Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Datin Hajah Hasmah Bt Abu selaku pengetua SMK TTDI kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.Tidak lupa juga kepada guru Geografi tingkatan 2 Einstein yang telah memberikannasihat,tujuk ajar serta maklumat yang amat berguna kepada saya iaitu Encik Azrani b.MohdZain.Terima kasih juga diucapkan kepada bapa serta keluarga saya yang banyak memberikan bantuan kewangan,sokongan dan dorongan sepanjang saya menjalankan kajian ini sehinggakajian ini dapat diselesaikan dengan baik.Penghargaan kepada rakan-rakan saya yang telah memberikan maklumat serta kerjasama bagi saya menyiapkan kajian ini.Akhir sekali,jutaan terima kasih dihulurkan kepada responden-responden yang sudi menyumbangkan sedikit-sebanyak maklumat kepada saya.
PENDAHULUAN
Saya telah memilih tajuk Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan di Taman Tun Dr.Ismail dan perbandingan dengan Negara Singapura
.
Saya telah memilih kawasan ini kerana ia berdekatan dengan sekolah serta kediamansaya.Di dalam tugasan yang diberikan,saya diminta agar mengkaji aspek pengangkutan di