You are on page 1of 62

1 Pn Siti Sara; Terlebih dahulu tahniah kerana anda sedang berusaha untuk memurnikan kajian anda.

Teruskan usaha anda dengan fokus kepada komen-komen berikut: SILA BACA DAHULU KOMEN TERSEBUT! 1) Abstrak yang ditulis adalah tidak betul! Kenapa ada perkataan akan dalam abstrak tersebut? Mana dapatan yang diperolehi? Apakah rumusannya? Implikasinya? Kenapa tidak disebut dalam bahagian ini? Berapa kali saya harus sebut perkara ini? Sila rujuk komen kali pertama saya! Sila perbetulkannya! 2) Kenapa kerangka konsep tidak dibetulkan? (c) Mengesan sikap saintifik dan nilai murni pelajar melalui strategi peta minda dan pembelajaran tradisional. Anda kaji sikap saintifik dan nilai murni dalam satu soalan? Mana boleh buat macan ini? Ada dua variable!! Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Peta Minda Terhadap Peningkatan Prestasi, Sikap Positif dan Motivasi Pelajar dalam Pembelajaran Sains dalam topik Pelbagai Bentuk dan Sumber Tenaga Tingkatan satu. Rajah 1.4: Rangka konsep Kajian Anda guna perkataan sikap positif! Anda guna perkataan sikap saintifik, adakah kedua dua ini sama? Sila selaraskan! Anda tidak baca komen kali kedua saya ke? Prestasi, sikap positif dan motivasi pelajar setelah menerima kaedah pembelajaran peta minda adalah di antara hasil kajian ini. Mana boleh sebut Diantara? Fokus kepada soalan kajian anda! 3) Obkektif kajian dan soalan kajian No 2 anda adalah salah! Mana boleh ada dua variable dalam satu soalan? Sila betulkannya. Sudah DUA KALI saya sebut perkara ini! Masih tidak faham ke? Mengenalpasti kesan kaedah pembelajaran melalui peta minda dalam memupuk nilai dan sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional Nilai = satu variable, sikap = satu variable!. 4) Hipotesis yang ditulis adalah juga salah! Sila betulkannya semula! 5) Tujuan kajian anda masih lagi tidak jelas! Anda menulis: Maka kajian ini bertujuan untuk menimbang penggunaan peta minda sebagai satu strategi pembelajaran yang berkesan dalam pengajaran Mana boleh menimbang? Ini adalah kajian sila jelaskan dengan fokus kepada tujuan yang sama!

6) Pastikan bahawa semua huruf s dalam perkataan sains ditulis dengan huruf S yang besar seperti Sains 7) Anda menulis: Kajian ini menekankan kepada langkah-langkah untuk membuktikan bahawa strategi menggunakan peta minda bersaiz poket ini dapat digunakan untuk meningkatkan daya ingatan pelajar dan menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran dapat memperbaiki amalan pengajaran guru. Cara penulisan ini adalah tidak betul. Sila nyatakan tujuan kajian anda dengan fokus kepada persoalan kajian yang akan di selidiki! 8) Pernyataan masalah anda harus dibuktikan melalui rujukan..sila nyatakan rujukannya Contoh ia itu menurut Halim, (2009) guru-guru tidak mengajar.. 9) Semasa anda menulis tujuan kajian jangan sebut perkataan Ini diharapkan.. Nyatakan terus tujuan kajian anda dengan jelas dan terang! 10) sains adalah satu matapelajaran, oleh itu sila tulis sebagai matapelajaran Sains, anda menulis terhadap sains , belajar sains. Sila pastikan anda memurnikan semua ini dalam seluruh kajian anda! 11) Anda tidak konsisten dengan apa yang sebenarnya anda sedang kaji: Anda menulis Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Peta Minda Terhadap Peningkatan Prestasi, Sikap Positif dan Motivasi Pelajar dalam Pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian akademik, pembentukan sikap yang positif di kalangan pelajar , motivasi dan sikap saintifik pelajar dalam proses pengajaran Sila selaraskan mengikut objektif dan persoalan kajian anda 13) Tajuk kajian anda adalah menggunakan peta minda bersaiz poket, bukannya teknik peta minda.Oleh itu kenapa teknik peta minda disebut dalm persoalan kajian anda? Adakah anda

3 gunakan teknik peta minda, peta minda atau peta minda bersaiz poket? Yang mana satu ini? Sila selaraskan dan jadikannya konsisten! Anda menulis: 1) Untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran menggunakan teknik peta minda berbanding pembelajaran tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar. 2) Mengenalpasti kesan kaedah pembelajaran melalui peta minda dalam memupuk nilai dan sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional. 3) Untuk melihat perbandingan kesan kaedah pembelajaran melalui peta minda terhadap peningkatan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional. Anda harus menulis semua objektif tersebut dengan menyebut perkataan peta minda bersaiz poket! Begitu juga dengan persoalan kajian anda! 14) Anda menulis Kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda diharapkan dapat mengatasi masalah ini dan melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi, berminat dalam menambahkan ilmu pengetahuan, meneroka alam sains, memperkembangkan konsep kendiri dan menanam sikap saintifik dan nilai murni di dalam diri masing-masing. Adakah anda menmggunakan teknik peta minda atau peta minda bersaiz poket? Adakah anda mengkaji konsep kendiri? Sila jelaskan dan perbetulkannya! 15) Dalam bahagian 2.1 anda tidak memberi ulasan mengenai kajian kajian yang telah dijalankan, apa kaitan kajian tersebut dengan kajian anda, kelemahan kajian tersebut berbanding dengan kajian anda? Kenapa anda harus jalankan kajian ini? Anda cuma melaporkan balik apa yang telah dijalankan oleh pengkaji lain! 16) Anda tidak menjelaskan mengenai Rajah 2.2 apakah kandungannya, bagaiman ia beroperasi? Sila jelaskan! 17) Dalam bahagian 2.4 , anda menulis Sekarang huraikan pula bagaimana untuk membuat peta minda khususnya kepada para pelajar. Apa ini? Dari mana anda cut and paste atau dapatkannya? Sila jelaskan? Adakah anda membaca apa yang anda tulis ini?

4 18) Tulis semula rumusan untu bahagian 2.6 semula, berpandukan kepada komen yang telah diberikan! 19) Sila tulis semula Bab 3, bahagian pengenalan anda ! 20 ) Sila jelaskan 15 item yang digunakan dalam borang soal selidik dalam bahagian Soal selidik yang digunakan. Jelaskan item tersebut dalam bentuk Jadual Contoh: Item no 1 Soalan Adakah anda berminat belajar matapelajaran Sains? Kategori Minat

21) Pastikan semua Borang Soal selidik, Ujian Pra / Pos , Soalan Temubual / terbuka, Borang Pemerhatian disertakan sebagai Lampiran yang berlabel! 22) Dalam bahagian 3.4, tajuk anda adalah Peta Minda bersaiz Poket, tetapi penerangan yang diberikan adalah mengenai peta minda? Sila selaraskannya! 23) Anda menggunakan item item berbentuk negatif. Anda menulis Item yang bersifat negatif diterbalikkan skala nilainya kepada nilai yang sepadan sebelum ia dianalisis. Sila jelaskan item tersebut dalam bahagian 3.6 dengan terperinci, iaitu item mana yang berbentuk negatif dalam bentuk jadual! Jelaskan juga mengenai item-item yang menguji sikap saintifik dan nilai murni dalam bentuk Jadual! 24) Anda tidak menerangkan mengenai jenis ujian statistik yang anda gunakan dalam bahagian 3.6? Apakah jenis ujian statistik yang anda gunakan? Sila rujuk komen pada bahagian tersebut dan jelaskannya! 25) Dalam bahagian 3.6 anda juga tidak menyatakan bagaimana anda akan menganalisa data yang diperolehi , iaitu dengan mengunakan perisian apa? SPSS ke? Versi apa? Sila jelaskannya! 26) Tulis semula Bahagian 4.0 (Pengenalan): nyatakan tujuan kajian anda, nyatakan dengan ringkas apa yang akan dibincangkan dalam bab ini!

5 26) Untuk bahagian ini: 4.2.2 Perbandingan Pembelajaran Menggunakan Peta minda dan Pembelajaran Tradisional Terhadap Sikap dan Nilai Positif Pelajar Saya mahu anda focus kepada satu variable sahaja, sila tulis semula bahagian ini! Saya tidak akan membaca selagi anda perbetulkannya! 27) Dalam Bab 4 anda menyebut perkataan peta minda anda tidak menyebut peta minda bersaiz poket Apa sebanarnya yang and kaji ini, anda gunakan peta minda biasa atau peta minda bersaiz poket? Sila jelaskannya dan perbetulkannya! 28) Anda tidak melaporkan dapatan yang diperolehi dari borang pemerhatian seperti yang anda jelaskan anda menggunakannya dalam Bab 3? Mana dapatannya? Kenapa ia tidak dilaporkan dalam Bab 4? 29) SAYA TIDAK MEMBACA BAB 5 ANDA KERANA ANDA ADA BANYAK PEMBETULAN YANG HARUS DILAKUKAN. SILA LAKUKANNYA DAN OLEH SEMULA BAB 5 ANDA MENGIKUT ACUAN BAB 1 , 2 3 DAN 4!

KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNIK BELAJAR MENGGUNAKAN PETA MINDA BERSAIZ POKET DALAM MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN SAINS TINGKATAN SATU

SITI SARA BT ABU BAKAR 790915025548001 BACHELOR OF EDUCATION ( SCIENCE) WITH HONOUR (BESC) PPW PULAU PINANG 019-4734700 DR. PARVINDER SINGH

FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2010

ISI KANDUNGAN PERKARA Pengakuan Penghargaan Abstrak BAB I MASALAH KAJIAN i ii iii Muka surat

1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8

Pengenalan Latar Belakang Kajian Penyataan Masalah Rangka Konsep Tujuan Kajian Kepentingan Kajian Batasan kajian Takrifan Istilah Rumusan TINJAUAN LITERATUR

BAB II 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6

Pengenalan Kajian Berkaitan Teknik Pembelajaran Menggunakan Peta Minda Peta Minda Bersaiz poket ( P-MM) Tatacara Membuat Peta Minda Kepentingan Peta Minda Rumusan

BAB III 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6

METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan Rekabentuk kajian Populasi dan Sampel Kajian Instrumen kajian Prosedur Pengumpulan Data Prosedur Menganalisis Data Rumusan

BAB IV 4.0 4.1 4.2 4.3 BAB V 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6

DAPATAN KAJIAN

Pengenalan Profil Sampel Laporan Dapatan Kajian Rumusan PERBINCANGAN & KESIMPULAN Pengenalan Ringkasan Kajian Perbincangan Dapatan Kajian Kesimpulan Dapatan kajian Implikasi Dapatan kajian Cadangan Kajian Lanjutan Rumusan

RUJUKAN LAMPIRAN

PENGAKUAN

Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tarikh: 24 MEI 2010

Tandatangan:. Siti Sara Bt Abu Bakar 790915025548001

XXX

XXX

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya,dapat saya menyiapkan Kajian Berasaskan Sekolah ini mengikut jadual yang telah ditetapkan sebagai memenuhi syarat bagi mendapatkan Ijazah Sarjana Muda (Sains) Dengan Kepujian. Setinggi-tinggi penghargaan kepada tutor kajian bahagian 1, Dr Yeoh Poh Choo kerana telah banyak memberi penerangan dan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya tanpa mengenal rasa dalam memberi kefahaman untuk menjalankan kajian ini . Tidak lupa juga kepada tutor

2 kajian bahagian ke 2, Dr Parvinder Singh yang juga telah banyak memberi panduan yang berguna. Segala tunjuk ajarnya jasa baiknya tidak akan dilupakan. Terima kasih atas segala ilmu yang telah dicurahkan Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua, guru penolong kanan, guru pembimbing Puan Noorhayati bt Zakaria serta para pelajar kelas 1PE1 dan 1KP1 di sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang telah banyak membantu dan memberi bimbingan sepanjang kajian dijalankan. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan di Open University Malaysia, PPW Pualau Pinang yang telah bekerjasama dengan baik dalam menjana idea dan mencurahkan buah fikiran bagi menghasilkan kajian yang terbaik. Yang paling disayangi ,kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada suami tercinta Mohd Rohaizad b Mustafa kerana telah memberi segala pengorbanan dan semangat serta motivasi dalam menyiapkan kajian ini. Begitu juga dengan anak-anak tersayang, Nurina Izzati, Muhammad Syahmie Fitri dan Muhammmad Sufi Adlie yang setia dan sabar menunggu dengan tugasan yang amat mencabar yang dilakukan ini. Semoga dengan segala usaha murni ini akan diredhai olehNya. Terima kasih semua. XXXX XXXX XXXXX

KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNIK BELAJAR MENGGUNAKAN PETA MINDA BERSAIZ POKET DALAM PEMBELAJARAN SAINS TINGKATAN 1

ABSTRAK

2 Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kaedah pembelajaran mengunakan teknik peta minda bersaiz poket dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar serta mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar-pelajar Tingkatan 1 dalam tajuk Pelbagai sumber dan Bentuk Tenaga . Kajian ini melibatkan seramai 60 orang pelajar dari sebuah kelas dalam Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah yang terdiri daripada pelajar-pelajar pada tahap pencapaian yang pelbagai dalam mata pelajaran Sains. Kajian ini diharapkan dapat menghasilkan dan menunjukkan peningkatan yang positif dalam kefahaman pelajar yang berbeza cara dan latar belakang pembelajaran. Kajian yang akan dijalankan ini adalah bersifat kuantitatif yang melibatkan ujian pra pada peringkat awal kajian (sebelum pengkaji memulakan aktiviti pembelajaran) dan diikuti oleh ujian pos (selepas aktiviti P&P yang dirancang telah dilaksanakan). Semua data yang dikumpul akan dibuat perbandingan dan dianalisis untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan pendekatan menggunakan kaedah peta minda dalam mata pelajaran Sains di sekolah.

BAB 1

MASALAH KAJIAN

1.0

Pengenalan

2 Sains merupakan salah satu bidang ilmu yang dapat membawa negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Penggunaan ilmu pengetahuan dengan berteraskan masyarakat berilmu, saintifik dan progresif serta mampu melahirkan pengurus alam yang dapat menjamin keharmonian hidup secara optimum dalam membentuk warganegara yang kritis, kreatif dan berketrampilan dengan mengamalkan budaya sains dan teknologi. Warganegara yang berkualiti adalah insan yang mempunyai semangat ingin tahu, berfikiran terbuka, gigih dan bersikap objektif dalam segala usaha dengan tidak meminggirkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Peta minda merupakan suatu lakaran grafik pemikiran individu yang membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti dan membuat sesuatu persembahan dan sebagainya. Ia adalah alat berkesan yang mendorongkan pemikiran kreatif. Selain itu, bentuk peta minda juga berbagai-bagai bergantung kepada kreativiti seseorang individu tersebut. Tiga elemen di dalam bidang sains iaitu pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni perlu diintegrasikan bagi meningkatkan mutu pendidikan sains. Sains adalah satu bidang ilmu pengetahuan yang menyediakan rangka konsep bagi menyediakan pelajar memahami keadaan di sekeliling mereka. Pengajaran sains adalah bertujuan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran sains dengan memupuk daya pemikiran saintifik dan nilai-nilai murni yang diterima di persekitaran budaya Malaysia. Penglibatan pelajar secara aktif dapat membantu mereka dalam mengharungi arus kehidupan yang berkesan dan bermakna seiring dengan perkembangan dunia sains dan teknologi. Oleh itu, pelajar harus membina pemahaman yang bermakna terhadap alam sekeliling mereka. 1.1 Latar Belakang Kajian

Kaedah pembelajaran tradisional seperti pembelajaran berpusatkan guru, kuliah dan latih tubi secara individu sering digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini, dilihat sebagai satu cara penyampaian ilmu yang berkesan dalam jangka masa yang pendek. Namun peratusan pelajar yang mengikuti pembelajaran sains secara tradisional ini, tidak begitu berkesan. Justeru itu, keputusan peperiksaan di dalam mata pelajaran sains masih kurang Ini kerana guru tradisional menjadikan pelajar pasif (Hotler,1994). Kebanyakan memuaskan sama ada di peringkat menengah rendah atau menengah atas. pembelajaran

2 mengamalkan kaedah pengajaran biasa yang tidak ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna dan berkesan. (Ee Ah Meng, 2004). Kini penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur ( Subadrah, 2001). Satu kajian yang dijalankan oleh Osman Affan (2008) , membuktikan kaedah peta minda ini menggunakan kedua-dua belah otak dan dengan cara ini, dapat meningkatkan lagi produktiviti dan ingatan memori pelajar. Pendekatan pembelajaran yang betul dan tepat dilihat sebagai penyumbang ke arah merealisasikan kecemerlangan pendidikan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Sains yang mempunyai impian untuk melahirkan modal insan yang mempunyai keseimbangan diri terutama dari segi perkongsian idea dalam suasana yang tidak terancam bagi melahirkan insan berkebolehan, berkemahiran tinggi, bertanggungjawab dan berfikiran positif dalam membentuk suasana yang selesa kepada agama, nusa dan bangsa. Maka kajian ini bertujuan untuk menimbang penggunaan peta minda sebagai satu strategi pembelajaran yang berkesan dalam pengajaran sains Tingkatan satu dalam topikPelbagai bentu dan sumber tenaga dalam meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep-konsep sains yang abstrak. Pembelajaran melalui peta minda akan lebih bermakna kerana ia tidak membosankan dan menggunakan pengetahuan sedia ada dan pengetahuan yang baru diterimanya bagi menunjukkan perkaitan dan perhubungan diantara konsep sains yang dipelajarinya. Dengan cara ini pemahaman pelajar dapat dikukuhkan dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sains akan meningkat. 1.2 Penyataan Masalah Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan yang

bersesuaian untuk digunakan. Namun, kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan pemahaman pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran atau pun tidak. setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar konteks sebenar. Adakalanya

3 Ingatan dan kefahaman konsep memainkan peranan yang utama di dalam pendidikan sains bagi meningkatkan prestasi diri pelajar. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk adalah jauh ketinggalan dalam menjelaskan konsep-konsep yang abstrak . Oleh itu, kajian yang dijalankan adalah amat penting dalam menentukan tahap keberkesanan pembelajaran menggunakan teknik peta minda bagi subjek sains yang bertajuk Pelbagai Bentuk dan Sumber Tenaga dalam Sains Tingkatan 1 KBSM. Kajian ini menekankan kepada langkah-langkah untuk membuktikan bahawa strategi menggunakan peta minda bersaiz poket ini dapat digunakan untuk meningkatkan daya ingatan pelajar dan menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran dapat memperbaiki amalan pengajaran guru. 1.3 Rangka Konsep Kajian ini adalah satu cubaan untuk membanding kesan kaedah pembelajaran menggunakan peta minda bersaiz poket dengan kaedah pembelajaran tradisional terhadap peningkatan prestasi, sikap dan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sains untuk pelajar tingkatan satu di dalam topik pelbagai bentuk dan sumber tenaga. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen di mana sampel dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kumpulan kawalan diajar dengan kaedah pembelajaran tradisional manakala, kumpulan eksperimen pula diajar dengan kaedah pembelajaran peta minda . Prestasi, sikap positif dan motivasi pelajar setelah menerima kaedah pembelajaran peta minda adalah di antara hasil kajian ini.

Instrumen Ujian Pra Borang pemerhatian Ujian Pos Soal selidik Sikap

Analisis Data

Sampel Kumpulan Eksperimen Kumpulan Kawalan

Min sisihan piawai Ujian-t

Objektif a) Mengenalpasti keberkesanan pembelajaran peta minda berbanding pembelajaran tradisional. b) Mengenalpasti kesan kaedah pembelajaran peta minda berbanding pembelajaran tradisional terhadap peningkatan prestasi pelajar. c) Mengesan sikap saintifik dan nilai murni pelajar melalui strategi peta minda dan pembelajaran tradisional.

Pembelajaran menggunakan Peta minda

Pembelajaran Tradisional

Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Peta Minda Terhadap Peningkatan Prestasi, Sikap Positif dan Motivasi Pelajar dalam Pembelajaran Sains dalam topik Pelbagai Bentuk dan Sumber Tenaga Tingkatan satu. Rajah 1.4: Rangka konsep Kajian 1.3 Tujuan Kajian Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda dalam mata pelajaran sains tingkatan satu ke atas tajuk Pelbagai Bentuk dan Sumber Tenaga. Ini diharapkan dapat meningkatkan pencapaian akademik, pembentukan sikap yang positif di kalangan pelajar , motivasi dan sikap saintifik pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.4.1 Objektif Kajian

Kajian ini secara terperincinya ingin mencapai tiga objektif iaitu:

2 a) b) Untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran menggunakan teknik peta minda berbanding pembelajaran tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar.XXX Mengenalpasti kesan kaedah pembelajaran melalui peta minda dalam memupuk nilai dan sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah c) pembelajaran tradisional. Untuk melihat perbandingan kesan kaedah pembelajaran melalui peta minda terhadap peningkatan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional. 1.4.2 Persoalan Kajian

a) Adakah kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda lebih berkesan berbanding pembelajaran bercorak tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar? b) Adakah pembelajaran menggunakan teknik peta minda dapat memupuk sikap dan nilai positif terhadap sains kepada pelajar berbanding kaedah pembelajaran tradisional ? c) Adakah pembelajaran menggunakan teknik peta minda dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional ?

1.4.1

Hipotesis Kajian

Hipotesis Nol (HN 1) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan prestasi dalam mata pelajaran sains sebelum pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket. Hipotesis Alternatif (HA 1) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan prestasi dalam mata pelajaran sains sebelum pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket.

Hipotesis Nol ( HN 2) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap dan nilai positif pelajar dalam mata pelajaran Sains pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda yang bersaiz poket . Hipotesis Alternatif (HA 2) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap dan nilai positif pelajar dalam mata pelajaran Sains pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda yang bersaiz poket .

Hipotesis Nol ( HN 2) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan motivasi pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket. Hipotesis Alternatif (HA 2) Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan motivasi pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket. 1.5 Kepentingan Kajian

2 Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam mata pelajaran sains perlu dipelajari dengan menggunakan kaedah yang berkesan, menarik dan menyeronokkan. Kaedah pembelajaran yang sesuai dapat menjadikan mata pelajaran sains lebih bermakna dan mudah dikuasai oleh pelajar. Kajian ini diharapkan dapat membawa perubahan yang positif kepada pelajar di dalam menguasai subjek sains sama ada ketika kegiatan amali di dalam makmal mahu pun di dalam kelas. Dengan perubahan sikap yang positif , diharapkan kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda menjadi satu alternatif yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk meningkatkan prestasi pelajar. Kajian ini diharapkan menjadikan pembelajaran lebih berstruktur dan berpusatkan pelajar. Kajian ini juga diharapkan dapat menarik sokongan yang positif daripada pelbagai pihak untuk melaksanakan pengajaran yang berkualiti dan berkesan.

1.6 Batasan Kajian Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut: 1. Kajian akan menggunakan bilangan pelajar yang terbatas di salah sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang . Oleh itu, kajian ini adalah lebih sesuai untuk pelajar-pelajar di sekolah tersebut. 2. Kajian ini melibatkan murid-murid daripada pelbagai kecerdasan dan kebolehan serta pelbagai latar belakang hidup. 3. Kajian ini akan mewujudkan kesukaran untuk mengawal pembolehubah luar yang memesong dari tujuan kajian seperti maklumat palsu yang diberikan oleh pelajar. 1.4 Takrifan Istilah Terdapat beberapa istilah yang perlu diperjelaskan.

1 1.7.1 Pembelajaran Teknik Peta Minda bersaiz poket

Peta minda merupakan satu alat pengurusan minda yang amat berguna dalam menghasilkan perhubungan dan kesepaduan terutamanya dalam menghubungkaitkan rangka isi sesuatu fakta dan konsep dalam sains. Peta minda membolehkan kita mengumpulkan banyak maklumat dalam satu muka surat dan memerhatikan perhubungan di antara beberapa topik dan subtopik . Suatu keputusan dari maklumat yang banyak telah dipermudahkan. Berbanding dengan cara yang lain, peta minda membolehkan kita menggunakan keseluruhan otak kita kerana teknik ini meliputi tindakan dan fikiran yang datang dari kedua-dua belah otak. Bentuk peta minda berbagai-bagai, iaitu bergantung kepada kreativiti pengguna. Perkara yang penting diberikan pertimbangan ialah mudah, menarik dan bermakna kepada pengguna. (Toh Hon Leong, 2000). Peta minda yang bersaiz poket ini berukuran seperti kertas yang bersaiz A4 yang dilipatkan menjadi 4 bahagian. Dengan saiz yang kecil , peta minda ini dapat dimuatkan ke dalam poket dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

1.7.2

Pembelajaran Tradisional Mok Song Sang ( 2004 ) menyatakan bahawa pembelajaran tradisional adalah satu

pengajaran yang bersifat sehala dan hanya berpusatkan guru berbanding dengan pembelajaran menggunakan teknik peta minda yang lebih berpusatkan pelajar. Tekniknya, guru membuat penerangan dan pelajar hanya mendengar. Pembelajaran tradisional ini lebih kepada bersifat mengingat dan menghafal. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk adalah jauh ketinggalan dalam menjelaskan konsep-konsep yang abstrak berbanding menggunakan teknik yang kreatif seperti menghasilkan nota peta minda bersaiz poket. Idea dan kreativiti pelajar dapat digabungkan untuk menghasilkan peta minda yang bukan sahaja berguna malahan bermakna kepada pelajar itu sendiri Pembelajaran tradisional sudah tidak relevan lagi dalam fenomena pendidikan sekarang kerana pelajar menjadi pasif, tidak kreatif dan hanya mengharapkan guru semata-mata. Proses pengajaran menjadi lesu dan tidak bermaya akibat daripada hubungan satu hala guru dengan pelajar. Turutan aktiviti pembelajaran di bawah menunjukkan pembelajaran secara tradisional iaitu; (a) penyampaian kandungan mata pelajaran oleh guru (b) pelajar membuat latihan secara individu (c) kuiz secara individu dan

2 (d) pengiraan skor bagi individu. 1.7.3 Sains

Sains ialah satu ilmu pengetahuan yang telah dibuktikan kebenaran melalui formula dan buktibukti yang dihasilkan. (Kamus Dewan, 1992). 1.7.4 Motivasi

Motivasi sebagai satu kuasa dalaman yang membangkitkan, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku manusia. (Woolfolk,1990)

1.7.5

Keberkesanan

Keberkesanan membawa maksud perubahan di dalam sesuatu tindakan. Berkesannya sesuatu kaedah dapat dilihat daripada hasil yang diperolehi melalui ujian dan pencapaian. (Kamus Dewan, 2002) . 1.7.6 Pembelajaran

Pembelajaran sebagai satu proses individu mendapatkan informasi tingkah laku atau kebolehan baru untuk disesuaikan dengan kehendak dan keperluan pembelajarannya. (Abdul Rahim b. Abd. Rashid , 2000) 1.7.7 Prestasi Pelajar

Prestasi merupakan kebolehan pelajar mengikuti kurikulum yang diajar dan ditentukan melalui ujian tertentu seperti ujian bulanan. Dalam kajian ini, prestasi pelajar dikesan melalui ujian pra dan ujian pos. ( Mohd Yusof Othman , 2000). 1.7.8 Minat

Minat adalah satu kecenderungan atau tarikan terhadap sesuatu perkara. Abd. Rahman Aroff (1997) menyatakan bahawa minat akan wujud apabila sedar tentang kecenderungan terhadap sesuatu objek itu.

1.7.9 Pencapaian Sains Pencapaian Sains ialah prestasi seseorang pelajar yang akan dinilai dan diukur daripada keputusan ujian atau peperiksaan bulanan samada memuaskan atau tidak. Dari sudut objektif pembelajaran, pencapaian sains boleh dilihat dari peratus kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar melalui soaljawab atau pemerhatian guru di dalam kelas terhadap pelajarnya . Dengan itu pencapaian sains pelajar dapat diukur melalui markah keputusan peperiksaan bulanan masing-masing. (Ibrahim Deris ,2003).

1.7.10 Ujian Pra dan Ujian Pasca Ujian pra dijalankan kepada kesemua pelajar di dalam kelas kawalan dan eksperimen sebelum setiap kaedah pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah pembelajaran berpusatkan guru dengan kaedah pembelajaran peta minda dijalankan. Ujian pasca pula dijalankan kepada kesemua pelajar dalam kelas kawalan dan eksperimen selepas setiap kaedah pengajaran dan pembelajaran peta minda dan kaedah pengajaran berpusatkan guru dijalankan. ( Zuraidah Mat Hussein, 2002)

1.8.

Rumusan Kajian ini menghuraikan latar belakang, rasional, objektif, tujuan, hipotesis, kepentingan

dan batasan kajian. Bab ini juga merumuskan bahawa kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar akan dapat mewujudkan situasi di mana pelajar dapat berinteraksi sesama sendiri dan guru bagi membantu pelajar mengukuhkan kefahaman dan meningkatkan daya ingatan mereka di dalam subjek sains.yang bertajuk pelbagai bentuk dan sumber tenaga bagi pelajar tingkatan satu. Subjek sains sering dilihat sebagai mata pelajaran yang sukar sehingga pelajar kurang bermotivasi untuk menguasainya. Permasalahan ini jika tidak diatasi akan menjejaskan penguasaan ilmu pelajar. Kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda diharapkan dapat mengatasi masalah ini dan melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi, berminat dalam

2 menambahkan ilmu pengetahuan, meneroka alam sains, memperkembangkan konsep kendiri dan menanam sikap saintifik dan nilai murni di dalam diri masing-masing.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0

Pengenalan

Kajian ini merupakan kajian tentang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik peta minda bersaiz poket terhadap pencapaian pelajar dalam sains. Strategi yang biasa digunakan oleh guru ialah strategi pengajaran tradisional iaitu pengajaran berpusatkan guru. Strategi ini didapati kurang berkesan. Bagi pelajar yang mempunyai kebolehan yang tinggi, mereka dapat menerima apa yang diajarkan oleh guru dengan baik. Sebaliknya, pelajar yang kurang berkebolehan tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh guru dengan baik. Guru perlulah mengubah strategi pengajaran bagi memastikan semua pelajarnya menguasai kemahiran yang diajar Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan mengenai literatur yang berkaitan iaitu kajian terdahulu oleh tokoh-tokoh akademik dari dalam dan luar negara tentang memahami bidang

2 kajian, dapatan kajian lepas, kajian berkaitan dan rumusan mengenai pembelajaran menggunakan teknik peta minda yang bersaiz poket.

2.1

Kajian berkaitan (2000) merumuskan bahawa salah satu cara penentuan

Kajian oleh Cohen dan Morisson

kecekapan atau prestasi seseorang individu mempelajari dan menguasai ilmu adalah dengan menyedari gaya pembelajarannya. Penggunaan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu untuk mencapai keputusan cemerlang. Peta minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan pada tahun 1976 adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan idea dengan perkaitan. Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah muka surat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images). (Blog- Cikgu ZulPakar , 2007) Menurut penulis buku Pelajar Cemerlang, Ismail Zain ( 2003 ) ingatan seorang pelajar akan menurun selepas waktu yang tertentu. Oleh yang demikian adalah penting seorang pelajar yang telah mempunyai peta minda mengulangkaji peta mindanya dari masa ke semasa. Adalah dicadangkan dipelajarinya. Menurut Osman Affan (2008 ), kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu. Menurut Rabe Juhari (2001), Nota yang anda buat sendiri adalah yang terbaik berbanding pelbagai buku rujukan yang terdapat di pasaran. Pembelajaran adalah satu perubahan yang berlaku disebabkan oleh pengalaman individu (Slavin, 1997) . Oleh itu seseorang guru haruslah mengetahui dan memahami strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pengendalian pengajaran dan pembelajaran berdasarkan topik yang ingin diajar. Seseorang guru hendaklah mengetahui bagaimana hendak mengajar pelajar supaya dapat menguasai maklumat, konsep dan kemahiran yang berguna (Slavin, 1997). Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku yang melibatkan ketrampilan kognitif, iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek . ( Mok Song Sang , 2004 ). seorang pelajar mengulangkaji peta mindanya selepas satu jam sesi pembelajarannya. Ini bertujuan untuk mula memetakan mindanya dengan maklumat yang telah

2 Mengikut kajian yang dijalankan oleh Lee Smith, (1996 ) otak manusia dibahagikan kepada dua iaitu hemisfera otak kanan dan hemisfera otak kiri. Mengikut kajian mereka , ramai pelajar menjalankan aktiviti dengan lebih banyak bertumpu kepada otak kiri berbanding otak kanan . Mengikut seorang penulis , Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk Superbrain, melalui pemetaan minda seseorang itu dapat learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effortyang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. ( Sumber : Utusan online, 2009 ). Kajian lepas juga menjelaskan untuk belajar lebih berjaya individu pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Malangnya, unsur ini kurang ditekankan oleh guru di sekolah. Wan Mohd Zahid Nordin (1999) menyatakan sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal. Menurutnya lagi, kebanyakan pelajar mempelajari teknik atau kemahiran belajar secara kebetulan, tidak langsung atau terikut-ikut dengan rakan sebaya. Situasi ini wujud disebabkan pelajar tidak mempunyai panduan yang khusus untuk menghadapi pembelajaran mereka terutamanya mata pelajaran sukar . Oleh itu guru perlu tahu gaya pembelajaran pelajar dengan merancang pengajaran yang memenuhi gaya belajar pelajar ( Osman Affan, 2008 ). Guru memainkan peranan utama di dalam pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran. Teori yang turut menjadi panduan kepada kajian ini ialah Teori Kognitif Pembelajaran secara Kreatif ( Mayer,2001). Mayer merupakan ahli konstruktivisme yang memfokuskan kepada pembinaan pengetahuan bagi menghasilkan pembelajaran bermakna dikalangan pelajar. Menurut beliau , peranan minda sebagai alat untuk mentafsir secara aktif tentang objek atau peristiwa bukan sekadar memperolehi realiti dari luar minda sepertimana perspektif objektivis. Teori ini juga menyarankan penggunaan pelbagai teknik-teknik yang kreatif secara sistematik agar proses pembelajaran yang bermakna dapat diwujudkan dalam minda pelajar. Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Dalam melakar peta minda atau pengurusan grafik, beberapa langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara sistematik. Penganalisisan data melalui pemetaan minda ini adalah merupakan salah satu ciri-ciri aktiviti yang terdapat dalam pembelajaran sekolah bestari. Oleh itu guru seharusnya memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti ini kepada pelajar-pelajarnya mulai sekarang.

XXXX

2.2

Teknik-teknik Pembelajaran Menggunakan Peta Minda

Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini. Menurut Lee Shok Mee dalam bukunya Psikologi Pendidikan (1997), Tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari menjadi sia-sia sahaja. Dari segi peperiksaan pula kebolehan mengingat menjadi asas ukuran untuk menentukan sejauhmana seseorang murid telah mencapai pembelajaran. Oleh itu, kegagalan mengingat fakta atau prinsip sudah tentu akan menjejaskan prestasi calon . justeru itu, calon tersebut dianggap telah gagal dalam pembelajaran . Peta minda merupakan teknik belajar yang telah diasaskan oleh pakar pelajaran sejak tahun 1960-an lagi. Ianya telah dimajukan dan dipopularkan penggunaannya oleh Tony Buzan seorang ahli fikir dan juga pakar motivasi sekitar tahun 80 an lagi. Berasaskan kajian-kajian yang lepas , kemahiran belajar seperti mencatat nota dan membuat peta minda merupakan kemahiran yang sangat penting dalam pembelajaran subjek Sains. Pembelajaran menggunakan peta minda biasanya boleh dilakukan oleh pelajar cerdas dan lambat. Unsur-unsur pembelajaran menggunakan peta minda adalah seperti berikut: Ingatan visual - Huruf kata kunci, penggunaan warna, simbol, ikon, anak panah. Keterserlahan - setiap peta minda memerlukan satu idea atau tajuk di tengah-tengah. Organisasi dan kata kunci.

1 Perkaitan dan penggabungan isi penting. Pelajar adalah bertanggungjawab kepada pembelajaran sendiri.

2.3 Peta minda bersaiz poket ( P-MM) Dalam proses menimba ilmu pelajar harus menggunakan pelbagai kaedah agar dapat meninggalkan kesan terhadap pemahaman . Kemahiran mencatat semula apa yang telah dibaca , didengar atau dilihat adalah penting kerana tanpa membuat catatan daya ingatan tidak dapat bertahan lama . (Muhammad Kamil Abdul Samad ,1999). Ciri-ciri peta minda bersaiz poket ialah : Kemas dan kecil. Mudah untuk dibaca dan diingati . Ringkas dan padat . Jimatkan masa untuk membaca . Bentuk yang menarik dimana menarik minat pembaca untuk membacanya berulang-ulang . Berinformasi . Mudah dibawa ke mana-mana. Peta minda yang bersaiz poket adalah lebih praktikal berbanding peta minda yang biasa bersaiz A4. Ini kerana pelajar tidak menghadapi masalah untuk membawa nota poket ini ke mana-mana pada bila-bila masa disebabkan saiz yang kecil.
Pengajaran bertajuk pelbagai bentuk dan sumber tenaga

Ujian Pra

Memberi penerangan cara membuat peta minda bersaiz poket dan prosedurnya

Ujian Pos Membuat Memantau perkembangan perbandingan hasil proses membuat nota poket dapatan kajian dan dan menggalakan pelajar manila menggunakannya untuk Rajah 2.2 keberkesanan teknik meningkatkan daya ingatan peta minda Rangka Strategi Pembelajaran menggunakan peta minda

3 XXXXX 2.4 Tatacara membuat peta minda Seperti yang diterangkan sebelum ini, peta minda adalah teknik mengingati sesuatu perkara melalui bentuk, warna, kreatif, rasa dan lain lain. Sekarang huraikan pula bagaimana untuk membuat peta minda khususnya kepada para pelajar. 1. Sediakan sehelai kertas bersaiz kecil . Contohnya, sehelai kertas A4 boleh dilipat kepada 4 bahagian dan pen pelbagai warna . 2. Kata kunci (keyword) yang boleh mengambarkan keseluruhan subjek yang hendak dibuat. Contohnya, bagi membuat peta minda mengenai pelbagai sumber dan bentuk tenaga maka kata kunci yang sesuai adalah tenaga. Gunakan kata kunci yang ringkas bersaiz sederhana. 3. Letakkan kata kunci ini di bahagian tengah peta minda. Dengan menggunakan kreativiti sendiri membuat bulatan, gambar bewarna mengelilingi kata kunci tersebut. 4. Bahan grafik seperti garisan anak panah dan pelbagai untuk membentuk jaringan. Jangan gunakan garisan yang lurus untuk memulakan jaringan. Otak kanan kita suka pada seni dan kreativiti, jadi kalau boleh gunakan garisan bersahaja dan tidak terlalu lurus. Garisan lurus seolah olah statik dan tidak menarik. 5. Jika perlu, mencampurkan gambar- gambar bewarna yang berkaitan bertujuan untuk memperkukuhkan fakta yang hendak diingat. Buat sahaja gambar mengikut kefahaman anda sendiri. 6. Dari cabang utama , boleh membentuk beberapa cabang lain yang diisi dengan perkataan atau perkara yang bersangkutan dengan cabang utama. 7. Gunakan warna yang terang dan pelbagai. Jika pelajar mengulangkaji peta minda berterusan maka tidak mustahil pelajar boleh memetakan 100% maklumat ke dalam mindanya. Sebelum peperiksaan pelajar hanya perlu membuat ulangkaji sepintas lalu untuk memantapkan ingatannya. Semasa peperiksaan, semua fakta yang telah tersimpan akan "mengalir keluar" dari mindanya dengan laju bila ia diperlukan. Oleh itu dalam proses pembelajaran, teknik yang betul adalah penting agar segala isi pelajaran

2 yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Penggunaan teknik belajar seperti mengaplikasikan peta minda dapat membantu dalam kejayaan pelajar. ( Osman Affan , 2008 ) 2.5 Kebaikan menggunakan Peta Minda Menurut Mohd Yusof Othman (2000)di dalam bukunya Kaedah Pembelajaran Berkesan, Beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut: Teks- Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya. Grafik- Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik. Gambar- Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu. 2.6 Rumusan

Kajian-kajian yang lalu sama ada yang dijalankan di dalam atau di luar negara menunjukkan kesan positif kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda bersaiz poket terhadap prestasi diri, sikap, minat dan motivasi pelajar. Kebanyakan model pembelajaran yang dikaji dapat mempertingkatkan prestasi pelajar yang merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik. Namun, bagi meningkatkan pemahaman dan ingatan jangka panjang pelajar peta minda dilihat sebagai satu cara yang terbaik. Pembelajaran sains menggunakan teknik peta minda merupakan satu pelaksanaan prosedur yang menggalakkan pembelajaran yang lebih efektif , kreatif , bermakna dan berkesan bagi mencapai aspirasi negara.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0

Pengenalan

Metodologi kajian menjelaskan bentuk rangka kerja untuk menjalankan sesuatu kajian. Metodologi kajian merupakan bahagian penting yang digunakan untuk memastikan kajian yang dijalan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang betul. Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai . (Mohd Najib Abdul Ghaffar, 1999). Rekabentuk kajian yang akan dijalankan ke atas dua buah kelas pelajar tingkatan 1 dari sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Utara iaitu di dalam negeri Pulau Pinang dengan menggunakan kaedah eksperimen kuasi. Berdasarkan kajian yang lalu, kaedah pembelajaran menggunakan peta minda dapat mewujudkan pembelajaran yang lebih menarik dan mendorong kreativiti serta memberi kesan yang lebih baik kepada pelajar. kesimpulan. 3.1 Rekabentuk kajian Bab ini terdiri daripada rekabentuk kajian, populasi, instrumen kajian, prosedur kajian, penganalisis data dan

Kajian yang dijalankan ini menggunakan rekabentuk eksperimen kuasi kerana pelajar yang terlibat berada di dalam kelas yang telah sedia ada dan telah ditentukan oleh pihak pentadbiran sekolah berkenaan. Pelajar-pelajar yang terlibat mempunyai tahap pencapaian akademik yang hampir sama. Sebuah kelas dipilih sebagai kumpulan eksperimen yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar tersebut kepada pembelajaran menggunakan teknik peta minda dan membandingkannya dengan sebuah kelas lain dalam kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional.

1 Kelas-kelas tersebut telah diberikan ujian pra pada minggu pertama kajian dijalankan agar mereka dapat membuat persediaan awal. Selepas diberi ujian pra, jawapan-jawapan dikumpul dan dianalisis untuk mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kedua-dua kaedah dijalankan. Pemerhatian ke atas sikap saintifik, ilmu pengetahuan dan nilai murni pelajar diberi penekanan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Borang pemerhatian digunakan untuk mencatat hasil pemerhatian yang dilakukan. Ujian pos dan soal selidik diberikan pada minggu terakhir kepada pelajar daripada kedua-dua kumpulan. Markah ujian dikumpulkan dan dianalisis menggunakan ujian-T. Data yang diperolehi berdasarkan hasil analisis dapat menunjukkan atau menguji sejauh mana tahap keberkesanan pengajaran menggunakan teknik peta minda yang digunakan dalam topik Pelbagai bentuk dan sumber tenaga bagi pelajar tingkatan satu dalam mata pelajaran sains. 3.2 Populasi Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar dari Tingkatan 1 di Sekolah Menengah di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Pelajar dibahagikan kepada dua kelas, seramai 30 orang pelajar dalam kelas eksperimen dan 30 orang pelajar dalam kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diajar dengan kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda manakala kumpulan kawalan diajar secara kaedah tradisional. Pengkaji selidik guru bertindak sebagai pemudahcara dalam kumpulan eksperimen dan mengajar secara tradisional dalam kumpulan kawalan. Pelajar-pelajar yang terlibat di dalam persampelan ini adalah terdiri daripada pelajar yang tinggal di kawasan taman-taman perumahan, pinggir bandar dan desa yang terletak satu kilometer hingga enam belas kilometer dari sekolah.

Jadual 3.2 : Populasi sampel Kajian Pelajar Bilangan Peratus

1 Tingkatan 1 KUMPULAN KAWALAN KUMPULAN EKPERIMEN Jumlah

30 30 60

50 50 100

3.3

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang utama yang digunakan untuk mengumpul maklumat ialah ujian pra, ujian pos , borang soal selidik dan borang pemerhatian. Ia merangkumi aspek-aspek yang diuji dalam tajuk Pelbagai bentuk dan sumber tenaga. Ujian pra diberi pada awal pelaksanaan kajian manakala ujian pos setelah pengajaran dan pembelajaran selesai. Ujian pos dijalankan bagi melihat perkembangan yang berlaku selepas pengajaran .

3.3.1

Soal selidik

Instrumen soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Menurut Sulaiman Masri (1996) , soal selidik merupakan kaedah paling mudah untuk memperoleh maklumat. Selain itu, soal selidik selalu digunakan untuk mengukur sikap seseorang samada melalui soalan respon tetap, bebas (terbuka), senarai semak atau skala kadar. Skala yang digunakan adalah terdiri daripada skala 1 hingga skala 3. Skala 1 merujuk kepada amat tidak setuju (ATS), Skala 2 menunjukkan tidak setuju (TS), dan skala 3 merujuk kepada setuju (S).

Jadual 3.3.1: Jadual Skala Tiga Mata Peringkat Amat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Singkatan ATS TS S Skor 1 2 3

Set borang soal selidik kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.(XXX) 1. Bahagian A mengandungi item-item yang berkaitan dengan latar belakang pelajar seperti kelas dan tahun , jantina dan bangsa. 2. Bahagian B mengandungi 15 item berpandukan skala empat mata. Pelajar perlu memberi pilihan terhadap pernyataan yang diberi dengan membulatkan nombor yang disediakan mengikut pilihan diri yang sesuai. 3. Bahagian C menyediakan dua soalan terbuka. 3.1.1 Ujian pra dan ujian pos

Ujian pra dan ujian pos terdiri daripada 20 item yang bertujuan menguji kefahaman dan penguasaan objektif pembelajaran. ( Rujuki Lampiran 1 ) .Soalan yang berbentuk objektif ini memerlukan pelajar memilih jawapan yang tepat bagi setiap item yang dikemukakan. Soalansoalan yang berkaitan dengan topik yang akan diajar berdasarkan buku-buku rujukan akan dijadikan instrument kajian. Konsep yang digunakan adalah sama bagi kertas ujian pra dan pos. 3.1.2 Borang Pemerhatian

Penyerapan nilai-nilai murni seperti sikap rajin, tabah, tanggungjawab dan toleransi serta sikap saintifik di antara pelajar akan ditafsir melalui borang pemerhatian yang akan diisi oleh guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Borang skor individu akan mengandungi empat petunjuk prestasi (PP) dengan skor 1 hingga 3.

3.2

Kaedah Penggunaan Peta Minda bersaiz Poket

Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Sebagai permulaan guru menerangkan beberapa langkah perlu dibuat agar penghasilan peta minda dilakukan secara sistematik:-

1 Memahami isi petikan. Sekiranya sesuatu lakaran peta minda itu hendak dilakukan berdasarkan daripada bahan bacaan, maka bahan bacaan itu perlulah dibaca dan difahami secara keseluruhan terlebih dahulu. Mengenalpasti isi dan huraian yang berkaitan. Ianya dapat dilakukan dengan cara menggaris isi-isi serta huraian-huraian yang dianggap ada kaitan dan relevan dengan topik bahan bacaan tersebut. Di atas sekeping kertas A4 yang telah dilipatkan menjadi 4 bahagian, pelajar mula melakar simbol. Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan. Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini. Untuk peringkat pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah rendah, pemetaan minda ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk pengurusan grafik dan jaringan klasifikasi. Penggunaan beberapa simbol berserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan sebagai satu teknik memetakan minda kita ke arah memudahkan pemahaman. Melukis gambar. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif. Langkah seterusnya, pelajar diminta untuk sentiasa menggunakan peta minda yang telah dihasilkan sebagai bahan ulangkaji .Ulangkaji yang pertama mungkin memakan masa yang agak panjang kerana maklumat dan fakta tersebut masih baru. Ulangkaji seterusnya harus dilakukan pada hari berikutnya. Pada ulangkaji kedua ini seorang pelajar sudah mula mengingati lebih banyak fakta, manakala cabang-cabang peta yang tersedia pula semakin banyak dicetakkan ke dalam mindanya. Masa untuk mengulangkaji akan menjadi semakin pendek kerana ingatannya semakin baik. Ulangkaji yang seterusnya akan menambahkan lagi daya ingatan dengan masa yang lebih pendek. Jika pelajar mengulangkaji peta minda berterusan maka tidak mustahil pelajar boleh memetakan 100% maklumat ke dalam mindanya. Sebelum peperiksaan pelajar hanya perlu membuat ulangkaji sepintas lalu untuk memantapkan ingatannya. Semasa peperiksaan, semua

2 fakta yang telah tersimpan akan "mengalir keluar" dari mindanya dengan laju bila ia diperlukan. Oleh itu dalam proses pembelajaran, teknik yang betul adalah penting agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Penggunaan teknik belajar seperti mengaplikasikan peta minda dapat membantu dalam kejayaan pelajar. (Cikgu Wan Noor Azlinahttp://smkbb.kelantan.edu.my/petaminda.html. )

3.1

Prosedur Pengumpulan Data

Ujian pra dibuat terlebih dahulu ke atas kedua-dua kumpulan pada minggu pertama kajian dijalankan. Ujian dijalankan selama satu jam dan pelajar menjawab soalan berdasarkan Markah bagi ujian pra ini direkodkan. Setelah ia pengetahuan dan kefahaman mereka.

dijalankan, kaedah pembelajaran tradisional dijalankan kepada kelas kawalan dan kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda pula ditumpukan pada kumpulan eksperimen. Borang pemerhatian bagi setiap pelajar dalam kedua-dua kumpulan diisikan ketika proses pembelajaran ini dijalankan. Setelah selesai sesi pembelajaran, ujian pos pula diberikan kepada pelajar. Sesi ini dijalankan serentak pada waktu yang sama dan ia juga turut direkodkan. Borang soal selidik terhadap mata pelajaran sains hanya diberikan kepada kumpulan eksperimen pada hari yang sama ujian pos diedarkan. dianalisis. Segala maklumat yang diperolehi direkodkan dan

3.2

Prosedur Menganalisis Data

Analisis secara statistik digunakan bagi data soal selidik yang dijalankan. Peratusan minat pelajar dianalisis melalui item soal selidik. skor responden. Jadual 3.6 : Skala Likert mengira Skor Responden Dalam Soal Selidik Amat Tidak Setuju (ATS) Tidak Setuju (TS) Setuju (S) Item yang bersifat negatif diterbalikkan skala nilainya kepada nilai yang sepadan sebelum ia dianalisis. Skala Likert digunakan bagi mengira

Rumusan bagi skor untuk perkara yang ditafsir dalam borang pemerhatian adalah berdasarkan jumlah skor yang tertinggi. Jadual pengredan diwujudkan bagi menetapkan gred yang ingin diberikan. Jadual 3.6.1 : Petunjuk Skala Pengredan Bagi Sikap Saintifik Dan Nilai Murni Gred A B C D X Julat skor 4 3 2 1 X Penerangan gred Pencapaian tahap cemerlang Pencapaian tahap kepujian Pencapaian tahap memuaskan Pencapaian tahap minimum Tidak hadir

Kaedah statistik digunakan bagi menganalisis data yang telah dikumpulkan. Ini perlu dilakukan bagi mencapai matlamat kajian iaitu data yang diperolehi dianalisis untuk diaplikasikan dalam bentuk perbandingan data bagi melihat nilai min dan peratusan pencapaian pelajar. Ujian perbandingan min dilakukan untuk menilai pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos. Dua puluh soalan objektif diberikan kepada pelajar bagi menguji tahap pencapaian mereka dan keselarasan dengan objektif pembelajaran. Skor 1 diberikan kepada item yang tepat dan skor 0 pada item yang salah. Jadual penggredan skor adalah seperti di bawah. Jadual 3.6.2 : Penggredan Skor Skor 15 - 20 6 - 14 0-5 Gred Lulus Lulus Gagal Peratus 80 - 100 40 - 79 0 39

1 3.3 Rumusan Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pembelajaran dalam topik Pelbagai bentuk dan sumber tenaga menggunakan teknik peta minda berbanding pembelajaran tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar. Selain itu , untuk memupuk sikap positif dan motivasi terhadap matapelajaran sains khususnya.

Kajian dijalankan ke atas responden yang belajar di dalam dua buah kelas yang melibatkan instrumen kajian dalam bentuk borang soal selidik, borang pemerhatian dan satu set ujian pra dan ujian pos. Data-data yang akan diperolehi dapat membanding bezakan keberkesanan di antara pembelajaran bercorak tradisional dengan pembelajaran menggunakan peta minda terhadap diri pelajar terutama di dalam menarik minat pelajar bagi subjek sains tingkatan satu dalam penguasaan ilmu Pelbagai bentuk dan sumber tenaga .

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

3 4.0 Pengenalan

Bab ini melaporkan dan menerangkan tentang dapatan hasil kajian yang telah dilaksanakan di sebuah sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Tengah , Pulau Pinang. Data-data tersebut telah dikumpul dan disusun secara sistematik untuk memudahkan analisis-analisis yang perlu dilakukan seterusnya, dan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 12.0 digunakan untuk proses menganalisis data. Analisis data yang diperolehi membandingkan keberkesanan pembelajaran menggunakan teknik peta minda dengan pembelajaran berpusatkan guru (tradisional). Objektif kajian diberi fokus dan soalan kajian dijawab secara kuantitatif. Selain itu, analisis kuantitatif menyokong dapatan kajian.

4.1

Profil Sampel

Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar tingkatan satu dari sebuah sekolah menengah kebangsaan di Seberang Perai Utara , Pulau Pinang. Profil sampel kajian mengikut kumpulan ditunjukkan di dalam Jadual 4.1. Jadual 4.1: Profil Sampel Kajian Kumpulan Eksperimen Kawalan Jumlah Jantina Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan 4.2 Dapatan Kajian Bilangan 18 12 17 13 35 25 Peratus 60.0 40.0 56.7 43.3 58.3 41.7

Objektif kajian ini adalah untuk menyiasat keberkesanan pembelajaran menggunakan teknik peta minda berbanding pembelajaran tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar. Selain itu, kajian ini juga mengkaji sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional yang berpusatkan guru. Objektif kajian yang ketiga adalah untuk melihat perbandingan keberkesanan kaedah pembelajaran melalui peta minda dalam

4 meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional. Hasil kajian telah mengambil kira data-data yang diperolehi daripada markah pra ujian dan pasca ujian, dan juga hasil daripada maklumat soal selidik pelajar. Data-data yang dikutip telah dianalisa dengan menggunakan jadual perbandingan dan ujian statistik. 4.2.1 Perbandingan Pembelajaran Menggunakan Peta Minda dan Pembelajaran Tradisional Terhadap Prestasi Pelajar Soalan kajian yang pertama ialah adakah kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda berkesan meningkatkan prestasi pelajar berbanding kaedah pembelajaran tradisional. Bagi membandingkan kesan kaedah pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional terhadap prestasi, dalam hipotesis dinyatakan seperti berikut: Hipotesis Nol (HN 1) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan prestasi dalam mata pelajaran sains sebelum pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket. Hipotesis Alternatif (HA 1) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan prestasi dalam mata pelajaran sains sebelum pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan pendekatan peta minda bersaiz poket. Skor peningkatan prestasi sampel diperolehi melalui perbezaan markah ujian pra dan ujian pos. Analisis data menunjukkan min peningkatan skor prestasi kumpulan pembelajaran peta minda adalah 10.90 dengan sisihan piawainya 5.77. Manakala bagi kumpulan pembelajaran tradisional, min peningkatan skor prestasi yang diperolehi lebih rendah berbanding dengan kumpulan pembelajaran peta minda iaitu 5.93 dengan sisihan piawai 6.14. Min dan sisihan piawai bagi skor peningkatan prestasi mengikut kaedah pembelajaran ditunjukkan di dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Min dan Sisihan Piawai Peningkatan Skor Prestasi Mengikut Kaedah Pembelajaran

Kaedah Pembelajaran Pembelajaran Peta minda Pembelajaran Tradisional

Bilangan 30

Min 44.6

Sisihan Piawai 16.3

30

34.1

9.2

Analisis ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min peningkatan skor antara kaedah pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T = 3.229, p = 0.002 < 0.05 adalah signifikan, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.3. Maka hipotesis nol, H01 ditolak. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar yang menerima pembelajaran peta minda menunjukkan prestasi yang lebih tinggi berbanding pelajar yang menerima pembelajaran tradisional. Ini bermakna kaedah pembelajaran peta minda memberi kesan yang lebih baik bagi meningkatkan prestasi pelajar di dalam mata pelajaran sains bagi topik Pelbagai bentuk dan sumber tenaga'.
Jadual 4.3: Jadual Ujian-T Bagi Peningkatan Skor Prestasi Mengikut Kaedah Pembelajaran

Kaedah Pembelajaran Pembelajaran Peta minda

Nilai T

Nilai p

3.22 Pembelajaran Tradisional

0.002

4.2.2

Perbandingan Pembelajaran Menggunakan Peta minda dan Pembelajaran Tradisional Terhadap Sikap dan Nilai Positif Pelajar

3 Soalan kajian yang kedua ialah adakah kaedah pembelajaran peta minda dapat memupuk sikap dan nilai positif terhadap sains kepada pelajar berbanding pembelajaran tradisional. Bagi membandingkan kesan kaedah pembelajaran peta minda dan kaedah tradisional terhadap sikap dan nilai, dalam hipotesis dinyatakan sebagai: Hipotesis Nol ( HN 2) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap dan nilai positif pelajar dalam mata pelajaran Sains pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda yang bersaiz poket . Hipotesis Alternatif (HA 2) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap dan nilai positif pelajar dalam mata pelajaran Sains pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda yang bersaiz poket . Analisis data menunjukkan min sikap dan nilai positif pelajar kumpulan pembelajaran peta minda adalah 3.23 dengan sisihan piawai 0.16. Manakala bagi kumpulan pembelajaran tradisional pula, min sikap dan nilai positif pelajar yang diperolehi adalah lebih rendah berbanding dengan kumpulan pembelajaran peta minda iaitu 2.98 dengan sisihan piawai 0.20. Min dan sisihan piawai bagi sikap dan nilai positif pelajar mengikut kaedah pembelajaran ditunjukkan di dalam Jadual 4.4.
Jadual 4.4: Min dan Sisihan Piawai Sikap dan Nilai Positif Pelajar Mengikut Kaedah Pembelajaran.

Kaedah Pembelajaran Pembelajaran Peta minda Pembelajaran Tradisional

Bilangan

Min

Sisihan Piawai

30

3.23

0.16

30

2.98

0.20

Analisa ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min sikap dan nilai positif antara pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T = 5.407, p = 0.000 < 0.05 adalah signifikan seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.5. Maka hipotesis nol, H02 ditolak. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar yang menerima pembelajaran peta minda menunjukkan sikap dan nilai yang lebih positif terhadap sains berbanding pelajar yang menerima pembelajaran tradisional. . Pelajar kumpulan pembelajaran peta minda menunjukkan sikap yang lebih positif berbanding pelajar kumpulan pembelajaran tradisional. Ini bermakna kaedah pembelajaran peta minda memberi kesan yang positif terhadap sikap pelajar mempelajari sains.

Jadual 4.5 : Jadual Ujian-T Bagi Min Sikap dan Nilai Positif Mengikut Kaedah Pembelajaran

Kaedah Pembelajaran Pembelajaran Peta minda Pembelajaran Tradisional 4.2.3

Nilai T

Nilai P

5.407

0.000

Perbandingan Pembelajaran Peta minda dan Pembelajaran Tradisional Terhadap Motivasi Pelajar

Soalan kajian yang ketiga ialah adalah kaedah pembelajaran peta minda dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar sains terutama bagi topik tingkatan satu Pelbagai bentuk dan sumber tenaga berbanding kaedah pembelajaran tradisional. Bagi membandingkan kesan kaedah pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional terhadap motivasi dalam hipotesis dinyatakan seperti berikut :

Hipotesis Nol ( HN 2) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan motivasi pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket. Hipotesis Alternatif (HA 2) Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan motivasi pelajar sebelum pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket dan selepas pelajar diajar dengan menggunakan kaedah peta minda bersaiz poket.

Analisis data menunjukkan min motivasi pelajar kumpulan pembelajaran peta minda adalah 2.98 dengan sisihan piawai 0.26. Manakala bagi kumpulan pembelajaran tradisional pula, min yang diperolehi adalah lebih rendah berbanding dengan kumpulan pembelajaran peta minda iaitu 2.56 dengan sisihan piawai 0.20. Min dan sisihan piawai bagi motivasi pelajar mengikut kaedah pembelajaran ditunjukkan di dalam Jadual 4.6. Jadual 4.6: Min dan Sisihan Piawai Motivasi Pelajar Mengikut Kaedah Pembelajaran. Kaedah Pembelajaran Pembelajaran Peta minda Pembelajaran Tradisional Analisis ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min motivasi antara pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T= 6.949, p = 0.000 < 0.05 adalah signifikan seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.7. 30 2.56 0.20 30 2.98 0.26 Bilangan Min Sisihan Piawai

3 Maka hipotesis nol, H03 ditolak. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar yang menerima pembelajaran peta minda lebih bermotivasi untuk belajar sains berbanding pelajar yang menerima pembelajaran tradisional. Ini menunjukkan kaedah pembelajaran peta minda dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar sains.

Jadual 4.7: Jadual Ujian-T Bagi Min Motivasi Mengikut Kaedah Pembelajaran Kaedah Pembelajaran Pembelajaran Peta minda Pembelajaran Tradisional 6.949 0.000 Nilai T Nilai p

XXX 4.3 Rumusan

Dapatan kajian yang membandingkan kesan pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional terhadap pencapaian prestasi, sikap dan nilai positif serta motivasi pelajar di dalam mata pelajaran sains tingkatan satu khususnya bagi tajuk Pelbagai bentuk dan sumber tenaga . Rumusan analisis data kuantitatif yang melaporkan kesan pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional terhadap prestasi, sikap dan motivasi pelajar ditunjukkan dalam jadual yang telah disertakan . Secara umumnya, pembelajaran menggunakan teknik peta minda didapati

3 memberi kesan yang lebih baik terhadap pencapaian prestasi, sikap dan nilai positif serta motivasi pelajar berbanding dengan pembelajaran tradisional yang berpusatkan guru.

BAB 5

IMPLIKASI DAN PERBINCANGAN

5.0

Pengenalan Bahagian ini menerangkan sepintas lalu tujuan kajian, metodologi yang dijalankan dan

rumusan dapatan kajian.

Seterusnya, dapatan kajian dibincangkan secara lebih mendalam

berserta dengan implikasi kajian. Lanjutan daripada kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan dan diakhiri dengan rumusan keseluruhan untuk laporan kajian ini. Hasil daripada kesimpulan, perubahan boleh dilihat terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk meningkat pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran sains amnya, serta dalam topic yang dipilih iaitu pelbagai sumber dan bentuk tenaga khususnya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran peta minda ke arah menarik minat dan meningkatkan pemahaman pelajar serta wujud perbezaan pelajaran biasa dengan pembelajaran menggunakan pendekatan pembelajaran menggunakan teknik peta minda. Seterusnya dapatan kajian dibincangkan secara lebih mendalam beserta dengan implikasi kajian.

3 Lanjutan daripada kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan dan diakhiri dengan rumusan keseluruhan untuk laporan kajian ini.

5.1

Ringkasan Kajian

Di dalam kajian ini, keberkesanan kaedah pembelajaran menggunakan peta minda diukur dari aspek peningkatan prestasi, sikap dan nilai positif serta motivasi pelajar. Memandangkan aspek pelaksanaan pembelajaran menggunakan peta minda di dalam kelas perlu diambil kira, maka kajian ini juga mendapatkan pandangan daripada para pelajar yang terlibat. Secara lebih khusus, soalan kajian yang hendak dijawab adalah seperti berikut: a) Adakah kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda lebih berkesan berbanding pembelajaran bercorak tradisional terhadap prestasi pencapaian pelajar? b) Adakah pembelajaran menggunakan teknik peta minda dapat memupuk sikap dan nilai positif terhadap sains kepada pelajar berbanding kaedah pembelajaran tradisional ? c) Adakah pembelajaran menggunakan teknik peta minda dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar sains berbanding kaedah pembelajaran tradisional ?

5.2

Perbincangan Dapatan Kajian Guru perlu memberikan perhatian kepada beberapa perkara dalam pengajaran dan

pembelajaran untuk mencapai matlamat Sains KBSM. Sesi pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan pelajar secara aktif. Jenis aktiviti, cara menyoal dan bimbingan yang diberikan haruslah ke arah meningkatkan daya pemikiran pelajar dan membantu pembelajaran menerusi

2 pengalaman dan meningkatkan kreativiti pelajar . Pengalaman yang diberikan itu meliputi aktiviti yang bersifat inkuiri dan memberi peluang kepada pelajar untuk sampai kepada sesuatu kesimpulan atau pemahaman dengan sendirinya.

5.2.1

Kesan Kaedah Pembelajaran menggunakan peta minda yang bersaiz poket

Terhadap Peningkatan Skor Prestasi Pelajar. Analisis ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min peningkatan skor antara kaedah pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T = 3.229, p = 0.002 < 0.05 adalah signifikan .Dapatan kajian menunjukkan bahawa peningkatan skor prestasi pelajar kumpulan pembelajaran menggunakan peta minda yang bersaiz poket lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan pelajar kumpulan pembelajaran tradisional. Maka ini menyokong dapatan kajian lepas yang melibatkan matapelajaran sejarah yang dijalankan di dalam negara oleh Dayang Sarinah Awang Sura (2004). Kesemua dapatan kajian tersebut menunjukkan kaedah pembelajaran menggunakan peta minda yang bersaiz poket dapat meningkatkan prestasi pelajar. Ini menyokong pendapat Ismail Zain (2003) dalam bukunya Pelajar Cemerlang melangkah ke alam siber yang menegaskan kaedah pembelajaran peta minda merupakan pendekatan yang kreatif dan sistematik yang boleh digunakan dalam sebarang peringkat persekolahan dan sesuai untuk pengajaran sebarang mata pelajaran. Dengan kata lain, peningkatan prestasi pelajar dapat dikaitkan dengan perlaksanaan pembelajaran menggunakan peta minda yang mengkehendaki pelajar yang berbeza tahap kebolehan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan nota-nota dalam bentuk peta minda yang mudah untuk dibawa kemana-mana dan menarik perhatian untuk dibaca. Cara ini juga akan menggalakan perbincangan di antara rakan-rakan, memberi pandangan, menyemak sebarang kesilapan yang dilakukan serta saling bantu-membantu antara satu sama lain di dalam masalah pelajaran. Berbanding dengan suasana di dalam kumpulan tradisional yang berbentuk individu, pelajar melihat guru mereka sebagai satu-satunya sumber rujukan dan kurang berlaku interaksi antara sesama pelajar melainkan dengan rakan baik mereka sahaja. Jika sesuatu pelajaran itu disampaikan dengan cara dan gaya yang menarik dalam situasi yang

3 menyeronokkan, ia dapat merangsangkan minat pelajar terhadap pelajaran tersebut (Tajul Ariffin & Noraini Dan , 1992). Perkara yang dapat dirumuskan di sini ialah, dapatan kajian yang menunjukkan peningkatan prestasi pelajar kumpulan pembelajaran menggunakan peta minda yang lebih tinggi daripada pelajar kumpulan tradisional adalah konsisten dengan teori-teori dan kajian lepas yang telah dibincangkan sebelum ini. 5.2.2 Kesan Kaedah Pembelajaran menggunakan Peta Minda Terhadap Sikap dan Nilai Positif Pelajar. Analisa ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min sikap dan nilai positif antara pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T = 5.407, p = 0.000 < 0.05 adalah signifikan. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar yang menerima pembelajaran peta minda menunjukkan sikap dan nilai yang lebih positif terhadap sains berbanding pelajar yang menerima pembelajaran tradisional. Pelajar kumpulan pembelajaran peta minda menunjukkan sikap yang lebih positif berbanding pelajar kumpulan pembelajaran tradisional. Ini bermakna kaedah pembelajaran peta minda memberi kesan yang positif terhadap sikap pelajar mempelajari sains. Kajian lepas juga menjelaskan untuk belajar lebih berjaya individu pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Malangnya, unsur ini kurang ditekankan oleh guru di sekolah. Wan Mohd Zahid Nordin (1999) menyatakan sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal. Menurutnya lagi, kebanyakan pelajar mempelajari teknik atau kemahiran belajar secara kebetulan, tidak langsung atau terikutikut dengan rakan sebaya. Situasi ini wujud disebabkan pelajar tidak mempunyai panduan yang khusus untuk menghadapi pembelajaran mereka terutamanya mata pelajaran sukar . Oleh itu guru perlu tahu gaya pembelajaran pelajar dengan merancang pengajaran yang memenuhi gaya belajar pelajar ( Osman Affan, 2008 ). Guru memainkan peranan utama di dalam pemilihan strategi pengajaran yang mana secara tidak langsung berperanan dalam pembentukan sikap dan nilai positif dalam diri pelajar. 5.2.3 Kesan Kaedah Pembelajaran Peta Minda Terhadap Motivasi

Analisis data menunjukkan min motivasi pelajar kumpulan pembelajaran peta minda adalah 2.98 dengan sisihan piawai 0.26. Manakala bagi kumpulan pembelajaran tradisional pula, min yang

2 diperolehi adalah lebih rendah berbanding dengan kumpulan pembelajaran peta minda iaitu 2.56 dengan sisihan piawai 0.20. Analisis ujian-T sampel tak bersandar digunakan bagi membandingkan min motivasi antara pembelajaran peta minda dan pembelajaran tradisional. Ujian menunjukkan nilai T= 6.949, p = 0.000 < 0.05 adalah signifikan . Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar kumpulan pembelajaran peta minda lebih menunjukkan perubahan yang positif terhadap motivasi . Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk Superbrain, melalui pemetaan minda seseorang itu dapat learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effortyang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. ( Sumber : Utusan online, 2009 ). Kajian lepas juga menjelaskan untuk belajar lebih berjaya individu pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Malangnya, unsur ini kurang ditekankan oleh guru di sekolah. Toh Hon Leong ( 2000 ) menyatakan sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal. Menurutnya lagi, kebanyakan pelajar mempelajari teknik atau kemahiran belajar secara secara kebetulan, tidak langsung atau terikut-ikut dengan rakan sebaya. Situasi ini wujud disebabkan pelajar tidak mempunyai panduan yang khusus untuk menghadapi pembelajaran mereka terutamanya mata pelajaran sukar bermotivasi untuk belajar sains berbanding dengan pelajar kumpulan pembelajaran tradisional. 5.3 Kesimpulan Dapatan Kajian

Kesemua hipotesis kajian diterima pada aras signifikan 0.05. Berikut adalah ringkasan bagi dapatan kajian berdasarkan soalan kajian : a) b) c) Kaedah pembelajaran menggunakan peta minda dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam sains khususnya bagi topik Pelbagai bentuk dan sumber tenaga . Kaedah pembelajaran menggunakan peta minda dapat memupuk sikap dan nilai positif terhadap sains kepada pelajar. Kaedah pembelajaran menggunakan peta minda dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar sains.

5.4

Implikasi Dapatan Kajian

Berdasarkan dapatan-dapatan kajian yang menunjukkan prestasi, sikap dan nilai positif dan motivasi pelajar kumpulan pembelajaran menggunakan peta minda lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan kumpulan pembelajaran tradisional, implikasinya di sini menunjukkan pembelajaran menggunakan peta minda boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains. Implikasi daripada dapatan-dapatan tersebut, guru-guru sains perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas sains. Kaedah yang digunakan tidak seharusnya terhad kepada penyampaian isi kandungan secara kuliah sematamata kerana ingin menghabiskan sukatan pelajaran tanpa mengambil kira tahap kefahaman pelajar dan lebih tertumpu kepada latih tubi secara individu. Guru juga perlu menggunakan kaedah pembelajaran menggunakan peta minda kerana kaedah ini telah banyak diuji dan didapati dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Tambahan pula, kaedah ini selaras dengan konsep KBSM dan konsep sekolah bestari yang mementingkan agar pelajar lebih cenderung menjadi kreatif dan kritis. Walau bagaimanapun tidak dinafikan penggunaan kaedah pengajaran yang baru seperti pembelajaran menggunakan peta minda ini sememangnya memerlukan pengorbanan daripada pihak guru, usaha yang lebih banyak dan persediaan yang lebih awal adalah amat penting . Namun begitu, ia tidak bermakna guru perlu menggunakan pembelajaran menggunakan peta minda sepanjang masa dan di dalam semua topik. Implikasinya adalah, pihak guru perlu mengimbangkan antara, aktiviti kerja kumpulan dengan kerja secara individu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana pembelajaran menggunakan teknik belajar peta minda selari dengan konsep KBSM dan sekolah bestari, maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mewujudkan satu garis panduan sama ada dalam bentuk modul atau manual untuk guru-guru. Ini adalah kerana konsep dan pelaksanaan pembelajaran menggunakan peta minda tidak sama dengan strategi-strategi lain dalam pembelajaran tradisional yang tidak berstruktur. Pihak kementerian, khususnya Bahagian Pendidikan Guru, perlu memberi latihan dalam perkhidmatan atau kursus jangka pendek kepada guru sains yang sedang berkhidmat bagi membantu mereka menguasai penggunaan kaedah pembelajaran menggunakan peta minda dengan lebih afektif lagi . Imbuhan yang berbentuk penghargaan wajar diberikan kepada guru

4 yang berusaha menggunakan kaedah pengajaran yang baru. Ini akan menggalakkan guru untuk bersikap inovatif dan kreatif dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mereka. Implikasi kepada institusi pengajian tinggi yang menawarkan program pendidikan guru adalah tentang keperluan memberi pendedahan mengenai pembelajaran menggunakan pelbagai teknik seperti peta minda kepada bakal guru secara formal iaitu dalam bentuk sebahagian daripada kursus pedagogi. Selain daripada itu, guru pelatih perlu diberi galakan untuk menggunakan teknik pembelajaran menggunakan peta minda mengajar. 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan semasa menjalankan latihan

Berdasarkan maklumbalas yang diberi oleh pelajar yang terlibat dalam kajian, didapati terdapat aspek-aspek yang perlu diambil kira ketika perlaksanaan pembelajaran ini. Bagi guru-guru lain yang ingin membuat penyelidikan lain yang melibatkan aktiviti mengunakan peta minda perlu menuruti langkah-langkah seperti yang dicadangkan ; a) Guru harus memperkenalkan peta minda bagi setiap topik kepada pelajar bermula dari awal tahun lagi. b) Memberikan ganjaran dan galakan yang lebih besar lagi kepada pelajar-pelajar yang kreatif dan berjaya sebagai galakan kepada mereka. c) Guru haruslah menggunakan peta minda setiap kali selesai pengajaran satu sub topik agar pelajar dapat melihat dengan jelas hubungan setiap tajuk kecil. d) Memaparkan peta minda yang terpilih di sudut-sudut tertentu di sekitar kawasan sekolah atau di dalam kelas. Segala idea dan pengetahuan dikongsi bersama dengan rakan yang lain dan membuatkan pelajar merasa lebih yakin untuk membentangkan dan menerangkan jawapan mereka di hadapan pelajar yang lain . Diharapkan selepas ini guru-guru sains akan berusaha memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah pembelajaran peta minda yang amat menarik dan menyeronokkan ini. Sebagai kesimpulan, kaedah pembelajaran menggunakan teknik peta minda dalam membantu pelajar mengingati dan memahami konsep dan fakta sains mampu meningkatkan

2 pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains bukan sahaja dalam topik yang telah dikaji malahan untuk topik-topik yang lain juga. 5.6 Rumusan

Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesan pembelajaran menggunakan peta minda terhadap pencapaian prestasi, sikap dan nilai yang positif serta motivasi pelajar dalam matapelajaran sains. Berdasarkan kaedah kuasi eksperimen yang dijalankan selama enam minggu yang melibtkan 60 orang pelajar, dapatan kajian menunjukkan prestasi kumpulan pembelajaran peta minda adalah lebih tinggi daripada kumpulan pembelajaran tradisional. Berdasarkan dapatan kajian juga dapat dirumuskan bahawa pelajar lebih bermotivasi untuk mempelajari sains dengan menggunakan kaedah pembelajaran menggunakan peta minda. Selain itu, didapati minat pelajar turut meningkat secara signifikan selepas diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran peta minda. Berdasarkan maklum balas soal-selidik berkaitan sikap dan nilai positif serta motivasi yang diberikan oleh pelajar dan disokong oleh skor pencapaian yang lebih tinggi, kaedah pembelajaran menggunakan peta minda wajar dijadikan sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam mata pelajaran sains terutama bagi topik Pelbagai bentuk dan sumber tenaga . Kesimpulannya, peta minda boleh digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam builik darjah. Penggunaan peta minda dapat menarik minat pelajar disamping dapat meningkatkan kefahaman pelajar terutamanya pelajar yang lemah. Dengan menggalakkan pelajar melukis peta minda bukan sahaja mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif tetapi juga dapat melatih mereka melaksanakan suatu tugasan secara terancang dan teratur. Disamping itu ,aktiviti ini dapat memupuk sikap bekerjasama antara pelajar dan dapat menajamkan ingatan mereka dalam mengingati sesuatu fakta .

RUJUKAN
Abd. Rahim Abd Rashid (2000). Wawasan dan Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

Abd. Rahman Aroff (1997). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran.Kuala Lumpur: Budiman Sdn Bhd. Cikgu Wan Noor Azlina- http://smkbb.kelantan.edu.my/petaminda.html. Last accessed 23 Mei 2010 Cikgu ZulPakar (2007) dalam blog - http://bina-peta-minda.blogspot.com/ Last accessed 23 Mei 2010 Cohen , Morrison (2000). Research Methods in Education 5th. Edition. London: Routledge Palmer David Lim Chong Lim (Ed) (2005). HBEF4106 School-based Research. Kuala Lumpur : Open University Malaysia Dayang Sarinah Awang Sura. (2004) . http://www.smk%20Munsyi/DgSarinah.pdf Last accessed 20 Mei 2010 majakir.net/modules/news/Jurnal

Dilip Mukerjea (1996) . Superbrain. Singapura : Heinemann Asia Ee Ah Meng (2004), Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran .Selangor: Fajar Bakti. Hotler, N.C (1994 ). Communication in Classroom. Jurnal Science for Education. 69,73-76. Ibrahim Deris (2003). Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dalam Buletin Pusat Sumber.Pendidikan Negeri Kelantan. Bil. 2, m.s.9 Ismail Zain (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah ke Alam Siber . Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd Kaedah Penyelidikan Dalam Penyelidikan (HBEF2503).(2007).Kuala Lumpur . Open University Malaysia Kamus Dewan ( Edisi ke 2 ). (1992). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka. Kamus Dewan ( Edisi ke 4 ). (2002). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Sains Tingkatan 3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

5 Lee Shok Mee (1997). Psikologi Pendidikan 2. Subang Jaya,Selangor: Kumpulan Budiman. Lee Smith ( 1996 ). Good News About Memory. Singapura: Readers Digest, Julai . Mayer, R.E (2001), Creative Learning. Cambridge: Cambridge University Press. Mohd Najib Abdul Ghaffar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Yusof Othman (2000). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Muhammad Kamil Abdul Samad (1999). Bagaimana Anda Belajar Dan Cemerlang. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Mok Song Sang (2004 ). Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Ng Chee Kin .( 2009 ). Hybrid Plus Science PMR . Kuala Lumpur .Eastview Sdn Bhd. Osman Affan . (2008 ) .Persediaan Minda untuk menjadi pelajar cemerlang .Kuala Lumpur. True Wealth Sdn Bhd. Portal OUM : http://www.oum.edu.my .Last accessed 23 Mei 2010 Rabe Johari (2001). Teknik Belajar untuk Skor Tertinggi. Shah Alam, Selangor: Cerdik Publication Sdn Bhd Slavin, R.E. (1990). Learning Theory, research, and practice. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Subadrah Nair, (2001). Kesan pendekatan teknik belajar terhadap pencapaian dan minat pelajar dalam pembelajaran. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2001. URL http://219.93.192.238/mpgaya/abstrak/Subadra_Nair.doc. Sulaiman Masri (1996). Pelajar Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications Distributors Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin & Noraini Dan (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn Bhd.

7 Toh Hon Leong ( 2000). Rahsia Pelajar Cemerlang .Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd Wan Mohd Zahid Nordin (1999). Kurikulum Untuk Tahun 2000 dan Selepasnya. Seminar Kebangsaan Kurikulum. Kuala Lumpur. Woolfolk, A.E. (1995). Educational Psychology (6th Ed). Boston: Allyn and Bacon. Zuraidah Mat Hussein (2002). Kajian Sikap Pelajar dan Pendekatan Guru Terhadap Pencapaian Pelajar Biologi Tingkatan Lima di Daerah Kota Bharu, Kelantan. Latihan Ilmiah. Tanjung malim:UPSI

LAMPIRAN 1
TOPIC : SOURCES AND FORM OF ENERGY- FORM 1 NAME :__________________ Instruction : Each question is followed by four possible answers. Choose the best answer for each question. CLASS :_______

1.

- Washing machine - Electric fan

Which of the following appliances undergoes the same energy change as the above appliances? A Electric iron B Electric saw C Television D Battery 2. Kinetic energy electrical energy Which of the following appliances undergoes the above energy change? A Hair dryer B Dynamo C Electric iron D Electric kettle 3. Among the following sources, which does not originate from the Sun? A Biomass energy B Geothermal energy C Fossil fuel D Wind energy 4. What form of energy possesses by a running boy? A Kinetic energy B Nuclear energy C Potential energy D Light energy

5. K Electrical energy L Light energy M Heat energy N Chemical energy Among the forms of energy above, what is produced when an electric bulb is lights up? A K only B K and L only C L and N only D K, L, and M

3 6. Which of the following provides you with the energy needed to carry out daily activities? A Chemical energy B Heat energy C Kinetic energy D Light energy 7. Electric iron : Electrical energy --------- P Electric fan : Electric energy --------- Q

Which of the following represents energy P and Q? P A Heat energy B Kinetic energy C Chemical energy D Heat energy Q Potential energy Chemical energy Heat energy Kinetic energy

8. An object is said to have potential energy if it.. A is placed on the floor B moves with a certain speed C releases a lot of heat D is stretched or compressed 9. What is the energy changes taking place in the simple cell in the diagram above when the bulb lights up? A Light energy nuclear energy heat energy B Chemical energy electrical energy kinetic energy potential energy C Chemical energy electrical energy heat energy + light energy D Potential energy kinetic energy electrical energy kinetic energy 10. Among the following sources of energy, which is a renewable source of energy? A Petroleum B Natural gas C Coal D Biomass 11. Which energy is required to evaporate the excess water from sea water in the making of salt beside the sea? A Potential energy B Kinetic energy C Heat energy

3 D Electric energy 12. A clock that is wound up possesses A kinetic energy B heat energy C potential energy D electric energy 13. An iron ball is released from point X. If there is no friction between the iron ball and the curtain rail, the highest point the iron can reach is. AP BQ CR DS 14. Plants carry out photosynthesis to make food. What is the energy change that occurs? A Light energy chemical energy B Potential energy kinetic energy C Light energy heat energy D Chemical energy light energy 15. What is the energy changes that occur when someone plays a guitar? A Kinetic energy potential energy chemical energy sound energy B Chemical energy potential energy kinetic energy sound energy C Chemical energy electrical energy sound energy sound energy D Potential energy kinetic energy electrical energy kinetic energy 16. Which of the following energy changes occurs in a hydroelectric station? A Potential energy chemical energy electrical energy B Chemical energy heat energy electric energy C Potential energy kinetic energy electrical energy D Heat energy kinetic energy potential energy 17. Of the following energy sources, which are renewable? I Biomass II Solar energy III Geothermal energy A I only B I and II only

5 C II and III only D I, II, and III 18. We must use and manage our energy resources properly because. I fossil fuel is non-renewable II the rate of energy usage is increasing rapidly III non-renewable energy sources are decreasing rapidly A I only B I and II only C II and III only D I, II, and III 19. Of the following forms of energy, which is/are possessed by a piece of burning charcoal? I Heat energy II Chemical energy III Light energy A I only B I and II only C II and III only D I, II, and III 20. Which of the following is the use of heat energy? I Grinding wheat II Lighting up a dark room III Drying hair with a hair dryer LAMPIRAN 2 Data Skor Prestasi, Sikap, Kesesuaian, Motivasi, Min Sikap, Min Kesesuaian Min Motivasi dan Peningkatan

2
B I L A N G A N K U M P U L A N U J I A N P R A U J I A N P O S S I K A P S I K A P S I K A P S I K A P S I K A P K E S E S U A I A N K E S E S U A I A N K E S E S U A I A N K E S E S U A I A N K E S E S U A I A N K E S E S U A I A N M O T I V A S I M O T I V A S I M O T I V A S I M O T I V A S I M O T I V A S I M I N S I K A P M I N K E S E S U A I A N 1.7 0 1.3 0 1.5 0 1.5 0 1.5 0 1.7 0 1.7 0 1.6 0 1.7 0 1.5 0 1.5 0 1.6 0 1.6 0 1.8 0 1.6 0 10 60 1.7 0 1.7 0 1.7 0 1.7 0 1.8 0 1.8 0 1.6 M I N M O T I V A S I 1.4 0 1.4 0 1.4 0 1.2 0 1.3 0 1.2 0 1.4 0 1.4 0 1.3 0 1.4 0 1.6 0 1.3 0 1.3 0 1.3 0 1.3 0 1.2 0 1.4 0 1.2 0 1.4 0 1.4 0 1.3 0 1.4 0 1.2 P E N I N G K A T A N 2.0 0 7.0 0 5.0 0 12. 00 20. 00 11. 00 13. 00 14. 00 13. 00 17. 00 9.0 0 17. 00 9.0 0 21. 00 15. 00 13. 00 18. 00 12. 00 20. 00 7.0 0 11. 00 14. 00 2.0 S K O R

1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 6 1 2 3 4 5 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 P M P M P M P M P M P M P M P M P M P M P M P M P M P M P M P M P M P M P M P M P M P M P 38.00 38.00 40.00 24.00 20.00 40.00 39.00 42.00 30.00 24.00 42.00 22.00 34.00 19.00 70.00 21.00 25.00 58.00 30.00 56.00 72.00 38.00 56.00 40.00 45.00 45.00 36.00 40.00 51.00 52.00 56.00 43.00 41.00 51.00 39.00 43.00 40.00 85.00 34.00 43.00 70.00 50.00 63.00 83.00 52.00 58.00 2 2 3 3 3 3 3 2 3 3 3 2 3 3 3 3 1.3 0 2 3 3 3 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 2 3 1.3 0 2 2 3 2 3 3 2 3 2 2 3 3 2 3 3 3 1.2 0 2 2 3 3 3 2 2 3 2 3 3 2 2 3 2 3 1.3 0 2 2 2 2 3 3 2 2 3 3 2 3 3 2 3 2 1.1 0 3 2 2 2 3 3 3 3 3 2 3 2 3 2 2 3 1.2 0 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 2 2 3 3 3 3 1.4 0 3 3 2 2 3 3 3 3 3 2 2 3 3 3 3 2 1.3 0 3 2 3 3 3 3 3 3 3 2 3 2 2 3 3 3 1.4 0 3 3 3 3 3 2 3 3 2 3 2 2 3 3 3 3 1.5 0 3 3 3 2 3 2 3 3 2 3 3 3 3 3 3 3 1.4 0 3 3 3 3 3 3 2 3 3 2 3 3 3 2 2 3 1.5 0 3 2 2 3 3 2 3 3 3 3 2 2 2 3 3 3 1.3 0 3 3 3 3 2 3 3 3 3 3 3 3 2 2 3 3 1.4 0 3 3 2 2 3 3 3 3 3 2 2 3 3 2 2 3 1.3 0 3 3 3 2 3 2 3 3 3 3 2 2 3 3 2 2 1.4 0 3 2 3 3 3 3 3 3 2 3 3 3 2 3 3 3 1.4 0 3 3 3 2 3 3 3 3 3 2 3 2 3 3 2 2 1.4 0 3 2 3 3 3 3 3 3 3 3 2 3 3 2 3 3 1.4 0 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 2 3 3 3 2 3 1.4 0 3 3 2 3 3 3 3 3 3 3 3 2 3 2 3 3 1.4 0 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 2 3 3 1.5 0 2 2 3 3 3 3 3 2 3 3 2 2 2 3 2 3 1.3

LAMPIRAN 3

1 Ujian-T Bagi Skor Prestasi, Min Sikap dan Min Motivasi Mengikut Kaedah Pembelajaran Kaedah Pembelajaran Prestasi Pembelajaran Peta Minda Pembelajaran tradisional Sikap Pembelajaran Peta Minda Pembelajaran tradisional Motivasi Pembelajaran Peta Minda 30 Pembelajaran tradisional 2.6 0.20 30 3.0 0.26 6.949 0.000 Bilangan 30 30 30 30 Min 44.6 34.1 3.2 2.9 Sisihan Piawai 16.3 3.757 9.2 0.26 5.407 0.20 0.000 0.003 Nilai T Nilai p

LAMPIRAN 4

Jadual Ujian-t

Group Statistics
Std. Error Mean 1.05302 1.12130 .03007 .03673 .04696 .03571

beza_markah

KUMPULAN PM PT

N 30 30 30 30 30 30

Mean 10.9000 5.9333 3.2333 2.9767 2.9733 2.5633

Std. Deviation 5.76763 6.14162 .16470 .20117 .25722 .19561

Minsikap

PM PT

Minmotivasi

PM PT

Levene's Test for Equality of Variances F Sig. t df

t-test for Equality of Means Sig. (2-tailed) Mean Difference Std. Error Difference 95% Confidence Interval of the Difference Lower Upper 8.04578 8.04604 .35169 .35176 .52810 .52828

Beza_markah

Minsikap

minmotivasi

Equal variances assumed Equal variances not assumed Equal variances assumed Equal variances not assumed Equal variances assumed Equal variances not assumed

.680

.413

3.229 3.229

58 57.773 58 55.824 58 54.137

.002 .002 .000 .000 .000 .000

4.96667 4.96667 .25667 .25667 .41000 .41000

1.53824 1.53824 .04747 .04747 .05900 .05900

1.88755 1.88730 .16165 .16157 .29190 .29172

.179

.674

5.407 5.407

2.831

.098

6.949 6.949

Independent Samples Test

You might also like