You are on page 1of 17

1.

LATAR BELAKANG KAJIAN Sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah mula dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1993. Pelaksanaannya adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Selaras dengan itu Bahasa Melayu telah dijadikan salah satu daripada mata pelajaran asas di semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan Bahasa Melayu diharap dapat membina rasa bangga dan semangat cintakan negara. Dalam kurikulum ini kemahiran membaca dan kemahiran menulis adalah antara yang terpenting perlu dikuasai oleh murid-murid pada tahap rendah. Namun demikian, masih terdapat segelintir murid yang lemah dalam menguasai kemahiran ini. Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Pelajaran merangka Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu. Ia membantu murid-murid yang tidak mecapai kebolehan yang sepatutnya dimiliki pada tahap tertentu dalam Bahasa Melayu. Pihak kementerian telah meyusun pelbagai program, namun kreativiti guru juga diperlukan dalam mempastikan alat bantu pengajaran yang digunapakai dapat membantu murid menguasai kemahiran membaca. Salah satu alat yang boleh digunapakai dalam

konteks ini ialah perisian Modul Selan Osni. Modul Selan Osni (MSO) dihasilkan oleh Tuan Haji Roslan Nikmat@Selan Osni. Ia adalah suatu inovasi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang dihasilkan dalam bentuk persembahan Power Point. Paparan kandungannya jelas di samping aspek teknikal yang baik dari segi animasi, grafik dan audio. Strategi P & P di dalamnya adalah sesuai untuk membina dan mengukuhkan minat murid terhadap asas bacaan. Penekanan diberikan dari segi penyampaian pembelajaran yang sesuai, kreatif dan bukan statik sehingga boleh membosankan pelajaran.

2.0

OBJEKTIF KAJIAN Secara umum, objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang penggunaan Modul Selan Osni dan menilai kesesuaian penggunaannya sebagai alat bantu semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Secara khusus, objektif kajian adalah : i. Mengenalpasti klasifikasi kategori Modul Selan Osni berdasarkan

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK). ii. Mengenalpasi kekuatan Modul Selan Osni sebagai alat bantu pengajaran di kalangan guru dan murid SK Keting. iii. Mengenalpasti kelemahan Modul Selan Osni sebagai alat bantu pengajaran di kalangan guru dan murid SK Keting. 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENDEKATAN Kajian ini dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada guru- guru untuk mengumpulkan maklumat kuantitatif asas mengenai kesesuaian penggunaan MSO dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, penilaian sumatif dijalankan ke atas murid-murid yang terlibat dengan pemulihan untuk mengumpukan maklumat kuantitatif bagi menilai kekuatan dan kelemahan MSO mengikut kriteria pemilihan perisian. Fokus kajian ini adalah untuk menilai kesesuaian MSO dan mengambil tindakan susulan untuk meningkatkan keberkesanan penggunannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Maklumat dikumpulkan daripada warga guru dan murid yang terlibat secara langsung dalam penggunaan Modul Selan Osni sebagai alat bantu dalam pendidikan pemulihan Bahasa Melayu.

3.2

INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang dibangunkan khusus bagi membolehkan maklumat dikumpul tentang penggunaan Modul Selan Osni. Borang soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu: a. Bahagian A (Latar Belakang Responden) b. Bahagian B (Isi Kandungan) c. Bahagian C (Aspek Teknikal ) d. Bahagian D (Dokumentasi) Manakala penilaian sumatif pula dijalankan untuk mengumpul pencapaian murid bagi menilai kekuatan dan kelemahan Modul Selan Osni. Penilaian sumatif ini mengandungi lima bahagian berikut iaitu : a. Bahagian A (Mengenal Huruf) b. Bahagian B (Menulis Suku Kata) c. Bahagian C (Lisan Modul 1) d. Bahagian D (Lisan Modul 2) e. Bahagian E (Lisan Modul 3) Instrumen kajian dibangunkan dan divalidasi secara ringkas oleh beberapa rakan staf guru yang terlibat secara langsung dalam penggunaan Modul Selan Osni. Borang soal selidik dan penilaian sumatif yang lengkap adalah seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2.

3.3

RESPONDEN Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Bagi tujuan soal selidik seramai 28 responden telah dipilih untuk mengisi borang tersebut. Manakala bagi tujuan penilaian sumatif 62 responden dipilih untuk melalui penilaian yang disediakan. Responden ini terdiri daripada dua kumpulan iaitu: i. Warga guru SK Keting ii. Murid-murid Tahap 1 yang terlibat dalam penggunaan Modul Selan Osni.

3.4

ANALISIS DATA Berdasarkan jenis maklumat yang dikumpul dan objektif kajian, analisis data yang dilakukan terhad kepada analisis deskriptif meliputi bilangan dan peratusan.

4.0

DAPATAN KAJIAN 4.1 DAPATAN SOAL SELIDIK Bahagian ini akan membentangkan dapatan kajian soal selidik yang meliputi demografi sampel kajian, penilaian guru terhadap isi kandungan, aspek teknikal dan dokumentasi. 4.1.1 Demografi Sampel Kajian Sampel kajian terdiri daripada 28 responden iaitu guru-guru SK Keting yang majoritinya yang terdiri daripada perempuan iaitu 64.3% berbanding 35.7% lelaki. Kebanyakan guru berumur 36 hingga 40 tahun mewakili peratusan tertinggi iaitu 42.86%. Berdasarkan peratusan

tahun perkhidmatan (Lampiran 3), separuh daripada guru telah berkhidmat melebihi 11 tahun. Daripada aspek perjawatan, 71.43% guru adalah bergred DGA 32, DG 41 (25.0%) dan GST (3.57%). 100% guru pernah mengikuti kursus ICT. 4.1.2 Penilaian guru terhadap isi kandungan Dapatan menunjukkan 96.4% guru bersetuju MSO menyediakan langkah penerangan tersusun dan sesuai dengan tahap murid untuk tujuan pemulihan (89.3%). Berdasarkan penilaian guru, 85.7% guru bersetuju MSO mudah digunakan sebagai bahan mengajar dalam kelas mengikut skop pengajaran kerana isi kandungan MSO adalah mengikut urutan yang sesuai (92.8%) dan teks MSO bebas kesalahan mekanis (92.8%).

Item B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10

Huraian MSO melaksanakan pengukuhan murid secara kendiri MSO menyediakan langkah penerangan tersusun. MSO menggunakan permainan untuk menarik minat murid terhadap pelajaran MSO mempunyai aktiviti hipotesis untuk memahami kesan suatu tindakan terhadap sistem. MSO membolehkan murid memahami suatu prosedur. MSO membolehkan guru mengukur dan menilai pencapaian murid. MSO mudah digunakan sebagai bahan mengajar dalam kelas mengikut skop pengajaran. MSO sesuai dengan tahap murid untuk tujuan pemulihan Teks dalam MSO bebas kesalahan mekanis (contoh:ejaan,tatabahasa,tanda bacaan dan lain Isi kandungan MSO adalah mengikut urutan yang sesuai (mudah kepada kompleks)

% setuju 0 96.4 0 0 0 0 85.7 89.3 92.8 92.8

4.1.3 Penialaian guru terhadap aspek teknikal Dalam aspek teknikal, perbezaan respons yang diberikan oleh guru adalah ketara iaitu julat di antara 10.7% hingga 92.8%. Hampir kesemua guru bersetuju (92.8%) MSO mempunyai elemen multimedia yang menarik dan boleh ditamatkan dengan cepat. Manakala hanya 10.7% guru bersetuju MSO menyediakan butang bantuan yang baik dan mempunyai audio yang jelas dan boleh dikawal.

Item C1 C2 C3 C4 C5 C6 C7 C8 C9 C10

Huraian Arahan skrin mudah difahami MSO membolehkan mencetak lembaran kerja murid. Maklumat mudah dicari dengan mudah dan cepat. MSO menyediakan butang bantuan yang baik. MSO mempunyai audio yang jelas dan boleh dikawal. MSO mengekalkan perhatian murid kepada kandungan MSO sehingga selesai. MSO membuatkan penggunaan komputer tergendala. Gambar/imej dalam MSO boleh ditamatkan dengan cepat. Elemen audio/kesan bunyi yang terdapat dalam MSO membantu proses P & P. MSO mempunyai elemen multimedia yang menarik.

% setuju 42.8 14.3 21.4 10.7 10.7 75 14.3 92.8 10.7 92.8

4.1.4 Penilaian guru terhadap dokumentasi. Daripada aspek pendokumentasian, 96.4% guru bersetuju dengan persembahan MSO dari segi paparan skrin, saiz dan bentuk huruf seta keseluruhan MSO menepati objektif pelajaran.

Bagaimanapun tiada guru bersetuju (0%) MSO menyediakan manual penggunaan dan cadangan penggunaan serta aktiviti.

Item D1 D2 D3 D4 D5 D6 D7 D8 D9 D10

Huraian Paparan skrin menarik minat murid. Saiz huruf mudah dibaca Bentuk huruf sesuai bagi murid Objek yang ditunjukkan menepati isi kandungan MSO menyediakan manual penggunaan Sesuai sebagai alat bantu pengajaran MSO menyediakan elemen yang interaktif MSO menyediakan cadangan penggunaan dan aktiviti MSO amat mesra pengguna Keseuruhan MSO menepati objektif pelajaran

% setuju 96.4 96.4 96.4 100 0 82.1 39.3 0 42.9 96.4

4.2

DAPATAN PENILAIAN SUMATIF Penilaian sumatif dijalankan ke atas 62 orang murid iaitu kesemua murid Tahap 1 yang masih lemah dalam asas bacaan dan memerlukan pemulihan. Dapatan penilaian ini adalah untuk menilai kekuatan dan kelemahan MSO sebagai alat bantu pengajaran. Penilaian ini merangkumi kemahiran mengenal huruf, kemahiran menulis suku kata, kemahiran membaca perkataan kv-kv (Modul 1), kemahiran membaca perkataan kvk (Modul 2) dan kemahiran vokal dan konsonan berganding (Modul 3). 4.2.1 Penguasaan murid dalam penilaian sumatif Dapatan daripada penilaian sumatif menunjukkan daripada kesemua calon hanya 2 calon yang masih belum dapat menguasai kemahiran mengenal huruf. Namun hanya sebahagian sahaja daripada calon iaitu 24 calon dapat menguasai kemahiran membaca perkataan vokal dan konsonan berganding. Daripada aspek kemahiran menulis suku kata 53 calon telah menguasai kemahiran, kemahiran membaca

perkataan kv-kv; 59 calon telah menguasai dan bagi kemahiran perkataan kvk seramai 42 calon telah menguasai. Bilangan murid menguasai 60 53 59 42 24

Penilaian Bahagian A Bahagian B Bahagian C Bahagian D Bahagian E

Bilangan murid tidak menguasai

2 9 3 10 28

4.3

RINGKASAN DAPATAN Dapatan daripada penilaian terhadap penggunaan Modul Selan Osni dijelaskan dalam tiga aspek berikut iaitu isu kandungan, aspek teknikal dan dokumentasi. Di samping itu, penilaian sumatif juga akan diambil kira untuk menilai kekuatan dan kelemahan MSO. 4.3.1 Isi kandungan Secara keseluruhannya lebih 80% guru bersetuju dengan isi kandungan MSO digunakan sebagai alat bantu pengajaran untuk membantu murid-murid yang lemah dalam kemahiran asas bacaan. Dapatan menunjukkan 96.4% guru menyatakan bahawa MSO menyediakan langkah penerangan tersusun. Isi kandungannya telah disusun mengikut urutan daripada mudah kepada kompleks iaitu kemahiran mengenal huruf, kemahiran membaca kv-kv, kemahiran membaca kvk dan kemahiran vokal konsonan berganding. Kemahiran ini amat sesuai dengan tahap keperluan murid-murid pemulihan.

4.3.2 Aspek teknikal Secara umumnya dapatan aspek teknikal MSO adalah pelbagai dari aspek grafik, audio dan navigasi. Dari aspek grafik 92.8% guru bersetuju MSO mempunyai elemen multimedia yang menarik dari segi animasi. Imej yang dipaparkan dalam bentuk 2 dimensi amat sesuai dengan tahap umur murid. Namun hanya 10.7% guru bersetuju audio dalam MSO membantu proses P & P. Ini kerana kebanyakan kesan bunyi yang digunakan tidak dapat didengar dengan jelas menjejaskan kandungan yang hendak disamapaikan. Dari segi navigasi MSO amat mudah untuk dikendalikan kerana ia hanya menggunakan Microsoft Power Point. 92.8% guru bersetuju MSO boleh ditamatkan dengan cepat. Secara keseluruhannya lebih separuh guru bersetuju MSO mengekalkan perhatian murid sehingga selesai. 4.3.3 Dokumentasi Dari aspek dokumentasi, semua responden yang terdiri daripada guru-guru bersetuju (100%) bahawa keseluruhan Modul Selan Osni menepati objektif pelajaran. Ini dapat dilihat dari beberapa aspek yang dipersetujui oleh responden secara amnya 96.4% iaitu paparan skrin menarik minat murid, saiz huruf mudah dibaca dan bentuk huruf sesuai bagi murid, Oleh itu MSO ini amat sesuai untuk digunakan sebagai alat bantu pengajaran (82.1%). Walaubagaimanapun tiada guru bersetuju (0%) MSO menyediakan aktiviti. manual penggunaan manual dan cadangan

penggunaan

Penyediaan

sekurang-kurangnya

membantu guru menepati kehendak modul dibangunkan.

4.3.4 Penilaian Sumatif Secara keseluruhannya, penggunaan MSO amat membantu murid dalam menguasai kemahiran mengenal huruf. Ini dapat dilihat apabila hanya 2 orang murid yang masih belum menguasai kemahiran ini. Modul-modul yang tersedia juga dapat membantu lebih separuh murid yang menjalani penialaian sumatif menguasai kemahiran menulis suku kata (53 orang), kemahiran membaca perkataan kv-kv (59 orang) dan kemahiran perkataan kvk (42 orang). Namun demikian,

penggunaan MSO dilihat hanya memberi sedikit impak dalam membantu murid menguasai kemahiran membaca perkataan vokal dan konsonan berganding. Ini kerana hanya separuh murid iaitu 24 orang dapat menguasai kemahiran ini. 5.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN Hasil dapatan yang diperolehi daripada borang soal selidik dan penilaian sumatif akan dibincangkan pada bahagian akan bertumpu kepada tiga aspek iaitu klasifikasi kategori Modul Selan Osni, kekuatan Modul Selan Osni dan kelemahan Modul Selan Osni. Berdasarkan perbincangan ini, cadangan dibuat untuk meningkatkan keberkesanan Modul Selan Osni sebagai alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5.1 PERBINCANGAN 5.1.1 Klasifikasi kategori Modul Selan Osni Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) adalah satu kaedah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pada asasnya PPBK adalah penggunaan perisian komputer untuk pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan fungsi, objektif PPBK dan kaedah penyampaian serta dapatan soal selidik didapati bahawa Modul Selan Osni ini diklasifikasikan berada dalam kategori tutorial. Menurut Alessi dan Trolip (seperti yang dipetik dalam Azman Abdullah, Hassan Ahmad, Omar Zakaria & Shaifol Bahari Sulaiman, 2010, h.215): Tutorial digunakan untuk mempersembahkan bahan pengajaran dan mempunyai langkah penerangan tersusun. Kandungan Modul Selan Osni telah disusun mengikut urutan mudah kepada kompleks mengikut kemampuan murid lemah. Gaya susunan pula dibantu oleh ilustrasi, animasi, soalan serta teks dan audio yang membantu merangsang minat murid. 5.1.2 Kekuatan Modul Selan Osni Berdasarkan kedua-dua sumber dapatan yang diperolehi, kekuatan Modul Selan Osni adalah terletak pada penerangannya yang tersusun. Kemahiran yang diperlukan oleh murid disusun daripada asas utama iaitu kemahiran mengenal huruf diikuti kemahiran perkataan kvkv, kemahiran kvk dan kemahiran vokal konsonan berganding. Kemahiran-kemahiran ini amat sesuai dengan aras pencapaian murid lemah. Ianya amat dibantu dengan cara kemahiran ini disampaikan. Murid-murid diajar untuk menyebut huruf dan mengeja secara nyanyian yang dipanggil lagu perkataan. Melodi yang digunakan diubah suai daripada lagu-lagu tradisional seperti Jong Inai, Enjit Semut, Ikan Kekek dan beberapa lagu tradisional lain. Cara ini amat menarik minat

murid untuk menumpukan perhatian dan memudahkan mereka menguasai kemahiran yang diperlukan. 5.1.3 Kelemahan Modul Selan Osni Penggunaan Modul Selan Osni sesungguhnya amat membantu penguasaan murid dalam kemahiran mengenal huruf dan kemahiran membaca. Namun masih terdapat beberapa ruang yang masih perlu diperbaiki agar modul ini benar-benar memenuhi keperluan muridmurid yang memerlukan pemulihan kemahiran asas membaca. Di antara kelemahan MSO adalah penggunaan audio yang tidak jelas semasa persembahan lagu perkataan. Ini menjejaskan minat dan

perhatian murid kerana terpaksa memasang telinga walaupun telah dibantu oleh pembesar suara. Selain itu, MSO tidak menyediakan cadangan aktiviti pengajaran. Aktiviti pengajaran dapat membantu guru untuk lebih kreatif dengan mengembangkan cadangan yang disediakan agar bersesuaian dengan murid. 5.2 CADANGAN Berdasarkan perbincangan di atas beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan Modul Selan Osni sebagai alat bantu pengajaran. Cadangan cadangan tersebut adalah seperti berikut : 5.2.1 Aspek isi kandungan i. Mewujudkan interaksi komputer dan murid Isi kandungan MSO amat menepati objektif pelajaran bagi tujuan pemulihan. Keberkesanannya masih boleh ditingkatkan

dengan mewujudkan aktiviti interaktif antara komputer dan murid berbanding persembahannya sekarang yang bersifat sehala. Contonya seperti kuiz dan permainan bahasa. ii. Menyediakan item penilaian bagi setiap kemahiran MSO mempunyai penerangan yang disusun secara sistematik mengikut aras pencapaian murid. Ini memudahkan murid menguasai kemahiran secara berperingkat mengikut

kemampuan. Bagi memudahkan guru menilai keberkesanan pengajaran semasa, amat sesuai jika modul ini meyediakan item penilaian yang difikirkan sesuai bagi setiap kemahiran yang disampaikan berbanding soalan dan teks yang hanya menguji pemahaman murid. 5.2.2 Aspek teknikal i. Pengintegrasian dengan perisian komputer lain Bagi membolehkan interaksi yang lebih interaktif antara komputer dan murid, adalah dicadangkan supaya modul ini masih lagi diteruskan dengan penggunaan Microsoft Power Point tetapi diintegrasikan dengan penggunaan Visual Basic. Pengintegrasian ini amat membantu untuk lebih menarik minat murid terhadap isi kandungan MSO. ii. Mewujudkan menu dan ikon Penggunaan MSO amat mudah untuk diselenggara oleh guruguru kerana mereka hanya perlu menekan butang slide show

yang terdapat pada paparan skrin. Isi kandungan modul juga telah disusun mengikut susunan yang sesuai. Bagi meningkatkan keberkesanan modul ini, ianya akan lebih mudah jika diwujudkan paparan skrin yang mempuyai menu kerana dapat membantu guru memilih isi kandungan yang hendak diajar dengan cepat. Berbanding dengan sekarang guru perlu meneliti satu persatu sebelum memilih slide yang dikehendaki. iii. Audio yang jelas dan boleh dikawal Penggunaan lagu perkataan amat baik. Oleh itu mutu audio yang digunakan perlu lebih jelas dan bermutu. Selain daripada itu, boleh juga disediakan butang kawalan supaya guru dapat mengawal tahap audio yang bersesuaian semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku. 5.2.3 Aspek dokumentasi i. Penerangan penggunaan dalam Manual Pengguna Manual Pengguna amat penting dalam penggunaan setiap perisian komputer. Ini membantu pengguna mengoptimumkan keberkesanan objektif yang hendak dicapai terhadap kumpulan sasaran tertentu dan memanjangkan hayat penggunaan sesuatu perisian. ii. Buku panduan tentang cadangan aktiviti pengajaran Guru-guru sememangnya kreatif dalam mengembangkan potensi yang ada dalam diri setiap murid. Tetapi sekiranya pembangun

perisian ini menyediakan cadangan aktiviti pengajaran, pastinya suasana pembelajaran akan lebih bermanfaat kerana wujudnya idea baru pembangun perisian yang disesuaikan mengikut kebolehan murid oleh guru-guru. 5.2.4 Aspek pelaksanaan i. Pengurusan bilik darjah oleh guru Keberkesanan penggunaan perisian komputer dalam aktiviti pengajaran juga amat berkait rapat dengan kemahiran guru menguruskan perjalanan kelas. Oleh itu guru perlu mempastikan kemudahan peralatan untuk penggunaan perisian sentiasa berada dalam keadaan baik dan sedia digunakan pada bila-bila masa. ii. Latihan ICT kepada guru-guru Kesemua guru di sekolah telah diberi pendedahan tentang penggunaan teknologi maklumat oleh pelbagai pihak berwajib. Latihan-latihan mendedahkan seperti ini perlu tentang

diteruskan untuk

guru-guru

teknologi-teknologi terkini ICT. Pendedahan seperti ini dapat sesuatu membantu guru perisian dengan menambahbaik penggunaan mengintegrasikan dengan

perisian lain.

6.0

KESIMPULAN Perbincangan di atas merangkumi aspek isi kandungan, aspek teknikal, aspek

dokumentasi dan aspek pengurusan Modul Sekan Osni dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang terlibat. Cadangan yang dikemukan hanyalah sebagai pencetus idea untuk meningkatkan keberkesanan MSO sebagai alat bantu pengajaran-pembelajaran kepada murid-murid yang memerlukan pemulihan dalam menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu.

7.0

RUJUKAN Azman Abdullah, Hassan Ahmad, Omar Zakaria & Shaifol Bahary Sulaiman (2011). HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Seri Kembangan: Meteor Doc Sdn. Bhd. Laporan Penilaian Perisian-perisian Kursus KPM MSC (2006) Mohd Nawi Ab Rahman (1999). Asas Statistik Edisi Ketiga. Cheras: Masadah (M) Sdn. Bhd. Pusar Perkembangan Kurikulum (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. http://paklongsifu.blogspot.com http://prasekseafield.blogspot.com

You might also like