You are on page 1of 3

Budaya Melayu terkenal sudah Istana dan rakyat begitu terserlah Sejak dahulu adat bersirih tiada gundah

Hingga kini jadi pengkisah Sirih adat sirih dijunjung Buat pengubat oleh si Dukun Semuga ia jadi penyanjung Kepada rakyat turun temurun Sirih junjung sirih pinang Sirih kami susun bertingkat Adat dijunjung pusaka dikenang Bangsa berbudi hidup muafakat Sirih junjung sirih pinang Sirih kuning diberi nama Adat dijunjung pusaka dikenang Hidup berbudi muafakat bersama Sirih kuning sirih dara Sirih tanya berserta cincin Hidup beradat aman sejahtera Budaya lama tetap terjamin Sirih kuning diberi nama Sirih tanya berserta cincin Hidup berunding muafakat bersama Bangsa mulia budaya dijamin Orang Jawa turun ke dusun Singgah sejenak di pinggir kota Kami bawa sirih tersusun Sudilah sepiak pembuka kata Gadis Acheh berhati gundah Menanti teruna menghulur tepak Gula manis sirih menyembah Adat dijunjung dipinggir tidak Iras mu bagai celepa Bertudung lingkup penuh budaya Kapur pinang gambir juga ada Di dalam puan kau persada Kau tersesun begitu indah Punya perwatakan dan juga madah Lima sekawan tiadalah gundah Membuat budaya tidak ditelah Makan sirih berpinang tidak, Pinang ada di bawah tangga; Makan sirih mengenyang tidak, Kerana budi dan bahasa. Kain bersuji di atas atap, Sudah dikelim baru dipakai; Kalau sudi tuanku santap, Sirihnya kering pinangnya kotai. Ada sirih ada pinang, Nanti gambir dengan kapur; Sudah dipilih sudah dipinang, Hanya menanti ijab kabul. Ambil buluh di rumpun jering, Jering bersanggit dibatang pinang; Kalau jalak lawan biring, Belum tentu kalah menang. Apa guna pokok pinang, Daun hijau kuning padi; Apa diingat apa dikenang, Gunung dikejar takkan lari.

Bumi Melaka begitu mewah Dagang dan santri menjadi meriah Banua Keling datang berhebah Sirih pinang buat persembah Sultan Iskandar Sultan Melaka Abad empatbelas kisah bermula Ole datang bersama bahtera Adat resam menjadi gempita Makan sirih di dalam puan Puan datang dari Deli Melayu, Cina, Keling juga Pagan Sirih junjung jadi penyeri

Bangun tidur lalu berenang, Naik rakit batang pinang; Habis tali sambung benang, Kumbang terbang bukan senang. Hujan reda ribut berdengung, Tanam pinang di kaki tangga; Jangan dinda duduk termenung, Sapu tangan pengganti kanda. Cak royak makan sirih, Sirih ada dalam padi; Rupa elok tak payah pilih, Ikut suka dalam hati. Dari dulu pinang seribu, Hingga sekarang pinang sebatang; Dari dulu pengajar ibu, Hingga sekarang pengajar datang. Dari dulu pinang seribu, Baru sekarang pinang sekati; Dari dulu ditimang ibu, Baru sekarang menimbang diri. Datuk Perdana mengupas upih, Limau manis dalam cerana; Saya laksana kertas putih, Boleh ditulis sebarang warna. Daun lebat beribu-ribu, Tindih-menindih batang pinang; Cari akal dengan tipu, Tembak seperti peluru petunang. Hati-hati pinang rasa, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit. Tanam pinang rapat-rapat, Biar senang puyuh berlari; Kalau dipinang-pinang tak dapat, Pujuk-pujuk ku bawa lari.

Intan baiduri di dalam puan, Gelang suasa dalam raga; Bila ku pandang wajah mu tuan, Bagai terpandang pintu syurga. Jatuh upih jatuh seludag, Jatuh mari di laman kami; Nasi putih lauk udang, Mari makan bersama kami. Kalau hendak main keriku, Kaca remuk dalam puan; Kalau tidak jadi di situ, Hati remuk kerana tuan. Kalau ke sini tumbang kerajni, Habislah ranap pokok pinang, Kalau begini rupanya janji, Bilalah cakap boleh dipegang. Makan sirih berpinang tiada, Pinang ada di Bukit Batu; Tengok ke kiri ke kanan tiada, Inilah saya yatim piatu. Sungguh hitam si putik manggis, Sirih kuning dalam tepak; Sungguh hitam dipandang manis, Putih kuning pengubat edah. Membeli sirih dari pekan, Mengasah kapak menuju kebun; Hati kasih kepada tuan, Sehari tak nampak rasa setahun. Mengail ikan di bawah batang, Ikan siakap kata senangin; Tiga bulan abang tak datang, Sirih dihantar dilayang angin. Pinang tua beraga-raga, Pinang muda lebihlah lagi; Orang tua mengada-ngada, Orang muda lebihlah lagi. Pisau lipat di dalam puan, Mari lambung di atas atap; Sudah lama dendamkan tuan, Ditunjuk jari namun tak dapat.

ibu kapur di lembah paya, Tebang kelam dicuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup.

Pisau raut membelah pinang, Parang mengerat pokok papaya; Karam di laut boleh direnang, Karam di darat apa upaya. Putik pauh dari permatang, Sayang selasih dalam puan; Lagi jauh kami datang, Kerana kasih kepada mu tuan. Saya tak tahu pukul rebana, Telunjuk patan saya tekankan; Saya tak tahu sirih makna, Sirih diunjuk saya makankan. Dia membuat sebilah pedang, Disimpan gula dengan sirih; Sudah ada Nabi Adam, Ada pula Nabi Idris. Dua belas bintang di langit, Bintang di raja dari Melaka; Kata tuan pinang bersisit, Kapur bercampur air mata. Hanyut pinang dari hulu, Pinang berisi madu lebah; Bila terkenang zaman dahulu, Rindu sekarang menggigit lidah. Hilir rakit sungai sempit, Anak raja turun menuba; Hulur sirih jari dipicit, Itulah tempat muda mencuba. Kalau nak tau ara berbunga, Sirih kuning di celah lantai; Kalau nak tau syurga dunia, Putih kuning panjang lampai. Kalau tak boleh sirih Cina, Sirih di darat ku ambil juga; Jika tak boleh atas dunia, Di dalam akhirat ku ambil juga. Kalau tuan mengasah kapak, Ngasah mari sepagi hari; Saya bawa sirih setepak, Untuk saya ganti diri.

You might also like