You are on page 1of 16

PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya Puan Noor Azean Bt Atan atas segala jasa baik dan

tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh penghasilan projek sarjana muda ini. Saya amat berterima kasih kepada beliau atas segala masa dan tenaga yang telah dicurahkan bagi membantu saya menyemak dan memberi komenkomen yang membina bagi menyiapkan projek sarjana muda ini. Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada para responden yang rela meluangkan masa untuk menjawab borang soal selidik dengan ikhlas. Mereka telah memberi maklumat yang banyak dan berguna kepada penulis. Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada keluarga tersayang atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan untuk membantu saya menyiapkan projek sarjana muda ini. Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan atas segala sokongan dan bantuan yang diterima untuk menyiapkan projek sarjana muda ini. v ABSTRAK Pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer merupakan agenda penting pada zaman era teknologi maklumat. Inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada masanya. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji aspek penerimaan guru pelatih terhadap penggunaan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Aspek yang dikaji ialah kebergunaan (usefulness), rekabentuk perisian, kesenangan untuk

digunakan (ease to use) dan keseronokan mengguna. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data-data dan seramai 74 orang responden telah menjawab soal selidik yang diedarkan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Science Social (SPSS 11.5). Analisis deskriptif dan analisis Oneway ANOVA telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan aspek yang dikaji mempunyai nilai min 4.25 (kebergunaan), 4.03 (rekabentuk perisian), 3.97 (kesenangan untuk digunakan) dan 3.76 (keseronokan mengguna). Terdapat perbezaan yang signifikan antara penerimaan penggunaan PPBK di kalangan responden daripada kursus SPT dengan responden daripada kursus SPK tetapi tidak di kalangan responden daripada kursus SPT dengan responden daripada kursus SPP dan antara responden daripada kursus SPP dengan responden daripada kursus SPK. Oleh demikian, ini menunjukkan guru pelatih dapat menerima penggunaan PPBK dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu di peringkat sekolah mahupun di universiti. vi ABSTRACT

Knowledge and skills in technology especially in computing is one of the important tools in the era of information technology. The initiative on integrating ICT in teaching and learning is at the right time. This research has been organized to examine the training teachers acceptance to PPBK at Universiti Teknologi Malaysia (UTM). The

aspects that being examined are usefulness, software design, ease of use and enjoyment. The questionnaires were employed to gather related data and 74 respondents had answered the questionnaires. The data was analyzed using Statistical Package For Science Social (SPSS 11.5) software. Descriptive and Oneway ANOVA analysis have been used to answer the questionnaires. The survey results shows that the aspect have the mean value of 4.25 (usefulness), 4.03 (software design), 3.97 (ease of use) and 3.76 (enjoyment). There are significant different between the acceptance of PPBK among the SPT respondents compared to SPK respondents, but there are no difference between SPT and SPP respondents and also between SPP and SPK respondents. Therefore, it shows that training teacher had accepted the usage of PPBK in teaching and learning at school or university level. vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL v vi vii xi iii iv i ii

SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

xii xiv

1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.6.1 Guru 9 7 8

4 6

9 viii

1.6.2 Kementerian Pelajaran Malaysia 9 1.6.3 Guru Pelatih (Pelajar Jurusan Pendidikan) 10 1.7 Skop dan Batasan Kajian 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Penerimaan 1.8.2 Penggunaan 1.8.3 Guru Pelatih 12 13 11 12 10

1.8.4 Pengajaran Pembelajaran Berbantukan 13 Komputer (PPBK) 1.8.5 Kajian Kes 14

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

15 16

2.2 Kebaikan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) 2.3 Projek Perintis Sekolah Bestari 19

2.4 Kajian Penerimaan Guru Terhadap Penggunaan PPBK

24

2.5 Aspek Penerimaan Penggunaan PPBK 26 2.5.1 Technology Acceptance Model (TAM) 27 2.5.2 Kebergunaan (Usefulness) 2.5.3 Rekabentuk Perisian 2.5.4 Kesenangan Mengguna (Ease of Use) 2.5.5 Keseronokan Mengguna (Enjoyment) 2.6 Kajian Permasalahan Dalam Penggunaan PPBK 31 2.7 Kesimpulan 34 ix 30 29 29 28

BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 36 37 37 38 38 42 43 44 44 45 47

3.2 Rekabentuk Kajian 3.3 Tempat Kajian 3.4 Populasi Kajian 3.5 Instrumen Kajian 3.6 Prosedur Kajian 3.7 Kajian Rintis.

3.8 Kaedah Pengumpulan Data 3.9 Kaedah Penganalisisan Data 3.9.1 Kaedah Analisis Kuantitatif 3.9.2 Kaedah Analisis Kualitatif 3.10 Penutup 47

BAB IV ANALISIS HASIL KAJIAN

4.1 Pendahuluan

48 49 50 52

4.2 Persoalan Kajian 1 4.2.1 Aspek Kebergunaan

4.2.2 Aspek Rekabentuk Perisian

4.2.3 Aspek Kesenangan Untuk Digunakan 55 4.2.4 Aspek Keseronokan Mengguna 58 4.2.5 Min Keseluruhan Aspek-Aspek 60

Penerimaan Terhadap Penggunaan PPBK 4.3 Persoalan Kajian 2 4.4 Persoalan Kajian 3 61 63 64

4.4.1 Kelebihan Yang Wujud Dalam Penggunaan (PPBK) Mengikut Pandangan Guru Pelatih Daripada x Fakulti Pendidikan, UTM. 4.4.2 Kelemahan Yang Wujud Dalam Penggunaan (PPBK) Mengikut Pandangan Guru Pelatih Daripada Fakulti Pendidikan, UTM. 4.5 Persoalan Kajian 4 4.6 Penutup 68 66

65

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 69 70 70 73 76

5.2 Perbincangan Hasil Kajian

5.2.1 Pencapaian Objektif Pertama 5.2.2 Pencapaian Objektif Kedua 5.2.3 Pencapaian Objektif Ketiga

5.2.4 Pencapaian Objektif Keempat 77 5.3 Kesimpulan 5.4 Cadangan 80 80 78

5.4.1 Cadangan Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia 5.4.2 Cadangan Kepada Guru Pelatih/ Bakal Guru

81

5.4.3 Cadangan Kepada Pengkaji-Pengkaji 82 Akan Datang 5.5 Penutup RUJUKAN LAMPIRAN SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 38 40 84 85 91 xi

3.1 Taburan Populasi Mengikut Kursus 3.2 Taburan Item-Item Soalan Soal Selidik

3.3 Taburan Bentuk Soalan Mengikut Bahagian 41 3.4 Taburan Skor Mengikut Skala Likert Lima Skor 3.5 Nilai Kebolehpercayaan (Alpha) Soal Selidik 3.6 Penentuan perbezaan signifikan 46 50 44 42

4.1 Analisis Mengenai Kebergunaan Sebagai Aspek Penerimaan PPBK. 4.2 Analisis Mengenai Rekabentuk Perisian Sebagai Aspek Penerimaan PPBK. 4.3

54

Analisis Mengenai Kesenangan Untuk Digunakan

56

Sebagai Aspek Penerimaan PPBK.

4.4 Analisis Mengenai Keseronokan Mengguna Sebagai Aspek Penerimaan PPBK

59

4.5 Min Keseluruhan Aspek-Aspek Penerimaan Terhadap 61 Penggunaan PPBK. 4.6 Analisis Mengenai Masalah yang Dihadapi dalam Penggunaan PPBK 4.7 Hasil Analisis Prosedur Oneway ANOVA 4.8 Hasil Analisis Oneway ANOVA (LSD) SENARAI SIMBOL BBM Bahan Bantu Mengajar BTP Bahagian Teknologi Pendidikan CAI Computer Aided Instruction CD-ROM Compact disc-read only memory ICELS Sistem penilaian pembelajaran interaktif dalam darjah ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi IT Teknologi Maklumat KDP Komputer dalam Pendidikan KPM Kementerian Pelajaran Malaysia LCD Pemapar kristal cecair LM Latihan Mengajar LSD Least Significant Different MSC Multimedia Super Corridor NCTM National Council of Teachers' of Mathematics P&P Pengajaran dan Pembelajaran PIL Partners In Learning PPBK Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer 66 62

67xii

PPMSI Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris RMK-9 Rancangan Malaysia Ke-9 SK Sekolah Kebangsaan SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) SPP Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) SPSS Statistical Package For Science Social xiii SPT Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) TAM Technology Acceptance Model TRA Theory of Reasoned Action TSS Telekom Smart School TVP Televisyen Pendidikan UPM Universiti Putra Malaysia

UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris USM Universiti Sains Malaysia UTHM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTM Universiti Teknologi Malaysia WLAN Wireless Local Area Networks xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN 91 97

A Borang Soal Selidik

B Jadual Keputusan Nilai Kebolehpercayaan Alpha C Jadual Keputusan Prosedur Oneway Anova D Jadual Min Item-Item Borang Soal Selidik PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 98

100 BAB I

Perkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia Super

Corridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negaranegara maju di dunia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan ICT dalam mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat (knowledge based society). Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu. (Rusmini, 2003). Perubahan era globalisasi menerusi ledakan maklumat dan kemajuan teknologi multimedia telah menukar wajah dunia pendidikan daripada sage on stage (pendita atas pentas) kepada guide by the side (pembimbing di sisi). Pencetusan era globalisasi ini juga telah menghasilkan satu pencetus idea baru bagi reformasi pendidikan dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication Technology (ICT) sebagai medium terkini dalam sistem pendidikan di negara kita (Nor Azan. 2000). Masyarakat yang terdiri dari guru, pelajar dan semuanya dapat berkumpul, berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain dengan cepat dan mudah dalam ruang siber yang bersifat global dan dinamik. E-mel, dunia web, teknologi digital, internet, CD-ROM dan bahan multimedia interaktif yang lain telah menjadi alat atau kemudahan baru dalam sistem pendidikan yang bersifat bestari. Masyarakat yang

bermaklumat ini dapat menyediakan generasi yang berketrampilan, kreatif dan inovatif (Maizatul et al., 2004). Berita Harian, Kuala Lipis, 28 Mei 2005 - Kementerian Pelajaran Malaysia akan menggariskan lima perkara tambahan di dalam cadangan tokoh pendidikan, Tan Sri Murad Mohd. Nor agar pendidikan negara dirombak dalam usaha memperkasakan sekolah kebangsaan (SK) menjelang tahun 2020. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kementerian bersedia menilai cadangan Murad di samping mengemukakan syor tambahan iaitu memajukan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di semua sekolah termasuk sekolah luar bandar. Imbangan prasarana itu membabitkan kelengkapan semua kemudahan pembelajaran bestari di sekolah seperti kemudahan peralatan komputer, perisian dan melatih ramai sumber manusia (guru) yang pakar di dalam bidang ICT di dalam tempoh lima tahun. Berita Harian, Putrajaya: Kementerian Pelajaran yakin berjaya melengkapkan kemudahan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di 95 peratus daripada 9,000 sekolah seluruh negara menjelang akhir Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 2010. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Kementerian Pelajaran Malaysia membestarikan sekolah menerusi lima kriteria, iaitu Komputer dalam Pendidikan (KDP), Projek Rintis Sekolah Bestasi, School-Net, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan TV Pendidikan. Katanya, Kementerian Pelajaran menyediakan 99,000 komputer, 4,600 server, 97,000 laptop, 70,000 pemapar kristal cecair (LCD) dan 14,000 televisyen bagi TV Pendidikan di sekolah. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi juga sudah

melengkapkan 8,120 sekolah dengan kemudahan sambungan internet jalur lebar menerusi projek School-Net. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kementerian Pelajaran Malaysia menyegerakan pelaksanaan Sekolah Bestari bagi mengimbangkan kualiti pendidikan di bandar dan luar bandar. Pendekatan itu juga diyakini dapat menentukan secara terperinci mengenai bentuk kelas dan sekolah yang boleh dikatakan sudah mencapai tahap bestari dari segi perkakasan, perisian, latihan guru, dan tahap penggunaan ICT selain pengurusan guru, murid serta sekolah. Teknologi pendidikan pula adalah satu pendekatan yang dipadukan secara harmonis kepada masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia melibatkan penggunaan kemahiran dan teknik moden yang meliputi kemudahan belajar, perkaedahan dan penyesuaian bahan dengan persekitaran agar ia dapat menimbulkan ransangan, kefahaman dan membolehkan pelajar mendapat ilmu pengetahuan. (Abd Rahman, 2001). Justeru, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan berbantukan kemudahan ICT ini akan dapat membantu mengoptimumkan pembelajaran. Dengan ini tidak dinafikan, penggunaan ICT seperti jaringan internet, mel elektronik, faksimili, rangkaian pangkalan data, sistem maklumat berpusat, persidangan video, rangkaian penyiaran satelit dan telefon mudah alih kini sudah mampu mendekatkan golongan pendidik, guru dan pentadbir sekolah untuk menumpukan aspek pengajaran dan pembelajaran secara meluas. Perkembangan ICT ini juga telah

menawarkan pelbagai perkakasan teknologi (hardware) dan perisian (software) baru untuk menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar di semua peringkat bagi memastikan pembelajaran berlaku sebaiknya (Nor Azan, 2000). 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidik yang berkompetensi teknologi memahami hubungan di antara fungsi asas komputer dan pembelajaran pelajar. Mereka menggunakan kefahaman ini untuk menggubal, membimbing, dan mengurus persekitaran pembelajaran multidimensi berpusatkan pelajar yang mempunyai unsur penggunaan teknologi di dalam kurikulum. Kompetensi teknologi memerlukan perubahan daripada menggunakan komputer sebagai sistem penyampai pelajaran (computer-assisted instruction) kepada penggunaan komputer sebagai alat pembelajaran (computer-supported instruction). (Hong, 2000). Ellington et al. (1993) menjelaskan bahawa penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang menekankan peranan individu. Kekuatan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih luas; pembelajarannya yang boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segera melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus. Manakala kelemahan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) memerlukan guru-guru celik komputer. Selain itu, terdapat di kalangan guru merasakan sukar mendapatkan bahan berasaskan komputer yang sesuai dan tersedia, dan usaha merekabentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan kemahiran yang tinggi (Ellington et al. 1993). Menurut Rosli et al. (2001) menyatakan bahawa sikap guru yang positif akan lebih mendorong dan menggerakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital menjelang tahun 2020. Guru perlu bersedia melaksanakan tugas baru bagi membangunkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. (Rosli et al., 2001) Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat akan kembali kepada pembelajaran konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar supaya celik komputer, terutama di kawasan luar bandar. Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar. Mereka perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. (Ting dan Woo, 2005) 1.3 Penyataan Masalah Pada masa kini, Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang

disediakan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) masih kurang digunakan secara optimum oleh guru-guru di sekolah, terutamanya di kalangan guru pelatih semasa menjalani Latihan Mengajar. Walaupun pelbagai kemudahan dan prasarana diberikan kepada guru-guru, masih lagi terdapat rungutan dan permasalahan dalam penggunaan PPBK dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di bilik darjah. Justeru itu, penyelidik ingin mengkaji sejauh manakah penerimaan guru pelatih terhadap penggunaan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) bagi yang telah menjalani Latihan Mengajar (LM) dan telah mengambil subjek Pengajaran Mikro dan menjalani kelas Kaedah Mengajar Sains Komputer (SPM 4712) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Selain itu, penyelidik ingin mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih terhadap penggunaan PPBK dalam P&P.1.4 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan berasaskan objektif kajian seperti berikut : a. Mengenalpasti penerimaan guru pelatih terhadap penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). b. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih terhadap penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). c. Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan yang wujud dalam penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). d. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan antara guru pelatih daripada tiga kursus

berlainan iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) - SPT, Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) - SPP dan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) - SPK terhadap penerimaan penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

You might also like