You are on page 1of 30

Dakwah Dalam Menangani Isu-Isu Sosial di Kalangan Remaja

Abstrak Dakwah adalah satu program yang terancang dan boleh membawa kepada pengamalan dan penghayatan Islam dalam diri seseorang individu. Dalam Islam, dakwah adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam sama ada secara individu atau secara kolektif. Dalam menangani isu gejala sosial di kalangan remaja masa kini, peranan pendakwah adalah amat penting untuk membuktikan bahawa Islam mampu dan boleh menyelesaikan pelbagai masalah sosial yang melanda negara kita. Penumpuan utama kertas ini adalah untuk melihat peranan dakwah dalam menangani gelaja sosial di kalangan umat Islam. Kertas ini mencadangkan agak setiap pendakwah mempunyai pelbagai kemahiran yang sesuai dengan perkembangan semasa. Antaranya ialah kemahiran dan pendekatan, pengetahuan dalam bidang psikologi dan kemahiran komunikasi.

Pendahuluan Secara umumnya, masyarakat telah mengetahui tentang gejala sosial atau masalah masalah keruntuhan akhlak yang sedang wujud di kalangan umat Islam di negara ini.Walaupun gejala sosial ini juga wujud di kalangan masyarakat bukan Islam, tetapi apa yang lebih menonjol ialah permasalahan di kalangan umat Islam. Permasalahan ini tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja dan perlu dihadapi dan ditangani oleh masyarakat Islam dengan penuh hikmah dan bijaksana. Peranan setiap individu Muslim adalah sangat penting dalam menangani isu gejala sosial dan tugas ini adalah tanggungjawab dakwah yang perlu dilaksanakan bersama. Umumnya, gejala sosial ini boleh berlaku akibat dari kesalahfahaman, ketidakfahaman, kejahilan dan keangkuhan terhadap perintah Allah SWT dan Rasullullah saw. Di samping itu, faktor-faktor persekitaran juga turut memberikan sumbangan terhadap gejala sosial yang berlaku. Tugas untuk membetulkan semula keadaan ini adalah satu tuntutan Islam dan ia selaras dengan perutusan Rasulullah saw yang membawa risalah dakwah Islam bagi membimbing umat manusia ke arah kebenaran. Maka, kertas kerja ini akan cuba membicarakan peranan setiap Muslim sebagai pendakwah khususnya dalam menanggani masalah gejala sosial yang sedang berlaku. Kertas ini sebenarnya adalah satu usaha kesinambungan dari beberapa kertas kerja, laporan kajian dan penyelidikan-penyelidikan yang telah dijalankan oleh ramai ilmuan sebelum ini. Gejala Sosial Di Kalangan Umat Islam: Satu Analisa Ringkas Gejala sosial boleh kita huraikan sebagai satu keadaan atau cara hidup yang berlaku di dalam sesuatu masyarakat yang mana ia bertentangan atau berlawanan dengan ciri-ciri atau nilai budaya dan juga nilai-nilai keagamaan sesebuah masyarakat. Permasalahan ini wujud apabila suasana yang tidak bermoral dan berakhlak wujud dalam pelbagai aspek kehidupan dan dalam lapisan masyarakat bermula dari hubungan dan pergaulan dalam keluarga, masyarakat hinggalah kepada aspek kepercayaan dan pegangan hidup. Gejala sosial tidak terbatas kepada satu golongan atau

lapisan masyarakat sahaja, tetapi ia berlaku di semua peringkat masyarakat, yang muda, tua, kaya, miskin, berpendidikan tinggi, tiada pendidikan, berpendidikan agama, kurang pendidikan agama, rakyat, pemerintah, ketua dan pekerja. Aktiviti-aktiviti gejala sosial yang dilakukan oleh mereka itu bertentangan dengan perintah Allah SWT dan Rasulullah saw serta nilai-nilai ketimuran. Gejala sosial yang berlaku di kalangan umat Islam pada masa kini tidak hanya tertumpu kepada remaja sahaja malahan turut melibatkan orang dewasa. Antara contoh-contoh adalah seperti berikut : a) Remaja ponteng sekolah, melawan guru, membuli pelajar, gangsterisme, dadah, pil dan ubat khayal, VCD lucah, seks bebas (bohsia, bohjan, homoseksual, hetroseksual dan lesbian), lepak, vandalisme, rogol, mencabul kehormatan, lari dari rumah, sumbang mahram, rokok, minum arak, mencuri, khalwat, mengunjungi kelab malam, disko dan karaoke, budaya dan muzik liar, dan pergaulan bebas. b) Dewasa mendera anak dan isteri, dadah, berjudi, minum arak, seks bebas, sumbang mahram, mencabul kehormatan, rogol, mencuri, menipu, pukul, buang bayi, melacur, khalwat, mengunjungi kelab malam, disko dan karaoke, menyimpan perempuan atau lelaki simpanan, pergaulan bebas, bersekedudukan, dan rasuah. Di kalangan remaja, masalah lepak adalah faktor yang memudahkan lagi mereka terlibat dengan pelbagai lagi jenis gejala sosial. Kajian-kajian menunjukkan antara kesan-kesan negatif daripada amalan budaya melepak ialah meningkatkan salah laku pelajar, meningkatkan kadar jenayah, menambah kes remaja lari dari rumah, menggalakkan remaja terlibat dengan penyalahgunaan dadah, menggalakkan seks bebas, menjejaskan prestasi akademik dan juga merosakkan sistem kekeluargaan. Terdapat beberapa faktor utama menyumbangkan kepada gejala sosial berlaku di kalangan masyarakat Islam iaitu: Faktor Perkembangan Diri Faktor semulajadi perkembangan diri khususnya di kalangan remaja turut mempengaruhi berlaku gejala sosial. Kita seharusnya mengetahui dan mengkaji kenapa masalah sosial ini terus berlaku di kalangan remaja. Menurut ahli psikologi barat, zaman remaja adalah satu tempoh yang sangat kritikal dalam perkembangan diri kerana zaman ini dikenali zaman yang penuh dengan cabaran dan tekanan storming period. Pada zaman ini mereka sering mencuba dan perlakuan mereka kadangkala mencetuskan konflik sosial dan anti sosial. Dengan itu mereka berpandangan remaja seharusnya diberi kebebasan bagi memastikan mereka dalam mendalami dan mencari pengalaman sesuai dengan perkembangan diri mereka (Eggen & Kauchak 1997; Zanden 2000). Ada juga pandang ahli psikologi barat yang mengatakan bahawa kematangan seorang individu akan berlaku selepas mereka melakukan hubungan seks pertama (Leffert & Peterson 1995). Kefahaman barat sebegini turut menjadi faktor penyumbang kepada gejala sosial yang berlaku sekarang ini.

Di dalam Islam, zaman remaja adalah satu masa yang sangat penting kerana pada waktu tersebut mereka telah mula ditaklifkan dengan hukum-hukum Islam. Remaja Muslim tidak boleh disamakan dengan remaja barat. Maka, para remaja Islam perlu disosialisasikan dengan nilainilai ketimuran dan juga akhlak Islam. Mereka perlu diberikan pengetahuan dan juga maklumat bagi memastikan mereka mempunyai perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang mantap yang boleh membezakan perlakuan yang halal atau haram. Pendekatan positif dan suasana kondusif perlu diwujudkan agar mereka dapat menerima maklumat dan pendidikan dengan lebih berkesan. Ciri-ciri semulajadi perkembangan kendiri remaja tidak boleh dipersalahkan dan aspek ini seharusnya diarahkan ke arah yang baik dan positif. Pengaruh Rakan Sebaya Kajian menunjukkan bahawa rakan sebaya adalah faktor utama yang boleh mempengaruhi remaja dari melakukan kebaikan malah boleh mempengaruhi mereka melakukan perkara-perkara negatif, kemaksiatan dan kemungkaran (Rathus 1988; Bradley&Dubinsky 1994; Bee 1995; Ab. Halim Tamuri 2000). Malahan pengaruh rakan juga boleh mempengaruhi orang dewasa terjerumus ke lembah maksiat. Rakan sebaya kini telah banyak mengambil tugas yang disepatutnya dimainkan oleh keluarga. Kajian-kajian banyak membuktikan bahawa remaja mudah untuk melakukan sesuatu perkara selepas menerima `nasihat dari rakan-rakan sebaya mereka. Ini bergantung kepada jenis rakan sebaya mereka jika mereka mendapat rakan yang baik maka mereka akan terarah kepada kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Kelemahan-Kelemahan Dalam Sistem Pendidikan Kepincangan yang wujud dalam sistem pendidikan juga turut menjadi faktor berlakunya gejala sosial. Sebagai contoh, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (2000) telah mengenalpasti beberapa faktor sekolah yang menyebabkan salah laku pelajar: guru garang guru menghadiri mesyuarat dan hal-hal lain di luar sekolah lokasi/persekitaran sekolah yang tidak menggalakkan terdapatnya kelas-kelas terapung teknik P&P guru yang membosankan bilangan murid yang terlalu ramai dalam satu kelas bilangan waktu mengajar guru yang terlalu banyak pertukaran guru

peraturan sekolah terlalu ketat guru memegang berbagai-bagai jawatan di sekolah kekurangan guru-guru kaunseling yang terlatih tugas displin diserah kepada guru disiplin sahaja

Hubungan yang tegang antara pentadbir-guru-murid mewujudkan suasana dan iklim yang tidak sihat di sekolah tersebut. Keadaan ini akan mengurangkan motivasi pelajar dan seterusnya menggalakkan berlakunya salah laku pelajar yang berterusan. Maka, hubungan antara guru dan murid perlu dipertingkatkan untuk memahami dan seterusnya mengurangkan masalah di kalangan pelajar-pelajar. Program-program yang dilaksanakan di sekolah seharusnya dapat menarik minat pelajar dan memberikan keseimbangan dari aspek akademik dan pembangunan diri. Sikap sebahagian pentadbir sekolah dan guru-guru yang hanya menumpukan kepada kecemerlangan akademik semata-mata harus diperbetulkan. Aspek pembangunan insan dan penerapan nilai harus diberikan perhatian bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan bersahsiah tinggi. Namun begitu, berdasarkan kajian yang dijalankan (rujuk Jadual 1), masih ramai guru yang tidak dapat menerapkan nilai-nilai murni semasa P&P (Ab. Halim Tamuri 2000). Jadual 1 : Kekerapan pengajaran/penerapan nilai dalam P&P KBSM

Sikap Negatif Orang Dewasa Hashim Abdullah (1996) telah mengkritik sikap orang dewasa kerana merekalah sebenarnya yang mencari penyebab gelaja sosial berlaku khususnya di kalangan remaja. Dalam aspek peminuman arak di kalangan remaja beberapa soalan telah diutarakan iaitu:

-Di mana mereka mendapat bekalan arak? -Siapa yang menjualnya? -Siapa yang membekal dan mengedar? -Siapa yang membuka kilang arak? Begitu juga dengan masalah perjudian, konsert hiburan, kelab-kelab malam, disko yang menjadi bunga dan asas maksiat, siapakah yang menganjurkannya, tuan punya premis dan siapakah yang memberi kelulusan? Adakah remaja sendiri? Orang dewasa seharusnya menjadi contoh yang baik kepada remaja dan tidak sepatutnya membuka kelab malam, kedai judi dan ekor, menganjur konsert dan funfair dan apa juga bentuk pesta-pestaan yang dilarang oleh Islam. Mengapa kita terus menyalahkan remaja bila berlaku gejala sosial sedangkan orang dewasa yang tidak bertanggungjawab yang menjadi punca utamanya. Orang dewasa seperti ini adalah warganegara yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan kekayaan dan keuntungan diri sendiri tanpa memikir kesan dan akibat jangka masa panjang dari perbuatan yang mereka lakukan kepada generasi muda negara. Contoh lain pula ialah rasuah yang dilakukan oleh orang dewasa di dalam masyarakat, pemimpin dan ketua yang tidak bertanggungjawab.

Keadaan ini ditambah dengan kurangnya aktiviti-aktiviti yang menarik yang dianjurkan oleh persatuan atau pertubuhan belia. Banyak persatuan belia yang hidup segan mati tak mahu dan ditadbir dengan tradisional management. Di tambah pula dengan kewujudan ramai pimpinan belia yang berumur lebih dari 30 tahun dan malahan terdapat pertubuhan belia yang dipimpin oleh belia yang hampir pencen. Tentunya, cita rasa kepimpinan belia seperti bertentangan dengan kemahuan belia masa kini. Kita seharusnya bersimpati dengan generasi muda masa kini kerana mereka telah dilahirkan dalam suasana yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang kita sendiri belum tentu akan mampu untuk mengatasinya jika kita dilahirkan di zaman ini juga. Jangan terlalu mudah untuk menuding jari kepada remaja atau generasi ke atas masalah yang berlaku sedangkan masalah itu berpunca dari kelemahan dan kesalahan yang dilakukan oleh generasi dewasa. Kelemahan Sistem Kawalan Sosial Sikap tidak ambil peduli oleh ahli masyarakat turut menjadi faktor berlakunya masalah sosial di negara kita. Dalam masyarakat tradisi, setiap anggota masyarakat menjadi mata dan ibu bapa kepada anak-anak muda. Sikap tolong menolong dan saling kenal mengenali serta mengambil berat telah mewujudkan sistem kawalan sosial yang kukuh. Namun wujudnya sikap individualistik dan materialistik menjadikan sistem kawalan sosial kita menjadi semakin lemah. Kehidupan di apartment, kondominium mewah, rumah pangsa dan rumah berpagar menjadikan keadaan ini semakin lemah ditambah pula dengan kesibukan bekerja. Fungsi masjid dan surau juga semakin longgar dengan kekurangan jemaah. Sistem ini perlu dipulihkan semula dengan mengimarahkan surau dan masjid dan menjadikan institusi-instutisi ini sebagai pusat ibadah dan sosial.

Konsep jangan jaga tepi kain orang perlu ditafsir dan diberi penjelasan semula kepada masyarakat agar mereka boleh berfungsi sebagai ahli-ahli masyarakat yang prihatin dengan masalah dan keadaan masyarakat di sekitarnya. Dapatan kajian dibawah menunjukkan bahawa peranan jiran dalam memberikan nasihat kepada generasi muda amat membimbangkan di mana 28.9% dari responden mengatakan mereka tidak pernah menerima nasihat daripada jiran mereka dan 54.3% menyatakan mereka jarang-jarang menerima nasihat daripada jiran tetangga mereka. Jadual 2: Kekerapan memberi nasihat

Keluarga Yang Tidak Berfungsi Kajian telah banyak menunjukkan bahawa ibu bapa/penjaga mempunyai yang penting dalam perkembangan seseorang remaja. Kajian yang dijalankan oleh Fariza Md. Sham (1998) telah menunjukkan bahawa corak tingkah laku keibubapaan adalah paling penting dan berkesan bagi perkembangan psikologi remaja Muslim. Beliau menegaskan bahawa sikap ibubapa terhadap remaja harus dinyatakan dalam tingkah laku yang dapat dipersepsi dan diinterpretasi oleh remaja sebagai sumber maklumat dalam pembentukan akhlak dan nilai peribadi yang berasaskan kepada Islam. Kajian oleh Norhaslinda Ahmad (1999) juga mendapati bahawa perpecahan atau perpisahan keluarga adalah faktor utama yang mendorong remaja melakukan kesalahan juvana. Dengan kata lain, ada keluarga yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Remaja yang kurang mendapat tumpuan dari ibu bapa akan mengalami kekosongan jiwa dan tidak mempunyai tempat pergantungan yang sebenar. Sehubungan dengan itu, kita harus mengenal pasti apakah yang dikatakan sebagai keluarga yang tidak berfungsi. Mohd Amin (1998) telah menggariskan lima ciri keluarga yang tidak berfungsi: Perjalanan keluarga yang menyeleweng dari matlamat hidup berkeluarga Gagal menjalankan tugas keibu bapaan Suasana kekeluargaan yang tidak selesa Setiap ahli keluarga mempunyai masalah Gejala psikologi dapat dilihat

Persekitaran Yang Menggalakkan Maksiat Dan Jenayah Kewujudan pusat rekreasi dan taman-taman bunga adalah untuk tujuan berehat, berkelah dan program kemasyarakatan. Namun begitu, kemudahan awam ini telah disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab sebagai pusat maksiat. Tempat peranginan yang sunyi serta kondominium yang eksklusif disalahgunakan untuk tempat maksiat tanpa gangguan dari masyarakat luar dan pihak berkuasa. Jenayah seperti merompak dan merogol juga mudah berlaku di kawasan seperti ini jika kurang pengawasan dari orang ramai dan pihak yang berkuasa. Kemunculan pusat hiburan, kompleks membeli belah di bandar dan kotaraya telah memberikan peluang yang sangat luas kepada para remaja untuk melepak, berpeleseran, dating dan membuang masa. Ini ditambah dengan konsert-konsert yang dianjurkan oleh pusat-pusat membeli belah bagi menarik pelanggan. Bagi memburukkan situasi, terdapat pihak tertentu menganjurkan funfair, dan konsert-konsert mega. Malah kebanjiran bahan-bahan negatif dari majalah hiburan (dari dalam atau luar negeri), suratkhabar hiburan, VCD,TV, radio serta internet telah menimbulkan masalah yang begitu serius kepada perkembangan sahsiah remaja masa kini. Remaja dan orang dewasa mudah terjebak, mencuba dan menggalakkan mereka terjerumus ke lembah maksiat disebabkan pendedahan mereka kepada bahan-bahan lucah. Kesibukan keluarga menyebabkan mereka tidak dapat memberikan tumpuan kepada pendidikan anak-anak dan membiarkan anak-anak mereka secara bebas menonton TV, VCD dan melayari laman-laman web tanpa pemantauan, bimbingan dan tunjuk ajar daripada ibu bapa. Peranan Pendakwah Dalam Menangani Gejala Sosial Dalam menangani gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat, peranan setiap individu Muslim adalah amat penting. Maka, kefahaman terhadap konsep dan pelaksanaan dakwah adalah amat diperlukan. Perkembangan negatif yang melibatkan remaja dan orang dewasa Muslim perlu ditangani dengan lebih serius dan bijaksana. Kelambatan dalam memberikan perhatian kepada mereka boleh merosakkan masa hadapan negara. Perlaksanaan undang-undang yang ada pada masa kini tidak akan mampu menyelesaikan masalah sosial yang berlaku kerana kesalahan yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Undangundang Islam adalah terlalu kecil berbanding dengan jenis kesalahan-kesalahan dalam Islam (Mohd Daud Bakar 1995). Maka, peranan pendakwah adalah amat penting dalam memberikan kesedaran kepadamasyarakat tentang ajaran Islam dan pelaksanaannya dalam kehidupan seharian. Konsep Tauhid perlu diterapkan dalam setiap aspek kehidupan individu Muslim. Metode dan pendekatan perlu dipelbagaikan bagi memaksimum keberkesanan dakwah. Peranan pendakwah dalam menangani gejala sosial boleh dilihat dari beberapa aspek seperti berikut: Kemahiran Dan Pendekatan Dakwah merupakan suatu proses yang berterusan dengan matlamat untuk mengubah sasaran dakwah agar bersedia menuju ke jalan Allah, dan secara berperingkat mengarah kepada kehidupan yang Islami. Suatu proses berterusan memerlukan perancangan dan pendekatan yang sistematik yang boleh dilaksanakan dan dinilai secara terus-menerus agar ia dapat mengubah tingkah laku madu sesuai dengan matlamat yang telah dirumus (Syamsul Bahri 2003).

Sebagaimana yang telah difahami, pendekatan secara hikmah dan nasihat yang baik dan bijaksana adalah amat penting dalam menjalankan tugas dakwah, khususnya di kalangan remaja dan generasi muda. Bagi mendekati mereka, kita harus menggunakan strategi yang berhemah dengan penuh kasih sayang dan sopan santun. Madu perlu melihat pendakwah sebagai individu yang boleh diajak berbincang dan dipercayai. Dengan itu, mereka dapat meluahkan perasaan mereka tanpa wujud rasa segan dan malu. Tugas kita menyampaikan dengan cara yang terbaik dan bukan memaksa dengan keras dan berhujah sehingga menimbulkan kemarahan dan ketegangan antara dai dan madunya. Metode kita harus dapat membawa mesej dakwah yang dapat memberikan keuntungan. Ramai remaja Muslim yang melakukan kesalahan disebabkan kejahilan atau disebabkan pengaruh luaran. Seharusnya kita perlu bijak untuk memilih pendekatan yang paling baik dan sesuai terhadap madu bagi memastikan mereka memahami ajaran Islam itu sendiri. Madu yang menjadi sasaran dakwah tidak boleh dianggap sebagai individu yang statik dan tidak berkembang. Oleh itu, dakwah tidak boleh diarahkan hanya kepada penyampaian ceramah dalam pengertian yang sempit dan berkisar kepada perkara-perkara bersifat ibadah semata-mata. Setting masyarakat masa kini dengan pelbagai corak dan keadaannya perlu dianalisis bagi mendapatkan input dalam rangka penyempurnaan serta menentukan kemahiran dan pendekatan dakwah yang efektif. Sirah Nabawiyyah adalah contoh yang terbaik yang perlu kita ikuti. Persoalannya sejauhmanakah kefahaman dan penghayatan terhadap konsep hikmah ini? Apakah benar dan tepat kefahaman kita terhadap konsep hikmah? Atau hikmah yang kita fahami itu sememangnya hikmah atau pun sebaliknya. Maka, setiap pendakwah perlu mempunyai kemahiran atau metode dakwah yang berasaskan kepada Firman Allah dalam Surah Al-Nahl:125 Maksudnya: Serulah (manusia hai Muhammad) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan mauizah (nasihat) yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Selain itu pendakwah perlu mencari role model kepada setiap individu Muslim kerana kebanyakan remaja kini tidak mempunyai role model yang baik. Ibu bapa kadangkala tidak dilihat sebagai role model disebabkan kekurangan dan kelemahan yang ada pada ibu bapa sendiri. Organisasi dakwah perlu memperbanyakkan lagi forum, perbincangan serta usrah dan juga Islamic peer-group counseling, yang boleh menarik minat ahli masyarakat yang bermasalah. Pendakwah perlu menjadi sebuah pohon yang rendang bagi melindungi individu yang bermasalah dalam masyarakat. Metode ceramah kadangkala kurang berkesan kerana mesej yang disampaikan kurang sesuai dengan tahap ilmu pendengar serta tidak wujud interaksi dua hala antara mereka. Pada pandangan Syamsul Bahri (2003), dakwah sering disalahertikan sebagai suatu pesanan yang datang dari luar. Oleh itu, pendekatan dakwah lebih diwarnai dengan pendekatan interventif dan dai pula meletakkan diri mereka sebagai orang asing yang tidak berkait langsung dengan apa yang dirasakan dan diperlukan oleh masyarakat sebagai madunya.

Selain itu, metode tradisional penyampaian ilmu yang sering digunakan pada masa kini perlu disepadukan dan disesuaikan dengan pemikiran generasi muda. Kajian mendapati pendekatan yang tidak formal seperti sukan, khidmat atau perkhemahan lebih menarik minat golongan remaja berbanding orientasi dakwah berbentuk ceramah dalam pengertian yang sempit. Fungsi dan peranan institusi masjid perlu dimaksimakan dan ia dapat memenuhi minat dan kegemaran remaja yang sememangnya fobia dengan masjid. Fizikal, tataatur dan persekitaran masjid seharusnya dapat merangsang kehadiran remaja. Kemudahan kemasyarakatan perlu dipertingkatkan lagi bagi memenuhi hasrat dan kesesuaian generasi muda masa kini. Pendakwah juga harus mempunyai kemahiran dalam penggunaan alat-alat komunikasi terkini terutama komputer. Mereka harus berkemahiran dalam melayari lamanlaman web dan membina laman web mereka sendiri. Laman-laman web on-line untuk kaunseling Islam perlu ditambah dan penggunaannya perlu dipopularkan.

Pengetahuan Dalam Bidang Psikologi Pendakwah juga perlu mempunyai kemahiran psikologi kerana perkembangan seseorang individu banyak dipengaruhi oleh perkembangan sosio-budaya, sosio-ekonomi, psiko-sosial, kognitif, moral dan latar belakang keagamaan. Tentunya kita tidak boleh mengambil secara total idea atau pandangan dari barat seperti Kholberg, Ericsson dan Piaget akan tetapi boleh dijadikan maklumat tambahan dan perbandingan kepada perdakwah. Ini disebabkan wujud sebahagian ahli masyarakat kita menerima secara total, secara sedar atau tidak sedar, pandangan-pandangan barat tanpa menyesuaikan dengan suasana dan biah masyarakat kita. Seharusnya, pendakwah merujuk kepada metodologi pendidikan dan psikologi yang telah diasaskan oleh Rasulullah saw yang kemudiannya dikembangkan oleh al-Farabi, Ibnu Sina, Abu Hassan Al-Mawardi, Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun (Hassan Langgung 1981). Tujuan utama dakwah ialah untuk memberikan bimbingan kepada manusia untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Tentunya dakwah memerlukan metode yang berkesan kerana ia melibatkan aspek perkembangan jiwa, hati dan perasaan. Ab Aziz (1999) telah merumuskan pandangan Al-Qardawi bahawa antara ilmu yang paling berguna untuk seorang dai ialah ilmu psikologi kerana ia: Menerangkan tanda-tanda dan hasil-hasil yang berfaedah kepada iman dan penghayatan agama seseorang. Menolong untuk memahami dalil-dalil agama dan tafsir-tafsir yang sesuai dengan akal semasa. Boleh menambahkan maklumat untuk memahami rahsia hukum syarak yang boleh membawa penambahan iman.

Menolong pendakwah memahami jiwa sasaran, penumpuan sasaran dan cara mempengaruhi jiwa mereka dengan lebih mudah. Pendakwah yang mempunyai ilmu psikologi akan mendapat kelebihan kerana ilmu psikologi membantu seorang dai mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi perkembanganseseorang individu khususnya yang berkaitan dengan perubahan sikap dan personaliti. Di samping itu, pendakwah juga akan dapat menganalisa proses, pendekatan dan keberkesanan dakwah yang disampaikan.

Kemahiran Interaksi Dan Komuniskasi Proses dakwah boleh dihubungkaitkan dengan proses pendidikan yang memerlukan interaksi yang berkesan antara dai dan madu. Malah, untuk menjadi lebih efektif lagi, dakwah boleh dihubungkaitkan dengan kemahiran bimbingan dan kaunseling. Dalam dakwah, kemahiran interaksi adalah penting bagi memaksimumkan keberkesanan dakwah yang diberikan. Dalam kaunseling, suasana yang membolehkan seseorang merasa bebas, tidak tertekan dan bertanggunjawab terhadap diri sendiri dikenali sebagai suasana teraputik. Dr. Zuria Mahmud dan Salleh Amat dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (2000) telah memperkenalkan model interaksi teraputik dalam pendidikan. Pendekatan ini boleh disesuaikan dan diaplikasikan dalam proses menyampaikan dakwah. Dalam dakwah, langkah-langkah interaksi teraputik boleh disesuaikan seperti berikut: Langkah 1 Membina Hubungan. Dalam langkah pertama ini, pendakwah berusaha mewujudkan suasana kondusif yang membolehkan interaksi dengan madu. Beberapa kemahiran perlu dilaksanakan iaitu: Ekspektasi yang sihat pendakwah perlu mengenali latar belakang dai sebelum beliau menyampaikan mesejnya Membina imej yang kongruen pendakwah perlu mempamerkan imej diri sebagai insan yang boleh dicontohi melalui tingkah laku lisan dan bukan lisan Membina peraturan Pendakwah perlu memberi kefahaman adab-adab, nilai-nilai akhlak serta batasan-batasan halal dan haram dalam komunikasi dan hubungan. Langkah 2 Mengenali Masalah. Pendakwah cuba mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh madu. Kemahiran yang perlu ialah: Soalan yang boleh dijawab Memberikan peluang kepada madu menerangkan masalah yang dihadapi Mesej saya Pendakwah memberikan pandang beliau Mesej anda Memahami yang apa yang tersirat dalam diri madu dan cuba membantu beliau

Langkah 3 Mencari Penyelesaian. Mencari beberapa alternatif dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Masalah yang timbul mungkin tidak dapat diselesaikan dengan satu cara sahaja. Ini boleh mengajak mad`u berfikir tentang cara menyelesaikan masalahnya. Dua kemahiran boleh dilakukan: Apa yang kita mahu Pendakwah menerangkan apakah hasrat atau harapan yang mahu dilihat oleh beliau. Apa yang kita boleh buat Pendakwah akan bertanya langkah-langkah seterusnya untuk memperbaiki masalah atau meningkat keadaan Langkah 4 Pelaksanaan. Mad`u melaksanakan apa yang telah diperbincangkan antara mereka. Langkah 5 Penilaian. Ia dilakukan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan kaedah, pendekatan dan proses dakwah yang dijalankan. Interaksi teraputik dapat meningkatkan lagi keberkesanan proses dakwah khususnya di kalangan remaja dan belia kerana mereka diberi peluang untuk berkongsi pandangan dalam menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi. Mereka tidak akan merasa diketepikan malah dihargai oleh masyarakat. Adalah lebih baik lagi jika setiap ibu dan bapa dapat didedahkan kemahirankemahiran ini bagi memantapkan lagi pengurusan kekeluargaan mereka. Pendekatan bimbingan dan kaunseling dapat digunakan dalam dakwah kerana apa juga bentuk pendekatan boleh digunakan dalam dakwah asalkan tidak bercanggah dengansyarak. Di dalam era globalisasi, di samping peperangan fizikal, kita turut menyaksikan pertembungan dan pertempuran ideologi dan pemikiran yang memerlukan pelbagai bentuk strategi. Strategi yang digunakan tentunya berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain dan sesuai dengan perkembangan semasa. Pengalaman yang telah dilalui oleh generasi terdahulu seharusnya dijadikan panduan dan iktibar oleh para pendakwah di dalam melaksanakan tugas mereka.

Penutup Gejala sosial yang melanda masyarakat Islam masa kini perlu ditanggani dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Keberkesanan dakwah berkait rapat dengan pelbagai faktor antaranya psikologi manusia. Pengetahuan tentang perkembangan manusia akan dapat membantu dan memudahkan lagi para dai dalam menyampaikan mesejnya. Pendakwah perlu memainkan peranan dalam menghapuskan gejala sosial atau sekurang-kurang mengurangkan gejala sosial yang berlaku di kalangan umat Islam. Metodologi dan kemahiran para pendakwah adalah amat penting dalam usaha menyampaikan Islam kepada masyarakat. Di samping itu, penyelidikanpenyelidikan perlu diperbanyakkan untuk memastikan pendakwah mendapat maklumat yang tepat dan tidak bergantung kepada maklumat secondary atau andaian-andaian tanpa sebarang sokongan atau fakta tepat. Kini sudah tiba masanya pakejpakej dakwah disusun dengan mengambil kira sasaran dakwah mengikut stratafikasi madu sama ada berasaskan usia, tahap pendidikan, sosio ekonomi dan juga persekitaran sosial.

Para pendakwah perlu mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang terkini bagi memaksimumkan keberkesanan dakwah yang dilaksanakan. Pendakwah perlu juga memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa tugas dakwah adalah tugas yang perlu dilaksanakan secara kolektif kerana mereka adalah saling lengkap melengkapi. Setiap lapisan pemimpin dan ahli masyarakat harus diberi kefahaman tentang peranan mereka untuk mencegah gejala sosial di dalam masyarakat. Mereka perlu melihat tanggungjawab ini sebagai tugas dakwah dan amanah dari Allah SWT. Di samping itu, fungsi yang dimainkan oleh masyarakat harus mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada semua pihak khususnya daripada pihak pemerintah.

Bibliografi Al-Quran al Karim Ab. Aziz Mohd Zin, 1999.Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur: JAKIM Ab. Halim Tamuri, 2000. Pengetahuan Akhlak di kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah, Tesis PhD, University of Birmingham. Abdullah Muhammad Zain et al. 1997. (pnyt), Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia. Bangi: UKM. Abi `Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansar al-Qurtubi, t.th.al-Jami li-Ahkam al-Quran, 20 vols,: t.tp.: Dar al-Kitab al-`Arab. Abul A`la al- Maududi, 1981.Towards understanding Islam, Singapura: Pustaka Nasional. Abd. Karim Zaydan, 1976.Usul al-Da`wah. Alexandaria: Dar Umar ibn al-Khattab. Bee, H. 1995. The developing child. New York: HarperCollins. Berhanuddin Abdullah, 1997. `Amal Jama`ie dalam organisasi dakwah, Terengganu: Zabib Enterprise. Bradley, J dan Dubinsky, H. 1994.Understanding 15-17 year olds, London: Rosendale Press. Eggan, Paul and Kauchak. 1997. Educational Psychology, New Jersey: Prentice Hall. Fariza Md. Sham. 1998. Corak tingkah laku keibu bapaan dan perkembangan psikologi remaja Muslim, al-Maw`izah, Jun pp. 57-68. Fatimah Daud, 1996, Apa Peranan Jabatan Agama Islam, Dakwah, September pp. 16-18.

Leffert, N. dan Petersen, A. C. 1995. Patterns of development during adolescence in Rutter, Michael and Smith, David J.(eds.). Psychosocial disorders in young people, New York: Academia Europaea, pp. 67-103. Mohd Amin H.A. Shariff, 1998.Perkembangan remaja pandangan, pemahaman dan interpretasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Mohd Daud Bakar, 1995, Undang-undang Bukan Jalan Penyelesaian, Dakwah, Disember pp. 24-27 Mudasir Rosder, 1996, Pengukuhan dan pemantapan Iman, al-Maw`izah, Jun pp. 1-14. Norhaslinda Ahmad, 1999. Broken family is the major factor that leads teenagers to juvenile deliquency, Latihan Ilmiah Fakulti Pendidikan, UKM. Rathus, Spencer A., 1988.Understanding Child Development, New York: Holt Rinehart and Winston.

Bidaah : Satu Erti Yang Disalahgunakan


PENDAHULUAN Permasalah bidaah-membidaah dan sesat-menyesatkan di dalam masyarakat Islam kini amatlah parah dan berbahaya sekali. Masalah seperti ini timbul semula dengan membawakan kembali persoalan-persoalan khilafiyah yang telah sekian lama dibahaskan dan diselesaikan oleh para ulama muktabar terdahulu. Golongan yang sewenang-wenangnya membidaah ini cuba menafsirkan nas-nas dari al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. dengan hawa nafsu sendiri sehingga pelbagai tafsiran yang tidak munasabah diperolehi. Maka kucar-kacirlah masyarakat Islam dengan pembawakan golongan ini yang kononnya berjuang untuk membersihkan perkaraperkara bidaah. Keadaan menjadi semakin parah apabila isu ini dipandang sebagai isu besar yang perlu diperdebatkan sehingga mereka lupa dan alpa akan isu-isu yang lebih besar untuk kemaslahatan umat Islam sejagat. Ini semua berpunca daripada kesalahan mereka dalam memahami maksud bidaah sesat dalam ertikata yang sebenarnya. Semoga ulasan dan penerangan ringkas ini dapat dijadikan panduan kepada semua di dalam usaha kecil saya untuk memperbetulkan salah faham masyarakat terhadap isu ini. DALIL YANG DIGUNAKAN Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Seburuk-buruk perkara ialah perkara yang direka-reka (muhdathatuha) dan setiap yang direka itu adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat. (Riwayat Muslim). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Setiap yang direka ialah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat ke dalam neraka. (Riwayat al-Nasaie). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Setiap yang mengada-adakan sesuatu pada ajaran kami ini sedang ia bukan darinya maka ianya tertolak. (Riwayat Bukhari dan Muslim). PENERANGAN DAN PEMAHAMAN PARA ULAMA TERHADAP HADIS BIDAAH Berkata Saidina Umar al-Khattab R.A. bermaksud:Baik bidaah ini (Riwayat Bukhari). Saidina Umar al-Khattab R.A. berkata demikian ketika melihat para jemaah bersolat terawih berimamkan seorang imam sahaja .

Berkata Imam Abu Umar Yusuf al-Andalusi: Adapun kenyataan Saidina Umar R.A. baik bidaah ini maksudnya bidaah mengikut orang Arab ialah mencipta sesuatu yang belum pernah ada dan tidak pernah bermula. Ia tidaklah mempunyai apa-apa percanggahan dengan sunnah (dari segi agama) seperti yang diamalkan selama ini. (Kitab: Al-Istizkar Syarah al-Muwatta). Berkata Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah: Kata-kata Saidina Umar R.A. baik bidaah ini adalah: Penyandaran baik kepada bidaah ialah kerana kebaikkannya dan penamaannya dari segi bahasa bukan syarak. Bidaah dari segi bahasa menyentuh setiap perbuatan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Adapun bidaah menurut syarak ialah perbuatan yang tidak berasaskan dalil syarie. Amalan yang mempunyai sandaran kepada al-Quran dan al-Sunnah bukanlah bidaah dari segi syarak meskipun ianya bidaah dari segi bahasa. Perkataan bidaah lebih umum dalam bahasa daripada bidaah dalam syarak. (Kitab: Itidak Siratul Mustaqim). Berkata Imam al-Ghazali: Bukanlah semua perkara bidaah adalah dilarang tetapi perkara yang dilarang ialah bidaah yang bercanggah dengan sunnah yang tetap dan sabit dan membuang segala arahan syarak. (Kitab: Ihya Umul al-Din). Berkata Imam Ibnu Hajar al-Asqalani: Bidaah asalnya ialah sesuatu yang baru diada-adakan iaitu sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia di dalam syarak ialah lawan kepada sunnah dan dicela. Sebenarnya sesuatu yang baru diadakan itu sekiranya tidak bercanggah dengan syarak adalah baik dan sebaliknya jika buruk mengikut syarak maka ianya buruk kecuali termasuk bab harus. Bidaah adalah terbahagi kepada lima hukum. (Kitab: Fathul Bari). Berkata Imam Abu Sulaiman al-Khitabi: Adapun sesuatu yang baru itu jika bersandarkan kepada kaedah Usul dan dirujuk kepadanya maka itu bukanlah bidaah dan bukanlah menyesatkan. (Kitab: Maalim al-Sunnah Syarah Sunnan Abi Daud). Berkata Syeikh Bakhit Muthi: Bidaah syarie ialah yang sesat dan yang tercela. Adapun bidaah yang dibahagikan oleh ulama kepada bidaah wajib, haram dan sebagainya adalah bidaah dari sudut bahasa dan ia lebih umum pengertiannya daripada bidaah syarie kerana bidaah syarie adalah satu bahagian daripada bidaah dari sudut bahasa. (Kitab: Ahsanulkalam Fi Mayataallaqu Bil Sunnah Wal Bidaah Minal Ahkam). PENGERTIAN BIDA'AH Setelah melihat perbincangan para ulama dalam memahami maksud hadis setiap bidaah adalah sesat maka disimpulkan bahawa setiap amalan yang disokong oleh syarak walaupun ia berbentuk nas umum dan tidak pula bertentangan dengan syarak serta tidak membawa kepada keburukkan maka ia tidak termasuk di dalam pengertian bidaah yang sesat. Dan tidak juga boleh dikatakan kepada sesuatu perbuatan baik yang di bawahnya terdapat nas yang umum adalah sebagai bidaah sesat. Adapun makna bidaah secara syarie kesemuanya adalah tercela dan bidaah dari sudut makna syarie adalah salah satu cabang daripada bidaah dari sudut bahasa.

Berkata lagi Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah: Sesuatu yang tidak wujud di zaman Nabi Muhammad S.A.W. maka apa yang dilihat orang-orang Islam sebagai perkara-perkara baru yang tidak berlaku di zaman Nabi S.A.W. maka ia adalah perkara yang harus dilakukan selama mana menjadi keperluan. (Kitab: Itidak Siratul Mustaqim). PEMBAHAGIAN BIDAAH KEPADA HASANAH DAN DHALALAH Dari Imam Baihaqi maka berkata Imam Shafie: Bidaah ada dua: Bidaah terpuji (mahmudah) dan bidaah yang dicela (mazmumah). Maka apa yang sesuai dengan sunnah tetap dipuji dan yang mencanggahinya tetap dicela. Imam Shafie berkata lagi bahawa perkara-perkara baru (al-muhdathat) ada dua jenis: Pertama: Perkara yang mencanggahi al-Quran atau sunnah atau athar atau ijmak dan ini dikira sebagai bidaah sesat. Kedua: Perkara baik yang diadakan yang tidak mencanggahi mana-mana daripada keempatempat sumber (al-Quran, sunnah, athar dan ijmak) adalah perkara baru yang tidak dicela. (Riwayat Abu Nuaim. Kitab: Hilyah al-Auliya). Berkata Imam Izzuddin Abdus Salam: Bidaah terbahagi kepada bidaah wajib, bidaah haram, bidaah sunnah, bidaah harus. (Kitab: al-Qawaid). Imam al-Nawawi dalam mengulas hadis setiap bidaah adalah sesat berkata: Hadis ini adalah makhus dan dikehendaki dengannya ialah kebanyakkan bidaah. Berkatalah ahli bahasa: Ia (bidaah) adalah sesuatu yang baru dilakukan tanpa ada contoh sebelumnya. Berkata ulama: Bidaah ada lima bahagian iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Antara yang wajib ialah merangka dalil-dalil oleh para mutakallimin dalam menolak para mulhid (yang tidak percayakan kewujudan tuhan) dan menolak kaum bidaah (mubtadiin) dan seumpamanya. (Kitab: Fi Tahzib al-Asma Wa al-Lughat). Berkata Imam Ibnu Athir: Bidaah terbahagi dua bahagian iaitu bidaah petunjuk dan bidaah kesesatan. Sesuatu perkara yang bercanggah dengan arahan Rasulullah S.A.W. maka ia adalah perkara yang tercela manakala perkara yang berada di bawah arahan baginda secara umum maka ia adalah terpuji. Bidaah hasanah pada hakikatnya adalah sunnah. Maka di atas tafsiran ini bahawa maksud hadis setiap bidaah adalah sesat ditafsirkan kepada perkara yang bercanggah dengan usul-usul syarak dan tidak bertepatan dengan sunnah. (Kitab: al-Nihayah). MEMBETULKAN SALAH ANGGAP TERHADAP MAKSUD IMAM SYATIBI Saya melihat pandangan dari Imam Syatibi (antara ulama yang mula-mula mengatakan bidaah tidak wujud dhalalah dan hasanah) serta bebeberapa ulama terkini antaranya ialah Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Syeikh Prof. Dr. Wahbah Zuhaili mengenai persolalan bidaah ini adalah suatu yang mesti dihormati oleh semua orang Islam.

Namun perlulah difahami bahawa majoriti ulama berpendapat bahawa bidaah terbahagi kepada hasanah (baik) dan dhalalah (sesat). Inilah yang dikatakan khilaf antara ulama dalam mentafsirkan sesuatu dalil. Dalam kita menghadapi khilaf di antara ulama ini maka beberapa perkara dan adab mestilah kita fahami. Namun saya tidaklah bercadang untuk membincangkan mengenai adab-adab yang perlu ada dalam diri seseorang itu bagi menghadapi khilaf para ulama ini. Jika kita perhatikan secara ikhlas bahawa mereka (ulama-ulama yang tidak bersetuju untuk membahagikan bidaah kepada dhalalah dan hasanah) tidak pula menghalang atau mengatakan haram dan sesat bagi sesiapa yang melakukan perkara-perkara baik seperti sambutan maulidur rasul, menyebut lafaz niat ketika hendak mengerjakan solat, tahlil dll. Malah mereka menyokongnya sepertimana Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa sambutan maulidur rasul adalah baik. Dan Syeikh Prof. Dr. Wahbah Zuhaili turut memperakukan bahawa menyebut lafaz niat ketika hendak mengerjakan solat adalah sunat. Jadi bolehlah kita simpulkan di sini bahawa mereka membenarkannya pada persoalan-persoalan dan perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan akan tetapi mereka hanya tidak besetuju bahawa bidaah dibahagikan kepada dhalalah dan hasanah. Perkara yang baik adalah dipuji dan perkara yang buruk (melanggar sunnah) adalah dikeji lagi bidaah. Inilah yang dimaksudkan oleh para ulama ini. DI ANTARA BIDAAH PADA MASA KINI Mendakwa boleh berijtihad oleh orang yang tidak berkelayakan merupakan di antara seburukburuk bidaah dan kerosakan serta kemungkinan yang paling merbahaya yang mengancam syariat Islam. Mereka menolak mazhab-mazhab dan mengingkari imam-imam mujtahid bahkan mereka mengangap imam-imam sebagai penentang syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Mereka mendakwa bahawa imam-imam ini kononnya cuba mengalihkan perhatian manusia daripada syariat yang dibawa oleh Rasululluh S.A.W. kepada mazhab-mazhab tajaan diri sendiri dan sesiapa sahaja yang bermazhab adalah tergolong sebagai ahli bidaah. Pemikiran seperti ini adalah pemikiran yang didasari oleh orientalis yang ingin menghancurkan Islam. Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi berkata: Bermazhab ini adalah bermaksud seorang awam atau orang yang tidak sampai ke taraf untuk berijtihat cuba mengikut mazhab seorang imam mujtahid samada dia memegang satu mazhab tertentu atau berpindah dari satu mazhab ke mazhab yang lain. Sementara tidak bermazhab pula ialah tidak bertaqlid (orang awam atau orang yang tidak sampai taraf mujtahid) kepada seseorang imam yang mujtahid tanpa terikat untuk mengikutnya sepanjang masa. Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi menambah lagi: Kita amat gembira menyandarkan bahawa mereka yang tidak bermazhab kononnya menyandarkan kepada golongan Salafiyyah (atau mana-mana kumpulan yang membawa maksud sama dengan Salafiyyah) sebenarnya itulah mazhab mereka. Mengapa tidaknya justeru mereka pun bertaqlid dengan salah seorang imam-imam mujtahid di mana pandangan-pandangan para imam ini dipindahkan dengan penuh amanah, tidak kiralah samada mereka itu sentiasa berpegang dengan pandangan-

pandangan para imam tersebut atau tidak, juga samada mereka mengakui demikian itu ataupun sebaliknya. (Kitab: alLa Mazhabiyyah Akhtar Bidaah Tuhaddid al-Syariah al-Islamiyyah). BIDAAHKAH AMALAN KEBANYAKKAN MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA? Pada masa kini terdapat sebahagian kumpulan ini yang terlalu melampau lalu menjadikan setiap perkara baru seperti amalan-amalan kebaikan dan ketaatan yang tidak pernah wujud di zaman Rasulullah S.A.W. adalah bidaah lagi sesat. Mereka berkata demikian konon-kononya untuk menyucikan amalan-amalan umat Islam sekarang dari sebarang penambahan dan penyelewengan yang tidak pernah dirakamkan di dalam al-Quran dan al-Hadis. Namun mereka tidak sedar (atau mungkin sengaja lupa) bahawa para sahabat Rasulullah S.A.W. dan para alim ulama adalah lebih memahami dan mengetahui dalam segala urusan agama Islam ini. Firman Allah Taala bermaksud: Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir seandainya kamu tidak mengetahuinya. (Surah al-Nahl: ayat 43). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sebaik-baik manusia kurun aku kemudian orang orang yang mengikutnya kemudian orang-orang yang mengikutnya (Riwayat Bukhari dan Muslim). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sahabat-sahabat aku seperti bintang. Sesiapa sahaja dari kalangan mereka yang kamu turuti kamu mendapat hidayah. (Riwayat al-Darqutni, al-Baihaqi, al-Hakim dan ramai lagi). Sabda Rasullah S.A.W. bermaksud: Ke atas kamu sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin (Riwayat Adu Daud dan al-Tarmizi). Sabda Rasullah S.A.W. bermaksud: Turutilah orang-orang selepasku Abu Bakar dan Umar. (Riwayat al-Tarmizi dan Ahmad). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan Abu Daud). Sepatutnya persoalan yang tidak membawa sebarang kesan kepada tertolaknya akidah dan syariah Islam tidaklah boleh dikatakan sebagai bidaah lagi sesat terhadap sekiranya seseorang itu ingin mengamalkannya. Antara masalah yang cuba diketengahkan di dalam masyarakat Islam khususnya di Malaysia adalah seperti tahlil, bacaan al-Quran kepada mayat, bilangan rakaat solat tarawih, bacaan surah Yasin pada malam Jumaat, talkin, berzikir dengan biji tasbih, berzikir beramai-ramai, sambutan maulid nabi, tawasul, tarikat dan banyak lagi.

Permasalah seperti inilah yang cuba diketengahkan dengan berdalilkan hadis setiap bidaah adalah sesat tanpa melihat dahulu kepada ulasan para ulama muktabar terlebih dahulu. Jika amalan-amalan seperti itu adalah bidaah yang menyesatkan maka sudah pastilah majoriti ulamaulama akan bangun untuk menjelaskan dan menolak segala amalan-amalan itu kerana mereka (ulama-ulama) tidak akan bersepakat atau berdiam diri dengan kesalahan dan kesesatan yang dilakukan oleh umat Islam. Namun perlulah diingatkan janganlah sampai beriktikad bahawa amalan-amalan seperti ini adalah mesti atau wajib dibuat oleh umat Islam dalam apa jua keadaan sekalipun. Juga janganlah sampai terdapat unsur-unsur yang menyalahi syarak ketika membuat segala amalan ini yang mana boleh menjadi illah kepada pengaharaman sesuatu amalan itu. Kemungkinan besar golongan ini perlu mendalami ilmu usul al-fiqh terlebih dahulu sebelum mengatakan sesuatu amalan itu bidaah ataupun tidak. Saya tidaklah bercadang untuk memperincikan tulisan ini dengan perbahasan usul al-fiqh pula. Contohilah akhlak para ulama muktabar kita yang sentiasa berlapang dada di dalam masalah-masalah khilafiyah seperti ini kerana khilaf di kalangan ulama adalah rahmat bagi umat Islam. Janganlah mudah untuk kita mengatakan seseorang itu ahli bidaah atau sesat tanpa ada penelitian yang sepatutnya. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Mana-mana orang yang berkata kepada saudaranya wahai kafir sesunggungnya dia terkena satu darinya kecuali engkau kembali ke atasnya. (Riwayat muslim). PERINGATAN PENTING Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud: Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya. (Kitab: Al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti). Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelas ialah kita tidak boleh menafikan, membantah, atau menuduh bidaah lagi sesat dan sebagainya kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara agama yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari terdapat segelintir golongan yang menceburi lapangan dakwah Islamiah menyanggah kaedah ini. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan yang kesat kepada orang yang berpegang dengan perkara khilafiyyah yang tidak sealiran dengan mereka dengan mengkafirkan, memfasiqkan dan membidaahkan golongan tersebut. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam semenjak sekian lama. PENUTUP

Setelah meneliti segala hujah di dalam perbincangan ini maka bolehlah kita katakan bahawa janganlah terlalu mudah untuk membidaahkan amalan orang lain sebelum meneliti dahulu katakata para ulama. Adapun amalan-amalan yang biasa dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia seperti kenduri tahlil, berzikir ramai secara nyaring dan pelbagai lagi amalan bukanlah tergolong di dalam maksud bidaah yang dimaksudkan oleh al-Hadis. Saya ingin menasihati agar golongan yang begitu mudah membidaah dan mensyirikkan amalan-amalan orang lain ini (walaupun sekadar amalan-amalan seperti tahlil dll) supaya kembali ke pangkal jalan dengan mendalami ilmu agama secara ikhlas. Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah Taala setiap masa dalam menghadapi situasi ini. Memberi dan Berbakti

BIDA'AH MENURUT KACAMATA ISLAM Telah menjadi kelaziman, tradisi yang sinonim dalam masyarakat Islam di Malaysia, khususnya apabila mengadakan kenduri aqiqah, perayaan Maulidur Rasul, perkahwinan dan lain-lain. Mereka mengadakan majlis bacaan berzanji, selawat dan rawi. Sejak akhir-akhir ini, telah timbul desakan yang kuat dari segolongan umat Islam agar amalan ini dimansuhkan kerana di anggap Bid'ah yang tidak pernah di lakukan oleh Rasulullah s.a.w., malah ia menular dalam amalan harian kita seperti wirid selepas solat, tahlil, membaca Yasin pada malam jumaat dan talkin di kubur. Ikhtilaf pendapat ini telah menimbulkan perselisihan dan persengketaan yang bukan sedikit, akhirnya akan menjerumuskan umat Islam ke kancah perpecahan yang tiada penghujung. Oleh itu marilah sama-sama kita bincangkan persoalan ini dengan cara ilmiah, penuh berhikmah dan harmoni. Bid'ah adalah asal perkataan bahasa Arab yang bermaksud rekaan baru atau nama bagi sesuatu yang baru yang di ada-adakan. Sheikh Izuldin bin Abdul Salam dalam Qawaid Ahkam memberi erti seperti berikut : Bid'ah itu adalah satu pekerjaan keagamaan yang tidak di kenali pada zaman Rasulullah s.a.w. manakala Imam Syaf'ie r.a. mendefinisikan sebagai segala hal yang baru, yang terdapat setelah Rasulullah s.a.w. wafat dan Khalifah yang ke empat (Khalifah Ar-Rasyidin). Sidang jumaat yang berbahagia, Ulama' fiqh membahagikan Bid'ah kepada dua pendapat : Pendapat pertama : Satu cara perbuatan yang di ada-adakan dalam urusan yang tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan maksud untuk mendampingkan diri kepada Allah s.w.t. kerana ingin mendapat dan menambahkan pahala. Mereka membahagikan hukum ini kepada dua :

1- Bid'ah yang termasuk dalam dosa-dosa kecil, iaitu Bid'ah yang berlaku dalam juzuk-juzuk cabang peribadatan dengan kehendak Al-Quran dan Al-Sunnah. 2- Bid'atun Mazmumah/Sayyiatun/Dzholalah : Rekaan-rekaan baru yang tidak membawa pada sebarang kebaikan pada manusia, bahkan boleh membawa bahaya samada dalam soal kehidupan seharian atau peribadatan. Menurut pendapat kedua ini, yang menjadi pegangan masyarakat Islam yang bermazhab Ahli sunnahwaljamaah, mereka membahagikan hukum Bid'ah itu kepada lima bahagian seperti yang dinukilkan oleh Ibnu Hajrr Al-Ashqalani di dalam kitab fatwa baru : 1- Bid'atun wajibah : Pekerjaan yang masuk dalam perkara wajib dan perintah agama seperti mengumpul dan menyusun mushaf Al-Quran. 2- Bid'atun munduwabah : iaitu segala yang mendukung perkara sunat seperti mengerjakan solat terawih berjemaah. 3- Bid'atun mubahat : iaitu segala sesuatu yang menjurus hal-hal yang di bolehkan seperti menaiki kenderaan, makan bermeja dan memakai pakaian berfesyen yang berbagai tetapi menutup aurat. 4- Bid'atun makruh : Iaitu perkara yang membawa kepada makruh seperti banyak melakukan sembahyang sunat rawatib hingga solat wajib tertunda. 5- Bid'atun muharramah : Iaitu sesuatu hal yang menjurus perkara yang haram seperti menziarahi kubur orang mati dengan tujuan meminta sesuatu pertolongan atau mengerjakan amalan suluk hingga meninggalkan solat jumaat. Sidang jumaat yang dihormati, Mengapa terdapat umat Islam yang menentang amalan Bid'ah ini?. Ini adalah kerana mereka merujuk dan bersandarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.aw. :

(Riwayat Al-Bukhari Muslim) Bermaksud : " Sesiapa juga mengada-adakan dalam urusan agama kami ini sesuatu pekerjaan ( amalan peribadatan ) yang tiada daripadanya ( yang diadakan ) itu tertolak." Manakala dalam hadis yang lain, Rasulullah s.aw.bersabda : (Riwayat Muslim dari Jabir Bin Abdullah). Bermaksud : " Adapun kemudian daripada itu, maka sesungguhnya sebenar-benar perkataan itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu ialah petunjuk Muhammad s.a.w. dan sejahatjahat perkara itu ialah yang di ada-adakan (rekaan baru) dan tiap-tiap yang di adakan itu adalah Bid'ah dan tiap-tiap Bid'ah itu adalah sesat dan tiap-tiap kesesatan itu dalam api neraka." Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada aqidah ahli sunah waljamaah dan menganut fahaman mazhab Syafie' yang mendominasi majoriti umat Islam di Malaysia perlu merujuk kepada pendapat beliau mengenai perkara ini. Imam Syafie' seperti yang dinukilkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam kitab 'manaqib' Syafie' dalam 'fathulbari' jilid 17 muka surat 10 menjelaskan yang bermaksud : " Pekerjaan yang baru "Bid'ah" itu dua macam : Pekerjaan kegamaan yang bertentangan dengan Al-Quran, Sunah Nabi, athara dan ijma' ini di namakan Bid'ah Dzholalah. Pekerjaan keagamaan yang baik yang tidak bertentangan dengan salah satu dari yang tersebut di atas, adalah Bid'ah juga, tetapi tidak tercela. Bacaan berzanji adalah tergolong dalam Bid'ah Hasanah. Ini adalah kerana di dalamnya mengandungi peristiwa dan keperibadian Rasulullah s.a.w. Dalam setiap bacaan kita sulami dengan selawat ke atas Nabi. Mudah-mudahan kita tergolong dalam apa yang disabdakan Nabi yang bermaksud :" Barangsiapa yang berselawat ke atasKu sekali, maka aku akan gandakan sebanyak 10 kali" Berapa ramai daripada kita yang mengetahui sejarah kehidupan Nabi, siapa nama ibunya, nama datuknya, bila diputarkan dan dan lain-lain lagi. Generasi hari ini lebih mengenali artis-artis, tetapi tidak untuk menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan mereka. Maka ketika inilah amalan berzanji ini memainkan peranan untuk menjadikan Baginda Rasulullah s.a.w. sebagai contoh, lebih-lebih lagi amalan itu kini telah dibaca dalam bahasa malaysia dan bukan bahasa Arab yang kurang kita fahami. Begitu juga membaca wirid selepas solat, bacaan Yasin beramai-ramai atau membaca talkin di kubur. Berapa ramai di kalangan kita yang memperuntukkan masa 10 minit sehari untuk membaca Al-quran atau memuhasabah diri sebelum tidur mengenai hal ehwal mati?. Berdasarkan nisbah ia mungkin boleh dihitung dengan hari sahaja. Untuk menggambarkan bahawa kita jarang membaca Al-quran, kita kadangkala tidak mempunyai penghujung ayat surah al-qafiruun ketika menghafaz, walaupun ianya adalah ayat lazim, begitu jugalah dengan hal ehwal mati yang mana kita di sunatkan untuk selalu mengingatinya, kerana ia akan datang menjemput kita tanpa di undang. Maka bacaan talkin di kubur yang begitu menyayukan selepas pengkebumian akan menginsafkan kita, yang mana kita tidak dapat lari dari dimasukkan ke liang lahad itu dan membuat persediaan yang secukupnya dari segala amal dan

ketakwaan untuk menjadi syafaat kita berhadapan dengan Allah rabbuljalil. Sidang jumaat yang dirahmati, terdapat beberapa perkara keagamaan yang dilakukan di zaman Khalifah ar rasyidin dan termasuk dalam kategori Bid'ah Hasanah. Antaranya : 1- Membukukan Al-Quran yang di lakukan di zaman Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. 2- Melakukan solat terawih berjemaah yang di perintahkan oleh Saidina Umar Al-Qhattab. 3- Mengadakan azan pertama dalam solat jumaat yang di perintahkan oleh Saidina Othman. Kalau seseorang Khalifah arrasyidin memerintahkan sesuatu amal ibadat, maka sewajarnyalah kita mengikuti dan mengamalkannya, kerana apa yang datang dari mereka pada hakikatnya adalah datang dari Rasulullah sa.w., kerana mereka adalah orang yang hampir, mendengar dan melihat sesuatu pada diri Baginda. Sebagaimana yang disabdakan Baginda s.a.w. : (riwayat Abu Daud ) Maksudnya : " Maka wajib atasmu memegang sunnahKu dan sunah Khalifah arrasyidin yang di beri hadiah." Rasionalnya mengadakan azan pertama dalam solat jumaat sebagai contoh adalah untuk memudahkan umat Islam membuat persediaan yang rapi untuk menunaikan solat jumaat, kerana terdapat umat Islam mutakhir ini yang datang ke masjid hanya memenuhi tanggungjawab solat jumaat tanpa mendengar khutbahnya, hatta ketika Khatib sedang berkhutbah pun, mereka masih berkeliaran di luar masjid kerana berjual beli atau menikmati juadah untuk mengalas perut. Kita sebagai masyarakat awam hendaklah berpegang dengan fahaman majoriti iaitu bermazhab Syafi'e Tidak salah berfahaman lain, tetapi perlu ada dasar dan dalil yang kukuh untuk berpegang dengannya. Selain itu adalah menjadi satu kesalahan dan melanggar etika, mereka yang berdakwah dalam masyarakat yang berfahaman lain, sebagai contoh, jika seseorang mengatakan amalan berzanji itu Bid'ah Dzhalalah dalam sebuag kampung yang majoritinya bermazhab Syafi'e, kita amat pasti ia akan di pulukan masyarakat setempat malah mungkin di singkirkan dari kampung tersebut. Sikap tegas dalam mananggani syirik dan khurafat dalam masyarakat adalah masalah yang di sepakati Ulama' dan sesuatu yang wajar, tetapi di dalam permasalahan khilaf di kalangan Ulama', adalah memerlukan penglihatan terperinci dan saling hormat-menghormati, agar ia tidak merosakkan perpaduan dan persaudaraan Islam kerana itulah sikap yang di ambil oleh para Ulama' dari dulu lagi.

Oleh itu, kita perlu mengutamakan etika dan akhlak daripada emosi apabila berselisih pendapat seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w., apabila para sahabat berbeza pendapat, mereka menggunakan pendekatan takwa serta menjauhi daripada emosi dan runtunan hawa nafsu. Di samping itu kita perlu bersikap sederhana dalam apa juga pandangan dan meninggalkan sikap taksub dalam beragama, kerana ia menjadi faktor penting bagi mencapai kesatuan dan perpaduan sesama insan. Sikap bekerjasama, bertolak-ansur dan tidak fanatik kepada sesuatu pendapat perlu menjadi teras agar budaya kafir-mengkafir, fasik-memfasik, gelaran ahli Bid'ah atau ungkapan lain tidak akan berlaku dalam masyarakat. Mudah-mudahan amalan Bid'ah Hasanah yang kita lakukan selama ini akan mendapat ganjaran sebaiknya dari Allah s.w.t. sebagaimana sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang menjadi hujah Imam Syafi'e apabila membicarakan persoalan Bid'ah ini yang bermaksud : " Barangsiapa yang mengadakan dalam Islam Sunnatun Hasanah, maka di amalkan orang lain kemudian sunnahnya itu di berikan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya, kemudian dengan tidak mengurangkan sedikit jua daripada pahala orang yang mengerjakannya kemudian. Dan barangsiapa yang mengadakan dalam Islam Sunatun sai'ah, maka di amalkan orang kemudian sunnah buruknya itu, diberikan kepadanya dosa seperti dosa orang yang mengerjakan kemudiannya dengan tidak mengurangi sedikit pun jua dari dosa orang yang mengerjakan kemudian itu. " (Hadis riwayat Muslim.) (Surah Al-A'raaf ayat 178.) Bermaksud : " Sesiapa yang di beri petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya), maka dia lah yang beroleh petunjuk, dan sesiapa yang di sesatkan oleh Allah s.w.t. (dengan sebab keingkarannya), maka dia lah orang-orang yang rugi."

Amalan bidaah di negara kita


Posted by mohd saad mubarok bin ahmad On 5:27 PM No comments

Alhamdulillah segala syukur ke atas Allah SWT dan rahmatNya, selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat, Tabiin, Tabi Tabiin dan seluruh Muslimin Muslimat yang menjunjung tinggi syariat Pencipta sekalian alam. Risalah yang ringkas ini berkisar mengenai beberapa amalan bidah yang berlaku di dalam kehidupan umat Islam amnya dan di Malaysia khasnya. Seperti yang diketahui, Allah SWT telah menurunkan Islam dengan penuh syumul, yakni sempurna dan meliputi segenap segi kehidupan manusia. Firman Allah SWT: Maksudnya: Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu, Aku telah penuhkan nikmatKu untuk kamu dan Aku hanya meredhai Islam sebagai agamamu.19 Maka amalan-amalan bidah ini menafikan pensyariatan Allah SWT dan menunjukkan bahawa di dalam Islam masih ada ruangan yang tidak diisi, sedangkan Nabi Muhammad SAW tidak berkata melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah SWT. Oleh yang demikian, andainya Rasulullah SAW menyuruh para pengikutnya melakukan sesuatu amalan dan yang lainnya tidak dilakukannya maka sesungguhnya itulah yang benar datangnya dari

Tuhan Sekalian Alam, Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Wahai umat Islam, taatilah suruhan Allah Jalla Wa Ala dan PesuruhNya Muhammad SAW, dan jauhilah kamu dari segala laranganNya, semoga kita diberkati Allah SWT di dunia dan di akhirat. KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH Firman Allah SWT Maksudnya: Maka jika kamu berselisih tentang sesuatu perkara, kembalilah kepada Allah dan Rasul20 Dan apa apa yang kamu perselisihkan tentang sesuatu, maka hukumnya kepada Allah21 Tidak ada suatupun yang Kami lewatkan dalam Kitab22 Dan ketika datangnya Imam Imam yang berempat, mereka telah mencurahkan segala kemampuan yang ada pada mereka buat memperkenalkan agama ini dan membimbing manusia dengannya, mereka larang orang yang bertaklid iaitu mengikut secara membabi buta tanpa mengetahui dalil dan alasannya dengan berkata : TIDAK SEORANGPUN BOLEH MENGIKUTI PENDAPAT KAMI TANPA MENGETAHUI ALASAN KAMI23 Pernyataan ini jelas melarang kita daripada menurut sesuatu mazhab tanpa mempelajari selok belok hukum hakam Fiqh Islam. Namun, kini kita dapati banyak umat Islam hanya mengikut satu mazhab tertentu sahaja, sedangkan para Imam ini hanya membantu menunjukkan hukum Allah berdasarkan ilmu pengetahuan mereka tetapi tidaklah ianya muktamad atau maksum sebagamana amalan dan pertunjuk daripada Rasulullah SAW. Ingatlah segala amalan Nabi Muhamamad SAW telah diakui Allah SWT sebagai WahyuNya. Firman Allah SWT. Maksudnya: 19 Al-Maidah (5:3) 20 An-Nisa : 59

21 As-Syura: 10 22 Al-Anam : 38 23 Fiqh Sunnah, Jilid 1-2, Sayyid Sabiq, pg 27 Pembahagian bidah: Bidah Hasanah & Bidah Dhalalah Mengikut Ahlus-Salaf: Bidah Hasanah: Ciptaan yang baik yang berkaitan dengan hal-hal keduniaan (kebendaan) semata. Maka bidah (ciptaan) ini diharuskan dan digalakkan oleh Islam. Contoh: penciptaan kereta, kapalterbang dan komputer. Bidah Dhalalah: Ciptaan yang menyesatkan, iaitu segala apa yang bersangkutan dengan amal ibadah atau urusan agama (syara). Haram menambah-nambah amalan sedia ada kerana agama Islam telahpun lengkap dan sempurna. ANTARA AMALAN-AMALAN BIDAH TERSEBUT: Z Berzikir beramai-ramai selepas solat Imam As-Syafie mengharamkan berzikir dengan cara mengangkat suara selepas menunaikan sembahyang fardhu. Imam Syafie hanya menggalakkan para jemaah berzikir secara sendirian.26 Imam As-Syafie menyatakan bahawa perbuatan Nabi SAW menyaringkan suara takbir adalah untuk mengajar para Sahabat tentang zikir tersebut, sesudah itu Rasulullah SAW tidak lagi menyaringkannya. Bacaan yang disukai Imam As-Syafie ialah masing-masing imam dan mamum membaca sekadar yang dapat didengari sendiri dengan tidak berzikir secara berjemaah.27 Prof. T.M. Hasbi As-Siddiqi: Antara Bidah itu ialah membaca istighfar serentak dengan mengangkat suara sesudah salam. Yang sunat, kita masing-masing membaca istighfar

sendiri (juga ketika berwirid dan berdoa).28 Z Bertahlil sempena kematian seseorang Imam As-Syafie dan Imam Malik tidak pernah mengatakan ibadah badaniah yang khusus seperti sembahyang dan membaca Al-Quran sampai kepada si mati.29 Imam As-Syafie dan ulama lain: 24 Al-Najm (3 4) 25 H/R Muslim 26 Al-Umm, Jilid I, hlm 127, Bab Kalam Al-Imam wa julusihi bada As-Solat 27 Sembahyang Nabi SAW, hlm 18, Abdullah Al-Qari Hj Salleh 28 As-Sunan Wal Mubtadiat, hlm 119, Prof. T.M. Hasbi 29 Al-Ibda fi Mudhar Al-Ibtida, hlm 245, Syeikh Ali Mahfuz Apa yang dilakukan manusia (hari ini) iaitu berkumpul (buat kenduri) di (rumah) keluarga si mati dan menyediakan (makanan) hidangan, adalah perbuatan bidah yang mungkar. Dan orang yang membanterasnya adalah diberi pahala.30 Imam An-Nawawi: Adapun menyediakan hidangan makanan oleh keluarga si mati dan mengumpulkan manusia (orang ramai untuk berkenduri) di rumah (keluarga si mati) adalah tidak pernah sama sekali ada nasnya (dalilnya). Perbuatan tersebut adalah bidah yang tidak pernah disunnahkan.31 Imam As-Syafie: Aku memakruhkan berkumpul (di rumah si mati) walaupun bukan untuk tangisan.32 Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan berkumpul beramai-ramai di rumah tersebut maka itu adalah bidah bukan Sunnah.33 Ertinya: Dari Ibnu Jarir bin Abdullah berkata: Kami menganggap berkumpul beramai-ramai

(kenduri) di rumah si mati dan menyiapkan makanan sebagai ratapan.34 Caranya yang sebenar sebagaimana dilakukan Rasulullah SAW ialah dengan menghulurkan bantuan (makanan atau lain-lain keperluan) kepada keluarga si mati. Sabda Rasulullah SAW: Ertinya: Semasa kematian Jafar, Rasulullah SAW pulang menemui keluarga baginda dan bersabda: Sesungguhnya keluarga Jafar sedang sibuk dengan urusan kematian, maka buatkanlah untuk mereka makanan.3

You might also like