You are on page 1of 4

RUMUSAN INSTITUSI KEIBUBAPAAN: KONSEP SERTA PERANANYA DALAM MEMBANGUN KESEJAHTERAAN UMAT.

Definisi institusi keibubapaan ialah satu keyakinan dan amalan yang telah termaktub di dalam kehidupan masyarakat. Selain itu juga keibubapaan juga bermaksud penjadualan masa dalam usia kita yang singkat dan dasar-dasar pendisplinan dalam setiap aspek kehidupan. Selain itu huraian konsep ini juga boleh disimpulkan keibubapaan juga adalah berperanan sebagai pendidik dan merupakan asas segala keperihalan kemanusian. Ia juga bermatlamat sebagai cara untuk mendapat kesejahteraan.Tambahan pula, konsep ini juga boleh dipetik dari sabda Rasulullah yang bermaksud Bukan orang yang bersejahtera,yang meninggalkan akhirat kerana mengejar dunia .Orang yang sebenarnya sejahtera ialah yang mengabungkan dunia dan akhirat .Sebaik-baik alat perhubungan yang dapat menyampaian kamu ke akhirat ialah dunia. Maka dari itu pergunakanlah keduniaan semanfaat mungkin agar kamu memperolehi kesejahteraan dunia dan sekaligus kesejahteraan abadi di akhirat. Hasil daripada kata ini menunjukkan bahawa keseimbangan di antara keduanya akan membawa kepada kesejahteraan. Namun generasi baru yang merupakan natijah dari keibubapaan itu rata-rata memperlihatkan ketidakupayaan daya fikir, keserabutan arah dan kaedah, sentiasa letih lesi dalam kreativiti, kekurangan motivasi kerja, mudah mati akal ,pemikiran yang sering bersifat destruktif, bersifat negatif, kaya dengan prejudis-prejudis pesimistik dalam cita-cita dan selalu berfikiran sempit. Peranan ibu bapa dalam kegagalan institusi kekeluargaan amat besar peranannya menurut peranan Loreyne ketidakberkesanan peranan ibu bapa adalah bepunca dari kekurangan sumber dan tenaga, ia bukan disebabkan kepimpinan tetapi disebabkan ketandusan teori kaunseling dan kekurangan minat dalam pengorganisasian. Terdapat tiga aspek utama dalam keteguhan institusi keibubapaan iaitu aspek fizikal, aspek akal budi atau minda dan aspek hati. Antara aspek fizikal ialah pemakan yang seimbang, kediaman yang sesuai, pengurusan riadah dan ia perlulah secara bersistem, namun yang paling penting ialah rasa sayang pada diri sendiri dan anak-anak.Terdapat beberapa masalah yang menyebabkan kegagalan dalam institusi keibubapaan apabila terdapat sesetengah daripada mereka tidak menyayangi diri mereka sendiri dan terlibat dengan kancah yang tidak sihat akibat dari ketiadaan rasa sayang pada diri sendiri dan mebenci diri sendiri. Selain itu mereka tidak menerima hakikat diri mereka sendiri. Ibu bapa sedar dengan situasi ini
1

namun mereka tidak dapat mengurusnya dengan baik kerana dengan diri mereka yang tidak terurus diri masing-masing. Apabila tiba tahap yang meruncing mengakibatkan mereka mengeluh dan hanya menyerahkan segala-galanya pada Tuhan. Permasalahan menyayangi diri ini sebenarnya kembali kepada soal cinta, iaitu cinta kepada Pencipta yang utama. Dari situlah akan lahirnya cinta kepada diri sendiri dan menerima hakikat diri sendiri. Selain itu masa juga perlulah diuruskan dengan sistematik supaya tidak lahirnya budaya lalai, budaya tangguhmenangguh, budaya kecuaian dan budaya keji masa. Tambahan pula anak-anak hendaklah dididik dengan sebaik-baiknya dan tidak dimanjakan dengan kemewaham duniawi sehingga melampui batas agama dan sehingga menghasilkan watak yang membazir dan perosak harta benda. Mekanisme akal budi juga perlulah diuruskan dengan teratur dan sistematik. Jika mekanisme ini tidak diuruskan dengan betul akan melahirkan sifat-sifat takut, rawan hiba, sedih pilu, was-was, tidak mampu melakukan sesuatu tugas dengan cepat dan tepat, selalu bersikap negatif, destruktif, non-kreatif, prejudis, illojikal, kronik, pemistik dan kaya dengan pelbagai alasan yang remeh-temeh. Kesan keatas akal budi yang tidak terurus oleh ibu bapa akan menyebabkan melahirkan sifat peribadi yang berfikiran bimbang dan bercita-cita besar, selalu kecut perut, khuatir membuat sesuatu kerana takut kepada kegagalan. Akal fikiran juga perlulah diriadahkan dengan pendekatan keibubapaan dalam pendidikan anak-anaknya terutama gerak tindak dan percakapan. Akal budi yang terurus dengan baik bukanlah mempunyai sifat kegagalan dan kekecewaan namun menerimanya sebagai suatu manfaat. Di Barat pengurusan akal budi ini merupakan projek keutamaan dalam semua bidang dan tahap, meliputi tahap kekeluargaan di mana institusi keibubapaan menjadi tonggaknya ,tahap pelajaran dan pendidkan di mana sistem pendidikan yang mengutamakan pembinaan dan perkembangan akal budi.pengurusan akal budi dan fizikal boleh mencapai kesejahteraan seperti yang telah terbukti dalam bidang-bidang ilmu pengetahuan dan cara-cara hidup. Namun begitu kesejahteraan yang terhasil daripada fizikal dan akal budi masih lagi tidak seimbang dengan fitrah manusia yang sebenar yang menuntut juga kesejahteraan jiwa, kesejahteraan domain dalaman diri atau kerohanian kerana makna kesejahteraan yang kita maksudkan haruslah seimbang antara domain luaran diri, seimbang diantara duniawi dengan ukhrowi. Manakala penerimaan akal budi pula adalah disamping asasasas pengorganisasian fizikal dan pengorganisasian akal budi yang dipertanggungjawabkan kepada institusi keibubapaan, asas pengorganisasian hati juga perlu dilaksanakan, malah aspek hati inilah yang kelak menjadi penentu yang sah kepada peranan fizikal dan peranan akal budi.
2

Hati perlulah diurus dengan baik, apabila baiknya hati seseorang maka baiklah fizikal dan akal budinya. Daging itu ialah hati dan qalbu. Jika hati tidak diuruskan dengan baik mengikut fungsinya akan melahirkan manusia yang terbabas dari fitrah kemanusiaan, rosak moralnya, kekejaman, ketidakadilan, penganiyaan, penyelewengan dan sebagainya. Ia akan menjadi budaya manusia di mana-mana sahaja. Pengurusan hati ini adalah satu proses yang memerlukan rancangan jangka panjang dan jangka pendek dengan pendisplinan yang ketat sehingga hati benar-benar tahu mengenal kebenaran dan kebatilan, tahu dan berani memilih kebenaran dan menolak kebatilan dan tahu serta berani pula bertindak melahirkan kebenaran yang diyakini, dan berani bertindak merealisasikan kebenaran itu pasti sahaja memerlukan ilmu dan memerlukan amal. Selain itu, hati perlulah diperteguhkan keimanannya dan diperteguhkan ketakwaannya. Pada peringkat awal peranan ibu bapa amatlah penting ,seperti kata Imam Ghazali: hati benarbenar menjadi raja memerintah dua pasukan iaitu pasukan jasadiah dan pasukan rohaniah, pasukan fizikal dan akal budi. Aspek yang penting bagi ibu bapa memainkan peranan penting meyakinkan hati anak-anak supaya percaya pada alam ghaib. Perkara ghaib ini ialah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasakan dengan pancaindera bagi manusia, tetapi diakui serta diyakini dengan jalan perhatian dan fikiran yang berdasarkan dalil-dalil yang boleh diterima oleh akal yang sempurna. Kita berharap institusi keibubapaan dapat menyedari hakikat ini dan dalam urusan kaunselingnya dapat menyampaikan nasihat kepada sesiapa yang memerlukannya agar kesedaran itu berjaya direalisasikan dalam institusi keibubapaan dalam merancang

pengorganisasian fizikal, akal budi dan hati secara sistematik dan berdisplin dan dituruti dengan praktikal berterusan. Kesejahteraan yang sebenar yang menjadi matlamat kita itu pasti berada dalam genggaman.

RUJUKAN 1. Diubahsuai dari tajuk asalnya; (1991), Keibubapaan dan Kesejahteraan. Kertas yang dibentangkan pada Konvensyen PERTAMA pada 26 April di USM Pulau Pinang. 2. Umar Hasyim, (1983), Cara Mendidik Anak Dalam Islam, Pt Bina Ilmu Surabaya, h. 18. 3. Hary Lorayne, (1975), Secrets of Mind Power, a Signet Book, New York, h.1. 4. Suad Mz, (1989), Berfikir Positif Menurut Islam, Sarana Ilmiah Press, Surabaya, 1989, h.21. 5. Zaba, (1985), Mencari Kehuluran Budi, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, h.56. 6. Edward de Bono, (1971), The Mechanism of Mind, Penguin Books, London. 7. David J.Schwarts, (1984), The Magic of Thinking Big, Thorsons Publishing Group, United Kingdom. 8. Mohd. Sulaiman Haji Yasin, (1983), Empat Konsepsi Asas Dalam Islam, al-Rahmaniah, Selangor, h.89. 9. Al-Ghazzali, Terjemahan: (tanpa tarikh) Keajaiban Hati, Pustaka Nasional, h.22.

You might also like