You are on page 1of 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI 2011 HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

720211115031002 720211115031 013-9833827 awiewaja@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

IP SULTAN MIZAN, BESUT TERENGGANU DARUL IMAN

BIODATA PELAJAR

NAMA

: AHMAD ZAWAWI B. IBRAHIM @ MUDA

NO. FAIL JPN : ( D 38509 ) NO. KP : (BARU)720211-11-5031 (LAMA) A 2101582

NO. MATRIK : 720211115031002 AMBILAN MAJOR MINOR SEKOLAH MUSANG, : SEPTEMBER 2008 : BAHASA MELAYU : 1. BAHASA INGGERIS 2. PENDIDIKAN KESIHATAN

: SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PERMAI, 18300 GUA KELANTAN

ALAMAT RUMAH : LOT 2730, DESA REBANA, 18500 MACHANG, KELANTAN NO. TELEFON : 013-9833827

1.0

PENGENALAN

1.0.1

Definisi Kesusasteraan

Terdapat pelbagai definisi yang diberikan untuk memberi makna kepada kata `kesusasteraan`. Hashim Awang menyimpulkan erti kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Namun demikian, untuk mengelakkan kekusutan, maksud perkataan itu diberi berdasarkan etimologi. Etimologi bermakna kajian usul bahasa. Kesusasteraan berasal daripada cantuman kata `su` dan `sastra` dalam bahasa Sanskrit. Diberi apitan `ke..an` untuk membentuk kata nama. Makna-maknanya adalah seperti berikut: su sastra susastra : baik, indah, cantik, seni, dan berguna. : karya (lisan/bertulis) atau buku. : karya yang indah dan berguna.

kesusasteraan : semua bentuk karya bernilai dan berguna. Kamus Dewan pula mentakrifkan sastera sebagai hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Berdasarkan huraian-huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan merupakan kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ia ditujukan kepada khalayak. Khalayak bermaksud pembaca bagi karya yang bertulis atau penonton drama. 1.0.2 Fungsi Kesusasteraan

Karya-karya kesusasteraan dihasilkan oleh pengarangnya bertujuan untuk dinikmati dan dihayati oleh khalayak. Khalayak adalah masyarakat yang menggunakan hasil-hasil kesusasteraan tersebut yang berhubungan langsung dengan pengarang, amat perlu baginya untuk mengetahui jenis karya yang diperlukan oleh khalayak kerana pengetahuan pengarang akan menentukan apa yang dihasilkannya itu diterima atau tidak oleh khalayak. Dengan kata lain, pengetahuan pengarang itu merangkumi tujuan-tujuan khalayak menikmati dan menghayati karyanya dan sejauhmanakah karya itu memberikan fungsi yang tertentu kepada khalayak.

Sarjana kesusasteraan menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya kesusasteraan mempunyai dua fungsi yang jelas: 1. Kesusasteraan Berfungsi Sebagai Alat Pendidikan/Pengajaran/Didaktik Memang tidak dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan sebenarnya sarat dengan unsur pendidikan/pengajaran/didaktik. Pengarang-pengarang yang menghasilkan sesuatu karya sastera merupakan sekumpulan manusia yang telah menimba banyak pengalaman. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum di dalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puis dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Apabila khalayak menikmati karya-karya mereka secara tidak langsung unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan itu diserap oleh pembaca dan boleh membentuk personaliti pembaca ke arah kebaikan. 2. Kesusasteraan Berfungsi Memberi Kepuasan Estetik Apakah itu kepuasan estetik? Sebelum pergi lebih jauh, ada baiknya dicari dahulu maksud dan asal kata estetik. Dalam bahasa Melayu estetik juga disebut estetika. Ia diambil daripada kata Inggeris aesthetic. Orang Inggeris juga sebenarnya meminjam perkataan tersebut daripada budaya Greek aisthanesthal yang boleh diertikan sebagai to preceive. Bernard Bosanquet menyatakan bahawa estetik adalah falsafah keindahan yang sudah bermula sejak zaman Greek, yang dimulai oleh Socrates. Di dalam ensiklopedia internet Wikipedia mengatakan estetik merupakan kajian deria atau nilai deria emosi, ataupun timbangan sentimen dan cita rasa. Estetik merupakan subdisiplin aksiologi, sesuatu cabang falsafah dan sering dikatkan dengan falsafah seni. Hashim Awang mendefinisikan estetik dalam Glosari Mini Kesusasteraan sebagai Kajian atau sains tentang keindahan dalam sastera atau seni lainnya. Dengan maksud ringkas di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa kepuasan estetik adalah satu bentuk perasaan indah yang muncul sama ada dalam diri penulis ataupun pembaca. Penulis cerita akan merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaannya dan juga pembaca dari segi isi ceritanya mahupun aspek-

aspek lain penulisannya. Bagi pembaca pula, dengan membaca karya yang mempamerkan keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dalam dirinya. 2.0 UNSUR-UNSUR DALAM KESUSASTERAAN.

Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu : Intelek : Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah karya sastera. Emosi Imaginasi : Membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera. : Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadap satu-satu benda dan peristiwa. Teknik : Merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita , memilih kata-kata, mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adenganadengan dalam lakonannya dan lain-lain. 3.0 Analisis Karya Sastera yang dipilih

Untuk tugasan ini, saya telah memilih karya sastera moden, iaitu sajak. Apa itu sajak? Sajak adalah bait-bait yang mengungkapkan perasaan & pemikiran penyair secara imaginatif dan disusun dengan menumpukan semua kekuatan bahasa, serta bentuk luaran dan bentuk dalaman. Sifat-sifat sajak adalah tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap, sajak tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi atau rima akhir di hujung tiap-tiap baris ayat atau dimana-mana juga, mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap, mempunyai baris-baris ayat yang membangunkan rangkap, serta mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa. Ia bersifat demikian untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.

Sajak yang dipilih untuk dianalisis bertajuk:

Keindahan yang hilang Shamsuddin Jaafar I Sayup-sayup undan tua berlagu hiba terbang beriring di rembang petang renik-renik mengirai bulu carik melayang satu-satu berbaur debu lesu berapungan di laut lalu. Daun-daun menghijau alangkah segar kemilau danau disinar mentari kali tenang betapa lembut mengalir ke muara kedamaian melingkar rimba lalu tumpah kasih nan jernih erat bertaut cinta kasih.

Malam hiba dadanya ungu luka pungguk tersedu pilu di atas batu bulan tiada lagi mendandan wajah bintang malam pudar warnanya

II Orang bicara bulan bintang di makmal pada buku, data dan komputer lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka bisa kembara di planet dan angkasa.

Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan suara siapa parau mendera di malam lara

kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?

III Bulan kini bukan menara kasih jernih bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.

3.0.1

Tema dan Persoalan

Tema adalah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit). Sajak ini bertemakan sikap manusia yang selalu bertumpu pada sains dan teknologi sehingga tidak lagi menghargai keindahan alam atau menghubungkannya dengan kasih sayang, malah merosakkan serta mencemarkannya atas nama kemajuan, maka padahnya bencana alam yang dahsyat. Persoalan pula bermaksud perkara-perkara atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya. Salah satu persoalan yang dikemukakan dalam sajak ini adalah keadaan alam yang layu, tidak bertenaga dan kian musnah akibat pencemaran serta pembinasaan yang dilakukan oleh manusia. Ini dilambangkan dengan seekor undan tua hiba sebelum mati, bulunya gugur dan kemudian sayapnya patah. Satu persoalan lagi adalah penumpuan yang keterlaluan terhadap sains dan teknologi hinggakan keindahan serta misteri bulan bintang tidak dapat dirasakan lagi. Perosalan seterusnya adalah bencana alam yang meragut nyawa manusia serta merosakkan keseimbangan ekologi alam. 3.0.2 Bentuk

Secara umum, bentuk sajak dapat dibahagikan kepada dua, iaitu bentuk luaran dan bentuk dalaman. Dharmawijaya menyatakan, sifat-sifat luaran sajak ialah susunan baris atau bait dalam rangkap, susunan atau jumlah perkataan dalam baris dan susunan rima di hujung baris dan rangkap. (Berkenalan dengan Puisi, 1988:19). Terdapat beberapa bentuk dalam penulisan sajak, antaranya: 1. Disikton 2.Terzina 3. Kuantrain 4. Kuintain 5. Sextet 6. Oktaf : Sajak yang ditulis dalam bentuk dua baris bagi tiap-tiap serangkap. : Sajak yang serangkapnya terdiri daripada tiga baris. : Sajak yang rangkapnya dibentuk oleh lima baris atau kalimat. Bentuknya lebih menyerupai pantun dan syair. : Sajak yang rangkapnya dibentuk oleh lima baris atau kalimat. : Sajak yang digubah dengan pemakaian rangkap yang terdiri daripada enam baris. :Sajak yang rangkapnya terdiri oleh lapan baris atau kalimah.

Sajak `Keindahan yang hilang` karya Shamsuddin Jaafar ini berbentuk bebas. Bebas dimaksudkan tidak terikat oleh peraturan tradisional seperti pantun dan syair. Dari segi bilangan baris serangkap, sajak ini bebas: 5, 6, 4, 4, 4, dan 2. Dari segi bilangan sukukata sebarisjuga sajak ini tidak mengikut peraturan pantun dan syair iaitu 8-12 sukukata. Ada baris yang panjang, contohnya kali tenang betapa lembut ke muara yang mempunyai 16 sukukata, dan ada baris yang pendek seperti erat bertaut cinta kasihdengan hanya 9 sukukata. Dari segi rima pula sajak ini tidak mematuhi peraturan seperti abab bagi pantun, aaaa bagi syair, atau aa bagi gurindam. Contonya, bahagian I rangkap pertama abcdd, rangkap kedua abccdd, rangkap ketiga abca dan seterusnya, tidak sekata. Di sini dapat disimpulkan sajak ini sangat bebas bentuknya. 3.0.3 Nada dan Gaya Bahasa

Nada merupakan perasaan yang timbul dalam sajak. Nada sajak berkait rapat dengan tujuan seseorang itu menulis sajak. Contoh: Nada protes = marah dan ingin memberontak, Sinis = tidak senang akan sesuatu/ seseorang , Melankolik = sedih , Nostalgis = rindu, Romantis = tenang atau ada rasa cinta

Gaya bahasa pula adalah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan melalui karya mereka. Antara istilah gaya bahasa yang terdapat di dalam sajak adalah: 1. Diksi : bermaksud pemilihan dna penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya. Ianya harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak dan mesej. 2. Ayat : merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang. 3. Personifikasi : dikenali juga sebagai perorangan atau penginsanan membawa maksud tindakan pengaran memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal lain yang abstrak. 4. Simile : merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (dapat dihitung) dengan kata abstrak (tidak dapat dihitung). 5. Metafora : merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan katakata seperti bak, umpama, ibarat, dan sebagaimya. 6. Hiperbola : merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebihlebihan daripada maksud yang sebenarnya. 7. Sinkof : bermaksud penyingkatan perkataan. 8. Rima : bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi. Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir. 9. Asonansi : merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak. 10. Aliterasi : bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak. Rangkap pertama sajak ini bernada sayu dan tidak bermaya. Lagu undan itu hiba, iaitu sedih atau sayu. Tua menggambarkan keadaan yang uzur; mungkin undan itu berlagu kali akhir sebelum mati. Bulunya carik, tidak lagi teguh melekat pada badannya, gugur ke bumi. Bulu itu melayang bercampur dengan debu di udara, lambang pencemaran. Lesu menunjukkan kehilangan tenaga hidup. Pemilihan diksi (kata-kata) tersebut membawa nada sayu dan tidak bermaya. Ulangan vokal u dalam rangkap ini menyumbang terhadap nada

sayu. Dalam baris pertama terdapat asonansi vokal u; hampir setiap kata mempunyai vokal itu: sayap-sayup, undan, tua, berlagu. Dalam baris keempat dan kelima terdapat rima dalaman yang menekankan lagi bunyi u, iaitu satu-satu dengan debu, lesu dengan lalu, serta rima hujung iaitu debu dengan lalu. Aliterasilesu dengan lalu menarik perhatian terhadap kata-kata yang membawa erti tidak bermaya dan membayangkan peredaran. Gaya bahasa personifikasi memberi sifat manusia, iaitu lesu kepada bulu yang berapungan dan menambah kesan kehilangan tenaga. Rangkap kedua pula bernada segar, riang, damai dan mesra. Kata-kata nada segar dicipta dengan menghijau dan segar; nada riang dengan kemilau dan disinar; nada damai dengan tenang; nada mesra dengan kasih, erat, bertaut dan cinta. Dari segi unsur bunyi, aliterasi daun-daun dalam baris pertama, danau disinar dalam baris kedua dan mengalir...muara dalam baris ketiga memfokuskan perhatian pembaca terhadap unsurunsur alam yang segar, riang dan damai. Rima dalaman iaitu kasih dengan jernih dalam baris kelima, juga rima hujung iaitu jernih dalam baris kelima dan kasih dalam baris keenam menekankan kasih sayang sejati dan menyumbang terhadap nada mesra. Dari segi gaya bahasa, metafora tumpah kasih nan jernih menguatkan lagi nada mesra tersebut; begitu juga ulangan perkataan kasih. Rangkap ketiga, bahagian 1 bernada sayu. Dari segi diksi, kata-kata yang membina nada ini ialah hiba, luka, tersedu, pilu dan pudar. Dari segi gaya bahasa, penggunaan mitos pungguk dan bulan pula menambah kesan nada ini: dulu, sekurang-kurangnya pungguk masih dapat menatap wajah jelita kekasihnya bulan walaupun dari jauh, tetapi kini bulan tidak menjaga kecantikannya lagi. Pungguk, bulan dan malam diberi sifat manusia iaitu tersedu pilu, mendandan wajah dan hiba.Hiba merupakan ulangan kata dari rangkap pertama; penggunaan ulangan ini mengukuhkan nada sayu dalam kedua-dua rangkap tersebut. Unsur bunyi pula, aliterasi iaitu pungguk...pilu menarik perhatian terhadap pungguk yang kini lebih sedih daripada dulu. Rima dalaman iaitu pilu dengan batumenekankan bunyi u yang sayu. Dari segi unsur bunyi, aliterasi bicara bulan bintang menekankan betapa bulan bintang dibincangkan secara sains, dan tidak lagi ditatap keindahannya. Bahagian II, rangkap pertama sajak ini bernada dingin dan memendam perasaan. Penyajak menyatakan betapa cakerawala dikaji dan dijelajah akibat kemajuan sains dan teknologi.

Perasaan yang dipendam adalah nostalgia terhadap misteri dan keindahan yang hilang kerana manusia hanya mementingkan sains. Dari segi diksi, nada dingin dibina dengan kata-kata seperti makmal, buku, data, komputer, diteroka, dan planet. Bahagian II rangkap kedua pula membawa nada ganas. Dari segi diksi, kata-kata yang mencipta nada ganas ialah parau, mendera, bengis, melanda, dan berhutang nyawa. Dari segi gaya bahasa, personifikasi airnya bengis melanda menguatkan kesan nada ganas; begitu juga metafora berhutang nyawa. Dari segi unsur bunyi, aliterasi suara siapa dan mendera...malam memusatkan perhatian terhadap kata-kata yang membayangkan ancaman keganasan daripada pihak yang tidak diketahui. Aliterasi tenang tiba-tiba menitikberatkan perubahan mendadak yang berlaku pada sungai, daripada tenang tiba-tiba menjadi bengis. iaitu ganas. Pada bahagian III yang terdiri daripada satu rangkap sahaja memepunyai nada sayu penuh nostalgia. Penyajak sedih dan merindui masa silam ketika bulan dihubungkan dengan cinta murni sepasang kekasih yang berikrar setia sehidup semati bersaksikan bintang. Penyajak menyesali hilangnya sikap manusia yang mengaitkan keindahan dan kasih sayang dengan alam. Dari segi diksi, nada sayu penuh nostalgia dicipta dengan kata-kata bukan lagi. Dari segi gaya bahasa, ulangan digunakan untuk menekankan bukan lagi. Personifikasi bintang-bintang bukan lagi saksi juga menarik perhatian terhadap perubahan sikap yang menyedihkan. Dari segi unsur bunyi, aliterasi bulanbukan dan bintangbukan menitikberatkan hilangnya peranan bulan dan bintang dalam kasih sayang. 3.0.4 Nilai dan Pengajaran

Salah satu nilai yang terdapat di dalam sajak ini adalah memelihara alam sekitar. Pengajarannya kita harus menjaga alam semulajadi di sekeliling kita. Kita tidak harus mencemarkan alam seperti udara dan sungai, atau membinasakan alam seperti menebang hutan secara berleluasa. Satu nilai lagi adalah bergerak maju dalam arus sains dan teknologi tanpa mengetepikan keindahan alam. Pengajarannya kita harus meninggikan pengetahun serta prestasi kita dalam bidang sains dan teknologi tetapi tidak pula mengikis penghargaan terhadap alam yang indah lagi penuh misteri. Mengkaji dan meneroka bulan bintang malah

seluruh cakerawala itu memang baik; Namur demikian, kita harus juga menikmati keindahan serta mengagumi kehebatan alam. Nilai seterusnya adalah beringat-ingat tentang apa yang kita lakukan terhadap alam. Pengajarannya kita tidak harus berbuat sesuka hati terhadap alam tanpa memikirkan akibatnya. Sikap rakus dan mengikut hawa nafsu merebut keuntungan akan menerima padah daripada alam itu sendiri. Nilai lain adalah mengekalkan hubungan antara kasih sayang dengan keindahan alam. Pengajarannya kita harus sedar bahawa kasih sayang antara manusia tetap murni jika dipelihara perkaitannya dengan rasa kagum akan keindahan ciptaan alam ciptaan tuhan. Sepasang kekasih yang bersumpah setia bersaksikan bintang merupakan lambang pasangan yang memelihara kesucian dan kesetiaan cinta mereka.

4.0

Penutup Sajak dapat memberi pengetahuan, menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani dan

dipraktikkan dalam kehidupan seharian, memberi ketenangan, dan merehatkan fikiran setelah penat bekerja, serta memberi kepuasan setelah menikmati keindahan karya seni. Pengarang menjadikan karyanya sebagai alatr untuk mendapat kepuasan serta keseronokan, memperbaiki dan menajamkan pemikirannya, berbakti kepada masyarakat dan menyara kehidupannya.

(2609 patah perkataan)

RUJUKAN Harun Jaafar. (2000). Sejarah dan kritikan sastera. Balakong: Pustaka Sistem Pelajaran. Harun Jaafar. (2011). Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan genre dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ting Chew Peh. (1997). Konsep asas sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahman Shaari. (1987). Glosari istilah sastera. Kuala Lumpur: `K` Publishing & Distributors.

You might also like