Siti KhadijahSerikandi sejati,Kaulah lambang cinta sejati,Serikandi pertama tika islam bermula,Hatimu menyalakan keyakinan,Hartamu membuktikan pengorbanan.Siti Khadijah adalah antara 4 wanita terbaik dunia yang dijanjikan syurgasepertimana sabda Rasulullah saw: Cukuplah bagimu 4 wanita terbaik di duniaiaitu Maryam bt Imran, Siti Khadijah bt Khuwailid , Fatimah bt Muhammad danAsiah isteri firaun.Hadith riwayat Ahmad.Pengorbanan dan kesucian cinta Khadijah tiada tolok bandingannya. Semasa nabiberkhalwat di gua Hira beliau tidak pernah bermasam muka malah beliaulah yangmenyediakan keperluan dan makanan nabi saw. Siti Khadijah merupakan orangpertama mendengar wahyu yang disampaikan Jibril kepada nabi dan menjadiwanita pertama memeluk Islam.Siti Khadijah juga menjadi tulang belakang di dalam usaha dakwah nabi sehinggaakhir hayat beliau. Beliau sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga malahmenghabiskan seluruh harta yang dimiliknya.Rakan-rakan sekalian, contohilah sifat mulia yang ada pada Khadijah. Amalkansifat mahmudah seperti baik hati, lemah lembut, jujur dan sebagainya. Jika kitamengamalkan sikap dan akhlak yang mulia, hidup kita akan diberkati Allah.