Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
244Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Teori Psikologi Individu Alfred Adler

Teori Psikologi Individu Alfred Adler

Ratings:

4.83

(24)
|Views: 16,935 |Likes:
Published by aman ipoh
Penerangan Teori
Tugasan Master ED (B&K)
Penerangan Teori
Tugasan Master ED (B&K)

More info:

Published by: aman ipoh on Sep 16, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/01/2013

pdf

text

original

 
The goal of the human soul is conquest, perfection, security, superioriorityEvery child is faced with so many obstacles in life that no child ever grows up withoutstriving for some form of significance.
PSIKOLOGI INDIVIDUALFRED ADLERAlfred Adler dilahirkan pada 7 Februari 1980 di Rudolfsheim, Vienna, Austria. Beliau berasal darikeluarga Jewish kelas pertengahan. Beliau berbangsa Yahudi, namun beliau tidak dibesarkan dalamkebudayaan masyarakat Yahudi. Beliau menganuti kepercayaan Protestant.Adler merupakan anak kedua daripada 6 adik- beradik. Beliau mempunyai seorang abang yangbernama Sigmund. Semenjak dari kecil, Adler sering dibanding- bandingkan dengan abiliti abangsulungnya. Beliau dan Sigmund, sememangnya berbeza dari segi keupayaan fizikal. Adler berasacemburu dengan abangnya yang sentiasa dibanggai dalam pencapaian sukan. Tambahan pula,Adler tidak mampu untuk bergiat aktif sepertimana abangnya, Sigmund kerana beliau telahdisahkan menghidap penyakit Pneumonia ketika berumur baru 5 tahun. Lebih menyedihkan,doktor pula mengesahkan penyakit Adler adalah kronik dan sukar dirawat.Bertitik tolak dari peristiwa tersebut, Adler telah menyimpan hasrat untuk menjadi seorang doktorapabila dewasa. Ternyata, cita- cita anak kecil itu telah berjaya direalisasikan apabila beliauberjaya merangkul Ijazah Kedoktoran ketika usianyamencecah 25 tahun, pada tahun 1895. Ijazah tersebut ditauliahkan daripada University of Vienna.Bercerita soal hubungan Adler dan kelurga, beliau pada mulanya amat dimanjakan oleh ibunya.Namun, ia sekadar bersifat sementara. Pada usia Adler 20 bulan, ibunya menyambut kelahiranadik perempuannya yang baru dan sekaligus perhatian dan kasih sayang yang diberikan olehibunya selama ini telah pula beralih arah.Setelah menyedari situasi itu, Adler mula rapat dengan bapanya. Hubungannya dengan bapanyasemakin hari semakin akrab. Bapanya menjadi sumber inspirasi Adler untuk berjaya. Semasabelajar di sekolah rendah, Adler pernah diherdik oleh guru kelasnya kerana prestasi Adler di
 
sekolah amat lemah. Beliau sering gagal dalam peperiksaan terutama dalam mata pelajaranMatematik. Gurunya pernah mencadangkan kepada bapanya untuk memberhentikan Adler dariterus bersekolah. Kata guru itu adalah lebih baik sekiranya Adler dilatih menjadi seorang tukangkasut.Akibat dari herdikan yang diterima, Adler menjadi semakin lemah semangat dan hilang minatuntuk pergi ke sekolah. Atas semangat dan kepercayaan yang diberikan oleh bapanya, Adlerakhirnya pulih semangat. Beliau tekad untuk membuktikan bahawa beliau turut berpotensi untukberjaya. Demi memenuhi desakan itu, Adler akhirnya berjaya mengatasi kegagalan beliau. Sejakdetik itu, Adler tidak lagi menghadapi kesukaran dalam belajar dan menjadi pelajar nombor satudalam kelas.Pada tahun 1898, beliau berjaya menghasilkan hasil penulisannya yang pertama. Beliaumenekankan hubungan kesihatan dan abiliti seseorang mencapai kejayaan. Kupasan beliaumembawa kepada pembentukan prinsip pemikiran baru dalam suasana sekolah- sekolah.Pada tahun 1902, Adler mula menyertai gerakan Freudian atas jemputan Freud sendiri. Merekabanyak membincangkan aspek baru dalam dunia psikopatologi. Namun, sepanjang 4 tahun, Adlerbergiat dalam kegiatan Freudian; Adler tidak pernah selari pandangan dengan Freud. Buktinya, jelas dapat dilihat melalui penulisan Adler pada tahun 1907 yang mana mengupas tentang organinferioriti dan kelebihannya. Adler membantah pandangan Freud terhadap pembentukanpersonaliti seseorang itu adalah didorong oleh desakan seksual.Maka, pada tahun 1911, Adler memutuskan untuk keluar dari terus bersama dengan gerakanFreudian itu. Adler bersama- sama dengan 8 orang ahli lain yang seangkatan dengan pandanganAdler berjaya menubuhkan sebuah persatuan:
Society for Free Psychoanalysis.
Memandangkannama tersebut seolah- olah mempersendakan Freud, Adler memutuskan pula untuk mengubahnama tersebut kepada
Society for Individual Psychology.
Kemudian, pada tahun 1912, Adler menerbitkan pula sebuah buku yang berjudul
“ The NeuroticConstitution” 
yang mana buku ini merupakan usaha Adler untuk lebih memperkembangkankonsep utama yang ada dalam Teori Psikologi Individu. Selain itu, penulisan beliau banyakmemfokuskan kepada keunikan personaliti seseorang individu. Seterusnya, beliau menghasilkanpula sebuah buku yang bertajuk “Understanding Human Nature”. Buku ini digunapakai oleh parapelajar di
Viennese Institute for Adult Education.
Semasa Perang Dunia Pertama, beliau turut terlibat dalam revolusi Marxism dan bergiat sebagaitentera Austria. Beliau berjaya menubuhkan beberapa buah klinik rawatan mental di Vienna.Namun malangnya, usaha beliau itu akhirnya ditutup oleh pihak Nazi. Justeru itu, beliau berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1934 berikutan mendapat tawaranmengajar di
Long Island College of Medicine.
 
Hasil perkahwinan beliau bersama Ruissa Epstein [seorang wanita berbangsa Rusia], merekadikurniakan 4 orang cahayamata iaitu antaranya ialah Kurt dan Alexandra. Kurt dan Alexandramerupakan 2 daripada 4 orang anak Adler dan Ruissa yang bergiat sebagai ahli psikiatri danmeneruskan tradisi mendiang bapa mereka membantu masyarakat sejurus selepas kematianmendiang pada 28 Mei, 1937. Mendiang meninggal akibat serangan sakit jantung semasa lawatanbeliau ke Aberdeen, Scotland.

Activity (244)

You've already reviewed this. Edit your review.
Adnin Nur added this note
assalamualaikum...bolehkah tuan email kan nota ini kepada saya. ini sangat banyak membantu saya. adyadnin@gmail.com
1 thousand reads
1 hundred reads
Zakiyah Halwah liked this
Syahidah Nadiah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->