat apa menyusahkan orang," sahutnya dengan jujur."Apa rancangan awak?" Tanya datuk lagi. Lelaki itu kerutkan dahi luasnya hingga bergaris empat."Tak ada apa-apa rancangan. Saya bimbang benda ganjil itu sudah mula mengacau orang lain. Saya takut rumah saya akan dibakar olehorang yang tidak dapat mengawal perasaan.""Sebab?""Mereka yakin hantu itu adalah isteri saya.""Kau percaya dengan mereka?" tanya datuk lagi. Lelaki itu nampak resah dan gelisah.Tanpa ditanya oleh datuk, lelaki itu memberitahu dia juga yakin bahawa hantu yang selalu menganggunya itu adalah hantu isterinyakerana setiap kali hantu itu datang, dia pasti memanggil namanya. Dan suara itu serupa dengan suara isterinya.Adakalanya, semua barang-barang di dapur seperti bawang dan cabai berubah tempat ; satu kegemaran yang biasa dilakukan isterinyasebelum meninggal dunia."Saya mahu berikhtiar menghalaunya," nada suara lelaki itu lembut tetapi mengandungi harapan yang besar.Dia nampak resah dan sepasang matanya tertumpu ke wajah datuk dan Uda Lodin.
Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 2http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=23 of 10130/12/2010 11:21 AM

Activity (3)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
kamarani liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->