You are on page 1of 11

DPP B2(b)

Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah


INFORMATION SHEET
PROGRAMME : SESSION : CODE/COURSE : LECTURER : TOPIC : SUB-TOPIC : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR JUL - DIS 2011 ECS 3032 EN. AZNAN OSMAN @ OTHMAN 3.0 3.4 3.5 CONTRACT Abide to standard specification Types of contract SEMESTER : SHEET NO : WEEK : 3A & 3B IS 8 8

LEARNING OUTCOME :

After completing the unit, students should be able to : 3.4


3.5

abide to standard specification identify types of contract PIAWAIAN (ABIDE TO STANDARD

3.4

MEMATUHI

SPESIFIKASI

SPECIFICATION) Dalam sesuatu kontrak binaan, mematuhi spesifikasi piawaian amat penting bagi seseorang kontraktor untuk membantu mengekalkan kualiti kerja dan bahan serta melindungi pekerja, peralatan dan bahan yang ada di tapak. Apabila kontraktor memasuki tawaran berasaskan segala butir dan syarat yang terkandung dalam dokumen tender dan majikan kemudiannya bersetuju menerima tawaran kontraktor tersebut maka kontraktor perlu segala perjanjian dan spesifikasi piawaian yang ditetapkan. Terdapat beberapa perkara yang perlu kontraktor mematuhi spesifikasi piawaian, antaranya : a. b. c. d. Insuran-insuran Bon pelaksanaan Sumbangan PERKESO Bayaran Levi CIDB

Page 1 of 11

DPP B2(b)

e. f. g. h. i. j. k. 3.4.1

Jadual pelaksanaan keseluruhan kerja Carta organisasi syarikat/tapak Senarai pekerja Wang pendahuluan kerja Pelan susunatur tapak Permit, lesen dan notis Serah milik tapak

Insuran-Insuran Pihak kontraktor perlu menyediakan insuran-insuran untuk memberikan perlindungan kepada semua pihak yang mungkin terlibat dalam kejadiankejadian kemalangan di tapakbina. Polisi insuran yang perlu disediakan oleh Kontraktor sebelum kerja tapak dimulakan ialah :
a. b. c. d.

Insuran Kerja (Insurance of Works) Insuran Liabiliti Awam (Public Liability Insurance) Insuran Risiko Semua Kontraktor (CAR Insurance) Insuran Pampasan Pekerja (Workmen Compensation Insurance) Insuran-insuran ini mestilah diserahkan kepada Klien dan Pegawai

Penguasa (P.P) dalam tempoh 14 hari dari Tarikh Surat Setuju Terima Tender. Kegagalan mengusahakan perkara ini dalam tempoh yang dinyatakan akan menyebabkan Kontraktor tidak dibenarkan memasuki tapak oleh Klien. 3.4.1.1 INSURAN KERJA (INSURANCE OF WORK) Kontraktor mestilah menginsuranskan kerja terhadap kerugian dan kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran, petir, letupan, ribut, taufan, banjir, tanah menurun, tangki air pecah atau melimpah, radas atau paip, kapal udara dan alat-alat udara lain atau artikel yang gugur dari kapal udara, rusuhan atau kekacauan awam. Nilai yang perlu dijamin adalah sama nilai dengan jumlah harga kontrak. Jaminan ini haruslah berkuatkuasa meliputi tempoh kontrak hingga siap sepenuhnya. Insurans tersebut hendaklah dilaksanakan dengan syarikat insurans yang
Page 2 of 11

DPP B2(b)

diluluskan atas nama bersama Klien dan Kontraktor. Jumlah yang perlu diinsurankan ialah jumlah harga kontrak sepenuhnya dan ditambah sebarang amaun yang dinyatakan dalam lampiran kepada Syarat-Syarat Kontrak atau di tempat lain dalam Dokumen Kontrak Insurans tersebut hendaklah meliputi keseluruhan Tempoh Siap Kerja. 3.4..1.2 INSURAN LIABILITI AWAM (PUBLIC LIABILITY INSURANCE) Kontraktor hendaklah menginsuranskan liabiliti yang berbangkit di sisi Common Law terhadap kecederaan diri, kematian seseorang atau kecederaan atau kerosakan harta yang berbangkit dari atau dalam masa perlaksanaan kerja. Insurans ini hendaklah dilaksanakan atau disenggarakan atas nama Klien atau Kontraktor. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja termasuk Tempoh Liabiliti Kecacatan (6 bulan) dan ditambah tiga bulan dan empat belas hari (3 bulan 14 hari). Walaupun had liabiliti yang hendak diinsurankan susah hendak dianggarkan, panduan mengenai had liabiliti yang diinsurankan berdasarkan nilai kontrak untuk kerja dengan faktor risiko biasa seperti berikut :
HAD LIABILTI SETIAP KEMALANGAN UNTUK BILANGAN KEMALANGAN YANG TIDAK TERBATAS RM10,000 RM25,000 RM50,000 RM75,000 RM100,000 RM150,000 RM200,000

HARGA KONTRAK

Tidak melebihi RM25,000 RM25,001 hingga RM50,000 RM50,001 hingga RM150,000 RM150,001 hingga RM250,000 RM250,001 hingga RM500,000 RM500,001 hingga RM1 juta Melebihi RM1 juta

Untuk kerja dengan risiko luar biasa seperti kerja kepada bangunan yang
Page 3 of 11

DPP B2(b)

bersambung atau kerja terowong atau seumpamanya, had liabiliti yang dinyatakan di sebelah hendaklah dinaikkan kepada amaun yang dianggap lebih sesuai dan munasabah. 3.4.1.3 INSURAN SEMUA RISIKO KONTRAKTOR (CONTRACTORS ALL RISK INSURANCE) Insurans ini boleh diterima sebagai ganti kepada Insuran Kerja dan Insuran Liabiliti Awam dengan syarat ianya menepati kehendak-kehendak yang sama. Insuran ini melindungi kerosakan bahan daripada : a. b. c. d. e. f. Kebakaran, kilat, kerosakan disebabkan kejatuhan pesawat, letupan dan pemadaman air, Kerosakan tanpa disengajakan ketika pembinaan, Runtuh, roboh, hentakan, Rompakan, kecurian, perbuatan hasad dengki Kerosakan mekanikal/elektrikal dan letupan, Kerosakan disebabkan kecacatan material, kerangka, kemahiran kerja, rekabentuk, pelan dan spesifikasi, kurang mahir, kecuaian/kesilapan manusia, g. Gelinciran, tanah runtuh, siklon, tornado, taufan, ribut, gempa bumi, letupan gunung berapi. 3.4.1.4 INSURAN PAMPASAN PEKERJA (WORK COMPENSATION IINSURANCE) Setiap pekerja yang bekerja dengan pihak kontraktor hendaklah dimasukkan di bawah skim Insuran Pampasan Pekerja sebagai perlindungan dan gantirugi kepada mereka akibat kemalangan atau kematian semasa perlaksanaan kerja. Insuran ini hendaklah dilaksanakan dengan syarikat insuran yang diluluskan atas nama majikan/klien dan kontraktor. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan Tempoh Siap Kerja termasuk Tempoh Liabiliti Kecacatan (6 bulan) dan ditambah dengan tiga bulan dan empat belas hari (3 bulan 14 hari). Jumlah amaun yang hendak diinsurankan ialah jumlah gaji pekerja yang

Page 4 of 11

DPP B2(b)

tidak layak dilindungi di bawah skim PERKESO. Kebiasaannya jumlah ini adalah dianggarkan dalam lingkungan 10% daripada jumlah harga kontrak. Setiap kontraktor perlu mematuhi akta perlindungan pekerja iaitu : Seseorang pekerja warganegara Malaysia yang menjalankan pekerjaan manual labour bergaji melebihi RM2,000 sebulan yang tidak diliputi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 perlu dilindungi di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 3.4.2 BON PERLAKSANAAN Pihak kontraktor adalah perlu menyediakan jaminan perlaksanaan dalam bentuk wang jaminan perlaksanaan atau wang cagaran, juga disebut bon perlaksanaan terhadap kerja-kerja yang akan dilaksanakan sebagaimana diminta oleh pihak klien/majikan. Bon perlaksanaan perlu disediakan dengan nilai 5% dari harga kontrak yang diterima. Ia boleh disediakan dalam bentuk Jaminan Bank/Insuran/Syarikat Kewangan. Perkara ini disediakan dalam jangkamasa 14 hari dari Tarikh Surat Setuju Terima Tender. Kegagalan menyediakan perkara ini akan menyebabkan pihak klien/majikan boleh menahan sebarang pembayaran kepada kontraktor. Pihak kontraktor perlu mendapatkan Bon Perlaksanaan ini sama ada daripada pihak bank atau syarikat kewangan atau syarikat insuran. Bon ini biasanya dibuat dengan borang standard yang dilampirkan di dalam Dokumen Tender. Jaminan ini adalah berkuatkuasa sehingga setahun (12 bulan) selepas Tempoh Liabiliti Kecacatan tamat tetapi boleh dilepaskan apabila Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan. 3.4.3 CARUMAN PERKESO (SOCSO) Caruman PERKESO (Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969) merupakan suatu perlindungan untuk pekerja-pekerja yang diambil bekerja. Kontraktor dikehendaki mendaftar dengan PERKESO serta membayar caruman-caruman dibawah skim Keselamatan Sosial Pekerja di tempat dimana skim itu dilaksanakan. Pihak kontraktor dikehendaki membuat sumbangan kepada PERKESO
Page 5 of 11

DPP B2(b)

bagi kakitangan di tapakbina yang gaji kurang daripada RM2,000 sebulan. Sebagai bukti pendaftarannya sebagai majikan dengan PERKESO, kontraktor dikehendaki mengemukakan nombor pendaftaran PERKESO pekerja dan nombor kod PERKESO majikan kepada pihak klien/majikan atau Pegawai Penguasa (PP). 3.4.4 BAYARAN LEVI CIDB (PAYMENT OF CIDB LEVI) Pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mensyaratkan projek-projek bernilai RM500,000 ke atas adalah diperlukan untuk kontraktor membayar levi sebanyak 0.125% daripada harga kontrak. Kegagalan kontraktor menjelaskan levi ini akan menyebabkan kontraktor di denda atau kerja-kerja di tapak diberhentikan. Pengecualian levi untuk kontraktor yang melaksanakan projek perumahan kos rendah dan sederhana dan kontraktor yang menggunakan kaedah Industrialised Building System Kontraktor hendaklah mengemukakan maklumat dan levi ini tidak lewat 14 hari dari tarikh Surat Setuju Terima Tender dikeluarkan atau kontrak ditandatangani atau tidak kurang dari 14 hari sebelum kerja bermula yang mana terdahulu. 3.4.5 JADUAL PERLAKSANAAN KESELURUHAN KERJA (MASTER WORK PROGRAMME) Kontraktor perlu menyediakan Jadual Perlaksanaan Keseluruhan Kerja dan mengajukan kepada pihak klien/majikan atau Pegawai Penguasa (PP). Pihak sekarang memerlukan Jadual Kerja Berbentuk Laluan Kritikal (CPM) disamping Carta Gantt. 3.4.6 CARTA ORGANISASI SYARIKAT (COMPANY ORGANISATION CHART) Carta organisasi ini perlu disediakan bagi memudahkan komunikasi tapak dan skop kerja personel ditapakbina dan ia juga perlu diajukan kepada klien atau PP. Ini adalah untuk mengenalpasti kakitangan yang mempunyai kuasa membuat keputusan berhubung kerja-kerja di tapak. 3.4.7 SENARAI PEKERJA (LIST OF WORKERS)
Page 6 of 11

DPP B2(b)

Senarai pekerja diperlukan oleh pihak klien/majikan untuk memastikan hanya pekerja yang tersenarai sahaja boleh memasuki kawasan pekerjaan. Senarai ini perlu dihantar ke balai polis berhampiran untuk tujuan keselamatan. 3.4.8 WANG PENDAHULUAN KERJA (ADVANCE PAYMENT) Bagi kontraktor-kontraktor yang kurang berkemampuan, Wang

Pendahuluan Kerja layak dipohon secara bertulis sekiranya kemudahan ini disediakan. Kebiasaannya jumlah yang boleh dipohon adalah 25% daripada harga Kerja Pembina (Builders Work) atau maksimum RM10 juta mengikut mana yang lebih rendah. Harga Kerja Pembina adalah jumlah daripada harga kontrak setelah ditolak Kerja Luar Jangka (Provisional Work) dan Jumlah Kerja-Kerja Pakar (Prime Cost Work). 3.4.9 PELAN SUSUNATUR TAPAK (SITE LAYOUT PLAN) Kepentingan susunatur tapak adalah sama seperti kepentingan

perancangan kerja dan kaedah kerja yang diikuti. Ia merupakan salah satu faktor kecekapan kerja binaan. Faktor susunatur ini turut diperlukan untuk mencapai sasaran binaan iaitu penyiapan kerja mengikut masa, kos dan kualiti yang telah dipersetujui dalam kontrak binaan. Sebaliknya, tanpa susunatur tapak yang baik, keadaan tapak menjadi tidak terkawal dan kelancaran kerja mungkin terganggu, kemungkinan boleh berlaku kemalangan yang melibatkan keselamatan pekerja. Oleh itu, sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan, setiap tapak perlu menyediakan beberapa keperluan-keperluan asas di tapak pembinaan bagi tujuan kemudahan serta memastikan keselamatan para pekerja disamping menyumbang kepada kelancaran kerja pembinaan di tapakbina. Hal ini sekaligus membantu sesuatu projek di dalam mencapai produktiviti kerja yang lebih baik dan efisien. Tahap merancang susunatur tapak secara praktikal bergantung kepada beberapa faktor seperti masa dan jumlah kos yang boleh dibelanjakan dan kebaikan yang akan didapati dari segi pencapaian efisiensi yang maksima berbanding dengan jumlah kapital (modal) yang digunakan. 3.4.10 PERMIT, LESEN DAN NOTIS (PERMIT, LICENCE AND NOTICE)
Page 7 of 11

DPP B2(b)

Permit, lesen dan notis perlu diperolehi daripada Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran supaya kerja-kerja yang dibuat mendapat kebenaran dan kelulusan yang sewajarnya. Kontraktor perlu sentiasa peka dan ambil perhatian terutama yang melibatkan kerja-kerja di luar kawasan yang kemungkinan akan mendapat bantahan atau rungutan daripada orang awam yang tinggal berdekatan dengan tapak projek seperti sistem peparitan, habuk daripada kenderaan keluar masuk kawasan dan sebagainya. 3.4.11 SERAH MILIK TAPAK (SITE HAND OVER) Serah Milik Tapak adalah proses penyerahan tapak oleh pihak klien/majikan kepada pihak kontraktor untuk memulakan kerja-kerja di tapak. Ini melibatkan kepada perkara-perkara seperti Tarikh Milik Tapak, Mesyuarat Serah Tapak dan sebagainya. Projek pembinaan tidak boleh dimulakan selagi penyerahan milik tapak tidak dibuat. Ini penting untuk memastikan bahawa kerja-kerja pembinaan yang dilakukan berlandaskan kelulusan-kelulusan tertentu dibawah pihak berkuasa tempatan dan keselamatan pekerja-pekerja serta orang ramai terjamin. 3.5 JENIS-JENIS KONTRAK (TYPES OF CONTRACT) Dalam kejuruteraan awam, terdapat pelbagai jenis projek. Setiap projek memerlukan pelaksanaan. Setiap projek melibatkan firma perunding, kontraktor, pembekal, kerajaan dan klien yang menjadi penaja projek. Untuk mengatasi pelbagai kerumitan yang mungkin timbul dalam menyiapkan sesuatu projek, beberapa jenis kontrak boleh digunakan. Jenis kontrak yang digunakan dalam industri pembinaan ialah :
a. Kontrak Gumpalan (Lump Sum Contract) b. Kontrak Ukur dan Nilai (Measure and Value Contract) c. Kontrak Kos Pembayaran Ganti (Cost Reimbursable Contract) d. Kontrak Putar Kunci (Turnkey Contract) 3.5.1

kepakaran

dalam

bidang

perancangan,

pengurusan

dan

KONTRAK GUMPALAN (LUMP SUM CONTRACT)


Page 8 of 11

DPP B2(b)

Kontrak gumpalan ialah kontrak yang dilaksanakan oleh kontraktor berdasarkan kerja yang telah ditunjukkan dalam lukisan atau skop kerja. Pembayaran untuk kerja yang telah siap dibuat berdasarkan sesuatu jumlah harga yang telah ditetapkan. Kontraktor bertanggungjawab menilai semua kos yang akan dibelanjakan dalam memenuhi keperluan kerja yang telah ditetapkan oleh klien. Pembayaran mungkin dilaksanakan secara gumpalan atau secara peringkat, bergantung kepada saiz kerja. Pembayaran untuk kontrak gumpalan juga boleh dilaksanakan berdasarkan spesifikasi piawaian kerja dan lukisan atau berdasarkan senarai kuantiti dan lukisan. Kontrak gumpalan digunakan dalam projek pembinaan kecil seperti pembinaan longkang, pagar dan bangunan kecil.
3.5.2

KONTRAK UKUR DAN NILAI (MEASURE AND VALUE CONTRACT) Kontrak ukur dan nilai merupakan kontrak yang termeterai apabila klien

membuat pembayaran kepada kontraktor berdasarkan kuantiti kerja yang telah siap. Kontrak ini digunakan untuk bangunan-bangunan yang besar serta perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum seperti bangunan penjara dan bank. Kuantiti kerja ini ialah kuantiti kerja semasa diukur dan dinilai bagi mengira jumlah pembayaran. Penilaian dan pengukuran kuantiti kerja dibuat secara senarai kuantiti atau jadual kadar harga.
3.5.3

KONTRAK KOS PEMBAYARAN GANTI (COST REIMBURSABLE Kontrak pembayaran ganti merupakan kaedah pembayaran kos

CONTRACT) sebenar kerja berserta yuran pengurusan oleh klien kepada kontraktor. Umumnya kontrak jenis ini boleh dilaksanakan melalui : Wang kos prima ditambah yuran tetap Wang kos prima ditambah peratus yuran Wang kos prima ditambah yuran sasaran Wang kos prima merupakan kos yang melibatkan kos bahan, kos upah pekerja serta kos loji dan alatan. Yuran pengurusan merupakan keuntungan dan perbelanjaan yang melibatkan yuran tetap, peratus yuran & yuran sasaran. a. Yuran Tetap
Page 9 of 11

DPP B2(b)

Yuran tetap merupakan bayaran yang telah ditetapkan oleh kontraktor dan telah dipersetujui oleh klien sebelum menandatangani kontrak. b. Peratus Yuran Peratus yuran merupakan peratus yang dikira dari jumlah kos pembinaan sebenar. Kontraktor akan mendapat imbuhan yang besar sekiranya kos pembinaan sebenar tinggi. c. Yuran Sasaran Yuran sasaran pula merupakan bayaran tambahan kepada kontraktor sekiranya kontraktor dapat menyiapkan pembinaan dengan lebih cepat dari masa yang telah ditetapkan serta memuaskan. Kadar bayaran tambahan ini mestilah dipersetujui sebelum kontrak ditandatangani. Wang kos prima merupakan kos-kos yang melibatkan kos bahan, kos pekerja dan kos peralatan atau jentera Manakala yuran-yuran yang terlibat adalah kiraan keuntungan dan perbelanjaan pengurusan.
3.5.4

KONTRAK PUTAR KUNCI (TURNKEY CONTRACT) Kontrak putar kunci merupakan kontrak yang dilaksanakan apabila klien

menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada kontraktor yang dipilih untuk merancang, merekabentuk dan mengurus kontrak secara menyeluruh. Sebelum memulakan projek, kontraktor perlu mengemukakan cadangan yang lengkap yang mengandungi rekabentuk, kaedah pembinaan dan kos terperinci dan syarat-syarat pembayaran. Kontraktor yang menyertai kontrak putar kunci secara pertandingan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar bagi menyediakan rekabentuk yang memenuhi kehendak klien. Kaedah pembayaran kepada kontraktor adalah secara sama ada : bayaran kerja tetap,
bayaran ganti kos, atau

bayaran secara perundingan. Contoh projek yang menggunakan kontrak putar kunci ialah Jambatan Pulau Pinang, Menara Kuala Lumpur, Lapangan Terbang KLIA dan Menara
Page 10 of 11

DPP B2(b)

Kembar Petronas. Melalui kontrak putar kunci, penglibatan klien/majikan secara terus mengenai perkara-perkara teknikal, kawalan kos, pengurusan dan pembinaan sangat kurang, EXERCISE 8.0 1. Naatakan jenis-jenis insuran yang perlu disediakan oleh kontraktor sebelum memulakan kerja binaan? 2. Namakan jenis insuran yang menggantikan Insuran Kerja dan Insuran Liabiliti Awam dan nyatakan perlindungannya? 3. Nyatakan DUA (2) jenis insuran nyawa yang perlu disediakan oleh kontraktor kepada pekerjanya? 4. 5. Apakah dia Bon Perlaksanaan? Pihak CIDB mengenakan LEVI kepada kontraktor. Nyatakan nilai projek dan peratus yang dikenakan LEVI? 6. 7. Apakah tujuan keperluan diadakan carta organisasi dan senarai pekerja? Jika terdapat kontraktor yang kurang berkemampuan untuk melaksanakan projek, ia perlu memohon secara bertulis untuk mendapatkan satu bentuk wang. Namakan bentuk wang tersebut dan jumlah yang boleh dipohon? 8. 9. 10. Apakah yang dimaksudkan dengan Serah Milik Tapak? Namakan EMPAT (4) jenis kontrak dan terangkan DUA daripadanya? Apakah nama kontrak yang mengambil kira aspek keselamatan?

REFERENCE : 1. Teachers handout 2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof, Abdul Aziz Abu Bakar (DBP) 3. Pengenalan Ukur Kuantiti Binaan 1 Rosli Abd. Rashid (DBP & UTM) 4. Aturcara Kontrak & Taksiran Uzairi Hj. Saidin (IBS) 5. Nota JKR (IKRAM)

Page 11 of 11

You might also like