You are on page 1of 109

SEJARAH 1

Tema 1: Manusia dan Masyarakat

Tajuk 1.2: Kemunculan Tamadun

Kawasan Kajian: Mesopotamia, Mesir, Hwang Ho, Mohenjo Daro dan


Harapa, Arab, Yunani,Rom,Melayu dan Barat.

Tempat-tempat lahirnya tamadun awal ialah :

Lembah Tigris - Euphrates : Tamadun Mesopotamia atau Sumeria (3500 SM-


2000 SM), Lembah Nil : Tamadun Mesir (310SM - 1075SM), Lembah Indus :
Tamadun Indus ( 2500SM -1500SM), Lembah Huang Ho : Tamadun Shang
(1800SM), Di Amerika Selatan : Tamadun Inca, Maya, Aztec, Di Yunani:
Tamadun Crete, Di Tanah Arab : Tamadun Arab, Di Rom : Tamadun Rom, Di
Tanah Melayu : Tamadun Melayu, Di Barat ( Eropah) : Tamadun Barat

1. Petempatan

Tamadun Mesopotamia

Tamadun Mesopotamia yang wujud antara tahun 3500 Sm hingga 2000 Sm itu
terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates di negara Iraq. Nama
Mesopotamia diberi oleh orang Greek purba, telah diasaskan oleh orang
Sumeria, diteruskan oleh orang Babylonia dan diikuti oleh orang Assyria. Orang
Sumeria dipercayai berasal dari dataran tinggi Asia Tengah. Lembah Sungai
Tigris dan Euphrates membolehkan penduduknya mengusahakan pertanian
secara besar-besaran.

Tamadun Mesir

Tamadun Mesir (3100SM - 1075SM) terletak di Lembah Sungai Nil, Negeri Mesir.
Orang Mesir menganggap Mesir adalah ‘hadiah daripada Sungai Nil’. Ini adalah
kerana lebih 90% daripada negara Mesir merupakan kawasan gurun yang tidak
subur. Sungai yang mengalir sejauh 750 batu dari hulu ke muara membawa
tanah hitam yang subur apabila airnya membanjiri kawasan tebing sungai. Tanah
yang subur ini memboleh penanaman 2 atau 3 kali pada satu musim. Dengan
tanah subur yang terhad itu orang Mesir mengusahan tanaman dan membuat
sistem pengairan. Di sebelah utara negeri ini terbentang Laut Mediterranean.

Tamadun Indus

Tamadun yang wujud antara tahun 2500 SM hingga 1500SM ini terletak di
Lembah Sungai Indus, negara India.. Seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir,
tamadun ini juga membawa penduduknya terlibat dalam bidang pertanian.
Kegiatan pertanian telah dikesan di dataran lanar Sungai Indus sejak tahun
3000SM lagi.

Tamadun China

Tamadun ini wujud pada tahun 1500 SM yang dimulai oleh Tamadun Shang
(1500SM - 1100SM). Ia bermula di kawasan munculnya kegiatan pertanian iaitu
di lembah Sungai Kuning atau Sungai Hwang Ho di utara negara China. Dari
China Utara ini pertanian berkembang, diikuti tamadun dan perluasan politik
yang kemudian aspek-aspek ini berkembang ke selatan Tamadun China ini
seterusnya tersebar luas ke Jepun, Korea dan ke Asia Tenggara.

Tamadun Yunani

Tamadun Crete ( 2000SM - 1400SM) mengambil sempena nama Pulau Crete


yang merupakan salah sebuah pulau Greek merupakan tamadun terawal di
Eropah. Tamadun ini tidak seperti tamadun-tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus
dan China yang kesemuanya wujud di kawasn lembah sungai yang subur. Tanah
di kawasan Pulau Crete ini tidak subur untuk pertanian. Penduduknya
bergantung kepada perdagangan. Hubungan lebih kepada laut. Dengan itu
aktiviti mereka condong kepada pengembaraan, menjelajah, menerokai tanah-
tanah baru di samping berniaga. Sebab itulah mereka membuat hubungan
dengan tempat lain seperti dengan tamadun Nil, Parsi dan Sumeria.

Tamadun Rom

Rom terletak di atas sebuah bukit kecil di tepi Sungai Tiber, Itali. Di selatannya
terbentang Laut Mediterranean.Tamadun ini dikembangkan oleh pendatang-
pendatang seperti orang-orang Aryan/Latin ( pantai barat Itali), orang-orang
Etruscan (sebelah utara dari kawasan kediaman orang Aryan) dan orang-orang
Yunani ( di selatan Itali dan Pulau Sicily).

Tamadun Arab

Ia berkambang di negara Arab yang terletak di kawasan Timur Tengah. Konsep


tamadun Arab ini berbeza antara sarjana Islam dan ahli sejarah Barat. Bagi
sarjana Islam, negara Arab pasa Zaman Jahiliah hidup dalam kebodohan dan
tidak teratur dalam semua bidang kerana ketiadaan Rasul dan kitab agama
sebagai petunjuk dan panduan hidup. P.K.Hitti yang mewakili ahli sarjana Barat
berpendapat, masyarakat Arab Zaman Jahiliah hanya jahil dari aspek agama dan
moral sahaja tetapi bertamadun dalam aspek politik, ekonomi dan ilmu
pengetahuan ( tamadun Sabak di Selatan Semenanjung Arab dan Mekah di
kawasan Tengah Semenanjung Arab)

Tamadun Melayu
Tamadun ini berkembang di Kepulauan Melayu, di Asia Tenggara. Tamadun ini
kemudiannya diresapi unsur-unsur Hindu, China dan agama Islam.

Tamadun Barat

Tamadun ini terletak di Eropah. Ia bermula menjelang tahun 1500 M dan dikenali
sebagai Zaman Moden Awal Eropah selepas berakhirnya Zaman Gelap Eropah (
Zaman Gelap bermula selepas kejatuhan Rom) Benua Eropah mula menempun
perubahan dan kemajuan dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Bermula zaman
inilah kuasa-kuasa Eropah menjelajah, meneroka dan berinteraksi dengan
kuasa-kuasa lain di luar Eropah.

Tamadun-tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan China lahir di lembah


sungai. Kenapa?

1. Di lembah-lembah sungai terdapat tanah-tanah yang subur dan


amat sesuai untuk aktiviti pertanian dan penternakan. Kesuburan
tanah membolehkan tanaman makanan diusahakan dengan
banyak dan boleh menampung penduduk yang ramai.
2. Sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan kerana tidak berbukit
bukau.
3. Muka bumi yang landai dan datar serta rendah memudahkan
manusia membuat kediaman yang selesa.
4. Mudah dapat sumber makanan di sungai seperti ikan.
5. Kemudahan belayar, pengangkutan dan perhubungan.
6. Tanah liat yang ada di situ membolehkan manusia membuat alat-
alat keperluan harian seperti belanga, pasu tempayan, bahan
binaan membuat tempat kediaman.

2. Perbandaran

Perbandaran wujud selepas kewujudan kawasan tempat tinggal. Dari hidup


berkampung dengan bercucuk tanam misalnya akan berkembang menjadi
bandar dan seterusnya kota. Inilah yang berlaku pada tamadun Mesopotamia.
Selepas 2500 tahun orang Sumeria hidup berkampung dengan bercucuk tanam,
kampung-kampung mereka telah berkembang menjadi bandar dan seterusnya
menjadi kota. Di peringkat inilah orang Sumeria dikatakan memperoleh ciri-ciri
bertamadun..Dikatakan bahawa masyarakat Sumerialah yang telah membina
bandar-bandar yang terawal di dunia. Bandar-bandar di Sumer disebut kota dan
negara kota kerana setiap bandar merupakan sebuah unit politik yang bebas
dengan raja dan dewanya sendiri. Kota-kota itu sentiasa bermusuh-musuhan
antara satu sama lain. Contoh bandar dalam tamadun ini ialah , bandar Ur dan
Lagash ( negara kota yang terpenting), Uruk (Erish) dan Kish. Bandar-bandar Ur,
Assur dan Nippur kategorikan sebagai bandar-bandar metropolis yang dibina
secara terancang. Kota Sumeria terletak di tebing sebuah terusan atau sungai
berhadapan dengan hutan yang mengandungi rumpun-rumpun pohon kurma,
delima, fig dan anggur.Di sebalik hutan ini terdapat tanaman gandum dan barli
dan seterusnya terdapat padang-padang rumput untuk binatang ternakan
mereka. Setiap kota mempunyai peraturan dan undang-undang perairan yang
rumit. Setiap kota mempunyai rumah-rumah yang dibina daripada batu bata dan
juga sebuah ziggurat ( piramid dengan sebuah kuil). Kuil/zuggurat dibina untuk
memuja dewa-dewa. Penduduk bandar membina benteng pertahanan atau kubu
untuk melindungi mereka daripada serangan musuh.

Di Mesir, sebelum tahun 7000 SM telah berlaku revolusi pertanian yang pesat.
Perkampungan telah membangun dengan pesat. Dari petempatan kecil telah
berkembang menjadi bandar-bandar besar dan beberapa negara kota muncul
seperti Kahirah dan Memphis. Bandar-bandar metropolis dirancang dan dibina.
Contohnya, Karnak dan Luxor. Bagi tamadun di lembah Indus, terdapat
sebanyak 60 buah bandar dan yang terbesar ialah Mohenjo Daro ( di Sind) dan
Harappa (di Punjab). Kedua-dua bandar itu merupakan bandar yang dibina dan
dirancang dengan teratur dan merupakan bandar terancang yang terawal dalam
sejarah.. Perancangan bandar ini dibuat dengan sempurna dan mengikut grid.
Umpamanya, dalam pembinaan sesuatu bangunan, piawai yang tertentu
dikenakan supaya bangunan tersebut tahan lama. Di antara ciri-ciri istimewa
bandar-bandar tersebut ialah mempunyai sistem parit yang tersusun, sistem
jalan raya yang lurus dan mempunyai sistem saluran najis di bawah tanah
( sistem pembentungan).Longkang-longkang dan parit bawah tanah dibina dan
dihubungkan dengan sungai-sungai. Kehidupan penduduk Mohenjo Daro dan
Harappa sangat sistematik. Di dalam kota-kota itu terdapat kawasan perumahan
berpetak-petak yang dipisahkan oleh jalan yang lurus. Tiap kota mempunyai
sebuah kubu yang kuat untuk melindungi bandar daripada serangan musuh. D
tengah-tengahnya bandar terdapat sebuah tempat mandi awam (untuk upacara
keagamaan). Pembinaan kubu-kubu dan bangunan-bangunan besar
menunjukkan ketinggian tamadun Indus.

Tamadun China di lembah Hwang Ho sama juga seperti tamadun lain iaitu
daripada sebuah perkampungan, berkembang menjadi bandar-bandar
metropolis seperti Shang, Anyang, Loyang dan Changgan kerana penduduk
yang bertambah ramai. Anyang merupakan bandar yang besar di negara China.
Di antara ciri-ciri bandar Anyang ialah merupakan bandar pertama di tebing
Sungai Hwang Ho, muncul kira-kira pada tahun 1800SM, merupakan bandar
tertua di negeri China dan menjadi ibu kota Dinasti Shang.

Tamadun Yunani yang terawal bermula di Pulau Crete yang terletak di Laut
Aegean.Kewujudan bandar-bandar dalam tamadun ini didorong oleh perubahan
corak kehidupan iaitu dari kehidupan nomad kepada kehidupan yang tetap
(terikat kerana pertanian).Mereka telah menubuhkan suku kaum masing-masing.
Suku-suku itu pula telah menetap di satu-satu kawasan yang kemudiannya telah
membentuk kampung. Kampung-kampung ini kemudiannya telah berkembang
menjadi bandar/ kota. Luas tiap-tiap kota adalah antara 80 hingga 800 km
persegi dengan purata penduduk seramai 5000 orang. Setiap kota membawa
kehidupan sendiri ( tiada perpaduan antara satu kota dengan kota yang lain). Ini
berpunca dari keadaan geografi yang berbukit bukau, sistem kepercayaan yang
berbeza dan keinginan tiap-tiap kota untuk memiliki kekayaan dan perdagangan
masing-masing. Setiap kota mempunyai tentera dan undang-undang masing-
masing. Ibu kota Crete ialah Knossus, merupakan kota yang pertama di Eropah.
Penduduknya berjumlah 80000 orang. Satu ciri utama kota knossus ialah
istananya yang dikelilingi oleh tempat tinggal golongan aristokrat. Golongan
miskin tinggal di kawasan industri. Kota Knossus mempunyai jalan-jalan yang
tersusun dan sistem pengairan yang lengkap. Tiap-tiap kota dibahagikan kepada
3 bahagian iaitu:

i. Acropolis : merupakan sebuah kawasan yang mempunyai tembok-


tembok pertahanan. Kuil yang dipanggil Parthenon dibina
dipusatnya untuk memuja Dewi Athena.
ii. Kawasan di bawah Acropolis merupakan kawasan kediaman dan
pasar-pasar.
iii. Kawasan di luar kawasan tempat kediaman.

Tamadun Rom bermula bermula daripada kampung-kampung kecil yang wujud


di kawasan selatan Sungai Tiber di Itali. Penduduk yang mendiami kawasan
tersebut ialah orang-orang Aryan atau dikenali sebagai orang Latin.
Perkampungan mereka telah berkembang menjadi bandar besar dan seterusnya
menjadi sebuah empayar. Di bahagian selatan Itali dan Pulau Sicily didiami oleh
orang-orang Yunani. Mereka mendirikan bandar-bandar dan mengamalkan
kebudayaan Yunani. Rom merupakan sebuah bandar terbesar di Itali. Bandar ini
terletak di sebuah bukit kecil di tepi Sungai Tiber. Rom berkembang dan menjadi
bandar penting yang akhirnya meliputi tujuh buah bukit di sekitarnya. Apabila
Rom jatuh ke tangan orang-orang Etruscan pada abad ke-6 SM, Rom telah
muncul sebagai sebuah bandar yang besar dan sebuah tembok dibina
mengelilingi ketujuh-tujuh bukit tersebut. Banyak bangunan dibina oleh orang-
orang Etruscan. Sebuah pelabuhan juga dibina di tebing Sungai Tiber untuk
urusan perdagangan.

3. Organisasi Sosial

Tamadun Mesopotamia

Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada 3 kelas. Kelas yang tertinggi dikenali


sebagai amelu atau kanun bangsawan. Kelas kedua ialah mushkinu (kelas
pertengahan) dan yang di bawah sekali ialah hamba abdi. Kelas atasan terdiri
daripada pegawai-pegawai kerajaan, golongan agama (pendeta, paderi atau
rahib) dan tentera. Golongan yang paling berkuasa dalam tamadun
Mesopotamia ialah golongan agama. Kelas pertengahan terdiri daripada
pedagang-pedagang, guru, juruwang, ahli nujum, ahli sains, ahli silap mata,
petani dan tukang. Kelas yang paling bawah merupakan kelas hamba abdi.
Hamba abdi telah wujud di Mesopotamia sejak awal lagi tetapi tidaklah
dipandang hina. Golongan hamba ini terdiri daripada orang tawanan perang,
penjenayah, orang yang telah dijadikan hamba abdi sejak kanak-kanak lagi dan
orang tempatan yang dijual beli. Sekiranya seorang hamba patuh dan setia
kepada tuannya, dia boleh dibebaskan. Hamba abdi boleh berkahwin dengan
orang biasa dan apabila ibu bapa mereka meninggal, anaknya akan dibebaskan.
Mereka diberi keistimewaan tertentu dan boleh membuat rayuan kepada pihak
yang berkuasa tetapi mereka tidak diberi peluang dalam pentadbiran. Orang dari
kelas mushkinu diberi kebebasan dalam semua perkara dan tidak diwajibkan
berkhidmat dalam tentera kecuali bila negeri menghadapi bahaya ancaman luar.
Pergerakan dari satu kelas ke kelas lain adalah sukar. Orang perempuan tidak
dianggap sebagai barang jualan tetapi dianggap sebagai seorang individu dan
warganegara. Dia mempunyai hak ke atas wangnya sendiri, harta benda
suaminya dan ayahnya ddn boleh menjalankan perniagaannya sendiri dan
mempunyai hamba abdi sendiri. Jika dia menguruskan perniagaan suaminya
semasa ketiadaan suaminya, dia berhak menerima sepertiga dari keuntungan
yang diperolehi. Sebaliknya, seseorang yang berhutang boleh menyuruh
isterinya menjadi hamba kepada orang yang memberi hutang tetapi hanya dalam
jangka waktu 3 tahun sahaja.

Tamadun Mesir

Susun lapis masyarakat Mesir terbahagi kepada 3 kelas iaitu Kelas Atasan,
Kelas Pertengahan dan Kelas Bawahan. Firaun diletakkan pada kedudukan
tertinggi dalam hiraki masyarakat Mesir kerana beliau dianggap sebagai tuhan.
Kelas atasan terdiri daripada pendeta dan golongan bangsawan. Golongan
pendeta diberi kedudukan yang tinggi kerana agama merupakan unsur penting
dalam kehidupan orang Mesir.Tugas pendeta ialah melakukan kerja-kerja
sembahyang dan pengkebumian. Golongan bangsawan dianggap penting
kerana mereka membantu Firaun dalam pentadbiran. Mereka memegang
jawatan sebagai gabenor daerah, pemungut cukai dan pegawai istana. Kelas
pertengahan terdiri daripada pedagang, artisan dan kumpulan profesional seperti
guru, artis, doktor dan jurutulis. Kelas bawahan yang merupakan golongan
terbesar terdiri daripada petani dan hamba abdi. Para petani menyerahkan
sebahagian daripada hasil mereka kepada kerajaan sebagai cukai. Hamba abdi
yang merupakan golongan terendah terdiri daripada tawanan perang dan orang
yang dijual beli. Kebanyakan mereka bekerja di projek pengairan, kuari kerajaan
dan kuil. Terdapat mobiliti sosial dalam masyarakat Mesir. Seseorang yang
berbakat boleh bergerak dari peringkat bawah ke peringkat yang lebih tinggi.
Kedudukan kaum wanita dalam masyarakat Mesir adalah tinggi/ penting kerana
harta tanah diturunkan dari ibu kepada anak perempuan. Wanita juga boleh
menaiki takhta kerajaan. Mereka juga mempunyai hak membeli dan menjual
harta. Mereka juga dipandang mulia jika boleh melahirkan ramai anak.

Tamadun India
Tidak banyak catatan tentang organisasi sosial tamadun awal di Lembah Indus,
India. Seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir, tamadun India juga mempunyai
3 kelas masyarakat. Kelas Atasan terdiri daripada golongan pendeta, pendeta
raja (golongan bangsawan) dan pemilik tanah yang menikmati kehidupan
mewah. Kelas pertengahan terdiri daripada golongan artisann, pedagang, petani
( yang mengusahakan tanaman barli, padi, gandum dan kapas) dan penternak
binatang (menternak kambing biri-biri, lembu, ayam dan khinzir). Kelas terendah
sekali terdiri daripada hamba abdi.

Tamadun China

Susun lapis masyarakat China pada zaman pemerintahan Dinasti Shang terdiri
daripada tiga lapisan (tidak termasuk raja). Raja mempunyai kedudukan yang
paling tinggi dan berkuasa mutlak. Raja dibantu oleh golongan bangsawan.
Golongan bangsawan menduduki hiraki yang tertinggi dalam sistem feudal yang
diwujudkan oleh Dinasti Chou. Melalui sistem feudal, Dinasti Chou memberi
kuasa kepada golongan bangsawan mentadbir sesatu wilayah secara mutlak.
Golongan atasan menghabiskan masa lapang mereka dengan berburu,
mengadakan jamuan besar dan mendengan muzik. Selepas golongan
bangsawan ialah golongan petani. Golongan ini merupakan golongan terbesar
dalam masyarakat Shang. Semasa pemerintahan Dinasti Chou, sebilangan
petani yang bekerja di sawah-sawah kecil telah menjadi hamba berhutang
kerana gagal mengeluarkan hasil yang mencukupi. Selepas golongan petani
terdapat golongan artisan, peniaga dan askar. Kaum wanita dipandang rendah.

Tamadun Yunani

Masyarakat Sparta terdiri daripada 3 golongan iaitu Golongan Peer (yang terdiri
daripada golongan pemerintah dan pemilik tanah), Golongan Perioeci ( orang
bebas yang menjalankan kegiatan perdagangan dan perusahaan) dan Golongan
Helot ( petani dan hamba abdi yang mengerjakan tanah golongan Peer).
Golongan Peer diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan kerana mereka sering
menghadapi pemberontakan dari golongan Helot. Hanya bayi golongan Peer
yang sihat sahaja dibenarkan hidup. Ibunya memelihara anaknya selama 7 tahun
dan selepas itu kerajaan mengambilnya untuk diberi latihan ketenteraan. Setiap
lelaki harus berkorban untuk negaranya. Anak perempuan diberilatihan gimnastik
dan ditanamkan dengan fahaman bahawa mereka mesti berkhidmat untuk
negara dengan menjadi isteri yang setia. Di Athens, masyrakatnya dibahagikan
kepada 2 golongan iaitu golongan bangsawan dan golongan orang biasa
( terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara). Golongan bangsawan
memiliki kawasan tanah terbaik dan menguasai bidang politik. Golongan petani
yang gagal membayar hutang golongan bangsawan telah menjadi hamba
kepada golongan bangsawan. Masyarakat Athens lebih mementingkan
kebebasan dan hak indiviidu.

Tamadun Rom
Masyarakat Rom dibahagikan kepada 3 kelas iaitu:

1. Golongan Patrisian : golongan bangsawan yang merupakan pemilik


tanah yang kaya, memonopoli jawatan Konsul dan keahlian Senet.
2. Golongan Plebeian : rakyat jelata yang terdiri daripada petani kecil
( masyarakat Rom terbesar), artisan dan peniaga. Mereka dipaksa
membayar cukai yang tinggi serta berkhidmat dalam angkatan tentera
Rom. Dari segi politik, pada tahap awal mereka hanya dibenarkan menjadi
ahli Perhimpunan Centuriate. Hinggatahun 445SM mereka dilarang
berkahwin dengan golongan Patrisian.
3. Golongan hamba :kebanyakan golongan ini terdiri dari orang tawanan.
Mereka bekerja diladang, kilang atau pembantu rumah golongan atasan.

Kaum wanita Rom mempunyai status yang lebih baik daripada wanita Athens.
Mereka membantu mengasuh anak-anak dan memberi nasihat dalam soal
peribadi. Wanita kelas atasan Rom menerima pendidikan tinggi dan boleh
memperoleh harta.

Tamadun Arab

Organisasi Sosial masyarakat Arab zaman sebelum kedatangan Ialam ( Zaman


Arab Jahuliah) menampakkan pengamalan sistem kelas dan kasta. Di kawasan
Arab Tengah atau Hijaz umpamanya, kelas tertinggi dipegang oleh golongan
aristokrat keturunan Quraisy. Meeka merupakan kelas pemerintah, bukan sahaja
kerana keturunan mereka bahkan juga kerana kekayaan mereka. Walau
bagaimanapun terdapat juga di kalangan mereka yang tidak berada tetapi masih
berpengaruh seperti Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad. Selepas kaum
Quraisy barulah diikuti oleh kabilah-kabilah lain yang tinggal berdekatan dengan
Kaabah. Pada zaman Qusai bin Kilab menjadi pemerintah Mekah, martabat
sesatu kabilah diukur berdasarkan jauh dekatnya kediaman mereka dari kaabah.
Kabilah Bani Zohrah merupakan kabilah yang lebih mendekati kabilah Quraisy.
Sebagai suatu sistem sosial ala feudalisme, terdapat kelas hamba abdi yang
besar bilangannya. Mereka tidak mempunyai apa-apa hak hingga batang tubuh
sendiri dapat dijual belikan. Kebanyakan mereka orang Arab juga tetapi
sesetengahnya bukan berbangsa Arab. Tentang kedudukan kaum wanita, pada
umumnya nilai mereka sangat rendah pada pandangan masyarakat Jahiliah.
Mereka merasa malu apabila mendapat anak perempuan dan kerana itu telah
menjadi kebiasaan mereka menanam hidup-hidup anak perempuan mereka.
Kaum wanita hanya layak menjadi pemuas seks kaum lelaki. Walau
bagaimanapun, kedudukan sosial yang berkelas-kelas dan memandang rendah
kepada kaum wanita itu telah dihapuskan apabila agama Islam menyinari bumi
Arab. Semua manusia dianggap satu ummah yang tidak dibeza-bezakan melalui
pangkat, harta mahupun jantina di sisi Allah. Kayu ukur kemuliaan seseorang
manusia itu dinilai dari segi ketakwaannya.

Tamadun Barat
Keruntuhan Empayar Rom pada sekitar abad ke-5 M telah memulakan zaman
pertengahan Eropah( selama 1000 tahun). Peringkat awal zaman pertengahan
itu dianggap sebagai zaman gelap kerana Eropah melalui satu peringkat yang
kurang maju perpecahan politik, kemersotan ekonomi dan kongkongan agama
Kristian terhadap masyarakatnya). Masyarakat Eropah masa itu terbahagi
kepada 2 golongan iaitu pemimpin ( terdiri daripada raja dan bangsawan/ vassal)
dan yang dipimpin ( rakyat biasa / serf ) Raja berada pada kedudukan tertinggi,
diikuti lapisan kedua iaitu golongan bangsawan/vassal dan ahli agama.
Golongan rakyat biasa itu terdiri daripada petani dan rakyat biasa. Mereka
bukanlah hamba tetapi mereka tidak bebas sepenuhnya. Mereka bekerja untuk
tuan mereka iaitu golongan pada lapisan kedua tadi. Mereka terikat kepada
pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu
tempat ke tempat lain. Kedudukan mereka adalah di antara hamba dengan
orang bebas. Sistem begini dipanggil sistem feudal. Apabila zaman pertengahan
itu berakhir, zaman moden Eropahpun bermula pada sekitar tahun 1500M.
Organisasi sosial Eropah turut berubah dengan kemerosotan sistem feudal.
Peningkatan pertanian dagangan, perkembangan bandar dan sektor perusahaan
telah memberi peluang kepada golongan serf ini bebas dari belenggu tuan
tanahnya. Ada di antara mereka yang melarikan diri ke bandar untuk menjadi
buruh upahan.

Tamadun Melayu

Di Alam Melayu juga menampakkan organisasi sosial yang mementingkan kelas.


Terdapat 2 kelas manusia. Kelas teratas mengandungi raja dan bangsawan.
Kelas kedua pula terdiri daripada rakyat jelata yang menjadi hamba kepada
golongan pertama tadi. Hiraki sosial yang membeza-bezakan taraf manusia ini
sebenarnya adalah bertolak dari ajaran kasta Hindu. Di Srivijaya misalnya,
terdapat dua kelas yang utama iaitu kepas pemerintah dan kelas diperintah.
Kelas-kelas ini dibahagikan pula kepada 4 golongan ( golongan raja, bangsawan,
orang merdeka dan hamba abdi). Kedudukan wanita di alam Melayu tidak
dipandang rendah, malah ada di kalangan mereka berpeluang menjadi
pemerintah seperti yang berlaku di Majapahit dan di Bali. Apabila Islam mula
mengambil tempat di alam Melayu, perbezaan taraf manusia mula dikikis tetapi
mengambil masa yang agak lama.

4. Kepercayaan dan Agama

4.1 : Kepercayaan

Antara ciri-ciri tamadun ialah adanya kepercayaan dan agama dalam kehidupan
manusia. Nilai-nilai kepercayaan dan agama adalah satu ciri penting dalam
kemunculan sesuatu tamadun seperti yang terdapat dalam tamadun
Mesopotamia, Mesir, Lembah Indus dan Hwang Ho. Pemerintah menanggung
perbenlanjaan yang tinggi untuk perkara-perkara keagamaan. Sejumlah besar
kutipan cukai dikhaskan untuk keperluan agama dan untuk membina tempat-
tempat ibadat seperti kuil dan sebagainya. Masyarakat tamadun awal
mempercayai kewujudan banyak tuhan atau polytheistic. Unsur alam semula jadi
dijadikan sesuatu untuk disembah bagi tujuan menjauhkan malapetaka.
Kepercayaan terhadap unsur alam mempengaruhi setiap aspek kehidupan.
Contohnya, dalam bidang pertanian, mereka memuja unsur alam untuk
mendapatkan hasl yang banyak. Keadaan tersebut telah membawa kepada
penyembahan berhala untuk mendapatkan perlindungan.

Tamadun Mesopotamia

Agama orang Sumeria bersifat politeisme. Mereka menyembah banyak tuhan


atau dewa dewi yang mempunyai ciri-ciri bentuk manusia. Dewa dewi ini
dipercayai mendatangkan kebaikan atau keburukan. Mereka tidak menyembah
raja mereka tetapi menganggap raja sebagai wakil tuhan di dunia.Tuhan utama
orang Sumeria ialah Anu (dewa/tuhan langit), Enlil (tuhan bumi),Enki (tuhan air).
Menurut kepercayaan orang Sumeria, nasib negara, rakyat dan kejadian alam
ditentukan oleh dewa-dewa. Contohnya, dewa Dumumi dan dewa Inanna
menentukan musim bungaan danmusim salji. Orang Sumeria tidak percaya
kepada kehidupan selepas mati. Menurut orang Sumeria, tuhan-tuhan mereka
tidak pernah berkuasa ke atas kehidupan di akhirat. Penyembahnya berddoa
meminta rahmat kebendaan dan dipanjangkan umur. Mereka percaya bahawa
bencana alam seperti banjir dan kebuluran merupakan hukuman yang ditimpa ke
atas mereka. Mereka juga percaya bahawa jika mayat tidak dikebumikan, si mati
akan bangkit merayau-rayau di lorong-lorang untuk mencari makanan. Mereka
sangat takut kepada hantu orang mati.Sebab itulah mereka sangat mengambil
berat tentang pengkebumian orang mati. Mayat yang ditanam dibekalkan dengan
makanan yang diisi dalam takar. Mayat lelaki dibekalkan dengan kail dan
senjata, mayat perempuan pula dibekalkan cermin yang dibuat dari tembaga.
Barang-barang lain yang dibekalkan ialah seperti kereta kuda, barang perhiasan
dan barang-barang lain yang dimiliki olehnya temasuk orang gaji. Mereka
mengkebumikan mayat di bawah lantai rumah supaya roh simati tidak berasa
diketepikan dan dapat bersama dengan keluarganya ketika menyembah tuhan
keluarga mereka. Orang Sumeria menyembah tuhan yang dipercayai turun ke
bumi untuk melindungi negara kota mereka. Dengan itu mereka membina
ziggurat ( kuil yang berbentuk piramid yang bertingkat-tingkat setinggi 6 atau 7
tingkat). Ziggurat ini berbentuk menara dan lebih tinggi dari bangunan-bangunan
lain yang ada di dalam kota. Kuil ini biasanya dibina di atas bukit. Oleh kerana
ziggurat itu tinggi, ia boleh kelihatan berbatu-batu jaraknya. Kuil merupakan
bangunan yang paling penting di dalam sesebuah bandar. Pejabat-pejabat
perniagaan dan pentadbiran dan gudang terletak di dalam perkarangan kuil.
Tempat pemujaan merupakan tempat paling penting dalam kuil. Mereka
menjalankan upacara pemujaan tuhan bagi mengelakkan malaa petaka yang
dianggap sebagai hukuman tuhan. Ziggurat pertama telah dibina di kota Nippur
untuk tuhan Enlil. Ketua sami juga merupakan ketua bandar. Ini kerana dasar
pemerintahan Sumeria berbentuk teokrasi ( agama sebagai dasar
pemerintahan). Setiap kota di Sumeria mempunyai sebuah kuil. Setiap negara
kota mempunyai dewa penaung (patron deity).Mereka percaya, tuhan yang
dipuja oleh sesebuah bandar menetap di menara kuil. Di antara upacara agama
yang dijalankan ialah pemujaan dan pengorbanan. Upacara pemujaan dijalankan
di dalam ziggurat. Pengorbanan dibuat hanya apabila raja-raja meninggal dunia.
Apabila raja-raja meninggal dunia, pengiring-pengiringnya turut mengiringi
kematian itu ( mati bersama/dibunuh). Dalam tugu-tugu diraja dijumpai bersama
mayat itu ialah barang-barang hiasan seperti emas dan perak. Mayat
raja/permaisuri dipakaikan pakaian yang lengkap dan serba indah, lengkap
dengan barang kemas yang bertatahkan permata.

Tamadun Mesir

Di Mesir, masyarakatnya mempercyai bahawa alam dikuasi oleh tuhan-tuhan


yang menetukan hidup atau mati segala benda yang wujud di muka bumi ini.
Antara nama tuhan atau dewa orang Mesir ialah Amon-Re (tuhan matahari),
seth, Isis (tuhan bulan), Osiris (tuhan Sungai Nil), Thoth, Horus, Bast, Anubis,
Khnum, Nepthys, Nut (tuhan langit), Shu (tuhan udara) dan ptah. Mereka juga
menyembah tuhan tanaman dan tuhan binatang.. Tuhan yang paling penting dan
dianggung-agungkan oleh mereka ialah Amon re dan Osiri..Menurut
kepercayaan mereka, seth ialah tuhan jahat yang selalu menyebabkan tanaman
rosak. Firaun Amenhotep IV atau Akhenaton 9 kira-kira tahun 1375-1360SM)
pernah cuba memperkenalkan idea satu tuhan tetapi ditentang oleh sami-sami.
Akhirnya beliau terpaksa juga membenarkan pemujaan ramai tuhan. Orang
Mesir juga percaya tentang kehidupan roh selepas mati. Oleh itu mereka
mengawet mayat (mumia) untuk menghalangnya dari menjadi reput. Mereka
percaya bahawa tuhan Osiris akan memberi kehidupan selepas seseorang itu
mati. Mayat ditanam bersama-sama dengan makanan, pakaian, perkakas rumah
dan barang kemas supaya hidup bahagia di akhirat. Selain dari itu, mayat juga
dibekalkan dengan patung-patung kecil dan model-model kapal sebagai simbul
kekayaan yang akan dimilki oleh si mati itu.dalam dunia akhirat kelak. Papyrus
bergulung yang tertulis di atasnya mentera turut ditanam bersama dengan tujuan
bagi mengelakkan rohnya menceritakan kejahatan seseorang di dunia semasa
tuhan-tuhan mengadilinya. Kadang-kadang ilmu sihir, buku-buku nyanyian dan
sajak juga ditanam bersama untuk menjadi hiburan kepada seseorang itu di
akhirat kelak.. Mereka percaya bahawa tiap-tiap amalan baik atau jahat akan
diadili di akhirat dengan berbagai-bagai ujian. Jantung orang mati akan
ditimbang. Mereka yang lulus ujian itu akan masuk ke syurga, manakala yang
gagal akan ditelan raksaksa. Orang Mesir menyediakan badan yang yang telah
dimumiakan( awet) sebagai tempat roh bersemadi. Piramid dibina untuk
menyimpan harta Firaun yang telah mati dan mayat yang telah dimumiakan.
Piramid yang terkenal ialah piramid raja Khufu (Cheops) yang dibina oleh Giza.

Tamadun Lembah Indus

Masyarakat tamadun Lembah Indus juga percaya kepada banyak tuhan


(politeisme).Mereka menyembah dewa dewi. Salah satu tuhan atau dewa yang
mereka sembah ialah Tuhan Bermuka Tiga (Mother - Goddess). Ada ahli sejarah
yang berpendapat bahawa Tuhan Bermuka Tiga itu adalah Siva. Bagi
masyarakat Lembah Indus, dewi yang paling utama ialah Dewi Alam atau Tuhan
Ibu. Bilangan patung yang banyak dijumpai menunjukkan bahawa penduduk di
Lembah Indus menyembah binatang dan pokok. Kehadiran simbol swastika ( )
dan roda membuktikan orang Indus menyembah tuhan matahari. Terdapat juga
tanda-tanda bahawa mereka memuja alat kemaluan lelaki sebagai pembawa
benih atau zuriat yang dinamakan linga yang kemudian dikaitkan dengan Dewa
Hindu Siva. Sebutir batu hitam yang menyerupai Sivalingam telah ditemui di
Lembah Indus. Selepas kedatangan orang-orang Aryan pada tahun 1500 SM,
mereka membawa kepercayaan menyembah pelbagai tuhan. Antaranya ialah
tuhan Indra (tuhan perwira), Vayu, Agni ( tuhan api), Dyaus (tuhan langit) dan
varuna (tuhan hujan). Orang Aryan percaya bahawa tuhan mereka akan
melindungi daripada segala kejahatan dan menghukum sesiapa yang bersalah.
Ahli-ahli arkeologi belum menemui kuil-kuil pemujaan. Ini menunjukkan upacara
pemujaan dijalankan di rumah kediaman. Mereka menjalankan upacara
mengorbankan binatang tetapi tidak termasuk lembu kerana lembu dianggap
suci terutama lembu jantan. Sebab itulah lembu jantan disembah. Pemujaan
terhadap batu bata, pokok dan sungai atau boleh jadi roh juga diamalkan.
Kepercayaan animisme ini merupakan penyembahan terhadap Nages, Yaksoas
yang dianggap penjelmaan roh. Bukti-bukti menunjukkan kepercayaan ini
diamalkan di Mohenjo Daro. Masyarakat Indus juga menjalankan upacara
pengkebumian dan pembakaran mayat. Orang yang mati akan ditanam
bersama-sama dengan alat-alat tembikar dan barang-barang perhiasan. Air
dianggap suci dan mandi adalah satu upacara yang penting. Di bandar besar
terdapat tempat mandi awam untuk menjalankan upacara agama.

Tamadun China

Masyarakat tamadun awal China di Lembah Hwang Ho ( masyarakat Shang)


percaya bahawa tuhan-tuhan mereka menguasai semua kehidupan manusia.
Sebab itulah mereka menyembah banyak objek seperti bulan, matahari, bumi,
sungai, angin dan juga arah iaitu timur, barat dan selatan. Tuhan utama adalah
Shang Ti yang dianggap mempunyai kuasa ke atas seluruh alam.. Objek-objek
itu dianggap sebagai tuhan. Mereka percaya bahawa objek-objek itu mempunyai
kuasa yang boleh menyebabkan banjir, kemarau, wabak penyakit dan serangan
belalang ke atas tanaman. Bagi mengelakkan mala petaka, mereka menjalankan
upacara pengorbanan untuk tuhan-tuhan itu. Masyarakat Shang juga
mengasaskan pemujaan nenek moyang yang telah lama mati (ancestral
worship). Kepercayaan ini merupakan kepercayaan yang tertua di negeri China.
Pemujaan ini dilakukan kerana mereka percaya nenek moyang mereka yang
telah mati itu mempunyai pengaruh ke atas kehidupan sehari-hari. Pendeta
China telah menggunakan tulang nujum (oracle bones) untuk mendapatkan
nasihat atau ramalan daripada nenek moyang ataudewa dewi tentang sesuatu
tindakan yang dicadangkan.. Caranya adalah dengan menulis beberapa soalan
di atas tulang nujum itu, kemudian menghempaskannya sehingga retak atau
memanaskannya hingga retak. Ahli nujum akan membuat ramalan berdasarkan
retak-retak yang terdapat pada tulang tersebut. Masyarakat China mempercayai
bahawa tuhan-tuhan tinggal di syurga dan dapat melindungi pemuja-pemujanya
dari perkara-perkara yang buruk. Penyembahan dengan binatang yang dibunuh
dilakukan untuk mencapai hajat tertentu. Bila raja meninggal dunia, orang gaji
dan orang tawanannya akan dibunuh dan dikebumikan bersama-samanya.
Barang-barang seperti kereta kuda, jed, sutera, bahan gangsa dan alat-alat
muzik ditanam bersama.

Tamadun Yunani

Orang Yunani mempercayai tuhan-tuhan/ dewa dewi seperti Zeus, Apollo,


Athena dan lain-lain lagi yang dipercayai menetap di Gunung Olympus. Di situlah
mereka tinggal sebagai satu keluarga di bawah seorang dewa utama iaitu Zeus (
‘bapa dewa-dewa dan manusia’). Mengikut kepercayaan mereka, Zeus
menguasai guruh, kilat dan taufan dan membuat alam bergoncang apabila
sahaja rambutnya bergerak. Dewa Poseidon digambarkan sebagai dewa yang
berambut biru tua, menguasai laut dan dewa kepada kuda-kuda. Apollo pula
berambut perang membawa lyre dan menjadi penaung segala muzik dan desa
penyembuh. Ares merupakan dewa peperangan, bergerak pantas dan
menakutkan. Athena bermata kelabu tetapi bersinar - dewi segala pertukangan
dan kemahiran.Pendekata, bagi orang-orang Achaean setiap dewa dewi itu
mempunyai gelarannya serta sifat-sifatnya yang tertentu dan menjalankan
sesuatu tugas yang dikhaskan kepada mereka. Dewa dewi ini dipercayai serupa
orang lelaki dan perempuan tetapi boleh hidup kekal abadi. Dewa dewi itu
dianggap mempunyai cara berfikir dan hawa nafsu seperti manusia tetapi
mempunyai kuasa lebih dari manusia. Orang-orang Achaean percaya bahawa
dewa-dewa ini pada keseluruhannya mementingkan keadilan dan belas kesihan
sungguhpun mereka tersinggung jika diketepikan. Mereka marah hanya kepada
orang-orang yang mengeji penyembahan dan pemujaan dan mereka yang
menyakitkan hati orang lemah dan tidak berdosa dan berbangga di atas
kezalimannya itu. Mereka tidak sengaja hendak menurunkan bala ke atas
manusia. Punca segala keburukan ialah terkandung dalam hati manusia sendiri.
Upacara utama dalam dalam penyembahan mereka ialah pengorbanan lembu
dan kambing biri-biri; satu upacara pembakaran yang indah dan penuh istiadat
diiringi dengan bacaan doa oleh padri, nyanyian hymn dan tarian. Korban-korban
ini dibuat bukanlah merupakan pemberian rasuah kepada dewa-dewa tetapi
merupakan satu perhimpunan suci dan mesra dengan makan minum bersama
dan dapat merapatkan lagi perhubungan manusia dengan dewa-dewa. Itu
anggapan mereka. Kota-kota yang memuja tuhan-tuhan yang sama biasanya
membentuk sebuah majlis agama. Majlis ini mewujudkan pertalian di antara
negara-negara kota. Mereka juga percaya kepada orakel iaitu tempat atau
perkara-perkara suci yang pada kepercayaan mereka tuhan-tuhan akan
memberitahu manusia tentang masa depan.

Tamadun Rom
Seperti tamadun Yunani dan lain-lain tamadun, masyarakat Rom juga
mempercayai dewa dewi terutama dewa pertanian. Mereka juga telah menerima
tuhan-tuhan jiran-jiran mereka. Mereka percaya bahawa tuhan mereka tidak
cemburu dan menganggap bukan satu penghinaan terhadap tuhan-tuhan
mereka apabila mereka menerima tuhan-tuhan baru. Mereka melakukan
pembaharuan dalam menerima tuhan-tuhan baru dari negara-negara jiran
mereka kerana sebab-sebab tertentu. Contohnya, bila berlaku wabak hawar di
negeri mereka, mereka pun mula menyembah tuhan penyembuh Greek. Meeka
juga menyamakan tuhan-tuhan mereka dengan tuhan-tuhan orang Greek yang
menjalankan tugas yang sama. Contohnya, dewi cinta Greek yang bernama
Aphrodite disamakan dengan Venus orang Rom dan cara baru untuk
menyembahnya diperkenalkan. Orang Rom menganggap tuhan adalah makhluk
ghaib yang mereka takuti. Mereka tidak memikirkan mengenainya. Mereka tidak
mempunyai pengetahuan tentang agama.

Tamadun Arab

Terdapat berbagai kepercayaan di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam seperti


kepercayaan kepada telahan nujum, animesme (penunggu), mengaitkan arah
burung terbang dengan nasib perjalanan, pemakain cincin dan sebagainya.

Tamadun Melayu

Sebelum pengaruh Hindu berkembang di Alam Melayu, orang-orang Melayu


berpegang kepada faham animesme. Malah apabila ajarah Hindu, Buddha dan
Islam meresap ke dalam kehidupan orang-orang Melayu, kepercayaan
animesme masih lagi diamalkan.

4.2: Agama

Tamadun Indus

Agama yang paling terkenal di India ialah agama Hindu. Hinduisme dianggap
sebagai agama yang tertua di dunia. Ia berusia lebih dari 3000 tahun yang
muncul pada Zaman Veda (2000SM hingga 1000SM) di India.Ia muncul hasil
dari percampuran orang di Lembah Indus dengan orang-orang Aryan. Orang-
orang Aryan dari Asia Tengah telah membawa bersama-sama kebudayaan dan
kepercayaan mereka apabila mereka pergi ke India. Asimilasi antara orang-
orang Aryan dan orang-orang di Lembah Indus itu telah mencetuskan agama
Hindu ini. Agama ini tidak mempunyai pengasas dan kitab suci tetapi setengah-
setengah penganut agama ini menganggap Bhagavadgita sebagai kitab suci
mereka. Walau bagaimanapun buku yang tertua tentang agama Hindu ialah
Veda ( yang bermaksud Buku Pengetahuan) yang ditulis sekitar tahun 1500 SM
oleh orang-orang Aryan dalam bahasa sanskrit. Ia terdiri dari 4 kitab
iaituSamhita/Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atharva Veda. Bandar suci
penganut agama ini ialah Benares/ Varanasi, manakala sungai yang dianggap
suci ialah Sungai Ganges. Hinduisme merupakan satu sistem kepercayaan dan
upacara. Ia lebih berbentuk satu cara kehidupan dari agama. Penganut agama
ini memuja 3 dewa iaitu Brahma ( Dewa Pencicpta), Vishnu (Dewa Pelindung)
dan Siva (Dewa Pemusnah). Bentuk Hinduisme yang terawal ialah Brahmanisme
yang diwujudkan oleh golongan Brahmin/sami. Hinduisme juga memberi
peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu sebagai petunjuk kepada
tingkah laku penganut-penganutnya. Matlamat utama penganutnya ialah untuk
mencapai Nirvana atau Moksha yang membolehkan mereka bersatu dengan
tuhan/Dewa Brahma. Ia boleh dicapai melalui kehidupan yang sederhana. Sebab
itulah mereka percaya kepada kelahiran semula. Sistem kasta atau varna adalah
unsur yang dipentingkan dalam agama ini. Ia dibawa oleh orang Aryan. Melalui
sistem ini manusia dibahagikan kepada kelas perwira atau aristokrasi ksyatriya),
kelas sami (brahmin) dan kelas rakyat biasa (sudra). Kemudian kelas itu menjadi
4 pula iaitu ksyatriy, brahmin, Vaisya (pedagang) dan sudra. Kelas pariah adalah
kelas yang terkeluar dari 4 kelas tersebut dan amat dipandang hina. Agama yang
kedua yang dianut di India ialah agama Buddha yang lahir pada kurun ke-6 SM.
Ia lahir di India. Pengasasnya ialah Siddhartha Gautama. Ia sebenarnya
dilahirkan dalam kelas ksyatriya dan dibesarkan sebagai seorang Hindu tetapi
apabila beliau melihat kematian, penyakit dan kehidupan seorang pendita,timbul
satu kesedaran dalam diri beliau iaitu kebahagiaan boleh dicapai hanya melalui
pertapaan dan agama. Beliau dikatakan memperoleh kebenaran setelah bertapa
selama 45 hari di bawah pokok bodi di Beneres.Selepas itu beliau diberi gelaran
Buddha ( yang bererti Pemberi Cahaya). Hari Wesak merupakan upacara
penting agama ini. Beliau menyebarkan agama ini selama 45 tahun sebelum
meninggal dunia.

Buddha telah memperkenalkan sangha (masyarakat biara). Sami-sama dalam


sangha hidup dengan derma penganut-penganutnya. Ajaran ini tidak
mementingkan kasta dalam kehidupan. Pengikut-pengikut Gautama telah
meletakkan Gautama sebagai tuhan walaupun Gautama tidak pernah
menganggap dirinya seperti itu. Pengikut-pengikutnya telah menyebarkan
ajarannya selepas kematiannya. Ajarannya telah banyak diubahsuai hingga
timbul beberapa aliran seperti Hinayana (lebih asli dan dipraktikkan oleh
penganut di India) dan Mahayana (aliran yang disebarkan ke seberang
laut).Menurut Buddha, seseorang itu perlu memahami 4 Kebenaran Mulia untuk
memahami kehidupan iaitu:

1. Kehidupan adalah berkenaan dengan kesengsaraan dan kesakitan.


2. Kesakitan dan kesengsaraan adalah akibat daripada perasaan iri
hati.
3. Kesakitan dan kesengsaraan akan hilang jika manusia
menghapuskan hawa nafsu mereka.
4. menerangkan cara-cara untuk menghapuskan hawa nafsu iaitu
dengan mengikuti 8 Bahagian dalam Jalan-Jalan Kesucian iaitu:

i.. Kepercayaan yang benar


ii. Usaha yang benar

iii. Ingatan yang benar

iv. Perbuatan yang benar

v. Ketekunan yang benar

vi. Fikiran yang benar

vii. Kehidupan yang benar

viii. Pertuturan yang benar

Agama ini juga percaya kepada kelahiran semula dan nirvana (peringkat yang
paling bahagia) menjadi matlamat penganut-penganutnya. Buddha juga
mengajar tentang ahimsa ( tidak boleh memusnahkan/merosakkan segala benda
hidup. Asoka dari Empayar Maurya adalah raja India yang paling
bertanggungjawab menyebarkan agama ini ke luar India iaitu ke Sri Lanka dan
dari Sri Lanka disebarkan ke Asia Tenggara, Tibet, Jepun dan China.

Tamadun China

Agama Buddha merupakan satu daripada agama yang dianut oleh masyarakat
China yang telah dibawa masuk ke China dari Sri Lanka Faham kedua yang
tersebar luas di negara China ialah Confuciusnisme. Ia berdasarkan ajaran
Confucius/Kung Fu Tze (551-479SM) yang hidup pada zaman Dinasti Chou.
Ajaran Confucius terdapat dalam buku klasik berjodol Analekta yang ditulis oleh
pengikut-pengikutnya. Ajaran Confucius memberi penekanan tentang harga diri
dan perasaan kemanusiaan (ada 5 kebaikan di dunia iaitu amanah, rajin, bersifat
mulia, berbudi bahasa dan bermurah hati). Rukun kemasyarakatan yang diajar
Confucius ni kemudian telah menjadi falsafah rasmi negara China. Confucius
juga menekankan 5 jenis hubungan yang baik iaitu hubungan pemerintah
dengan rakyat, Ibu bapa dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik
dan kawan dengan kawan. Di negara China juga tersebar faham Taoisme. Ajaran
ini diasaskan oleh Lao Tzu dan Chuang Tzu yang hidup dalam Dinasti Chou. Ia
dapat diperolehi dalam buku Tao Te Ching dan Chuang Tzu. Tao bermaksud
‘cara’ atau ‘jalan’ untuk seseorang individu mencari kedamaian dan keharmonian
dalam dunia. Ajaran ini menyarankan manusia supaya tidak mementingkan
dunia. Taoisme mementingkan kesederhanaan, perdampingan dengan alam
semula jadi dan amalan meditasi. Bagi ajaran ini, raja dan kerajaan tidak penting
kerana manusia boleh menjalani kehidupan mengikut undang-undang alam.
Ajaran ini tidak mendapat sambutan dari kalangan terpelajar. Ia berpengaruh di
kalangan rakyat di luar bandar. Sumbangan penting ajaran ini ialah sami-
saminya telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional,
mencipta ubat bedil, jarum magnetik dan herba-herba asli. Selain dari ajaran-
ajaran tadi, tersebar juga faham Mohisme oleh Mo Ti atau Mo Tzu yang hidup
sezaman dengan Confucius. Doktrin utama falsafahnya ialah kasih yang
sempurna untuk setiap manusia. Satu lagi faham yang tersebar ialah Legalisme
yang muncul serentak dengan Mohisme. Ia dipengaruhi oleh idea dan falsafah
Hsun Tzu. Faham ini lebih mementingkan masyarakat dari individu. Falsafah ini
menganggap semua individu adalah jahat. Faham ini amat berpengaruh pada
zaman Dinasti Chin terutama pada masa pemerintahan Shih Huang Ti.

Tamadun Yunani

Agama Kristian telah tersebar di Yunani oleh pengikut Nabi Isa bernama Paul.
Perkataan Kristian berasal dari perkataan Greek, ‘Christos’ yang bermaksud
‘penyelamat’. Pengikut agama ini mengangap Nabi Isa sebagai penyelamat
untuk membela orang Kristian. Ajaran ini sebenarnya diasaskan di Asia Barat
(Baitul Laham, Palestin). Nabi Isa telah diutus oleh Allah untuk menyebarkan
ajaran kepercayaan kepada Tuhan yang satu melalui kitab Injil.Ajaran ini telah
berkembang sejak lebih 2000 tahun yang lalu.

Tamadun Rom

Rom juga menerima ajaran Kristian melalui pengikut Nabi Isa yang bernama
Paul. Orang Rom mudah menerima agama ini kerana ia mudah difahami
berbanding dengan kepercayaan yang mereka anuti selama ini iaitu banyak
tuhan yang amat mengelirukan.Zaman Pax Romana telah membenarkan agama
ini disebarkan. Keadaan yang aman membolehkan mubaligh-mubalighnya
menyebarkan agama ini ke tempat-tempat lain. Jalan-jalan yang dibina oleh
Empayar Rom membolehkan agama ini berkembang ke tanah-tanah
jajahannya..Terdapat juga Maharaja Rom yang menindas penganut agama ini.
Peter yang menjadi pengikut Nabi Isa telah dibunuh oleh Maharaja Rom tahun
65M. Walau bagaimanapun ketakwaan dan ketabahan mereka menggagalkan
usaha maharaja tersebut untuk menyekat penyebaran agama ini. Persidangan
Bishop yang dijalankan mulai kurun ke-3 membolehkan penyebaran agama ini
terus berjalan lancar. Pada tahun 800M Charlemagne telah dilantik menjadi
Maharaja Holy Roman Empire. Beliau telah menggalakkan pertumbuhan gereja-
gereja dan biara-biara. Beliau juga meluluskan undang-undang mengizinkan
gereja mengutip zakat.

Tamadun Mesir

Mesir menerima agama Kristian melalui pengikut Nabi Isa yang bernama Peter.
Apabila Islam berkembang di Madinah, Islam juga tersebar ke Mesir iaitu pada
zaman Khalifah Umar al-Khattab.

Tamadun Arab
Zaman sebelum Nabi Muhammad diutus menjadi Rasul bagi menyebarkan
agama Islam di bumi Arab, terdapat berbagai agama. Agama di situ terbahagi
kepada dua iaitu agama Ilahi/Wahyu (agama Hanif, Nasrani dan Yahudi) dan
agama ciptaan manusia ( menyembah berhala, menyembah cakrawala,
menyembah padang pasir, menyembah api/majusi. Apabila Islam disebarkan di
Mekah pada tahun 610M agama Islam mula mengambil tempat agama-agama
yang sedia ada di situ dan selepas kira-kira 23 tahun Islam disebarkan ( selepas
pembukaan Kota Mekah) seluruh bumi Arab menerima agama Islam. Agama-
agama Yahudi dan Nasrani mula lenyap dari bumi Arab.

Tamadun Melayu

Agama yang mula-mula sekali meresap masuk ke alam Melayu ialah agama
Hindu ( sebelum abad pertama Masihi lagi), diikuti oleh agama Buddha. Setelah
lebih dari 7 abad, Alam Melayu mula menerima ajaran Islam yang disebarkan
oleh pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam dari Arab dan
Gujerat. Apabila kuasa-kuasa Barat seperti Portugis ( abad ke-16M), Belanda
dan Inggeris menjajah negeri-negeri di Alam Melayu, agama Kristian pula mula
disebarkan.

Tema 2 : Pemerintahan dan Pentadbiran

Tajuk 2.1 : Pembentukan Negara Kota

Kawasan Kajian : Yunani, Rom, Arab dan Melayu

Kandungan kajian : Ciri-ciri Negara Kota Dan Proses dan perkembangannya.

Maksud Negara Kota ialah bandar yang juga merupakan negeri yang berdaulat
dan merdeka. Selain daripada Yunani, Rom, Arab dan Kepulauan Melayu
( kawasan kajian kita), Negara Kota juga terdapat di negara-negara lain seperti di
Memphis (Mesir), Ur, Urech, Kish, Babyon (Mesopotamia), Mohenjo Daro dan
Harappa (India) dan Anyang ( China).

Tamadun Yunani

Dalam tamadun Yunani, Negara Kotanya dikenali sebagai Polis (dari bahasa
Greek) yang merupakan sebuah pusat berkubu dan menjadi ibu kota bagi
Yunani. Ia merupakan sebuah pusat yang sangat dihormati. Ia menjadi pusat
komuniti Acropolis pula merupakan kota berkubu di bahagian tengah.
Sebenarnya yang dimaksudkan bahagian tengah itu ialah bahagian hulu
sesebuah bandar dan yang termasyhur sekali ialah bandar Athens.Sebelum
sesebuah negara kota itu muncul, asalnya bermula daripada kampung-kampung
yang bersebaran. Lama kelamaan penduduk setiap lembah atau dataran
bergabung menjadi satu komuniti politik dan bersam-sama menyembah dewa-
dewa, berjual beli, menjaga pertahanan dan menjalankan pemerintahan. Pusat
komuniti itu biasanya terletak di satu kawasan berbatu yang tinggi di tengah-
tengah dataran dan dari situ dapat dilihat seluruh kawasan sekitar. Kebanyakan
lembah-lembah Greek berbentuk piring terbalik. Pusat komuniti inilah kota
berkubu dan ibu kota (polis). Luas tiap-tiap kota ialah antara 80 hingga 800 km
persegi dengan purata penduduk seramai 5000 orang.

Negara-negara kota di Yunani ini kecil-kecil dan berbeza dari jirannya yang
terdapat di sebalik banjaran gunung. Warganegara sesebuah negara kota tinggal
begitu dekat dengan pusat pemerintahan dan sebab itulah mereka terlibat dalam
pemerintahan. Dalam usaha/percubaan memerintah sendiri, mereka telah
memecat raja-raja dan pembesar-pembesarnya satu demi satu. Orang Greek
amat menyayangi negara kota mereka. Dalam peperangan yang sering berlaku
antara negara-negara kota, warganegaranya rela mati berjuang bagi
mempertahankan kota mereka itu. Malah sepanjang hidup mereka dari mula lahir
hingga ke akhir hayat, jiwa raga mereka tercurah kepada negara kota mereka.
Antara negara kota yang terdapat dalam tamadun Yunani ini ialah Athens,
Sparta,Thebes, Corinth, Olympia dan Argos. Athens merupakan salah sebuah
negara kota dalam tamadun Yunani yang paling terkenal. Sehingga pertengahan
abad ke-8 SM, Athens seperti negara kota lain di Yunani menjalankan
pemerintahan secara monarki (beraja). Kira-kira pada tahun 750SM raja Athens
telah digulingkan kerana rakyat inginkan suara yang lebih dalam pentadbiran dan
juga kerana penindasan yang telah dilakukan oleh raja. Pemerintahan telah
diambilalih oleh sekumpulan bangsawan yang digelar eupatrid. Mereka telah
melakukan aktiviti perlanunan dan merampas tanah untuk menambahkan
kekayaan mereka. Golongan ini telah mengambilalih kuasa politik dengan
menguasai Majlis dan tentera. Mereka memerintah Athens menerusi Majlis
Bangsawan (Council of Nobles). Zaman ini dikenali sebagai Zaman
Kebangsawanan/Aristokrasi. Pegawai awam utama ialah Ketua Majistret yang
dipilih setiap tahun dari golongan bangsawan. Petani tertindas dalam
pemerintahan ini dan menjadi hamba abdi bila hutang tidak terbayar. Pada tahun
594SM golongan bangsawan telah memilih Solon sebagai ketua majistret dan
memberikannya kuasa mutlak untuk membuat perubahan. Perlantikan itu dibuat
kerana rasa bimbang jika seseorang ketua yang berkebolehan tidak dilantik,
mereka mungkin akan digulingkan oleh seseorang yang zalim. Solon telah
menubuhkan Majlis Empat Ratus (Council of Four Hundred) yang terdiri
daripada golongan bangsawan dan pemilik harta yang kaya.Majlis ini kemudian
bertukar menjadi Majlis Lima Ratus. Beliau telah menubuhkan semula
Perhimpunan Agung ( berfungsi sebagai badan perundangan). Solon juga
menubuhkan sebuah Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa untuk
menimbangkan rayuan terhadap keputusan majistret. Tahap kegemilangan
sistem demokrasi di Athens dicapai di bawah pimpinan Pericles (495-429SM).
Pericles telah menubuhkan sebuah Lembaga yang bertindak sebagai badan
eksekutif tertinggi. Ahlinya terdiri daripada 10 orang jeneral yang dilantik oleh
Perhimpunan Agung untuk satu tahun. Pericles juga membuat perubahan
terhadap kuasa membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman iaitu tidak lagi
oleh majistret tetapi oleh sekumpulan juri. Sparta adalah negara kota yang
terkuat di Yunani. Kerajaan ini berbentuk militeri. Rakyatnya terdiri daripada
kaum Dorian yang berhijrah dari utara. Tenteranya terdiri daripada tentera darat
dan laut. Kanak-kanak Sparta akan menjalani latihan ketenteraan bila berusia 7
tahun dan memasuki tentera bila berumur 20 tahun dan terpaksa tinggal di berek
tentera sehingga berumur 30 tahun. Melalui sistem ini, kanak-kanak yang lemah
dibunuh sebaik sahaja dilahirkan. Kerajaan Sparta diketuai oleh 2 raja ( dari
keluarga Agiadac dan Eurypontidac) dan 5 orang Ephor. Ephor dilantik oleh
Majlis Perhimpunan. Rakyat dari kelas homoioi yang berketurunan Dorian
merupakan golongan pemimpin di Sparta

Tamadun Rom

Rom telah didatangi orang-orang Etruscan yang agresif ( di utara Itali). Di


sebelah pinggir laut yang subur tinggal penduduk yang agak primitif. Pada abad
ke-8 datang pula orang Greek yang lebih mencintai kedamaian ( mengusahakan
tanah). Di sebelah selatan kawasan orang Etruscan iaitu di dataran Sungai Tiber
tinggal orang Latin ( satu dari puak Itali). Mereka membentuk komuniti yang
berasingan. Walau bagaimanapun, mereka telah bersatu ketika
mempertahankan diri dari serangan orang Etruscan. Penyatuan inilah yang
menjadi asas pembentukan bandar Rom kira-kira padatahun 753SM. Bertahun-
tahun lepas itu Rom berkembang menjadi ibu kota dunia Barat. Rom terletak di
tengah-tengah jalan selatan ke utara dan ditebing Sungai Tiber.Kuala sungai itu
menjadi pelabuhan yang terbaik di pantai barat. Dengan itu, ia menjadi kunci
masuk ke Itali. Rom adalah gabungan kampung-kampung yang terletak di atas
bukit-bukit kecil . Dari atas bukit-bukit itu mereka boleh nampak angkatan
Etruscan yang bengis, lengkap dengan senjata yang pada bila-bila masa sahaja
akan menyerang mereka. Penduduk Rom ini pada hakikatnya adalah bersifat
tentera dan semua institusi mereka mencerminkan kelakuan mereka yang suka
berperang, sementara bakat mereka ditunjukkan dengan sepenuhnya dalam
usaha-usaha ketenteraan.

Pada mulanya Rom diperintah oleh seorang raja yang juga menjadi padri besar,
jeneral dan penggubal undang-undang. Baginda menentukan peraturan-
peraturan dalam perhubungan mereka dengan dewa-dewa, orang asing dan
antara satu sama lain. Penduduk di bawah pemerintahannya tidak dianggap
setarafdengan baginda. Antara penduduknya terdapat golongan bangsawan
(Patrician) dan yang lain-lain dipanggil Plebeian.. Golongan Plebeian ini bekerja
untuk mereka dan berharap akan mendapat perlindungan daripada mereka.
Golongan Patrician inilah yang menjadi ahli Senat ( badan penasihat yang
mengandungi orang lelaki yang tua dan berpengalaman). Senate ini berhak ke
atas pelantikan raja baru. Apa yang jelas tentang Rom ini ialah Rom hampir
sepanjang masanya berperang dan rajanya membuktikan diri mereka sebagai
pemimpin yang sesuai. Orang Rom telah menunjukkan bahawa mereka
merupakan pahlawan-pahlawan yang hebat walaupuntidak pernah mampu
menentang orang Etruscan.Pada awal abad ke-6 Rom jatuh ke tangan raja-raja
bangsa Etruscan yang terkenal dengan pemerintahan yang zalim itu. Orang-
orang Rom menggelar mereka sebagai Tarquin Sombong. Walau bagaimanapun
mereka telah berjasa dalam membuat tembok melingkungi semua komuniti dan
dianggap sebagai pengasas bandar itu. Mereka mengadakan sistem saliran dan
mencantikkan bandar itu dengan membina rumah-rumah berhala. Mereka
menyusun semula angkatan tentera, membesarkannya dan membahagikan
warganegara mengikut kekayaan mereka. Mereka hanya sempat memerintah
Rom tidak sampai 100 tahun kerana orang-orang Rom telah bangkit menentang
dan menghalau mereka.Tragedi ini dianggap sebagai satu revolusi Pengusiran
Raja-Raja. Pemerintahan Etruscan yang zalim itu telah menghantui perasaan
orang-orang Rom untuk tidak menerima pemerintahan beraja. Selepas itu orang
Rom telah menubuhkan pemerintahan berbentuk republik.

Tamadun Arab

Di Semenanjung Tanah Arab, negara kotanya didirikan oleh penduduk bandar


atau dikenali sebagai Hadhari. Negara kotanya terdapat dalam kerajaan-
kerajaan Selatan, Tengah dan Utara. Di kawasan selatan terdapat kerajaan
Yaman, di kawasan tengah ialah kerajaan Hijaz/Makkah manakala di sebelah
utara terdapat kerajaan-kerajaan Anbat/Nabatean, Tadmor/Palmyra, Hirah dan
Ghassan. Berbeza dari negeri-negeri bahagian utara dan tengah, Yaman
menyaksikan suatu tingkat kemajuan yang terawal sekali dalam sejarah tamadun
Arab purba. Hal ini berkait rapat dengan kedudukan alamnya yang sesuai
sebagai tempat pertemuan bagi para pedagang. Di sini air hujan sentiasa turun
di samping kesuburan tanahnya sendiri. Saba’ (955SM - 115SM) adalah kerajaan
yang paling terkenal di Yaman. Kerajaan ini mengamalkan sistem pemerintahan
beraja demokrasi. Kemasyhuran kerajaan Saba’ adalah kerana ratunya yang
bernama Balqis dan rakyatnya yang (walaupun kuat dan berani namun)
mementingkan perdamaian. Kerajaan ini runtuh kerana kecuaian rakyatnya
sendiri terutama pemimpinnya, sehingga akhirnya berlakulah banjir yang besar
yang menghancurkan Empangan Maarib (nadi pertaniannya). Rakyatnya telah
menyelamatkan diri ke bahagian tengah dan utara tanah Arab. Kerajaan ini
diganti oleh kerajaan Himyar yang dapat mengembalikan kegemilangannya.
Kerajaan ini lebih menekankan perluasan jajahan takluk. Kerajaan ini kemudian
jatuh ke tangan Rom dan Parsi yang sekian lama memerhati kemakmuran
Yaman. Kedua-kedua kuasa besar itu sentiasa bersaing bagi meluaskan
pengaruh dan menyebar agama masing-masing. Keruntuhan kerajaan Yaman
telah memuncukan sebuah kerajaan di kawasan tengah iaitu Hijaz atau Makkah.
Kedudukan geografinya di tengah-tengah tanah Arab menjadi kawasan
pertemuan di kalangan saudagar-saudagar dari utara dan selatan. Apatah lagi
setelah kaabah dibina, bandar Makkah telah menjadi pusat pertemuan berbilang
bangsa dari seluruh pelusok dunia bagi mengerjakan ibadah. Suatu yang amat
unik bagi kota Makkah ini ialah ia tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa
penjajah walaupun ada yang pernah mencuba. Sistem pentadbirannya
dijalankan oleh kabilah. Yang terkenal ialah kabilah Quraisy di bawah Qusai bin
Kilab. Qusai telah mengatur sistem pentadbiran yang sistematik dan berjaya
menyatukankabilah-kabilah Arab. Di sebelah utara Arab, muncullah beberapa
buah kerajaan seperti kerajaan Anbat/Nabatean, Tadmor/Palmyra, Hirah dan
Ghassan. Kerajaan-kerajaan utara ini merupakan kerajaan penampan bagi
kuasa Rom dan Parsi.

Tamadun Melayu

Di kawasan Alam Melayu telah memunculkan beberapa buah negara kota seperti
Langkasuka, Chieh-Cha ( Kedah), Kalah ( dipercayai terletak di utara Kedah)
dan lain-lain lagi. Langkasuka terletak di Patani, Thailand. Langkasuka
dikatakan muncul sebagai negeri bebas pada awal abad ke-2M ( tahun 100 M).
Langkasuka menjalankan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan di Asia Barat,
India, China dan kerajaan-kerajaan di Gugusan Kepulauan Melayu. Kerajaan ini
dipengaruhi oleh pengaruh Hindu Bagaimanapun, pada abad berikutnya,ia
dilanggar oleh Funan. Sejak itu Langkasuka tidak putus-putus dijajah oleh kuasa
luar dan maju mundurnya ditentukan oleh faktor ini. Meskipun kedudukannya
yang terletak di jalan perdagangan antarabangsa antara India dan China dan
juga kekayaan hail buminya itu merupakan faktor dalaman yang membawa
kemajuannya, namun faktor luarlah sebenarnya yang lebih dominan dalam
menentukan semuanya itu. Bagaimanapun pada abad ke-5M, Langkasuka dapat
memulihkan kemerdekaannya dan apabila Funan mengalami kemunduran pada
abad ke-6M, Langkasuka mencapai zaman keagungannya. Pada ketika inilah
dikatakan wilayah taklukannya meliputi Songkla, Kelantan dan Terengganu.
Namun dengan kebangkitan Srivijaya pada abad ke-7M, Langkasuka tertakluk di
bawahnya pula. Kemudian menjadi jajahan Majapahit dan apabila Melaka
ditawan Portugis (1511) kerajaan Langkasuka turut lenyap dalam sejarah kerana
diserang oleh Raja Chola, Rajendra 1 dari India Selatan.. Kerajaan Kedah
( Kedah Tua) wujud dari kurun ke-5M hingga kurun ke-14M di Lembah Bujang.
Kerajaan ini muncul sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan entrepot
yang penting pada kurun ke-5M. Pelabuhannya disinggahi kapal dagang dari
India, China dan Asia Barat. Pusat pentadbirannya terletak di Kampung Sungai
Emas (kurun ke-5 hingga 10M) dan Pangkalan Bujang (kurun ke-10 hingga
14M). Penduduknya dipengaruhi agama Hindu dan Buddha. Menjelang tahun
695M kerajaan ini menjadi tanah jajahan kerajaan Srivijaya. Kerajaan ini mula
merosot pada abad ke-11 kerana diserang oleh Raja Chola, Rajendra 1 pada
tahun 1025M.

Tamadun Mekah : Negara Kota Arab (Kerajaan Arab Tengah/Hijaz)

Mekah terletak di satu lembah yang tandus, dikelilingi oleh banjaran gunung dan
bukit-bukit batu. Ia merupakan ibu kota bagi daerah Hijaz (Arab Tengah).
Kedudukannya ialah di tengah-tengah persimpangan jalan antara kota-kota di
Syam dan Hirah (di utara Arab), Yaman (di selatan Arab) dankota-kota di pinggir
pantai Laut Merah. Kedudukannya di tengah-tengah jalan perdagangan antara
Utara dan Selatan itu menjadikannya sebagai tempat persinggahan bagi
saudargar-saudagar dari utara ke selatan dan dari selatan ke utara. Dengan itu
Mekah menjadi pusat perdagangan yang penting. Pasar banyak didirikan dan
yang terkenal ialah Pasar Zul Majaz, al-Majinnah dan Ukaz. Sejarahnya bermula
apabila Nabi Ibrahim membawa isterinya (Siti Hajar) dan anaknya (Ismail) ke
Mekah. Mekah ketika itu tidak ramai didiami orang. Puak yang mula-mula tinggal
di situ ialah puak Amaliqah, kemudian datang pula puak Jurhum dan menjadi
penguasa Mekah. Apabila air zamzam dijumpai oleh Nabi Ismail, Mekah mula
didatangi orang. Apabila Nabi Ibrahim bersama anaknya Ismail mendirikan
kaabah, Mekah telah menjadi pusat ibadat dan mengerjakan Haji. Mekah
bertambah maju di bawah suku Jurhum. Kemudian kekuasaan .Mekah berpindah
kepada suku Khuzaah dari Yaman. Perubahan berlaku, ajaran Nabi Ibrahim telah
dicampuradukkan dengan penyembahan berhala (tahun 207SM). Tahun 440M
kabilah Quraisy di bawah pimpinan Qusai bin Kilab bin Murrah dari Bani Quda’ah
(moyang Nabi Muhammad) mengambilalih kekuasaan Mekah dari puak
Khuzaah. Di bawah pentadbiran Qusai, Mekah menjadi maju dan terkenal dan
menjadi tumpuan seluruh tanah arab.

Negara kota Mekah berfungsi sebagai pusat perdagangan, pusat ibadat, pusat
kebudayaan, dan pusat pentadbiran. Sebagai pusat perdagangan, kota ini
sentiasa sibuk terutama pada musim haji bila seluruh penduduk tanah Arab
berkumpul di sana. Sebagai pusat ibadat, Mekah dikunjungi kerana mengerjakan
ibadat, mengerjakan haji dan dan menjadi pusat penyembahan berhala. Sebagai
tempat pertemuan berbagai kaum, ia turut memainkan peranan sebagai pusat
kebudayaan. Setiap tahun Mekah menganjurkan pesta/pertandingan seni pidato,
syari, falsafah, kata-kata hikmat, bercerita). Karya yang menang dutuliskan
dengan warna emas dan digantung dikaabah untuk tatapan umum. Pentadbiran
yang baik juga menjadi tarikan orang mengunjungi Mekah. Berbagai jabatan
diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran terutama pada musim haji. Apatah lagi
Mekah telah diiktirafsebagai ‘kota aman’ kerana terdapat beberapa bulan yang
dipanggil ‘bulan haram’ (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan rejab –
diharamkan berperang, membunuh dan sebagainya). Mekah juga mempunyai
pasukan tentera yang cukup baik, terdiri daripada askar dan hamba-hamba
Negro. Sejarah telah membuktikan bahawa Mekah merupakan kawasan yang
bebas dari sebarang penjajahan ( berbanding dengan jiran-jirannya iaitu Arab
Selatan dan Arab Utarayang dijajah oleh Rom dan Parsi). Pernah ada cubaan
dari kuasa asing untuk menjajah Mekah (seperti cubaan yang dibuat oleh
Abrahah , di bawah kuasa Rom) tapi Allah telah melindungi kota ini kerana kota
ini telah ditakdirkan menjadi kota Ibadat orang-orang Islam dan terbukti sampai
ke hari ini!
Tajuk 2.2: Pembentukan Empayar

Kawasan Kajian : Mesopotamia, Yunani, Rom, India, China dan Melayu

Kandungan kajian: i. Ciri-ciri empayar ( bagaimana muncul, motif, lokasi,


pemimpin yg Masyhur, keruntuhan)

ii..Proses dan perkembangannya.

Apakah maksud empayar?

Empayar dapat ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan( pemerintah) yang tertinggi


dan berdaulat yang menguasai daerah yang luas atau beberapa buah daerah
dengan diketuai oleh seorang maharaja.

Tamadun Mesopotamia

Pertumbuhan dan perkembangan tamadun telah membawa kepada konflik untuk


merebut kuasa dan kekayaan di kawasan Mesopotamia. Konflik tercetus di
antara Ur dan Urech untuk menguasai hilir Sungai Euphrates. Konflik yang kerap
berlaku menyebabkan pertukaran pemerintah dan telah memjadi kebiasaan,
golongan yang kuat akan mengambil alih pemerintah yang tewas. Pada kira-kira
tahun 2750SM, seorang ketua puak Semitik yang bernama Sargon yang menjadi
pemerintah daerah Akkad ( Akkad terletak di utara dataran Shinar) telah cuba
memperluaskan empayarnya dengan menyerang orang-orang Sumeria di
kawasan Mesopotamia. Beliau telah berjaya mengalahkan orang-orang Sumeria
melalui beberapa peperangan dan menjadi raja di kawasan orang Sumeria itu.
Pada mulanya orang Sumeria enggan menerima Sargon sebagai pemerintah
baru mereka tapi demi keselamatan perdagangan, akhirnya orang Sumeria
sanggup menerimanya. Dapatlah dikatakan di sini bahawa Empayar
Mesopotamia yang pertama telah didirikan oleh seorang Arab berbangsa Semite
dari Akkad yang bernama Sargon Agung. Sargon menyerang Mesopotamia
kerana tertarik dengan kekayaan Sumer. Sargon terus meluaskan kuasanya
yang akhirnya beliau menjadi pemerintah sebuah empayar yang terbentang luas
dari Elam( di sebelah timur) hingga ke Laut Mediterranean dan ke utara hingga
meliputi Sungai Tigris dan Euphrates. Kedua-dua puak iaitu Sumeria dan Semitik
hidup bersama di bawah pemerintah Sargon. Lama kelamaan orang Semetik
lebih berpengaruh dari orang Sumeria dalam bidang politik kerana orang
Semetik cepat mempelajari cara pemerintahan orang Sumeria.

Pada kira-kira tahun 2200SM sekumpulan orang nomad iaitu Amorites telah
membuat petempatan di sekitar kampung Babylon. Kaum Amorites ( dari suku
Semite) dan puak-puak bukit dari kawasan pergunungan Zagros telah
menyerang Mesopotamia. Babylon telah ditawan. Ketika itu air bawah tanah di
Sumer menjadi masin yang menyababkan tanaman dan penduduk menjadi
berkurangan. Kaum Semite mengambil kesempatan bagi mengukuhkan
kedudukan mereka di Mesopotamia. Di bawah pemerintah yang bernama
Hammurabi, Babylon telah muncul sebagai sebuah negara kota yang sangat
cantik. Hammurabi terkenal dengan kanun undang-undangnya (yang
menekankan perikemanusiaan dan hak indiividu). Hammurabi merupakan
seorang pemerintah yang agung. Semasa pemerintahannya, negara menjadi
lebih aman (kurang peperangan). Oleh kerana Hammurabi berasal dari
keturunan nomad, beliau sangat mengambil berat terhadap penternakan
kambing biri-biri dan penanaman jagung. Unta dan lembu digunakan oleh
rakyatnya sebagai alat pengangukutan darat bagi membawa barang-barang
dagangan.Kapal digunakan sebagai alat pengangkutan laut. Beliau membina
sebuah terusan yang luas, menyusun semula sistem pengairan dan
membaikinya Berbagai jenis sayuran ditanam pada zamannya. Selepas
Hammurabi meninggal dunia, Mesopotamia telah diserang oleh Kerajaan
Assyria. Di bawah raja Chaldea iaitu Nebuchadnezzar, negara kota Babylon
telah dibina semula hingga menjadi negara kota yang amat kuat. Selepas
kematian Nebuchadnezzar, Babylon telah jatuh ke tangan orang Parsi dan
kemudian Parsi menjadi kuasa yang kuat di Timur Tengah.. Akibat dari
penjajahan yang silih berganti oleh berbagai puak itu, Mesopotamia dimasuki
berbagai kebudayaan yang menjadikannya bertambah agung. Perkembangan
yang berlaku dalam empayar Mesopotamia itu menampakkan bahawa
Mesopotamia sering diserang oleh kumpulan-lumpulan dan puak-puak baru.
Apabila tamadun Mesopotamia terbentuk, Mesopotamia telah diserang.
Tamadun itu runtuh.. Puak yang menyerang dan berjaya menawan Mesopotamia
itu telah membina semula tamadun Mesopotamia yang baru. Bila tamadun itu
terbina semula, ia diserang lagi. Begitulah proses perkembangan empayar
Mesopotamia.

Walau bagaimanapun, empayar-empayar kemudian yang terkenal ialah:

• Empayar Babylonia 1 ( Raja Hammurabi: 1792 SM – 1750 SM)


• Empayar Assyria (746 SM – 630 SM). Ketika ini ibu kota Mesopotamia
terletak di Nineveh. Empayar Mesopotamia diperluaskan sehingga
meliputi hampir semua kawasan Timur Dekat/ Asia Barat ( Syria,
Phoenicia, Israel, Mesir).
• Babylonia II/ Empayar Chaldea Raja Nabopulasser: 626 SM – 606 SM
yang diganti oleh anak Nebuchadrezzar II : 605 SM – 562 SM.) Pada
masa inilah Mesopotamia diserang oleh Parsi. Dengan itu berakhirlah
empayar Mesopotamia.

Tamadun Yunani

Raja Greek mula menghantar rakyatnya ke negara lain di seberang laut sebagai
peneroka kerana bilangan penduduknya yang kian bertambah sedangkan Greek
kekurangan tanah yang subur dan kebimbangan pemerintahnya terhadap
penentangan rakyat terhadap golongan pemerintah (golongan minoriti yang
terdiri daripada orang kaya). Pembukaan tanah-tanah jajahan Greek itu adalah
bermatlamatkan perdagangan. Walau bagaimanapun Greek tidak pernah
menubuhkan satu kuasa yang agung, yang kuat dan berpadu di Mediterranean
kerana negara-negara kotanya di tanah besar Greek sendiri sentiasa bersaing
antara satu sama lain.. Tetapi menerusi beratus-ratus buah tanah jajahan itu
Greek telah meresapkan pengaruhnya di kalangan bangsa-bangsa lain dan
dipusaki turun temurun. Dalam pada kota-kota di Greek asyik bercakaran, satu
kuasa besar telah muncul di kawasan pergunungan utara Semenanjung Balkan
iaitu kerajaan purba Makedonia. Pada tahun 359SM, Philip II telah
mengisytiharkan dirinya sebagai raja Makedonia. Beliau bercita-cita untuk
menguasai seluruh Greek yang berpecah belah itu. Pada tahun 338 SM
berlakulah peperangan Chaeronea dengan kemenangan tentera Makedonia
mengalahkan tentera Athens dan Thebes. Zaman negara kotapun berakhir.
Seorang raja Makedonia berkuasa di Greek. Semua kota kecuali Sparta
menghantar wakil menemui Philip. Philip membentangkan rancangannya untuk
menyatukan Greek bagi menentang Parsi. Rancangannya tidak sempat
dilaksanakan kerana telah terbunuh semasa kesibukan menyambut perkahwinan
anak perempuannya.

Philip II digantikan oleh anaknya Iskandar Zurkarnain / Iskandar Agung ( 356 SM


– 323 SM) . Usianya ketika itu ialah 20 tahun.. Athens dan beberapa buah
negara kota lain bangun memberontak menentang Iskandar tapi telah dikalahkan
oleh Iskandar. Iskandar telah berjaya menawan Asia Kecil (jajahanParsi), Parsi
( Parsi diserang tahun 334 SM yang ketika itu diperintah oleh Darius II dan pada
tahun 331 SM Parsi ditawan), Mesir ( 332 SM), Lembah Tigris dan Euphratesdan
juga Lembah Indus(326 SM). Beliau menggalakkan penaklukan Greek ke atas
Asia secara besar-besaran untuk mempraktikkan rancangan utamanya iaitu
menyatyukan Eropah dengan Asia berdasarkan kebudayaan Greek. Iskandar
telah berusaha selama 13 tahun dengan mengembara sejauh 32,000 km dan
telah berjaya mengasaskan sebanyak 70 buah kota. Tiada penakluk Eropah
yang dapat menandingi Iskandar dalam kempennya merentasi gunung ganang
tinggi dan gurun Asia Tengah. Iskandar telah meninggal dunia pada tahun 323
SM di Babylon dalam usia 33 tahun selepas mengidap demam.Cita-citanya
untuk menubuhkan sebuah empayar dunia yang terbentang luas dari India ke
Sepanyol yang berdasarkan kebudayaan Greek lenyap dengan kematiannya.
Pengganti-pengganti beliau gagal menyatukan kawasan-kawasan yang ditakluki
walaupun telah berusaha sedaya upaya melalui peperangan yang bertahun-
tahun lamanya. Dunia Graeco-Makedonia telah berpecah kepada 3 bahagian.
Selepas kematian Iskandar, negara-negara kota Greek berperang cuba
membebaskan Greek dari pemerintahan Makedonia tetapi gagal. Usaha-usaha
penaklukan Iskandar telah membawa banyak kesan. Bandar Iskandariah
(sempena namanya) di Mesir telah muncul sebagai pusat ilmu pengetahuan
yang penting. Perdagangan telah berkembang. Begitu juga dengan penyelidikan
saintifik. Beliau menggalakkan persaudaraan manusia. Satu lagi peninggalan
beliau ialah mewujudkan era Hellenistik ( percampuran budaya Yunani dengan
bukan Yunani).
Tamadun Rom

Rom mula meluaskan empayarnya apabila ia memerlukan lebih banyak tanah


dan makanan akibat pertambahan penduduk. Pada peringkat permulaannya
Rom berjaya menakluki negeri-negeri jirannya dan memperbesarkan
empayarnya. Menjelang tahun 270 SM seluruh Semenanjung Itali kecuali
Lembah Po telah ditakluki Rom dan akhirnya orang-orang Rom berjaya
menyatukan seluruh Itali. Orang-orang Rom ingin menguasai kawasan-kawasan
sekitar Itali untuk meluaskan perdagangan dan menambahkan kemewahan.
Untuk itu, Rom terpaksa berhadapan dengan orang Greek (dari Itali Selatan,
Sicily (tanah jajahan Greek) dan orang cvarthage (di seberang laut) yang lebih
berpengalaman dalam peperangan dan bertamadun. Rom berjaya mengalahkan
orang-orang Greek setelah menentangnya selama kira-kira 8 tahun. Beberapa
buah bandar Greek ditawan. Dengan itu Rom berkuasa di seluruh kawasan Itali
yang terletak di Selatan Sungai Po dan beberapa kawasan yang terletak jauh
darinya. Saingan Rom yang paling hebat ialah dari orang Carthage (kerajaan
Carthage terletak di Afrika Utara) yang juga mempunyai motif dalam
perdagangan. Akibatnya, tercetuslah perang Punic di antara Rom dengan
Carthage). Ada 3 Perang Punic:

• Perang Punic 1 (264-41 SM)

Perang yang berlaku selama 23 tahun ini berpunca kerana hendak


merebut Pulau Sicily.Rom ingin mengusir keluar orang Carthage
dari Pulau Sicily. Rom mendapat sokongan kota-kota Greek.
Kemenangan Rom dalam pertempuran di laut menyebabkan Rom
terus mara mendarat di Afrika tetapi dapat ditewaskan oleh
Carthage.Rom membina semula angkatan lautnya dan menyerang
Carthage di Afrika. Kekalahan Carthage menyebabkan Carthage
terpaksa keluar dari Sicily dan membayar ganti rugi .Rom
seterusnya merampas Sardinia dan Corsica

• Perang Punic II atau Perang Hannibal (218 - 201 SM).

Tentera Carthage di bawah Hannibal ( tentera Hannibal terdiri


daripada penunggang kuda Barber, pengembara Greek, askar
upahan dari Bahagian Timur Mediterranean dan pahlawan-
pahlawan bengis dari puak Sepanyolk yang terlatih. Kesemuanya
dianggarkan seramai 26,000 orang) telah menyerang Itali melalui
Banjaran Alps dan telah berjaya menawan beberapa buah bandar.
Pada tahun 202 SM pula tentera Itali telah bertempur dengan
tentera Hannibal dan Carthage dikalahkan. Carthage mengaku
kesetiaannya kepada Rom.

• Perang Punic III ( 149-146SM)


Tentera Rom menyerang Carthage dan memusnahkan bandar ini.
Tawanan Carthage dijual sebagai hamba abdi.Akhirnya, kawasan
Afrika Utara menjadi taklukan Rom.

Tentera Rom juga telah menyerang Yunani dan mengalahkan tentera Makedonia
yang menguasai Yunani itu. Penaklukan Greek oleh Rom (tidak lama selepas
kekalahan Hannibal) bolehlah dianggap sebagai pembebasan kota-kota Greek
daripada raja-raja ‘pengganti’ yang telah memecahbelahkan Empayar Iskandar.
Pada tahun 146 SM Makedonia menjadi wilayah Rom. Seterusnya Rom
menyerang dan menakluki Syria( Syria diperintah oleh Antiochus III) dan Mesir
(168 SM). Rom telah dapat menguasai hampir semua kawasan di sekitar
Mediterranean. Tujuan perluasan kuasa Rom itu bukanlah untuk meluaskan
pentadbirannya tetapi kerana Romsering terancam oleh pemerintah-pemerintah
daerah-daerah tersebut. Proses perluasan empayar Rom sebenarnya bermula
pada abad ke-6 iaitu selepas mereka berjaya menggulingkan kuasa Etruscan.
Proses penaklukan ini mengambil masa hampir 200 tahun. Orang-orang Rom
banyak mempelajari taktik peperangan, urusan pentadbiran dan keselamatan
daripada kawasan yang ditaklukinya.

Perluasan Empayar Rom secara besar-besaran dilakukan oleh Julius Caeser


pada kurun ketiga dan kedua SM). Ketika itu Rom muncul sebagai kuasa besar
di Mediterranean. Empayarnya meliputi Syria, Makedonia, Yunani, Mesir, Timur
Tengah, Gaul ( Perancis dan Belgium) dan Britain. Beliau juga merupakan
pentadbir yang agung, negarawan yang pintar di samping terkenal sebagai
seorang ketua tentera yang handal. Kata-katanya yang masyhur iaitu ‘veni, vidi
dan vici’ (yang bererti ‘aku datang, aku lihat, aku takluk’) dibuat dalam
kempennya di Asia Kecil. Beliau memperkenalkan beberapa pemodenan dalam
bidang ekonomi, sosial dan politik dalam Empayar Rom. Antara lain, beliau telah
memecat gabenor yang rasuah, memberi hak kewarganegaraaan kepada
penduduk wilayah Rom, membahagikan tanah kepada penduduk miskin,
merancang sistem perairan, menyelesaikan masalah kewangan, mengalakkan
imigrasi ke tanah jajahan baru di seberang laut bagi mengurangkan kesesakan di
bandar dan mengatur sistem cukai yang lebih baik. Bagi mewujudkan sistem
politik yang stabil, beliau memperkenalkan pemerintahan secara individu
( negara diperintah oleh seorang pemerintah sahaja dan bukan oleh beberapa
orang gabenor). Sebab itulah beliau digelar diktator. Beliau mati dibunuh oleh
sekumpulan orang yang tidak puas hati dengan tindakannya/dasarnya. Usaha-
usaha Julius Caesar diteruskan oleh cucu saudaranya, Augustus ( era Pax
Romana atau Keamanan Rom). Beliau memakai gelaran Maharaja. Kuasanya
sebagai seorang Maharaja ialah mengawal penuh seluruh empayarnya. Beliau
telah berjaya mewujudkan sebuah empayar (beliau memulakan zaman empayar
di Rom tahun 31 SM menggantikan zaman Republik) yang stabil yang belum
pernah wujud sebelum ini. Zamannya menyaksikan peerkembangan yang pesat
dalam perdagangan, kebudayaan Graeco-Roman, perkembangan kejuruteraan,
bidang perundangan dan seni bina. Empayar Rom merosot pada tahun 476.
Maharajanya yang terakhir ialah Romulus Augustus yang digulingkan oleh ketua
suku Vandal ( salah satu suku gasar Jerman).

Tamadun India

Di India terdapat sebuah empayar yang besar di bawah Dinasti Maurya. Dinasti
ini wujud apabila Chandragupta Maurya berjaya menggulingkan empayar
Magadha ( sebuah empayar Aryan) pada tahun 321 SM. Empayar Maurya ini
wujud ekoran daripada usaha-usaha Chandragupta Maurya menyatukan
beberapa buah kerajaan kecil di Utara India bagi menghadapi ancaman Yunani.
Penyatuan ini membentuk Empayar Maurya yang terbentang luas dari Teluk
Benggala ke pergunungan Hindu Kush dengan ibu kotanya di Pataliputra.. Kuasa
Chandragupta pada masa itu tiada siapa yang berani mencabar. Kuasa Maurya
tegak dengan sokongan 700,000 orang tentera. Tentera kerajaannya sangat
cekap dan tiada belas kesihan. Petani-petani dikenakan cukai yang berat dan
penduduk bandar sentiasa diganggu oleh pegawai-pegawai, inspektor dan tali
barut pemerintah. Kezalimannya jelas apabila kesalahan mencuri yang kecil
dikenakan hukuman mati dan selalunya disiksa terlebih dahulu. Empayar Maurya
mengamalkan sistem pemerintahan monarki dan pemerintahan mutlak. Raja-raja
Maurya terus meluaskan pengaruhnya ke seluruh India kecuali India Selatan
(India.Selatan diperintah oleh orang Dravidian yang berbahasa Tamil). Anak
Chandragupta telah menambah sebahagian dari Decca ke dalam empayarnya.
Empayar yang besar ini seterusnya diwarisi oleh pemerintah ketiganya iaitu
Asoka pada tahun 273 SM (ada ahli sejarah berpendapat pada 269 - 232 SM),
seorang raja yang terkemuka dan berperikemanusiaan. Beliau memerintah
selama 40 tahun. Sistem pemerintahannya berbentuk kerajaan pusat
(sentralisasi). Dinasti Maurya mencapai kemuncak perluasannya di bawah
Asoka.. Di awal pemerintahannya, beliau menyerang wilayah Orissa. Melihat
penderitaan penduduk menjadikan beliau insaf dan menghentikan peperangan
sebagai senjata yang agresif. Selepas itu beliau menggunakan kekayaan untuk
mengurangkan penderitaan rakyat dan penyebaran agama Buddha.

Kematian Asoka menandakan kemerosotan Dinasti Maurya. Lima puluh tahun


selepas kematian Asoka iaitu pada tahun 232 SM, empayar yang semakin lemah
itu akhirnya terlepas dari tangan pengganti-penggantinya yang lemah ( 185 SM).
Untuk 5 abad kemudiannya, India kehilangan kesatuan politiknya yang selama
ini diberikan oleh keturunan Maurya. India mula berpecah.Dalam keadaan
perpecahan ini, India terdedah dengan serangan asing seperti orang Aryan dari
Asia Tengah dan orang Kushan dari China. Selepas 5 abad India berada dalam
kekacauan dan perpecahan, empayar agung kedua muncul di tebing Sungai
Ganges dan dapat menyatukan semula bahagian utara India. Ibu kotanya di
Pataliputra dan pengasasnya mengambil nama Chandragupta sebagai
penghormatan kepada Chandragupta dari Dinasti Maurya dulu. Baginda adalah
raja Magadha. Walau bagaimanapun orang India lebih menyanjung pemerintah
keduanya yang bernama Samudragupta(300-375M). Beliau digelar ‘Nepoleon
India’.Beliau meluaskan empayarnya ke barat menghala ke Sungai Indus dan ke
selatan sampai ke Deccan. Walaupun kuasa dan pengaruhnya lebih kecil jika
dibandingkan dengan Asoka tetapi pemerintahannya sangat kukuh. Pengganti-
penggantinya menguasai empayar itu lebih dari satu abad. . Zaman ini telah
mencapai kegemilangan dalam bidang seni, sains dan agama. Perkembangan
empayar di wilayah India Selatan tidak mempunyai banyak catatan oleh pengkaji
sejarah kerana ahli-ahli sejarah lebih menumpukan perhatian kepada wilayah
utara India. Wilayah selatan India terdiri daripada Pandyas (di selatan sekali
yang beribu negerikan Madura), Cheras dan Chola. Negeri-negeri di selatan
India ini telah disatukan di bawah empayar sekurang-kurangnya 2 kali. Di bawah
kerajaan Pallava (pertengahan kurun ke-6 hingga pertengahan kurun ke-8)
semua negeri-negeri tua di situ berjaya ditundukkan di bawah kekuasaannya. Di
bawah kerajaan Pallava, sejarah seni bina dan seni ukir selatan India bermula.
Kerajaan Pallava telah dikalahkan oleh kerajaan Chola dan kerajaan Chola telah
menawan empayar kerajaan Pallava.Kerajaan ini telah menyerang Ceylon.
Orang-orang Chola memasuki zaman gemilangnya semasa diperintah leh Raja-
Raja Agong ( 985-1018) iaitu terdiri daripada anak Asoka dan pengganti beliau.
Mereka telah menawan seluruh bahagian timur India, Ceylon, Pulau-pulau
Andaman dan Pulau-pulau Nicobar, Pegu (Burma), Kedah (1025), Kerajaan
Langkasuka dan Kerajaan Gangga Negara( Perak). Kerajaan Chola jatuh pada
kurun ke-14.

Tamadun China

Zaman kegemilangan China dicapai pada masa dinasti Chin di bawah


pemerintahan Shih Huang Ti. Beliau telah berjaya menyatukan seluruh wilayah-
wilayah China di bawah satu pemerintahan pusat (221 SM). Beliau telah
menyusun semula pentadbirannya. Beliau telah menghapuskan sistem
pemerintahan ‘negeri-negeri diperintah oleh putera-putera raja’ (sistem feudal)
dan digantikan dengan sistem ‘chun’ atau provinsi. Terdapat 36 provinsi semasa
pemerintahan dinasti ini. Beliau memerintah secara otokrasi/mutlak. Beliaulah
yang bertanggungjawab membina tembok besar negeri China untuk melindungi
China dari serangan puak gasar dari utara. Semasa Dinasti Han, empayar China
diperluaskan lagi. Wilayah Korea, Manchuria, Panir dan Khokhand di Asia
Tengah ditakluk oleh Maharaja Han Wu Ti (141 - 87 SM), pemerintah Han yang
teragung. Dasar perluasan kuasa Maharaja Han Wu Ti adalah bertujuan bagi
mendapatkan kekayaan. Beliau juga menjalin hubungan perdagangan dengan
kerajaan-kerajaan di Eropah, Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Tamadun Melayu

Di Alam Melayu juga terdapat beberapa buah kerajaan yang membentuk


empayar seperti kerajaan Srivijaya dan Majapahit. Cara empayar di Alam Melayu
mewujudkan empayar ialah melalui beberapa cara seperti peperangan ( seperti
yang dilakukan oleh empayar Srivijaya dan Funan), perkahwinan politik,
penerimaan ufti 9 seperti yang dilakukan oleh beberapa kawasan sekitar
Srivijaya kepada Srivijaya) dan menggunakan metos dan legenda (seperti yang
dilakukan oleh kerajaan Srivijaya bagi menunjukkan kebesarannya dan
menggerunkan negeri-negeri sekitar). Kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara
membina empayar atas motif memperluaskan politik dan mengukuhkan
kedudukan ekonomi masing-masing. Kerajaan Srivijaya yang terletak di
Sumatera berpusat di Palembang(Abad ke-7 - ke-14 M) muncul selepas
kejatuhan empayar Funan. Srivijaya merupakan sebuah empayar Melayu awal
yang sangat bergantung kepada perdagangan. Kedudukannya di Selat Melaka
dan Selat Sunda menjadikannya pengawal lalu lintas di kawasan itu yang selama
ini dipegang oleh Kerajaan Kantoli dan Melayu.

Bagi mengukuhkan penguasaannya dalam bidang ekonomi, Srivijaya telah


menawan kerajaan-kerajaan Jambi (671-685)di Sumatera, Kedah (682-
685M)hingga ke Ligor di Tanah Melayu, Bangka, Tulang Bawang dan Minanga di
Sumatera, Tarumanaga di Jawa Barat. Penguasaan tersebut menjadikan
Srivijaya amat berkuasa mengawal laluan perdagangan China-India selama 3
abad. Pada abad ke-8M, Mataram di Jawa Tengah di bawah Dinasti Sailendra
telah mengancam Srivijaya hinggakan sejak tahun 775M kerajaan Srivijaya mula
diperintah oleh keturunan Sailendra dari Jawa itu.. Pada abad ke-8 hingga ke-10
M empayar Srivijaya telah berpecah menjadi negeri-negeri kecil. Pada akhir
abad ke-10M Srivijaya muncul kembali sebagai pusat perdagangan. Pada
tahun992M inilah Srivijaya menyerang Jawa untuk menguasai Selat Sunda.
Srivijaya telah berjaya menyekat kapal-kapal daripada singgah di Jawa. Dengan
itu Srivijaya dapat mengembalikan kuasanya ke atas bekas tanah jajahannya.
Kejayaan Srivijaya menguasai kerajaan-kerajaan lain memudahkannya
menguasai perdagangan di Asia Tenggara. Dasar perluasan kuasa telah
memberi keuntungan kepada Srivijaya kerana ia telah dapat memungut hasil
cukai daripada kapal-kapal yang belayar melalui Selat Melaka dan Selat Sunda.
Srivijaya juga menerima ufti daripada tanah jajahannya serta
mengawal/menguasai hasil keluaran dari kawasan pedalaman Sumatera dan
Tanah Melayu.Dengan barangan dagangan yang banyak, Srivijaya mampu
menarik ramai pedagang singgah di pelabuhannya. Untuk memantapkan
keselamatan negara dan kepentingan ekonominya, Srivijaya telah menjalin
hubungan baik dengan China dan India Selatan (Kerajaan Chola). Satu aspek
yang patut juga disentuh di sini yang menjadikan Srivijaya menjadi tumpuan
masyarakat Nusantara ialah kemunculannya sebagai pusat agama Buddha yang
bertaraf antara bangsa dan pusat bahasa sanskrit di Nusantara.

Kerajaan Srivijaya nampaknya tidak dapat bertahan selama-lamanya apabila


kerajaan ini tidak putus-putus dicabar dan digugat oleh kuasa-kuasa luar.
Serangan dari Kerajaan Chola di Selatan India pada tahun 1025M telah
melemahkan Srivijaya. Jajahan Srivijaya di Kedah, Panei, Langkasuka dan
Jambi telah dikuasai Raja Chola. Dengan kenaikan kerajaan Sukhotai , orang-
orang Thai memperluaskan kuasanya dengan menawan jajahan Srivijaya di
utara Semenanjung Tanah Melayu. Kebangkitan empayar-empayar Singhasari
dan Majapahit di Jawa Timur turut mengancam kegemilangan Srivijaya.
Palembang yang menjadi pusat pemerintahan Srivijaya telah ditawan Majapahit
pada tahun 1377M. Pukulan muktamad yang mempercepatkan kehancuran
Srivijaya ialah dengan perkembangan Islam di Nusantara. Menjelang akhir abad
ke-13 M kebesaran Srivijaya hanya tinggal sebagai tinggalan sejarah sahaja.

Kerajaan Majapahit (1292 -1528M) pada zaman kegemilangannya (1293 -1389)


telah mewujudkan satu empayar yang penting, luas dan berpengaruh di
Nusantara. Motif perluasan empayarnya adalah untuk menguasai perdagangan
Nusantara. Gajah Mada adalah Perdana Menteri kepada pemerintah Hayam
Wuruk (1350-1398M) yang berjasa dalam perluasan kuasa Majapahit. Kuasanya
meliputi Bali, Makasar, sebahagian Borneo, Temasik, Pahang, Selatan Sumatera
(termasuk Srivijaya) dan Sunda di Jawa Barat. Kejatuhan Srivijaya ke tangan
Majapahit membolehkan Majapahit menguasai jalan perdagangan di Selat
Melaka. Pedagang-pedagang dari Asia Tenggara, China, India dan Asia Barat
bertumpu ke Majapahit. Kematian Gajah Mada menjadi titik tolak keruntuhan
kerajaan Majapahit. Di samping faktor dalaman (ketiadaan pemimpin sehebat
Gajah Mada, rebutan kuasa), kebangkitan Melaka dan perkembangan Islam di
Nusantara khususnya kebangkitan Islam di Demak ( Jawa)turut membantu
kemerosotan Majapahit. Kerajaan Melayu Melaka yang sedang berkembang
mula menguasai jajahan Majapahit di Sumatera. Jajahan takluknya yang lain
mula membebaskan diri daripada kuasa kerajaan Majapahit. Kerajaan islam
Demak mula mengambilalih kekuasaan Majapahit di Jawa.

Kerajaan Funan Kerajaan ini dikatakan telah wujud sejak abad pertama Masihi
lagi di Kemboja.Ia didirikan oleh seorang Brahmin yang bernama Kaundinya
( ada pendapat mengatakan bahawa Kaundinya adalah orang luar, mungkin
datang dari India, Tanah Melayu atau pulau-pulau di sebelah selatan)). Inilah
negeri kuasa besar yang pertama dalam sejarah Asia Tenggara yang mempunyai
beberapa daerah taklukan dalam masa keagungannya (kerajaan Tun Sun, Tu-
kun, Ciu Cih/Cu-li, Langkasuka). Pemerintah Funan yang paling masyhur ialah
Fan Shih-man yang dikatakan telah menawan Indo-China, Siam, Langkasuka
dan utara Tanah Melayu. Ia merupakan negeri perniagaan laut yang terawal
sekali di Asia Tenggara yang mempelopori Srivijaya kemudian. Ibu kotanya yang
mula ialah Vyadhaputra dan bandar pelabuhannya ialah Go-Oc-Eo yang terletak
di Lembah Sungai Mekong. Tapak peninggalan pelabuhan itu menunjukkan
bukti-bukti tentang perhubungan lautnya dengan pantai Teluk Siam, Tanah
Melayu, Indonesia, India, Parsi dan Mediterranean. Pada ketika itu pelabuhan itu
terletak di tengah-tengah perjalanan laut yang sibuk iaitu di antara China dengan
Barat.Kerajaan ini ditewaskan pada akhir abad ke-6 oleh seorang ketua
pemberontak dari Chenla yang bernama Bhavavarman. Kerajaan Chenla ini
dianggap sebagai kerajaan pra-Angkor. Kerajaan Chenla dikalahkan oleh
Maharaja Indra (787-812), rajan Srivijaya dari keturunan Sailendra di Jawa.
Kerajaan ini menjadi jajahan Srivijaya selama 28 tahun hingga tahun 802M.

Kerajaan Angkor, Kejatuhan kerajaan Chenla menaikkan Kerajaan Angkor


dengan Jayavarman II (802 – 850M) di Barat Laut Kemboja sebagai rajanya
yang pertama (atas bantuan kerajaan Srivijaya). Ibu kota Angkor terletak di
Indraputra.Di kalangan raja-raja Angkor, Raja Suryavarman 1 (1002-1050),
seorang putera raja Tambralinga merupakan raja yang terkenal dengan
perluasan kekuasaan Kemboja. Semasa empayar ini di bawah pemerintahan
Suryavarman II, Angkor membentuk empayar yang luas ( 1113 – 1150 M).
Empayar angkor meluas hingga ke wilayah Mon di Lembah Menon dan
Tambaralinga di Selatan Thai. Empayar Angkor mencapai puncak kekuasaan
semasa diperintah oleh Jayavarman VII (1181 – 1218M). Champa dikuasainya
( 1203-1220M). Angkor juga meluaskan kuasanya ke atas Pagan di Myanmar.
Kerajaan Angkor mengalami kelemahan akibat migrasi orang-orang Thai dari
utara dan pukulan yang membawa kejatuhannya ialah serangan kerajaan
Ayuthya pada tahun 1432.

Kerajaan Sukhotai, Sebenarnya orang-orang Thai berasal dari wilayah Yunan,


China. Apabila kerajaan mereka, Nanchao ditakluki Mongol pada tahun 1253
mereka berpindah ke selatan. Perpindahan mereka ke selatan itu telah
menyebabkan penubuhan kerajaan Sukhotai dan melemahkan kerajaan
Kemboja. Pengasasnya ialah Rama Khamheng (1275-1317) , putera Sri
Indrachtya yang menakluki Sukhotai pada tahun 1238. Rama Khamheng telah
meluaskan kawasannya ke utara Tanah Melayu, Ligor dan Pattani. Kematian
Rama Khamheng menjadikan kerajaan Sukhotai menjadi lemah hinggalah
munculnya kerajaan Ayuthya pada tahun 1350.

2.3 Pembentukan Negara Bangsa

Kawasan kajian : Barat

Kandungan Kajian: Ciri-ciri negara bangsa Dan Proses dan


perkembangannya

Definisi Negara Bangsa (Nation State):

Negara Bangsa ialah entiti politik atau negara yang dibentuk dan didiami oleh
rakyat yang selalunya atau biasanya terdiri daripada mereka yang mempunyai
sejarah dan budaya yang sama, bertutur bahasa yang sama dan mempunyai
asal atau rumpun bangsa yang sama. Kedaulatan negara diasaskan kepada
hasrat atau kehendak rakyat yang telah bersatu di dalam negara-negara
tersebut. Bila satu kesatuan bangsa itu muncul sebagai negara
berdaulat/merdeka dan menubuhkan kerajaan sendiri, negara baru itu dikenali
sebagai negara bangsa. 400 tahun dahulu, peperangan merupakan antara
penyebab munculnya negara bangsa. Contoh yang jelas tentang kewujudan
negara bangsa ini ialah di Great Britain, Switzerland dan Kanada. Negara-negara
tersebut masing-masingnya mengandungi lebih daripada satu bangsa. Di
Kanada terdapat orang Kanada-Perancis dan Kanada-Inggeris. Orang Kanada-
Perancis bertutur menggunakan bahasa Perancis manakala orang Kanada-
Inggeris pula bertutur menggunakan bahasa Inggeris. Switzerland pula
mengandungi tiga bangsa dan menggunakan empat bahasa (Estonian, tatrian,
Ukranian, Uzbek). Negara bangsa telah menggantikan negara feudal, negara
kota dan empayar. Proses ini terus menerus berlaku. Sejak abad ke-17M banyak
negara menjadi negara bangsa di Eropah. Negara bangsa juga lahir dari
kesedaran kebangsaan atau nasionalisme. Melalui kesedaran di kalangan orang
yang serumpun dan mempunyai tradisi kebudayaan yang sama, mulalah timbul
perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat
yang mengutamakan kepentingan warganegaranya. Oleh kerana negara yang
ditubuhkan itu berasakan bangsa, maka negara tersebut sering disebut sebagai
negara bangsa. Walau bagaimanapun, sebelum kemunculan nasionalisme,
kekuatan kerajaan-kerajaan besar di Eropah tidak tertakluk kepada ciri-ciri
negara bangsa iaitu satu negara untuk satu bangsa.

2.4 Bentuk Pemerintahan

2.4.1 Beraja (Mesir, India, China dan Melayu)

Kandungan Kajian: i. Ciri-ciri pemerintahannya

ii. Persamaan dan perbezaannya

iii. Struktur

Definisi:

Beraja ialah sistem pemerintahan yang diperintah oleh raja dan biasanya secara
monarki dan mutlak. Pembentukan dan perluasan empayar telah menyebabkan
status seseorang raja itu meningkat daripada raja kepada maharaja seperti yang
berlaku di China semasa pemerintahan Dinasti Chin dan di India semasa
pemerintahan Dinasti Maurya. Republik ialah negara yang ditadbir oleh wakil-
wakil yang dipilih oleh rakyat.

Tamadun Mesir

Pada asalnya Mesir dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mesir Utara dan
Mesir Selatan.Pada tahun 3100 SM, Raja Menes telah menyatukan Mesir Utara
dan Mesir Selatan.Bagindalah merupakan pengasas dinasti Mesir purba dan
merupakan raja Mesir yang pertama.Dinasti pertama di Mesir ialah Dinasti
Thinite. Baginda telah mewujudkan sistem negara beraja dan dinasti di Mesir.
Memphis dijadikan ibu kotanya. Dalam sistem dinasti, raja-raja yang memerintah
Mesir berasal dari satu keluarga. Mesir telah diperintah oleh 30 buah dinasti
untuk kira-kira 3000 tahun yang dibahagikan kepada 3 zaman iaitu Kerajaan
Mesir Purba (3500 SM -2700 SM SM), Kerajaan Mesir Pertengahan (2400 SM –
1800 SM) dan Kerajaan Mesir Baru atau Empayar (1600 SM – 1000 SM).
Pemerintah Mesir atau raja-raja Mesir digelar ‘Firaun’ ( yang bererti Rumah
Besar). Firaun yang paling masyhur ialah Ramses II yang telah membina
empayar Mesir dan piramid yang besar. Begitu juga dengan Tutmose III dan
Amenhotep III dan IV. Firaun berada pada kedudukan teratas dalam
pemerintahan negara Mesir. Baginda memerintah secara mutlak dan menguasai
semua tanah dan air di Mesir..Firaun menguasai pentadbiran, ekonomi dan
angkatan tentera. Darjatnya begitu tinggi hinggakan dianggap sebagai anak
kepada ketua tuhan-tuhan atau anak tuhan Amon Re ( tuhan matahari). Rakyat
sangat menghormati dan mentaati Firaun.Rakyat dikenakan cukai dalam bentuk
barang seperti gandum,felek, lembu, kayu kayan, arak dan sebagainya. Dengan
cukai begitu rupa, Firaun memiliki gudang-gudang yang besar. Baginda menjadi
ketua agama dan ketua angkatan tentera. Baginda juga menggubal undang-
undang Di bawah Firaun ialah putera-putera yang berhakj menaiki takhta.
Mereka memiliki banyak harta dan kadang-kadang hampir sama banyaknya
dengan harta Firaun. Dalam urusan pentadbiran, baginda dibantu oleh golongan
bangsawan, gabenor (pegawai kerajaan) dan paderi. Golongan bangsawan
berkuasa penuh dalam daerah dan kuasa mereka kekal turun temurun. Kerajaan
Mesir dibahagikan kepada beberapa daerah dan ditadbir oleh pegawai kerajaan.

Tamadun India

Dalam tamadun awal India ( Tamadun Sungai Indus) yang bermula pada tahun
2500 SM, pemimpin adalah dari golongan pendeta dan berkuasa mutlak
( kerajaan bersifat teokrasi).Ini bermakna, India pada masa itu belum lagi
melaksanakan pemerintahan beraja. Semasa India diperintah oleh Dinasti
Maurya yang diasaskan oleh Chandragupta Maurya (321 SM), India
mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak dan secara monarki.Gelaran
raja bertukar menjadi maharaja apabila perluasan kuasa ke kawasan-kekawasan
sekitar dilakukan. Kerajaan ini kuat dengan bantuan 700,000 orang tentera yang
cekap tetapi tiada belas kesihan. Petani-petani dikenakan cukai yang berat di
bawah pengawasan pegawai-pegawai raja yang sangat zalim. Raja memerintah
dengan bantuan Majlis Penasihat. Empayar dibahagikan kepada 5 bahagian
atau wilayah dan setiap wilayah diketuai seorang wizurai. Kerajaan ini
mempunyai Pejabat Peperangan yang mengandungi 6 Jabatan dan
Perkhidmatan Perisik yang teratur. Pentadbiran awam termasuk Badan
Perdagangan, Jabatan Kerja, Badan Upah dan Pendaftaran kelahiran, kematian
dan pendapatan. Bandar-bandar dalam empayar Maurya ditadbir oleh satu
badan yang dibahagikan kepada 6 jawatankuasa dan dianggotai 30 orang ahli.
Ada ahli sejarah berpendapat, Chandragupta Maurya ini menjelankan sistem
pemerintahan awam untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara
dengan memperbaiki sistem keadilan dan pentadbiran.
Ketika India diperintah oleh Maharaja Asoka (273 SM atau 269 SM) , baginda
menjalankan pemerintahan dengan baik dan berperikemanusiaan berdasarkan
titah perintahnya yang diukir pada tiang-tiang batu di sepanjang jalan untuk
dibaca oleh rakyat. Semua orang diberi hak dan peluang yang sama dalam
pentadbiran.. Asoka sangat benci kepada kemusnahan, kekejaman dan
permusuhan. Baginda membawa semangat kemanusiaan baru di kalangan raja-
raja hasil dari ajaran agama Buddha yang bertindak atas rasa sensitif dan tidak
mementingkan diri sendiri.Beliau mengamalkan doktrin ‘Ahimsa’ yang melarang
perbuatan menyakiti atau melukai haiwan dan manusia. Asoka juga menjalankan
reformasi dalam pentadbiran melalui ‘Dharma-Mahamatra’. Sistem ini
memastikan pegawai-pegawai kerajaan di wilayah-wilayah melaksanakan tugas
berdasarkan arahan kerajaan pusat. Asoka memerintahkan gabenor-gabenor
dan pegawai-pegawainya supaya adil dan bersifat belas kesihan. Asoka juga
menyediakan rumah-rumah rehat, telaga dan pokok kayu untuk kemudahan
pengembara dan menyediakan rumah sakit bagi merawat orang dan haiwan
yang sakit. Semasa India di bawah pemerintahan raja-raja Gupta, kerajaan ini
juga tidak mengganggu kehidupan rakyat kecuali untuk membasmi jenayah,
tiada penganiaan terhadap agama. Hukuman bunuh jarang dilakukan.
Kebanyakan kesalahan yang dilakukan dikenakan hukuman denda.

Tamadun China

Semenjak tamadun awal China (tamadun Sungai Hwang Ho di bawah


pemerintahan Dinasti Shang dan Dinasti Chou) lagi China telah mengamalkan
sistem pemerintahan beraja mutlak secara monarki. Orang China percaya, Raja
diberi mandat oleh tuhan untuk mentadbir. Pada zaman Dinasti Shang dan Chou
raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkatan tentera. Pada masa itu China
mengamalkan sistem feudal. Zaman kemaharajaan yang paling gemilang ialah
ketika China diperintah oleh Shih Huang Ti (Dinasti Chin). Gelaran raja ditukar
menjadi maharaja semasa baginda memerintah China. Baginda menghapuskan
sistem feudal dan digantikan dengan sistem provinsi/wilayah (36 buah) yang
diketuai oleh gabenor..Maharaja dibantu oleh golongan birokrasi yang terdiri
daripada pegawai kerajaan. Maharaja Shih Huang Ti mengamalkan undang-
undang yang ketat. Undang-undang Dinasti Chin diperkenalkan oleh Han Fei
Tsu, seorang ahli falsafah. Beliau menegaskan bahawa tingkah laku manusia
hanya dapat dikawal melalui kekerasan dan undang-undang yang tegas.
Baginda menggelarkan diri baginda sebagai Maharaja Chin Pertama ( Shih
bererti pertama, Hwang Ti bererti maharaja) kerana ingin mengasaskan satu
dinasti yang berlainan dari pemerintah yang terdahulu ( sistem feudal).Baginda
mahu dirinya dipuja sebagai maharaja (sebelum ini raja dianggap sebagai wakil
‘Raja di Atas’). Oleh kerana baginda ada darah keturunan Tartar, baginda banyak
dibantu oleh tentera berkuda Tartar dalam usaha memperluaskan wilayah China.
Dalam masa sepuluh tahun, semua wilayah China tertakluk di bawah
pemerintahannya. Baginda juga melatih kumpulan penjahat menjadi askar
baginda.
Dalam menghadapi bahaya serangan pelanggar-pelanggar Tartar secara besar-
besaran, baginda telah membina tembok besar negeri China. Anehnya,, jasa
yang besar ini dikatakan oleh setengah-setengah ahli sejarah tidak menjadikan
orang China terhutang budi kepadanya kerana kesalahan yang dibuat oleh
baginda iaitu ‘pembakaran segala buku’. Dalam usaha menolak idea sarjana
China dalam hal-hal pentadbiran , baginda telah membakar buku-buku sejarah
dan falsafah yang mengandungi unsur-unsur politik dan membunuh 400 orang
sarjana pada tahun 213 SM kerana menganggap mereka ‘menyusahkan’
baginda. Bagi orang China peristiwa pembakaran itu dianggap sebagai peristiwa
pencabulan pusaka intelektual mereka. Semasa China diperintah oleh Dinasti
Han (206 SM – 220 SM) , Sistem Peperiksaan Awam bagi perlantikan pegawai-
pegawai kerajaan diamalkan. Sistem ini mengutamakan kebolehan seseorang
dan terbuka kepada semua rakyat yang layak. Di bawah pemerintahan dinasti
ini, pemimpin-pemimpin wilayah tidak diberi kuasa yang luas dan tidak
dibenarkan memiliki kekayaan yang besar. Tujuannya ialah supaya kerajaan
pusat menjadi teguh dan tidak dicabar. Dinasti Han mengutamakan undang-
undang yang berasaskan ajaran Confucius. Pengasas dinasti ini iaitu Liu Pang
memperkenalkan satu Hukum Kanun yang menekankan bahawa hukuman
bunuh ialah bunuh, hukuman mencederakan orang ialah dicederakan dan
hukuman mencuri ialah dibayar denda sebanyak yang dicurinya. Jika
dibandingkan dengan Dinasti Chin, Dinasti Han ini melaksanakan pemerintahan
yang kurang ketat. Baginda melonggarkan sistem kerahan buruh dan
menggantikan undang-undang China yang berat dan zalim dengan hukuman
yang ringan.

Tamadun Melayu

Di Alam Melayu, sistem pemerintahan berajanya merupakan campuran sistem


tempatan dengan pengaruh Hindu dan Buddha. Raja adalah ketua kerajaan
yang mengamalkan kuasa mutlak. Raja berkuasa membuat undang-undang dan
menjatuhkan hukuman. Raja dianggap oleh rakyatnya sebagai dewa (atau
dewaraja) atau tuhan di muka bumi. Rakyat tidak boleh mempersoalkan tindak
tanduk raja. Raja dibantu oleh para pegawai dalam pentadbiran negara.
Perlantikan para pegawai secara berangka seperti Pembesar 4, Pembesar 8,
Pembesar 16 dan Pembesar 32 dipengaruhi oleh astrologi Hindu. Begitu juga
dengan sistem pewarisan pemerintahan berasaskan keturunan dipengaruhi oleh
agama Hindu. Pengaruh Hindu ini semakin jelas dalam adat istiadat pertabalan
raja,penggunaan alat-alat pertabalan seperti pedang dan rantai yang digunakan
oleh tuhan-tuhan orang Hindu. Raja memainkan peranan aktif dalam bidang
ekonomi. Raja menguasai sumber-sumber ekonomi utama seperti pungutan
cukai, tenaga buruh dan aktiviti perdagangan. Raja menggunakan golongan
Brahman (sami Hindu) untuk menonjolkan kekuatan dan keistimewaannya
menerusi cerita dongeng, legenda dan metos. Undang-undang dipengaruhi oleh
Kod Manu dan Dharmasastra. Sistem tataurus negarapula dipengaruhi oleh
karya Arthasastra.
Kita boleh lihat contoh sistem pemerintahan beraja ini dalam kerajaan Angkor
dan Srivijaya. Dalam sistem pentadbiran Kerajaan Angkor, raja dianggap sebagai
dewaraja. Raja menjadi ketua negara dan ketua tentera. Raja mempunyai kata
pemutus dalam hal perundangan.Raja dibantu oleh sebuah majlis menteri ( yang
terdiri daripada para menteri, pemimpin tentera dan hakim), gabenor wilayah,
ketua daerah dan ketua kampung. Para pegawai tinggi dikehendaki mengambil
peperiksaan kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan ilmu pengetahuan.
Dalam sistem pentadbiran Kerajaan Srivijaya pula, raja juga berkuasa mutlak
dan dianggap sebagai dewaraja. Dalam pentadbiran negara, raja dinasihati oleh
sebilangan menteri. Pentadbiran Kerajaan Srivijaya terbahagi kepada 3 jenis
pentadbiran iaitu pentadbiran diraja, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran
daerah. Pentadbiran diraja tertumpu kepada pentadbiran pusat (seperti bidang
kehakiman, pengutipan cukai dan hukuman). Pentadbiran ketenteraan diketuai
oleh seorang panglima bergelar pratisava. Pentadbiran daerah pula diketuai oleh
datu yang bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah, kebajikan rakyat, memupuk
kesetiaan rakyat kepada pemerintah dan menjatuhkan hukuman ke atas
penentang kerajaan. Kerajaan Kedah Tua juga mengamalkan sistem
pemerintahan beraja. Raja dibantu oleh menteri dalam mentadbir negara. Setiap
daerah diketuai oleh pembesar.

2.4.2 Republik ( Yunani dan Rom)

Tamadun Rom

Konsep republik di Rom bermaksud sebuah kerajaan yang rakyatnya memilih


wakil untuk melulus dan melaksanakan undang-undang. Sebelum tahun 509 SM,
Rom diperintah oleh raja-raja Etruscan yang zalim dan tidak
berperikemanusiaan. Justeru itu orang Rom telah memberontak dan
mewujudkan sebuah kerajaan bercorak republik. Kerajaan republik Rom terdiri
daripada Konsul, Dewan Senat dan dewan Perhimpunan/Centuriate. Dalam
republik Rom, dua orang konsul dilantik untuk memerintah negara. Perlantikan
dua orang konsul ini bertujuan menjamin kedaulatan dann kebajikan rakyat dan
mengelakkan salah seorang daripada konsul ini mempunyai pengaruh yang lebih
kuat. Mereka merupakan ketua eksukutif negara dan dilantik untuk tempoh
setahun. Konsul ini pula dibantu oleh satu majlis yang dikenali sebagai senat
yang dianggotai oleh golongan bangsawan yang dilantik oleh konsul dan semua
bekas konsul. Tugas utamanya ialah menasihat konsul dan menguruskan hal
ehwal luar negeri. . Dewan Senat pula dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang
dianggotai oleh semua rakyat Rom. Dewan Perhimpunan mempunyai kuasa
yang terhad. Dalam Dewan Perhimpunan ini , rakyat Rom berkumpul dan
mendengar laporan tentang perkara yang telah dibincangkan dalam Dewan
Senat. Fungsi Dewan Perhimpunan hanya meluluskan atau mengesahkan
undang-undang yang diputuskan oleh Dewan Senat. Dalam republik Rom, wujud
juga diktator. Semasa perang atau krisis, diktatorlah yang menjalankan tugas
konsul. Tempoh perlantikannya tidak melebihi 6 bulan. Menurut Undang-undang
Rom ( Papan Dua Belas), semua orang adalah sama di sisi undang-undang.
Seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan. Pemerintahan
bercorak republik tidak mempunyai raja dan pada masa yang sama juga boleh
mengamalkan prinsip demokrasi. Hari ini, negara-negara yang mengamalkan
kerajaan bercorak republik ini ialah Perancis dan India yang diketuai oleh
seorang presiden yang dipilih oleh rakyat. Beberapa konsep politik yang
digunakan sehingga hari ini seperti senat, veto, diktator dan censor adalah
warisan daripada Rom.

Tamadun Yunani

Yunani mengamalkan sistem pemerintahan monarki sehingga tahun 750 SM.


Menjelang tahun 750 SM raja digulingkan dan Athens diperintah menerusi Majlis
Bangsawan. Pegawai utama ialah Ketua Majistret yang dipilih setiap tahun
daripada golongan bangsawan. Solon (Ketua Majistret) menubuhkan Majlis
Empat Ratus, Perhimpunan Agung dan Mahkamah Agung. Semua warganegara
lelaki yang berumur 18 tahun ke atas merupakan ahli Perhimpunan Agung yang
berfungsi sebagai badan perundangan. Kuasa menjatuhkan hukuman berada di
tangan sekumpulan warganegara iaitu juri. Pemerintahan Yunani adalah
berdasarkan sistem demokrasi.

2.5: Pentadbiran

Kawasan Kajian : Mesopotamia, Mesir, Arab, Graeco-Roman, India, China,


Melayu dan Barat.

Kandungan kajian: i. Ciri-ciri pentadbiran

ii. Persamaan dan perbezaannya

iii.Struktur

Dalam tamadun awal, pentadbiran sesebuah negara itu boleh dalam bentuk
pentadbiran pusat (dikawal oleh pusat pemerintahan) dan pentadbiran wilayah
(ditadbir oleh ketua wilayah). Pentadbiran wilayah itu wujud apabila berlaku
perluasan kuasa atau empayar. Sesebuah negara yang besar seperti China,
India dan Rom mempunyai banyak wilayah yang diperolehi melalui dasar
perluasan kuasa dan kemudian menyatukan wilayah-wilayah tawanan itu di
bawah satu pemerintahan. Bagi negara yang menjalankan kuasa mutlak seperti
China mampu mengawal dan menjalankan pentadbiran berpusat manakala Rom
yang begitu luas empayarnya hingga menjangkau ke seberang Laut
Mediterranean tidak mampu mengawal sepenuhnya dari kerajaan pusat telah
menyerahkan pentadbiran kepada gabenor-gabenor yang dilantik.

Tamadun Mesopotamia

Mesopotamia agak berbeza dengan Mesir dari segi pentadbirannya. Setiap kota
dalam Mesopotamia mempunyai kerajaan yang berasingan dengan
pemerintahannya sendiri. Setiap negara kota di Mesopotamia mempunyai
peraturan dan undang-undang tersendiri. Pada peringkat tamadun awal,
pentadbiran Mesopotamia bersifat teokrasi. Setiap negara kotanya mempunyai
seorang raja yang dibantu oleh seorang ketua agama dan gabenor. Pada tahun
2340 SM Sargon telah menyatukan beberapa buah negara kota di Mesopotamia
di bawah satu pemerintahan. Di bawah pemerintahan Sargon, beliau
menjalankan dasar perluasan wilayah hingga ke selatan dan berjaya menguasai
dataran Mesopotamia, Laut Mediterranean, Teluk Parsi, Amorite dan Elam. Bagi
mengendalikan sebuah empayar yang besar, Sargon mengiktiraf pemerintah
tempatan dengan syarat mereka mesti setia kepadanya. Empayar dibahagikan
kepada beberapa daerah yang diperintah oleh gabenor berketurunan Sumeria
dan Semitik. Hammurabi (1792-1750 SM) pula telah menyatukan seluruh lembah
Tigris-Euphrates di bawah satu empayar.

Tamadun Mesir

Di Mesir pula pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan wilayah.


Rajanya yang dipanggil Firaun itu mempunyai kuasa mutlak dan memerintah
dengan kuku besi.serta berhak sepenuhnya ke atas tanah dan air di Mesir.
Rakyat dipaksa patuh kepada Firaun dan memaksa rakyat membayar cukai.
Kerajaannya terbahagi kepada beberapa daerah yang ditadbir oleh pegawai-
pegawai kerajaan bagi menyenangkan pentadbiran. Setiap daerah diketuai oleh
seorang gabenor yang terdiri daripada golongan bangsawan yang bertugas
sebagai pengutip cukai dan menjadi hakim. Golongan bangsawan itu mewarisi
jawatan tersebut secara turun temurun. Kuasa mereka terhad dan dikawal oleh
Firaun.

Tamadun Arab

Di negara Arab, pentadbirannya jelas sekali berbentuk pentadbiran pusat. Ini


dapat dilihat dalam pemerintahan kerajaan Yaman dan Hijaz. Di Yaman, kerajaan
yang paling terkenal ialah Kerajaan Saba’ (955SM-115SM). Pusat pemerintahan
kerajaan ini di Sarwah yang kemudian dipindahkan ke Ma’rib. Kerajaan ini
terkenal dengan sistem pemerintahan bercorak demokrasi. Kerajaan ini didokong
oleh rakyat yang kuat dan berani Kerajaan ini menjadi masyhur semasa
pemerintahan Ratu Balqis. Sistem pemerintahannya amat teratur dan hak politik
diberi kepada semua golongan termasuk hamba.. Saba’ ada melakukan usaha-
usaha penaklukan ke atas kawasan sekitar tetapi kerajaan ini tidak .begitu
terkenal sebagai kuasa penakluk. Selepas kerajaan Saba’ jatuh, kerajaan di
Yaman ini diganti oleh Kerajaan Himyar(115SM-525TM). Kerajaan Himyar lebih
mementingkan usaha-usaha perluasan kuasa.Ia bukan sahaja menjajah
kawasan sekitar bahkan menguasai jajahan-jajahan Parsi seperti Iraq dan
Khurasan serta kawasan-kawasan yang berhampiran dengan Sungai Jihun da
membina bandar Samarqand. Secara umumnya, kerajaan-kerajaan di Yaman
lebih menekankan pemerintahan berpusat kerana mempunyai raja yang kuat
untuk menguasai seluruh kawasan pemerintahannya dan mempunyai sokongan
yang kuat daripada pembesar-pembesarnya.. Kerajaan Hijaz di Arab Tengah
yang tidak mempunyai kawasan taklukan lebih merupakan kerajaan berpusat
yang diperintah oleh kabilah. Kabilah yang mula-mula memerintah Mekah ialah
puak Amaliqah, diikuti oleh puak Jurhum dan Quraisy. Semasa pemerintahan
Quraisy, pentadbiran Mekah begitu teratur dengan penubuhan beberapa buah
jabatan dengan fungsi-fungsi tersendiri. Kerajaan-kerajaan di Arab Utara lebih
merupakan kerajaan penampan Rom dan Parsi (ditubuhkan oleh Rom dan Parsi
untuk kepentingan masing-masing ). Kerajaan-kerajaan seperti Kerajaan
Ghassan, Hirah, Nabatean dan Anbar dikawal oleh Rom dan Parsi.

Tamadun Graeco-Roman

Bagi negara Graeco-Roman (gabungan Rom, Etruscan dan Yunani) , sebelum


menjadi sebuah republik iaitu ketika diperintah oleh raja , sistem pentadbirannya
adalah berpusat yang dikatakan begitu berkesan , berlanjutan hingga berpuluh-
puluh keturunan dan bangsa dengan bahasa-bahasa yang berlainan. Kerajaan
Rom telah mengasaskan undang-undang yang dikenali sebagai Kod Undang-
undang Rom yang diasaskan pada zaman Justinian. Rakyat disatukan di bawah
undang-undang ini dan tidak terdapat diskriminasi tindakan undang-undang
terhadap pesalah. Apabila negara ini mula membentuk empayar, kawasannya
menjadi sangat luas iaitu sehingga merangkumi sebahagian besar kawasan laut
Mediterranean. Oleh itu setiap daerah di bawah Rom diletakkan gabenor untuk
mentadbir wilayah tersebut. Pada zaman pemerintahanAugustus, beliau telah
memperkemaskan pentadbiran sebaik sahaja menjadi pemerintah dengan
mewujudkan lebih banyak jabatan. Augustus menggantikan gabenor-gabenor
wilayah yang tidak menjalankan tugas dengan baik dengan pegawai-pegawai
yang dilantik oleh maharaja dan bertanggungjawab terus kepada gabenor.
Sesungguhnya Augustus mewujudkan satu sistem birokrasi yang cekap di
merata Eropah. Bukan semua wilayah Rom diletakkan secara langsung di bawah
pentadbiran Augustus dan agen-agennya. Wilayah yang tidak memerlukan
perhatiannya di biarkan di bawah pentadbiran pegawai-pegawai rasmi negeri.
Pentadbiran augustus boleh dibahagikan kepada 3 bentuk pentadbiran iaitu
peranan maharaja, pentadbiran di peringkat wilayah dan pentadbiran munisipal.

Pentadbiran wilayah terletak di bawah gabenor. Mereka berkhidmat sebagai


prokonsul dan dibantu oleh beberapa orang pegawai bawahan. Perlantikan
direstui oleh senat. Namun begitu, kuasa mutlak masih tetap di tangan Augustus.
Di bawah pentadbiran wilayah ini, wang yang diterima dari pusat diagihkan
kepada tentera (legion), pasukan tentera tambahan wilayah dan pencen juga
diberikan kepada tentera bersara. Wang ini berpunca daripada perbendaharaan
khas yang ditadbir oleh Augustus dan sebahagiannya pula daripada hartanya
sendiri dan cukai awam. Satu lagi sumbangan penting augustus ialah
tindakannya selalu menghantar tentera untuk membina jalan dan jambatan. Dia
juga menempatkan sebuah angkatan kecil untuk mengawal perairan daripada
ancaman lanun. Di negeri-negeri tertentu yang dijajah, kuasa pentadbiran
tempatan dikekalkan. Di Asia Kecil umpamanya, mengekalkan sistem negara
penampan dan kerajaan-kerajaan naungan tidak menimbulkan masalah. Dasar-
dasar Augustus menyebabkan dia mula disembah bagaikan tuhan di merata
empayarnya. Di semua wilayah termasuk Greek, Asia Kecil, Syria dan kawasan-
kawasan lain didirikan patung yang menyerupai Augustus bersama-sama
dengan tuhan-tuhan lain. Kedudukan Augustus disamakan dengan tuhan-tuhan
tradisi Rom. Bagi pentadbiran munisipal pula, dua unit pentadbiran tempatan
yang penting iaitu civitas dan villa diwujudkan. Civitas adalah sebuah pusat
pentadbiran bandar yang menikmati kebebesan kerajaan sendiri, manakala villa
pula adalah estet golongan bangsawan. Kebanyakan pentadbir kerajaan adalah
daripada golongan bangsawan villa.

Tamadun India

India pada zaman tamadun awal mengamalkan sistem teokrasi. Setiap negara
kota diketuai oleh pendeta yang berkuasa mutlak. Tugas pemerintah ialah
mengawal pembinaan , menetapkan piawai timbangan dan ukuran, mengawal
sistem tulisan, bentuk bangunan dan pola jalan-jalan raya. India memasuki
zaman empayar ketika diperintah oleh Dinasti Maurya. Dinasti Maurya dan
Gupta merupakan dua buah pemerintahan yang terkenal dalam sejarah India
purba. Dinasti Maurya (324 SM –185SM) merupakan dinasti yang unik dan
empayar yang pertama di India. Dinasti ini diasaskan oleh Chandragupta Maurya
pada tahun 322SM. Pusat pemerintahannya bertempat di Pataliputra. Dalam
sejarah kerajaan Maurya terdapat 8 orang raja yang memerintah empayar itu. Ia
bermula dengan Chandragupta Maurya (322-289SM) dan berakhir dengan
Brihadratha (191-184SM). Walau bagaimanapun, raja yang paling masyhur ialah
Chandragupta Maurya dan Asoka. India mengamalkan pemerintahan
pusat.ketika di bawah pemerintahan Dinasti Maurya terutamanya ketika di bawah
pemerintahan Asoka. Dinasti Maurya memberi sumbangan yang besar kepada
India dalam menyatukan kawasan-kawasan yang berpecah belah. Chandragupta
Maurya telah menyatukan India Utara dan India Selatan melalui
penaklukan.,Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya ialah Afghanistan,
Pakistan dan kawasan Indus. Pengganti Chandragupta Maurya iaitu Binduasara
telah berjaya memasukkan Deccan ke dalam empayar Maurya. Asoka pula telah
berjaya menyatukan Kalinga di dalam empayar Maurya. Ini merupakan proses
pemusatan kuasa yang paling berjaya dalam sejarah tamadun India.Empayar
India dibahagikan kepada beberapa wilayah yang dipimpin oleh wizurai. Asoka
menjalankan reformasi dalam pentadbiran melalui ‘Dharma-Mahamatra’.
Menurut sistem ini, pegawai kerajaan di wilayah-wilayah melaksanakan tugas
mengikut arahan pusat.
Empayar Maurya merupakan sebuah empayar yang cekap dan tersusun. Raja
merupakan ketua pentadbir kerajaan. Raja juga merupakan ketua hakim,
penasihat dan penggubal undang-undang dan juga ketua tertinggi angkatan
tentera dan kuasa raja tidak terhad. Beliau melantik penasihat-penasihat untuk
dijadikan pembantu dalam pentadbiran. Di samping itu wujud juga Majlis Menteri.
Beberapa jabatan diwujudkan yang diketua seorang penagawas. Di samping itu
terdapat kelas-kelas pegawai penting yang akan membantu raja semasa berlaku
hal-hal kecemasan. Kelas pegawai ini dikenali sebagai Mantri atau Mantri
Parishad. Terdapat juga badan-badan (Mikaya) yang tediri daripada pegawai-
pegawai yang terlatih yang mengendalikan hal ehwal pentadbiran biasa. Kelas
pegawai tersebut ialah Pegawai Daerah (Agronomi), pesuruhjaya bandaran
(Astynomi) dan badan-badan yang mengendalikan hal ehwal ketenteraan.
Pegawai daerah bertanggungjawab dalam memungut cukai, mengukur tanah,
mengawasi kerja-kerja pengairan, mengawal paras-paras air, krja-kerja
pendaftaran kelahiran dan kematian, mengawasi pengeluaran barang-barang
perdagangan, penipuan dalam perdagangan, urusan denda dan hal ehwal orang
asing. Oleh kerana tanah jajahan Dinasti Mauryam sangat luas, maka
Chandragupta Maurya telah melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir wilayah.
Beliau telah membahagikan empayar Maurya kepada 4 buah wilayah penting
iaitu Barat Laut, Barat Kalinga dan Selatan. Setiap wilayah diletak seoran wizurai
yang biasanya terdiri daripada putera-putera raja. Wilayah itu dipecahkan pula
kepada beberapa kawasan tertentu. Pada peringkat ini ia ditadbir oleh gabenor
(Mahatmatra). Kawasan itu dipecahkan pula kepada beberapa daerah yang lebih
kecil. Daerah itu dipecahkan lagi kepada beberapa kampung. Ketua kampung
ialah penghulu (gramini) yang dibantu oleh dua orang pegawai iaitu ‘accountant’
dan ‘tax collector’. Pegawai di peringkat atas dipanggil stanika yang mengawasi
sepertiga daerahnya. Samadharti merupakan pengawas kepada stanika. Di
samping itu ditubuhkan juga pasukan khidmat rahsia yang menjadi agen-agen
kepada raja. Ahli-ahlinya terdiri daripada askar-askar pelopor rahsia dan juga
para hakim yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memastikan
rakyat setia kepada raja tanap pemberontakan. Kejatuhan Dinasti Maurya tahun
185SM diganti oleh Dinasti-dinasti Sungas,Kanva dan Andra yang menyaksikan
kekacauan politik dan keruntuhan perpaduan rakyat selama 5 abad. Selepas itu
barulah muncul Dinasti Gupta. Dinasti Gupta diasaskan oleh Chandragupta pada
tahun 320SM dengan ibu kota Pataliputra. Empayar ini terletak di tebing sungai
Ganges. Empayar ini telah menyatukan semula bahagian utara India.
Samudragupta , pengganti chandragupta telah meluaskan empayar Gupta ke
Barat hingga ke Sungai Indus dan ke selatan hingga ke Deccan.

Tamadun China

Di China pembentukan kerajaan Shang adalah dari beberapa buah kerajaan


kecil di Lembah Sungai Hwang Ho. Raja Shang berjaya meluaskan wilayah
beliau dari kawasan Steppe di China Utara ke lembah yang-Tze di China
Selatan..Dinasti Shang mengamalkan pemerintahan pusat. Rajanya yang
berkuasa mutlak itu mengawal pentadbiran dari ibu kotanya di Anyang Padaq
zaman Dinasti Chou, sistem feudal diperkenalkan. Pemerintahan beraja ini
dikuasai oleh golongan bangsawan. Kaum bangsawan ini diberi kuasa mutlak
memerintah kawasan masing-masing. Pembesar dan orang bangsawan
memusatkan kuasa kepada sebuah bandar. Semua pembesar menjadi tuan
tanah atau pemegang tanah. Mereka mewujudkan sistem birokrasi dengan
menubuhkan jabatan-jabatan seperti kewangan, undang-undang dan pasukan
bersenjata bagi memudahkan pentadbiran.. Mereka dikehendaki memberi taat
setia dan mereka terpaksa berkhidmat untuk kerajaan mereka. Umpamanya
mereka patut mengikuti raja pergi berperang, menjaga sempadan, membiayai
cukai dan mengurus tenaga buruh supaya buruh dapat menjadi askar dalam
masa perang dan bekerja dalam projek-projek umum dalam masa aman. Raja
pula bertugas mengawal dan menyokong pembesar-pembesar di luar pusat
pemerintahan dan pembesar-pembesar dikatakan pelindung-pelindung bagi raja.
Ini bermakna bahawa raja harus menolong wakil-wakil atau pembesar-pembesar
dalam kes-kes mereka diserang musuh. Kuasa politik raja berdasar kepada
kuasa agamanya. Pergaduhan antara pembesar-pembesar sering berlaku
kerana ingin memperluaskan kuasa.

Semasa China diperintah oleh Dinasti Chin (221SM-206SM) yang terletak di


Sungai Wei itu iaitu semasa diperintah oleh Shih Huang Ti, negara China telah
muncul sebagai sebuah empayar. Pemerintahannya bercorak autokratik dan
mengikut unsur-unsur legalisme (berdasarkan konsep bahawa rakyat mesti
diperintah dengan tegas dan mutlak). Beliau telah menubuhkan ibu kota di Siang
Yang dan memulakan sistem pemerintahan berpusat iaitu meletakkan semua
kuasa negeri di bawah kerajaan pusat dan menghapuskan sistem feudal. Pada
teorinya, Maharaja Chin mempunyai kuasa tertinggi kerana beliau dianggap
sebagai anak syurga. Kuasanya tidak terbatas kerana tidak boleh mengatasi
undang-undang atau kuasa yang lain. Beliau merupakan maharaja China yang
pertama berjaya menyatukan negeri China daripada keadaan berpecah belah.
Caranya ialah dengan menyerang dan menawan kerajaan-kerajaan yang
berpecah belah itu dan diletakkan di bawah kekuasaannya. Shih Huang Ti
menubuhkan satu sistem kerajaan berdasarkan kepada undang-undang
sejagat/legalisme. Akibatnya, undang-undang di negeri China adalah keras iaitu
melalui sistem pengurniaan dan hukuman. Semua pegawai dalam negeri
bertanggungjawab kepada maharaja. Raja melantik wakil untuk mentadbir
kerajaan.

Penasihat utama maharaja terdiri daripada Canselor (ketua pusat pentadbiran),


Marshall (bertanggungjawab dalam hal ehwal tentera) dan Recoder (setiausaha
maharaja). Pusat pentadbiran Chin mengandungi 9 buah jabatan menteri.
Kerajaan tempatan terdiri daripada bandar dan kampung. Pusat pentadbiran
menguruskan kerajaan tempatan. Laporan dihantar ke ibu kota . Cara
pemerintahan Dinasti Chin yang keras membuatkan rakyat memberontak
selepas kematian Shih HuangTi. Liu Pang iaitu pemimpin pemberontakan telah
menubuhkan Dinasti Han pada tahun 206SM. Pemerintahannya selama 4 abad
itu berperanan menyatukan China dengan melakukan perubahan-perubahan
sosial, ekonomi, pentadbiran, ideologi dll. Kekuasaannya meliputi sehingga ke
bahagian sempadan dengan Barat dan India. Semasa Shih Huang Ti
memerintah China, beliau telah membahagikan negara kepada 40 buah wilayah
kecil yang diperintah oleh keluarga dan askar-askar yang berjasa kepadanya.
Gabenor yang dilantik mengetuai wilayah itu dikawal dari pusat pemerintahan
oleh raja. Di pusat ia telah membentuk sebuah badan pemerintahan yang
kakitangannya terdiri dariapda pegawai-pegawai. Semasa China diperintah oleh
Dinasti Han pula, pada awal pemerintahan Liu Pang (atau gelarannya Kao Tsu),
beliau telah memdapat sokongan politik daripada pemimpin tentera melalui
proses feudalisme. Sistem ini telahpun dihapuskan oleh Dinasti Chin tetapi ia
muncul semula di kalangan pengikut-pengikut dan keluarga Liu Pang. Beliau
menubuhkan semula sistem tanah feudal dan dalam sistem itu beliau mencipta 8
buah kaunti(county), principaliti (kerajaan-kerajaan kecil) dan kemudian memberi
prinsipaliti tersebut kepada penyokong-penyokong yang mempunyai kuasa yang
lebih besar. Beliau telah membina ibu kota yang baru di Changan kerana ibu
kota di Siang Yang telah dimusnahkan oleh pemberontak Chin selepas kematian
Shih Huang Ti. Di bawah Liu Pang dan pengganti-penggantinya terutamanya di
bawah Wu Ti sistem pemusatan Han dan pusat pentadbiran lebih kuat daripada
pentadbiran di bawah Chin. Pemimpin-pemimpin wilayah tidak diberi kuasa yang
luasdan tidak dibenarkan memiliki kekayaan yang besar. Tujuannya ialah supaya
kuasa pusat menjadi teguh dan tidak dicabar.

Dalam kerajaan Han, pentadbiran pusat diketuai oleh Censelor. Censelor


merupakan Ketua Pegawai Pentadbir dan di sebahagian kawasan, dia adalah
pemerintah yang mutlak. Censelor mengetuai kakitangan di ibu kota dan
pegawai-pegawai wilayah yang mengetuai hal ehwal pentadbiran dan
melaporkan kegiatan mereka kepada Ketua Censelor. Di bawah Censelor
terdapat seorang Marshall atau Ketua Komandan . Ketua Komandan adalah
pegawai tentera sementara. Di bawah Marshall terdapat Ketua Censelor. Di
peringkat bawahan terdapat 9 orang menteri yang ditugaskan dalam bidang-
bidang tertentu. Pentadbiran tempatan diawasi oleh kerajaan pusat. Ini
termasuklah dalam soal perlantikan pegawai dan pemindahan ketua-ketua
pegawai. Pegawai-pegawai yang memerintah dikehendaki menghantar laporan
tahunan ke atas kaunti yang berada di bawah pengawasannya. Maharaja Han
juga meneruskan sistem perkhidmatan awam berdasarkan kepada sistem
peperiksaan umum dan usaha mengambil serta melatih pegawai-pegawai baru.

Tamadun Barat

Di Barat ( Eropah), zaman pertengahan ( yang bermula pada kurun kelima


Masihi iaitu selepas keruntuhan empayar Rom) yang berlangsung selama kira-
kira 1,000 tahun menampakkan satu zaman gelap. Pada ketika itu Eropah
mengalami perpecahan politik. Raja dan golongan bangsawan adalah golongan
pemimpin. Setiap golongan bangsawan mempunyai wilayah sendiri dan
berkuasa ke atas rakyat biasa yang tinggal di wilayahnya itu. Sekitar tahun 1500
M, zaman pertengahan berakhir dan zaman Eropah Moden mengambil tempat.
Pada masa ini muncul beberapa orang raja yang dikenali sebagai golongan
Monarki Baru. Bagi mewujudkan unit politik yang utuh, pemerintah harus
mengawal golongan pentadbir, bangsawan, tentera. Menjelang pertengahan
kurun ke-15, kerajaan bentuk baru mula wujud di Eropah Barat. Raja sesebuah
negara bangsa memantapkan kedudukannya melalui golongan pentadbir (yang
dilantik dan diberi gaji), tentera tetap (tentera upahan) dan sistem cukai yang
berkesan.

Tamadun Melayu

Di Alam Melayu pentadbiran dijalankan melalui pentadbiran pusat dan


wilayah. Ini ternyata dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu di Tanah
Melayu.(kecuali Negeri Sembilan) yang diwarisi dari sistem politik
Kesultanan Melayu Melaka. Unit politik yang terbesar ialah negeri yang
diketuai oleh raja/sultan. Apabila sesebuah negeri itu meluaskan
empayarnya seperti kerajaan Melayu Melaka, Srivijaya, Majapahit dan
Acheh, negeri dibahagikan kepada beberapa jajahan/daerah yang diketuai
oleh para pembesar. Pembesar diberi hak memerintah oleh raja. Tugas
mereka ialah menjaga keamanan wilayah pentadbirannya dan mengutip
cukai daripada penduduk di wilayahnya. Sebahagian cukai itu diserahkan
kepada raja. Wakil raja yang memerintah di wilayah jajahan dikehendaki
memberi taat setia kepada raja.Bagi wilayah-wilayah yang jauh dari pusat
pentadbiran, kuasa mentadbir diberi kepada pemerintah tempatan tetapi
kesetiaan dan mematuhi perintah raja di pusat pentadbiran hendaklah
diberikan.

Di Melaka, ketua pentadbir ialah sultan. Pentadbiran bagi tanah jajahan


Melaka ialah ‘raja’ atau ‘pemerintah’ kawasan itu sendiri yang memerintah
dengan restu istana Melaka. Mereka mengakui kedaulatan raja Melaka
selepas negeri mereka dikalahkan. Kawasan yang ada hasil bijih timah,
Mandulika dilantik menjadi pentadbir dan bertanggungjawab terus kepada
raja Melaka. Kawasan taklukan Melaka diberi kuasa hak memerintah, kuasa
undang-undang, kuasa awam dan jenayah dan kuasa peraturan dan adat
tempatan masing-masing. Walau bagaimanapun untuk hukuman bunuh, ia
tetap di tangan raja Melaka.

Srivijaya juga diketuai oleh seorang raja yang berkuasa mutlak. Raja
dibantu oleh sebilangan pembesar dalam pentadbiran negara. Di sini,
pentadbiran diraja tertumpu kepada pentadbiran pusat seperti bidang
kehakiman, pengutipan cukai dan hukuman. Pentadbiran daerah pula
diketuai oleh datu. Beliau bertanggungjawab bagi hal ehwal tanah,
kebajikan rakyat, memupuk kesetiaan rakyat kepada raja dan menjatuhkan
hukuman ke atas penentang kerajaan.
Tema 3 : Ketahanan dan Pertahanan

Kawasan Kajian: Mesopotamia, Mesir, Arab, Graeco-Roman, India, China,


Melayu dan Barat

Aspek yang dikaji:

3.1 Konsep: Konsep Ketahanan Dan Konsep Pertahanan

Berdasarkan contoh amalan dalam Tamadun Mesopotamia, Mesir, Arab,


Graeco-Roman, India, China, Melayu dan Barat tunjukkan bagaimana
ketahanan diri dan fizikal dicapai melalui latihan dan amalan menguatkan
mental dan psikologi dan fizikal serta peralatan senjata tentera (Tamadun
Yunani – melalui sukan/olimpik, Rom – gladiators, lumba kuda dll)

3.2 Organisasi

Tunjukkan jenis organisasi yang wujud di dalam satu-satu tamadun dalam


aspek pertahanan (Rom – ‘legions’, Viking – perahu, Norman – ‘knights’
dll , Srivijaya – Orang Laut)

Tunjukkan taktik dan strategi pertahanan dan peperangan ( Rom –


testudo (kura-kura), China – (The Great Wall)Huraikan ciri-ciri tentera
dalam satu-satu tamadun (Rom –‘legions’, Norman –‘knights’,
tentera bergajah dll)

3.1 Konsep

Ketahanan: Ketahanan ertinya ketabahan , kecekalan dan kesabaran dalam


menghadapi sebarang ancaman dan dugaan serta tidak mudah luntur dalam
perjuangan. Ketahanan terdiri daripada ketahanan rohani/spiritual dan
ketahanan fizikal. Ketahanan rohani/spiritual meliputi aspek-aspek agama
dan moral. Ketahanan fizikal merangkumi aspek-aspek lahiriah termasuk
pembinaan jasmani dan ketenteraan. Ilmu pengetahuan, pengalaman,
kecekapan dan pelaksanaan yang betul merupakan asas-asas yang penting
dalam pembinaan ketahanan fizikal dan rohani bagi sesebuah masyarakat dan
negara. Ketahanan rohani dan fizikal mestilah dibina secara seimbang dan
sepadu. Ketahanan diri, masyarakat dan negara merupakan persediaan yang
wajar dan perlu diambil perhatian yang serius bagi melaksanakan tahap kedua
iaitu pertahanan.

Pertahanan :Pertahanan ialah perihal mempertahankan diri, masyarakat,


agama dan negara daripada serangan musuh Membela golongan yang
lemah, teraniaya dan dizalimi juga termasuk dalam erti pertahanan
Mempertahankan hak dan tanggungjawab memerlukan pengorbanan yang besar
dari segi harta,, masa, jiwa dan nyawa.

3.2 Organisasi

Tamadun Mesopotamia

Orang Sumeria adalah orang yang pertama di kalangan manusia awal yang
mengetahui tentang taktik-taktik peperangan walaupun mereka
bersifat.kemanusiaa, bijak membuat ramalan berdasarkan agama dan tidak
mempunyai cita-cita berperang yang bersungguh-sungguh. Mereka berperang
dengan cara berbaris-baris dan berdiri rapat-rapat. Senjata mereka ialah tombak
dan lembing dan memakai topi kulit.Pemerintah membina tembok pertahanan
untuk mencegah pencerobohan musuh dan melindungi penduduknya. Dalam
masa-masa mereka berhenti bertelingkah sesama sendiri, orang Sumeria ini
bersatu pula memerangi puak nomad yang sentiasa menyerbu dataran-dataran
subur dan menjadi ancaman besar kepada peradaban Sumeria. Mereka bukan
sahaja diganggu oleh puak yang berpindah randah bahkan juga oleh orang
Semitik yang tinggal di Akkad (kawasan yang terletak di bahagian utara dataran
Sinnar). Orang Semitik berperang dengan cara terbuka, menggunakan panah
dan buat beberapa abad tidak dapat ditandingi oleh orang Sumeria.Permusuhan
dan peperangan sering berlaku di antara negtara-negara kota di Mesopotamia
atas sebab tuntutan air dari sungai yang menjadi punca kekayaan. Contohnya
ialah peperangan yang berlaku antara negara kota Ur dan Urech adalah kerana
hendak menguasai hilir Sungai Euphrates. Akibat daripada peperangan demi
peperangan di antara negara-negara kota, maka berlakulah pertukaran
pemerintah, kemusnahan negara-negara kota dan keruntuhan tamadun
Mesopotamia. Pada tahun kira-kira 2750SM, Raja Sargon dari Akkadia telah
menguasai tamadun Mesopotamia. Beliau menguasai semua negara kota dan
meluaskan empayarnya dari Elam di Timur hingga ke Laut Mediterranean. Pada
kira-kira tahun 2200 SM sekumpulan orang nomad iaitu Amorites telah
menyerang Mesopotamia dan berjaya menawan Babylon. Babylon telah
berkembang menjadi sebuah negara kota yang indah, kuat dan masyhur di
bawah pemerintahan Hammudrabi (1709SM – 1669SM). Hammurabi telah
mendirikan kubu di setiap kota. Kubu-kubu itu dikawal oleh angkatan tentera.
Kubu Babylonlah yang paling terkenal di antara kubu-kubu yang dibina.

Tamadun Mesir

Pada zaman empayar Mesir ( Zaman Pertengahan) kira pada tahun 1600 SM –
1000SM iaitu ketika diperintah oleh Amhose, tentera Mesir disusun rapi dan
menggunakan pedati kuda yang beroda besar dan bertayar mati yang dibuat dari
kulit. Tentera dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bahagian tengah
dan bahagian tepi. Serangan menggunakan taktik gerak rusuk.Pada zaman
pemerintahan Tutmose, beliau sendiri mengetuai angkatan tentera. Serangan
dibuat pada setiap musim bunga menggunakan jalan darat dan laut. Dengan itu
menunjukkan Mesir telah mempunyai angkatan tentera darat dan laut. Peralatan
yang digunakan oleh Mesir ialah pedang, panah, baju besi dan kuda.

Tamadun Arab

Kegiatan ketenteraan dan peperangan pada zaman Arab pra-Islam merupakan


satu profesyen yang dnpandang mulia dan sangat diminati.Setiap kejayaan yang
diperoleh dalam satu-satu peperangan boleh membawa kemegahan dan
keuntungan yang besar kepada kabilah yang berjaya.Orang-orang Arab telah
dilatih dan diasuh berperang sejak kecil lagi kerana peperangan antara kabilah
merupakan satu daripada kehidupan mereka. Kaum lelaki memainkan
perananyang besar dalam peperangan jika dibandingkan dengan kaum wanita.
Meeka dilatih bermain senjata dan bermain kuda.Setiap peperangan biasanya
melibatkan seluruh anggota kabilah termasuk perempuan dan kanak-kanak.
Seluuruh harta benda dibawa bersama ke medan peperangan. Mereka juga
membawa pakar bedah (untuk memotong bahagian yang tercedera). Alat-alat
bunyi- bunyian seperti gendang, serunai serta lagu-lagu bersemangat dimainkan
dalam perjalanan menuju medan peperangan.Perempuan-perempuan yang
ditawan dalampeperangan akan dijadikan gundik atau harta milik sendiri yang
boleh diperdagang sebagai hamba abdi. Pihak lelaki bertanggungjawab
mempertahankan kaum wanita. Jika mereka gagal, wanita itu akan menjadi milik
musuh. Biasanya mereka berusaha memiliki semula wanita mereka dengan cara
tebusan atau berperang.

Harta-harta rampasan perang diagih sama rata kepada tentera setelah ¼


daripadanya diperuntukkan kepada ketua kabilah. Ketua kabilah boleh memilih
harta rampasan perang yang disukainya, selepas itu barulah diagihkan kepada
orang lain. Alat-alat senjata yang digunakan ialah pedang, tombak ,panah dan
baju besi. Dari segi jenis tentera, tenteranya terdiri daripada tentera infantri
(tentera berjalan kaki) dan tentera berkuda/cavalry (sebahagian keciol sahaja).
Tentera berkuda hanya digunakan pada masa peperangan ‘serang lari’.Tentera
bergajah juga digunakan iaitu semasa Abrahah menyerang Mekah iaitu semasa
Nabi dilahirkan.Dari segi organisasi tentera, ada perbezaan antara tentera
golongan Badawi (penduduk padang pasir) dan Hadari (penduduk bandar).
Organisasi tentera puak Badawi kurang tersusun dan menggunakan taktik
‘serang lari’, sebaliknya kaum Hadari lebih .tersusun dan lebih banyak
dipengaruhi oleh Rom dan Parsi terutamanya bagi Arab Hadari yang tinggal di
bahagian utara dan selatan Arab.Contoh organisasi yang tentera Rom dan Parsi
yang mereka tiru ialah tentera dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu depan,
tengah, belakang, kiri dan kanan yang dikenali sebagai ‘al-khamis’. Ketua kabilah
diletakkan dibahagian tengah untuk menjaga keselamatannya.Orang Arab juga
mendirikan kota pertahanan. Contohnya, di selatan Arab kota pertahanan dibina
di Ghumdam (di Yaman),Hadramaut, Mahrah dan Oman. Di utara Arab dibina
beberapa buah benteng pertahanan di kota Petra/Batra’, al-Khawarnaq
(berhampiran al-Hirah) dan al-Sadir (di tengah kota al-Hirah).Motif peperangan
yang berdasarkan semangat asabiyah (kesukuan) adalah bertujuan untuk
mencari nama dan kemegahan. Peperangan boleh berlarutan hingga berpuluh
tahun seperti Peperangan al-Basus antara suku Taghlib dan suku Bakr yang
memakan maa selama 40 tahun.

Tamadun Greek

Sejarah awal Greek yang bermula d ibeberapa buah pulau termasuk Create ,
terletak di Laut Mediterranean menjadikan orang greek sebagai tentera laut yang
kuat. Malah tuan kapal pertama di Laut Aegean adalah orang Greek – terkenal
dengan kecekapan dalam pelayaran.Raja Mycenae (sebuah dari kota di Greek)
telah membina sistem berkubu untuk menahan serangan penyerang dari laut.
Bandar Troy yang merupakan sebuah daripada negara kora di Greek terkenal
sebagai kota berkubu. Istana di bandar Troy dikelilingi tembok setebal 15 kaki
dengan pintu pagar yang tinggi dan menara yang kukuh sebagai langkah
berjaga-jaga dari sebarang serangan.

Orang Achaean (satu dari kaum Greek) menggunakan senjata tombak untuk
mempertahankan diri. Mereka juga menggunakan topi besi yang berjambul bulu
kuda, memakai baju besi atau kulit, sarung kaki yang dibuat dari gangsa, perisai
besar yang dibuat dari kulit lembu dan gangsa. Ketua angkatan perang
menggunakan pedati kecil sebagai kenderaan. Cara berlawan ialah berlawan
seorang-seorang antara ketua dengan ketua. Orang biasa tidak mempunyai
senjata yang lengkap. Ketika tentera Greek dibawah General Pyrrhus, Greek
mempunyai angkatan tentera yang besar dan terlatih. Gajah digunakan sebagai
alat kenderaan perang yang disamakan dengan kereta kebal masa ini. Di tanah
besar Greek, orang-orang Greek membina benteng/kubu pertahanan bagi
menghadapi serangan dari utara.Ketahanan diri dan fizikal orang-orang Greek
dicapai melalui latihan olahraga. Latihan dalam olahraga menjadi sebahagian
daripada pelajaran seseorang murid di Athens. Berlari, bergusti, melontar
lembing dan bertinju yang dipelajari oleh orang Greek semasa di sekolah gusti,
kekal menjadi hobi dalam hidupnya. Empat tahun sekali pertandingan olahraga
secara besar-besaran yang terbuka kepada semua orang Greek diadakan di
Olympia. Pemenang pertandingan disanjung oleh warganegara lain sebagai
seorang yang mengharumkan nama kota mereka. Di setiap kota di Greek
terdapat sekurang-kurangnya sebuah jimnasium umum untuk aktiviti olahraga
dan olahraga merupakan satu bentuk hiburan yang tetap bagi orang lelaki.
Athens memang terkenal dengan acara marathonnya. Sukan Olimpik pertama
diadakan sebagai menghormati dewa Zeus. Selain membantu melahirkan
individu yang cergas, kegiatan sukan ini juga secara tidak langsung menyatukan
masyarakat Greek empat tahun sekali dan melupakan perselisihan politik.
Sewaktu sukan ini diadakan, gencatan diisytiharkan oleh semua pihak.Di Greek,
terdapat perbezaan dari segi ketahanan dan pertahanan antara Sparta dengan
Athens. Di Sparta, orang lelaki diberi latihan tentera yang berterusan sejak dari
kecil lagi. Bayi yang lemah dibunuh. Kaum wanita diberi kesedaran bahawa
tugas utama mereka ialah melahirkan perajurit yang berdarah tulin Sparta. Kaum
wanita diberi latihan jasmani bersungguh-sungguh bersama kaum lelaki agar
menjadi ibu yang sihat (ini berbeza dengan wanita Greek di tempat lain). Budak
lelaki yang berumur 7 tahun ke atas tinggal d iberek di bawah penyeliaan
warganegara yang lebih tua dan juga di bawah jagaan pemuda-pemuda Sparta
yang bergelar ‘tukang sebat’. Di situlah mereka diajar menanggung kesakitan
tanpa rungutan, menguatkan badan dengan jimnastik dan senaman, ditanam
dengan semangat suka melawan melalui permainan ganas yang disediakan.
Ketika permainan ini dijalankan, banyak juga nyawa terkorban. Bagi
menambahkan daya usaha mereka, mereka digalakkan mencuri jiran mereka.
Bila mereka dewasa, mereka diwajibkan berkhidmat dalam polis rahsia. Bila
mereka berumur 30 tahun mereka mesti berkhidmat sebagai tentera dengan
disiplin yang lebih keras. Orang Sparta tidak dibenarkan berniaga atau bertani.
Kerja begini diserahkan kepada helot dan warganegara diharamkan memegang
wang. Keindahan dan sifat lemah lembut tidak terdapat di kalangan orang
Sparta. Mereka memang terkenal sebagai pejuang terbaik. Mereka ditanamkan
dengan taat setia yang tidak berbelah bahagi. Orang Sparta hanya bertuan
kepada satu iaitu undang-undang mereka. Kekuatan tentera darat mereka jelas
apabila mereka berjaya mengalahkan tentera Parsi yang menyerang Greek
tahun 480SM.

Di Athens, berkhidmat di dalam tentera adalah satu perkara biasa dalam


kehidupan orang Athens. Daripada umur 18 tahun hingga 20 tahun mereka
menerima latihan tentera. Pada tahun kedua latihan, mereka dihantar ke kubu-
kubu pertahanan sempadan di Attica. Daripada umur 20 hingga umur 60 tahun,
mereka boleh dikerah berkhidmat. Pada bila-bila masa sahaja, Dewan
Perhimpunan akan membuat keputusan melancarkan perang ke atas jiran yang
tidak disukai mereka. Arahan menjalankan kerahan akan dilekatkan di pasar-
pasar dan orang-orang lelaki akan segera menyediakan pedang dan perisai,
mendapatkan catuan makanan dan melaporkan diri dalam tentera warganegara.
Semuanya akan bersedia bergerak dengan segera. Semasa peperangan askar-
askar yang terdiri daripada warganegara itu dengan kelengkapan senjata yang
berat akan berdiri rapat-rapat dalam satu barisan, perisai bertemu perisai dan
mereka akan mara menemui barisan musuh. Cara mereka ialah dengan berdiri
berselindung di belakang perisai, menghunusksn tombak dan cuba
mengundurkan tentera musuh. ‘Musim’ peperangan akan berakhir dalam bulan
April dan Mei kerana mereka perlu pulang untuk menuai hasil tanaman mereka.
Inilah bezanya dengan tentera Sparta yang mempunyai tentera tetap.
Berbanding dengan orang Sparta, orang Athens terkenal dengan kehandalannya
di laut. Kapal perangnya mencecah sebanyak 200 buah dan untuk
menempatkannya tidak menjadi masalah kerana Athens telah membina
beberapa buah pelabauhan.

Tamadun Rom

Bandar Rom memang dikenali sebagai bandar berkubu. Orang-orang Rom


sentiasa bersedia mempertahankan Rom dari serangan luar yang sentiasa
sahaja mengancam Rom. Oleh itu, Rom telah membina tembok pertahanan
disempadan dan yang paling terkenal ialah Tembok Hadrian yang dibina dari
Tyne ke Solway sepanjang 80 batu. Rom terkenal dengan angkatan lautnya. Ini
jelas apabila rom melawan Carthage di Pulau Sicily, Rom menggunakan
angkatan laut yang besar. Begitu juga ketika meluaskan empayarnya ke Afrika,
Rom juga menggunakan kapal laut. Pada zaman pemerintahan Constantine,
Rom telah menggunakan meriam sebagai satu daripada alat perangnya. Alatan
perang Rom terdiri daripada baju besi, helmet, pedang, tombak, pisau belati,
panah, lembing, dan artillery (senjata pemusnah yg. dibuat dari batu dan kayu,
seakan bom). Ketahanan diri dan fizikal dicapai melalui beberapa aktiviti seperti
bergusti, pertunjukkan gladiator (perlawanan manusia), dan binatang buruan
yang liar serta lumba kuda. Gimnasiun dan gelanggang gusti dibina untuk tujuan
tersebut. Orang tahanan dilawankan dengan binatang liar seperti singa. Jika
menang, akan dibebaskan.

Dalam usaha meluaskan empayarnya, Rom bergantung kepada bilangan dan


kekuatan tenteranya. Pada zaman pemerintahan Augustus, beribu-ribu orang
tentera diambil untuk mempertahankan negara dari serangan musuh. Tentera
yang jumlahnya hampir 400 ribu orang biasanya ditempatkan di sempadan yang
terdedah dengan serangan luar. Augustus menempatkan tentera pengawal di
luar Itali dan mengadakan pengawalan untuk dirinya sendiri di Rom . Tempoh
perkhidmatan bagi tentera Rom ialah antara 20-25 tahun. Bagi menambahkan
bilangan tentera warganegara, Augustus telah mewujudkan tentera bukan
warganegara yang diberikan taraf warganegara setelah 25 tahun berkhidmat.
Tentera Rom juga berjasa dalam mengembangkan budaya Rom di kawasan
jajahan. Tentera Rom juga boleh berfungsi sebagai jurutera, pembina jalan,
jambatan, petani dan menjadi hakim di daerah-daerah tertentu.

Taktik yang digunakan oleh Rom terutama di Arab Utara dan Selatan ialah
dengan membahagikan tenteranya kepada 5 bahagian iaiatu bahagian depan,
belakang, kanan, kiri dan tengah. Ketika melawan orang-orang Islam dalam
Perang Yarmuk tahun 635 M, Heraclus sebagai ketua tentera Rom telah
mengikat tenteranya dengan besi antara satu sama lain untuk mengelakkan
mereka lari .Rom juga menggunakan taktik dan strategi testudo (kura-kura).
Jenis tentera Rom dikenali sebagai ‘legions’ (unit/batalion yang mengandungi
3,000-6,000 askar berjalan kaki/infantri dan 100-200 askar berkuda) dan ‘tentera
bergajah’ (semasa menyerang Mekah melalui panglimanya, Abrahah).

Tamadun India

Dalam bidang pentadbiran ketenteraan, Chandragupta Maurya dikatakan raja


yang mula-mula sekali mempunyai organisasi ketenteraan yang tersusun dan
berkesan. Plini menggambarkan bahawa Chandragupta Maurya mempunyai
jumlah angkatan tentera yang terdiri daripada 600,000 orang askar berjalan kaki,
30,000 orang tentera berkuda dan 9,000 orang tentera bergajah di samping
tentera-tentera berkereta kuda. Raja merupakan pegawai tertinggi angkatan
tentera. Untuk mengendalikan tenteranya yang begitu ramai, beliau
membahagikan kepada 30 badan pentadbir dan diagihkan kepada 6 lembaga.
Tiap-tiap lembaga mengandungi 5 orang ahli. Badan-badan tersebut meliputi
tentera laut, tentera berjalan kaki, tentera berkuda, tentera bergajah, tentera
berkereta kuda dan tentera berkenderaan yang membekalkan alat-alat senjata.
Tenteranya juga terdiri daripada berbagai kelas masyarakat dan bertugas
semasa berlaku peperangan sahaja. Tenteranya dibayar gaji tetap. Arthasastra
pula menggambarkan bahawa terdapat juga jururawat-jururawat dan doktor-
doktor yang ikut serta dalam peperangan untuk membantu tentera yang
tercedera. Di Mohenjo Daro dan Harappa dibina kubu dengan dinding yang
tingginya 400 meter panjang dari utara ke selatan dan lebarnya ½ km. Tembok
kubu Harappa dibuat daripada batu lumpur dengan batu terbakar yang tebalnya
18 meter. Sebenarnya di setiap bandar dalam Tamadun Indus dibina kubu yang
kuat untuk melindungi bandar daripada musuh.

Tamadun China

Pada dasarnya negeri China adalah sebuah negeri ketenteraan. Pada zaman
awal, Raja Shang sentiasa berperang kerana beliau beranggapan perang
sebagai kejadian yang menguntungkan raja dan negaranya. Kemenangan dalam
peperangan menjadikannya kaya dan berkuasa. Kadang kala Raja Shang
menawan musuhnya sebagai korban kepada dewanya. Tentera Shang terdiri
daripad tentera berjalan kaki dan berkereta kuda. Dinasti Shang kemudian
digulingkan oleh Wu Wang dari Dinasti Chou pada tahun 1027SM kerana
kezaliman raja Shang terakhir iaitu Shang Chau Hsin. Semasa pemerintahan
kerajaan Chin, mereka berperang menggunakan angkatan tentera berkuda dan
tentera berjalan kaki dan bukan kereta kuda untuk berperang. Pada masa awal
pemerintahan Shih Huang Ti, beliau telah mengarahkan askar mencari alat-alat
perang di dalam setiap rumah. Semua alat itu dirampas dan dihantar ke ibu kota
Siang Yang dan dileburkan menjadi loceng besar dan patung besi. Melalui cara
itu Shih Huang Ti berharap rakyatnya atau wakil lindungan tidak akan
melancarkan pemberontakan terhadap kerajaannya malah kerajaan pusat cuba
menetapkan satu sistem monopoli dalam kuasa tentera. Tenaga buruh bagi
tentera diperolehi dari sistem kerahan dalam berbagai-bagai daerah tentera yang
dikatakan sebagai Chun. Apabila kerajaan Chin hendak mengerahkan askarnya,
beliau mengambil golongan pemimpin tentera dalam Chun tersebut. Kerajaan
pusat juga melantik pegawai sebagai pemimpin tentera bagi kempen
peperangan. Dari segi taktik peperangan, Shih Huang Ti berperang
menggunakan taktik orang Tartar (ganas),dan menggunakan tentera berkuda.
Beliau juga telah mengumpulkan penjahat dan dijadikan askar dan dihantar
berperang ke sempadan. Beliau juga telah membina rangkaian jalan tentera dan
terusan untuk memudahkan pergerakan/serangan.

Bagi mempertahankan negerinya dari ancaman luar terutamanya orang


tartar/Monggol, Shih Huang Ti telah membina tembok yang dikenali sebagai
Tembok Besar Negeri China. Tembok ini dibina dari tahun 228SM hingga 210SM
yang merentasi bukit bukau dan lembah. Panjang tembok ini ialah 2250 batu
dengan ketinggigan 15 kaki hingga 20 kaki. Tembok ini dibina lengkap dengan
menara pengawal. Terdapat sebanyak 20,000 menara pengawal. Setiap satunya
di tempatkan sepasukan tentera yang mengandungi 100 orang. Mereka
mengawal dengan menggunakan panah. Di samping menara pengawal yang
besar tadi, terdapat juga menara pengawal yang lebih kecil sebanyak 10,000
buah. Alat-alat peperangan yang digunakan di China ialah panah, pedang,
lembing dan perisai. Pada zaman Monggol memerintah China, Marco Polo yang
melawat China pada abad ke-13 melaporkan bahawa China menggunakan
serbuk letupan dalam peperangan.Bagi menguatkan ketahanan fizikal, orang
China menjalanii latihan ketenteraan termasuk seni mempertahankan diri secara
tradisional.

Tamadun Melayu

Kerajaan-kerajaan Melayu juga mempunyai angkatan tentera yang kuat terutama


kerajaan-kerajaan yang terkenal dengan perluasan empayarnya seperti Srivijaya,
Majapahit, Melaka Acheh dan Funan. Srivijaya mempunyai angkatan laut yang
kuat. Kerajaan ini menggunakan angkatan lautnya untuk memaksa kapal-kapal
dagang singgah di pelabuhannya. Dalam aspek pertahanan ini, organisasi
tentera yang ditubuhkan oleh Srivijaya dipanggil Orang Laut. Orang Laut
melindungi pedagang dari serangan lanun. Orang Laut inilah juga yang
melindungi Parameswara ketika menyelamatkan diri ke Tanah Melayu dari
serangan Majapahit. Dengan angkatan tentera yang ramai, Srivijaya telah
menawan beberapa buah kerajaan di utara Tanah Melayu dan Sumatera.
Kerajaan Srivivjaya telah mewujudkan satu unit pentadbiran ketentraan yang
diketuai oleh seorang panglima bergelar pratisava.

Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Parameswara, telah menubuhkan


organisasi tentera yang dipanggil Orang Laut. Tugasnya ialah untuk melindungi
pedagang dari lanun. Pada peringkat awal Melaka ditubuhkan, Melaka sering
diancam oleh Siam dan Majapahit. Bagi mempertahankan Melaka dari ancaman-
ancaman luar, Parameswara telah meminta perlindungan dari Negeri China.
Beberapa jawatan diwujudkan dalam pentadbiran Melaka untuk menjamin
keselamatan negeri Melaka. Jawatan Bendahara dalam kerajaan Melaka
berfungsi sebagai ketua angkatan tentera, sementara Laksamana pula
merupakan ketua angkatan laut. Temenggong dipertanggungjawabkan menjaga
keamanan dan keselamatan dalam negeri dengan bantuan pasukan
keselamatan. Kekuatan tentera Melaka terutama semasa di bawah Bendahara
Tun Perak membolehkan Melaka meluaskan empayarnya meliputi beberapa
buah kawasan di Tanah Melayu dan Sumatera.

Majapahit juga pernah muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dirantau ini.
Dengan angkatan tentea yang besar dan kuat, kerajaan ini telah memperluaskan
empayarnya dengan menawan beberapa buah kerajaan di Tanah Melayu,
Kalimantan, Sumatera, Jawa dan Bali. Kerajaan Funan pula memperluaskan
empayarnya dengan menawan Indo-China, Siam, Langkasuka dan utara Tanah
Melayu. Alat-alat yang digunakan dalam pertahanan di Alam Melayu ialah keris,
tombak dan pedang. Perahu dan kapal turut membantu membawa angkatan
laut.Bagi menguatkan ketahanan mental dan fizikal, silat merupakan cara
mempertahankan diri secara tradisional.

Tamadun Barat

Di Barat, ketahanan diri dan fizikal diperolehi melalui latihan ketenteraan yang
berdisiplin. Latihan dalam tempoh tertentu diberi secukupnya sebelum diambil
bertugas sebagai tentera. Latihan yang diberi termasuklah latihan bermain
pedang, memanah dan menunggang kuda. Peralatan tentera yang digunakan
lebih canggih seperti meriam (seperti Portugis gunakan untuk menyerang
Melaka), perisai, pedang, senapang bersumbu, panah, pakaian seragam perang
(termasuk baju besi, topi, kasut). Pasukan tentera dibahagikan kepada batalion
yang terdiri daripada tentera darat dan laut. Alat yang digunakan semasa
berperang ialah kuda (bagi tentera berkuda) dan kapal laut (bagi angkatan laut).
Kubu-kubu pertahanan banyak didirikan. Dari segi organisasi, orang Norman
terkenal dengan pasukan ‘knight’ (memakai baju besi seluruh tubuh termasuk
muka). Pasukan knight juga teridiri daripada kaum bangsawan. Orang Norman
yang berasal dari Britain itu memang terkenal dengan tentera berkudanya.
Manakala orang Viking yang berasal dari Norway, Sweden dan Denmark
merupakan pelaut dan pahlawan yang terkenal. Mereka mula belayar ke Barat
pada abad ke-9 TM untuk mencari daerah baru. Orang Viking selalunya dikaitkan
dengan kapal dan laut. Kapal mereka dikenali sebagai ‘knorr’ digunakan oleh
orang Viking untuk ekspedisi perdagangan. Dengan itu organisasi pertahanan
orang Viking dikenali sebagai perahu atau kapal.

Satu lagi cara untuk menguatkan ketahanan mental dan psikologi orang Barat
ialah dengan bersumpah dan berjanji. Ini dapat dilihat dalam Perang Salib yang
berlaku antara orang Krisitian dengan orang Islam pada akhir abad ke-11 TM.
Sebelum melancarkan serangan, orang-orang Kristian telah bersumpah untuk
merampas kembali Makam Suci (Holy Sepulchre) untuk mendapatkan kembali
Baitul Maqdis yang ditawan oleh tentera Islam pada tahun 673 Masihi. Di atas
alasan untuk masuk/menziarahi Baitul Maqdis semakin sukar (menurut ajaran
mereka, menziarahi tanah suci adalah cara untuk mendapatkan keampunan
dosa dan untuk masuk syurga), telah menaikkan semangat untuk berjuang
menentang orang Islam. Pihak gereja telah berjanji akan membebaskan mereka
dari membayar cukai, memberi pengampunan dosa, dan akan dibebaskan dari
penjara jika mereka pergi berjuang menentang orang Islam.
Tema 4: Ekonomi

Kawasan Kajian: Mesopotamia,Mesir, Arab,Graeco-Raman, India, China,


Melayu dan Barat

4.1 Konsep dan sistem ekonomi

Kegiatan ekonomi dalam kehidupan manusia di dunia ini telah mula kelihatan
pada zaman Mesolitik ( di setengah-setengah tempat) iaitu apabila manusia mula
menunjukkan tanda-tanda awal ke arah mengusahakan pertanian. Ini lebih jelas
lagi apabila manusia memasuki era Neolitik. Orang-orang Neolitik telah giat
dalam bidang pertanian, penternakan malah telah pandai menggunakan alat-alat
teknologi seperti penggunakan roda (untuk bergerak) dan bajak dalam pertanian.
Zaman ini mengalami kemajuan dalam bidang ekonomi , lebih-lebih lagi apabila
manusia telah mula pandai bergiat dalam bidang perdagangan. Selepas zaman
Neolitik, manusia bergerak lagi ke tahap pandai membuat dan menggunakan
alat-alat daripada gangsa dan besi. Zaman prasejarah akhir inilah dianggap
sebagai permulaan kegiatan ekonomi manusia di dunia ini yang nantinya
memperlihatkan kemajuan yang pesat pada zaman tamadun awal manusia.

Dalam membicarakan konsep dan sistem ekonomi pada zaman tamadun awal,
kita haruslah menyorot tahap-tahap perkembangannya iaitu dari ekonomi sara
diri, menuju kepada komersial, perdagangan dan kapitalisme. Konsep sara
diri bermaksud ekonomi yang diusahakan itu adalah semata-mata untuk
menyara diri dan keluarga sahaja. Apabila manusia memerlukan barang yang
tidak ada padanya, berlakulah komersil atau perniagaan yang dimulakan dengan
sistem barter/tukar barang. Apabila wang telah dicipta bagi memudahkan urusan
perniagaan, sistem barter beransur-ansur ditinggalkan. Apabila penduduk di
sesebuah bandar itu semakin ramai, perniagaan semakin banyak dijalankan dan
keperluan kepada barang-barang luar berlaku, maka hubungan dengan
masyarakat atau negara luar tidak dapat dielakkan lagi. Di sini satu lagi poroses
ekonomi berkembang iaitu perdagangan. Apabila pedagang menjadi kaya hingga
mampu untuk melabur kekayaannya, wujudlah golongan kapitalis.

Tamadun Mesopotamia

Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan. Pada


peringkat awal, masyarakat dalam tamadun Mesopotamia mengusahakan tanah
untuk kegiatan pertanian (sememangnya Lembah Tigris dan Euphrates amat
subur untuk pertanian), mereka menanam gandum dan barli. Di kawasan tanah
tinggi mereka nenanam bijirin. Tanaman utama ialah jagung, kurma, sayuran-
sayuran (bawang putih, daun salad, bunga bawang, kunyit, ubi sengkuang,
lobak, thyne dan lobak putih). Bajak digunakan dalam kerja-kerja pertanian.
Tambak dibina untuk mengelakkan banjir.Pada peringkat awal iaitu sebelum
mereka mengenal teknologi moden, mereka mengisar menggunakan
tangan..Mereka juga menternak kambing biri-biri, lembu, kerbau dan keldai.
Keldai digunakan untuk kenderaan. Di samping itu mereka juga menangkap ikan
menggunakan kail dan jala. Dari segi perusahaan, Mesopotamia mengusahakan
tembikar, pertukangan kayu, membuat patung, membuat alat-alat perhiasan,
membina kapal dan pakaian. Kegiatan ekonomi pada peringkat awal hanyalah
untuk menyara diri mereka sendiri. Konsep sara diri di sini bermaksud
mengusahakan pertanian dan ternakan untuk menyara diri dan keluarga sendiri
dan tidak diperdagangkan. Apabila tanah pertanian itu diusahakan secara giat
iaitu apabila mereka telah menggunakan bajak, membina tambak dan membuat
sistem pengairan, hasil bertambah dan apabila mereka mula membuat
perhubungan dengan orang luar dan memerlukan barang yang tidak terdapat di
tempat mereka, perdagangan mula dijalankan... Konsep komersil mula
mengambil tempat. Barang-barang dagangan dijual kepada orang padang pasir
yang berpindah randah. Pada mulanya mereka menggunakan sistem barter
(tukar barang) tetapi apabila mereka telah pandai menggunakan wang perak,
perdagangan menjadi bertambah pesat dan di sini sistem komersil digantikan
dengan perdagangan. Konsep perdagangan merujuk kepada sistem perniagaan
yang melibatkan orang luar atau peringkat antara bangsa. Mesopotamia
membuat hubungan dagang dengan India,Mesir dan Mediterranean. Barang-
barang eksportnya ialah kain, barang kemas dan senjata. Import utama
Mesopotamia ialah kayu balak, logam dan batu ( dari Mesir), tembaga (dari Turki
dan Parsi), walnut, gam dan emas.

Tamadun Mesir

Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan. Mesir


terkenal dengan kegiatan pertanian kerana Lembah Sungai Nil memberikan
tanah yang subur dan anugerah Allah yang tidak ternilai memandangkan
kawasan sekitarnya yang lain merupakan kawasan padang pasir yang tidak
memberikan apa-apa hasil. Pada mulanya penduduk tamadun Sungai nil ini
mengusahakan rami, gandum, barli, fleks, sayur-sayuran, kacang, lobak, kurma,
menanam pokok pyprus (untuk membuat bot, tali dan sender), ternakan
kambing, biri-biri dan lembu hanya untuk sara diri. Lama kelamaan kegiatan ini
bertukar menjadi komersil apabila hasil bertambah hingga melebihi keperluan diri
dan keluarga. Ini berlaku apabila mereka mula menggunakan teknologi dalam
bidang ekonomi ini. Bagi menambahkan hasil, bajak,dan syaduf (alat
mengangkut air dari Sungai Nil) digunakan. Terusan bagi mengairi tanaman juga
dibina. Perusahaan utama yang dijalankan ialah pembinaan kapal, menguari,
membuat bir dari barli dan wain dari anggur, membuat tembikar, gelas dan
membuat kain dari rami. Perlombongan tembaga juga diusahakan. Pada
mulanya perniagaan dijalankan melalui sistem barter, kemudian berkembang
kepada perdagangan hingga ke peringkat antara bangsa menggunakan jalan
darat (melalui Sinai) menggunakan sistem kafilah dan jalan laut.. Mesir telah
mengeksport gandum, kain linen, tembikar, barang-barang kemas dan
mengimport kayu perabut (kayu gergaji), emas, perak,dan gading. Urusan
perdagangan dijalankan dengan Babylonia,Syam, Crete (Yunani), Afrika, Asia
dan Rom.

Tamadun Arab

Di semenanjung Tanah Arab, pertanian dan perdagangan merupakan kegiatan


ekonomi yang utama. Ini dapat dilihat di Yaman (Selatan Arab). Pada zaman
sebelum kedatangan Islam lagi, Yaman telah muncul sebagai sebuah negara
yang maju dalam pertanian. Tanahnya yang subur ditambah lagi dengan
pembinaan Empangan Maarib menjadikan Yaman sebagai pengusaha pertanian
yang maju sekali. Berbagai jenis buah-buahan ditanam. Yaman juga ada
mengusahakan bidang pertukangan. Yaman telah mengeksport bulu biri-biri, kulit
binatang, patung-patung berhala dan buah tamar melalui pelabuhan-pelabuhan
Adanah dan Aden ( di Yaman), Ubullah dan Siraf ( di Teluk Parsi) dan Syuaibah
(di Laut Merah). Barang-barang importnya terdiri daripada batu permata, garam,
emas, sutera ( dari Teluk Parsi) dan rempah (dari Habsyah). Selain dari Yaman,
perniagaan juga wujud di Hirah dan Mekah ( Mekah terkenal dengan pasar-pasar
Zul Majaz, Ukaz dan al-Majannah). Sebenarnya, pada peringkat awal, ekonomi
tanah Arab dipegang oleh orang Yaman. Mereka memasarkan hasil-hasil dari
Hadhramaut, Zofar, India dan membawanya ke Syam dan Mesir. Walau
bagaimanapun, mulai abad ke-6 M, kedudukan mereka diambilalih oleh orang-
orang Hijaz yang menjadikan Mekah sebagai pusat perdagangan yang baru
kerana Yaman masa itu telah dijajah oleh Habsyah/Rom dan kemudiannya oleh
Parsi menyebabkan perdagangan di laut dikuasai oleh mereka manakala
perdagangan di darat berpindah ke tangan orang-orang Mekah. Pedagang-
pedagang Hijaz itu menbeli barang-barang dari Yaman dan Habsyah, kemudian
dijual di pasar-pasar Syam dan Mesir. Walau bagaimanapun, Mekah juga
mempunyai barang-barang dagangannya sendiri seperti berhala yang dijual
pada musim haji. Perdagangan Hijaz dijalan kan pada dua musim. Pada musim
panas mereka berdagang ke utara seperti ke Syam, manakala pada musim sejuk
mereka berdagang ke selatan iaitu ke Yaman.

Perdagangan melalui laut telah membawa orang Arab sampai ke India dan
China. Kerajaan-kerajaan Saba’ dan Himyar di Yaman mempunyai armada yang
besar untuk membawa barang-barang perniagaan dari India, China, Somali dan
Sumatera ke pelabuhan-pelabuhan Yaman. Perniagaan di tempat-tempat
tersebut dimonopoli oleh mereka. Barang-barang dagangan yang dibawa balik
dengan kapal telah dikumpulkan di Yaman, dibawa ke Hijaz dan ke Syam untuk
dipasarkan ke Eropah menggunakan jalan darat (sistem kafilah). Kebijaksanaan
orang Yaman berniaga atau menyimpan rahsia perniagaan terbukti dengan
sangkaan orang Barat bahawa barang-barang yang didagangkan itu datangnya
dari Yaman sendiri. Golongan Badawi yang mendiami kawasan padang pasir
(kawasan pedalaman) bergantung hidup kepada hasil ternakan seperti unta,
kambing, biri-biri, keldai dan kuda. Bagi yang tinggal berhampiran dengan
kawasan subur (wadi) mereka menanam kurma, jagung, delima, zaitun, gandum
dan sayur-sayuran. Mereka mengamalkan sistem barter dalam urusan
perdagangan. Bagi mendapatkan pakaian dan makanan, mereka
menukarkannya dengan binatang ternakan mereka. Dalam keadaan-keadaan
tertentu, mereka merompak barang orang lain untuk memenuhi keperluan
mereka. Pendek kata ekonomi di kalangan orang Badawi adalah setakat sara diri
sahaja. Satu lagi barang dagangan yang menjadi sumber ekonomi Arab ialah
penjualan hamba. Hamba ini adalah dari bangsa Arab dan bukan Arab.

Tamadun China

Pada zaman Dinasti Shang (1500-1100SM), jelai dan gandum merupakan bijirin
utama di tanam di negara China. Petani juga memelihara lembu, kerbau, kuda,
dan kambing. Kemajuan dalam bidang ekonomi di negara China dapat dikesan
semasa dinasti Chou dan Han. Tamadun awal China di Lembah Sungai Hwang
Ho menampakkan kegiatan pertanian yang pesat. Di situ ditanam dengan sekoi,
barli, padi dan gandum. Pada zaman Dinasti Chou, terdapat sistem pengairan
dan latan pertanian yang diperbuat daripada besi. Mereka juga mengusahakan
penternakan seperti lembu, Khinzir, kambing dan ulat sutera. Pada mulanya
kegiatan ekonomi itu dilakukan sebagai sara diri tapi kemudian menjadi komersil
apabila industri tenunan telah wujud. Mereka mengusahakan tekstail dan bulu
secara komersil.

Pada zaman Dinasti Chin, sistem timbang dan sukat mula digunakan. Kemajuan
dalam sistem pengairan dan penggunaan baja telah menambahkan pengeluaran
bijirin seperti beras, gandum, barli dan sekoi. Maharaja Han Wu Ti dari Dinasti
Han telah membina tempat menyimpan padi, membuat terusan (yang
menghubungkan Sungai Yangtze dengan Sungai Barat), parit dan tambak bagi
mengawal banjir. Dinasti Han juga telah membuat dasar memindahkan
penduduk untuk membangunkan kawasan yang kurang subur di wilayah-wilayah
utara dan sempadan Mongolia. Pada tahun 198SM seramai 100,000 orang
terlibat dalam pemindahan ini. Perusahaan yang dijalankan ialah membuat
tembikar, barangan ukiran daripada kayu, gangsa dan jed serta menenun tekstil
dan bulu.

Pada zaman Dinasti Han, China menjalin hubungan perdagangan dengan India,
Mesir, Mesopotamia dan Rom. China mengeksport sutera, tembikar, barang-
barang ukiran daripada kayu, gangsa , kulit binatang, kertas dan jed. Barang-
barang buatan tangan China mendapat permintaan yang menggalakkan dari luar
negeri. Sutera dieksport ke Rom dengan jumlah yang banyak. Selain dari Rom,
sutera China juga dieksport ke Asia Tengah, Siberia dan Timur Tengah. Barang-
barang importnya pula ialah gading dan kuda baka baik (dari negara-negara
tropika), kaca, kain bulu dan linen (dari Asia Barat), alfalfa dan anggur (dari Asia
Tengah), mutiara dan karang-karangan (dari Laut Merah). Sebenarnya, China
lebih banyak mengeksport dari mengimport, menyebabkan China bertambah
kaya.

Tamadun India
Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan. Pada
zaman tamadun awal di Lembah Indus, tanaman kapas diusahakan. Kemudian
muncul perusahan memintal kapas. Di kawasan Harappa penduduk telah
menanam barli, kacang, gandum dan kapas. Mereka juga menternak ayam,
kambing, kerbau, unta, gajah , anjing dan khinzir.Roda digunakan sebagai kincir
air untuk mengangkut air dari sungai. Empayar Maurya di bawah Chandragupta
Maurya telah membenarkan petani-petani menggunakan tanah milik kerajaan
untuk kegiatan pertanian dan 1/3 daripada hasil perkapita mestilah diserahkan
kepada kerajaan. Beliau juga membina sistem pengairan untuk meningkatkan
lagi pengeluaran hasil pertanian. Semasa pemerintahan Asoka, sistem ekonomi
diperkemaskan lagi dengan menyuruh golongan Sudra membersihkan tanah
baru untuk dijadikan kawasan pertanian.

Perusahaan utamanya ialah menenum kain kapas, pertukangan gangsa,


tembaga, emas, perak dan tembikar (tanah liat). Di peringkat antara bangsa,
India telah membuat hubungan perdagangan dengan Mesopotamia, Parsi,
Saurashtra, Rajasthan, Afghanistan, Tibet,dan Asia Tengah. India telah
mengimport kulit siput (dari Saurashtra dan Deccan), gangsa (dari Parsi), perak ,
firus, dan lapis lazuli (dari Parsi dan Afghanistan) dan batu jed (dari Tibet dan
Asia Tengah). Kain tenun merupakan eksport utama tamadun ini di samping alat-
alatan daripada gangsa, emas, tembaga, perak dantanah liat. Pada zaman
Maurya, perdagangan peringkat antara bangwsa bertambah aktif. Perdagangan
melibatkan negara-negara Greek, Ceylon, Timur Tengah, China dan Asia
Tenggara. Perdagangan dengan Asia Barat ialah melalui laut. Perlombongan
turut diusahakan seperti emas, perak dan tembaga. Di laut mereka
mengusahakan kutipan mutiara, berlian dan garam. Orang India Selatan
merupakan peniaga yang giat menjalankan perniagaan dengan dunia luar.

Tamadun Greek

Greek merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan Laut Mediterranean


dengan muka bumi yang bergunung ganang. Sebahagian kecil sahaja dari
kawasannya boleh diusahakan pertanian. Di dataran-dataran yang sempit
mereka mengusahakan tanaman jagung, anggur dan zaitun. Di lereng-lereng
gunung mereka menternak kambing dan biri-biri. Menjelang abad ke-4, Athens
(Greek) terpaksa mengimport 75 peratus daripada gandum yang digunakannya.
Gandum dan ternakan datangnya dari Thrace dan kawasan Laut Hitam. Athens
mengimport ikan, daging bergaram,buah-buahan, arak , bahan galian, kain bulu,
pakal yang dibuat daripada damar untuk menutup celah-celah papan dan fleks.
Dari timur dibawa bahan-bahan mewah dan hamba. Athens pula mengeksport
minyak zaitun, perak, batu marmar, bahan buatan dan lukisan. Dengan keadaan
muka bumi yang menyempitkan peluang pertanian, orang Athens beralih kepada
laut menjadi pedagang. Keadaan berbeza dengan di Sparta. Orang Sparta tidak
digalakkan berdagang walaupun buminya subur.dan mempunyai hasil galian bijih
besi kerana mereka lebih condong untuk melatih warganya dalam bidang
ketenteraan.
Tamadun Rom

Rom mengusahakan bidang pertanian dan perdagangan. Dalam bidang


pertanian, iklimnya membolehkan negara ini mengusahakan tanaman gandum,.
anggur dan zaitun. Akueduk (saliran air) dan empangan telah dibina. Mereka
juga menternak biri-biri dan kambing. Dari segi perdagangan, Rom merupakan
pusat perdagangan yang penting dan maju terutama ketika di bawah
pemerintahan Maharaja Augustus iaitu apabila wang syiling digunakan. Rom
menjadi pusat perdagangan antarabangsa yang sibuk, mengimport sutera dan
lada putih dari China, mutiara, kosmetik, minyak wangi, batu permata, kulit
penyu, rempah ratus, pokok jati, ebony, lada hitam, sutera China dan tekstil dari
India . Dari Timur Afrika dibawa gading, emas, bulu binatang, batu ambar, lilin
dan hamba pula dibawa dari Rusia dan Jerman. Dati Britain dibawa timah hitam,
besi, tiram dan anjing perburuan. Gelas yang tebaik dibawa dari Mesir atau sidon
di Phoenicia. Dari Sepanyolmkapal-kapalnya membawa logam, emas, perak,
bahan pencelop, linen dan minyak zaitun. Afrika Utara menghantar hamba,
serbuk emas, batu marmar Afrika, gading dan binatang liar untuk pertunjukan.
Asia Kecil dan Syria membekalkan kain bulu, fabrik, permaidani, kain bertekat,
barang-barang kulit dan keluli. Industri dijalankan oleh beberapa orang artisan
tempatan yang memiliki kedai-kedai sendiri. Rom telah mengeksport wain, gelas,
emas dan kain linen .

Tamadu Barat

Di Eropah, pada zaman Pertengahan Awal atau Zaman Gelap (500-1050M)


perkembangan ekonominya merosot sekali tapi mulai pulih pada penghujung
zaman Pertengahan (1050-1300M). Ketika itu orang gasar telah membuka
kawasan baru untuk petempatan dan pertanian. Akibatnya ialah berlaku
perubahan dalam bidang ekonomi dengan bertambahnya penduduk, bandar-
bandar baru berkembang, perdagangan maju dan wang digunakan dengan
meluas menggantikan sistem barter. Pertanian dan ternakan yang diusahakan
secara sara diri telah berkembang secara komersial. Kehadiran kuasa Islam di
Afrika Utara pula telah meningkatkan perdagangan antara bangsa. Perang Salib
yang berlaku di Timur Tengah selama 200 tahun telah membuatkan masyarakat
Eropah bersatu. Keadaan ini telah mengukuhkan kedudukan raja dan raja telah
memerosotkan kedudukan golongan bangsawan dan gereja Feudalisme
sebenarnya telah berkembang secara beransur-ansur pada tahun 900-1300M di
Eropah). Pada zaman Pertengahan Lewat ekonomi Eropah merosot kembali.
Ketika Eropah mengalami zaman Renaisssance/Zaman Pemulihan (revolusi
intelektual berasaskan pemulihan ilmu pengetahuan tamadun purba Yunani dan
Rom antara tahun 1350-1550M),perdagangan telah wujud antara Itali Utara
dengan pedagang Islam di Iskandariah dan Baghdad. Ini bermakna ketika itu
perdagangan antara bangsa telah rancak dijalankan. Selepas gerakan
Renaissance, sistem ekonomi kapitalis semakin penting.
Akibat dari gerakan Reformation ( gerakan pembaharuan agama yang
berlangsung antara tahun 1517 hingga pertengahan kedua kurun ke-16) yang
melanda Eropah , golongan menengah memperolehi banyak harta rampasan
tanah gereja. Golongan pedagang yang sebelum itu tertekan dengan undang-
undang gereja ( gereja melarang pinjaman wang berdasarkan faedah) kini telah
berupaya bergiat dalam perdagangan apabila amalan riba dibenarkan. Apabila
pedagang bertambah kaya, muncullah golongan kapitalis ( golongan yang ada
modal untuk dilaburkan). Mereka terdiri daripada pemilik kilang, tanah dan
lombong. Mereka ingin mendapat keuntungan dari pelaburan mereka di
kawasan-kawasan baru. Mereka telah menaja beberapa ekspedisi untuk
menjelajah di kawasan luar Eropah. Sehubungan dengan penubuhan negara-
negara bangsa, raja-raja bangsa telah mengamalkan suatu dasar ekonomi baru
yang dikenali sebagai Mercantilisme. Mercentilisme ialah sistem yang
mementingkan kekayaan dan dalam usaha itu ia membawa kepada penguasaan
koloni, pembebasan individu daripada kongkongan abstemiouness
(kesederhanaan) dan ‘accesticm’ yang mendominasi pemikiran zaman
pertengahan. Pada awal zaman Pertengahan (500-1000M) adlah menjadi satu
kesalahan mengumpul kekayaan. Dalam ekonomi wang atau kapitalisme
(Mercantilisme), pengumpulan wang tidak dapat dielakkan. Perkembangan ini
adalah sesuatu yang baru berbanding dengan zaman Pertengahan yang
menyeru kepada kesederhanaan. Pemikiran St.Augustine melalui ‘City of God’
mendominasi fikiran masyarakat Eropah untuk satu jangka masa yang lama.
Sebaliknya zaman Renaissance telah menyemai ciri-ciri individualisme,
humanisme, kritikal yang menghalalkan pengumpulan kekayaan. Raja-raja
negara bangsa mula menjadi pelopor perkembangan kapitalisme untuk
mengukuhkan kedudukan mereka. Di bawah dasar ini setiap negara bangsa
mula berlumba-lumba untuk mengumpul kekayaan. Kekuatan sesebuah negara
ditentukan oleh jumlah emas dan perak yang dikuasai. Pemimpin negara pada
zaman ini mempercayai yang kekayaan dapat menjamin politik. Untuk tujuan
tersebut, pelayaran-pelayaran ke seberang laut digalakkan oleh raja-raja negara
bangsa. Permulaan pelayaran-pelayaran ini telah memulakan sejarah dunia
Eropah.

Penemuan-penemuan kawasan baru ini telah memulakan persaingan di


kalangan negara bangsa untuk mengukuhkan kedudukan dan supremasi
mereka. Ini membawa kepada pengenalan beberapa akta dan undang-undang.
Antaranya Akta Perkapalan 1650, ‘Apprentice Act’ 1563, ‘Poor Law’ 1600 dan
lain-lain. Kesemuanya bermotif untuk melindungi industri dan perkapalan negara
induk daripada persaingan negara-negarajiran. Ini menyebabkan peperangan
menjadi satu fenomena biasa pada zaman ini. Penemuan-penemuan geografi ini
juga membawa kepada kemerosotan bandar-bandar Itali seperti Venice dan
Genoa. Sebaliknya negara-negara di blok Atlantik mula menjadi penting.
Antaranya ialah negara Sepanyol. Portugal, England, Perancis dan Belanda.
Selari dengan perubahan-perubahan dari segi erbandaran yang berlaku di
Eropah, peranan nstitusi bank juga turut berubah. Pada awal zaman
Pertengahan,urusan bank adalah secara eksklusif menopoli bandar Itali. Selepas
tahun 1500, bangsa Perancis, Inggeris dan Jerman menyertai Itali dalam
merebut peranan ini. Pelayaran-pelayaran ke seberang laut ini seterusnya
mencetuskan perebutan untuk menguasai tanah jajahan antara negara-negara
Eropah untuk membina empayar di merata dunia. Sepanyol mula membina
empayarnya di barat, Portugas pula bertindak ke timur. Pada tahun 1494 Pope
membuat garisan dalam peta dunia membahagikan tanah-tanah untuk kuasa
Portugal dan Sepanyol melalui Perjanjian Tordessillas. Namun begitu cara ini
tidak berjaya menyelesaikan perselisihan mereka, sebaliknya permusuhan
negara-negara Eropah berlanjutan. Sesungguhnya perubahan-perubahan dalam
bidang ekonomi ini telah menyediakan Eropah untuk bergerak ke zaman yang
lebih mencabar pada abad-abad seterusnya. Berhubung dengan penjelajahan
kuasa-kuasa Eropah ke Asia Tenggara, beberapa faktor telah mendorong
mereka berbuat demikian. Antaranya ialah kewujudan zaman Rennaissance di
Eropah itu sendiri telah menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan bangsa Eropah
terhadap dunia luar. Begitu juga dengan kesan Perang Salib iaitu apabila
pengaruh tamadun Islam meresapi tamadun Eropah menyebabkan bangsa
Eropah bersemangat untuk menjelajah. Penawanan Konstantinople oleh orang-
orang Turki pada tahun 1453 telah menyekat perjalanan orang-orang Kristian ke
timur telah menimbulkan azam kepada mereka untuk mencari jalan baru dan
memecahkan monopoli perdagangan orang-orang Islam dan saudagar Itali.

Tamadun Alam Melayu

Kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu tediri daripada kerajaan agraria


(kerajaan ini terletak di kawasan pedalaman dan sungai-sungai utama yang
ekonominya berasaskan pertanian) dan kerajaan maritim ( kerajaan yang
terletak di pesisiran pantai yang memberi tumpuan kepada perdagangan dan
kegiatan yang berkaitan dengan laut).

Kerajaan agraria (seperti Kerajaan Dvaravati di Lembah Sungai Chao Phraya,


Kerajaan Funan di Lembah Mekong dan Kerajaan Angkor di Lembah Mekong)
menghasilkan hasil pertanian (seperti padi) , hasil hutan (seperti damar, kapur
barus, rotan, pencelup) dan perlombngan.Perdagangan dijalankan secara tukar
barang.

Kerajaan maritim pula memperolehi barangan dari kerajaan agraria dan


kemudiannya menjalankan perdagangan entrepot. Perdagangan antarabangsa
dijalankan melalui pelabuhan entrepot seperti pelabuhan Oc-eo di Funan,
pelabuhan Ko-ying di Sumatera dan pelabuhan lembah Bujang di Kedah.
Barangan yang didagangkan ialah rempah ratus, hasil hutan, cendana,
damardan ubat-ubatan. Perdagangan dijalankan secara tukar barang dengan
pedagang India, China, Arab dan Eropah.

Kerajaan Kedah Tua menjalankan kegiatan ekonominya melalui pelabuhannya di


Lembah Bujang. Pelabuhan ini mengumpulkan barang dagangan tempatan
seperti hasil hutan, pertanian dan perlombongan. Kerajaan ini membuat
hubungan perdagangan dengan China (barang seramik), Timur Tengah seperti
Arab, Parsi (barangan gelas kaca dan manik) dan India.

Kerajaan-kerajaan lain yang menjalankan aktiviti perdagangan ialah Srivijaya,


Majapahit dan Melaka apabila kerajaa-kerajaan tersebut menguasai jalan laluan
timur-barat iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda.

4.2 Pembangunan Ekonomi

Pembangunan ekonomi di sini merujuk kepada prasarana ( perhubungan,


pengangkutan, institusi kewangan, gudang, limbungan, kemudahan-kemudahan
pelabuhan dan bazar) dan juga sistem kewangan ( cukai, dan
perbendaharaan).

Tamadun Mesopotamia

Mesopotamia membuat perhubungan perdagangan dengan kawasan berdekatan


menggunakan jalan darat iaitu menggunakan keldai, manakala hubungan
dengan negara luar seperti India dan Mesir melalui jalan perhubungan laut.
Sejak tamadun awal lagi, Mesopotamia memang terkenal sebagai pencipta roda
yang pertama dan membuat kapal layar. Sungai juga merupakan jalan
pengangkutan untuk ke utara. Dalam urusan perniagaan, mata wang syiling tidak
digunakan tetapi menggunakan ketul-ketul perak (nilai berdasarkan berat). Emas
juga digunakan (nilainya 15 kali ganda dari perak). Sistem bank telah wujud
dalam tamadun Mesopotamia dan urusannya dijalankan di rumah berhala. Kadar
faedah/bunga dikenakan sebanyak 20%. Mesopotamia juga mengenakan cukai
ke atas hasil ekonomi dan pedagang-pedagang. Cukai kerajaan dibayar di
rumah berhala dan cukai boleh dibayar dalam bentuk barang dan ia disimpan di
dalam stor yang disediakan berhampiran rumah berhala.

Tamadun Mesir

Perdagangan banyak dilakukan melalui laut kerana kedudukannya berhadapan


dengan Laut Mediterranean. Lagipun, sejak dahulu kala lagi orang Mesir mahir
menggunakan jalan air melalui Sungai Nil dan mahir dalam membuat kapal..Buat
beberapa lama, orang Mesir hilir mudik di Sungai Nil dengan sampan-sampan
(dibuat dari kayu dengan kain layar dan dayung; belayar dengan mendayung)
hingga ke Laut Mediterranean. Memandangkan bumi Mesir yang tandus kecuali
di Lembah Nil, perhubungan secara darat memang terhad. Pada zaman
Kerajaan Purba/Lama, barang-barang diangkut cara darat melalui Sinai
(tembaga dan kayu dan dari Nubia dibawa gading, emas, gam wangi dan bulu
kasyawari. Pada zaman empayar, kapal-kapal digunakan. Dari selatan dibawa
masuk gading, kayu arang, emas, setanggi, celak, baboon, anjing, kera, kulit
binatang dan orang asli. Pelabuhan Iskandariah adalah di antara pelabuhan
perdagangan utama di Mesir. Mesir memang terkenal dengan limbungan
kapalnya. Kemudahan-kemudahan kapal disediakan. Bazar-bazar juga muncul
bagi memenuhi keperluan perdagangan. Ketika Mesir diperintah oleh raja-raja
Ptolemy, bank-bank telah dimiliknegarakan. Tkstil dan minyak dimonopoli oleh
golongan diraja. Semua tanah tanaman jagung dikehendaki membayar cuckai
kepada raja.. Pada zaman itu, apa sahaja yang boleh dikenakan cukai telah
dikenakan cukai seperti cukai mati, cukai jualan hamba abdi, cukai lembu, cukai
pengundian, cukai eksport dan import di pelabuhan.

Tamadun India

Sistem pengangkutan pada peringkat awal ialah dengan menggunakan unta,


gajah, kuda, keldai iaitu secara kafilah menggunakan jalan darat. Apabila
perdagangan berkembang, jalan laut yang menggunakan kapal digunakan.
Perdagangan dijalankan dengan Mesopotamia. India terkenal dengan sistem
timbangannya yang seragam sejak zaman tamadun awal lagi. Dari segi cukai,
pada zaman Asoka dari Dinasti Maurya, Asoka telah memperkenalkan cukai
tanah dan cukai ke atas hasil seperti cukai pengeluaran pertanian, cukai
pengeluaran barang-barang dagangan, cukai jalan, dan cukai pinjaman. Cukai-
cuckai itu ditetapkan dengan kadar tertentu. Misalnya, cukai pengeluaran
ditetapkan 1/6 daripada jumlah pengeluaran dan mungkin akan berubah
kadarnya. Hasil cukai itu digunakan untuk pembinan sistem pengairan, jalan
raya, bangunan-bangunan, tempat-tempat adat di samping sebagai sumber
kepada raja.

Tamadun China.

Alat pengangkutan yang digunakan di negara China bagi mengangkut


barang-barang ialah kuda dan gajah. China dapat menjalankan
perdagangan dengan negara-negara sebelah barat melalui jalan darat yang
merentangi Asia Tengah (jalan sutera). Perdagangan melalui jalan laut di
selatan dilakukan apabila jalan darat didapati tidak selamat dan China
banyak menggunakan jalan laut semasa berdagang dengan Alam Melayu.
China juga mengenakan cukai dalam perdagangannya iaitu ketika di bawah
pemerintahan Shih Huang Ti. Liu Pang, pengasas Dinasti Han pula telah
mengurangkan cuckai-cukai ke atas hasil pertanian dalam usaha
menggalakkan perkembangan pertanian. Semasa China diperintah oleh
Han Wu Ti dari Dinasti Han, beliau telah mewujudkan kembali sistem
monopoli kerajaan atau sistem lesen ke atas pembuatan dan penjualan
barang-barang tertentu yang pernah dipraktikkan pada zaman Dinasti Chin.
Pada tahun119SM Wu Ti memperkenalkan kembali monopoli kerajaan ke
atas garam dan besi yang merupakan kegunaan utama. Beliau kemudian
menambah monopoli atau sistem lesen ke atas minuman keras. Maharaja
Dinasti Han turut membina jalan raya untuk memajukan bidang ekonomi
China. Dari segi penggunan mata wang, pada peringkat awal, china
dmenggunakan wang kulit siput. Ekonomi wang yang diperkenalkan pada
zaman Dinasti Chou itu telah meningkatkan lagi perdagangan dan kegiatan
perindustrian China. Maharaja Shih Huang Ti dari Dinasti Chin pula telah
memperkenalkan mata wang dari tembaga. Pada zaman Dinati Han, mata
wang yang digunakan ialah wang emas dan perak..

Tamadun Greek

Athens mengenakan cukai import dan eksport yang rendah.. Sebahagian


besar perdagangan Athens dilakukan melalui jalan laut kerana jalan-jalan
darat ketika itu amat mundur.

Tamadun Rom

Rom terkenal dengan sistem jalan rayanya yang baik dan ini membolehkan
perdagangan berjalan lancar. Di setiap daerah, maharaja membaiki dan
membina rangkaian jalan raya yang diturap. Pada zaman Augustus iaitu
zaman Rom berada dalam keadaan aman, perdagangan berjalan dengan
baik. Perdagangan berlaku antara Laut Hitam dengan Sepanyol. Bandar-
bandarnya berbentuk kosmopolitan. Bandar-bandar di Rom menjadi
tumpuan pedagang-pedagang dari Syria, Greek, Sepanyol dan Afrika. Laut
Mediterranean menjadi lebuh raya penting menghubungkan kawasan
tengah Empayar Rom. Pelabuhan-pelabuhan Rom menyediakan limbungan
kapal dan kemudahan pelabuhan yang baik untuk kapal-kapal yang
berlabuh. Rom telah mengenakan cukai ke atas kawasan-kawaan yang
ditawan.

Tamadun Arab

Di Semenanjung Tanah Arab , bazar-bazar tempat menjalankan aktiviti


ekonomi telah muncul. Antara yang terkenal di Hijaz ialah Zul Majaz, Ukaz
dan al- Majannah. Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan pelabuhan
di Yaman (pelabuhan Adanah dan Aden), Teluk Parsi (pelabuhan Ubullah
dan Sirah) dan Laut Merah(pelabuhan Syuaibah). Orang-orang Arab
menggunakan jalan laut untuk berdagang ke India, China dan Asia
Tenggara. Di Semenanjung Arab sendiri mereka menggunakan jalan darat
cara kafilah (menurut al-Tabari, besarnya satu-satu kafilah itu ialah antara
500 hingga 1,000 ekor unta) kerana muka buminya yang berpadang pasir
dan untuk keselamatan. Kafilah-kafilah ini keluar dengan kelengkapan,
persediaan dan kewaspadaan yang besar didahului dengan pengintip-
pengintip yang lebih dahulu menyelidik keadan-keadaan di jalan, disertai
oleh petunjuk-petunjuk jalan dan pengawal-pengawalnya yang menjaga
keamanan kafilah-kafilah. Semasa Mekah di bawah pimpinan Qusai bin
Kilab, cukai yang dikenali sebagai Rafadah telah dikenakan ke atas orang-
orang yang berkemampuan yang datang menunaikan haji. Kutipan cukai itu
digunakan untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin yang
datang menunaikan haji atau lain-lain upacara agama di Kaabah. Satu lagi
bentuk cukai yang dikenakan ke atas sesatu puak atau orang perseorangan
yang inginkan jaminan keselamatan dipanggil Amwal Muhajjarah. Bayaran
itu dikenakan semasa memasuki Mekah untuk mengunjungi Kaabah.
Bentuk cukai yang dipanggil Harim pula dikenakan kepada orang asing
yang mengerjakan haji. Cukai ini bukanlah dalam bentuk wang tapi mereka
dikehendaki memberi beberapa helai pakaian/jubah atau binatang korban.
Selain dari cara tersebut, orang Arab juga memperolehi hasil cukai dengan
mengenakan bayaran ke atas pedagang-pedagang yang melalui kawasan
mereka. Ini banyak dilakukan oleh orang-orang Mekah dan Yamamah
kerana tempat tersebut terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara
Yaman, Syam dan Hirah.Orang-orang Arab juga mengamalkan riba dalam
aspek pinjaman dan berjudi bagi mendapatkan wang cara mudah.

Tamadun Barat

Di kawasan Barat pula, selepas berakhirnya zaman gelap iaitu menjelang


pertengahan kurun ke-15,raja memantapkan kedudukannya dengan
mengenakan cukai. Apabila ekonomi berkembang, pelbagai jenis cukai
dikenakan. Sebelum zaman gerakan Reformation (1517 hingga ke-
pertengahan kedua abad ke-16) telah wujud institusi kewangan. Semasa
golongan gereja begitu berkuasa di Eropah, undang-undang gereja telah
menetapkan larangan amalan meminjam wang berdasarkan faedah. Ini
menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan golongan pedagang . Mereka
berasa iri hati terhadap gereja yang memiliki harta dan tanah yang banyak.
Mereka bersedia menyokng sebarang gerakan yang dapat mengurangkan
kuasa dan kekayaan gereja..Golongan reformis telah bangkit
memperjuangkan tuntutan golongan pedagang bagi membenarkan semula
amalan riba itu. Perjuangan itu berjaya dan pedagang-pedagang dapat
menjalankan perdagangan mereka dengan luas hingga ke tempat-tempat
baru (dengan menaja peneroka). Penggunaan wang dalam urusan
perdagangan telah memesatkan lagi ekonomi Eropah. Institusi bank telah
berkembang pesat di Itali . Bank yang terbesar dikuasai oleh keluarga
Medici di Florence. Bentuk pinjaman bank adalah serupa pajak gadai
(contohnya, raja meminjam dengan cagaran mahkota permata). Saudagar
di bahagian utara Itali yang kaya telah bangun menentang larangan gereja
terhadap riba bank.Venice dan Genoa mempunyai bank mereka sendiri
yang kemudian membiayai pelayaran-pelayaran penjelajahan. Di Lombardy,
England urusan bank antara bangsa telahpun berkembang secara besar-
besaran menjelang kurun ke-14. Pada kurun ke-14 dan 15 pusat
perdagangan Eropah telah beralih ke utara apabila orang Turki
memutuskan sebahagian perdagangan di Venice. Contohnya, di Belanda
telah muncul keluarga Fuggers pada kurun ke-16. Mereka paling terkenal
dengan perniagaan bank yang merupakan pengasas kepada Bank
Rothschilds. Pada tahun 1609 Belanda telah menjadi tumpuan para
pedagang. Pada tahun 1694 England mengorak langkah menubuhkan lebih
banyak bank.

Tamadun Melayu

Di Alam Melayu , pelabuhan-pelabuhannya dilengkapi dengan kemudahan-


kemudahan asas seperti tempat penginapan, bekalan air, membuat dan
membaiki kapal,gudang dan kawasan berniaga. Perdagangan dengan
China menggunakan jalan laut kerana jalan darat tidak selamat.
Sememangnya perdagangan di alam Melayu ini banyak bergantung dengan
jalan perhubungan laut. Bukti-bukti menunjukkan bahawa orang-orang di
rantau ini mahir dalam pelayaran dan membuat kapal.Dari segi sistem
kewangan, Kerajaan Srivijaya, Majapahit dan Melaka umpamanya telah
mengenakan cukai ke atas pedagang yang melalui Selat Melaka dan Selat
Sunda dan cukai perniagaan. Pada peringkat awal perdagangan, sistem
barter digunakan tetapi kemudian kulit siput geweng dijadikan mata wang.
Nilainya bergantung kepada saiz dan jenis siputnya. Selepas itu bahan-
bahan logam seperti bijih timah, emas dan perak dalam bentuk ketulan
digunakan. Mata wang emas diperkenalkan oleh pedagang-pedagang
China, India dan Arab di Melaka pada abad ke-16. Wang Syiling digunakan
selepas kedatangan orang-orang asing.

Tema 5: Pendidikan

5.1: Konsep Pendidikan

i. Berikan konsep pendidikan mengikut kronologi relatif perkembangannya


dalam tamadun awal.
ii. Jelaskan maksud atau konsep pendidikan yang berasaskan akal dan
pancaindera yang melahirkan pendidikan berbentuk

a. agama
b. sekular di dalam tamadun awal manusia

5.2: Dasar Pendidikan

Huraikan dasark pendidikan yang wujud dalam tamadun awal dengan


memberi perhatian kepada:

a. Matlamat dan peringkat


b. Proses asal usul perkembangannya
c. Perubahan, kesinambungan dan perkembangannya.
5.3: Institusi Pendidikan

i. Senaraikan jenis-jenis institusi yang terdapat dalam tamadun awal


manusia. Antaranya ialah di tempat ibadat, istana, rumah guru, sekolah,
kolej dan universiti (contohnya : India di Nalanda)
ii. Tunjukkan dalam tamadun manakah satu-satu jenis institusi yang
disenaraikan itu wujud.
iii. Galurkan asal usulnya dan perkembangannya
iv. Tunjukkan cara bagaimana pendidikan itu disampaikan sama ada secara
formal atau tidak.

5.4: Kurikulum

i. Senaraikan bidang yang diperkenalkan di institui pendidikan dalam


tamadun awal
ii. Jelaskan konsep bidang-bidang sedemikian dititik berat
iii. Galurkan asal usul dan perkembangannya
iv. Senaraikan bidang-bidang ko-kurikulum yang diperkenalkan di institusi
pendidikan
v. Jelaskan kenapa ia diperkenalkan
vi. Galurkan asal usul dan perkembangan
vii. Jelaskan konsep disiplin dalam pendidikan di tamadun awal
viii. Tunjukkan bentuk disiplin yang dipraktikkan

Tamadun Greek

Greek mempunyai dua buah bandar besar iaitu Sparta dan Athens yang
mempunyai dasar pendidikan yang berlainan. Di Sparta, pendidikan adalah
tugas negara. Kaum lelaki adalah menjadi milik negara. Setelah seorang ibu
melahirkan anak, bayi itu akan diserahkan kepada suatu Jemaah Kaum Tua
( Council of Older People). Di sini bayi itu akan diperiksa dengan teliti untuk
memastikan sama ada akan menjadi seorang yang tegap, kuat dan sihat bila
dewasa nanti. Mereka berpendapat bahawa orang yang lemah tidak boleh
menjadi benteng negara. Jika seseorang bayi itu tidak dapat memenuhi syarat-
syarat tertentu , maka bayi itu akan dibunuh atau akan dibuang di pergunungan
atau tempat yang terpencil dengan tujuan kanak-kanak itu akan menemui ajalnya
dengan sendiri atau dimakan oleh binatang buas. Sebaliknya, jika kanak-knak itu
memenuhi syarat-syarat yang ditentukan dan dijangka akan menjadi seorang
yang berguna kepada untuk masa hadapan, kanak-kanak itu akan diserahkan
semula kepada ibu bapanya untuk dijaga hinggalah berusia 6 tahun. Bila telah
mencapai umur 6 tahun dia akan dihantar ke tempat pendididkan khas yang
dinamakan ‘Badan Kebajikan Masyarakat’. Di situlah dia diberi makan dan
pendidikan yang secukupnya. Dari umur 8 tahun hingga 18 tahun, kanak-kanak
yang tinggal diberek awam itu diberi latihan fizikal seperti berlari, melompat,
bergusti, bertinju dan sebagainya. Dari umur 18 tahun hingga 20 tahun, dia akan
diberi latihan-latihan untuk menghadapi peperangan. Apabila umurnya meningkat
ke-30 tahun, dia diberi tugas untuk mengawal tempat-tempat yang telah
ditentukan oleh pemerintah bagi menghadapi sebarang kemungkinan atau
ancaman kepada negara. Kanak-kanak perempuan juga diberi pendidikan
menguatkan fizikal supaya menjadi sihat dan tegap agar dapat melahirkan
keturunan yang sihat dan kuat bila berkahwin nanti.

Tujuan pendidikan di Sparta jelas sekali untuk mendidik kanak-kanak supaya


menjadi seorang yang berani, tunduk kepada tatatertib, taat kepada pemimpin
dan dapat menahan nafsu dan cinta kepada negara. Bagi mencapai tujuan
tersebut, cara yang dilakukan ialah:

a. memberikan pendidikan jasmani yang keras bagi membentuk tubuh yang


kuat dan tahan menderita
b. memberikan pendidikan bidi pekerti untuk mendapatkan sifat-sifat taat,
patuh, sederhana, tahu menahan nafsu dan cinta kepada negara.
c. Mengabaikan pendidikan rohani.

Di Athens pula peluang pendidikan diberikan kepada semua golongan, cuma


bagi golongan kelas bawahan mereka hanya berpeluang mendapat pendidikan
membaca dan jasmani sahaja. Warga Athens menitikberatkan pendidikan ilmu
pengetahuan. Seseorang itu akan menjadi warganegara yang baik jika dia
mempunyai ilmu pengetahuan. Pada peringkat awal, kerajaan tidak mengambil
berat dalam mendidikan sekolah dan membiayai kanak-kanak miskin dan juga
membayar gaji guru. Pendidikan kanak-kanak diusahakan oleh ibu bapa kanak-
kanak itu sendiri. Dari lahir hingga berumur 7 tahun kanak-kanak itu dijaga oleh
ibu bapanya. Bila berumur 7 tahun, mereka mula berguru mengikut bidang yang
dipelajari. Seorang guru untuk satu bidang. Corak pengajaran terpulanglah
kepada guru itu sendiri. Pelajaran diberi di bilik khas yang disediakan oleh guru
mereka. Gaji guru dibayar oleh ibu bapa mereka dan nilai bayaran itu
terpulanglah kepada taraf kedudukan dan kemampuan ibu bapa. Bila berumur 11
tahuyn, mereka menduduki ujian yang berupa ujian jasmani dan akal. Jika
berjaya, mereka akan diletakkan dalam golongan warganegara dalam latihan
(Citizen-cadet). Pada tahap ini mereka menjalani latihan tentera selama 2 tahun.
Pada akhir latihan ini mereka akan menduduki ujian dan jika lulus, mereka akan
disahkan menjadi warganegara penuh ( full citizenship), sistem pendidikan begini
telah melahirkan ramai ahli falsafah. Dengan itu jelaslah bahawa tujuan
pendidikan di Athens adalah untuk mencapai keseimbangan antara rohani dan
jasmani – hidup dengan harmonis. Setiap warganegara hendaklah setia kepada
negaranya.

Tamadun Rom

Sejarah pendidikan Rom mempunyai 3 peringkat iaitu:


a. pendidikan zaman kuno (530 SM – 250 SM)
b. pendidikan zaman peralihan (250 SM – 159 SM)
c. pendidikan zaman baru/moden (zaaman keemasan dan zaman
kemerosotan)

Pada zaman Rom kuno, tidak terdapat sekolah sebagai institusi pendidikan.
Kanak-kanak dididik di rumah. Mereka belajar mematuhi dan mencontohi orang
tuanya dalam segala hal terutamanya kelakuan. Pada kira-kira tahun 450 SM
barulah wujud sekolah untuk belajar membaca dan menulis tentang agama dan
undang-undang negara ( yang terkenal pada masa itu ialah Undang-Undang Dua
Belas). Setiap kanak-kanak dikehendaki menghafal dan mengingat kandungan
undang-undang itu dan pelajaran undang-undang itu menjadi asas bagi
perkembangan kesusasteraan Roman masa itu. Pada zaman peralihan iaitu
pada peringkat permulaannya, sekolah rendah mula didirikan yang dipanggil juga
sebagai ‘Sekolah Sastera’. Sekolah ini belum dipengaruhi oleh pengaruh Greek.
Di sekolah ini kitab Odisa diajar kepada kanak-kanak yang ditulis dalam bahasa
Latin. Beberapa tahun selepas itu didirikan sekolah-sekolah pidato dan pelajaran
nahu Greek. Akhirnya sekolah-sekolah itu bertukar menjadi sekolah Latin. Pada
zaman baru/moden Rom iaitu di peringkat Rom mencapai zaman keemasan,
cara pendidikan Greek telah mempengaruhi pendidikan Rom hinggakan sekolah
nahu/berasaskan bahasa dan retorik yang dihasilkan dari kebudayaan Greek itu
telah berkembang pesat di Itali (hingga kezaman pemerintahan Julius Ceasar)
dan akhirnya telah menjadi sekolah rasmi dengan mendapat bantuan kewangan
dari pemerintah.

Tujuan sekolah-sekolah itu didirikan adalah untuk mengajar membaca dengan


secukupnya dan mengarang dengan teliti. Kanak-kanak itu juga diajar kitab-kitab
karangan penulis-penulis terkenal Rom, Greek dan Mesir Tua. Sekolah pidato
juga didirikan dengan tujuan untuk mendidik anak-anak muda yang meningkat
umur 15 tahun dan yang telah tamat pelajarannya di sekolah rendah. Mereka
yang belajar di sekolah ini kebanyakannya terdiri daripada kalangan yang ingin
bekerja sebagai peguam, ahli politik dan dalam jabatan-jabatan penting. Walau
bagaimanapun pendidikan serupa ini terhad di kalangan sedolongan kecil orang
Rom sahaja. Selain dari latihan pidato, terdapat juga pelajaran lain seperti
pelajaran mekanik, ilmu falak, ilmu falsafah, muzik dan nyanyian.Perlu
ditekankan di sini bahawa pada zaman republik Rom, kanak-kanak diajar
membaca, menulis, bermain pedang dan berenang oleh ibu bapa secara
peribadi. Pengajaran membaca biasanya dipertanggungjawabkan kepada
paedagogus (seorang hamba yang berfungsi sebagai pembimbing, penjaga dan
hamba kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka). Secara keseluruhannya,
pendidikan di Rom ini lebih menekankan kepada tiga kemahiran iaitu membaca,
menulis dan mengiraPada zaman kemerosotan Rom iaitu pada kurun Pertama
Masihi (zaman keruntuhan kerajaan republik), pendidikan turut merosot akibat
kelemahan kerajaan. Kerajaan yang lemah mengakibatkan kurang penekanan
atau perhatian terhadap bidang pendidikan.
Tamadun Mesir

Pendidikan dalam zaman tamadun Mesir purba telah wujud sejak 1000 tahun
sebelum Masihi lagi atau lebih ketara pada Zaman Pertengahan Mesir,
Pendidikan pada masa itu terbahagi kepada peringkat rendah dan menengah. Ia
dikelolakan oleh golongan agama. Dalam erti kata lain, sekolah terletak dalam
kuil yang juga dikenali sebagai ‘Sekolah Kuil’ yang dikatakan ada kaitan dengan
rumah kehidupan ( maksud rumah kehidupan ialah bangunan yang di dalamnya
disimpan dan tempat menyalin buku). Sekolah dalam tamadun Mesir purba
hanya untuk orang lelaki sahaja. Sekolah banyak terdapat di Memphis dan
Thebes. Selain dari padri, tenaga pengajar juga terdiri daripada penulis yang
ingin menambahkan pendapatan. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-
kanak Mesir tidak suka ke sekolah. Kebanyakan mereka lebih gemar belajar
berniaga daripada bapa mereka. Kanak-kanak perempuan pula menolong ibu
membuat kerja-kerja rumah. Bagi anak-anak kaum bangsawan, mereka diberi
pelajaran di rumah. Bila mereka remaja, mereka didedahkan dengan pelajaran
intelektual, sosial dan rohani oleh orang dewasa untuk menjaga reputasi sebagai
orang yang lebih pandai.Tujuan pendidikan ialah menyediakan dan memberikan
berbagai pelajaran tentang kehidupan sehari-hari. Mata pelajaran yang dipelajari
ialah matematik, mekanik, binaan, ukiran, lukisan, muzik dan lain-lain lagi. Pada
peringkat Pendidikan Rendah, umur 6 tahun merupakan permulaan bagi
seseorang kanak-kanak menimba ilmu. Mereka belajar selama 6 jam sehari
sama ada di rumah ( guru dijemput datang) atau dihantar ke sekolah. Pendidikan
peringkat ini meluas sekali di Mesir. Ada ramai guru yang sanggup mengajar
secara sukarela dan telah berpuas hati dengan mendapat ganjaran yang sedikit.
Pelajaran yang diajar ialah membaca, menulis, dan mengira ..Mereka
mempelajari tiga bentuk tulisan Mesir dengan cara menyalin sahaja. Alat yang
digunakan untuk menulis ialah batu atau kepingan kayu yang diseliputi plaster
yang boleh dibasuh (guna semula)

Pada peringkat Pendidikan Tinggi, hanya golongan bangsawan dan atasan


sahaja yang berpeluang belajar pada peringkat ini.Kanak-kanak yang berusia 9
dan 10 tahun layak untuk memasuki peringkat tinggi ini.Pusat pendidikan ialah di
kuil-kuil yang terrdapat di bandar-bandar. Antara kuil yang masyhur ialah
Minfitah, Ra’, Amoon dan Musion. Musion merupakan sebuah sekolah tinggi di
Iskandariah dan menjadi tumpuan ahli falsafah dan ulamat dari Timur Tengah
dan Greek. Tujuan pendidikan peringkat tinggi ini ialah untuk membolehkan
penuntutnya menjalankan tugas sehari-hari di samping mendapat ilmu dalam
bidang pertukangan tangan dan kesenian. Penekanan diberi kepada pelajaran
tentang bagaimana hendak menulis surat, dokumen undang-undang dan belajar
mata pelajaran Sejarah, Kesusasteraan, Agama, Bahasa, Ukuran, Kejuruteraan,
Geografi, Simpan kira, Matematik, astronomi dan Perubatan. Bukti
menunjukkkan bahawa peperiksaan telah diadakan tapi tidak pasti di peringkat
mana. Penuntut-penuntut akan mengambil pelajaran yang ada kaitan dengan
kecenderungan atau minat mereka. Umpamanya, jika mereka meminati bidang
kesusasteraan, mereka akan belajar tulisan-tulisan Mesir purba seperti Hiroglafi,
Hiratiqi dan Demotiqi di samping Ilmu Falsafah dan Undang-undang. Bagi yang
meminati lapangan teknikal.. mereka haruslah mempelajari Ilmu Matematik, ilmu
berkaitan dengan alat-alatan, Sejarah dan Agama. Bagi yang meminati bidang
perubatan, mereka akan belajar Ilmu tubuh Badan, Jampi dan Sihir. Penuntut
yang meminati bidang agama, mereka akan mendalami kitab-kitab suci, hukum-
hukum agama, Ilmu Falak dan Matematik. Bagi pelajar yang tidak mampu,
mereka hanya mengambil satu atau dua mata pelajaran sahaja. Pelajar yang
miskin boleh mencari penaja dari kalangan orang kaya ubagi membiayai
pelajaran mereka.

Dalam soal menuntut ilmu ini, seseorang kanak-kanak itu dikehendaki belajar
menulis dan membaca. Oleh kerana tulisan Mesir purba merupakan lambang-
lambang, bagi menguasai tulisan tersebut kanak-kanak itu belajar dengan cara
meniru tulisan gurunya dengan menggunakan papan batu. Apabila mereka
mencapai tahap mahir barulah mereka menggunakan kertas.Sebagai latihan,
kanak-kanak itu dikehendaki menyalin rangkap-rangkap syair, potongan hikayat-
hikayat lama, ayat-ayat dari kitab-kitab suci dan lain-lain lagi. Penuntut-penuntut
itu dilayan dengan keras. Pelajar yang mengabaikan tugasan akan dihukum
dengan berbagai siksaan seperti dirotan atau dibelantan. Guru-guru pula bersifat
bengis. Dengan kesalahan yang kecil sahaja pelajar itu akan ditengking dan
dimaki hamun. Bagi kaum wanita, mereka hanya berpeluang belajar membaca,
menulis dan mengira pada peringkat rendah sahaja. Bagi wanita golongan
atasan, mereka didedahkan dengan pelajaran urusan rumah tangga. Lulusan
peringkat tinggi itu akan menjadi juru tulis, pengarang dan pedagang. Menjadi
juru tulis merupakan profesyen yang dipandang tinggi di Mesir kerana
kebanyakan penduduk Mesir adalah buta huruf dan juga kerana sistem kerajaan
masa itu yang mementingkan penyimpanan rekod. Juru tulis ini bekerjaan
dengan kerajaan dan diberi gaji yang tinggi.

Tamadun Mesopotamia

Dalam tamadun awal Mesopotamia, kuil bertanggungjawab terhadap


penyebaran pendidikan. Sekolah-sekolah wujud di dalam kuil. Di situlah kanak-
kanak belajar berbagai simbol dalam tulisan. Orang Sumeria menghantar anak-
anak lelaki mereka ke sekolah-sekolah. Kanak-kanak itu diajar membaca,
menulis dan mengira. Mereka menulis di atas tanah liat yang lembut ( yang boleh
dikepal, dibentuk semula dan diguna semula). Masa persekolah sangat panjang
dan disiplin amat ketat. Kanak-kanak itu dipukul jika tidak belajar. Pada zaman
kegemilangan Baylon di bawah pemerintahan Hammurabi mereka mengkaji ilmu
nujum dan dari ilmu ini mereka banyak mengetahui tentang ilmu bintang.
Khatulistiwa dibahagi kepada 360 darjah dan mencipta lambang 12 bintang.
Mereka amat percaya kepada pengaruh bintang ke atas kehidupan manusia.
Pusat-pusat memerhati bintang ditubuhkan di seluruh negeri dan buku-buku
yang popular tentang bintang sangat dikehendaki oleh orang ramai. Orang
Sumeria terkenal dengan kepakaran dalam matematik, astronomi, dan ukuran.
Mereka juga telah membuat kod undang-undang. Kalendar mereka berdasarkan
kepada bulan dan sebulan mengandungi 28 hari. Melalui kemahiran matematik,
mereka melahirkan dua sistem kiraan iaitu sistem decimal ( berdasarkan unit 10)
dan berdasarkan unit 60. Melalui sistem unit 60 mereka mengira bulatan dan
masa. Mereka merupakan orang yang pertama mencipta satu pusingan jam
mengandungi 60 minit dan bulatan 360 darjah.. Dalam ilmu perubatan, mereka
lebih jauh maju dari orang yang sezaman dengan mereka. Sekurang-kurangnya
500 jenis ubat telah digunakan pada masa itu. Doktor-doktornya menggunakan
alat-alat yang dibuat daripada gangsa. Kain ataupun kulit digunakan untuk
menuam.

Tamadun India

Tamadun Indus adalah tamadun terawal yang muncul di India ( berkembang


antara tahun 3000 SM hingga 25000 SM dan lenyap pada kira-kira tahun 1500
SM). Tujuan pendidikan pada masa itu ialah melahirkan manusia yang
alim.Pendidikan pada zaman itu berteraskan pelajaran yang terkandung di dalam
beberapa veda. Semua pengetahuan yang dipelajari adalah berkaitan dengan
agama. Pendidikan diwajibkan bagi semua yang ingin menjadi pendeta dan
pendidikan ini dikendalikan oleh pendeta. Apabila seorang pelajar telah
menerima benang yang dianggap suci, dia akan diletakkan di bawah jagaan
seorang guru selama 12 tahun. Pada masa itu pelajar tersebut akan menghafal
semua veda dan belajar tentang astronomi. Apabila dia tua maka pengetahuan
itu ditinggalkan dan hiduplah dia dalam alam pertapaan untuk mendapatkan
tingkat nirvana. Bahasa yang digunakan ialah Sanskrit. Apabila tamadun Indus
runtuh pada kira-kira tahun 1500 SM ( ada beberapa sebab seperti kerana banjir
dan pemusnahan hutan yang menambahburukkan lagi bencana banjir dan juga
serangan dan pembinasaan oleh orang-orang Arya) muncul pula tamadun Vedik
orang Aryan (1500 SM hingga 450 SM). Bangsa Aryan yang datang dari Lembah
Ganges dan tersebar ke selatan dan barat India itu telah memperluaskan lagi
pengetahuan tentang agama dan sains. Semua pengetahuan ini terkumpul
dalam sutra-sutra yang ditulis dengan mudah, pendek dan menarik untuk dihafal
oleh kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun. Pendidikan ini menolong
meluaskan pengetahuan tentang kesusasteraan, agama dan hal-hal yang
berkaitan dengan kehidupan manusia. Hasil kesusasteraan yang paling
terkemuka ialah Dharma Sutra yang menyentuh tentang adat istiadat, tingkah
laku dan undang-undang semasa. Perkara ini menjadi asas kepada buku
perundangan Manu moden. Apabila agama Buddha berkembang di India, kuil-
kuil memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu agama Buddha
khususnya semasa diperintah oleh Asoka. Perkemabangan pesat dalam bidang
agama ini telah memunculkan sebuah universiti di Nalanda, India Selatan yang
menjadi tumpuan pengkaji agama ini bukan sahaja di sekitar India malah dari
luar India seperti dari Nusantara .

Tamadun China
Tamadun awal China yang telahpun mempunyai tulisannya yang tersendiri itu
membolehkan orang-orang China pandai menulis dan membaca tetapi tehad di
kalangan golongan bangsawan sahaja. Orang-orang China tamadun awal juga
mempelajari dan percaya kepada ilmu nujum . TamadunChina sangat
menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusasteraan dan membenci
peperangan. Ibu bapa China lebih gemar anak-anak mereka mengikuti kurikulum
yang bercorak akademik dan apabila lulus terus memasuki peperiksaan awam
untuk bekerja sebagai pegawai kerajaan. Peperiksaan ini dijalankan di bawah
kawalan yang amat ketat dan jika berlaku penipuan, hukumannya ialah hukuman
mati. Perkembangan pendidikan di negara China membawa kepada kemunculan
ahli-ahli falsahanya dan sebab itulah sering dikaitkan dengan ajaran dan
pemikiran-pemikiran ahli-ahli falsafah mereka seperti Confucius, Lao-tze,
Chuang-tzu dan pendeta-pendeta agama Buddha. Dengan penyebaran agama
Buddha di negara China, terdapat segolongan yang berminat terhadap
pengkajian ilmu agama Buddha ini. Pengkajian dilakukan di kuil-kuil dan
kemudian cuba mendalaminya dengan menjelajah hingga ke India seperti
Hsuan-tsang. Pada zaman Dinasti Han, perkembangan ilmu menjadi bertambah
pesat. Di sinil muncul sarjana yang mengkaji buku-buku lama dan cuba
menghidupkan kembali kesusasteraan purba terutamanya oleh penyelidik-
penyelidik sejarah sarjana Han. Ahli-ahli sejarah juga membuat kajian tentang
zaman lampau melalui catatan-catatan yang tersimpan di istana. Dinasti Han
juga turut menghasilkan 3 buah kamus. Kelemahan Dinasti Han dan serangan
orang-oang tartar menyebabkan kemerosotan pendidikan di negara China.

Tamadun Arab

Masyarakat Arab terdiri daripada orang Badawi ( pedalaman) dan Hadhari (kota).
Bagi masyarakat Badawi, tujuan pendidikan ialah untuk melatih dan
menyediakan diri untuk kehidupan sehari-hari. Kanak-kanak dilatih membuat
pekerjaan orang tuanya seperti membuat tempat kediaman, melawan musuh dan
binatang buas.Pendidikan rumah tangga amatlah dipentingkan. Mereka
mempelajari cara-cara mencari makanan, membuat pakaian, bertukang dan
kesenian. Mereka juga diberi didikan akhlak dan belajar tentang syair, mengenal
keturunan, ilmu mengecam bumi, perubatan dan mengenal arah mata angin.
Oleh kerana masyarakat Badawi itu buta huruf, ilmu-ilmu itu dipelajari melalui
pengalaman dan percubaan sendiri serta meniru dari orang yang berhampiran
dengan mereka. Kaum wanita Badawi juga diberi peluang belajar bersyair,
berpidato, kesenian, rumah tangga dan lain-lain lagi.

Di kalangan masyarakat Hadhari, puak Amaliqah di negeri Iraq lebih terkenal


dengan pendidikannya. Tujuan pendidikan dalam masyarakat itu ialah untuk
melatih kanak-kanak dalam berbagai jenis pekerjaan dan pelajaran pertukangan
tangan sebagai punca mata pencarian pada masa akan datang. Terdapat dua
peringkat pendidikan di kalangan masyarakat ini iaitu pendidikan permulaan dan
pendidikan tinggi. Pendidikan permulaan dijalankan di semua tempat dalam kota
di Iraq.Kanak-kanak diajar membentuk tulisan dengan cara meniru apa yang
ditulis oleh guru mereka. Bentuk tulisan ialah gambar-gambar benda dan
lambang-lambang tertentu. Sekolah tinggi pula biasanya didirikan di rumah-
rumah berhala. Pada peringkat sekolah tinggi, penuntutnya diajar pelajara
mekanik, matematik, Ilmu Falak Ketuhanan, Ilmu Kejadian, Kediktiran, Seni
bangunan, Ukiran, lukisan, Kesusasteraan dan Sejarah. Di tempat-tempat lain di
tanah Arab seperti di Hijaz, tradisi penyebaran ilmu pengetahuan hampir tiada.
Majoriti masyarakatnya buta huruf. Dianggarkan hanya 17 orang sahaja yang
boleh membaca dan menulis..Mereka hanya mementingkan ilmu tentang
kehidupan sehari-harian seperti ilmu mengesan air, berperang, menilik nasib dan
seumpamanya.

Tamadun Melayu

Sebelum kedatangan Islam, Alam Melayu menampakkan kejahilan dari segi


pendidikan. Ilmu tidak dipentingkan. Pengaruh Hindu dan Buddha meresap ke
dalam kehidupan sehari-hari masyarakat di samping pengamalan kepercayaan
animisme. Pelajaran tidak formal diajar di rumah tentang kehidupan sehari-hari.
Pendidikan di sini lebih kepada pendidikan tidak formal ke arah penguasaan cara
hidup atau mendapatkan kemahiran menerusi pengamatan dan latihan. Kanak-
kanak mempelajari kemahiran daripada ibu bapa menerusi pemerhatian dan
latihan dalam bidang pertanian, perikanan, pertukangan dan kraftangan. Kanak-
kanak juga diajar perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan
kepercayaan, kelakuan, adat resam, sopan santun dan cara berkawan. Nilai-nilai
budaya murni diajar kepada kanak-kanak melalui cerita-cerita lisan. Kanak-kanak
mempelajari tentang pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan sosial.
Kanak-kanak diajar supaya tidak bersikap sombong, tamak atau berbohong.
Pendidikan informal juga diberi melalui pantun, peribahasa dan teka teki..Ada
juga yang mendalami agama Buddha di kuil. Srivijaya pernah muncul sebagai
pusat agama Buddha di rantau ini dan menjadi tapak untuk melangkah ke pusat
pengajian tinggi di India. Pendidikan secara formal mula diperkenalkan apabila
Islam berkembang di rantau ini dan ditegaskan lagi semasa Barat menguasai
tempat ini.

Tamadun Barat

Kejatuhan Empayar Rom pada kurun ke-5 telah membawa Eropah kepada
Zaman Gelap atau dikenali sebagai Zaman Pertengahan. Zaman ini berlangsung
selama 1000 tahun. Pada awal Zaman Gelap ini berlaku perpecahan politik,
kemerosotan ekonomi dan kongkongan agama Kristian ke atas masyarakat.
Agama Krisitian semakin berpengaruh dalam masyarakat Eropah. Pihak gereja
telah membekalkan ilmu pengetahuan terutama tentang kerohanian dan
persediaan untuk akhirat. Rakyat tidak digalakkan mementingkan keduniaan.

Menjelang kurun ke-11 dan 12 beberapa perubahan besar telah berlaku ke atas
masyarakat Eropah pada Zaman Gelap itu termasuklah dalam bidang
pendidikan. Pertembungan dengan orang Islam di Sepanyol banyak
mempengaruhi pendidikan di Eropah. Pada kurun ke-11 telah wujud universiti di
Cordova, Sepanyol. Dalam kurun ke-12 kebanyakan orang Sepanyol boleh
membaca dan menulis, berbeza dengan England atau Perancis pada masa yang
sama. Pada abad ke-13 pelajar-pelajar dari seluruh pelusok Eropah yang ingin
menuntut ilmu telah pergi ke gereja besar lama dan sekolah biasa. Para guru
telah menubuhka persatuan untuk mengendalikan pelajar mereka yang ramai itu,
sementara di kalangan pelajar juga telah menubuhkan persatuan untuk
meminjam guru-guru bagi membantu mereka. Persatuan ini dikenali sebagai
universiti. Dalam erti kata lain, konsep universiti di Barat pada peringkat awal
lahir sebagai kesatuan ahli-ahli akademik, guru dan murid. Di Perancis, Universiti
Paris (sekolah gereja) adalah sebuah sekolah yang dipandang tinggi.Sekolah ini
telah menetapkan peraturan untuk mengawal kelakuan pelajarnya dan maktab
yang berasingan disediakan sebagai tempat tinggal. Dengan mencontohi
Universiti Paris, Universiti Oxford di England telah ditubuhkan yang kemudian
telah menubuhkan cawangannya, Universiti Cambridge. Di universiti ini dan
universiti-universiti lain, gereja mengekalkan kuasa mengawalnya. Semua
tenaga pengajar di universiti-universiti itu adalah ahli gereja kerana pada Zaman
Pertengahan pendidikan terhad kepada golongan gereja. Mereka ini sering
dikenali sebagai ‘schoolmen’. Di semua universiti di Eropah, mata pelajaran
utama adalah sama. Tiga subjek utama yang diajar ialah tata bahasa (cara
membuat ayat), logik (cara untuk berfikir) dan retorik (cara untuk berucap). Ini
dinamakan ‘trivium’ atau ‘threefold course’. Di samping 3 mata pelajaran asas itu
terdapat juga ‘fourfold course’ (quardrivium), mata pelajaran yang berkaitan
dengan nombor seperti aritmetik, geometri, astronomi dan muzik. . Kemudian
barulah diajar tentang perundangan dan perubatan. Fakta yang diperolehi amat
terhad yang diambil dari pendapat penulis agung zaman lampau seperti
Aristitledan juga dari kitab Injil. Universiti Bologna di Itali berbeza dari universiti-
universiti tadi. Universiti ini diasaskan oleh penuntut sendiri dan bebas dari
gereja. Sumber semua ilmu dicedok dari zaman lampau. Penekanan kepada
pelajaran undang-undang, bukan teologi.

Menjelang tahun 1500 M, Zaman Moden Awal Eropah bermula dengan


berakhirnya Zaman Gelap. Benua Eropah mula menempuh perubahan dan
kemajuan dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Kebudayaan Eropah menempuh
satu tahap perkembangan dan peningkatan hasil daripada perhubungan dengan
masyarakat Islam di Timur Tengah. Pencapaian intelektual orang Arab dalam
pelbagai bidang seperti perubatan, algebra,astronomi dan geografi telah
mempengaruhi masyarakat Eropah.

Dalam abad ke-16 sekolah-sekolah telah diatur dan didisiplinkan mengikut cara
tradisi.Sekolah-sekolah banyak mengajar bahasa klasik yang begitu popular di
kalangan pelajar. Sekolah Grammer (satu-satunya sekolah kepunyaan Inggeris)
wujud di kebanyakan bandar. Selepas penindasan biara, setengah-setengah
gereja dan sekolah agama tua diterima semula oleh Raja Edward IV. Pedagang-
pedagang, orang profesional, anggota keluarga bangsawan dan gereja
menghantar anak lelaki mereka belajar di sekolah-sekolah ini. Di negeri-negeri
Katholik, biara-biara mengambil tempat mendidik kanak-kanak; golongan Jesiut
menganggap ini sebagai usaha penyebaran yang penting. Mereka juga
menubuhkan sekolah-sekolah yang tinggi standardnya.

Dalam abad ke-17 satu perubahan berlaku. Orang kaya dan berdarjat
menghantar anak-anak mereka kepada tutor persendirian. Kompromi antara
tutor persendirian dan guru sekolah grammer akhirnya telah melahirkan sebuah
sekolah istimewa yang dipanggil ‘sekolah publik’ iaitu sekolah untuk kanak-kanak
kelas pemerintah. Orang miskin tinggal mengikut cara mereka sendiri. Di
setengah-setengah bandar, anak lelaki buruh yang bijak mendapat pendidikan di
sekolah murah melalui derma tetapi cara ini bukanlah mudah. Umumnya
pedagang-pedagang mahukan anak lelaki mereka menerima biasiswa yang
diberikan oleh dermawan-dermawan.

Tema 6 : Intelektual

6.1 Konsep Ilmu

i. Jelaskan konsep ilmu dengan merujuk kepada pendapat ahli-ahli falsafah


Yunani, China dan Rom.
ii. Jelaskan konsep ilmu dengan merujuk kepada pendapat ahli-ahli agama.
iii. Jelaskan konsep ilmu mengikut pendapat golongan sekular di dalam
tamadun awal.

6.2 Sumber ilmu

i. Tunjukkan dari mana dan asal usul ilmu dan perkembangannya


ii. Rujukkan kepada contoh-contoh yang terdapat dalam tamadun awal
tentang sumber ilmu sama ada melalui akal dan pancaindera atau sumber
lisan dan tulisan melalui penelitian sejarah.

6.3 Perkembangan dan sumbangan

i. Tunjukkan melalui contoh sebenar bagaimana pertembungan berbagai


tamadun membawa kepada peningkatan aras keintelektualan. Contohnya
pertembungan antara tamadun Yunani dan Romawi, pertembungan
antara tamadun Greco Roman dengan Mesir dan Arab.
ii. Senaraikan asal usul perkembangan berbagai bidang ilmu seperti
falsafah, astronomi, matematik, astrologi, pertukangan, kejuruteraan,
perubatan dan undang-undang di dalam tamadun awal.
iii. Tunjukkan bagaimana bidang-bidang itu mempengaruhi perkembangan
bidang-bidang tersebut dalam tamadun manusia selepas 1800.
iv. Tunjukkan bagaimana kebangkitan dan perkembangan intelektualisme
dalam tamadun awal membawa kepada kelahiran aliran-aliran intelektual
berbentuk humanisme, nasionalisme, rasionalisme, individualisme dan
absolutisme dalam tamadun-tamadun tertentu.
v. Tunjukkan di mana dan bila aliran-aliran tersebut berkembang secara
relatifnya dalam tamadun awal.
vi. Tunjukkan pengaruh aliran tersebut kepada tamadun selepas 1800.

6.1 Konsep Ilmu

Pendapat ahli-ahli falsafah Yunani

Ahli-ahli falsafah dan pendidikan Yunani yang terkenal ialah Pythagoras,


Socrates, plato dan Aristotle.

Pythagoras (580 SM – 500 SM) menekankan latihan budi pekerti yang baik .
Katanya, budi pekerti yang baik lebih penting dari ilmu pengetahuan kerana
baginya semua orang cenderung kepada kejahatan. Beliau berpendapat, budi
pekerti diperolehi melalui pendidikan agama, seni suara dan ilmu pasti..
Pythagoras juga menekankan bahawa harmonis harus ada di mana-mana
sahaja dalam alam ini, antara Tuhan dan manusia, antara rakyat dengan
pemerintah, antara suami dengan isteri , antara orang tua dengan anaknya,
antara jiwa dengan raga, fikirann, perasaan dan kemahuan.

Socrates (470 SM – 399 SM) merupakan ahli falsafah dari Athens yang amat
masyhur. Beliau menekankan pendidikan budi pekerti. Beliau juga
mementingkan fikiran (ilmu pengetahuan).Socrates mengjar menusia supaya
berkelakuan dan berakhlak baik, berfikir dengan bijak dan mengjar dengan cara
yang menarik.

Plato (427 SM – 347 SM) merupakan ahli falsafah dari Athens dan anak murid
Socrates. Ideanya dapat ditimba melalui bukunya , ‘Republic’ Plato
berpendapat, manusia dijadikan Tuhan dengan kebolehan tertentu untuk
mempelajari sesuatu. Alam sekeliling penting untuk pendidikan. Untuk mendidik
kanak-kanak, haruslah disediakan alam sekeliling/ persekitaran yang sesuai
kerana melaluinya kebaikan boleh diperolehi. Dalam menyampaikan pelajaran
kepada kanak-kanak, kanak-kanak itu mestilah dilatih mengikut pelajaran yang
disukainya. Guru tertentu mengikut bidang harus disediakan. Umpamanya, jika
kanak-kanak itu ingin menjadi tukang kayu, dia hendaklah belajar dengan orang
yang pakar dalam pertukangan.

Menurut Plato, pendidikan haruslah menghasilkan tiga golongan manusia iaitu


Lehr, Nehr dan Wehr. Bila seseorang itu telah tamat pengajiannya, orang yang
dari golongan Lehr menjadi pemimpin, golongan Nehr menjadi pekerja dan
golongan Wehr pula menjadi tentera.Pembahagian ini adalah berdasarkan
kepada pembawaan bakat. Plato menginginkan perkara itu supaya tiap-tiap
golongan membuat sesuatu yang sesuai dengan potensi yang ada pada individu
tersebut sehingga akhirnya terbentuklah sebuah negara yang sejahtera dan
masyhur.

Dari segi organisasi sistem pendidikan, Plato membahagikannya kepada 3


peringkat iaitu rendah, menengah dan tinggi.Bagi peringkat rendah, beliau
menyarankan agar diajar mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan, muzik dan
latihan jasmani. Bagi peringkat menengah, kanak-kanak itu haruslah didedahkan
dengan pelajaran yang lebih luas lagi yang bersifat ilmu pengetahuan dan logik.
Mata pelajaran yang dicadangkan ialah Matematik, Geometri, Astronomi, Muzik
dan Kesusasteraan. Bagi peringkat tinggi yang merupakan lanjutan peringkat
menengah, pelajar-pelajarnya diberi latihan mentaakul (reasoning),mengguna
dan menganalisis kebenaran idea-idea yang diperolehinya. Pada peringkat inilah
ahli seni dan falsafah mendapat pendidikan. Matlamat pendidikan di sini ialah
untuk melahirkan ahli fikir yang bijak dan berguna kepad masyarakat.

Dari segi guru, Plato menyarankan agar diwujudkan jawatan guru ( pada masa
itu tiada jawatan guru khas. Yang ada hanya ahli falsafah/Sophist) dan diberi gaji
oleh pemerintah. Saranannya ini tidak diendahkan.

Aristotle (384 SM – 322 SM) merupakan anak murid Plato dan pernah menjadi
guru kepada Iskandar Zulkarnain. Pendapatnya berbeza dengan gurunya, Plato.
Beliau seorang yang berfaham realist sedangkan Plato berfaham idealis .
Menurut pendapat Aristotle, semua pengetahuan diperolehi dari luar iaitu melalui
pancaindera kerana padanya, manusia dilahirkan sebagai ‘tabula rasa’.

Aristotle berpendapat bahawa pemerintah hendaklah memerhati dan mengambil


berat tentang keadaan jasmani tiap-tiap orang kanak-kanak yang dilahirkan.
Kanak-kanak yang dilahirkan cacat hendaklah ditanam hidup-hidup kerana tidak
akan menguntungkan negara. Keluarga bertanggungjawab memberi pendidikan
kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun. Selepas itu kerajaan
harulah mengmbilalih mendidik kanak-kanak tersebut.Kanak-kanak itu akan
bersekolah dari umur 7 tahun hingga 21 tahun.

Beliau menyarankan mata pelajaran yang diajar kepada pelajar yang belum
meningkat remaja ialah Latihan Jasmani, Kesusasteraan dan Nyanyian/Muzik.

Pendapat ahli falsafah Rom

Falsafah orang Rom berdasarkan ajaran Stoisisme yang dibawa oleh Zeno dari
Yunani. Stoisisme menitikberatkan keadilan, keberanian, perikemanusiaan dan
tanggungjawab. Menurut falsafah ini, segala yang berlaku di alam semesta ini
dirancang oleh suatu kuasa ghaib. Baik dan buruk nasib sesaorang dipengaruhi
oleh dua unsur iaitu hubungan harmoni dengan alam.

Pendapat ahli falsafah China

Kemajuan kebudayaan bangsa Chicna yang berkembang pada zaman sebelum


masihi hingga ke hari ini benyak dipengaruhi oleh fikiran-fikiran dan ajaran-ajaran
ahli-ahli falsafahnya dan pendita-pendita agama Buddha.

Ajaran Confucius/Kung Fu-tze (551 –479 SM) menekankan tentang harga diri
dan perasaan kemanusiaan. Perasaan kemanusiaan menganjurkan 5 kebaikan
di dunia iaitu amanah, rajin, bersifat mulia, berbudi bahasa dan bermurah hati.
Rukun kemasyarakatan yang diajar Confucius ini telah menjadi falsafah rasmi
negara China. Ajaran Confucius dimuatkan dalam buku ‘Analekta’ yang ditulis
oleh pengikutnya.

Confucius berpendapat bahawa :

1. Kebajikan yang sempurna hendaklah menjadi cita-cita pada seorang


Chun-tze. Hal ini boleh dicapai melalui sifat sopan santun, ikhlas, murah
hati dan rajin.
2. Segala tingkahlaku hendaklah sederhana, mengikut jalan pertengahan.
Tiap-tiap orang harus bertindak mengikut peraturan.
3. Untuk negara hendaklah ada taat setia, untuk keluarga hendaklah ada
hormat dari yang muda kepada yang tua, untuk diri perseorangan
hendaklah dia mendidik diri sendiri.
4. Raja-raja pada zaman dahulu dapat memerintah dengan jayanya kerana
mengikut teladan yang baik. Oleh itu sekiranya kita mahukan sebuah
masyarakat yang sempurna kita hendaklah berpandukan masa lampau.

Dari pendapat Confucius tadi, beliau mahu menghasilkan:

1. Bapa yang jujur


2. Ibu yang setia
3. Anak yang menurut perintah
4. Pegawai yang rajin
5. Pemerintah yang jujur
6. Raja yang bijaksana
7. Perajurut yang berani.

Mencius/Meng-tze (372SM – 289SM) , murid Confucius berpendapat


bahawamanusia adalah semula jadinya baik dan boleh hidup bukan sahaja
dengan membuat kebajikan tetapi juga dengan rasa tanggungjawab.

Hsun-tzu yang juga murid Confucius agaka berlawanan pendapatanya dengan


Mencius. Dia berpendapat bahawa manusia semula jadinya adalah jahat dan
hanya boleh mencapai kesempurnaan melalui didikan akhlak dan pengawasan
manusia.

Lao Tzu dan Chuang Tzu telah membawa ajaran Taoisme. Ajaran ini dimuatkan
dalam buku ‘Tao Te Ching’ dan ‘Chuang Tzu’.Ajaran Taoisme menyarakan
supaya menusia tidak mementingkan keduniaan. Seseorang perlu mencari jalan
kebahagiaan dengan mengasingkan diri daripada peraturan duniawi. Dengan
cara itu seseorang akan hidup dengan aman tanpa gangguan. Menurut ajaran
ini, manusia harus hidup secara sederhana, memakan makanan tertentu,
menghafal kitab Taoisme dan melakukan meditasi. Taoisme berpendapat,
kerajaan yang paling kurang diperintah ialah kerajaan yang berkesan kerana
tidak banyak masalah. Fahaman yang menekankan perdampingan dengan alam
semulajadi mendorong pengikutnya meneroka ilmu sains dan teknologi.

Pendapat ahli agama

Gautama Buddha yang menjadi pengasas ajaran Buddha mempunyai pendapat


tersendiri tentang hdiup. Ajaran Buddha memilih jalan antara keseronokan dunia
dan hidup zahid yang berlebih-lebihan. Mementingkan diri sendiri adalah asas
kejahatan dan Buddha mengajar manusia supaya hapuskan keinginan mereka
kepada kesenangan material, memuaskan nafsu syahwat dan keagungan diri
yang kekal. Dia meletakkan ‘Lorong Lapan Lapis" untuk diikuti oleh muridnya.
Yang terpenting di dalamnya dipanggil ‘Lorong Arya’ iaitu pemikiran yang baik,
keinginan yang baik, perkataan yang baik dan kelakuan yang baik. Seorang
Buddha sejati menerima hidup yang suci, mengelakkan diri daripada
membunuh,menipu, berzina dan mencuri. Sebaliknya memberi sedekah dan
mencari ilmu pengetahuan dan kesucian sebagai cita-citanya.

Martin Luther (1483-1548M) berbangsa Jerman dan terkenal sebagai pembaru


agama Krisitian dalam gerakan reformasi di Eropah. Beliau banyak memberi
pendapat yang berkaitan dengan rumah tangga. Beliau berpendapat, dalam
pendidikan rumah tangga, ibu bapalah yang mempunyai tanggungjawab yang
penuh dan tidak sepatutnya diserahkan kepada orang gaji. Ibu bapa harus
mendidik supaya kanak-kanak itu pandai dalam hal keagamaan. Ibu bapa juga
mempunyai hak menghukum anak-anak mereka jika anak-anak itu tidak
mendengar nasihat mereka. Luther juga berpendapat bahawa pemerintah
haruslah memaksa tiap-tiap warganegara dalam negeri itu menghantar anak-
anak mereka ke sekolah.

John Calvin (1507 – 1569M) juga merupakan seorang pembaharu Protestan di


Geneve. Ajaran-ajarannya adalah mengenai agama, dan sopan santun yang
keras. Pokok ajarannya ialah manusia diselamatkan atau dihukum mengikut
pilihan Allah; semua pujian hanyalah kepada Allah.

Pendapat golongan sekular


Francis Bacon (1561-1626M) adalah seorang ahli falsafah berbangsa Inggeris.
Dasar pendidikan beliau menekankan kepada pengalaman dan induksi. Bagi
beliau, alam ini dipelajari melalui pancaindera untuk mendapatkan realiti. Dalam
erti kata lain, sesuatu realiti itu diperolehi melalui pemerhatian dan pendengaran.

John Amos Comenius (1592-1670) berbangsa Chekoslovakia . Dasar


pengajarannya berfokus kepada bagaimana menarik perhatian kanak-kanak
supaya minat kepada pelajaran dan menekankan tentang aktiviti murid-murid
seperti menyelidik dan mengalami sendiri, seterusnya mengamalkan apa yang
telah dipelajari.

J.John Locke (1632-1734M) merupakan seorang ahli falsafah dan pendidik


berbangsa Inggeris. Pendidikan baginya bertujuan untuk membentuk peribadi
yang bebas dan sesuai dengan kehendak-kehendak manusia dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk melatih akal dan fikiran supaya manusia dapat
mengawal nafsunya. Beliau berpendapat, seorang anak yang baru lahir itu
diumpamakan sebagai ‘sehelai kertas putih yang belum ditulis apa-apa,
keadaannya putih bersih’. Keadaan sekelilinglah terutamanya pendidikan yang
diterimanya yang menentukan apa yang akan terjadi kepadanya. Teori beliau ini
dikenali sebagai ‘tabula rasa’. Seterusnya beliau berpendapat bahawa semua
bahan ilmu pengetahuan adalah berasaskan pengalaman.

Jean Jacquues Rousseau (1712- )berbangsa Perancis berpendapat bahawa


semua kanak-kanak adalah baik seperti yang diterima dari Maha Pencipta;
semuanay menjadi jahat di tangan manusia. Sebab itulah pendidikan yang baik
akan mengembangkan individu yang baik mengikut bakat masing-masing.

6.2 Sumber ilmu

Ilmu dalam tamadun awal diperolehi melalui akal dan pancaindera iaitu melalui
penelitian, pengamatan,pencerapan dan penyelidikan.Ini dengan jelas dapat
dilihat melalui ilmu-ilmu falsafah, astronomi, undang-undang dan pertukangan.
Seorang ahli falsafah umpamanya, banyak menggunakan akal dan pancaindera
sebelum mengeluarkan sesuatu pernyataan. Begitu juga dengan ilmu astrologi
(ilmu peramalan berdasarkan kajian bintang-bintang) dan ilmu astronomi, ahli-
ahli bidang-bidang ini akan membuat pemerhatian dan pengamatan terhadap
binatang-bintang di langit dan hasil dari penyelidikan yang dibuat itu akan
terhasillah suatu keputusan tentang pengaruh peredaran bintang-bintang
terhadap kehidupan seperti musim atau angin.Ini jelas dapat dilihat di
Mesopotamia pada zaman Hammurabi. Melalui penyelidikan terhadap bintang-
bintang, mereka membahagikan Khatulistiwa kepada 360 darjah dan mencipta
lambang 12 bintang (berkaitan dengan nasib).Begitu juga dengan ilmu
pertukangan, seorang anak akan memerhati dan mengamati apa yang dibuat
oleh bapanya dan kemudian dia akan menjadi tukang yang berkebolehan sama
seperti bapanya itu. Ilmu pertukangan membuat kapal orang Rom yang
diperolehi dengan membuat penyelidikan terhadap bangkai kapal orang
Phonecia juga boleh dikategorikan dalam sumber akal dan
pancaindera.Hammurabi di Mesopotamia, sebelum membuat kod undang-
undangnya, telah membuat penyelidikan terhadap undang-undang yang wujud
sebelumnya.

Ilmu juga diperolehi melalui sumber lisan dan tulisan. Umpamanya, ilmu
pertukangan di Alam Melayu pada zaman sebelum wujud sistem pendidikan
formal diperolehi melalui lisan dari seorang bapa.Pada masa itu sistem
pendidikan yang wujud adalah secara tidak formal. Seseorang anak itu
diharapkan akan mewarisi kemahiran yang ada pada bapanya. Ilmu yang
sumbernya dari tulisan dapat dilihat melalui Ilmu Perubatan, Matematik, dan
Undang-undang. Di Mesopotamia, melalui sumber tulisan masyarakat dapat
mengkaji kod undang-undang Hammurabi. Di Mesir pula, ilmu perubatannya
dapat dipelajari melalui buku yang dihasilkan.

Selain dari itu, ilmu juga diperolehi melalui kajian sejarah.Di Greek umpamanya,
pada zaman pemerintahan Pericles telah lahir ahli-ahli sejarah yang terkemuka
seperti Herodotus dan Thucydides. Herodotus dikenali sebagai ‘bapa sejarah’.
Dia menulis sejarah serangan Parsi ke atas Greek dalam 9 buah buku.
Thucydides pula menulis tentang sejarah Perang Peloponnese.

Rom juga mengembangkan ilmunya melalui penulisan sejarah. Antara penulis-


penulis sejarah Rom yang terkenal ialah Livy dan Tacitus. Beberapa orang
penulis Greek pada zaman Rom turut menambahkan hasil kajian sejarah.
Mereka ialah Plutarch dan Arrian. Plutarch merupakan penulis sejarah yang
terkenal pada zaman Pax Romana. Beliau telah menghasilkan karya Lives yang
mengisahkan kehidupan masyarakat Rom dan Yunani. Arrian pula telah menulis
tentang kisah hidup Iskandar Zulkarnain dalam karyanya Anabasis of
Alexander.

Di China, ahli sejarahnya yang terkenal dengan jolokan ‘Bapa Sejarah China’
bernama Ssu Ma Chien telah menghasilkan karya ‘Shih Ching’ yang
mencatatkan tentang peristiwa-peristiwa dan personaliti-personaliti penting yang
merangkumi tempoh 2000 tahun.

6.3 Perkembangan dan sumbangan

Ilmu Undang-Undang

Dalam bidang undang-undang, ketika Mesopotamia di bawah pemerintahan


Hammurabi, beliau amat terkenal dengan ‘Kanun Hammurabi’ nya. Kanun ini
diterbitkan setelah Hammurabi mengumpul dan menyusun semula undang-
undang lama negerinya serta meluluskan undang-undangnya sendiri. Hukuman
yang dikenakan mengikut undang-undang ini adalah berat, ada kemungkinan
hukuman ini tidak dilaksanakan. Seorang padri perempuan yang dijumpai masuk
ke kedai arak akan dikenakan hukuman bunuh. Hukuman yang sama juga
dikenakan ke atas isteri yang boros dan orang yang melakukan kesalahan yang
lebih berat. Satu sistem keadilan termasuk mahkamah majistret, mahkamah
hakim dan mahkamah ulang bicara telahpun wujud pada zaman itu. Seseorang
itu boleh membuat rayuan terakhir kepada raja.

Di Rom kanak-kanak diajar ‘Undang-Undang Dua Belas’. Dengan itu jelaslah


bahawa Rom juga menyalurkan ilmu undang-undangnya melalui pendidikan dari
peringkat kanak-kanak lagi.

Ilmu Astrologi dan Ilmu Astronomi

Pada zaman kegemilangan Babylon di Mesopotomia, ilmu bintang telah


berkembang melalui ilmu astrologi/nujum. Mereka juga mencipta lambang 12
bintang. Kalender yang dicipta oleh orang Sumeria mengandungi 12 bulan dan
tiap-tiap bulan pula mengandungi 30 hari. Hari pula dibahagikan kepada siang
dan malam yang tiap-tiap satunya mengandungi 12 jam. Planet-planet yang
ditemui dinamakan menurut nama tuhan-tuhan mereka.Mereka menaruh
kepercayaan penuh kepada pengaruh bintang terhadap kehidupan manusia.
Pusat-pusat pemerhatian bintang ditubuhkan di seluruh negeri.

Ekspedisi-ekspedisi Iskandar melalui Asia telah membuka bidang-bidang baru


kepada orang Greek dan telah membangunkan minat terhadap penyelidikan
saintifik termasuklah bidang astronomi. Orang Greek mempelajari ilmu astronomi
melalui perjumpaan orang Babylon; mereka belajar mengira sukatan dunia dan
setengahnya pula mengemukakan teori-teori peredaran dunia mengelilingi
matahari.

Di Mesir , ilmu Astronomi turut berkembang. Mereka berjaya mencipta kalender


365 hari setahun dengan berdasarkan bulan dan matahari. Mereka jugalah yang
mengasaskan 24 jam sehari. Mereka mencipta jam yang menggunakan
bayangan matahari dan air. Orang Mesir menggunakan ilmu astronomi untuk
memastikan masa banjir Sungai Nil.

Di Rom mata pelajaran astronomi diajar di sekolah-sekolah.

Di China pada zaman Dinasti Han telah dicipta sistem membahagikan hari
kepada siang dan malam dengan seragam. Tiap-tiap hari bermula dengan
tengah malam. Orang Han mencipta jam matahari untuk mendapatkan masa
yang lebih tepat. Ahli-ahli sainsnya mengkaji matahari, bulan dan bintang untuk
mendapatkan kalender yang tepat. Kalender China telah digunakan untuk lebih
kurang 2000 tahun. Ahli astronomi dan matematik China yang bernama Chang
Heng telah mencicpta alat seismograf yang berfungsi mengukur gegaran gempa
bumi.

Ilmu Perubatan

Dalam ilmu perubatan, Mesopotamia dikatakan jauh lebih maju dari orang-orang
sezaman dengan mereka. Sekurang-kurangnya 550 jenis ubat telah digunakan
pada masa itu. Doktor-doktornya menggunakan alat-alat yang diperbuat
daripada gangsa. Kain atau kulit digunakan untuk menuam.Mereka telah
mempunyai pengetahuan tentang pembedahan dan anatomi (kajibina tubuh).

Mesirjuga terkenal dengan ilmu perubatan. Kajian-kajian mengenai perubatan


(termasuk menghasilkan ubat, mengawet mayat dan bagaimana tubuh manusia
berfungsi) telah dijalankan.Dari segi latihan, mereka dilatih oleh doktor yang
sedia ada dalam keluarga mereka. Besar kemungkinan telah wujud sekolah
perubatan di Mesir. Bukti menunjukkan sekurang-kurangnya terdapat sebuah
sekolah untuk bidan. Kebanyakan doktor Mesir berkhidmat untuk masyarakat.
Mereka bekerja di kuil. Ada di kalangan mereka menjadi doktor bedah dalam
tentera. Doktor yang berjaya akan dilantik sebagai doktor penasihat dalam Majlis
Raja-raja. Doktor Mesir diajar untuk memerhati tanda-tanda penyakit, bertanya
dan menyiasat. Mereka banyak menggunakan pemerhatian dan mencium
bau,dan rasa. Mereka disuruh membuat nota secara terperinci terhadap
penyelidikan rawatan yang dibuat bagi kegunaan akan datang. Pembedahan
telahpun dijalankan pada masa itu. Pakar bedah membersihkan peralatan bedah
menggunakan api sebelum digunakan dan memastikan persekitaran pesakit
sentiasa bersih. Ubat pelali yang digunakan kemungkinan jenis opium. Kuil
menjadi tumpuan orang bagi mendapatkan rawatan dari sami/doktor. Sebuah
buku mengenai pembedahan telah dihasilkan. Kandungannya ialah tentang cara-
cara merawat kecederaan badan.

Greek juga terkenal sebagai pengembang ilmu perubatan. Teori sains dan
perubatan mereka telah diterima di Eropah Barat. Kemajuan dalam bidang
perubatan dan pembedahan dapat dilihat pada abad ke-13. Dengan memotong
binatang dan membedah mayat-mayat, doktor-doktor dapat mengetahui fungsi-
fungsi saraf dan otak yang sebelum ini mereka tidak mengetahui. Mereka juga
dapat menentukan bagaimana darah mengalir ke seluruh tubuh. Antara tokoh
perubatan Greek yang masyhur ialah Hippocrates dan Herophillus. Hippocrates
berpendapat bahawa penyakit adalah disebabkan faktor-faktor semula jadi.
Beliau telah menulis peraturan yang harus diikuti oleh doktor-doktor. Peraturan
ini dikenali sebagai Sumpah Hippocrates. Atas kejayaan beliau, Hippocrates
diberi gelaran Bapa Perubatan. Herophilus pula telah berjaya menemui saraf
optik dalam tubuh manusia. Di Rom juga ilmu perubatan diajar di sekolah-
sekolah.

Ilmu Matematik
Orang Sumeria di Mesopotamia dikatakan bertanggungjawab memulakan disiplin
matematik. Semasa Mesopotamia di bawah tamadun Sumeria, bidang-bidang
algebra dan geometri dimulakan. Melalui kemahiran matematik mereka telah
melahirkan/mengasaskan dua sistem kiraan iaitu sistem decimal (berdasarkan
unit 10 atau perpuluhan ) dan berdasarkan unit 60. Melalui sistem unit 60 mereka
mengira bulatan dan masa. Mereka merupakan orang yang pertama mencipta
satu pusingan jam mengandungi 60 minit, satu minit mengandungi 60 saat.
Mereka lah yang mencipta satu bulatan mengandungi 360 darjah yang
digunakan hingga ke hari ini, begitu juga dengan Khatulistiwa yang dibahagikan
kepada 360 darjah. Mereka juga mencipta kira bahagi, kira darab, kuasa dua dan
kuasa tiga. Mereka juga mahir dalam mengira keluasan sesuatu kawasan dan
isipadu.

Mesir purba telah mengasaskan unsur-unsur penting dalam matematik dan


geometri. Mereka telah mencipta sistem timbangan dan ukuran. Melalui
matematik, mereka dapat dapat mengira dengan tepat segi tiga, trapezium dan
bulatan. Mereka telah mempunyai pengetahuan tentang kira bahagi dan kira
tambah. Melalui ilmu matematik ini, mereka dapat menyediakan senarai
cukai.Namun mereka tidak memperkembangkan ilmu ini yang mengakibatkan
ketidakselarasan antara bidang sains dan kesusasteraan. Walau bagaimanapun,
penciptaan tersebut menjadi bahan kajian oleh penyelidik-penyelidik Greek
kemudiannya dan mengembangkan ilmu ini ke Eropah.

Mereka menggunakan ilmu matematik untuk tujuan pembinaan seperti


pembinaan piramid. Sebab itulah kita dapati ukuran piramid dibuat bukan secara
sembarangan.

Greek juga terkenal dengan ilmu matematik. Ahli-ahli falsafah mereka adalah di
antara yang mengembangkan ilmu ini. Greek telah menyaksikan perkembangan
bidang matematik. Antara tokoh terkenal dalam bidang ini ialah Thales,
Pythagoras, Archimedes, Democritus dan Hipparchus. Thales telah
mengasaskan kepentingan geometri. Beliau telah menunjukkan bahawa bulatan
dibahagikan kepada dua bahagian yang sama oleh diameternya. Beliau juga
mendalami bidang astronomi dengan memberi anggaran saiz matahari dan
mengatakan bahawa bulan mendapat cahayanya dari matahari. Pythagoras
merupakan pengembang prinsip-prinsip geometri dan mengasaskan Teorem
Pithagoras. Beliau berpendapat bahawa dunia adalah bulat. Archimedes pula
merupakan orang yang bertanggungjawab mecita Hukum Archimedes. Beliau
telah menjalankan kajian penting dalam geometri. Beliau menemui cara mengira
luas dan isi padu bentuk-bentuk sfera, silinder dan kon.. Cara yang digunakan
seakan-akan sama dengan kalkulus iaitu satu cara pengiraan yang digunakan
dengan meluas dalam bidang sains dan matematik hari ini. Hipparchus
memperkenalkan peraturan sinus dan kosinus yang digunakan dalam
trigonometri.

Sekolah-sekolah di Rom turut mengajar mata pelajaran matematik dan geometri.


India juga tidak ketinggalan dalam bidang matematik. Semasa diperintah oleh
Dinasti Gupta (320-500M),sistem nombor iaitu 0 hingga 9 telah dicipta.

Ilmu Falsafah

Greek memang terkenal sebagai pengembang ilmu falsafah di samping ilmu


penulisan sejarah, sains, matematik,dan perubatan. Dalam bidang falsafah,
falsafah Greek wujud lebih awal dari falsafah Islam. Zaman keemasan Greek
telah menyaksikan kebangkitan ahli falsafah yang dipanggil ‘sophist’/sofis(orang
bijak pandai). Mereka mengembara dari kota ke kota mengajar falsafah,
matematik, bahasa dan astronomi kepada murid yang sanggup membayar. Ahli-
ahli sofis ini menggerakkan orang bijak pada zamannya dan mengkaji masalah-
masalah hidup dengan lebih rasional. Mereka mengajar manusia supaya jangan
menerima sahaja tetapi hendaklah mengkritik dan menyoal tentang idea-idea
dan institusi sosial atau politik dan menyelidik serta menganalisis tabiat manusia.
Socrates yang hidup pada zaman Pericles merupakan seorang ahli falsafah
Greek yang terkenal di dunia. Karya-karya falsafah dan kerajaan seperti
‘Republic’ oleh Plato dan ‘Politics’ oleh Aristitle masih dikaji hingga ke hari ini.
Pericles merupakan pemerintah Greek yang terkenal dengan usaha-usahanya
memajukan bidang falsafah..

Rom juga memberi perhatian terhadap ilmu falsafah. Ini terbukti dengan adanya
ajaran Stoisisme Zeno yang diasaskan oleh ahli falsafah Yunani yang bernama
Zeno ( Zeno sebenarnya berasal dari keturunan Phonesia. Beliau mengajar di
Stoa atau Porch di Athens dan pengikutnya dipanggil orang Stoik.)

Di China pula, falsafah tamadun awal China dipengaruhi pertukaran musim (Yin
dan Yang). China juga tidak ketinggalan dengan kemunculan ahli-ahli falsafah. Di
antara yang terkenal ialah Confucius dan Lao Tzu telah memperkembangkan
faham Confucianisme dan Taoisme pada zaman Dinasti Han. Confucianisme
telah dijadikan agama rasmi Empayar Han. Karya-karya ahli falsafah Confucius
menjadi bahan kajian utama di sekolah-sekolah pada zaman Han. Ia juga
menjadi asas kepada Peperiksaan Perkhidmatan Awam untuk memilih pegawai-
pegawai baru. Pengaruh Cocnfucius meluas hingga menghasilkan sekumpulan
bijak pandai yang sangat berpengaruh dalam bidang pentadbiran.

Di India, Buddha dianggap sebagai ahli falsafah. Ajarannya berkembang pesat


semasa pemerintahan Asoka dan telah meluas hingga ke China.

Ilmu Kejuruteraan

Greek telah membuktikan wujudnya ilmu ini dalam tamadunnya dengan


kemunculan tokoh seperti Archimedes yang telah memperkenalkan alat-alat
seperti skru, takal dan tuil.
Rom juga terkenal dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan. Ini dalam dilihat
melalui peninggalan bandar lama dengan bangunan-bangunan seperti istana,
gimnasium, perpustakaan, kuil dan dewan. Begitu juga dengan saluran air
(aqueduct), jambatan, terowong dan jalan raya.

Pertembungan antara Rom dan Greek telah menyebabkan asimilasi ilmu.


Banyak bangunan besar dibina oleh Rom berpandukan ilmu yang diperolehi dari
Greek.

Mesir juga mempunyai ilmu Kejuruteraan yang boleh dilihat melalui pembinaan
piramid. Pembinaan kuil di India, Mesir, Greek, Rom dan Mesopotamia ada
kaitan dengan perkembangan ilmu kejuruteraan. Begitu juga dengan pembinaan
roda untuk pertanian di Mesopotamia dan penciptaan pedati (kenderaan beroda)
bagi memudahkan binatang menarik bajak pada zaman Dinasti Han di
China..Petani zaman Dinasti Han juga mencipta roda air yang berfungsi untuk
menghancurkan bijirin.

Ilmu Pertukangan

Alam Melayu dan Arab banyak menyaksikan perkembangan ilmu ini. Ilmi ini
dikembangkan dari jenerasi ke jenerasi oleh bapa kepada anaknya Pembinaan
kapal laut oleh orang Mesir awal dengan menggunakan kayu bermutu tinggi bagi
tujuan perdagangan dan peperangan menunjukkan bahawa orang Mesir purba
telah mengembangkan ilmu pertukangan.Pembinaan kapal telah meningkat ke
satu taraf yang bermutu dan pada abad ke-6 SM, pelaut-pelautnya telah
meredah Laut Hitam, Laut Merah dan Teluk Parsi malah telah mencuba belayar
ke Lautan Hindi dan lebih jauh dari Selat Gibraltar.

Kebangkitan dan perkembangan intelektualisme dalam tamadun awal telah


membawa kepada kelahiran aliran-aliran intelektual berbentuk humanisme,
nasionalisme, rasionalisme, individualisme dan absolutisme dalam tamadun-
tamadun tertentu.

Pada penghujung Zaman Pertengahan di Eropah, timbul usaha-usaha untuk


membebaskan ilmu pengetahuan dari kongkongan agama Kristian yang
menjurus kepada penafian kehidupan keduniaan. Cerdik pandai masa itu mula
mengkaji semula ilmu-ilmu lama Greek, Mesir dan Rom. Gerakan itu dinamakan
Humanisme. Pada kira-kira tahun1500M, unsur-unsur faham Humanisme ini
telah menular dalam pengajaran dan fahaman gereja. Pendapat-pendapat
Quintilian tentang pendidikan telah diperbaharui dan dikaji semula. Menurut
Quintilian,’Tiap-tiap manusia dilahirkan bersama dengan bakat tertentu. Oleh itu,
tujuan pendidikan haruslah mengembangkan bakat yang dibawa dengan
kelahirannya itu’. Di antara pendidik golongan gereja yang mewakili aliran
Humanisme ini ialah Vittorino da Feltre dan Johnners Ludovicus Vives.
Rasionalisme adalah daripada perkataan Perancis, ‘rational’ yang diambil dari
bahasa Latin, ‘ratio’ (pertimbangan fikiran atau perhitungan akal). Menurut faham
ini, akal fikiran sahajalah yang menjadi punca untuk mendapatkan berbagai ilmu
pengetahuan dan akal fikiran sahajalah yang dapat mengemukakan sesuatu
kebenaran. Menurut faham ini, kesanggupan akal manusia tidaklah terhad,
segala-galanya dapat diketahui oleh manusia.

Tema 7 : Penjelajahan dan Penerokaan

Kawasan Kajian: Mesopotamia, Mesir. Arab, Graeco-Roman, India, China


Melayu, Barat.

7.1: Konsep

1. Jelaskan pengertian penjelajahan dan penerokaan berasaskan kepada


aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam tamadun awal berkait dengan
penjelajahan dan penerokaan tersebut
2. Jelaskan maksud tujuan-tujuan penjelajahan dan penerokaan yang
berlaku pada zaman tamadun awal seperti tujuan peningkatan ilmu,
penyebaran agama dan kegiatan perdagangan.
3. Berikan latar belakang tokoh-tokoh yang menjelajah dan meneroka iaiatu I
Ching, Marco Polo, Christopher Columbus, Ferdinand Magellan,
Vasco da Gama, Cheng Ho dan jelaskan tujuan penjelajahan dan
penerokaan mereka.

1. Tunjukkan tarikh berlakunya penjelajahan dan penerokaan tersebut.

Sifat ingin tahu adalah salah satu daya penggerak yang terbesar dalam
kehidupan manusia. Dalam tempoh lebih kurang 100,000 tahun yang lalu,
manusia telah berulang kali menanyakan soalan ‘bagaimana’ dan
‘mengapa’? Pada sepanjang zaman, sifat ingin tahu tentang dunia
sekeliling telah mendorong manusia untuk menjelajah. Bentuk
penjelajahan telah berubah mengikut masa. Manusia awal keluar mencari
kawasan perburuan yang lebih baik dan tempat tinggal yang selamat.
Petani awal mencari lembah subur tempat terdapatnya bekalan air yang
boleh diharap. Persaingan untuk mendapatkan makanan memaksa nenek
moyang kita mengembara ke pelbagai arah bagi meneruskan
penghidupan baru. Pedagang mengembara ke tempat baru untuk mencari
pelanggan baru bagi barang-barang mereka dan untuk mencari bahan
dagangan baru untuk dijual di tempat sendiri. Empayar yang luas dan
berkuasa pada zaman tamadun awal seperti yang dilakukan oleh orang
Mino, orang Mesir, orang Phoenik, orang greek dan orang Rom dibina
menerusi perdagangan dan penaklukan.Apabila pembelajaran dan
pengetahuan mula disanjung dalam tamadun purba Mesopotamia, China,
Mesir dan Yunani, suatu penjelajahan baru pun wujud iaitu mencari
pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan.

Pengembara akan mengembara untuk mencari jawapan kepada soalan-


soalan yang menarik minat mereka. Apakah yang terdapat di sebalik
gunung ganang itu? Dari manakah punca sungai ini? Di manakah sungai
itu bertemu dengan laut? Hanya melalui pengembaraan sahajalah dapat
menjawab soalan-soalan tersebut.Golonan penjelajah ini dikenali sebagai
penjelajah amatur yang ingin melihat tempat baru. Mereka ini termasuklah
Ibn Batuta,, Hsuan-tsang dan Richard Burton. Yang lain seperti Alexander
Humboldt dan Charles Darwin mengetuai ekspedisi sains dengan tujuan
mempelajari sebanyak mungkin tentang tempat baru yang diterokai.

Agama memainkan peranan penting dalam penjelajahan dunia baru .


Seawal abad ke-5 M, paderi dari Iceland telah mula mengembara untuk
mengkristiankan orang Wales, Cornwall dan Perancis. Walau
bagaimanapun, ekspedisi yang terkemudian banyak mengakibatkan
keganasan dan kemusnahan walaupun ekspedisi itu kononnya atas nama
agama.Dengan itu dapatlah dikatakan bahawa penjelajahan ialah pergi ke
satu-satu tempat untuk tujuan-tujuan tertentu seperti ekonomi,
peningkatan ilmu, penyebaran agama dan memenuhi kehendak ingin tahu
tempat-tempat baru, dilakukan sama ada melalui jalan darat atau laut
dengan merempuh berbagai kesukaran . Penerokaan pula merujuk
kepada pembukaan sesatu kawasan baru dengan tujuan untuk mencari
sumber ekonomi atau membuat petempatan baru seperti yang berlaku
kepada orang-orang Yunani. Terdapat beberapa orang tokoh penjelajah
dan peneroka yang masyhur seperti Christopher Columbus, Ferdinand
Magellan, Vasco da Gama, Marco Polo, Cheng Ho dan I Ching.

Christopher Columbus

Christopher Columbus atau Cristobal Colon (1451-1506) adalah antara


penjelajah yang terkenal tetapi penemuannya yang terbesar iaitu benua
Amerika adalah secara tidak sengaja. Beliau dilahirkan pada tahun 1451
di Genoa, Itali dan mula turun ke laut sejak kecil lagi. Beliau menetap di
Lisbon pada tahun1479 dan berkhidmat dengan kerajaan Portugis selama
10 tahun. Beliau telah berkahwin dengan anak perempuan seorang
bangsawan Portugis. Dari Lisbon beliau melakukan banyak
pengembaraan laut dan memperoleh kemahiran yang cemerlang sebagai
ahli pelayaran.

Cita-cita Columbus adalah untuk belayar ke Timur Jauh. Alasannya selalu


diringkaskan dalamungkapan, "Emas, Tuhan dan Cathay". ‘Emas’ yang
dimaksudkan ialah kekayaan yang diperoleh dengan membawa balik
rempah ratus dan sutera dari China dan Jepun. ‘Tuhan’ merujuk kepada
keinginan Columbus untuk menyebarkan agama Kristian di negara bukan
Kristian dan menjajah tanah baru dengan nama Tuhan. Ini merupakan
motif biasa di kalangan orang Eropah ketika itu. ‘Cathay’ adalah nama
purba bagi China. Columbus begitu tertarik dengan Timur Jauh dan ingin
mengetuai ekspedisi ke sana.

Pada abad ke-15 kebanyakan orang berpendapat bahawa dunia ini rata.
Bagi Columbus pula, dunia ini bulat. Beliau berhasrat untuk membuktikan
pendapatnya dengan belayar ke arah barat merentasi Atlantik untuk pergi
ke Timur seperti yang disarankan oleh peta Ptolemy dan bukan mengikut
jalan biasa (dari Eropah ke selatan menyusuri pantai Afrika yang telah
dilakukan oleh orang Portugis dalam mencari jalan ke Timur Jauh).

Columbus mengambil masa bertahun-tahun bagi mengumpulkan


wanguntuk membiayai ekspedisinya kerana ramai tidak yakin dengan
kejayaan usahanya. Beliau gagal mendapat pertolongan Raja Portugis
tetapi akhirnya pada tahun 1492 Permaisuri Isabella dan Raja Ferdinand
dari Sepanyol memberikan wang yang diperlukannya.

Columbus meninggalkan Sepanyol pada bulan Ogos 1492 bersama-sama


tiga buah kapal. Pada 6 September mereka belayar dari Pulau Canary ke
laut lepas. Pada masa itu jarang kapal belayar jauh dari daratan sehingga
pantai tidak kelihatan. Selepas belayar beberapa hari tapi pantai masih
tidak kelihatan, anak-anak kapalnya ingin berpatah balik tapi Columbus
memujuk mereka supaya meneruskan pelayaran. Pada 12 Oktober
mereka menemui tanah daratan ( Pulau Watling di Bahamas) berhampiran
dengan pantai Amerika.Columbus menyangka beliau telah sampai ke
Timur Jauh dan telah hampir dengan kekayaan India dan China Columbus
menamakan penduduk di pulau itu sebagai ‘Indian’ dan pulau itu
dinamakan ‘Indies’( setengah-setengah ahli sejarah menyatakan beliau
menamakannya San Salvador). Penduduknya berminat untuk berdagang
tapi Columbus tidak menemui bukti kekayaan Timur. Walau
bagaimanapun Columbus tetap yakin bahawa sasarannya telah hampir.
Melalui panduan penduduk tempatan, beliau mengetuai rombongan itu
untuk terus mencari Cathay dan kekayaannya. Beliau melawat Cuba yang
ketika itu diberi nama La Espanola ( sekarang Hispanola).Selepas itu iaitu
pada bulan Disember beliau kembali ke Sepanyol untuk melaporkan
pelayarannya. Belaiu disambut sebagai wira dan dilantik sebagai gabenor
pulau-pulau baru yang beliau temukan. Namun beliau tidak sesuai dengan
tanggungjawab ini. Hal ini jelas apabila dalam eksepedisi-eksepedisi
terkemudian beliau telah melayan peneroka-peneroka bangsa Sepanyol
dengan kejam dan juga memaksa puak Indian menyerahkan emas
mereka dan menghantar ramai orang Indian sebagai hamba ke Sepanyol.
Columbus melancarkan 3 pelayaran lagi pada tahun-tahun 1493-1496,
1498-1500 dan 1502-1504. Beliau melawati dan menamai sebilangan
besar pulau di Caribbean serta juga pantai-pantai Amerika Selatan dan
Tengah. Namun beliau gagal menemui timbunan emas yang diharap-
harapkan dan beliau tidak pernah memahami sepenuhnya bahawa
penemuannya itu bukanlah Timur Jauh. Dalam pelayaran ketiganya pada
tahun 1498, beliau ditangkap, dirantai dan dihantar pulang ke Sepanyol.
Dalam pelayaran keempatnya pada tahun 1502 Ratu Isabella
menugaskannya mencari selat yang mungkin menghubungkan Laut
Caribbean dengan Lautan Pasifik. Ekspedisi itu gagal kerana kapal-kapal
beliau rosak akibat cacing marin dan Columbus terpaksa diselamatkan
dari Jamaica. Beliau kembali ke sepanyol dengan kecewa.

Ferdinand Magellan

Ferdinand Magellan (1480-1521) merupakan penjelajah pertama yang


mengelilingi dunia. Beliau merupakan seorang ahli aristokra Portugis dan
ahli pelayaran berpengalaman yang pernah mengiringi Alfonso de
Albuquerque ke Asia Tenggara pada tahun 1511. Beliau telah membuat
beberapa pelayaran untuk mencari jalan perdagangan bagi kerajaan
Portugis tetapi apabila berselisih faham dengan raja Portugis, beliau
belayar bagi pihak Sepanyol pula. Kerajaan Sepanyol ingin mencari jalan
perdagangan ke timur dan menuntut sebahagian Pulau Maluku (Pulau
Rempah) mengikut Persetiaan Tordesillas (perjanjian antara Portugis dan
Sepanyol pada tahun 1494 untuk mengelak pergaduhan antara kedua-
duanya dalam usaha mencari tanah jajahan). Magellan percaya beliau
boleh sampai ke Pulau Maluku dengan belayar ke arah barat, mengelilingi
hujung bahagian selatan Amerika, tanpa mengikut jalan laut Portugis ke
timur yang mengelilingi Afrika. Raja Sepanyol bersetuju untuk membiayai
pelayarannya.

Pada bulan September 1519 Magellan meninggalkan Sepanyol bersama-


sama 260 orang dan 5 buah kapal.Kapal ini membawa banyak barang
dagangan tetapi tidak membawa barang makanan yang mencukupi
kerana Magellan tidak pandai menganggar jarak pelayaran. Kapal ini
menyeberangi Lautan Atlantik dan berhenti seketika di Pulau Canary.
Kemudian mereka belayar ke Brazil dan menyusur turun pantai timur
Amerika Selatan.

Magellan menghadapi banyak masalah seperti makanan yang tidak


mencukupi, cuaca buruk, dan pemberontakan orang-orangnya. Beliau
meneruskan lagi pelayarannya melalui satu selat yang sempat (kemudian
dinamakan Selat Magellan) di selatan Amerika Selatan . Dari situlah
mereka menemui jalan ke Pasifik. Mereka telah berjaya membuktikan
bahawa ada jalan ke Timur melalui Amerika Selatan.
Setelah mengambil bekalan makanan di Pulau Marshall, mereka
meneruskan peyaran ke Filipina. Di situ Magellan terlibat dalam satu
pergaduhan dengan ketua tempatan. Beliau dan 40 orangnya telah
terbunuh. Anggota ekspedisi yang terselamat meneruskan pelayaran di
bawah arahan Kaptan Juan Sebastian del Cano.Dengan anak kapal
seramai 115 orang mereka telah sampai ke Pulau Maluku pada tahun
1521. Di situ mereka membeli rempah ratus yang memang menjadi
matlamat utama mereka. Akhirnya hanya sebuah kapal sahaja dari 5 buah
kapal yang melakukan pelayaran selamat sampai ke Sepanyol melalui
Lautan Hindi dan mengelilingi tanjung di selatan Afrika pada tahun 1522
dengan membawa hanya 18 orang anak kapal setelah mengelilingi dunia
selama 3 tahun..

Marco Polo

Marco Polo berasal dari Venice, Itali. Beliau menyertai bapanya, Noccolo
Polo dan bapa saudaranya Maffeo Polo ke China pada tahun 1271 ketika
berusia 17 tahun. Ekspedisi keluarga Polo ini berkait rapat dengan
keadaan yang berlaku masa itu. Pada awal abad ke-13, puak Mongol
bersatu di bawah pimpinan Genghis Khan (1167-1227). Mereka cuba
menceroboh China dan utara Asia. Menjelang tahun 1241 Genghis Khan
menubuhkan empayar yang merentang hingga ke sempadan Eropah
( dari China hingga ke Timur Tengah dan sampai ke Poland dan Hungry).
Beberapa orang duta beberapa buah negara Eropah yang terdiri daripada
paderi-paderi diutus ke Karakorum, ibu kota Monggolia ntuk berbincang
dengan ketua Mongol dengan harapan puak Mongol dapat dipujuk untuk
menyertai Eropah Kristian dalam peperangan menentang Empayar Islam
di bawah kuasa Turki. Namun usaha mereka gagal untuk menjalin
hubungan diplomatik dengan Mongol. Jalan laluan mereka inilah
digunakan oleh saudagar-saudagar seperti dua adik beradik dari Venice,
Maffeo dan Niccolo Polo. Dalam perjalanan mereka, mereka telah
bertemu dengan utusan dari Mongol yang menjemput mereka ke China.
Mereka sampai ke Beijing ( masa itu dikenali sebagai Khanbalik)
menjelang tahun 1265.Mereka dilayan dengan baik oleh Maharaja China
masa itu iaitu Kublai Khan ( cucu Genghis Khan). Tahun 1269 mereka
kembali ke Venice dengan membawa surat persahatan dari Kublai khan
untuk Paus. . Mereka menjadi penghubung hubungan diplomatik antara
Kublai Khan dengan Eropah.

Pada tahun 1271 Marco Polo menyertai bapa dan bapa saudaranya ke
China. Inilah salah satu pelayaran penjelajahan yang teragung pada
sepanjang zaman yang memakan masa selama 24 tahun. Marco Polo
membawa cerita tentang kekayaan, keindahan dan perkara-perkara ganjil
pada penglihatannya sepanjang penjelajahannya itu tetapi tidak
dipercayai orang. Marco Polo menemui banyak perkara di China yang
belum diketahui oleh orang Eropah. Umpamanya, orang China telah
mencipta serbuk letupan yang digunakan untuk membuat bunga api,
membuat buku bercetak dengan menggunakan blok kayu berukir, mereka
membuat wang kertas ( idea yang tidak masuk akal bagi orang Eropah).
Marco Polo juga melaporkan tentang batu hitam misteri yang dikorek dan
dibakar seperti kayu api ( batu arang). Marco Polo juga mencatatkan
perkara pelik yang dilihatnya seperti mata air yang mengeluarkan minyak
yang panas, kambing biri-biri besar yang mempunyai tanduk bergulung.
Catatannya juga menyentuh tentang pertanian, pertukangan di tempat
yang berlainan, penduduk, agama dan adat resam ( termasuklah tentang
sutera, halia sebagai bahan rempah yang pedas, kunyit sebagai perasa
makanan dan pencelup asli, tanah yang digunakan untuk membuat
tembikar). Hanya beberapa abad kemudian barulah barangan ini sampai
ke Barat.

Kublai Khan tertarik dengan Marco Polo lalu mengambilnya menjadi wakil
istana. Marco membuat misi diplomasi ke Tanah Melayu, Sumatera, Tibet
dan Ceylon bagi pihak Kublai Khan. Beliau juga melawat India dan Burma
dan membuat catatan tentang negara-negara tersebut. Ketika beliau
berada di Sumatera Marco Polo telah membuat beberapa catatan. Beliau
sampai di Pasai pada tahun 1292. Pasai pada masa itu diperintah oleh
raja Pasai yang ke-12 iaitu Sultan Abdul Jalil al-Malikul Saleh (1276-
1300). Selain singgah di Pasai, beliau juga melawat Perlak. Beliau
mencatatkan bahawa ‘penduduk bandarnya mengamalkan ajaran
Muhammad, sedangkan mereka yang hidup di kawasan bukit (hillside)
masih hidup sebagai haiwan (liar, gemar makan daging manusia dan
pelbagai jenis daging lain, halal atau haram)’. Kemudian beliau
mengunjungi Basman yang penduduknya dianggap tidak mengenal
undang-undang kecuali undang-undang rimba dan mereka mengaku
berada di bawah pemerintahan Kublai Khan, tetapi tidak pernah
menghantar ufti kepadanya oleh kerana mereka tinggal jauh dan tidak
mungkin orang Mongol akan datang ke negeri mereka. Di bandar Samara
pula, Marco Polo sempat tinggal selama enam bulan untuk menanti
putaran angin. Di sana beliau menikmati sejenis minuman ‘tuak’ yang
dibuat dari pokok anau. Kononnya selama di Samara itu dia dan
rombongannya ditempatkan dalam sebuah kem dan dikawal ketat supaya
mereka terselamat daripada gangguan penduduk yang gemar makan
daging manusia. Selepas itu beliau melawat bandar Dagroin (Pedir
sekarang) yang menurutnya pernah dilihatnya upacara ‘cannibalistic’
(makan daging sesama manusia) di bandar itu. Kemudiannya dia tiba di
Lambri, sebuah bandar pelabuhan yang katanya mempunyai rakyat yang
amat aneh iaitu mereka mempunyai ekor. Akhirnya beliau mengunjungi
bandar Fansur, sebuah bandar yang terkenal dengan kapur barusnya
yang bermutu tinggi.
Sebagai seorang Kristian yang hidup pada Zaman Pertengahan dan lebih-
lebih lagi pada zaman-zaman akhir Perang Salib (1097-1292),
pandangannya yang begitu buruk terhadap penduduk Sumatera tersebut
tidaklah menghairankan sangat. Rupa-rupanya dari catatan-catatan Marco
Polo lah yang telah membuka mata bagi orang-orang Barat untuk
menjelajah Nusantara.

Keluarga Polo berkhidmat untuk Kublai Khan selama 17 tahun. Pada


tahun 1292 mereka kembali ke Venice melalui Parsi dengan menaiki jong
China. Dari Hormus mereka mengikut jalan darat ke Trebizond dan
kemudian belayar ke Venice melalui Konstantinople. Perjalanan pulang ini
memakan masaselama 3 tahun dan semasa sampai di Venice mereka
telah mengembara selama 24 tahun. Marco telah berumur 39 tahun ketika
itu.Bila berlaku peperangan antara Venice dan Genoa, Marco Polo
ditawan semasa mempertahankan bandarnya. Semasa dipenjara, Marco
Polo menceritakan pengalamannya kepada Rustichello yang kemudian
menerbitkan buku bertajuk ‘The Travels or Marco Polo’.Buku ini banyak
mempengaruhi penjelajah kemudian seperti Christopher Columbus.

Pada tahun 1368 orang China memberontak melawan pemerintah Mongol


dan melantik maharaja sendiri dan menghalang kemasukan pelawat
Eropah. Jauh di bahagian Barat orang Mongol telah memeluk Islam dan
tidak menyambut baik kedatangan orang Kristian. Dengan itu jalan darat
ke Timur terhalang semula.

Meskipun wujud laporan Marco Polo, namun tindakan tidak diambil


sehinggalah abad ke-15 apabila orang Portugis mula gigih berusaha untuk
mencari punca kekayaan di Timur yang menjadi legenda terutamanya
rempah.

Vasco da Gama

Vasco da Gama ( 1460-1524) adalah seorang kapten tentera laut Portugis


. Beliau ditugaskan oleh raja Portugis untuk menyiasat sama ada wujud
laluan ke India dengan mengelilingi hujung selatan Afrika yang
ditemuiBartholomeu Dias pada tahun 1487. Sebenarnya berikutan
sampainya Pedro da Covinha di India pada tahun 1487dengan
menyeberangi Laut Mediterranean dan melayari Laut Merah orang
Portugis menanam tekad untuk mencari jalan ke timur (selepas membaca
laporan da Cavinha yang menceritakan bagaimana beberapa buah
negara kecil yang ditemuinya telah menjadi kaya hasil perdagangan
mereka negara-negara tersebut dengan dunia Arab).

Vasco da Gama bertolak dari Lisbon dengan 4 buah kapal dan 170 orang
anak kapal. Beliau belayar ke Malindi di pantai timur Afrika . Melalui
pertolongan beberapa orang Arab sebagai pemandu, mereka sampai ke
pelabuhan Kalikat di pantai barat daya India pada bulan Mei 1498.
Malangnya pedagang Islam tidak tertarik dengan barang dagangan da
Gama dan tidak suka orang Eropah Kristian campur tangan dalam
perdagangan mereka. Vasco da Gama hanya dapat membeli sedikit
rempah dan barangan lain untuk dijadikan sebagai bukti yang beliau telah
menemui jalan ke timur. Selepas 3 bulan berada di India, beliau kembali
ke Portugal dengan 55 orang anak kapal dan disambut sebagai wira.
Perjalanan pulangnya ke Portugas mengambil masa 3 bulan lebih lama
dari pelayaran semasa pergi. Vasco da Gama melancarkan satu lagi
ekspedisi perdagangan ke India pada tahun 1502 . Pada tahun 1524
beliau kembali ke India sebagai wizurai untuk memerintah koloni Portugal
yang baru tetapi malangnya beliau meninggal dunia sejurus sampai ke
situ.

ChengHo

Cheng Ho atau Zheng Ho (1371-1435) merupakan seorang penjelajah


China yang sangat masyhur. Kemasyhurannya sering dikaitkan dengan
armadanya yang dianggap terbesar yang pernah dilancarkan atas nama
penjelajahan. Beliau mengetuai 27,000 orang anak kapal dan 317 buah
kapal (sebenarnya dipanggil jong )dan ekspedisi beliau mengandungi
sehingga 63 buah kapal yang belayar

bersama-sama. Ketujuh-tujuh pelayaran beliau mengambil masa kira-kira


2 tahun setiap satu. Penjelajahannya dilakukan antara tahun 1405 hingga
tahun 1433. Armada ini belayar ke sebahagian besar Asia Tenggara
seperti Jawa, Sumatera, Siam, Tanah Melayu, dan Borneo. Eksepedisi
lain telah ke India, Kepulauan Maldives, Teluk Pars, negara Arabi dan
pantai timur Afrika (1415). Ada kemungkinan mereka juga telah
mengelilingi Tanjung Harapan pada kira-kira 70 tahun sebelum orang
Eropah melakukannya. Ini dikaitkan dengan adanya satu peta China pada
tahun 1420 dengan jelas menunjukkan sebahagian pantai barat Afrika.
Tujuan mereka ialah untuk berdagang, mengutip cukai daripada koloni
China dan mengumpul maklumat.Beberapa buah kapal telah dihantar
untuk meninjau eksepedisi di Lautan Pasifik dan ada kemungkinan
mereka sampai di pantai utara Australia.

Selepas kemangkatan Maharaja Cheng Tsu, kemasyhuran Cheng Ho


mulai merosot. Beliau dibenarkan membuat satu sahaja lagi pelayaran
iaitu pada tahun 1433 iaitu sebelum China membuat dasar tutup pintu
kepada dunia luar. Seratus tahun kemudian orang Eropah telah tiba ke
sebahagian besar dunia yang sebelum ini pernah dijelajahi Cheng Ho.
Sekiranya pencapaian Cheng Ho telah diteruskan, maka sejarah
penjelajahan mungkin amat berbeza sekali.
I Ching

Beliau merupakan seorang lagi penjelajah China yang masyhur pada


abad ke-7 M. Beliau merupakan seorang sami Buddha.Antara tempat-
tempat yang pernah dilawatinya ialah Tanah Melayu dan India. Semasa
melawat Tanah Melayu iaitu ketika singgah di Kedah pada tahun 671
beliau mendapati kerajaan Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan yang
masyhur dan makmur. Dalam catatannya semasa singgal ke Kedah
sekambalinya dari India menyebut bahawa Kedah masa itu dijajah
Srivijaya. I Ching juga telah melawat Srivijaya sebanyak dua kali untuk
mempelajari bahasa Sanskrit dan menterjemahkan kitab suci agama
Buddha.

7.2 Asal usul

Susur galurkan sejarah penjelajahan dan penerokaan yang berlaku dalam


tamadun awal.

Tamadun Mesopotamia

Mesopotamia merupakan tamadun awal yang terkenal dengan


penggunaan roda sebagai alat pengangkutan. Melalui sistem
pengangkutan yang ada di tamadun ini mereka menjalin hubungan
perdagangan dengan kawasan-kawasan jiran.Selama beribu-ribu tahun
saudagar dan pengembara mengharungi jalan perdagangan yang
merentasi Asia. Sebab itulah banyak barang dari negara luar boleh ada di
Mesopotamia, begitu juga barang-barang dari Mesopotamia dijual ke
negara-negaraluar.

Tamadun Mesir

Tamadun Mesir Purba yang berkembang kira-kira 5000 tahun dahulu di


lembah Sungai Nil yang subur telah menjalin hubungan dengan kerajaan
dan penduduk lain di Timur Tengah. Namun begitu, ekspedisi ke bahagian
Afrika yang lain di selatan nampaknya amat jarang sekali. Ekspedisi yang
pernah dilakukan dicatat secara terperinci dalam inskripsi di dinding
sebuah kuil di barat Thebes. Satu contoh yang masyhur ialah ekspedisi
besar yang dilancarkan ketika Mesir di bawah pemerintahan Ratu
Hatshepsut (ratu ini memerintah antara tahun 1501 SM – 1479 SM) pada
tahun 1492 SM ke ‘Tanah Punt’ yang dipercayai terletak di kawasan
Somalia moden. Ekspedisi ini bermatlamatkan perdagangan. Catatan
mengisahkan tentang banyak barang dagangan seperti dupa, eboni,
gading, emas, perak dan monyet hidup dibawa balik oleh kapal-kapal
ekspedisi. Ekspedisi itu mungkin telah menggunakan jalan darat dari
Thebes untuk menaiki kapal-kapal di Laut Mereah. Kapal-kapal itu
kemudian belayar kira-kira 2000 km dari Laut Merah ke Punt

Phonecia pernah menjadi wilayah Empayar Mesir pada masa-masa yang


berbeza. Pada kira-kira tahun 600 SM, Firaun Necho II mengasaskan
armada Phonecia untuk mencari jalan dari Laut Merah ke
Mediterranean.Ekspedisi berani Firaun Necho mengelilingi Afrika adalah
didorong oleh keinginan baginda untuk mencari jalan perdagangan yang
boleh menghubungkan Laut Merah dengan Delta Nil. Mereka nampaknya
berjaya mencapai tujuan ini dengan belayar mengelilingi Tanjung
Harapan. Mereka melaporkan kedudukan matahari yang berada di
sebelah kanan sambil mereka belayar dari timur ke barat mengelilingi
hujung selatan Afrika . Malangnya ramai dari penduduk di sebelah utara
yang tidak pernah mengalami keadaan ini tidak percaya dengan laporan
tersebut. Orang Phonecia merupakan pelaut yang pakar pada zaman itu.
Menjelang abad ke-7 SM, mereka telah belayar melepasi Selat Gibraltar
ke Madeira dan Kepulauan Canary. Di situlah mereka telah berdagang
bahan pencelup. Pada tahun 470 SM, Jeneral Hanno dari Carthage
mengetui satu angkatan armada besar menuju arah ini dan meneruskan
pelayaran di sepanjang pantai barat Afrika. Dalam tempoh seribu tahun,
penjelajahan orang Mesir berkembang dengan perlahan dan tumpuan
terutamanya pada patai Afrika atas tujuan perdagangan. Juga dikatakan
bahawa ekspedisi itu tidak diulang oleh sesiapa pun selama 2000 tahun
selepas itu.

Pada kira-kira pada tahun 2300 SM, seorang pegawai bernama Harkhuf
telah dihantar untuk membawa ekspedisi ke Yam, Nubia. Tatkala melepasi
Riam Pertama di Sungai Nil, beliau pun melintasi sempadan terjauh dalam
dunia yang diketahui orang Mesir Purba. Catatan perjalanan beliau dapat
dilihat pada inskripsi di makam beliau di Pulau Elephantine, Sungai Nil.
Sejarah Mesir juga mencatatkan bahawa ketika Mesir di bawah
pemerintahan Kerajaan Pertengahan iaitu di permulaan abad ke-20 SM,
Amenemhet III telah menghantar kapal-kapal jauh ke luar negari untuk
mencari barang dagangan. Mereka membuat perhubungan dengan Crete,
Syam, Babylon dan kawasan-kawasan selatan. Tidak hairanlah orang
Mesir dengan mudah memperolehi bahan-bahan yang digunakan untuk
mengawet mumia seperti myrrh dan kemenyan dari luar negeri kerana
telah wujud penjelajahan waktu itu.

Tamadun Graeco-Roman

Orang-orang Greek melakukan penjelajahan dan penerokaan kerana


tanah Greek tidak subur untuk menampung penduduk yang kian
bertambah. Bagi mengelakkan daripada berlakunya pembahagian tanah
milik mereka, pemerintahnya telah menghantar penduduknya ke negara
lain terutama ke kawasan selatan Greek. Inilah punca penerokaan secara
besar-besaran yang telah merobah bentuk dunia Mediterranean dalam
beberapa generasi.

Tanah jajahan Greek dibuka untuk perdagangan dan sebagai tempat


pertemuan perniagaan antara kota-kota. Kawasan-kawasan itu terletak di
pesisiran laut Mediterranean dan Laut hitam. Berita tentangnya dibawa
pulang oleh pengembara yang menjelajah secara perseorangan sebagai
pedagang atau perompak laut. Mereka menemui lombong-lombong emas
di Tartessus.

Ekoran dari penjelajahan dan penerokaan orang-orang Greek itu,


petempatan-petempatan Greek ditubuhkan di Pulau Sicily, Pulau Cyprus,
Corsica dan pesisiran Laut Mediterranean, Laut Aegeann dan Laut Hitam.
Mereka seterusnya telah menyebarkan kebudayaan dan pemikiran Greek.
Antara faktor-faktor pemilihan sesatu tanah jajahan itu ialah pelabuhan
yang baik, terdapat air untuk minuman dan tanah yang subur.

Menjelang kira-kira tahun 750 SM, bangsa-bangsa Yunani dan Phoenicia


telah menjelajah sebahagian besar kawasan Mediterranean dan
mewujudkan koloni perdagangan. Orang Phoenicia adalah pembuat kapal
dan pedagang yang amat arif di Mediterranean.Orang Rom telah
mempelajari cara membuat kapal berpandukan rangka kapal orang
Phoenicia. Menjelang tahun 702 SM orang Phoenicia telah menubuhkan
koloni di seluruh Mediterranean. Tamadun Yunani Purba merupakan yang
pertama di Eropah yang cuba menganalisis dunia dari sudut sains. Antara
tahun 310-306 SM penjelajah Yunani yang bernama Pytheas telah
menyusuri pantai –-Atlantik ( Portugal) dan dikatakan telah mengelilingi
Britain sebelum belayar pulang. Pelayaran Pytheas bukanlah atas
dorongan perdagangan tetapi atas minat sains yang sebenar. Ahli geografi
dan astronomi pula menggunakan pencerapan serta maklumat daripada
penjelajah untuk membuat peta kawasan Mediterranean dan peta dunia.
Ptolemy (seorang ahli astronomi Mesir-Yunani ) telah menghasilkan peta
dunia yang terbaik sehingga abad ke-15 hasil dari maklumat yang
diperolehi dari ahli geografi yang diperolehi penjelajah.

Iskandar Zulkarnain Agung (356-323 SM) yang berasal dari Makedonia


pernah menjadi penguasa Greek yang diwarisi dari ayahnya, Philip II
merupakan seorang penjelajah dan peneroka yang hebat sekali. Baginda
telah menjelajah dan menawan wilayah Parsi, Mesir, Mesopotamia. Dalam
proses penjelajahannya, baginda telah mengumpulkan maklumat tentang
geografi kawasan yang jatuh ke tangan baginda. Tenteranya diiringi
sekumpulan juruukur, ahli geografi, ahli matematik dan ahli astronomi. Ahli
geografinya memetakan wilayah taklukan yang merentang dari Sungai
Indus ke timur Mediterranean. Orang Rom terus mengembangkan
pengetahuan dunia yang diasaskan oleh orang Yunani. Namun tujuan
mereka agak berbeza. Pada dasarnya, pembuat peta dan juruukur Rom
berperanan untuk mewujudkan dan mengekalkan Empayar Rom.

Semasa Rom sebuk meluaskan penjajahannya, Empayar Rom


merangkumi kesemua kawasan yang bersempadan dengan
Mediterranean dan menuju ke timur hingga Mesopotamia dan meliputi
keseluruhan barat Eropah hingga ke utara (Britain). Dengan itu,
penjajahan Rom menjadikan bangsanya menjelajah jauh sekali ke
negara-negara lain.

Orang Rom juga mengetahui tentang India melalui kempen penjajahan


Iskandar Zulkarnain dan mereka juga mengetahu serba sedikit tentang
Timur Jauh ekoran barang dagangan yang tiba dari China ke dunia Rom
melalui Jalan Sutera. Namun orang Rom jarang mengembara melepasi
sempadan mereka. Mereka banyak mengembara di dalam kawasan
empayar mereka. Orang Yunani Purba dan Rom telah menerbitkan buku
serta panduan pelancongan untuk pelancong. Salah sebuah buku yang
masyhur ialah ‘Hellados Periegesis" ( Panduan Melawat Yunani) yang
ditulis pada abad ke-2 M oleh penulis Yunani yang bernama Pausanias.

Bagi melicinkan perjalanan, orang Rom telah membina jalan-jalan bagi


menghubungkan antara bandar-bandar di dalam empayarnya. Orang Rom
memang terkenal sebagai pembina jalan raya dan jalan raya yang dibina
itu sangat lurus dengan jarak yang begitu jauh. Jalan-jalan lurus ini
bertujuan mempercepatkan penghantaran bekalan dan utusan serta askar
jika berlaku kekacauan.

Bagi mempercepatkan perjalanan melalui laut, orang Rom telah


mempelajari cara-cara membuat kapal berdasarkan rangka kapal orang
Phonecia. Dengan itu penjelajahan melalui jalan laut di sekitar Laut
Mediterranean itu membawa kepada kegiatan menjajah, telah
memunculkan Rom sebagai perampas perdagangan di seluruh Laut
Mediterranean dan menjadi kuasa besar di situ.

Menjelang abad ke- 5 M, Empayar Rom mula merosot akibat serangan


tentera gasar dari Eropah Timur ( German). Menjelang tahun 476 M
Empayar Rom runtuh. Walau bagaimanapun, maharaja Kristian Rom yang
pertama iaitu Constantine 1 ( 306-337 M) telah mengasaskan
Constantinople ( Istanbul, Turki). Constantinople menjadi pusat Empayar
Byzantine Kristian (Rom) yang wujud hingga abad ke-15.Melalui
penjelajahnya yang juga mubaligh, agama Kristian disebarkan ke
kawasan-kawasan yang dijelajahi. Penjelajahan dan pejajahan Rom ke
bumi Arab ( Arab Utara dan Selatan) juga menampakkan motif
perdagangan dan penyebaran agama Kristian.
Tamadun China

Tamadun China bermula pada kira-kira tahun 1700 SM, namun China
mengambil masa kira-kira 1000 tahun untuk menjalin hubungan tetap
dengan tamadun Asia Barat dan Asia Selatan. Pada tahun 138 SM Chang
Chien telah diutus ke Asia Tengah oleh Maharaja Han Wu Ti untuk cuba
membuat perjanjian dengan penduduk di sempadan barat China bagi
menentang puak Hun yang menceroboh. Dalam tempoh 12 tahun beliau
mengembara , 10 tahun dihabiskan sebagai tawanan Hun. Selepas
berjaya melepaskan diri, beliau cuba kembali ke China melalui Tibet tetapi
ditawan semula. Walau bagaimanapun akhirnya beliau berjaya kembali ke
China dengan 2 orang sahaja daripada 100 orang yang mengikutnya
dahulu. Misi beliau gagal tetapi beliau berjaya membawa balik berita
tentang peluang perdagangan dengan Asia Barat. Hasilnya, tidak lama
kemudian ( kira-kira pada tahun 105 SM) jalan perdagangan baru dibuka
untuk membawa barangan seperti rempah ratus, batu permata, mutiara,
sutera, kulit penyu melintasi Gurun Gobi dan gunung ganang tinggi di Asia
Tengah ke Timur Tengah dan Eropah. Mereka mengembara melalui Asia
ke Antioch dan kemudian menaiki kepal ke Rom. Terdapat beberapa
batang jalan yang secara amanya dikenali sebagai ‘ Jalan Sutera’ iaitu
laluan perdagangan antara China dan Barat .

Ramai pengembara China yang awal ke Asia Tengah dan Selatan adalah
penganut agama Buddha yang sedang mencari pengetahuan agama di
dalam dan di sekitar India Utara iaitu tempat asalnya agama Buddha.
Pengembara yang termasyhur ialah Hsuan- tsang (596-664M). Beliau
mengembara selama 16 tahun bermula pada tahun 629 SM tanpa
menghiraukan larangan Maharaja atas tujuan medalami bidang agama.
Beliau merentasi Asia Tengah melalui Gurun Gobi, melalui jalan yang
berbahaya dan gaung yang gelap ke Bactria, mendaki Hindu Kush dan
mendaki ke timur untuk ke Kashmir dan India. Beliau belajar selama 2
tahun di India, melawat perpustakaan di biara yang terdapat di Lembah
Sungai Ganges. Beliau melawat Allahabad dan di situ beliau ditangkap
lanun tapi dapat melepaskan diri. Dalam perjalanan pulang ke China,
beliau terpaska meredah pelbagai bahaya dan selepas meninggalkan
China selama 16 tahun, akhirnya beliau tiba di Chang-an dengan
membawa 700 buah buku agama, patung dan peninggalan Buddha.
Ekspedisinya dianggap sangat penting hinggakan hukuman ke atasnya
telah ditarik balik malah beliau dihujani penghormatan termasuk dari
Maharaja.. Ini agak luar biasa kerana pengembaraan di luar sempadan
China tidak digalakkan manakala bangsa asing tidak dibenarkan masuk.
Atas sebab itu kemajuan tamadun China langsung tidak diketahui dunia
Barat sehinggalah pengembaraan Marco Polo pada abad ke-13.

Saudagar China telah sampai ke Zanzibar ( salah sebuah pelabuhan


perdagangan yang kaya di pantai Afrika Timur, tempat pedagang Arab
menetap dan menyebarkan agama Islam) dan Madagascar menjelang
tahun 1180-an ( mereka sebenarnya telahpun melawat Timur Tengah
melalui jalan laut sejak tahun 360 M lagi). Sebenarnya orang China hanya
dibenarkan keluar dari negara China dalam tahun-tahun tertentu sahaja
dalam sejarah China. Salah satu zaman yang membenarkan ialah pada
masa China di bawah pemerintahan Maharaja Cheng Tsu pada awal
Dinasti Ming (1368-1644). Baginda menugaskan seorang pembesar Islam
yang bernama Laksamana Cheng Ho (1371-1435) untuk mengetuai
seangkatan armada besar yang telah melancarkan satu siri tujuh
pelayaran penjelajahan yang bermula pada tahun 1405 hingga tahun
1433. Mereka sampai di Afrika tahun 1415

Pada awal abad ke-13 puak Mongol bersatu di bawah Genghis Khan
(1167-1227). Mereka menceroboh China dari Utara Asia. Menjelang tahun
1241 Genghis Khan berjaya mewujudkan empayarnya merentang hingga
ke sempadan Eropah.Pada masa ini mereka enggan melayan lawatan
diplomatik dari wakil-wakil Eropah hinggalah kedatangan keluarga Polo.
Marco Polo diambil sebagai wakil China ke Tanah Melayu, Sumatera,
Ceylon dan Tibet. Pada tahun 1368 pemberontakan orang China terhadap
pemerintah Mongol berlaku. Kejatuhan kerajaan Mongol di China
membuka lembaran baru dalam sejarah China apabila China menjalankan
dasar menutup pintunya kepada pelawat-pelawat Eropah.

Tamadun Barat

Barat atau Eropah selepas kejatuhan Rom pada menjelang abad ke-5 M
menyaksikan peranan gereja dalam usaha mengembangkan agama
Kristian. Pada ketika itu sebilangan pengembara yang agung adalah
mubaligh Kristian yang mengembara untuk menyebarkan Gospel kepada
penduduk di sebahagian besar Empayar Rom Lama. Walau pun Ireland
tidak pernah dijajah Rom namun telah menjadi negara Krisitian selepas
kira-kira tahun 440 M. Ramai mubaligh mengembara dari Ireland untuk
menyebarkan agama Kristian kepada penduduk benua Eropah. Malah St
Brendan pernah sampai ke Amerika.

Orang Eropah mula menunjukkan minat terhadap Afrika pada Zaman


Pertengahan. Mereka mula menggemari benda mewah dari Timur seperti
rempah ratus, sutera, gula, mutiara dan batu berharga. Namun pada
masa itu jalan perdagangan darat dikuasai oleh orang Turki yang ketika itu
sedang berperang dengan orang Eropah. Keadaan ini menjadikan
barangan ini sangat sukar diperolehi dan mahal harganya sedangkan
orang Eropah ingin mendapatkannya dengan harga yang lebih murah.
Mereka bertekad untuk mencari jalan laut yang mengelilingi Afrika untuk
membolehkan mereka berdagang secara terus dengan India, China dan
Pulau Rempah (Pulau Maluku) di Lautan Pasifik tanpa bertembung
dengan orang Turki.

Sebenarnya Eropah menyaksikan banyak penjelajahan dan penerokaan


terutamanya untuk mencari jalan ke Timur Jauh bagi mendapatkan
rempah ratus. Salah sebuah negara Eropah yang giat melakukan
penjelajahan dan penerokaan ialah Portugal. Pada awal abad ke-15 orang
Portugis memulakan suatu siri pelayaran ke selatan pantai barat Afrika
untuk mencari jalan laut ke Timur Jauh. Salah seorang yang sangat
berminat dalam penerokaan ini ialah Putera Henry (1394-1460). Beliau
dikenali sebagai ‘Henry Pelayar’ walaupun sepanjang hayatnya beliau
tidak pernah belayar! Beliau terkenal sebagai penjelajah yang duduk diam
di rumah sahaja. Beliau tertarik dengan kekayaan di timur dan mendapat
inspirasi daripada cerita tentang paderi raja agama Kristian iaitu Prestor
John yang dipercayai tinggal di suatu tempat di Afrika. Henry membina
sebuah sekolah untuk melatih jurumudi dan ahli pelayaran di samping
membina limbungan kapal. Beliau mengambil cendikiawan, ahli geografi,
ahli astronomi dan pelaut. Beliau mendorong orangnya mengetuai
ekspedisi . Selama 12 tahun beliau telah menghantar sebanyak 14
ekspedisi tetapi apabila sampai di Tanjung Bojadur, ekspedisinya berpatah
balik kerana dihantui oleh kepercayaan bahawa di Khatulistiwa , suatu
kawasan yang dikenali sebagai ‘Laut Hijau Yang Gelap’, matahari berada
sangat hampir dengan bumi sehingga kulit manusia terbakar hitam, laut
menggelegak dan terdapat kolam berpusar dan kabus hijau yang tebal,
tempat tinggal raksaksa yang menunggu untuk membaham mereka.
Salah satu ekspedisi yang dihantar Henry ialah yang diketuai oleh Gil
Eannes. Pada tahun 1434, Gil Eannes menjadi ahli pelayaran yang
pertama berani belayar ke selatan iaitu ke Tanjung Bojadur. Lima puluh
tahun kemudian iaitu pada bulan Ogos 1487 Maharaja John II menghantar
satu ekspedisi yang terdiri daripada 3 buah kapal diketuai oleh
Bartolomeu Dias atas tujuan membuka jalan laut di hujung Afrika Selatan.
Maharaja John II percaya bahawa jalan ke Timur akan menjadi mudah jika
Lautan Hindi dapat diterokai.

Pada tahun 1487 juga Pedro da Covilha bersama-sama Alfonso de Paiva


membuat satu misi rahsia. Covilha diarahkan mencari maklumat sebanyak
mungkin tentang jalan ke India sementara Paiva pula diarahkan mencari
kerajaan Prestor John di Afrika. Mereka menyeberangi Laut
Mediterranean dan belayar ke selatan Laut Merah. Paiva telah hilang,
sementara Covilha sampai ke India dan kemudiannya menetap di
Habsyah (Abyssinia/Ethiopia) Covilha telah melaporkan pelayarannya ke
India kepada kerajaan Portugal.

Vasco da Gama (1460-1524) pula dihantar oleh Raja Manuel, raja


Portugal untuk memastikan sama ada jalan ke India dengan mengelilingi
Afrika seperti yang dilaporkan sebelum ini benar-benar wujud. Pada tahun
1497 Vasco da Gama telah menyusuri bahagian atas pantai timur Afrika
dan akhirnya menemui jalan laut ke India yang selama ini cuba dicari-cari
oleh pengembara Eropah.. Angkatannya meredah Lautan Hindi selama 23
hari dan setelah 10 bulan belayar barulah beliau sampai di Calicut, India.
Dalam perjalanan mereka ke Timur, orang Portugis telah bertemu dengan
peluang perdagangan yang lumayan di Afrika Barat terutama sekali emas,
gading dam hamba. Perdagangan hamba berkembang pesat antara abad
ke-16 hingga 19. Orang Portugis kemudiannya melancarkan ekspedisi
tentera laut secara agresif . Mereka menubuhkan kubu di Ceylon pada
tahun 1505 dan menawan Goa pada tahun 1510. Namun mereka masih
belum menemui sumber rempah ratus. Dengan itu mereka pun terus
belayar ke arah timur. Pada tahun 1511 satu ekspedisi yang terdiri
daripada 3 buah kapal di bawah pimpinan Antonio de Abreu telah belayar
dari Melaka (masa itu Portugis telah pun menawan Melaka). Pada tahun
1512 mereka telah sampai ke Pulau Banda. Ini membuka jalan ke
Kepulauan Maluku yang merupakan satu-satunya sumber buah pala dan
bunga cengkih di dunia pada masa itu. Akhirnya orang Portugis berjaya
sampai di Kepulauan rempah yang selama ini menjadi legenda itu.
Selepas itu .mereka menuju ke utara iaitu ke China dan menjelang tahun
1540-an menjadi orang Eropah pertama sampai di Jepun.

Sepanyol juga tidak ketinggalan dalam usaha mencari jalan ke Timur.


Melalui Christopher Columbus, Sepanyol cuba mencari jalan ke Timur
Jauh melalui arah Barat iaitu arah yang bertentangan dengan jalan
sebelum ini (menyusuri pantai Afrika) tetapi gagal menemui negara China.
Sebaliknya, diluar tujuan sebenar, atau tanpa sengaja dia menemui benua
Amerika!.Pada tahun 1511 pula Sepanyol membiayai pelayaran Magellan
untuk mencari jalan perdagangan ke timur dan menuntut Pulau Maluku.
Dia hanya sampai di Filipina setelah menyusuri Amerika Selatan.
Kematiannya di Filipina menyebebkan rakannya yang bernama Sebastian
del Cano mengambilalih mengetuai pelayaran kembali ke Sepanyol.

Seperti orang Sepanyol, orang Inggeris dan Perancis juga ingin mencari
kekayaan di Timur dengan cara belayar ke arah Barat. Mereka tidak
mengikut jalan orang Sepanyol mengelilingi Amerika Selatan, sebaliknya
mereka mencari jalan baru mengelilingi Amerika Utara. Mereka
berkeyakinan menemui selat yang boleh dilalui oleh kapal mereka. Jalan
ini dikenali sebagai Laluan Barat Laut.Satu ekspedisi yang diketuai oleh
Martin Frobisher bersama 3 buah kapal bertolak dari London pada tahun
1576 tetapi gagal menemui Laluan Barat Laut. Beberapa ekspedisi lain
yang dihantar seperti yang diketuai oleh John Davis ( antara tahun 1585
hingga 1587),Henry Hudson (1610), William Baffin dan Robert Bylot
(1616) semuanya gagal menemui Laluan Barat Laut. Sejak itu hingga
berabad-abad lamanya orang Inggeris masih gagal menemui Laluan Barat
Laut hinggalah pada abad ke-20 nanti.
Seorang lagi ahli pelayaran Inggeris yang terkenal ialah Francis Drake
(1545-1596). Dia dianggap sebagai penjelajah kedua yang mengelilingi
dunia. Penjelajahannya dilakukan 50 tahun selepas pelayaran Magellan..
Orang Sepanyol menganggapnya sebagai lanun kerana beliau banyak
kali menyerang petempatan orang Sepanyol di Caribbean dan Amerika
Tengah. Pelayarannya berlangsung antara tahun 1577 hingga 1580.Pada
tahun 1577 beliau dihantar oleh Ratu Elizabeth I ke Selat Magellan
(menjelajah laut-laut selatan) atas tujuan untuk mengaut kekayaan dan
rempah dengan membawa lima buah kapal. Setelah mengelilingi dunia
selama 3 tahun, akhirnya beliau pulang ke England dengan sebuah kapal
sahaja.

Perancis turut cuba mencari laluan terus ke Timur. Pada tahun 1534 Raja
Francois I mengarahkan Jacques Cartier mencari jalan barat ke Pasifik
dan mendapatkan kawasn baru bagi Perancis tapi usaha-usahanya gagal.
Usaha itu diteruskan oleh orang-orang Perancis yang lain yang akhirnya
menemukan mereka dengan Amerika dan membina empayar Perancis di
Amerika.

Orang Viking yang berasal dari Norway, Sweden dan Denmark yang
sering dikenali sebagai penyerang itu juga merupakan penjelajah dan
pedagang. Mereka mula belayar ke Barat pada abad ke-9 untuk mencari
kawasan baru. Menjelang tahun 860 ada di kalangan mereka telah
sampai ke Iceland dan menetap di situ. Dalam perjalanan yang kerap ke
Barat, mereka telah menjadi orang Eropah pertama yang menemui
Amerika. Menjelang abad ke-11 terdapat petempatan Viking merentasi
utara Eropah dari Rusia ke Ireland. Ekspedisi perdagangan membawa
mereka jauh hingga ke Laut Mediterranean dan menghilir Sungai Volga ke
Laut Kaspia.

Tamadun Arab

Penjelajahan orang Arab lebih bermotifkan perdagangan. Zaman sebelum


kedatangan Islam lagi iaitu zaman jahiliah telah ada bukti-bukti yang
menunjukkan bahawa mereka telah menjelajah sampai ke India, Asia
Tenggara dan China (jalan laut). Ketika Yaman terkenal sebagai pusat
perdagangan utama di semenanjung Tanah Arab, pelabuhan di Yaman
telah menjadi pusat persinggahan kapal-kapal dari Timur dan tempat
memulakan pelayaran ke Timur. Orang-orang Arab bukan sahaja terkenal
sebagai pelayar bahkan pengembara padang pasir melalui sistem kafilah.
Mereka telah memonopoli perdagangan Timur dan menjadikan saudagar-
saudagar Venice dan Genoa sebagai orang tengah mereka dalam
memasarkan barang-barang ke Eropah. Hal ini berterusan sehingglah
mereka memeluk agama Islam. Inilah antara sebab orang-orang Eropah
ingin sangat mencari jalan ke timur iaitu ingin memecahkan monopoli
perdagangan orang Arab.

Tamadun Melayu

Alam Melayu tidak banyak menyaksikan penjelajah dan peneroka tetapi


sering dijelajah dan diteroka. Namun begitu ketika Srivijaya muncul
sebagai pusat agama Buddha di Nusantara, Srivijaya telah menghantar
penuntut-penuntutnya ke Nalanda, India Selatan bagi menyambung
pengajian agama Buddha di situ. Dengan itu mereka juga dianggap
sebagai penjelajah atas motif menuntut ilmu. Berkaitan dengan menuntut
ilmu ini, kerajaan Srivijaya telah membina sebuah kuil di Nagapatnam,
India Selatan pada tahun 1005M. Selain dari itu Srivijaya juga menghantar
banyak rombongannya ke China untuk mengeratkan perhubungan
diplimatik dan perdagangannya dengan China. Dengan itu dapat
didkatakan bahawa penjelajahan orang Srivijaya lebih kepada motif
perdagangan dan menimba ilmu.

Tamadun India

Penjelajahan orang India dalam tamadun awal kurang didedahkan oleh


ahli-ahli sejarah. Namun tidak dapat dinafikan bahawa memang wujud
penjelajahan orang-orang India terutamanya atas motif perdagangan dan
agama. Orang-orang India telah menjelajah ke bahagian timut tengah dan
Asia Tenggara sebelum penjelajahan orang-orang Barat lagi atas tujuan
perdagangan. Ini terbukti dengan adanya kapal-kapal orang India di
pelabuhan Yaman. Mereka juga menjelajah ke Asia Tenggara untuk
memperluaskan perdagangan dan menyebarkan agama Hindu sejak
sebelum abad pertama Masihi lagi. Penjelajahan atas tujuan perdagangan
ini kemudiannya telah mewujudkan penjajahan. Ini dapat dibuktikan
dengan penjajahan Raja Rajendra I (Raja Chola dari India Selatan) ke
atas kerajaan-kerajaan Srivijaya di Semenanjung Tanah Melayu (seperti
Kedah dan Ligor) dan di Sumatera (seperti Palembang) pada sekitar
tahun 1025M.

7.3. Pencapaian dan Sumbangan

1. Jelaskan bagaimana ilmu pelayaran dan geografi berkembang


akibat daripada aktiviti penjelajahan dan penerokaan
2. Susur galurkan asal usul dan perkembangan dalam ilmu pelayaran
dan geografi
Penjelajahan dan penerokaan telah mengembangkan ilmu pelayaran dan
geografi. Zaman Hellenistik (percampuran budaya Yunani dan bukan Yunani
khususnya Parsi) dalam sejarah Greek telah menggalakkan penyelidikan sains.
Ekspedisi-ekspedisi Iskandar Zulkarnain merentasi Asia telah membuka bidang-
bidang pengetahuan baru kepada orang Greek dan telah membangunkan minat
terhadap penyelidikan saintifik.Semasa Iskandar Zulkarnain membuat
penjelajahan ke Asia, tenteranya diiringi oleh sekumpulan juruukur, ahli geografi,
ahli matematik dan ahli astronomi. Pakar-pakar tersebut telah memetakan
wilayah taklukan yang merentang dari Sungai Indus ke timur Mediterranean.
Peta Eropah yang dibuat pada lebih 1500 tahun selepas penjelajahan Iskandar
telah menggunakan maklumat tentang Asia yang diperolehi dari Iskandar. Orang
Rom mengembangkan pengetahuan mereka tentang dunia melalui orang Yunani
dan pengetahuan tentang India melalui penjelajahan Iskandar Zulkarnain. Ahli
kaji bintang telah membuat penyelidikan melalui perjumpaan-perjumpaan zaman
dahulu di Babylon; mereka belajar mengira sukatan dunia. Ada di kalangan
mereka mengemukakan teori-teori peredaran dunia mengelilingi matahari. Ahli
geografi yang terkenal iaitu Erotosthenes (275 – 200 SM) adalah orang yang
mula-mula mengajar tentang lautan di dunia dan memulakan lukisan peta
dengan menggunakan garis bujur dan garis lintang. Ptolemy, seorang ahli
astronomi Mesir-Yunani yang bertugas di Perpustakaan Iskandariah, Mesir dari
tahun 127 hingga 150M telah mengumpulkan pelbagai ilmu Yunani tentang
Geografi bagi menghasilkan peta dunia yang terbaik sehingga abad ke-15.
Selepas pelayaran Kapten Cook (1780) ke Hawaii barulah peta dunia yang lebih
sempurna dihasilkan ( pada abad ke-18).

Penjelajahan dan penerokaan juga telah mengembangkan ilmu pelayaran.


Orang Rom belajar membuat kapal berdasarkan bangkai kapal orang Phoenicia.
Orang Phoenicia adalah pembuat kapal dan pedagang yang terpakar di
Mediterranean dan telah menubuhkan koloni di seluruh kawasan Mediterranean
pada abad ke-8.SM. Pada abad ke-15, Putera Henry (1394-1460)yang terkenal
dengan jolokan ‘Henry Pelayar’ ( Henry the Navigator) telah menubuhkan
sebuah sekolah pelayaran yang masyhur di Sagres, Portugal. Di akademi
tersebut beliau mengumpulkan kemahiran ahli pelayaran, ahli geografi, pembuat
peta, ahli astronomi dan pembina bot. Beliau menganjurkan beberapa ekspedisi
Portugis ke timur walaupun beliau sendiri tidak pernah menyertai pelayaran-
pelayaran yang dianjurkannya itu. Ekoran usaha beliau, sekolah-sekolah
pelayaran telah ditubuhkan di tempat-tempatlain di Eropah.Berkait dengan
penjelajahan dan penerokaan melalui laut, pelbagai jenis alat pandu arah
digunakan dengan luasnya pada abad ke-15 seperti kompas, alat bahagi, jam
pasir, carta bintang dan jadual. Sesiku laut pula digunakan untuk mengukur
sudut matahari bagi mengira latitud kapal.

You might also like