Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
62Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Modul Rekoder

Modul Rekoder

Ratings: (0)|Views: 5,802 |Likes:
Published by Ernieyanti Bakri

More info:

Published by: Ernieyanti Bakri on Jul 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/09/2014

pdf

text

original

 
Pengenalan
Sejarah Rekoder Rekorder termasuk didalam keluarga instrumen yang dikenali sebagai
‘fipple flute’
yang membawa maksud alat tiupan yang mempunyai ‘fipple’ ataualiran udara yang ditiup akan disekat dihujungnya (dikenali sebagai ‘blockflute’ diJerman). Penyekatan dihujung alat tersebut akan mewujudkan satu lohong udarayang akan menyebabkan udara yang ditiup melaluinya akan keluar melaluilubang-lubang yang akan menghasilkan satu bunyi yang jelas dan tersendiri.Alat tiupan lain yang termasuk di dalam keluarga ini ialah ‘flageolet’, ‘whistle’ dan‘three holed tabor pipe’.Rekoder Diperingkat Awal KewujudannyaInstrumen berbentuk tiupan telah wujud sebenarnya sejak beribu-ributahun yang lalu. Ini terbukti dengan terjumpanya alat tiupan yang diperbuat daritulang kambing biri-biri dari Zaman Besi di England. Namun rupanya bukanlahseperti rekoder yang kita kenali sekarang iaitu yang mempunyai lapan lubang(tujuh didepan dan satu dibelakang). Tarikh kewujudan rekorder yangsebenarnya di Eropah telah menjadi suatu perdebatan akademik yang hangat.Kemungkinan besar ianya wujud di zaman mediaeval iaitu sekitar enam hinggatujuh ratus tahun yang lalu namun ia bukan ketentuan yang khusus. Kebanyakan
1
 
Rajah 1.0 Rekoder Baroque
 
apa yang dipanggil ‘recorder’ yang dilihat pada lukisan-lukisan yang lama tidakmenggambarkan ianya dalam ertikata yang sebenar. Ianya tidak seratus peratus jelas walaupun instrumen asal yang paling popular yang ditemui di Dordrecht,Belanda pada tahun 1940. Rekoder Dordrecht itu dipercayai bertarikh awal kurunke15 kerana rumah di mana tempat ia ditemui telah terbengkalai pada tahun1418. Walaubagaimanapun, dengan ketiadaan bahan lain untuk menjadi rujukandan perbandingan, adalah mustahil untuk menyatakan yang ianya mewakilipelbagai instrumen yang dibuat pada zaman itu.Sudah tentu ini adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan bagi pengkajimuzik zaman medieval walaupun beberapa percubaan telah dibuat bagimembuat ‘salinan’ atau contoh apa yang dipanggil ‘mediaeval recorders’. Tiadasatu pun instrumen ini yang benar-benar jelas dan tulin dan tidak ada satu buktikukuh tentang bagaimana bunyi sebenarnya ‘mediaevar recorders’. Yang terbaikyang boleh dinyatakan ialah, ianya mungkin satu instrumen mudah yangmempunyai ton yang jelas dan bidang not yang kecil.Bukti kewujudan paling kukuh yang boleh digunapakai ialah ‘RenaissanceRecorders’ bertarikh penghujung zaman Renaissance di kurun ke 16. Rekoder Renaissance agak berlainan dari mereka yang telah biasa dengan instrumenBaroque yang lebih halus dan lembut bunyinya. Instrumen Renaissance berbunyilebih garau, kuat dan kasar terutama yang bernada rendah dan bunyinya lebih‘asli’ dari bunyi Baroque. Ianya mempunyai bidang (range) sekitar satu oktaf bebanding sedikit lebih dua oktaf bagi Baroque. Namun ianya bukanlah satu
2
 
masalah kerana muzik zaman Renaissance yang ditulis untuk instrumen ini tidakmemerlukan bidang yang luas.Rekoder Renaissance mempunyai lubang jari yang lebih besar dandikatakan berbentuk selinder walaupun sebenarnya ia agak mengecildihujungnya. Mempunyai rekabentuk yang lebih mudah tanpa ukiran hiasan.Instrumen yang asal diperbuat secara terus sebatang namun yang ada sekarangboleh dilerai bagi tujuan kemudahan menyimpan, membawa dan menjagakebersihannya. Tidak ada juga peraturan yang khusus tentang kedudukantangan dan penjariannya. Tangan yang mana harus di bawah atau tangan yangmana di atas.Rekoder Baroque adalah yang selalu diguna. Pada kurun ke 17 ia melaluiproses transisi dimana lubangnya lebih kemas dengan bentuk seperti kon yangkecil dibawah dan semakin besar ke atas. Pembuatannya semakin diimprovisasidengan bidang notasi dan ‘range’nya semakin dilebarkan, bunyi yang halus dansempurna serta lebih fleksibel untuk dimainkan secara solo. Rekoder juga telahmula digunakan dalam muzik orkestra pada masa itu.Diawal kurun ke 18, flut traverso mula menjadi lebih popular. Kekuranganyang paling ketara pada rekoder ialah ia adalah instrumen yang ‘lembut(berbunyi agak perlahan) berbanding flut traverso yang lebih kuat bunyinya danlebih luas rangenya menjadikannya lebih sesuai untuk dimainkan dalam orkestra.Rekoder semakin kurang dimainkan sehingga ia hampir pupus. Pada kurun ke19 ia dimainkan semula tetapi lebih kepada penghayatan sejarah muzik. Seni
3

Activity (62)

You've already reviewed this. Edit your review.
Qabil Benjamin liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Ika Iki liked this
Rusmaza Shafie liked this
Ida Ayuni liked this
Ida Ayuni liked this
husna269 liked this
Prakash Rao liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->