You are on page 1of 9

Bincangkan peranan Asoka sebagai pemerintah empayar Dinasti Maurya di India.

Pengenalan: Empayar pertama di India yang diasaskan oleh Chandra Gupta Maurya kira-kira 321 SM dengan menjadikan Pataliputra sebagai pusat pemerintahannya. Kemasyhuran empayar ini terserlah semasa Asoka menaiki takhta pada 273 SM dengan gelaran Devanampiya Plyadasi yang menggantikan bapanya, Bindusara. Banyak sumbangannya terutama dalam perluasan kuasa, keagamaan Buddha dan pembaharuan sistem sosial. Isi-isi: 1. Melancarkan Perang Kalinga. Berlaku perebutan kuasa selepas kematian ayahnya dengan membunuh 98 orang anggota keluarganya Melancarkan serangan terhadap negeri Kalinga pada tahun 292 M yang mengorbankan 100 ribu orang. Perang Kalinga banyak memberikan kesedaran yang mendalam dalam jiwanya kerana banyak nyawa tidak berdosa terkorban, keganasan , kekejaman dan merugikan rakyat. Asoka insaf dan berubah serta memeluk agama Buddha. 2. Menyebar dan membudayakan agama Buddha Mengadakan siri lawatan ke seluruh negara. Melawat tempat-tempat suci dan mengadakan perbincangan. Melantik pegawai khas Dharma Mahamatra untuk menyebarkan Dharma. Mengadakan majlis agama Buddha untuk menyelesaikan perbezaan pendapat. Menghantar misi-misi keagamaan ke negara-negara luar. Mengukir doktrin-doktrin Buddha di atas batu, tiang-tiang, dan gua-gua. Mempraktikkan ajaran Buddha dalam kehidupan; tidak lagi makan daging dan menghentikan amalan berburu. 3. Membuat perubahan dalam aspek pentadbiran Memelihara kebajikan material dan moral rakyat. Mengutamakan keselamatan rakyat, negara, harta benda, iaitu kemakmuran rakyat. Segala perancangan Asoka dalam penyebaran Buddha menyebabkan berlaku Buddhisme di dunia. Beliau berjaya mengekalkan keamanan dan kemakmuran di seluruh empayarnya. 4. Membuat perubahan dalam aspek Sosial

Menjaga kepentingan rakyatnya seperti membina hospital. Membina kemudahan awam seperti rumah rehat, menanam pokok di sepanjang jalan, mencantikkan bandar, dan lain-lain. Usaha ini mencerminkan cara hidup Buddha yang suka mengembara dalam mencari kebenaran. Mempunyai sifat toleransi terhadap penganut agama lain seperti menghulurkan bantuan kepada Brahmin dan penganut agama lain. 5. Peluasan kuasa Menghentikan dasar perluasan kuasa seperti bapa dan datuknya. Mengamalkan dasar perluasan kuasa melalui Dharma (Buddha). Menghantar misi-misi keagamaan ke negara-negara luar. Menghantar mubaligh-mubaligh Buddha ke Sri Lanka, Asia Barat, Mesir, Eropah Timur, Tibet, dan lain-lain. Antara mubaligh yang diutus ialah anaknya, Mahendra dan Sanghamitra yang dihantar ke Sri Lanka. Menjalinkan hubungan erat dengan empayar besar sezaman dengannya seperti Yunani, China, Parsi, dan Rom. Menjalinkan hubungan dengan negara jiran seperti Chola, Pandya, Satiyaputra, Keralaputra, dan Tambapamni. Hasil hubungan membuka ruang ekonomi dan menggalakkan banyak peniaga datang ke negerinya. Perkongsian media banyak mempercepat kemajuan bangsa masing-masing, terutama Empayar Maurya. 6. Pembinaan Empayar Empayarnya meliputi seluruh bahagian India termasuk Afghanistan dan Baluchistan kecuali India Selatan. Asoka berjaya membentuk satu unit pentadbiran yang kukuh. Kesimpulan: Asoka meninggal dunia pada 232 S.M. Pemerintahan Asoka diteruskan oleh tujuh orang raja yang tidak cekap kerana wujudnya pemberontakan dalaman oleh kerajaan-kerajaan kecil seperti Andhra yang telah membebaskan Deccan. Demertius pula berjaya merampas sebahagian besar wilayah Maurya. Terdapat penentangan daripada golongan Brahmin yang tidak puas hati dengan undangundang pengharaman makan daging binatang. Empayar Maurya mengalami keruntuhan pada 190 S.M. Pemerintahan terakhir, Brihadratha dibunuh oleh golongan Brahmin dan digantikan oleh Empayar Gupta.

Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan sistem pemerintahan beraja dalam tamadun China.
Pengenalan: [ 3 markah ] 1. Latar belakang Shih Huang Ti Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M . Beliau telah mengasaskan empayar yang luas sehingga Sungai Merah di Vietnam. Berjaya menyatukan seluruh empayar China ke bawah satu pemerintahan pusat. 2. Sistem pemerintahan beraja China Ketua kerajaan pusat ialah maharaja atau Huang Ti. Gelaran Huang Ti digunakan oleh maharaja pertama Dinasti Chin. Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja yang dianggap sebagai The Great King dan The King of Kings. Maharaja mempunyai kuasa tertinggi, sumber undang-undang, ketua kerajaan, ketua hakim, dan ketua agama. Isi : [ 7 isi X 3 markah = 21 markah ] Langkah-langkah pengukuhan sistem pemerintahan beraja: 1. Menjalankan sistem pemerintahan berpusat Menubuhkan ibu kota di Hsein Yang sebagai pusat pemerintahan. Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang memerintah terus dari ibu kota. Menjalankan pemerintahan bersifat autokratik 2. Menghapuskan sistem feudal

Menghapuskan sistem feudal dengan menyekat kuasa dan pengaruh golongan aristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkat wilayah dan daerah. Merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan mereka tinggal di sekitar kawasan istananya. Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsien Yang, pusat kerajaan Dinasti Chin. 3. Memperkenalkan scholar system Melatih sekumpulan kakitangan awam yang mempunyai pendidikan untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhidmat dengannya. Dilatih selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam yang akan berkhidmat kepada maharaja. Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan dilantik secara warisan melalui sistem feudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalam peperiksaan awam yang dijalankan dengan ketat. Ini dapat mengukuhkan kuasa maharaja. 4. Mewujudkan tiga pentadbiran utama Maharaja bertanggungjawab kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor, Setiausaha Imperial dan Grand Commandant. Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana. Masing-masing mempunyai tugas khas. Contoh : Canselor mengawal keputusan dasar-dasar kerajaan dan lebih tinggi daripada jawatan lain. Setiausaha Imperial bertanggungjawab dalam membuat arahan , merekrut, dan menyelia ahli-ahli perkhidmatan raja. Grand Commandant mengawal tenteratentera raja. Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama mereka hinggakan tiada seorang pun berada dalam kedudukan yang mampu menggulingkan kuasa maharaja. Dengan demikian dapat mengukuhkan kuasa maharaja. 5. Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah/provinsi Membahagikan empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah) Menghapuskan kuasa golongan bangsawan memerintah wilayah.

Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir wilayah yang terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yang banyak berjasa kepadanya. Pemerintahan wilayah dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja. Ia bertujuan untuk mengelakkan wilayah membentuk kerajaan dan mencabar kerajaan pusat sebagaimana dalam sistem feudal. 6. Melantik pemerhati/perisik wilayah Untuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati dilantik bagi mengawasi tindak-tanduk gabenor-gabenor di wilayah. Pegawai-pegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada maharaja di kerajaan pusat dan dengan cara ini maharaja boleh mengawal semua wilayah dalam empayarnya. 7. Penguatkuasaan undang-undang Penduduk di China diatur dalam kumpulan-kumpulan keluarga yang mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyediakan guna tenaga dalam kerja-kerja pembinaan dan ketenteraan. Sistem ini dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang kejam. Kaedah pemerintahan seperti ini dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di seluruh negara China untuk menyatukan Negara China dan mengukuhkan pemerintahannya. 8. Dasar pengawalan ke atas rakyat Mengamalkan sistem undang-undang yang ketat berasaskan fahaman legalisme yang bertujuan mengawal tingkah laku rakyat melalui undang-undang dan tindakan yang keras. Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telah dibakar kerana bertentangan dengan dasar yang diamalkannya. Sarjana-sarjana yang ingkar dihukum bunuh. Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak, anak panah, dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebut kepada kerajaan. 8. Memperkukuh sistem pertahanan daripada serangan luar

Mempertahankan negara daripada serangan orang gasar khususnya orang Hsiung Nu dengan membina Tembok Besar Negeri China. Menyambung pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dilengkapi dengan menara kawalan untuk memerhati gerakan musuh. Memperbesar dan memperkuat pasukan tentera. Kesimpulan:[ 1 markah ] 1. Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya. 2. Sikap beliau yang autokratik dan zalim menyebabkan rakyat cuba memberontak tetapi gagal. 3. Sistem beraja Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang Ti pada tahun 210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat mengawal seluruh empayar yang luas.

Jelaskan sumbangan Asoka dalam mencipta keagungan Empayar Maurya di India.


A. Pengenalan : ( 3 M ) 1. Latar belakang Empayar Maurya : a. Merupakan empayar yang pertama di India bermula pada tahun 321 SM. b. Diasaskan oleh Chandragupta Maurya. c. Pentadbiran empayar ini begitu menyerlah semasa pemerintahan rajanya yang ketiga iaitu Asoka. 2. Latar belakang Asoka : a. Asoka telah menaiki takhta pada tahun 273 SM dengan gelaran Devanampiya Plyadasi. b. Beliau telah menjadikan Empayar Maurya sebagai sebuah empayar yang agung melalui perluasan kuasa, keagamaan dan pembaharuan sistem politik. B. Isi : ( 7x3M=21M ) ( Buat rujukan untuk huraian lanjut )

1. Mengadakan siri lawatan ke seluruh negara pada tahun ke 11 pemerintahannya. 2. Melawat tempat suci dan menganjurkan perbincangan keagamaan. 3. Melantik pegawai khas iaitu Dharma Mahamatra untuk menyebarkan nilai-nilai murni di dalam ajaran Buddha. 4. Menganjurkan Majlis Buddha yang ke tiga untuk menyelesaikan perbezaan Mazhab yang berlainan. 5. Mubaligh Buddha dihantar ke Sri Lanka, Asia Barat , Mesir dan Eropah Timur untuk menyebarkan agama Buddha. 6. Mengukir doktrin Buddha di atas batu, tiang dan gua di seluruh jajahan takluk supaya rakyat dapat mengamalkan nilai-nilai moral seperti mengawal nafsu. 7. Mengamalkan sikap toleransi terhadap agama . 8. Empayar yang diasaskan meliputi seluruh bahagian utara India termasuk Afghanistan dan Baluchistan kecuali India selatan. 9. Sesetengah tanah jajahan diberi kuasa autonomi dan sesetengahnya pula ditadbir oleh wizurai. 10. Berjaya menyatukan seluruh empayarnya menerusi penggunaan bahasa Prakrit. 11. Hubungan diplomatik dengan beberapa orang raja seperti Ptolemy II , Raja Mesir menerusi penubuhan organisasi Philanthropik. 12. Menubuhkan hospital untuk manusia dan haiwan di seluruh empayar serta menghulurkan bantuan dan derma kepada golongan Brahman dan pengikut agama lain. 13. Membina rumah rehat untuk kemudahan pelancong. C. Kesimpulan. ( 1 M ) Asoka telah berjaya membentuk satu unit pentadbiran yang kukuh dan ini terbukti dengan keluasan empayar Maurya. Namun selepas Asoka meninggal dunia pada tahun 232 SM empayar tersebut mula mengalami keruntuhan kerana kelemahan kepimpinan selepasnya.

Bandingkan sistem pemerintahan Yunani dengan sistem pemerintahan Rom.


Pendahuluan: Sistem pemerintahan ialah struktur politik sesebuah kerajaan. Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau pulau dan sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterrenean dan pemerintahan bermula sejak zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain. Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine terletak berhampiran dengan Sungai Tiber di Lembah Latium dan diasaskan oleh Maharaja Augustus Tamadun Rom bermula dari tahun 753 SM- 476 M dan tamadun Yunani bermula dari tahun 800 SM. Isi: a. Persamaan 1. Hanya warganegara lelaki dewasa yang boleh terlibat dalam pentadbiran dan politik. 2. Pernah mengamalkan sistem pemerintahan bercorak monarki 3. Kedua duanya mengamalkan sistem pentadbiran pusat 4. Dewan perhimpunan diwujudkan bagi meluluskan undang undang b. Perbezaan 1. Bentuk pemerintahan Yunani mengamalkan lima bentuk pemerintahan serentak iaitu monarki, oligarki, aristokrasi, tirani dan demokrasi kerana Yunani mempunyai banyak Negara kota manakala tamadun Rom pula hanya pernah mengamalkan bentuk pemerintahan monarki dan republic (ketua Negara bukan raja)sahaja. 2. Penggubalan undang undang Dewan perhimpunan dalam sistem demokrasi di Yunani berkuasa penuh manakala dewan perhimpunan dalam republik Rom mempunyai kuasa yang terhad dalam membentuk polisi Negara. Di Rom , Dewan Senat mempunyai kuasa yang penuh. Undang undang di Rom dikenali sebagai papan 12 dan bertujuan untuk memulihkan. 3. Ketua pentadbir Yunani hanya mempunyai seorang ketua Negara pada satu satu masa manakala Republik Rom mempunyai dua orang ketua Negara pada masa yang sama atau serentak.

4. Sistem pentadbiran Athens di Yunani merupakan pengasas sistem pemerintahan berbentuk demokrasi manakala Rom merupakan pelopor sistem pemerintahan berbentuk Republik di dunia. 5. Badan kehakiman Majistret dan Juri memainkan peranan penting dalam perlaksanaan undang undang di Yunani manakala di Rom , raja memainkan peranan penting dalam proses penguatkuasaan undang undang. Kesimpulan : Zaman pemerintahan Yunani dan Rom banyak mempengaruhi sistem pemerintahan dalam kerajaan di dunia pada masa sekarang.

You might also like