You are on page 1of 6

MEMUPUK SIKAP PELAJAR ISLAM TINGKATAN 1 SUPAYA MENUNAIKAN SOLAT FARDU LIMA WAKTU Oleh Panitia Pendidikan Islam

Sekolah Menengah Kebangsaan Junjung, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mencari punca mengapa sebilangan pelajar Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Junjung sering mengabaikan solat fardu lima waktu sehari semalam. Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1. Pengkaji menggunakan beberapa instrument soal selidik, temubual, pemerhatian dan kaunseling. Tujuannya untuk mengenalpasti topik yang dikaji dapat dikenalpasti puncanya. Antara perancangan yang dibuat adalah menyemak diari solat kelas berkenaan setiap hari. Tempoh kajian ini selama sebulan. Hasil dari kajian yang dijalankan ini, pengkaji dapat mengenalpasti punca pelajar-pelajar Islam Tingkatan 1 tersebut selalu mengabaikan solat fardu. Pengkaji telah membuat beberapa andaian awal dan dapatan kajian ini hampir menepati jangkaan awal pengkaji di mana 90% terpengaruh dengan keseronokan dunia, 80% kurang bimbingan dan perhatian ibu bapa dan 60% tidak menguasai rukun qauli solat. Selain itu, perubahan sikap dalam kalangan guru dan pentadbir juga dapat dikesan. 1. REFLEKSI AWAL Setelah ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Junjung pada tahun 2011, satu permasalahan dapat dilihat oleh pengkaji di mana terdapat sebilangan pelajar sering mengabaikan solat fardu. Pengkaji merasakan bahawa setiap masalah pasti ada puncanya. Pengkaji mula membuat andaian awal terhadap masalah ini. Andaian yang dibuat oleh pengkaji ialah pelajar terpengaruh dengan budaya negatif serta mereka diabaikan tanpa bimbingan yang sewajarnya. Sebagai contoh pelajar lebih suka menikmati jenis-jenis bacaan ringan yang lain daripada membaca al quran, oleh itu pelajar tidak dapat menghayati bacaan al quran dengan baik, akhirnya solat diabaikan kerana mereka gagal menghafaz ayat-ayat tertentu. Mereka merasakan inilah masanya untuk menikmati keseronokan hidup sebagai remaja yang hanya sekali. Hasil semakan diari solat kelas yang dilaksanakan dan sesi temubual dengan beberapa orang pelajar, didapati mereka ingin hidup bebas. Mereka cuba menonjolkan diri telah cukup dewasa, matang dan boleh memilih jalan hidup sendiri.

2. FOKUS KAJIAN Kajian dijalankan berdasarkan semakan diari solat kelas. Pelajar yang sering mengabaikan solat dikenalpasti. Kajian dijalankan pada setiap hari persekolahan. Ramai pelajar yang tidak menunaikan solat dan memberikan pelbagai alasan. Pengkaji merasakan masalah ini perlu ditangani sebaik mungkin kerana pelajar-pelajar ini menganggap perbuatan mereka adalah perkara biasa sahaja. Berdasarkan kepada tanggapan inilah pengkaji membuat kajian supaya masalah ini dapat diatasi atau diminimumkan secepat mungkin agar ia tidak menjadi lebih parah pada masa akan datang. 3. OBJEKTIF KAJIAN a. Objektif Am Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memupuk sikap pelajar Islam Tingkatan 1 agar menunaikan solat fardu. Di samping itu, kajian ini dapat membantu guru serta menyedarkan sebahagian daripada mereka yang selama ini leka tentang tanggungjawab sebenar mereka. Harapan; kajian ini akan dapat memupuk kemesraan antara guru dengan guru dan guru dengan pelajar. b. Objektif Khusus Pengkaji amat berharap agar kajian ini dapat membantu pengkaji mengenalpasti punca sebenar pelajar mengabaikan solat fardu agar andaian yang dibuat oleh pentadbir dan guru-guru dapat dihuraikan satu persatu. Pengkaji juga berharap dengan pengenalpastian punca sebenar akan ada perubahan diri dalam kalangan guru dan pentadbir sekolah. 4. KUMPULAN SASARAN Pelajar Tingkatan 1 yang selalu mengabaikan solat fardu berdasarkan diari solat kelas. 5. PELAKSANAAN KAJIAN Untuk memastikan kajian ini dapat dijalankan mengikut prosedur dan perancangannya, beberapa tindakan telah dibuat. Antaranya: 5.1 Tinjauan masalah Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen bagi mengumpul data dan maklumat. Pengkaji memperolehi data dan maklumat ini melalui semakan diari solat kelas. Semakan ini dibuat oleh pengkaji dan guru mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 iaitu Pn. Hjh. Khalijah Saad dan Pn. Husna Abdul Rahman. Pengkaji dan ahli kumpulan menggunakan masa terluang

untuk menemubual pelajar dan guru. Maklumat juga diperolehi melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada guru dan pelajar yang selalu mengabaikan solat fardu. Melalui soal selidik ini, data yang diperolehi mempunyai keesahan yang tinggi kerana responden yakin maklumat diri mereka akan dirahsiakan. Segala data dan maklumat yang diperolehi oleh pengkaji dan ahli kumpulannya dikumpulkan dan digabungkan. Proses ini melibatkan perbincangan pengkaji dengan ahli kumpulannya. 5.2. Analisis Tinjauan Masalah Analisis temu bual yang dibuat antara kumpulan pengkaji dengan guru yang mengajar P. Islam adalah seperti berikut: Bil. 1. 2. 3. 4. Soalan Adakah ustazah tahu ada pelajar yang mengabaikan solat fardu ? Adakah ustazah mengisi diari solat kelas pada setiap hari? Pernahkah ustazah berbincang dengan pelajar berkenaan? Pernahkah ustazah berbincang dengan ibu bapa / waris pelajar berkenaan? Jawapan Ya Tidak 2 2 2

Analisis temubual yang dibuat antara kumpulan pengkaji dengan sebahagian pelajar (20 orang) yang sering mengabaikan solat fardu adalah seperti berikut: Jawapan Ya Tidak X 20 6 6 8 20 12 13

Soalan Adakah kamu tahu solat fardu lima waktu itu wajib? Adakah kamu solat fardu 5 waktu sehari semalam? Adakah kamu suka solat fardu? Adakah solat fardu menyusahkan kamu? Pernahkah kamu belajar solat ? Adakah kamu melepak, merokok, menonton tv, bermain PS/ Games dll apabila tidak solat? 7. Adakah kamu menunggu arahan daripada ibu bapa kamu untuk bersolat? (X = pelajar tidak memberikan sebarang jawapan) Berdasarkan temubual yang dijalankan pengkaji dapat mengenalpasti Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

14 4 6

10 6 2

Analisis soal selidik yang diberikan kepada 20 orang pelajar yang selalu mengabaikan solat fardu adalah seperti berikut: Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Soalan Adakah guru tahu kamu mengabaikan solat fardu? Pernahkah guru berbincang dengan kamu untuk mengatasi masalah ini? Adakah kamu tahu cara menunaikan solat (rukun fe li)? Adakah kamu tahu bacaan dalam solat fardu (rukun qauli)? Adakah kamu tahu faedah solat? Adakah kamu tahu akibat tidak solat? Adakah ibu bapa / waris kamu tahu kamu tidak solat? Adakah ibu bapa kamu menyuruh kamu solat? Adakah kamu sering solat berjemaah bersama keluarga kamu? Jawapan Ya Tidak 17 3 15 5 15 10 12 10 8 11 6 5 10 8 10 12 9 14

6. MERANCANG TINDAKAN Maklumat yang diperolehi daripada tinjauan masalah seterusnya digunakan bagi merancang tindakan untuk mengatasi permasalahan ini. Antara tindakan yang dirancang ialah: a. Memanggil pelajar yang terlibat dan mengadakan sesi kaunseling berkelompok. Sesi ini menerangkan kepada mereka sebab-sebab perlu menunaikan solat fardu. Kaunseling dijalankan sendiri oleh pengkaji dan ahli kumpulan. b. Mengadakan program anak angkat. Pelajar-pelajar yang terlibat diminta berjumpa dengan pengkaji dan ahli kumpulannya setiap hari pada waktu rehat. Masa yang diambil lebih kurang lima minit sehari.

c. Pengkaji dan kumpulannya akan berjumpa dengan ibu bapa / waris pelajar berkenaan untuk membincangkan masalah anak-anak mereka. 7. PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN Berdasarkan pemerhatian, soal selidik dan temu bual dengan responden, pengkaji merancang tiga aktiviti yang perlu dilaksanakan. Pengkaji berharap perlaksanaan aktiviti ini akan dapat meminimumkan dan menyelesaikan masalah ini.

a. Pengkaji dan ahli kumpulannya menyemak diari solat kelas setiap hari persekolahan. Kami mencatat semua nama responden dan pada keesokan harinya semua responden dipanggil dan diberi kaunseling kelompok. Responden diberi kesedaran tentang tujuan solat fardu, akibat tidak solat serta matlamat hidup mereka yang sebenar sebagai hamba Allah SWT. i. Pemerhatian Pemerhatian yang dibuat terhadap sikap meliputi aspek kesedaran pelajar, rasa tanggungjawab, suka/ selalu solat telah menunjukkan perubahan yang positif. Refleksi. Sebahagian daripada responden sedar akan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan cuba solat lima waktu. Berdasarkan kepada semakan diari solat kelas, 65% responden mula berubah sikap.

ii.

b. Responden dibahagikan kepada kumpulan kecil dan diserahkan kepada ibu / bapa angkat masing-masing. Mereka diberi buku kecil (555) untuk ditandatangani oleh ibu / bapa angkat mereka setiap hari pada waktu rehat. Ibu / bapa angkat akan bertanya khabar, solat fardu dan permasalahan lain yang responden hadapi. i. Pemerhatian. Pengkaji dan kumpulannya mendapati program ini berjaya meminimumkan peratus pelajar yang suka mengabaikan solat fardu lima waktu sehari semalam. Hampir semua responden datang berjumpa ibu / bapa angkat mereka untuk mendapatkan tanda tangan pada setiap hari. Refleksi. Hasil dari pemerhatian dan tindakan yang dibuat kumpulan pengkaji merumuskan program ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

ii.

c. Responden dipantau oleh pengkaji dan ahli kumpulan dari semasa ke semasa dengan cara berhubung rapat dengan ibu bapa atau waris mereka sama ada melalui surat, telefon, ziarah ke rumah atau ziarah ke sekolah (mengikut keperluan). i. Pemerhatian. Kebanyakan responden merasa mereka sentiasa diambil berat atau diberi perhatian oleh pengkaji dan ahli kumpulannya.

ii.

Refleksi. Secara keseluruhannya, program ini berjaya kerana bukan sahaja responden rasa mereka diberi perhatian malah guru juga lebih prihatin terhadap pelajar.

d. Refleksi Kajian. i. Penilaian Sikap Pelajar Berdasarkan data yang diperolehi melalui soal selidik, temu bual dan pemerhatian yang dibuat oleh kumpulan pengkaji serta dibantu oleh semakan diari solat kelas, pengkaji dapat melihat keberkesanan dalam mengatasi masalah ini. Hampir 80% responden telah solat lima waktu sehari semalam dan tahu matlamat hidup mereka sebagai seorang pelajar muslim. ii. Rumusan Pemerhatian. Rumusan yang dibuat, semua responden yang terlibat dalam kajian ini sedar serta berubah sikap dan mula suka solat lima waktu. Refleksi Keseluruhan. Kajian ini telah dapat membuka mata guru-guru dalam menghadapi pelbagai permasalahan berkaitan pelajar. Hubungan erat pihak sekolah-pelajar dan waris amat penting kerana kemenjadian pelajar adalah tanggungjawab semua pihak.

iii.

You might also like