You are on page 1of 2

Laporan Pertandingan Futsal Mahasiswa 6 Sebelah sempena dengan Minggu Penghayatan Islam (MPI) UMK 2010 Anjuran:Majlis Perwakilan

Pelajar dengan Kerjasama Jawatankuasa Teman (JT-UNIPEN) Tarikh: 24-26 September 2010 Tempat:Gelanggang Futsal Kolej Kediaman UMK Laporan Program: Pertandingan Futsal Mahasiswa 6 sebelah yang telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UMK) dengan kerjasama Jawatankuasa Teman (JT-UNIPEN) ini adalah bertujuan untuk mendidik mahasiswa UMK terutamanya mahasiswa yang beragama Islam bahawa persepsi menutup aurat merupakan penghalang untuk bersukan adalah persepsi yang salah.Salah satu peraturan unik yang diperketatkan di dalam pertandingan ini adalah semua peserta wajib menutup aurat dengan memakai seluar yang melebihi paras lutut.Sesiapa yang mengingkarinya,individu tersebut berhak dibatalkan penyertaannya. Sepanjang pertandingan futsal berjalan,semua pemain mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan tiada sebarang bantahan mahupun insiden yang tidak diingini. Pihak penganjur menetapkan kuota sebanyak 12 pasukan untuk menyertai pertandingan ini di mana nisbah pasukan dibahagikan kepada 3 pasukan FASA,3 pasukan FKP,3 pasukan FTKW,1 pasukan FPV dan 2 lagi daripada pasukan Jt-Unipen.Yuran penyertaan sebanyak RM 10 telah dikenakan kepada setiap pasukan. Format bagi pertandingan ini adalah berformat Liga,seterusnya Separuh akhir dan pusingan Akhir.Di peringkat liga,12 pasukan ini dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada 3 pasukan.Setelah tamat perlawanan liga (2 pusingan),hanya pasukan yang menjuarai peringkat kumpulan akan melangkah ke pusingan seterusnya yakni pusingan separuh akhir. Pertandingan futsal yang dianjurkan kali ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.Pada akhir pertandingan,pasukan FASA B muncul sebagai juara keseluruhan dengan mengalahkan pasukan FTKW B yang menjadi naib Johan.Manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan FTKW A. Pengadil pada perlawanan ini adalah terdiri daripada kalangan Staf dan Mahasiswa.Segala peralatan dan minuman yang diperlukan mencukupi.Hadiah bagi pemenang pertandingan futsal ini adalah berupa sijil dan juga pingat.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa yang terlibat: Pengarah Program Mohamad Hafizudin b. Mohd Nasarudin Timbalan Pengarah Muhammad Syaiful Anwar Setiausaha Muhammad Dhiyauddin Hilman Bendahari Mohd Arif b. Makhtar Ajk Teknikal Nazirol Bin Sama il Ajk Cenderahati & Peralatan Sar Muhamad Fadhil Pengadil Perlawanan Nazirol Bin Sama il Mohamad Hafizudin b. Mohd Nasarudin Pok Nik (Staf Sukan) Muhammad Dhiyauddin Hilman

You might also like