You are on page 1of 11

PROSES JAHITAN DALAM MEMBUAT PAKAIAN a) KELIM Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik untuk

memberi bentuk pada pakaian atau artikel. Kelim yang dijahit mestilah sesuai dengan pakaian yang hendak dijahit dan lebar kelim mesti sekata di seluruh pakaian. Pemilihan kelim pada pakaian bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, kedudukan kelim dan jenis pakaian

Perkara-perkara yang mesti diberikan perhatian semasa menyediakan kelim :

1. Gunakan kelim yang sama untuk seluruh pakaian 2. Kelim perlu dijahit tepat pada garis pemadan untuk mendapatkan bentuk dan rupa yang elok 3. Lebar kelim yang dijahit mesti seragam iaitu sama lebar pada keseluruhan pakaian 4. Kelim yang dijahit mesti rata dan kemas 5. Ketegangan jahitan mesti betul dan sesuai supaya hasil kelim tidak berkedut 6.Pilih jenis kelim yang sesuai dengan pakaian dan jenis fabrik. Kelim yang rata dan kurang tebal sesuai digunakan untuk fabrik jenis tebal. Untuk fabrik nipis pula, pilih kelim yang rata dan kemas. 1

Kelim Belah Kangkung Kelim belah kangkung ini senang dijahit dan sesuai digunakan pada gaun, blaus, skirt dan seluar daripada fabrik yang sederhana tebal atau tebal. CIRI-CIRI KEBAIKAN KEBURUKAN Rata dan terbuka

Terdiri daripada sebaris jahitan disebelah dalam pakaian Mata jahitan tidak kelihatan dari sebelah luar artikel Lebar kelim yang siap dijahit ialah 1.25cm Jahitannya tidak kelihatan di sebelah luar pakaian Tidak begitu kukuh kerana hanya mempunyai sebaris jahitan Tidak sesuai untuk fabrik nipis kerana ia kelihatan pada sebelah luar pakaian I. Langkah-langkah menjahit : Langkah-langkah Tunjuk cara a. Temukan sebelah luar fabrik pada garis pemadan. b. Semat dan jelujur pada garis pemadan. c. Tanggalkan peniti dan jahit mesin tepat pada garisan pemadan. d. Buka kelim dan tekan rata. 2

II. Kaedah mengemas dengan jahitan mesin : a. ukur basi kelim 1.2cm daripada garis pemadan. b. Lipatkan tepi fabrik ke sebelah dalam dan tekan. c. Jahit mesin di atas tepi lipatan. d. Trim basi kelim hamper dengan jahitan mesin.

III. Kaedah lain untuk mengemas kelim belah kangkung : Jahit lilit ubi Jahit pucuk rebung Jahit zig zag Menggunakan kun Jahit insang pari Menggunakan kedua-dua tepi fabrik 3

Kelim Betawi Kelim betawi sesuai untuk fabrik yang nipis dan berjerumbai seperti pakaian bayi, pakaian kanakkanak, blaus dan pakaian dalam. Kelim ini kemas kerana basinya tersembunyi. CIRI-CIRI KEBAIKAN KEBURUKAN

Mempunyai 2 baris mata jahitan Lebar basi kelim yang siap dijahit ialah 4mm hingga 6mm Tidak bergulung Teguh kerana mempunyai dua baris jahitan Jahitannya tidak kelihatan pada sebelah luar Tahan lama dan rata Mudah didobi dan diseterika Agak tebal dan kurang sesuai untuk fabrik tebal Mengambil masa yang lama untuk dikeringkan kerana terdiri daripada lipatan 2 fabrik Langkah-langkah menjahit : Langkah-langkah Tunjukcara a. Temukan sebelah dalam (S.D) fabrik. Semat, jelujur dan jahit mesin dengan jarak 6mm dari garis pemadan. b. Gunting basi kelim hingga lebarnya tinggal 3mm. c. Buka kelim dan ratakan pada S.D supaya tidak beralur apabila diterbalikkan.

rhea937

Object 1

Object 2

Share & Embed Related Documents


PreviousNext 1. p. p. p. 2. p. p. p. 3. p. p. p.

4.

p.

p. p. 5. p. p. p. 6. p. p. p. 7. p. p. p. 8. p. p. p. 9. p. p. p. 10. p. p.

p. 11. p. p.

More from this user


PreviousNext

You might also like