You are on page 1of 1

TATACARA PENDAFTARAN PENYERTAAN

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR KE-24 TAHUN 2008

1. Setiap permohonan bagi menyertai jambori mestilah mengunakan format borang rasmi yang
disediakan (disertakan) atau di muat turun dari laman web. Salinan borang fotostat juga
diterima. Borang pemimpin adalah bagi jawatan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya,
Pemimpin, Penolong pemimpin atau ahli biasa (yang tidak beruniform) dalam kontinjen.
Manakala borang ahli Pengakap merupakan ahli yang terdiri daripada ahli Pengakap Kelana,
Pengakap Remaja atau Pengakap Muda dalam kontinjen sahaja.

2. Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap dalam dua salinan. Borang boleh diperolehi
daripada Sekretariat Jambori atau pindah turun daripada laman web Jambori Antarabangsa
Negeri Johor http://johorjamboree2008.com

3. Setiap borang mestilah telah lengkap diisi dengan maklumat diri peserta dan seterusnya
wajib mendapat pengesahan dari Pesuruhjaya Negeri terlebih dahulu.

4. Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar secara berkumpulan mengikut kontinjen
daerah masing-masing berserta wang pendaftaran yang telah ditetapkan. Borang
pendaftaran yang tidak lengkap TIDAK akan diproses oleh pihak urusetia.

5. Pendaftaran secara individu TIDAK akan dilayan.

6. Setiap data pegawai dan peserta kontinjen mestilah diisi dalam disket yang disertakan. Sila
serahkan disket yang telah lengkap butiran bermaklumat terkini bersama borang penyertaan
sekali dengan kadar bayaran penyertaan yang mencukupi.

7. Bayaran yang menggunakan cek atau wang pos atau money order hendaklah atas nama :
Majlis Pengakap Negeri Johor
8. Tarikh tutup permohonan ialah pada atau sebelum 15 November 2008 (Sabtu).

9. Keterangan lanjut berhubung Jambori Antarabangsa Negeri Johor Ke-24, boleh didapati
daripada :

SEKRETARIAT JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR KE-24


Kem Jubli Intan Tanjung Laboh,
Km 9, Jalan Tanjung Laboh,
Senggarang 83200 Batu Pahat,
Johor, Malaysia.

No. Telefon : 607-4288249


No. Fax : 607-4288249
atau menerusi lawan web : http://johorjamboree2008.com

You might also like