You are on page 1of 26

Nasib murid sekolah seni diragui SEKOLAH Seni Johor Bahru Jalan Abdul Samad.

JOHOR BAHRU: Lebih 100 pelajar perintis dua sekolah seni kendalian Kementerian Pelajaran yang kini berada dalam Tingkatan Lima, dijangka berdepan masalah memohon kemasukan institusi pengajian tinggi (IPT) kelak berikutan sistem penggredan digunakan dalam peperiksaan mata pelajaran kesenian mereka didakwa tidak diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi. Status itu dikatakan mencetus kebimbangan pelbagai pihak, khususnya ibu bapa dan guru, terhadap nasib serta hala tuju pelajar dua sekolah seni yang ditubuhkan sejak Januari 2007, iaitu Sekolah Seni Johor Bahru (SSeJB) dan Sekolah Seni Kuching (SSK). Menurut sumber rapat dengan pengurusan sekolah seni itu, sistem penilaian dan penaksiran subjek kesenian yang diambil pelajar terbabit adalah dalam bentuk Band merangkumi Band I hingga VI, berbeza dengan sistem untuk mata pelajaran akademik. Beliau mendakwa, sistem Band seumpama turut digunakan dalam penilaian Malaysian University English Test (MUET) yang diiktiraf kerajaan tetapi dalam konteks mata pelajaran kesenian di sekolah seni, ia belum diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi. Modul, sukatan pelajaran dan keputusan peperiksaan menggunakan sistem penggredan Band di sekolah seni dilaksanakan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran. Bagaimanapun, masalah kini timbul apabila Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menyarankan pelajar ini mendaftar untuk menduduki peperiksaan subjek kesenian sekolah harian biasa bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan November depan. Kumpulan perintis sekolah seni ini meluangkan hampir 12 jam seminggu untuk mempelajari subjek kesenian mereka dan menerusi sukatan serta modul khas yang diikuti, pendidikan mereka boleh dianggap setaraf pengajian pelajar tahun pertama peringkat diploma. Jadi persoalan kini, berbaloikah usaha semua pelajar sekolah seni ini jika mendaftar mengambil peperiksaan sekolah harian biasa semata-mata untuk memastikan gred mata pelajaran kesenian mereka diiktiraf? katanya. Sumber itu berkata, isu berkenaan perlu diberi perhatian segera kerana pelajar sekolah seni terbabit bakal mendaftar mata pelajaran yang akan diambil dalam peperiksaan SPM pada akhir bulan ini. Masalah ini dikatakan sudah dikenal pasti sejak lebih setahun lalu dan dibincangkan

dalam mesyuarat Kementerian Pelajaran dari semasa ke semasa. Namun sehingga kini difahamkan tiada sebarang penyelesaian diperoleh, sebaliknya memerlukan transformasi pada peringkat pelajar sendiri. Di manakah martabat sekolah seni jika keadaan sebegini berlaku? katanya yang meminta BPK Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi memandang serius masalah itu dan mengatasinya segera. Beliau mendakwa sekiranya perkara itu berterusan dan mengundang masalah pada masa depan, tidak mustahil ibu bapa pelajar di sekolah itu memberhentikan anak kerana menganggap lebih baik mereka mengikuti pembelajaran di sekolah harian biasa. Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SSeJB, Selamat Omar, mendakwa perkara berkenaan sering dibangkitkan pada mesyuarat PIBG sejak tahun lalu, namun sehingga kini pihak sekolah dan ibu bapa masih belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Kementerian Pelajaran mahu pun Pengajian Tinggi mengenainya. Mungkin bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dari segi akademik tidak bermasalah untuk memasuki IPT tempatan. Namun bagaimana pula dengan pelajar yang sederhana pencapaiannya, iaitu keputusan akademik dan kesenian masingmasing hanya 50-50, tentu peluang sukar untuk mereka memasuki IPT, katanya. Selain itu, Selamat berkata, ramai ibu bapa juga pernah mempersoalkan mengapa pelajar sekolah seni perlu memilih aliran sains atau sastera ketika memasuki Tingkatan Empat selepas mendapat keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kami terkejut dengan keadaan ini. Dari awal lagi kami sudah bertanya ketika bermesyuarat, mengapa sekolah seni perlu mengikut format sekolah harian biasa? Apa yang kami risaukan sebelum ini kini sudah dapat dilihat sekarang, katanya ketika dihubungi semalam. SSeJB dan SSK diwujudkan kerajaan sebagai saluran kepada pelajar berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian untuk mendalami bidang yang mereka minati itu. Sekolah berkenaan menawarkan pendidikan kesenian teater, muzik, pendidikan seni visual dan tarian, selain subjek wajib lain seperti Matematik, Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris.

Apakah Pembestarian Sekolah? Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengapliksikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (selfaccessed),terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;
y y y

Menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi Menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap Memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan

Pembestarian Sekolah akan memanfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut;
y y y y y y y y y y

Projek Makmal Komputer Sekolah Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Rangkaian SchoolNet Rancangan TV pendidikan Projek Rintis Sekolah Bestari ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran yang Berasaskan ICT Perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta Latihan ICT Guru Pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah

Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.

Dasar dan Matlamat Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu;
y y y

ICT untuk semua pelajar ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata pelajaran ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan system pendidikan

Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.

PROGRAM LINUS GANTI KIA2M Perihal Program: National Key Result Areas (NKRAs) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama). Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah. Matlamat : Memastikan semua murid kecuali berkeperluan khas berkeupayaan menguasai asas Literasi (Bahasa Melayu) dan Numerasi (Matematik) selepas tiga tahun menduduki pendidikan sekolah rendah menjelang 2012. Literasi = celik huruf Numerasi = celik nombor Penerangan tentang Literasi (berkaitan dengan kemahiran dalam modul yang kami tulis) Definisi Literasi Literasi ialah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung dan serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian . Objektif Program Literasi adalah memastikan pada akhir program Pencapaian Literasi , murid dapat : i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup. ii. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran

iii.Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat-ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung. Pendekatan Program LINUS menggunakan pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh. Murid belajar mengenai huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat. Memperkenalkan huruf secara berperingkatperingkat melalui kemahiran menulis. Guru terus mula mengajar membaca melalui kaedah gabungan bunyi dengan Fonetik suku kata tanpa mengajar huruf a-z. Murid mengenali huruf dalam kemahiran menulis .

PROGRAM NILAM ialah satu program galakan membaca secara terancang dengan melibatkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah bagi membentuk tabiat suka membaca di kalangan pelajar. Program ini dijalankan bermula dari Januari hingga September setiap tahun. Pelajar Tingkatan 1 hingga 5 diwajibkan membaca sekurang-kurangnya sebuah buku dalam masa satu minggu. Bahan bacaan boleh didapati dari sumber fiksyen, bukan fiksyen termasuk keratan akhbar. Bahan-bahan bacaan yang telah di baca hendaklah dicatat ke dalam Buku Catatan Bacaan. Murid-murid digalakkan meminjam buku-buku di Pusat Sumber. Pelajar yang mencatat jumlah bacaan terbanyak akan menerima hadiah.

Matlamat Membudayakan amalan membaca di kalangan murid sepanjang hayat. Objektif Menyemai amalan membaca di kalangan murid. Menjana pembentukan pemikiran kreatif, progresif dan inovatif. Menyemai sifat cintakan ilmu ke dalam jiwa murid. Memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan murid. Memupuk persaingan dalam konteks membaca bagi mencapai kecemerlangan. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembacaan di sekolah. Mewujudkan sudut bacaan di tempat-tempat yang sesuai di kawasan sekolah. Mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, swasta dan

pertubuhan sukarela. Rasional Membaca adalah sumber ilmu. Banyak membaca akan memperkembang dan membina minda seseorang untuk maju dan berdaya saing.

Rukun Negara Bahan Rujukan Temuduga SPP -Rukun Negara Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Teks Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden: Ikrar Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA Kepercayaan kepada Tuhan Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di manamana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh

meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negerinegeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang diPertuan Agong. Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat. Kedaulatan Undang-Undang Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang

aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai

(PIPP) Bahan RUjukan temuduga SPP (PIPP) Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan merupakan cabaran paling utama dalam usaha negara mencapai matlamat Wawasan 2020. Bagaimanakah anda sebagai seorang pendidik mentafsir hasrat tersebut dalam mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah? Pengenalan Pendidikan yang terdapat di Malaysia mempunyai hubungkait serta pertalian yang erat bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Di samping itu juga, pendidikan memainkan peranan yang penting bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju yang mengikut acuan sendiri. Selain itu juga, pendidikan dijadikan sebagai alat perpaduan antara kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956.

Sesungguhnya pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik hari ini telah membuktikan bahawa mereka berjaya mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah memantapkan atau mengukuhkan sesuatu. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Secara faktanya, sejarah tidak menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa

golongan pendidikan menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.

Penyataan di atas jika diteliti mampu membawa makna munasabah terhadap persoalan yang kita hadapi, yang kita tafsir dan yang membuat kita bertanya apa signifikannnya pernyataan tersebut. Sudah tentulah kita dapat menyimpulkan bahawa masyarakat dan negara dapat diikat dengan adanya permuafakatan, persefahaman dan juga kerjasama.

Pendidikan di Malaysia Pendidikan adalah penting di dalam pembangunan sesebuah negara. Pendidikan mempunyai nilai ekonomi, nilai politik dan menjamin kemajuan sosial sesebuah negara.

1. Pendidikan sebelum merdeka Semasa penjajahan British, sistem persekolahan yang diamalkan adalah dasar 'pecah' dan 'perintah'. Kerajaan British mengamalkan dasar ' laissez-faire' dengan membiarkan tiap-tiap sistem persekolahan itu berkembang mengikut haluan masing-masing. Kesannya, telah wujud empat sistem persekolahan yang berbeza di negara kita pada masa itu. Hal ini menyebabkan jurang ekonomi dan sosial yang semakin ketara dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Kaum Melayu dengan sekolah pondok yang bersifat tradisional memperlihatkan mutu pendidikan yang amat terbatas dan sekolahsekolah Melayu ini didirikan atas daya usaha orang perseorangan. Manakala kaum Cina dengan sekolah Cina yang diusahakan oleh sukarelawan Cina, sedangkan sekolah Tamil pula diuruskan oleh kaum India, menakala Sekolah Inggeris pula diambil alih oleh mubaligh-mubaligh Kristian.

2. Perwujudan sistem pendidikan kebangsaan Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Bagaimana Penyata Razak dapat mewujudkan penyatuan kaum Laporan Penyata Razak 1956 mengemukakan dua cadangan utama yang menjadi teras pembangunan pendidikan negara kita. Pertama, laporan ini mencadangkan setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran apabila mencapai umur persekolahan. Kedua, mengesyorkan perwujudan satu sistem pendidikan bagi semua kanak-kanak

agar dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu dan berdisiplin. Bagi mencapai matlamat ini, Penyata Razak mengutamakan sistem pelajaran kebangsaan yang pertama di Tanah Melayu. Penyata Razak ini kemudian dijadikan Ordinan Pelajaran 1957 yang mengasaskan satu sistem bercirikan nasional dan menjamin tempat di sekolah-sekolah rendah bagi setiap kanak-kanak di negara ini.

Laporan Penyata Razak mengemukakan cadangan iaitu:

Penyata Razak ini telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran tahun 1957. Ordinan ini juga mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Laporan ini turut mengakui tujuan kerajaan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar secara langsung berkait rapat dengan usaha pembinaan negara. Bahasa Melayu digunakan dalam konteks untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek. Selain itu, Bahasa Melayu juga dapat membantu pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami. Bagaimana dasar dan rangka kerja dapat mewujudkan perpaduan dan pembangunan negara.

Sejarah pendidikan di negara ini, terutamanaya selepas merdeka telah dirangka bagi pembinaan semula bangsa Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai wawasan hidup bersama berprinsipkan kepada keadilan sosial. Penekanan kepada konsep 'Malayanization' ialah membina satu bangsa Malaysia yang mempunyai dan taat setia dan cintakan negara serta dapat menyumbang ke arah masa depan pembangunan bangsa.

Dasar Pendidikan Kebangsaan Selepas peristiwa 13 Mei 1969, berlakunya rusuhan kaum yang mengancam keselamatan negara. Kerajaan menyedari bahawa pendidikan menjadi alat perpaduan untuk membina rakyat yang bersatu padu dan merapatkan jurang kemiskinan. Pembangunan pendidikan mestilah selaras dengan ideologi dan hasrat negara untuk mencapai perpaduan kaum supaya menjadi satu kesatuan nilai untuk menyatupadukan rakyat dan mewujudkan integrasi nasional. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan 14 belas sasaran Kerja Utama bagi mencapai matlamat wawasan pendidikan. Sasara kerja yang berkait rapat dengan dengan aspek perpaduan dan

pendidikan ialah Perpaduan Negara dan Kurikulum. Dasar Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan terhadap: (i) Penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3 M); (ii) Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982; (iii) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan pada tahun 1989 Kurikulum baru ini juga menekankan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Bertitik tolak dari sinilah hasrat untuk melahirkan pelajar seperti yang disarankan di atas diterjemahkan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN):

" PENDIDIKAN di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".

Rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara dapat direalisasikan ke arah: (i) Perpaduan kaum dan polarisasi kaum; (ii) Meneguhkan pembentukan sikap kenegaraan; (iii) Penerapan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia; (iv) Penerapan nilai-nilai Islam dan (v) Pembentukan insan yang harmonis dan seimbang

Kesemua penyataan di atas menjadi asas kepada pembentukan Rukun Negara yang mengamalkan prinsip-prinsip mulia untuk menjadi warganegara yang bersatu padu, demokratik, adil, toleransi, progresif dan hidup dalam suasana aman dan makmur. Penerapan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam rancangan kurikulum adalah atas kesedaran bahawa: (i) Sekolah merupakan agen yang menjalankan tugas penyebaran ilmu pengetahuan dan pembentukan akhlak yang murni bagi kanak-kanak kita; (ii) Melalui sistem pendidikan, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh mengikut nilai-nilai dan norma-norma masyarakat yang kita cita-citakan. Justeru, adalah penting bagi kanak-kanak diserapkan nilai-nilai murni dalam proses pendidikan dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara kaum.

Nilai-nilai murni yang terkandung di dalam Nilai Teras Pendidikan seperti hormatmenghormati, bekerjasama dan semangat bermasyarakat adalah penting untuk diterapkan dalam jiwa dan sahsiah para pelajar. Nilai murni telah dilaksankan dalam kurikulum KBSR yang menekankan konsep perpaduan kaum.

Penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan adalah berdasarkan matlamat Pendidikan Kebangsaan iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu padu. Nilai-nilai murni yang diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti menanamkan semangat cintakan nilai-nilai suci dan membentuk sikap positif yang berguna kepada diri agama dan bangsa. Nilai moral ini sebenarnya di ambil dan dipetik daripada pelbagai seperti ajaran agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Confucious. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada 16 Januari 2007. PIPP ini bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan Enam teras strategik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Enam teras itu adalah: 1.Membina Negara Bangsa 2.Membangunkan Modal Insan 3.Memperkasakan Sekolah Kebangsaan 4.Merapatkan Jurang Pendidikan 5.Memartabatkan Profesion Keguruan 6.Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Membina Negara Bangsa Matlamat PIPP dalam Membina Negara Bangsa ialah melahirkan pelajar yang memiliki jati diri, patriotik, bermoral, berpegang teguh kepada ajaran agama, penyayang, demokratik, liberal, berbudaya saintifik dan hidup bersatu padu. Antara strategi perlaksanaannya ialah:

(i) Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional (ii) Memperkasa Bahasa Kebangsaan (iii) Memupuk kefahaman jelas tentang pendekatan Islam Hadhari (iv) Memupuk kecintaan terhadap seni,warisan dan budaya bangsa Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Agenda memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah Teras strategik yang ketiga di dalam PIPP 2006-2010 bermatlamat iaitu: (i) Sekolah Kebangsaan sebagai aliran perdana dan menjadi pilihan utama masyarakat (ii) Sekolah Kebangsaan sebagai wahana yang paling sesuai untuk perpaduan kaum Kedua-dua matlamat ini perlu didokong bersama kerana kita yakin bahawa Sekolah Kebangsaan merupakan wadah terbaik untuk memupuk perpaduan, kerjasama dan semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak didik kita.

Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangun sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat negara ialah mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan pendekatan seperti berikut: (i) Semua sekolah pelbagai aliran di bina dalam satu kompleks (ii) Menyepadukan Sekolah Agama Rakyat/ Kerajaan Negeri serta Sekolah 'Missionary' selaras dengan sistem pendidikan negara (iii) Memberi penekanan kepada tema dan fokus perpaduan di dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum (iv) Sekolah Wawasan (v) SBP Integrasi Hasrat murni kerajaan dapat dicapai sepenuhnya melalui: Penubuhan Sekolah Wawasan Matlamat menubuhkan Sekolah Wawasan adalah bertujuan memperkukuh hubungan dan perpaduan pelbagai kaum dalam kalangan pelajar aliran Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil. Dengan menempatkan ketiga-tiga sekolah ini akan dapat menjadi landasan terbaik untuk mewujudkan integrasi kaumpada peringkat premier lagi. Tujuan utama penubuhan Sekolah Wawasan adalah: (i) Mewujudkan semangat muhibah dan perpaduan; (ii) Merapatkan hubungan antara kaum; (iii) Integrasi nasional; (iv) Melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan (v) Menjayakan dan merealisasikan Wawasan 2020. Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK9)

Rancangan Malaysia Ke 9 merupakan Misi Nasional 2006-2020. Rancangan ini meliputi Perpaduan Nasional, Modal Insan dan Nilai-nilai Murni. Lima teras utama di dalam Rancangan Malaysia Ke 9 adalah: 1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi; 2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk "minda kelas pertama". 3. Menangani ketidaksamaan sosial-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. 4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup dan 5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan perlaksanaan. Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem pendidikan, sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi tumpuan oleh semua pihak ialah pertama, memperkasakan Sekolah Kebangsaan; agar ia menjadi pilihan rakyat. Kedua, membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia; agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Keempat, mempertabatkan profesion keguruan. Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa ingat bahawa tidak sampai empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke tahun 2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah negara yang bersatu dengan masyarakat Bangsa Malaysia.

Wawasan 2020 Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s 105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju dalam semua aspek dan dimensi, ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya. Hal ini bermakna menjelang tahun 2020, Malaysia adalah sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-benar maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan masyarakat

Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama. Hal ini bertujuan mewujudkan masyarakat adil, demokratik, penyayang(caring), progresif dan dinamik, masyarakat sains dan teknologi. Wawasan 2020 ini juga bermatlamat perubahan futuristik Malaysia untuk membangun dan maju menjelang abad ke-21. Sembilan Cabaran yang dikenal pasti adalah seperti:

Sebagai memenuhi hasrat ke arah perpaduan kaum, cabaran yang pertama merupakan matlamat yang dicita-citakan untuk membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dapat dikongsi bersama. Menurut cabaran ini, bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi di peringkat wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, duduk dalam keadaan harmoni berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah "Bangsa Malaysia" yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Cabaran-cabaran di atas sebenarnya membangkitkan rasa kepada para pendidik untuk melahirkan insan yang dapat memenuhi kehendak negara dan seterusnya memperkasakan sesebuah sekolah. Bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju isu pembentukan satu negara bangsa Malaysia mempunyai makna yang mendalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan antara kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa. Maka sebarang bentuk kerjasama ke arah kemajuan negara tidak akan terhasil. Bagi mengisi konsep ini, para pendidik perlu menekankan istilah-istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.

Masalah perpaduan kaum Walaupun sistem pendidikan selama ini mendokong Dasar Wawasan Negara (DWN) yang tonggaknya ialah perpaduan negara, namun masih terdapat segelintir pelajar yang masih menghadapi masalah dalam perpaduan kaum dalam kalangan mereka. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Masalah polarisasi kaum atau pemisahan kaum dalam kalangan pelajar jika tidak dibendung akan menimbulkan implikasi yang kurang sihat terhadap negara kita.

Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup di samping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.

Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Hal ini bertepatan dengan peribahasa yang berbunyi " Melentur buluh biarlah dari rebungnya ". Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Adakah kita mahu melihat negara kita hancur angkara sikap para pelajar kita sekarang? Menyedari hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah.

Bagaimana mewujudkan perpaduan kaum dan memperkasakan sekolah

Perpaduan, merupakan asas kekuatan sesebuah negara. Semua ini dapat dicapai melalui dasar kerajaan seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Hasrat kerajaan melalui dasar, pelan dan program yang sistematik ini perlu difahami oleh pelajar yang akan menjadi tonggak negara kelak. Perpaduan kaum akan dapat diwujudkan melalui beberapa aktiviti di sekolah. 1. Melalui kegiatan-kegiatan kurikulum Dalam hubungan ini, peranan guru-guru sangat penting. Para guru mesti menunjukkan contoh yang baik. Guru-guru harus menyedarkan para pelajar betapa pentingnya perpaduan kaum. Pertentangan antara kaum tidak menguntungkan sesiapa. Para pelajar harus sedar, " Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh". Hakikat ini perlu disedari dan dihayati bersama. Di dalam kelas, semua kegiatan kurikulum hendaklah melibatkan semua pelajar tanpa mengira kaum. Mereka harus digalakkan berinteraksi dan bergaul

antara satu sama lain. Aktiviti-aktiviti seperti perbincangan, diskusi, forum dan kegiatan akademik yang lain perlu disertai oleh semua pelajar. Para guru tidak seharusnya mengamalkan diskriminasi dan memperlihatkan sikap perkauman. Mereka harus membimbing pelajar-pelajar agar bermesra dan berinteraksi secara positif. Kerjasama dan komitmen para guru dan sekolah merupakan faktor utama yang dapat membendung masalah perkauman antara pelajar. 2. Melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum Di samping kegiatan di dalam bilik darjah, kerjasama antara pelajar berlainan bangsa boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah atau aktiviti-aktiviti kokurikulum. Dalam hubungan ini, para pelajar perlu digalakkan untuk menceburi bidang sukan dan permainan, aktiviti kelab dan persatuan dan aktiviti unit beruniform. a. Aktiviti permainan dan sukan Selain menyihatkan tubuh badan, sukan boleh meneguhkan lagi pembentukan sikap kenegaraan dan moral, misalnya melalui permainan bola sepak dan bola tampar, pelajar berpeluang: (i) Berinteraksi dengan pelbagai kaum. (ii) Mendisiplinkan diri mematuhi peraturan. (iii) Bekerjasama dalam pasukan. (iv) Mengamalkan sikap toleransi terhadap rakan. b. Aktiviti kelab dan persatuan (i) Pelajar dapat berinteraksi di antara satu sama lain. (ii) Berpeluang memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama dan semangat kekitaan. (iii) Perpaduan dalam usaha menjayakan projek-projek yang dirancang oleh kelab dan persatuan mereka.

c. Aktiviti Unit Beruniform (i) Membentuk sikap kenegaraan melalui aktiviti kawat, berkhemah, gotong-royong, latihan kecemasan dan lain-lain. (ii) Menyemai sikap kerjasama, memupuk nilai murni dan semangat kemasyarakatan. (iii) Mengajar mereka berbincang dan bertukar-tukar fikiran. Kesimpulannya, penglibatan para pelajar dalam kegiatan berpersatuan, kelab dan pasukan beruniform akan mengajar mereka berbincang dan bertukar-tukar fikiran. Kegiatan-kegiatan ini akan menggalakkan mereka bergaul mesra dan tahu menghargai pendapat atau pandangan rakan. Melalui kegiatan kokurikulum dapat menghapuskan benteng yang memisahkan pelajar-pelajar antara kaum. 3. Melalui program-program yang dianjurkan oleh sekolah Selain daripada aktiviti kurikulum dan kokurikulum ini, demi memperkukuhkan keharmonian dan perasaan muhibah antara kaum dalam kalangan pelajar mereka boleh didorong untuk bergaul melalui kerja-kerja berkumpulan atau berpasukan.

Contohnya, pelajar perlu diberi kesempatan untuk merancang aktiviti-aktiviti penting di sekolah. Mereka boleh diberi peluang untuk merancang program sambutan Hari Guru, temasya sukan tahunan dan pesta-pesta kebudayaan lain. Penglibatan pelajar ini sudah tentu mendorong mereka untuk berinteraksi dan bergaul. Mereka dapat bertukartukar idea dan saling memahami.

Selain itu, para pelajar patut digalakkan untuk mengadakan lawatan sambil belajar, perkhemahan dan perkelahan. Aktiviti-aktiviti seperti ini sudah tentu menggalakkan mereka untuk bergaul mesra. Sehubungan dengan itu, para pelajar juga boleh digalakkan mengadakan jamuan di dalam kelas. Pada musim-musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, pelajar-pelajar Islam patut mengadakan jamuan Aidilfitri di dalam kelas, begitu juga dengan perayaan-perayaan lain seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas. Merayakan perayaan kaum-kaum lain, memberikan impak yang kukuh dalam hubungan persahabatan antara kaum. Sesungguhnya aktiviti-aktiviti seperti ini, dapat menjalinkan hubungan mesra antara pelajar berlainan kaum tanpa perasaan curiga dan prasangka.

4. Melalui kegiatan gotong-royong dan kerja amal Para pelajar perlu disemai untuk sentiasa bersifat tolong-menolong dan toleransi. Contohnya kegiatan gotong-royong yang dianjurkan diperingkat sekolah dapat mewujudkan semangat yang sayangkan sekolah, cintakan kebersihan dan memupuk semangat muhibah antara pelajar. Melalui kerja-kerja amal pula seperti mengadakan pungutan derma bagi mereka yang memerlukan bantuan dan melancarkan tabung kebajikan sekolah adalah satu usaha murni. Hal ini sangat sesuai untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada pelajar dalam perkara-perkara kemasyarakatan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah.

5. Memupuk kesedaran sivik Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah diperkenalkan dalam KBSM. Melalui pendidikan Sivik, pelajar dididik supaya menghormati hak orang lain, membentuk peribadi mulia dan menjadi model kepada rakan-rakan, mempamerkan sifat-sifat mulia di sekolah dan di luar sekolah. Mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan yang diajar di sekolah akan mewujudkan semangat kekitaan dan sikap bertanggungjawab pelajar terhadap diri, sekolah, masyarakat dan negara. Contohnya mereka tidak akan membuang sampah merata-rata te,pat di sekolah demi menjaga keselesaan orang lain dan alam sekitar. Hal ini akan mendorong wujudnya hubungan baik sesame insane dan secara tidak langsung hubungan dapat dipererat.

6. Melalui Pendidikan Sejarah Mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran teras di sekolah menengah. Bertepatan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan para guru, perlu menanamkan bibitbibit kesedaran dan semangat patriotisme bagi tujuan penyatuan perpaduan dan pembangunan kewarganegaraan. Pelajar perlu peka bahawa asas-asas pembinaan negara bangsa ini merujuk kepada pendidikan Sejarah. Sejarah awal ketamadunan bangsa, sejarah perjuangan bangsa dan sejarah pembinaan semula masa depan nasib bangsa perlu dimantapkan dalam kurikulum sekolah. Pendidikan Sejarah berperanan sebagai alat sosialisasi bagi pembinaan bangsa Malaysia. Mengajar mata pelajaran sekolah mempunyai kaitan erat dengan proses perpaduan kaum dan membina masyarakat yang bersatu padu di negara ini. Jelaslah, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk mendidik pelajar mengenal erti nilai patriotisme, nasionalisme da identity bangsa. Pendidikan Sejarah mempunyai peranan besar untuk generasi muda supaya celik sejarah seperti menghargai semangat juang generasi terdahulu mempertahankan hak dan rasa cinta akan tanah air demi kemakmuran bangsa dan negara. Contohnya pelajar digalakkan menyambut Hari Kemerdekaan melalui kempen mengibarkan jalur gemilang. Hal ini, dapat melibatkan penyertaan semua pelajar untuk menyertai perarakan sekaligus memupuk nilai perpaduan.

7. Melalui program Bahasa Selaras dengan tujuan kerajaan memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai alat perpaduan antara kaum pelbagai program Kebahasaan dan Kesusasteraan boleh dilaksanakan di sekolah. Contohnya dengan mmenganjurkan Minggu Bahasa, pelajar digalakkan menyertai pertandingan deklamasi sajak, berbalas pantun, syarahan dan pidato serta pertandingan menulis cerpen. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat berinteraksi sesama mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Kesimpulan Sebagai orang yang paling hadapan dalam dunia pendidikan, para pendidik merupakan 'role model' dan 'uswatun hasanah' bukan sahaja kepada anak-anak didik tetapi juga kepada keseluruhan anggota masyarakat. Peranan guru amat berat dan mencabar dalam mencanai dan membentuk anak bangsa agar aspirasi negara menjadi kenyataan.

Dalam hal ini, semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.

Sesungguhnya, kejayaan kita melaksanakan dasar-dasar dan program-program negara yang terbaik mengikut acuan kita sendiri adalah kejayaan kepada bangsa dan akan menjadi kebanggaan masyarakat seluruhnya. Aspek-aspek pendidikan yang berasaskan kesepaduan amat penting dan berkesan untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arah memperkembangkan potensi individu yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara. Keadaan ini dapat meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang mampu mengangkat sisitem pendidikan negara ke tahap tertinggi dan bertaraf dunia. Secara tuntasnya, komitmen daripada semua pihak dalam dunia pendidikan khususnya para guru amatlah diperlukan dalam mewujudkan perpaduan kaum dan memperkasakan sekolah sekaligus memenuhi wawasan negara.

Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia Struktur dan organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia dibentuk berdasarkan kepada sistem politik dan pentadbiran negara. Sistem pendidikan di Malaysia merupakan sistem pendidikan berpusat. Struktur organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah sangat besar, namun secara ringkas terbahagi kepada lima peringkat iaitu; 1. Eksekutif 2. Pengurusan 3. Penyeliaan 4. Teknikal 5. Pelaksana Kelima-lima peringkat di atas boleh dikategorikan kepada empat bahagian/struktur pentadbiran, iaitu: Peringkat Persekutuan, Peringkat Negeri, Peringkat Daerah dan Peringkat Sekolah. Rajah 1 berikut menunjukkan secara jelas Hierarki Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran terdiri daripada dua puluh bahagian. Dua belas bahagian professional dan lapan bahagian pentadbiran. Tiap-tiap bahagian professional diketuai oleh seorang pengarah sementara bahagian pendaftaran Sekolah dan Guru di ketuai oleh Timbalan pendaftar Besar dan bahagian Nazir diketuai oleh seorang ketua Nazir persekutuan. Tiap-tiap bahagian pentadbiran pula diketuai oleh seorang setiausaha kecuali bahagian pentadbiran diketuai oleh seorang ketua penolong setiausaha.

You might also like