Sejak belakangan ini, pembangunan tanpa batasa kini merupakan perubahankian pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuandalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impakdaripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Adakah kita inginmembiarkan alam sekitar terjejas semata-mata supaya dapat mengejarkemajuan? Apakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalahini? Jadi, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya.Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihanalam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikiankerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akanmendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar.Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawamerupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisanlapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat berbahayakepada masyarakat di jagatraya. Oleh itu, penggunaan bahan ini perludikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitaryang dianugerahi oleh Tuhan.Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspenpenjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini penting sebagai langkah menjagaalam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telahdibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telahditetapkan? Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuang sisatoksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlakutanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskanpucuk masing-masing. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harusdiperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaranalam sekitar.Dalam pada itu, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perludiambil perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadappenjagaan alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untukdigunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidakdiperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagaicontoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagimenghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagaitisu.Keadaan ini dikatakan “sambil menyelam minum air” Melalui cara ini,sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos mereka sekali gus dapatmemelihara kebersihan alam sekitar.