You are on page 1of 26

AHLI KUMPULAN: COLLIN LEE FRANKER MACKENZIE WILLIAM

Siapakah

yang mencipta bola sepak? Dari manakah ia berasal? Dan bilakah ia mula dimainkan?

Tiada

seorang yang dapat memberikan jawapan atau keterangan tepat mengenainya. Ini adalah kerana tidak ada bukti atau catatan sejarah yang mencatatkan tentang permulaan bola sepak.

Namun,

beberapa bukti yang dianggap samar-samar tetapi boleh diterima sebagai catatan paling hampir dengan permulaan ini. Perbuatan menyepak atau menendang sesuatu diterima sebagai permulaan permainan ini, terdapat empat negara yang masing-masing mengakui sebagai tempat bermulanya bola sepak,

Rom Kuno China Greece Jepun

Dipercayai bahawa perlawanan bola sepak pertama ialah di antara China dengan Jepun. Catatan ini terdapat di sebuah muzium di Munich yang ditulis oleh seorang berbangsa Cina, Li Ju. Li Ju mencatatkan tarikh perlawanan itu sebagai sekitar tahun 1000 Sebelum Masihi. Orang-orang Jepun dikatakan telah bermain bola sepak pada abad pertama iaitu di Kyoko. Orang Rom dan Greek Kuno turut mengakui bahawa bola sepak berasal dari sana. Mereka juga sebagai golongan terawal bermain bola sepak, iaitu sekitar tahun 500 Sebelum Masihi.

Corak

permainan bola sepak pada peringkat awal ini adalah berbagai-bagai. Ada yang menjadikannya sebagai:

acara bersuka-suka upacara agama Latihan ketenteraan

Di

England, bola sepak dipercayai dimainkan pada tahun 276 Masihi. Dalam salah satu permainan di negara itu, telah berlaku kekasaran yang mengakibatkan sebilangan besar pemain dari kedua-dua pasukan, serta orang ramai tercedera. Akhirnya pihak pemerintah telah mengharamkannya.

Namun

dari segi sambutan penduduknya, ia tidak pula bererti mereka terus menghindarkan diri daripada bermain bola. Pelajar-pelajar sekolah dan universiti turut bermainnya. Orang ramai juga masih bermainnnya. Akhirnya pihak pemerintah menarik balik larangan bermain bola itu. Maka bertambah ramailah rakyat negara itu yang bermulai bermain bola sepak.

Persekutuan

Persatuan-persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ditubuhkan pada tahun 1904 di Paris. Negara-negara Belgium, Perancis, Belanda, Sepanyol dan Switzerland adalah negaranegara yang bertanggungjawab kepada penubuhan FIFA. Selepas Perang Dunia Pertama, anggota FIFA sudah melebihi 50 buah negara, dan kini hampir 180 negara menjadi ahlinya. FIFA merupakan badan rasmi yang khusus untuk bola sepak di peringkat dunia.

Bola

sepak merupakan permainan yang paling popular di negara ini. Bola sepak diperkenalkan ke negara ini oleh askar askar inggeris dalam tahun 1825, iaitu lebih 160 tahun lalu. Bola sepak adalah permainan pertama dari negara luar yang tiba di sini.

Kumpulan

terawal yang menyambut dan kemudiannya menunjukkan minat terhadap permainan ini ialah askar inggeris yang bertugas di beberapa tempat di negeri negeri melayu bersekutu dan negeri negeri selat, terutamanya di Kuala Lumpur dan Singapura. Di kalangan penduduk tempatan, golongan pertama bermain bola sepak ialah orang melayu.

Namun

begitu,ketika itu bola sepak lebih merupakan permainan masa lapang orang inggeris. Bagaimanapun dari semasa ke semasa ia berkembang. Hingga ke abad ke 19 permainan ini dianggap aktiviti sukan utama di kebanyakkan kelab sukan dan rekreasi yang ditubuhkanoleh orang orang melayu,cina ,india dan serani di negara ini.

Orang

melayu tidak sukar menerima dan mengambil bahagian dalam permainan ini. Ini kerana permainan ini mempunyai sedikit persamaan dangan sepak takraw ( sepak raga). Manalaka bagi golongan lain,walaupun pada awalnya agak sukar,lama kelamaan mereka mampelajarinya. Akhirnya bola sepak mula di minati oleh semua golongan masyarakat negara ini.

Pada

tahun 1905 Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan. Dengan demikian barulah usaha yang lebih serius untuk mempopularkan permainan ini dapat diadakan. Dengan tertubuhnya liga ini, bermulalah usaha pertama ke arah mewujudkan perlawanan bola sepak di negara ini. Bagaimanapun, perlawanan perlawanan bola sepak dianjurkan oleh liga ini hanya terhad di Kuala Lumpur.

Orang

orang yang bertanggungjawab menyebarkan permainan ini ke negeri negeri lain ialah pegawai dan anak anak kapal HMS Malaya kapal perang inggeris yang berlabuh di negara ini ketika itu. Mereka sering mengadakan perlawanan bola sepak dan ragbi di sini sesama rereka dan juga dengan penduduk tempatan.

Untuk

menggalakkan penglibatan penduduk tempatan mereka menghadiahkan dua buah piala dinamakan Piala HMS Malaya, satu untuk bola sepak dan satu lagi untuk ragbi sebagai piala rebutan.

Pihak

kelab selangor yang merupakan kelab sukan paling aktif ketika itu diberi tugas menyelenggarakan pertandingan Piala MHS Malaya ini. Pertandingan pertama dimulakan pada tahun 1921 dengan disertai oleh pasukan Singapura, Selangor,Perak, Negeri Sembilan,Melaka dan Johor. Pasukan Singapura muncul sebagai johan. Pasukan pasukan lain turut mengambil bahagiankemudiannya.

Dengan

adanya pertandingan Piala Malaya, dengan sendirinya persatuan persataua bila sepak nageri ditubuhkan. Pihak Kelab Selangor menganjurkan pertandingan ini hingga tahun 1932,kerana selepas itu sebuah persatuan lain telah mengambil alih.

Persatuan

Bola Sepak Malaya PBM ditubuhkan pada tahun 1926. Selepas perang dunia kedua, PBM disusun semula, iaitu dalam tahun 1947. Dalam tahun 1951 Tunku Abdul rahman dilantik sebahai Yang Dipertua. Di bawah Tunku yang kemudiannya manjadi Perdana Menteri Malaya,permainan ini menjadi lebih popular.

Futsal

atau dengan kata lain Bola Sepak 5 Sebelah atau Minisoccer berasal dari Montevideo, Uruguay pada tahun 1930 di mana Juan Carlos Ceriani telah membuat pertandingan untuk belia bola sepak dalam YMCAs dengan hanya 5 pemain yang beraksi setiap pasukan termasuk penjaga gol. Dan bermain di dalam gelanggang bola keranjang.

Futsal

berasal daripada perkataan Sepanyol atau Portugis untuk Bola Sepak, FUTbol atau FUTebol dan didalam bahasa Sepanyol untuk tertutup ialah SALa. Maka terhasilah FUTSAL.

Futsal

memperolehi populariti yang pesat di Amerika Selatan terutamanya di Brazil. Kemahiran didalam permainan ini dapat dilihat apabila gaya termasyur dunia iaitu Brazil telah membariskan barisan pemain yang sempurna dan terkenal iaitu Pele, Zico, Socrates, Bebeto.

Manakala

Brazil terus menjadi sebagai pusat Futsal Dunia. Kini permainan ini adalah dibawah naungan Federation International Football Association (FIFA),di seluruh dunia, dari Eropah ke Utara dan dari Amerika Tengah hingga ke Caribean, Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Oceania.

Pada

tahun 1965 pertandingan antarabangsa yang pertama telah diadakan dan negara yang pertama memenangi Piala Amerika Selatan ialah Paraguay. Sehingga tahun 1979 sebanyak 6 kali Piala Amerika Selatan telah diadakan dan Brazil telah memegang gelaran juara kesemuanya. Brazil meneruskan menguasaannya dengan memenangi Piala Pan Amerika pertama pada tahun 1980 dan menyandang sebagai juara lagi pada tahun 1984.

You might also like