You are on page 1of 9

KERTAS KERJA PERMAINAN KANAK-KANAK

1.0 TAJUK PERMAINAN : Baling-Baling Sayang Permainan Kategori Jaring/Dinding

2.0 MATLAMAT Untuk melahirkan murid yang menguasai sesuatu kemahiran yang terdapat dalam permainan kanak-kanak. Terdapat empat jenis kategori di dalam permainan kanak-kanak iaitu sasaran, pukulan, jaring/dinding dan menyerang. Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori jaring/dinding. Nama permainan ini ialah Baling-baling sayang iaitu permainan yang menggabungkan permainan bola ragbi dan bola baling. Permainan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). 3.0 OBJEKTIF Permainan kanak-kanak di sekolah bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi aktiviti permainan yang tersusun. 1. Dapat melakukan aktiviti permainan yang berkualiti serta dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. 2. Dapat mempelajari teknik-teknik dan taktik kategori permainan seperti menjaring, menyerang, membuat sasaran dan pukulan. 3. Memupuk hubungan erat dalam memainkan peranan antara ahli kumpulan. 4. Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar.

5. Memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta mengkoordinasi bahagian tubuh badan dan pergerakan kanakkanak. 4.0 TARIKH Amali permainan ini dijalankan pada 19 September 2010 5.0 JANGKA MASA Jangka masa yang diperlukan untuk menghabiskan satu set permainan ialah 5-10 minit. 6.0TEMPAT Gelanggang Sepak Takraw, IPG Kampus Dato Razali Ismail 7.0 KUMPULAN SASARAN Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) 8.0 BILANGAN PESERTA Bilangan peserta permainan ini dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dalam setiap set permainan memerlukan 2 kumpulan, dimana 6 peserta yang terlibat untuk satu-satu kumpulan.

9.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN


9.1 JAWATANKUASA KERJA PENAUNG : Encik Mohamad bin Ngah (Pengarah IPG Kampus Dato Razali Ismail) PENSYARAH PEMBIMBING : Encik Mohd Eddy bin Abdullah (Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)

PENGERUSI : Ahmad Noor Muhaimi bin Noor Ley NAIB PENGERUSI : Mior Muhamad Hafiz bin Mior Burhanuddin SETIAUSAHA : Nur Khalijah bt Mohamad BENDAHARI : Shariffah Masnira bt Syed Mohd Daud AJK PERALATAN & TEMPAT : Sharina bt Seman AJK KESELAMATAN & PERTANDINGAN: Nur Ainaa bt Ahmad Lokman Hakim

9.1 SENARAI NAMA PESERTA: Kumpulan A

BIL 1 2 3 4 5 6

KAJIAN SOSIAL 1 (A) Mohd Aiman bin Abdullah Suhaimi Nur Nabilahhuda binti Mustaffa Nur Afiqah binti Azhar Shah Nurul Safwani binti Jamal Nur Munirah binti Mohd Mansor Nor Aini binti Zahari

KAJIAN SOSIAL 1 (B) Taibah binti Zubir Shaliana binti Mostpha Nur Khalijah binti Muhamat Shariffah Masnira binti Syed Mohd Daud Munirah Athirah bt Mohd Musleh Wan Nur Afifah binti Wan Jusoh

Kumpulan B

BIL 1 2 3 4 5 6

KAJIAN SOSIAL 2 (A) Adiba binti Mohd Sarkowi Mason Maur AK Changan Amna binti Abdul Aziz Afenorain binti A.Rahman Siti Aisyah binti Ibrahim Amirah Najwa binti Mohd Sanusi

KAJIAN SOSIAL 2 (B) Kalashini A/P Rajendran Siti Nurfadhilah binti Mohd Yunos Nooredwin binti Nooran Nur Farahain binti Ismail Mohd Ziqrul Fhahmie bin Deraman Nur Syazana binti Abdul Aziz

9.2 SENARAI SEMAK SEBELUM PELAKSANAAN PERMAINAN :

BIL 1 2 3 4

PERKARA Mengadakan perbincangan bersama ahli kumpulan Perlantikan AJK dan membuat kertas kerja Menyerahkan kertas kerja kepada pensyarah penilai Menyediakan kelengkapan permainan SENARAI SEMAK SEMASA PELAKSANAAN PERMAINAN Memastikan keadaan kesihatan pelajar Memastikan pelajar memanaskan badan dengan cara yang betul Penyemakan alatan Memberi taklimat permainan dan demonstrasi Memastikan keadaan gelanggang selamat Pengadil mestilah berada di kawasan permainan sepanjang permainan berlangsung SENARAI SEMAK SELEPAS PELAKSANAAN PERTANDINGAN Memastikan semua peserta berada dalam keadaan selamat Menyusun dan menyimpan semula alatan Membuat refleksi terhadap perlaksanaan permainan

ADA

TIADA

CATATAN

BIL

ADA

TIADA

CATATAN

1 2

3 4 5 6

BIL

ADA

TIADA

CATATAN

9.3 SENARAI ALATAN : BIL 1 2 3 ALATAN Bola ragbi Jaring sepak takraw Wisel KUANTITI/UNIT 2 2 2 GAMBAR

10.0 PROSEDUR PERLAKSANAAN PERMAINAN 10.1 PELAN KEDUDUKAN PERMAINAN

Rajah 1.0: Pelan Kedudukan Pemain di dalam Gelanggang

10.2 LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN i) Senarai hakim dan pegawai disediakan untuk rujukan. ii) Permainan akan diadakan di dua padang iaitu padang A dan padang B. iii) Perlawanan diadakan secara kalah mati. Tugas Hakim Pengadil Padang A Muhaimi Husna bt Abdul Razab Farah Hannah Pravina Penjaga Masa Ezwany Padang B Muhaimi Wan Mohd Syafiq Nor Amirah Angriah Sofiyah

10.3 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN i) Setiap pasukan dianggotai oleh 6 orang ii) Permainan berlangsung selama 10 minit dengan pembahagian masa 5 minit untuk setiap bahagian gelanggang. iii) Pemilihan bahagian gelanggang adalah secara toss coin. iv) Permainan dimainkan hanya dengan secara membaling dan menolak bola rugbi, sebarang kesalahan yang dilakukan seperti menyentuh dengan kaki dan menjatuhkan bola di gelanggang sendiri akan memberi mata kepada lawan. v) Setiap pasukan perlulah menghantar bola sebanyak tiga kali hantaran sesama sendiri sebelum menolakkannya ke kawasan lawan. vi) Setiap bola yang jatuh di atas gelanggang bernilai 2 mata. vii) Permainan akan dimulakan semula dengan servis menjadi milik pihak yang memberikan mata. viii) Pemain bebas bergerak dan menentukan strategi masing-masing.

Rajah 2.0: Sistem Pertandingan kalah mati

10.4 JADUAL PERTANDINGAN DAN KEPUTUSAN Perlawanan Pertama Kedua Ketiga Pasukan Bertanding KS 1 A lawan KS 2 A KS 1 B lawan KS 2 B Kalah perlawanan pertama lawan kalah perlawanan kedua Keempat Pemenang perlawanan pertama lawan pemenang perlawanan kedua B Gelanggang A B A

11.0 RUMUSAN

Melalui permainan kanak-kanak ini, murid-murid dapat belajar beberapa kemahiran asas seperti kemahiran asas servis, kemahiran asas memukul bola dan kemahiran asas menimbang bola. Selain itu, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Permainan ini juga memberi peluang kepada pelajar bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang sihat dapat membantu muridmurid untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekali gus membantu mereka supaya mahir dalam kemahiran tersebut. Permainan ini juga memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan menentukan srategi mereka sendiri. Oleh sebab yang demikian, murid-murid akan menjadi seronok ketikan bermain dan sekali gus membantu mereka untuk menguasai keamahiran asas yang ingin diajar.

Secara keseluruhannya, permainan kanak-kanak ini dapat memberikan input yang berguna kepada murid-murid dengan menjadikan lebih cerdas dan sihat untuk belajar bahkan, menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

12.0 RUJUKAN

Buucher, C. A (1993), Faudations of Physical Education and Sport (th Edision, St Louis: VC Mosby

Pangrazi dauer (1995), dynamic education For Elementery School Children ; 11th United states of Amarica allyn and Bacon Inc

Pauline Wetton (1987) bright idea games for PE, Great Britain, Schoolantis Publications Ltd

P.Y Ramakrisnan (1998), pendidikan pergerakan Mudah, Shah Alam, Siri Pendidikan fajar bakti

Teng Boon Tong (1992), pendidikan Jasmani di sekolah rendah, Edisi Kedua, Selangor , siri Pendidikan Longman

Vasudevan T. Arasoo (1991), pengajaran Pendidikan Jasmani untuk sekolah-sekolah rendah, Selangor, siri pendidikan Fajar bakti

You might also like