You are on page 1of 6

PROGRAM CERAMAH BERFIKIR SECARA KREATIF

2011

LAPORAN PROGRAM CERAMAH BERFIKIR SECARA KREATIF PENGENALAN : Manusia menggunakan akal untuk berfikir kreatif tentang cara hendak menyelesai masalah dan membuat keputusan. Menurut Piaget (1970), ketika bayi lagi manusia telah berfikir tentang cara hendak memenuhi keperluan di peringkat sensori motor. Aktiviti berfikir difahami melalui pemerhatian tingkah laku bayi. Tingkah laku bayi pula bergantung kepada tahap keupayaan dan kematangan kanak-kanak sebagaimana yang dikatakan oleh Lilian dan Virgil (1971) tentang kanak-kanak yang dilahirkan normal mempunyai potensi kreatif tetapi tahap kekreatifan agak berbeza antara satu sama lain. Perbezaan tahap kekreatifan yang ada pada kanak-kanak adalah disebabkan oleh keupayaan mental yang berbeza-beza kerana mewarisi genetik yang berlainan (Sufean Hussin, 1996). Menurut Hassan Langgulung (1997), melalui pemupukan dan latihan membolehkan interaksi unsur genetik dengan unsur-unsur persekitaran. Akhirnya membentuk pelbagai watak, nilai, sikap dan jenis tenaga manusia. Potensi kreatif boleh dipertingkatkan. Dapatan kajian Torrance (1963) menunjukkan bahawa melalui rangsangan persekitaran membolehkan potensi kreatif berkembang berbanding dengan kanak-kanak terbiar, potensi kreatif kanak kanak kaku dan beku. Jelas di sini, walaupun potensi kreatif hadir bersama-sama dengan kelahiran, perkembangannya bergantung kepada individu dan persekitaran khususnya melalui pengajaran di bilik darjah secara formal dan akan mengubah berfikir biasa yang menjadi rutin kepada yang baru, asli, banyak dan pelbagai. 1. 2. OBJEKTIF : 1. 2. 3. Menyedarkan murid terhadap kemampuan berfikir secara kreatif Maklumat baru dapat disalurkan secara langsung Peserta dapat tahu beza berfikir secara normal dan kreatif Peserta tahu berfikir secara kreatif dapat memudahkan sesuatu tugas Peserta membuat pilihan bijak memilih alat yang dicipta secara kreatif seperti beg beroda untuk kegunaan seharian

RASIONAL :

MATLAMAT :

UBK SKHMC

PROGRAM CERAMAH BERFIKIR SECARA KREATIF

2011

SASARAN : TARIKH: TEMPAT :

Semua pelajar 21 JUN 2011 DATARAN BERBUMBUNG SKHMC

MASA DAN JADUAL:

BIL 1.

AKTIVITI Pembukaan Doa Bacaan Doa

WAKTU 8.00 pg

TINDAKAN Guru Bimbingan Ustaz Rushdan

2.

Taklimat Berfikir Secara Kreatif

8.15 pg

Penceramah jemputan Pegawai Pemasaran Stabilo Guru Bimbingan

2. 3.

Pameran Alat Tulis Soal Jawab Penutup

9.50 pg 10.00 pg

UBK SKHMC

PROGRAM CERAMAH BERFIKIR SECARA KREATIF

2011

ANALISIS SWOT

OBJEKTIF
Peserta dapat tahu beza berfikir secara normal dan kreatif

KEKUATAN
Latihan dan aktiviti dijalankan di sekolah bersama guru

KELEMAHAN
Murid tidak mahu menjalankan aktiviti yang diarahkan

PELUANG
Murid akan berada di sekolah sepanjang tahun 2011

ANCAMAN
Murid malas untuk menyiapkan tugasan yang diberikan

Peserta tahu berfikir secara kreatif dapat memudahkan sesuatu tugas

Guru sebagai permudahcara dalam setiap tugasan dan aktiviti yang dijalankan di sekolah

Murid yang tidak serius semasa mendengar penerangan dan tunjuk ajar

Soal jawab bolah dilakukan bersama guru terlibat

Pengaruh kawan untuk bermain dan tidak ambil perhatian kepada guru

Peserta membuat pilihan bijak memilih alat yang dicipta secara kreatif seperti beg beroda untuk kegunaan seharian

Pelbagai alatan kegunaan murid dijual untuk kegunaan seharian pelajar di pasaran semasa

Murid tidak mengambil peluang dan malu diejek oleh rakan di sekolah

Program bimbingan dan saluran maklumat yang diberikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling secara berkala

Ibubapa tidak mampu untuk membeli alatan tersebut

UBK SKHMC

PROGRAM CERAMAH BERFIKIR SECARA KREATIF

2011

KEHADIRAN : Secara keseluruhannya, kehadiran sangat memuaskan, 97% murid yang terlibat untuk menghadiri program ini telah menghadirinya. Aktiviti yang dijalankan semasa sesi persekolahan menjadi pemangkin kepada kehadiran peserta program.

Laporan disediakan oleh :

..................................... (En. Ahmad Kamil bin Sharudin) Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Hj Mahmud Chemor Ipoh Disemak dan disahkan oleh :

(Pn Salmah Binti Abu Amin) Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Hj Mahmud Chemor Ipoh

UBK SKHMC

PROGRAM CERAMAH BERFIKIR SECARA KREATIF

2011

UBK SKHMC

PROGRAM CERAMAH BERFIKIR SECARA KREATIF

2011

LAPORAN BERGAMBAR

UBK SKHMC

You might also like