You are on page 1of 11

EN ABD RAHIM BIN RAMLI PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU GAF 3093

PENSYARAH:

NAMA : RASHIDAH BT OTHMAN( 028616) KUMPULAN D TAJUK TUGASAN : TUGASAN 3 ISU YANG DIKAITKAN DENGAN SAHSIAH GURU TARIKH : 24 JULAI 2011

ISI KANDUNGAN Pengenalan

HALAMAN 3-4

Isu-isu yang dikenal pasti,kesan dan cara mengatasi

5-8

Cadangan cara mengatasi secara umum

9 -10

Rumusan/kesimpulan

10

Rujukan

11

1 -Pengenalan Bagi mencapai matlamat pendidikan negara, ianya harus bermula daripada guru, kerana gurulah yang bertanggungjawab mendidik, membimbing, mengasuh, membentuk tingkah laku dan menjadi role model bagi pelajar-pelajarnya. Oleh itu guru-guru yang dihasilkan harus berkualiti, beretika, bersahsiah dan berpesonaliti mulia serta mempunyai dan mengamalkan nilai atau etika kerja yang baik. Mistel (1993) menyatakan bahawa personaliti bukan sahaja menitik beratkan perbezaan antara individu, malah ianya juga menekankan proses-proses asas bagi seseorang menyesuaikan diri dalam interaksinya dengan persekitaran mereka. Faktor-faktor personaliti seseorang didapati memberi kesan ke atas pengajaran (Mitchell, 1965), keberkesana pengajaran guru ( Dunkin dan Biddle, 1974),dan keberkesanan pengajaran guru (Rushton, Murry dan Paunonen, 1983). Perubahan serta perkembangan sains dan teknologi telah membentuk nilainilai baru yang mempengaruhi setiap lapisan masyarakat. Perubahan-perubahan ini telah mendatangkan pelbagai masalah yang mencabar profesion perguruan (Musak Manstrak & Mohd Yaakob 1994). Di antaranya ialah masalah akhlak, iman, budaya ilmu, matlamat Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan bersepadu KBSM, KBSR, Negara Industri Baru dan Wawasan 2020 Prosiding Seminar Penyelidikan dan Penilaian MPTAR 2005 10 semenjak tahun-tahun 1980-an. Oleh itu perjuangan pendidikan menjadi semakin terdesak, perjuangan pendidikan adalah perjuangan untuk menjana kelangsungan hidup sesuatu bangsa, perjuangan untuk mengangkat maruah dan harga diri individu dan ummah, perjuangan untuk menjulang negara bangsa ke mercu kejayaan dan kecemerlangan (Wan Mohd Zahid 1993). Nilai-nilai kehidupan telah mengalami perubahan dan tanggapan tentang kedudukan serta peranan para pendidik telah berubah, namun ini tidak bermakna keluhuran tugas pendidik terbiar pudar dan luntur.

Walau pun tiada satu kayu pengukur yang mutlak bagi menilai keupayaan para pendidik menghadapi dan menangani masalah-masalah tersebut namun terdapat tanda-tanda yang menunjukkan martabat atau darjat para pendidik mulai luntur (Musak Mantrak & Mohd Yaakob 1994). Oleh yang demikian,Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam manjalankan tugas mendidik.Bakal-bakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia. Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan Tatasusila Profesion perguruan.Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memartabatkan lagi kedudukan guru.Ianya bergantung sejauhmana guru komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh kementerian Pelajaran Malaysia.Guru sememangnya mempunyai beban yang berat untuk melaksanakannya bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan.

2. Masalah- masalah yang dikenal pasti :2.1 Guru bermasalah( guru semberono) TIMBALAN Menteri Pelajaran menyatakan guru semberono akan ditangani secara serius untuk memastikan pelajaran murid tidak terjejas. Guru semberono bermaksud guru yang mengajar sambil lewa dan tidak komited dalam menjalankan tugas di sekolah.

2.1.1 Kesan Mereka ini tidak menjalankan tugas sebenar sebagai seorang guru iaitu dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.Sukatan pelajaran yang wajib disampaikan kepada pelajar tidak diselesaikan sepenuhnya. Tugasan sampingan yang telah diamanahkan juga tidak dilaksanakan.Ini memberikan masalah kepada rakan sekerja.Maka berlakulah perselisihan faham antara rakan sekerja.Disebabkan sikap yang tidak bertanggungjawab ini mewujudkan jurang antara guru bermasalah ini dengan rakan sekerja dan berlakulah kumpulan yang berpuakpuak.Ini merupakan situasi yang tidak sihat di Institusi sekolah. Masyarakat khususnya para ibubapa pastinya berasa kurang senang apabila diberitahu oleh anak-anak bahawa tiada berlakunya proses pembelajaran dalam mata pelajaran tertentu,berlebih-lebih lagi yang membabitkan mata pelajaran teras.

2.1.2 Cadangan Cara Mengatasi Bukan mudah untuk mengambil tindakan disiplin terhadap penjawat awam, khususnya tindakan gantung kerja atau buang kerja. Tugas ini memakan masa yang panjang kerana melalui peringkat tertentu dan perlu disertai maklumat dan bukti yang

lengkap.Oleh itu elok guru berprestasi rendah ini ditempatkan di pejabat pendidikan. Malah, pegawai kanan atau pegawai atasan di pejabat pelajaran dapat 'mengawasi' dan membimbing guru bermasalah ini.Rakan rakan guru terutamanya di sekolah perlu bermuafakat dan membina "team" yang mesra bagi menggalakkan kesemua guru merasa sense of belongings.

2.2 Masalah penempatan guru Bakal guru mungkin diwajibkan menandatangani akujanji sanggup mengajar di kawasan pedalaman untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, syarat yang sedang dipertimbangkan itu bertujuan memastikan guru-guru yang baru berkhidmat di pedalaman tidak merayu untuk berpindah. ''Sebagai contoh, kebanyakan guru dari Kelantan dan Terengganu yang baru berkhidmat empat bulan dan dihantar ke pedalaman sudah minta berpindah.''Ini benar, di Kelantan ada 54 kekosongan, yang mohon hendak balik 1,312 orang, jadi bila ada rungutan oleh guru yang sudah 10 tahun mengajar di Sarawak, sudah tentu tiada kekosongan di negeri itu," katanya.

2.2.1 kesan Beberapa masalah telah wujud ekoran penempatan guru ini kerana mereka tinggal berjauhan dari suami/isteri dan anak-anak.Disebabkan penempatan yang jauh dari keluarga,guru-guru ini telah mengambil cuti untuk menyelesaikan masalah peribadi.Ini melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.Pelajar-pelajar tidak mendapat ilmu seperti yang diharapkan kerana guruguru ini sering bercuti untuk kepentingan keluarga.

Manakala apabila berada di sekolah,ada di kalangan guru-guru ini tidak dapat memberikan kerjasama sepenuhnya pada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sekolah terutamanya melibatkan waktu hujung minggu.Ini menyebabkan guru-guru lain berasa tidak puas hati kerana ianya berlaku berulang-ulang kali.Maka berlakulah situasi bermasam muka dan tidak bertegur sapa antara guru-guru disebabkan masalah penempatan guru. 2.2.2 Cadangan Cara Mengatasi : Guru-guru muda sewajarnya diberikan peringatan dan motivasi tentang amanah dan tugas sebagai seorang guru sebelum dihantar ke penempatan masing-masing.Tugas seorang guru bukanlah di tanah tempat kelahiran diri sendiri sahaja,tetapi hanya berada di tanah air sendiri.

2.3 Pelajar terkilan sikap guru bahasa Inggeris perbodohkan pelajar Pelajar tingkatan tiga di SMK Dato Sulaiman, Parit Sulong amat kecewa dengan sikap seorang guru bahasa Inggeris yang berkelulusan dari universiti di Amerika Syarikat. Pelajar begitu bangga dan teruja kerana mendapat guru bahasa Inggeris lulusan dari luar negara. Malangnya, apa yang diharapkan tidak kesampaian.Guru terbabit memulakan pengajarannya dengan memperbodoh-bodohkan pelajar. 2.3.1 Kesan Sikap bangga diri,ujub dan riyak di hati guru terbabit telah menyebabkan semangat pelajar menjadi luntur dan dengan itu hasil pembelajaran untuk mata pelajaran tersebut pastinya tidak seperti yang diharapkan.Pelajar menjadi tidak berminat dengan mata pelajaran tersebut.Guru sepatutnya menjadi sumber inspirasi kepada pelajar dan menjadi pakar motivasi untuk pelajar di dalam kelasnya,tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Disebabkan terlalu berasa dirinya hebat,guru ini sentiasa berasakan dirinya lebih baik dari guru-guru lain dan ini memyebabkan berlakunya perasaan tidak senang hati di kalangan guru-guru lain.

2.3.2 Cadangan Cara Mengatasi ; Guru seperti ini seharusnya diberi bimbingan dan kaunseling bagaimana kelebihan yang ada pada dirinya dapat menberi manfaat kepada orang lain terutamanya para pelajar.Penerapan kerohanian di dalam jiwa juga wajar diberi kerana setiap agama di dunia ini tidak menyuruh umatnya bersikap bongkak,malah hendaklah merendah diri,terutamanya Agama Islam kerana sifat Riyak seumpama bara yang memakan kayu,iaitu memusnahkan segala amalan-amalan ibadat yang telah kita lakukan.

2.4 Guru ditangkap basah dakwa dianiaya suami Harian Metro telah menyiarkan laporan mengenai guru wanita berusia 34 tahun yang ditangkap khalwat bersama teman lelakinya berusia 30-an yang juga seorang guru di sebuah rumah sewa di Kampung Telok Malek, Jitra. Sumber memaklumkan guru itu keluar rumah kerana merajuk dengan suaminya dan meninggalkan anak perempuan tunggalnya yang kini berusia 13 tahun bersama suami untuk memudahkannya berjumpa dengan kekasihnya itu.

2.4.1 Kesan Masalah peribadi iaitu masalah keluarga telah menjadikan segelintir guru tidak dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan baik.Ini menyebabkan pelajar-pelajar mengalami kerugian dalam mendapatkan ilmu.Guru sebagai sumber ilmu tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya kerana guru-guru ini tidak dapat mengimbangi masalah ,tanggungjawab antara keluarga dan kerjaya.

Sikap guru ini menyebabkan maruah dan harga diri sebagai seorang guru tergadai.Sikap hormat kepada guru oleh ibubapa,pelajar dan masyarakat hilang dan terhakis oleh perbuatan guru yang tidak bermoral ini.

2.4.2 Cadangan Cara Mengatasi : Guru-guru ini hendaklah diberikan khidmat bimbingan dan kaunseling,juga penerapan kerohanian di dalam jiwa supaya dapat menyelesaikan masalah peribadi secara bijaksana dan tersusun serta tidak menjejaskan tugas sebagai seorang guru.

3.Cadangan Cara-cara mengatasi Secara Umum : 1 - Hasil kajian mendapati kelulusan akademik dapat mempengaruhi personaliti neurotis guru-guru. Guru-guru yang berkelulusan lebih tinggi menunjukkan tahap personaliti neurotis yang lebih rendah. Guru-guru berkelulusan SPM mempunyai tahap personaliti neurotis yang tertinggi. Sebagai persediaan menghadapi proses globalisasi dalam pendidikan, peluang-peluang belajar bagi guru-guru harus ditingkatkan. Program-program pengsiswazahan guru perlu ditambah, kemudahan cuti belajar perlu diberikan bagi membolehkan guru-guru di sekolah rendah meningkatkan kelulusan akademik mereka seiring dengan perubahan dalam keperluan pendidikan negara. Langkah Kementerian Pendidikan untuk menempatkan guru-guru siswazah di sekolah rendah mulai 2005 adalah amat tepat.

2. Jabatan Pendidikan Negeri harus menyediakan suatu dasar atau program yang membolehkan guru-guru berkhidmat dalam satu tempoh masa tertentu sahaja di sesebuah sekolah dan pertukaran perlu dilakukan melibatkan guru-guru di sekolah bandar dan juga luar bandar. Pertukaran ini harus dilakukan secara menyeluruh, apabila sampai tempohnya maka pertukaran haruslah dilakukan.

3. Jabatan Pendidikan Negeri perlu menyediakan seorang pegawai yang bertanggungjawab secara khusus bagi menerima sebarang aduan daripada guru-guru. Dengan itu guru-guru mempunyai tempat dan saluran untuk membantu mereka bagi menyelisaikan sebarang masalah yang dihadapi. Umpamanya mewujudkan jawatan kaunselor jabatan, kerana pegawai tersebut mestilah mampu menjalankan kerja-kerja kaunseling dan mempunyai pengetahuan tentang selok belok perkhidmatan perguruan. Apa yang berlaku sekarang guru-guru bermasalah akan menggunakan saluran persatuan untuk meminta bantuan bagi menyelesaikan masalah mereka.

4 . Rumusan Untuk meningkatkan martabat pendidik, usaha-usaha harus dilakukan dari semasa ke semasa, guru-guru perlu dibekalkan dan ditingkatkan pengetahuan mereka dari segi kesediaan ilmu, kemahiran/profesional, ketahanan akal, ketahanan emosi, kekukuhan akhlak atau moral dan ketahanan fizikal berteraskan pada nilai-nilai yang baik. Sebagai seorang yang telah bergelar guru,kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.Segala cabaran dan dugaan hendaklah dijadikan sebagai perangsang dan pengalaman untuk menjadi seorang guru yang berwibawa. Kenyataan Imam Ghazali (1980) dalam buku Ihya Ulumiddin yang berbunyi : dan rosaklah pemimpin kerana guru yang jahat, dua golongan manusia yang penting dan berpengaruh dalam masyarakat ialah guru dan pemerintah negara. Dari kenyataan di atas jelaslah bahawa guru memainkan peranan penting dalam pembangunan sahsiah sesebuah Negara.

Rujukan Atan Long. (1984). Peranan Dan Tugas Guru Dalam Negara Membangun. Pendidik Dan Pendidikan. Selangor. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Asmawati Baharuddin. (1998). Teori Personaliti. Selangor : Makruf Publisher & Distributors Sdn. Bhd. Atan Long. (1984). Peranan Dan Tugas Guru Dalam Negara Membangun. Pendidik Dan Pendidikan. Selangor. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Bush, D.W. (1986). Relationship Among Teacher Personality, Pupil Control Attitudes And Pupil Control Behavior. ( ERIC Document Reproduction Service No. ED 262 002).

Foo Say Fooi. (2005) Etika perguruan: Jaminan Peningkatan profesionalisme. Serdang: penerbit Universiti Putra Malaysia.

You might also like