You are on page 1of 1

Penternakan itik Moskovy

Penternakan itik semakin berkembang di Malaysia. Antara itik daging yang semakin popular ialah itik Moskovy. Itik ini dibiakkan daripada induk yang diimport dari negara Perancis. Proses penternakan itik ini terbahagi kepada beberapa peringkat. Pada peringkat dua minggu yang pertama, itik ini perlu mendapat bekalan air dan makanan yang mencukupi. Air tersebut hendaklah dicampurkan dengan vitamin dan antibiotik. Bahagian muncung itik hendaklah dipotong sedikit supaya tidak berlaku kecederaan sekiranya itik-itik ini memagut sesama sendiri. Hal ini dilakukan pada usia anak itik satu minggu atau dua minggu. Pada umur tiga minggu hingga empat minggu pula, itik boleh dididik bermain di air. Anak-anak itik boleh dilepaskan di sekeliling reban untuk memakan rumpai dan serangga. Itik Moskovy mula membesar dengan cepat pada peringkat umur lima minggu. Pengambilan makanan dan minuman pada peringkat ini semakin meningkat. Itik ini sedia dipasarkan apabila mencapai usia antara 11 minggu hingga 13 minggu. Purata berat badan seekor itik pada usia ini boleh mencapai tiga kilogram.

You might also like